BEN ASHAARI




Hurm.. pagi pagi buta dah buat aku jadi Hulk. Qhaliff dari semalam dah tanam cita cita untuk tidak bersekolah hari ni. Dia dah pakat menangis tanpa henti sebelum tidur. Huhuhuh.. Entah kenapa berat sangat dia nak ke sekolah walhal sebelum ni ok jer. Tapi aku rasa aku tahu. Mak dia pun tahu. Dia rendah diri. Kawan kawan dia katanya , jauh lebih pandai dari dia. Baca buku Peter And Jane  sampai ke buku 9 tapi dia  tak lagi ... Huhuhuh. 

Bukannya dia tak kenal huruf dan tak boleh baca lagi.. Boleh jer tapi dia punya fokus bila membaca tu suka lari. Dalam kepala dia nak bermain jer. Kalau suruh bermain, dia hidup segar bugar ! Hehehhe.. Tu perangai aku tu. Aku suka membaca setelah suis aku berjaya arwah ayah jumpai. Dan aku jadi ulat buku sejak tu. Cuma aku ni bukanlah terdiri dari insan bijak bijak dalam peperiksaan. Namun aku bersyukur , aku berjaya gunakan kebijaksanaan aku yang sedikit tu untuk membantu insan lain. Tu yang penting ! Bukannya gunakan ke arah yg salah. Kan ? 

Ahaa... pagi ni. Seperti yang diduga... dia memang buat hal. Tak nak gi sekolah. Teringat aku waktu aku seusia dia. Tak nak gi sekolah... Apa jadi dengan aku ? Hahahaha.. Aku berlari bogel satu taman di kejar dek arwah ayah aku sebab tak nak gi sekolah. Selepas tu, aku insaf. Hahahaha.. Puncanya apa? Aku rabun. Tak nampak sangat apa cikgu tulis kat papan hitam ( waktu tu ) . Selepas pakai cermin mata , barulah aku rajin. Heee..

Kesian tu kesian la... tapi apa nak buat. Hanya ilmu jer boleh aku bekalkan kegunaan dia nanti. Nak bagi harta melimpah ruah , kalau tak berilmu pun tak guna gak. Kang asyik dok kumpul beg Berkin jer ! Hurmm... 


Tak pe la... biarlah dia kena marah sekarang dari kena marah kemudian hari. InshaAllah , nanti ok la tu. Kena cari tips atau doa untuk diamalkan bagi lembutkan hati dia dan kena bagi dia tabah menghadapi guru guru yang  tegas dan garang. Heeee..

Harap takda drama depan tadika dia nanti. 

Share
Tweet
Pin
Share
4 comments
Teringat aku ketika remaja dulu. Jerawat dan aku , macam adik beradik kandung ! Setiap minggu memang akan naik la sebijik dua jerawat batu. Pastu aku suka picit ! Preeekkk... pecah ! Kuarlah cecair warna kekuningan dan berbau. Iyeewwww... Dah berparut dah.

Dan teringat kata kata arwah ayah dulu..

" Muka aku ni , tak pernah naik jerawat. Hangpa ni makan memilih sangat. Kena banyak makan sayur-sayuran. Ni nak makan ayam.. ayam.. ayam.. ". 

Kena berleter dah . Arwah memang suka makan sayur dan ikan. Dan sememangnya muka dia bersih dari segala parut jerawat. Akhirnya aku mengamalkan gaya hidup sihat. Tapi tidak mencukupi sebenarnya hanya dengan makan sayur ! Kena jaga pemakanan.. tu yang penting ! Fahami kulit masing masing... Itu yang aku lakukan.

Teringat seorang kawan aku. Dia pun  punya masalah kulit cam aku. Pelbagai produk di pasaran dia cuba. Bila ok , aku pun cuba gak la. Tak kena dengan kulit muka aku. Ada kalanya kering dan mengelupas. Terpaksa tukar ke produk lain.

Akhirnya ada kawan kenalkan aku dengan Cosmoderm. Katanya aku cuma kena rajin cuci muka di pagi hari dan malam ! Dan itulah yang aku lakukan... sehingga sekarang ! Tiap pagi dan tiap kali balik dari gym , aku akan cuci muka. Begitu juga bila aku berjalan jauh seperti ke Kelantan atau ke luar negara.. kena rajin cuci muka ! Sejujurnya , debu dan kotoran akan terlekat di muka kita. Jika dibiarkan , jadi gatal dan mulalah jerawat timbul ! 


Lepas workout... peluh. Kena segera mandi dan cuci muka. Tangan pegang besi besi berkarat.. tak sengaja akan terpegang kulit muka ! Huhuhuh.. gatal woi ! Dia punya gatal tak yah citer la. Memang kalau boleh nak usung pencuci muka je kat gym. Tapi over la pulak gitu kan ? Hahahaa.. 

Balik rumah.. mandi terus. Bersihkan muka dengan pencuci muka Tea Tree Oil dari Cosmoderm. 



Lega. Muka dah bersih.. nak keluar gi mana mana pun terasa 'suci dari kotoran' gitu. Heeee... Barulah muka kelihatan segar dan muda selalu.. Auchhh ! Heee... Best ! Aku ulang balik eh... Pertama , jaga pemakanan. Macam aku , aku selalu elakkan makan kacang goreng dan makanan yang terlalu banyak goreng. Aku banyakkan ulam dan sayur. Bukan sup sayur atau sayur goreng. Heee... Pastu , air putih kena banyak minum. Sebab tu aku suka pergi gym. Banyak minum air putih bila di sana. Kalau di rumah , payah nak minum air putih. Hee..

Dan rajin rajin cuci muka kita tu. Tak kisah la sekadar dengan air putih atau wudhu'  tapi kalau guna pencuci muka pun apa salahnya. Cuma kena pastikan terlebih dahulu apakah produk itu sesuai dengan kulit muka kita. Jika sesuai , setialah dengannya. Jangan suka tukar sana sini produk tu.. Huhuh.. 


Licin gitu ! Hehehehe..

Untuk lebih lanjut , korang boleh tanya sendiri Cosmoderm di  :
Facebook : https://www.facebook.com/Cosmoderm
Instagram : https://www.instagram.com/Cosmoderm/
Web : http://www.cosmoderm.com.my
Telefon :  1700 815 495 (  Mon - Fri : 10am - 5pm )

Jangan tunggu muka rosak baru nak jaga yer !



Share
Tweet
Pin
Share
19 comments

Esok , Isnin.. Semua akan kembali ke jadual biasa. Aku sebagai suri rumah , 'rehat' bila wife cuti. Hahahaha.. Kalau dia kerja , aku akan sibuk sangat. Kena jaga anak dan pada masa sama kena cari RM ! Bukan Rosmah Mansor tapi Ringgit Malaysia. Heee.. Cari duit. Tanggungjawab aku tetap ada walaupun aku bergelar suri rumah! Aku tetap kena bayar duit kereta , perbelanjaan dapur , insurans keluarga , simpanan masa depan anak anak , sekolah.. pakaian ! Adeh.

Terus terang...bukan mudah seperti yang dilihat ! Nak jaga anak kecik yang sering minta perhatian ... 24 jam sehari , 7 hari seminggu... bukanlah mudah. Kalau seorang tu ok la.. ni dah masuk 3 orang. Macam macam perangai. Dan pandai bergusti dah ! Kita jadi pengadil. Kena adil ! Mana nak kena lebihkan ? Mana nak kena nampak adil ! Dan mana yang bijak amik kesempatan. 

Dan pastinya...  aku sebagai suri rumah , 5 hari duduk rumah jer. Ada yang kata , best ! Puas tidur ! Tak payah kalut nak keluar pagi pagi.. harungi kesesakkan lalu lintas atau nak layan karenah bos atau kaki penjilat di pejabat ! Betul tu memang betul tapi duduk rumah pun boleh stress ! Kita takda geng nak bergaul. Tak nampak dunia ! Pengetahuan jadi agak sempit melainkan kita ni jenis rajin membaca! 


Superman pon boleh semput kalau kehidupan terlalu fokus tanpa ada sedikit ruang untuk 'bersantai'

Sejujurnya 5 hari di dalam rumah sangatlah membosankan. Pasangan kita kena prihatin part ni. Dalam 5 hari tu , cuba bawa keluar dalam semalam gitu. Gi la mana mana pun.. Makan kat luar atau bersantai di malam hari. Anak anak yang fokus belajar sepanjang 5 hari tu pun boleh stress tau ! Tak payah la nak tunggu hujung minggu untuk lakukan semua ni. Sesekali lepaskanlah.  Barulah hari esoknya lebih ceria dan tenang.

Dan lelaki yang dah berkahwin... di musim bola ni janganlah balik rumah jer  lepas kerja terus lepak mamak layan bola sampai ke pagi hari ! Hurm... Bola bola gak... rumah kena jaga gak. Stress dan sangat penat ! Kalau fizikal je penat , tak pe.. Mental penat , bahaya ! Kena bantu bantu gak. 

Dan akhir kata di pagi hari ni... rileks sudah la ! Banyakkan bersyukur dan jangan lupakan Allah. Tu jer la pesan aku buat aku dan korang. Huhu.. 


Share
Tweet
Pin
Share
2 comments
Lepas workout kat gym , aku terus ke Plaza Damas, Sri Hartamas.  Hehehe... Nak jumpa client kat sana. Walaupun aku suri rumah , tapi aku tetap kena 'bekerja'. Heheheh... Kenapa nak jumpa kat sini ? Pertama , ada kawan syorkan pada aku... suruh cuba Don's Warong. Kedua , client tu pun ajak jumpa area tu jer. Aku ok jer. Boleh test makanan kat situ.. hehehe.. 

Don's Warong terletak di Plaza Damas. Sri Hartamas. Ruang parking sebenarnya ada banyak dan murah jer. Boleh parking bawah atau atas. Tak perlu berpusing sangat nak mencari parking. Heee.. 



 

Bersih dan kemas

Penuh dan meriah

Selesa. Walaupun cuaca panas , di Don's Warong , tak terasa kepanasan pun. Kawasan terbuka dan ada kipas menyejukan. Ok bagi aku untuk santai meeting atau berbual pasal bisnes di sini. Tak banyak gangguan. Dan sambil tu , boleh makan makanan yang sedap sedap ! 

Jom tengok menu dan harga. Heee.. Mampu bayar punya. 





Standard restoran je la kan. Bagi aku ok dah ni. Sepadan dengan makanan dia ! Hurmm. Memang sedap dan berbaloi. Aku siap tapau bawak balik rumah. Bila sedap , kita kena ingat juga keluarga di rumah.. kan kan ? Jangan makan sorang sorang jer.. heee..

Aku test makan nasi lemak , mee rebus , chicken chop , waffle dan kopi Muar with ice cream. Huhuhu.. Sedap ar ! Lari dari menu raya jap aku. Hahahaha... Boring gak asik ketupat lemang ! Pekena makanan gini , memang best terutama dengan kawan kawan. Sambil berborak gituu. kan ?






Amacam ? Hehehehe.. Sedap kan ? Nah.. baru tengok gambar ! Belum makan lagi. Menu di sini banyak diubah suai mengikut selera orang sekarang tetapi masih mengekalkan keaslian dan kesedapannya. 

Don's Warong dibuka pada seawal pagi untuk sarapan , makan tengahari , makan malam  sehingga tengah malam ! Huhhuhu.. Malam malam kang ramai suka melepak dan gi kelab malam gitu. Leh makan sebelum balik umah.. heeee..

Ok... untuk info lanjut , boleh ke Facebook , Instagram dan juga Twitter Don's Warong. 
Facebook : http://www.facebook.com/DonsWarong
Twitter :  htpp://www.twitter.com/Donswarong
Instagram : http://www.instagram.com/DonsWarong
Share
Tweet
Pin
Share
13 comments
Terengganu , adalah antara negeri yang aku kagumi terutama dengan keindahan pantainya selain dari makanan tempatan seperti satar , keropok lekor , nasi dagang dan banyak lagi. Bak kata seorang kawan, takda insan akan mati kelaparan di Terengganu punyalah !  Huhuhu... 

Setiap kali kalau aku kembali ke Kuala Lumpur dari Kelantan , aku berminat nak lalu Jalan Pantai.  Sangat menarik terutama pada hari siang dan cerah. Bermula dari Setiu hingga ke Kemaman , sangat menyeronokkkan. Berhenti je di mana mana tempat dan pastinya ada kedai makan yang menyelerakan di sana. 

Kali ni , aku sekeluarga memilih untuk bermalam di Dungun. Dan resort pilihan aku pastinya Ulek Beach Resort. Ini kali ke dua aku ke resort ni. Kali pertama , seawal aku berkahwin dulu. Kiranya untuk berbulan madu gitu ! 

Tapi kali ni , Ulek Beach Resort banyak buat penambahbaikan. Aku menginap di family suite. Ada bilik dan berkatil king size serta dua katil single. Puashati dengan bilik. Bersih dan bilik airnya pun besar. Ada sauna lagi tu !

Sememangnya aku saja nak ke sini sebab nak abiskan masa dengan keluarga. Kang dah balik KL , masing masing dah sibuk. Sian dengan diorang lak , kan ? Hehehe.. Harapnya diorang gembira kali ni.  Dan di KL nanti masing masing fresh ! 

Ok.. kita tengok dulu kawasan Ulek Beach Resort ni yer. 



Kolam renang yang santai. Budak budak puashati mandi.

Bersih dan tenang.

Tempat letak kereta yang selesa dan selamat.

Binjai Restaurant

Laut depan resort ni jer. Lintas je jalan. Tak sampai 100 meter pun jauhnya. Dan aktiviti sukan pantai boleh dibuat jika hari cerah. Nah , sekarang jom tengok bilik aku. Heheheh... Hilang penat memandu dan bersedia untuk memandu pulang ke KL. Dengar cerita jammed teruk ! Huhuhuh.. Nasib baik aku dah berehat dulu. 






Di sini tak sukar nak dapatkan makanan. Bersepah restoran dan kedai makan di tepi pantai. Tak kira pagi petang atau malam ! Takda masalah. Kalau malas nak keluar , room services disediakan. Makanan , memang sedap ! 



Anak anak gembira di sini. Aariz seronok ke sana sini berkaki ayam jer. Huhuhuh... Qhaliff dan Zahra , enjoy mandi kolam. Sayangnya , semalam je di sini. Anak anak tak puas. Nak stay semalam lagi  aku ada banyak kerja di sini. InshaAllah akan kembali lagi ke sini.... 

Selain dari family suite , ada pelbagai pilihan bilik lagi. Korang boleh tengok dan buat tempahan terus di http://www.ulekbeachresort.com.my atau boleh je terus telefon di +609 8484 1100

Ulek Beach Resort 
Jalan Pantai 
Sura Hujung , 2300 Dungun 
Terengganu , Malaysia 
Email : reservation.ubr@gmail.com
Web : http://www.ulekbeachresort.com.my
Instagram : https://www.instagram.com/ulekbeachresort/
Facebook : Ulek Beach Resort



Share
Tweet
Pin
Share
5 comments
Newer Posts
Older Posts

Blog Stats

Blog Archive

  • ▼  2025 (61)
    • ▼  Disember 2025 (2)
      • Proses pemulihan dan menguatkan kembali sendi otot !
      • Slips disc rupanya aku !
    • ►  November 2025 (2)
    • ►  Oktober 2025 (2)
    • ►  September 2025 (5)
    • ►  Ogos 2025 (3)
    • ►  Julai 2025 (6)
    • ►  Jun 2025 (4)
    • ►  Mei 2025 (5)
    • ►  April 2025 (5)
    • ►  Mac 2025 (8)
    • ►  Februari 2025 (10)
    • ►  Januari 2025 (9)
  • ►  2024 (170)
    • ►  Disember 2024 (9)
    • ►  November 2024 (11)
    • ►  Oktober 2024 (13)
    • ►  September 2024 (10)
    • ►  Ogos 2024 (15)
    • ►  Julai 2024 (20)
    • ►  Jun 2024 (16)
    • ►  Mei 2024 (22)
    • ►  April 2024 (16)
    • ►  Mac 2024 (14)
    • ►  Februari 2024 (10)
    • ►  Januari 2024 (14)
  • ►  2023 (174)
    • ►  Disember 2023 (12)
    • ►  November 2023 (14)
    • ►  Oktober 2023 (16)
    • ►  September 2023 (13)
    • ►  Ogos 2023 (17)
    • ►  Julai 2023 (16)
    • ►  Jun 2023 (17)
    • ►  Mei 2023 (14)
    • ►  April 2023 (10)
    • ►  Mac 2023 (18)
    • ►  Februari 2023 (13)
    • ►  Januari 2023 (14)
  • ►  2022 (182)
    • ►  Disember 2022 (22)
    • ►  November 2022 (9)
    • ►  Oktober 2022 (12)
    • ►  September 2022 (9)
    • ►  Ogos 2022 (11)
    • ►  Julai 2022 (10)
    • ►  Jun 2022 (10)
    • ►  Mei 2022 (13)
    • ►  April 2022 (14)
    • ►  Mac 2022 (21)
    • ►  Februari 2022 (21)
    • ►  Januari 2022 (30)
  • ►  2021 (389)
    • ►  Disember 2021 (26)
    • ►  November 2021 (23)
    • ►  Oktober 2021 (23)
    • ►  September 2021 (26)
    • ►  Ogos 2021 (26)
    • ►  Julai 2021 (29)
    • ►  Jun 2021 (27)
    • ►  Mei 2021 (30)
    • ►  April 2021 (36)
    • ►  Mac 2021 (56)
    • ►  Februari 2021 (42)
    • ►  Januari 2021 (45)
  • ►  2020 (329)
    • ►  Disember 2020 (39)
    • ►  November 2020 (36)
    • ►  Oktober 2020 (28)
    • ►  September 2020 (29)
    • ►  Ogos 2020 (36)
    • ►  Julai 2020 (24)
    • ►  Jun 2020 (30)
    • ►  Mei 2020 (28)
    • ►  April 2020 (23)
    • ►  Mac 2020 (23)
    • ►  Februari 2020 (18)
    • ►  Januari 2020 (15)
  • ►  2019 (407)
    • ►  Disember 2019 (22)
    • ►  November 2019 (30)
    • ►  Oktober 2019 (44)
    • ►  September 2019 (34)
    • ►  Ogos 2019 (48)
    • ►  Julai 2019 (27)
    • ►  Jun 2019 (30)
    • ►  Mei 2019 (42)
    • ►  April 2019 (37)
    • ►  Mac 2019 (43)
    • ►  Februari 2019 (25)
    • ►  Januari 2019 (25)
  • ►  2018 (420)
    • ►  Disember 2018 (24)
    • ►  November 2018 (32)
    • ►  Oktober 2018 (32)
    • ►  September 2018 (36)
    • ►  Ogos 2018 (29)
    • ►  Julai 2018 (30)
    • ►  Jun 2018 (38)
    • ►  Mei 2018 (38)
    • ►  April 2018 (46)
    • ►  Mac 2018 (36)
    • ►  Februari 2018 (33)
    • ►  Januari 2018 (46)
  • ►  2017 (648)
    • ►  Disember 2017 (47)
    • ►  November 2017 (44)
    • ►  Oktober 2017 (49)
    • ►  September 2017 (51)
    • ►  Ogos 2017 (56)
    • ►  Julai 2017 (46)
    • ►  Jun 2017 (47)
    • ►  Mei 2017 (58)
    • ►  April 2017 (75)
    • ►  Mac 2017 (80)
    • ►  Februari 2017 (49)
    • ►  Januari 2017 (46)
  • ►  2016 (788)
    • ►  Disember 2016 (57)
    • ►  November 2016 (65)
    • ►  Oktober 2016 (77)
    • ►  September 2016 (64)
    • ►  Ogos 2016 (75)
    • ►  Julai 2016 (80)
    • ►  Jun 2016 (69)
    • ►  Mei 2016 (58)
    • ►  April 2016 (58)
    • ►  Mac 2016 (68)
    • ►  Februari 2016 (50)
    • ►  Januari 2016 (67)
  • ►  2015 (1019)
    • ►  Disember 2015 (68)
    • ►  November 2015 (78)
    • ►  Oktober 2015 (66)
    • ►  September 2015 (57)
    • ►  Ogos 2015 (63)
    • ►  Julai 2015 (86)
    • ►  Jun 2015 (89)
    • ►  Mei 2015 (105)
    • ►  April 2015 (91)
    • ►  Mac 2015 (104)
    • ►  Februari 2015 (104)
    • ►  Januari 2015 (108)
  • ►  2014 (1504)
    • ►  Disember 2014 (130)
    • ►  November 2014 (119)
    • ►  Oktober 2014 (137)
    • ►  September 2014 (121)
    • ►  Ogos 2014 (119)
    • ►  Julai 2014 (103)
    • ►  Jun 2014 (104)
    • ►  Mei 2014 (106)
    • ►  April 2014 (121)
    • ►  Mac 2014 (132)
    • ►  Februari 2014 (139)
    • ►  Januari 2014 (173)
  • ►  2013 (2151)
    • ►  Disember 2013 (169)
    • ►  November 2013 (180)
    • ►  Oktober 2013 (160)
    • ►  September 2013 (138)
    • ►  Ogos 2013 (182)
    • ►  Julai 2013 (220)
    • ►  Jun 2013 (199)
    • ►  Mei 2013 (186)
    • ►  April 2013 (149)
    • ►  Mac 2013 (184)
    • ►  Februari 2013 (188)
    • ►  Januari 2013 (196)
  • ►  2012 (2986)
    • ►  Disember 2012 (194)
    • ►  November 2012 (211)
    • ►  Oktober 2012 (285)
    • ►  September 2012 (260)
    • ►  Ogos 2012 (210)
    • ►  Julai 2012 (239)
    • ►  Jun 2012 (220)
    • ►  Mei 2012 (281)
    • ►  April 2012 (240)
    • ►  Mac 2012 (299)
    • ►  Februari 2012 (283)
    • ►  Januari 2012 (264)
  • ►  2011 (4967)
    • ►  Disember 2011 (303)
    • ►  November 2011 (299)
    • ►  Oktober 2011 (418)
    • ►  September 2011 (390)
    • ►  Ogos 2011 (350)
    • ►  Julai 2011 (396)
    • ►  Jun 2011 (424)
    • ►  Mei 2011 (424)
    • ►  April 2011 (481)
    • ►  Mac 2011 (483)
    • ►  Februari 2011 (489)
    • ►  Januari 2011 (510)
  • ►  2010 (4406)
    • ►  Disember 2010 (559)
    • ►  November 2010 (502)
    • ►  Oktober 2010 (453)
    • ►  September 2010 (387)
    • ►  Ogos 2010 (389)
    • ►  Julai 2010 (429)
    • ►  Jun 2010 (439)
    • ►  Mei 2010 (416)
    • ►  April 2010 (473)
    • ►  Mac 2010 (202)
    • ►  Februari 2010 (89)
    • ►  Januari 2010 (68)
  • ►  2009 (167)
    • ►  Disember 2009 (52)
    • ►  November 2009 (27)
    • ►  Oktober 2009 (67)
    • ►  September 2009 (21)

Kelab Blogger BenAshaari

Kelab Blogger BenAshaari

Created with by ThemeXpose | Copy Blogger Themes