BEN ASHAARI



Tau tak camana rasanya bila bangun pagi ni ? Fuh , kepala otak hilang rasa beban ! Rasa cam baru dilahirkan semula.  Aku memandu ke Cameron Highland , aku seolah olah macam dapat rasakan semua pemandu rasa begitu. Takda yang memandu dengan gelojoh. Semua tenang jer. Di RnR  pon begitu. Masing masing gembira. Duduk makan bersama keluarga seolah olah berada di sebuah negara yang baru lepas dijajah ! 

Khamis lepas , persamaan 10hb Mei 2018 .. Malaysia mencipta satu sejarah dunia di mana Perdana Menterinya adalah Perdana Menteri tertua yang dipilih rakyat melalui saluran pilihanraya dan juga kali kedua memimpin negara. Aku menangis dalam hati. Ni kalau arwah ayah ada , mesti dia seronok tengok... 

Pada awalnya ramai tidak yakin , apakah dia mampu lakukan ? Aloooo sedara ! Itu Proton Saga , dulu ramai ketawakan dia. Itu Jambatan Pulau Pinang, ramai ketawakan dia. Itu KLCC... Itu Putrajaya.. Itu KLIA ! Dia bawa negara ke mata dunia ! Ko pikir setakat nak jadi Perdana Menteri , dia tak mampu lakukan ke ???? 22 tahun dia 'jaga' Malaysia. Segalanya dalam poket dia ! 

Aku bertuah dapat melihat sejarah ni terukir ! Satu hari nanti , aku kena cerita pada anak anak aku.  

" Daddy tak turun berkempen. Tak turun pegang bendera atau ke tempat perhimpunan tapi daddy 'berkempen' di alam maya. Berkempen supaya rakan rakan daddy di alam maya , tau betapa tenatnya negara kita. Jika dibiarkan , maka kita boleh jadi hamba kepada manusia manusia yang tamak haloba.  Daddy kena berkempen untuk sedarkan anak anak muda betapa pentingnya turun membuang undi dan memilih pemimpin yang selayaknya. Bukan mudah sebab ada mata memandang daddy. Kena berhati hati tauuu... " .


Aku bangga melihat wajah ni. Rindu aku pada arwah ayah terubat setiap kali melihat wajahnya. Arwah ayah cerita pada aku siapa Tun Mahathir. Dia tak gemar Tun M. Siapa Tun M di satu tika dulu, ramai dah tau. Tapi siapa Tun M sekarang , itu yang penting ! Dia kembali untuk pulihkan negara ini. Dia kembali untuk hapuskan segala kepincangan. Dia mengetahuinya setelah dia menjadi 'rakyat'. Sebab itulah pentingnya pemimpin menjadi rakyat . Kena turun padang tanpa pengawal peribadi. Lihat sendiri negara tercinta dari mata sendiri. Barulah tau apa sebenarnya yang sedang berlaku. Bukan dengar dari mulut 'orang kepercayaan'. 

Kelmarin , aku antara jutaan mata melihat Tun Mahathir mengangkat sumpah menjadi Perdana Menteri ke 7 Malaysia. Lega rasanya ! Lega sangat. Lebih lebih lagi bila melihat orang di sisinya adalah orang orang yang berjuang menentang kezaliman dari dulu lagi.. berpuluh tahun lamanya ! Akhirnya mereka berjaya . Seolah olah baru menang Piala Dunia buat pertama kalinya. 


Alhamdulillah. Syukur kepada Allah. Yer, pastiknya semua inginkan pembaharuan. Semua ingin melihat Malaysia kembali dihormati. Aku tak malu dah nak mengaku aku ada Perdana Menteri malah berbangga nak menyebutnya... Tun Mahathir adalah Perdana Menteri saya ! Ko ada ? Haaa... 

Kejayaan Pakatan Harapan adalah kejayaan rakyat. Aku pasti ketika menurun membuang undi , mereka tidak lagi melihat sapa calon mereka tetapi melihat logo yang terukir. Terus pangkah dengan doa kepada Allah agar tumbangkanlah mereka yang sombong dan bongkak serta tidak jujur lagi amanah ! 

Lega... Aku inginkan kedamaian ni sejak bergelar penjawat awam. Aku dapati terlalu banyak kepincangan berlaku di dalamnya tetapi tidak ada sesiapa berani bersuara ! Aku amik keputusan untuk bersuara dengan tidak menjadi penjawat awam. Satu tindakan yang ramai kawan rasakan bodoh. Yelah , berhenti bekerja dengan kerajaan... rugi tuu ! 

Rugi ke ? Hahahaha... nikmat ! Aku tak perlu angguk angguk, geleng geleng. Seronok rasa. 


Menghirup udara segar. Kesegarannya , sangat berbeza ! Terasa sangat bersih dan nyaman. 

WAWASAN 2020 kembali bersinar ! Aku anak WAWASAN 2020. Cikgu suruh lukis....Hahahaha.. Syukur kepada Allah. Terima kasih Allah kerana berikan peluang ini sekali lagi pada Malaysia.


Share
Tweet
Pin
Share
7 comments
Aku turun mengundi buat kali ke dua dalam sejarah hidup aku. Dulu aku tak nak mengundi sebab pemimpinnya ialah Tun Mahathir. Hahahaha... Selepas beliau bersara , di PRU 13.. aku turun dan memilih PKR.. bukan lagi BN ! Tiada lagi keyakinan pada BN selepas mengenali mereka , sebenarnya. 

Kalau arwah ayah aku ada , pastinya dia akan menitis airmata. Dia memang kuat berpolitik sewaktu  zaman mudanya. Tapi aku tidak. Aku lebih kepada mencari keadilan dan kesaksamaan saja. Tak berminat untuk 'berkawan dengan YB' sama sekali.


Sejarah berulang kembali. Teringat detik ketika Tun Mahathir menyatakan hasrat untuk bersara.  Wanita besi di sisiinya , Tan Sri Rafidah Aziz adalah antara yang menangis tanpa rasa segan silu. Dan kali ini , wanita besi itu kembali ke sisinya dan menyatakan sokongan tanpa berbelah bagi. Aku terasa bahang kemenangan mula memihak kepada Tun M. Jangan pandang ringan orang orang lama termasuk Tan Sri Rais Yatim.

Semalam, di pusat membuang undi. Biasanya aku tak berminat untuk beratur panjang berjam jam lamanya. 


Tapi demi negara yang tercinta.. aku dan beratus lagi beratur di saat akhir dan teruskan 'perjuangan'. Buktikan suara rakyat bukanlah suara unggas di rimba tapi laungan singa singa yang sedang tidur di hutan rimba. 
Berbaloi.. 



Aku dan ramai lagi sahabat di media sosial bersengkang mata hingga hampir subuh hari menantikan detik bersejarah ini. Apalah sangat beberapa jam berbanding penantian bertahun lamanya utk tamatkan pemerintahan si unta padang pasir dan kuncu kuncunya. Huhh.. 

Apa agaknya nasib Najib dan isterinya selepas ini? Teringat aku pernah berdiri di belakang Tun M sewaktu menaiki ekslator di KLCC tanpa sebarang pengawal peribadi. MasyaAllah. Terasa auranya sangat kuat. Nak menegur segan. Apatah lagi nak bersalaman dgnnya. Jika Najib? Hurmmm.. Aku nak pandang mukanya pon aku tak lalu!!! 

9hb Mei 2018.. Tun M mencipta sejarahnya tersendiri. Bersama sama insan yang pernah menjadi 'lawannya', demi rakyat.. demi negara tercinta.. Dia kembali ke Putrajaya... Bandar yg diciptanya.. Sebagai PERDANA MENTERI!


Moga keadilan kembali tertegak di negara ini. Jadilah pemimpin yg benar benar memimpin. 5 tahun sangat singkat. Jgn persiakan harapan rakyat atau akan ada parti baru tertubuh. Hehehehee.. Jgn bagi rakyat hilang kepercayaan.

Buat yg tewas.. Dah tau kan? Anda sekarang cuma manusia biasa je skg... Tanpa kuasa. Dan tau kan? Kuasa rakyat lebih power dr kuasa korang tuuuu..

Tak sabar tunggu SPR umumkan.. Secara rasminya. Tahniah Malaysia.. Hebatkan kembali negaraku. 
Share
Tweet
Pin
Share
6 comments
Siapa yang bakal menjadi Perdana Menteri , pastinya akan terjawab selepas jam 5 petang nanti. Bila semua telah selesai membuang undi , pengiraan akan dimulakan dan pastinya keputusan yang bakal diumumkan... setiap kawasan menjadi pertaruhan. 

Dulu aku tak paham dan tak amik kisah. Aku bukan pembenci mana mana parti atau individu. Aku cuma inginkan negara aku yang tercinta ini bersih dari segala noda dan dosa. Aku tak ingin lagi melihat pelbagai skandal selesai begitu saja tanpa mengetahui siapa yang bersalah ! Penat ! Dan malu bila ianya menjadi bualan di negara luar ! Kita dok jaja Malaysia negara yang bersih dan cekap serta amanah walhal.. hurmm.. 

Nah.. malas nak bebel.. Masanya dah tiba ! Tunaikan tanggungjawab. Ada yang takut  dan 'tidak sanggup' membuang undi. Nak lagi best.... itu bukan tanggungjawab dia. Biarlah mereka yang 'giler politik' melakukannya.. atau orang orang dewasa saja buat kerja mereka.. Hurmm.. 

Entah laa...  Misi aku , bukan sekadar nak tengok negara ni kembali 'aman' malah nak tengok ianya kembali gemilang di bawah pimpinan Perdana Menteri yang punya intergriti serta kredibiliti yang tinggi dan boleh dipercayai. 

Dan paling penting , rakyat dihormati dan bukan dijadikan hamba untuk melunaskan segala hutang hutang negara. Hurmm.. 



Share
Tweet
Pin
Share
4 comments
Ramai dah aku jumpa mereka yang berminat nak berniaga di zaman ni lebih lebih lagi melalui internet atau secara online. Tapi masih ramai tak tau nak memasarkan produk produk jualan mereka atau masih guna cara old school. Sebenarnya ada banyak cara untuk menambah ilmu pemasaran ni. Kena rajin je mencari. Kalau malas , memang akan duduk di takuk tu je la jawabnya. Tak ke mana mana ! Kan ? 

Ok... ni nak cerita sedikit. Korang kenal Dr.Azizan Osman ? Haaa.. Mentor Usahawan yang cukup terkenal media sosial dan dia dah cukup gah dah. Gah kenapa ? Gah dengan ilmu pemasaran yang telah membantu ramai usahawan dari zero ke hero ! Hah !!! 

Dan buat yang tak tau... baru baru ni , Dr.Azizan Osman telah pun melancarkan sebuah buku yang bertajuk Zero Kos Marketing di seminar Zero Kos Marketing bertempat di IDCC, Shah Alam. Buku ni berkongsi rahsia serta tips tips bagaimana nak menguasai pemasaran di media sosial..

Aku tak sempat nak ke IDCC tapi mengikutinya secara live di Facebook dan ternyata ramai yang dahagakan ilmu serta semangat kejayaan hadir ke seminar Zero Kos Marketing yang dikendalikan oleh Mentor Usahawan No 1 di Asia ni. 


" Tahukah anda, setiap hari seorang manusia secara purata akan melihat 300 jenama sepanjang tempoh satu hari. Bagaimana anda nak pastikan jenama anda antara jenama yang mereka lihat, ingat dan terpikat? "

" Berapa kos yang anda perlukan untuk marketing supaya target pelanggan nampak, ingat, terpikat, suka dan tergila-gila kan produk anda?  "

Ok.. antara topik topik menarik di dalam buku yang berharga RM39.90 ini ialah : 
  • Why You Need To Do Marketing In The First Place?
  • Bagaimana Untuk Berjaya Di Facebook
  • Gunakan Media Sosial Untuk Jana Leads
  • Di Mana Lubuk Duit Sebenarnya?
  • 5 Teknik Utama Online & Pemasaran Zero Kos
Tertarik tak dengan tajuk-tajuk yang terkandung di dalam buku ni ? Heeee.. Kalau korang dahagakan ilmu , nah... ni antara buku yang sesuai untuk dibaca serta praktikannya ! 


Persoalan persoalan yang senantiasa ada di benak usahawan usahawan kecil yang ingin berjaya tapi tak tau caranya.. dan Dr.Azizan berkongsi semuanya di dalam buku Zero Kos Marketing yang ditulisnya sendiri berdasarkan pengalaman serta pengetahuannya selama ini. 

Ramai dah terbukti berjaya dalam perniagaan mereka bila mereka ikut betul betul cara dan tips yang diajarkan oleh Dr.Azizan.  Yang penting , usaha , doa dan tawakal. Jangan sekadar duduk dan berharap jer.. kan ? 

Berminat nak beli buku ni ? Boleh layari laman web di http://kuasaizerokosmarketing.com.

Atau jika nak dapatkan secara percuma , mudah jer. Ikutilah langkah langkah di bawah ni... Pastikan ikut betul betul tau ! Tak betul , payah laaa nak dapat buku ni. Haaa..

1 : Klik link contest  ZERO KOS MARKETING ini.
2. Ikut arahan di bawah ni seterusnya.

  • Like FB Page Azizan Osman
  • Tuliskan SLOGAN anda “ Saya Nak Buku Zero Kos Marketing kerana...(tidak kurang dari 20 perkataan) di ruangan komen posting ini. 
  • Tag kawan-kawan anda dan minta mereka Likes slogan anda di ruangan komen di bawah.
  • Akhir sekali, Share posting ini.
  • Slogan terbaik dengan Likes, komen dan share terbanyak akan dipilih sebagai pemenang.
  • Hanya untuk 50 pemenang sahaja.
  • Kontest tamat pada 13 Mei 2018 12.00 tengah malam.





Amacam ? Mudah jer ? Tapi jika tak nak join.. tak pe jer. Boleh beli je terus buku ni secara online di http://kuasaizerokosmarketing.com. Untuk keterangan atau info lanjut , boleh ke :

Dr Azizan Osman Official Page : http://azizanosman.com/onlineshop/
Share
Tweet
Pin
Share
24 comments
Tak ingat bila last aku beli tapi itulah yang terakhir aku beli ! Tak tau kenapa... masa test di kedai , rasanya fuhhh ! Tapi bila dah beli... pakai.. tak de yang tegur pun...

" Sedapnya bauuuu.. " .

Atau paling tidak pun berpusing kepala tengok kita dek sebab kerana haruman yang mahal tu ! Nah , sekarang aku malas dah. Cari yang ada bau je dah ok. Aku tak larat nak beli yang mahal tapi bau sampah lagi kuat dari bau kewangian dia ! Faham tak maksud aku ?

Ok.. aku beli Adidas. Harga pon tersangat mampu beli. Tak pe laaa... aku memahami perasaan suri rumah ni. Nasib baik la aku punya income, jenis pagi makan tengahari ,





Ok ke baunya ? Huhuh.. Diorang tanya gitu. Jawapan aku... Bau dia sedap gak la.. Cuma ketahanan bauan tu aku tak test lagii.. huhu.. Harga pun murah jer. Tak sampai RM50 pon. Asalkan ada bau , dah ! Takda la nak segan bila berdiri sebelah awek cun. Eh ?? Hhahaha...
Share
Tweet
Pin
Share
6 comments
Newer Posts
Older Posts

Blog Stats

Blog Archive

  • ▼  2026 (4)
    • ▼  Februari 2026 (1)
      • Mudah di Tiktok sebenarnya.
    • ►  Januari 2026 (3)
  • ►  2025 (63)
    • ►  Disember 2025 (4)
    • ►  November 2025 (2)
    • ►  Oktober 2025 (2)
    • ►  September 2025 (5)
    • ►  Ogos 2025 (3)
    • ►  Julai 2025 (6)
    • ►  Jun 2025 (4)
    • ►  Mei 2025 (5)
    • ►  April 2025 (5)
    • ►  Mac 2025 (8)
    • ►  Februari 2025 (10)
    • ►  Januari 2025 (9)
  • ►  2024 (170)
    • ►  Disember 2024 (9)
    • ►  November 2024 (11)
    • ►  Oktober 2024 (13)
    • ►  September 2024 (10)
    • ►  Ogos 2024 (15)
    • ►  Julai 2024 (20)
    • ►  Jun 2024 (16)
    • ►  Mei 2024 (22)
    • ►  April 2024 (16)
    • ►  Mac 2024 (14)
    • ►  Februari 2024 (10)
    • ►  Januari 2024 (14)
  • ►  2023 (174)
    • ►  Disember 2023 (12)
    • ►  November 2023 (14)
    • ►  Oktober 2023 (16)
    • ►  September 2023 (13)
    • ►  Ogos 2023 (17)
    • ►  Julai 2023 (16)
    • ►  Jun 2023 (17)
    • ►  Mei 2023 (14)
    • ►  April 2023 (10)
    • ►  Mac 2023 (18)
    • ►  Februari 2023 (13)
    • ►  Januari 2023 (14)
  • ►  2022 (182)
    • ►  Disember 2022 (22)
    • ►  November 2022 (9)
    • ►  Oktober 2022 (12)
    • ►  September 2022 (9)
    • ►  Ogos 2022 (11)
    • ►  Julai 2022 (10)
    • ►  Jun 2022 (10)
    • ►  Mei 2022 (13)
    • ►  April 2022 (14)
    • ►  Mac 2022 (21)
    • ►  Februari 2022 (21)
    • ►  Januari 2022 (30)
  • ►  2021 (389)
    • ►  Disember 2021 (26)
    • ►  November 2021 (23)
    • ►  Oktober 2021 (23)
    • ►  September 2021 (26)
    • ►  Ogos 2021 (26)
    • ►  Julai 2021 (29)
    • ►  Jun 2021 (27)
    • ►  Mei 2021 (30)
    • ►  April 2021 (36)
    • ►  Mac 2021 (56)
    • ►  Februari 2021 (42)
    • ►  Januari 2021 (45)
  • ►  2020 (329)
    • ►  Disember 2020 (39)
    • ►  November 2020 (36)
    • ►  Oktober 2020 (28)
    • ►  September 2020 (29)
    • ►  Ogos 2020 (36)
    • ►  Julai 2020 (24)
    • ►  Jun 2020 (30)
    • ►  Mei 2020 (28)
    • ►  April 2020 (23)
    • ►  Mac 2020 (23)
    • ►  Februari 2020 (18)
    • ►  Januari 2020 (15)
  • ►  2019 (407)
    • ►  Disember 2019 (22)
    • ►  November 2019 (30)
    • ►  Oktober 2019 (44)
    • ►  September 2019 (34)
    • ►  Ogos 2019 (48)
    • ►  Julai 2019 (27)
    • ►  Jun 2019 (30)
    • ►  Mei 2019 (42)
    • ►  April 2019 (37)
    • ►  Mac 2019 (43)
    • ►  Februari 2019 (25)
    • ►  Januari 2019 (25)
  • ►  2018 (420)
    • ►  Disember 2018 (24)
    • ►  November 2018 (32)
    • ►  Oktober 2018 (32)
    • ►  September 2018 (36)
    • ►  Ogos 2018 (29)
    • ►  Julai 2018 (30)
    • ►  Jun 2018 (38)
    • ►  Mei 2018 (38)
    • ►  April 2018 (46)
    • ►  Mac 2018 (36)
    • ►  Februari 2018 (33)
    • ►  Januari 2018 (46)
  • ►  2017 (648)
    • ►  Disember 2017 (47)
    • ►  November 2017 (44)
    • ►  Oktober 2017 (49)
    • ►  September 2017 (51)
    • ►  Ogos 2017 (56)
    • ►  Julai 2017 (46)
    • ►  Jun 2017 (47)
    • ►  Mei 2017 (58)
    • ►  April 2017 (75)
    • ►  Mac 2017 (80)
    • ►  Februari 2017 (49)
    • ►  Januari 2017 (46)
  • ►  2016 (788)
    • ►  Disember 2016 (57)
    • ►  November 2016 (65)
    • ►  Oktober 2016 (77)
    • ►  September 2016 (64)
    • ►  Ogos 2016 (75)
    • ►  Julai 2016 (80)
    • ►  Jun 2016 (69)
    • ►  Mei 2016 (58)
    • ►  April 2016 (58)
    • ►  Mac 2016 (68)
    • ►  Februari 2016 (50)
    • ►  Januari 2016 (67)
  • ►  2015 (1019)
    • ►  Disember 2015 (68)
    • ►  November 2015 (78)
    • ►  Oktober 2015 (66)
    • ►  September 2015 (57)
    • ►  Ogos 2015 (63)
    • ►  Julai 2015 (86)
    • ►  Jun 2015 (89)
    • ►  Mei 2015 (105)
    • ►  April 2015 (91)
    • ►  Mac 2015 (104)
    • ►  Februari 2015 (104)
    • ►  Januari 2015 (108)
  • ►  2014 (1504)
    • ►  Disember 2014 (130)
    • ►  November 2014 (119)
    • ►  Oktober 2014 (137)
    • ►  September 2014 (121)
    • ►  Ogos 2014 (119)
    • ►  Julai 2014 (103)
    • ►  Jun 2014 (104)
    • ►  Mei 2014 (106)
    • ►  April 2014 (121)
    • ►  Mac 2014 (132)
    • ►  Februari 2014 (139)
    • ►  Januari 2014 (173)
  • ►  2013 (2151)
    • ►  Disember 2013 (169)
    • ►  November 2013 (180)
    • ►  Oktober 2013 (160)
    • ►  September 2013 (138)
    • ►  Ogos 2013 (182)
    • ►  Julai 2013 (220)
    • ►  Jun 2013 (199)
    • ►  Mei 2013 (186)
    • ►  April 2013 (149)
    • ►  Mac 2013 (184)
    • ►  Februari 2013 (188)
    • ►  Januari 2013 (196)
  • ►  2012 (2986)
    • ►  Disember 2012 (194)
    • ►  November 2012 (211)
    • ►  Oktober 2012 (285)
    • ►  September 2012 (260)
    • ►  Ogos 2012 (210)
    • ►  Julai 2012 (239)
    • ►  Jun 2012 (220)
    • ►  Mei 2012 (281)
    • ►  April 2012 (240)
    • ►  Mac 2012 (299)
    • ►  Februari 2012 (283)
    • ►  Januari 2012 (264)
  • ►  2011 (4966)
    • ►  Disember 2011 (303)
    • ►  November 2011 (299)
    • ►  Oktober 2011 (418)
    • ►  September 2011 (390)
    • ►  Ogos 2011 (350)
    • ►  Julai 2011 (396)
    • ►  Jun 2011 (424)
    • ►  Mei 2011 (424)
    • ►  April 2011 (481)
    • ►  Mac 2011 (483)
    • ►  Februari 2011 (488)
    • ►  Januari 2011 (510)
  • ►  2010 (4406)
    • ►  Disember 2010 (559)
    • ►  November 2010 (502)
    • ►  Oktober 2010 (453)
    • ►  September 2010 (387)
    • ►  Ogos 2010 (389)
    • ►  Julai 2010 (429)
    • ►  Jun 2010 (439)
    • ►  Mei 2010 (416)
    • ►  April 2010 (473)
    • ►  Mac 2010 (202)
    • ►  Februari 2010 (89)
    • ►  Januari 2010 (68)
  • ►  2009 (167)
    • ►  Disember 2009 (52)
    • ►  November 2009 (27)
    • ►  Oktober 2009 (67)
    • ►  September 2009 (21)

Kelab Blogger BenAshaari

Kelab Blogger BenAshaari

Created with by ThemeXpose | Copy Blogger Themes