BEN ASHAARI



Aku nekad. Ada yang kata aku bodoh. Walaupun peluang ketika tu untuk diserap ke 'tetap' amat tinggi tapi aku tidak berminat sama sekali. Nak dapat anak bukanlah mudah. Si isteri terpaksa menjalani pembedahan kecil ketika tu semata mata untuk mendapatkan zuriat buat aku... Dan aku beruntung sebab dah sediakan platform punca pendapatan di media sosial. 

Kelahiran Qhaliff ke dunia ni , aku dah tidak lagi bekerja. Hanya buat kerja kerja blogging saja. Asalkan ada sedikit pendapatan dan boleh cover hutang piutang , ok dah. Kenapa aku sanggup berhenti kerja dan nak jaga anak sendiri ? 

Kes kes seperti dibawah inilah mengerunkan aku. 

Bukanlah semua pengasuh 'sama perangai' , kan ? Ada yang bagus. Menyayangi anak asuhan seperti anak sendiri. Kalau dapat begitu , memang beruntunglah. Tapi jika dapat yang macam... Hurm. Banyak kita tengok kes kes aniaya anak asuhan diviralkan. 

Sebab tu aku bincang dengan wife.. dan memandangkan dia 'berkarier' , maka aku je mengalah dan biarkan aku jaga anak anak aku sendiri. Tak pe laaa.... tak tengok dunia pun ok la. Janji aku tak runsing bila di pejabat . Dah la aku ni spesis mudah runsing. Kang darah tinggi melampau lak. Huhuh.. 

Diharap kerajaan dapat lakukan sesuatu mengenai isu ni. Seperti adakan  rumah asuhan bertauliah di setiap taman perumahan dan pengasuh juga punya sijil dan kelayakan.. perbanyakkan lagi ! 



Share
Tweet
Pin
Share
10 comments
Dok dengar je sebelum ni ASAP Steamboat And Grill sedap dan terletak di Puchong. Huhuh.. Tak berkesempatan lagi aku nak merasa makan kat sana. Tapi sekarang , aku boleh pergi je bila bila masa. Kenapa ? Sebabnya ASAP Steamboat And Grill dah buka cawangan terbaru mereka di Bandar Baru Bangi dan menariknya mereka masih mengekalkan konsep  yang sama iaitu ' berstimbot' di dalam suasana kampung yang mana mementingkan hiasan dalaman  yang unik serta ruangan parkir yang luas serta mencukupi bagi para pengunjung. Er , 250 orang dalam satu satu masa. InshaAllah.

Dari rumah aku, di Sepang nak ke ASAP Steamboat And Grill cawangan Bandar Baru Bangi ni tak jauh mana pun. Dalam 20 minit dah boleh sampai. Terletak di Desa Sentosa Fasa 2 , nak ke sini cuma perlu Waze jer.. Set ke Desa Sentosa Fasa 2 , inshaAllah jumpa. 

Dibuka setiap hari dari jam 6 petang hingga 12 tengah malam , ASAP Steamboat And Grill yang mana dimiliki sepenuhnya oleh Nurul Izzah Catering ini  cuma mengenakan bayaran sebanyak RM42 seorang bagi orang dewasa dan  kanak kanak cuma RM21. Ok la kan ? Puas makan woo.. Macam macam pilihan ada kat sini. Confirm balik kekenyangan sangat sangat. Huhuh.. cam aku. 

Sememangnya luas dan menarik ASAP Steamboat And Grill cawangan Bandar Baru Salak Tinggi ni.







Luas. Parking mudah. Tandas dan surau yang selesa turut disediakan. Maka , jangan risau la yer. Kebersihan amat tip top di sini. 

Dirasmikan oleh Tuan Haji Haron Khamis pada 1hb Julai 2018. Baru je kan ? Masih bau kedai gitu.. Aku yang bukan peminat steamboat pun berpuashati makan di sini. Alhamdulillah.. Dengan harga RM42 tu, pastinya korang akan pulang dengan senyuman. Yang bestnya , makan sambil bersantai di sini. 






Sedap dan banyak pilihan gitu. Er , ada 115 jenis pilihan makanan disediakan di stesen buffet termasuklah aneka pilihan Yong Tau Fu seperti pepahat , kepah , lala , udang , kerang , sotong dan banyak lagi. Tidak lupa juga buat pengemar daging.. ada kambing , lembu , ayam dan ikan. Menariknya setiap hidangan daging ni diperap dengan empat jenis perapan... BBQ , Asap Spicy , Madu dan Black Pepper. Sedap ? Hehehe.. sedap ! 

Bagi yang ingin kan kelainan , ada juga nasi goreng , mee goreng , spagetti bolognese , sup tulang dan nasi putih. Untuk anak anak pulak ada  ais krim , dadih , jagung kukus , pau , hot dog dan banyak lagi. 

Ada kugiran juga yer. Tak la boring dan senyap je.. Hehehe.. Layan wooo ! 



Sedap nampak ? Hahaha.. Yeaghhh.. Pastikan korang tempah awal awal sebelum datang. Takut penuh jer.. Hehehe.. 

Rajin rajin tengok Instagram ASAP utk promosi terkini. 


Info ASAP STEAMBOAT AND GRILL cawangan BANDAR BARU SALAK TINGGI : 

Alamat : Jalan Taman Sentosa , Desa Sentosa Fasa 2 , 43650 , Bandar Baru Salak Tinggi , Selangor.
No Whatsapp untuk tempahan : 013 766 8944 
Instagram : https://www.instagram.com/asapsteamboatgrill/
Facebook : https://www.facebook.com/asapsteamboatandgrill/




Share
Tweet
Pin
Share
27 comments
Setiap pagi.. sebelum wife ke pejabat , dia akan basuh semua pakaian kotor terlebih dahulu. Dia tak suka simpan berhari hari. Setiap hari dia membasuh...guna mesin basuh ! Dan sebelum keluar , dia akan letakkan semua pakaian tu di depan pintu. Tugas aku pulak selepas tu !

Disebabkan bulan ni kalut dengan Fifa World Cup , maka pastinya tidur aku lewat dan tak cukup. Lepas subuh dan siapkan Qhaliff , aku akan lelapkan mata dalam setengah jam atau lebih. Hehehe.. Bukan selalu kecuali bila badan terlalu penat seperti semalam , malam tu aku ke gym dan workout agak lama sedikit. Penat woo...

Banyak pulak alasan eh diceritakan ! Hahahaha.. Ok ok.. nak jemur pakaian. Jujur aku cerita... aku malas bab ni sebab kena banyak kali tunduk. Sakit pinggang woooo... hahahaha... Tapi kemalasan tu akhirnya aku kena kuburkan. Yelah , kesian kat wife gak. Pagi pagi kalut nak ke pejabat. Asyik merah je kehadiran dia. Dah la kena hantar amik Qhaliff...kan ? Aku kena berhati perut la gak. Bukan susah pun 'kerjaya' menjemur ni. Mau kena sabar jer. Skill tak diperlukan sama sekali.

Jumlah 'bakul' turut memainkan peranan. Hahahaha.. Jika lebih dari satu , pastinya mengundang keluhan. Hahahaha.. Abam segan nak lama lama kat luar tu. Anak dara lalu lalang... aumm...




Ku gigihkan jua. Petang atau lepas workout , kena kutip baju lak. Bab lipat , aku serah kat si dia. Hahahaha.. Aku malas nak lipat. Kalau aku lipat , aku risau ngan bini bini kena lipat. Kang dapat Aariz awal dapat adik lak.. Eh... lari tajuk. 

Aku bukan malas tapi skill melipat baju aku tak mahir. Dan tak nak mahirkan. Hahahaha.. Kalau tak , semua nanti dalam umah aku uruskan. Bahaya ! Anak dara suka lelaki pandai urus rumah...zaman ni. kan ? Hahahaa... Tu belum Nenda yang tengok.. haaaaa... bahaya kan ?
Share
Tweet
Pin
Share
6 comments
" Ben , jemput datang ke open house kitorang nanti yer. Ajak wife dan anak anak sekali tau. ". Pinta kawan tu. Aku terkedu. Camana eh ? Nak bawa ke tak ?  Seronok dapat jemputan begini. Tapi buat masa ni aku terus set dalam kepala , kena pergi sorang je . Bawak satu keluarga? Hurmm... Belum boleh lagi kot. 

Zaman ni, bila ada isu , 'viralkan jer' adalah jalan termudah atas alasan untuk  ' mengajar dan mendidik' insan insan tertentu..kononnya ! Atas sebab itulah , aku kena pikir panjang untuk bawa anak anak gi beraya rumah orang.  Bagi yang tau , aku kan ada 3 orang anak. Semua kecik kecik lagi. Masing masing dengan ragam tersendiri. Aku tak nak diorang jadi 'bahan bawangan' tetamu lain atau jadi mangsa kepada amarah aku. Kalau diorang boleh jawab , mesti diorang jawab...

" Kitorang mana tau ? Sapa suruh bawak kitorang ? ". Kan ? Diorang bukan nak sangat gi beraya umah orang.. melainkan kat sana ada taman permainan. Kat sana kang mak bapak beria berborak sambil jeling anak anak. Yang anak anak ni nak buat apa ? Duduk sopan sambil membawan dengan rakan rakan yang baru kenal seminit yang lepas ? Mana bisa kan ?

Akhirnya... aku je la gi penuhi jemputan. Zaman sekarang ni , barangan di dalam umah mahal mahal. Aku lak , suri rumah jer. Kang kalau 'opss .. terpecah', berpeluh ketiak nak bayar balik. Takkan nak mintak maaf gitu je kan ? Huhuhuh.... 

Dan biasanya , parents dipersalahkan kerana tak jaga anak anak atau didik anak adab beraya di rumah orang ! Haih... cakap senang laa. Terutama yang takda anak lagi. Tunggu la ada anak ramai.. dan takda bibik ! Tau la camana. Jangan sembang kencang. Dan yang nak buat open house tu , sila la bagitau .. Jangan bawa anak kecil sebab barangan di rumah ni , mahal mahal. Pecah , sila bayar ganti rugi ! . 

Tak pergi pon tak pe la... Kalau dikatakan kera sumbang pun tak pe la. Redha jer. Aku dah ada dua pengalaman 'berkejar ke hospital' dan tak nak ianya berulang lagi ! 

Share
Tweet
Pin
Share
6 comments
Puasa sebulan , raya pun sebulan ! Cukup ke tidak , tu cerita belakang. Nanti je ganti.. kan ? Aku tak kisah pun tapi bagi aku Syawal ni best la jalan jalan rumah kawan. Beraya dan kembali merapatkan hubungan.. walaupun setahun sekali je jumpa. Masing masing sibuk la katakan. 

Kali ni , aku beraya 'lain macam' sedikit. Aku memilih kurta dan seperti biasa , berseluar jeans. Kurta dari Adreana Rose jadi pilihan aku sebab kain serta kualiti  jahitannya yang cukup memuaskan aku. Aku ni jenis mudah berpeluh dan berbadan besara gitu. Nak gi ukur badan , tak sempat dah... tu pasal gi je SACC MALL, Shah Alam dan pilih baju mana aku nak guna untuk gi open house yang ekslusif.

Nama kena jaga gak , kan ? Takkan nak gi cikai cikai gak. Dulu boleh la tapi sekarang ni , kena jaga skit. Banyak mata memandang. Kang viral , naya jer ! Huhuh.. Bagi aku , asalkan nampak kemas dan smart , dah la.. kan kan ? 

Aku suka design kurta di Adreana Rose dan juga baju melayu. Tak la over sangat dan nampak 'mahal' walhal murah jer.. 

Banyak pilihan warna dan kain serta design. Mana satu yang sesuai untuk aku pakai secara santai ?



Ok... pilih dah. Dua event dalam sehari. Satu pakai agak besar sebab aku plan nak makan banyak. Satu lagi agak 'menjiwai' badan aku. Ada yang kata sendat tapi itu salah aku sebab aku workout banyak fokus kat dada, ketika ni ! Hahahaha.. Tapi bila pakai, tak la ketat seperti yang nampak tu. Kena try sendiri dulu baru tau... 



Nah... ok je kan ? Haaa... Color pun cantik haaa.. Dan ada lagi baju aku berkenan.. Hee.. 



Cantik kan ? Haa.. Sesuai pakai untuk menikah ni. Aku menikah lagi ? Boleh laaa kot.  Tunggu wife kasi lampu hijau. Buat masa ni, dia punya lampu semua samar samar. Hahahahaha... Gurau jer ! Ok.. ada banyak lagi baju lelaki dan perempuan terutamanya. Sesuai pakai untuk ke pejabat atau gi event seperti dinner atau majlis rasmi. Boleh tengok di Facebook dan Instagram Adreana Rose.

Facebook : https://www.facebook.com/myadreanarose/
Instagram : https://www.instagram.com/myadreanarose/

Share
Tweet
Pin
Share
7 comments
Newer Posts
Older Posts

Blog Stats

Blog Archive

  • ▼  2025 (61)
    • ▼  Disember 2025 (2)
      • Proses pemulihan dan menguatkan kembali sendi otot !
      • Slips disc rupanya aku !
    • ►  November 2025 (2)
    • ►  Oktober 2025 (2)
    • ►  September 2025 (5)
    • ►  Ogos 2025 (3)
    • ►  Julai 2025 (6)
    • ►  Jun 2025 (4)
    • ►  Mei 2025 (5)
    • ►  April 2025 (5)
    • ►  Mac 2025 (8)
    • ►  Februari 2025 (10)
    • ►  Januari 2025 (9)
  • ►  2024 (170)
    • ►  Disember 2024 (9)
    • ►  November 2024 (11)
    • ►  Oktober 2024 (13)
    • ►  September 2024 (10)
    • ►  Ogos 2024 (15)
    • ►  Julai 2024 (20)
    • ►  Jun 2024 (16)
    • ►  Mei 2024 (22)
    • ►  April 2024 (16)
    • ►  Mac 2024 (14)
    • ►  Februari 2024 (10)
    • ►  Januari 2024 (14)
  • ►  2023 (174)
    • ►  Disember 2023 (12)
    • ►  November 2023 (14)
    • ►  Oktober 2023 (16)
    • ►  September 2023 (13)
    • ►  Ogos 2023 (17)
    • ►  Julai 2023 (16)
    • ►  Jun 2023 (17)
    • ►  Mei 2023 (14)
    • ►  April 2023 (10)
    • ►  Mac 2023 (18)
    • ►  Februari 2023 (13)
    • ►  Januari 2023 (14)
  • ►  2022 (182)
    • ►  Disember 2022 (22)
    • ►  November 2022 (9)
    • ►  Oktober 2022 (12)
    • ►  September 2022 (9)
    • ►  Ogos 2022 (11)
    • ►  Julai 2022 (10)
    • ►  Jun 2022 (10)
    • ►  Mei 2022 (13)
    • ►  April 2022 (14)
    • ►  Mac 2022 (21)
    • ►  Februari 2022 (21)
    • ►  Januari 2022 (30)
  • ►  2021 (389)
    • ►  Disember 2021 (26)
    • ►  November 2021 (23)
    • ►  Oktober 2021 (23)
    • ►  September 2021 (26)
    • ►  Ogos 2021 (26)
    • ►  Julai 2021 (29)
    • ►  Jun 2021 (27)
    • ►  Mei 2021 (30)
    • ►  April 2021 (36)
    • ►  Mac 2021 (56)
    • ►  Februari 2021 (42)
    • ►  Januari 2021 (45)
  • ►  2020 (329)
    • ►  Disember 2020 (39)
    • ►  November 2020 (36)
    • ►  Oktober 2020 (28)
    • ►  September 2020 (29)
    • ►  Ogos 2020 (36)
    • ►  Julai 2020 (24)
    • ►  Jun 2020 (30)
    • ►  Mei 2020 (28)
    • ►  April 2020 (23)
    • ►  Mac 2020 (23)
    • ►  Februari 2020 (18)
    • ►  Januari 2020 (15)
  • ►  2019 (407)
    • ►  Disember 2019 (22)
    • ►  November 2019 (30)
    • ►  Oktober 2019 (44)
    • ►  September 2019 (34)
    • ►  Ogos 2019 (48)
    • ►  Julai 2019 (27)
    • ►  Jun 2019 (30)
    • ►  Mei 2019 (42)
    • ►  April 2019 (37)
    • ►  Mac 2019 (43)
    • ►  Februari 2019 (25)
    • ►  Januari 2019 (25)
  • ►  2018 (420)
    • ►  Disember 2018 (24)
    • ►  November 2018 (32)
    • ►  Oktober 2018 (32)
    • ►  September 2018 (36)
    • ►  Ogos 2018 (29)
    • ►  Julai 2018 (30)
    • ►  Jun 2018 (38)
    • ►  Mei 2018 (38)
    • ►  April 2018 (46)
    • ►  Mac 2018 (36)
    • ►  Februari 2018 (33)
    • ►  Januari 2018 (46)
  • ►  2017 (648)
    • ►  Disember 2017 (47)
    • ►  November 2017 (44)
    • ►  Oktober 2017 (49)
    • ►  September 2017 (51)
    • ►  Ogos 2017 (56)
    • ►  Julai 2017 (46)
    • ►  Jun 2017 (47)
    • ►  Mei 2017 (58)
    • ►  April 2017 (75)
    • ►  Mac 2017 (80)
    • ►  Februari 2017 (49)
    • ►  Januari 2017 (46)
  • ►  2016 (788)
    • ►  Disember 2016 (57)
    • ►  November 2016 (65)
    • ►  Oktober 2016 (77)
    • ►  September 2016 (64)
    • ►  Ogos 2016 (75)
    • ►  Julai 2016 (80)
    • ►  Jun 2016 (69)
    • ►  Mei 2016 (58)
    • ►  April 2016 (58)
    • ►  Mac 2016 (68)
    • ►  Februari 2016 (50)
    • ►  Januari 2016 (67)
  • ►  2015 (1019)
    • ►  Disember 2015 (68)
    • ►  November 2015 (78)
    • ►  Oktober 2015 (66)
    • ►  September 2015 (57)
    • ►  Ogos 2015 (63)
    • ►  Julai 2015 (86)
    • ►  Jun 2015 (89)
    • ►  Mei 2015 (105)
    • ►  April 2015 (91)
    • ►  Mac 2015 (104)
    • ►  Februari 2015 (104)
    • ►  Januari 2015 (108)
  • ►  2014 (1504)
    • ►  Disember 2014 (130)
    • ►  November 2014 (119)
    • ►  Oktober 2014 (137)
    • ►  September 2014 (121)
    • ►  Ogos 2014 (119)
    • ►  Julai 2014 (103)
    • ►  Jun 2014 (104)
    • ►  Mei 2014 (106)
    • ►  April 2014 (121)
    • ►  Mac 2014 (132)
    • ►  Februari 2014 (139)
    • ►  Januari 2014 (173)
  • ►  2013 (2151)
    • ►  Disember 2013 (169)
    • ►  November 2013 (180)
    • ►  Oktober 2013 (160)
    • ►  September 2013 (138)
    • ►  Ogos 2013 (182)
    • ►  Julai 2013 (220)
    • ►  Jun 2013 (199)
    • ►  Mei 2013 (186)
    • ►  April 2013 (149)
    • ►  Mac 2013 (184)
    • ►  Februari 2013 (188)
    • ►  Januari 2013 (196)
  • ►  2012 (2986)
    • ►  Disember 2012 (194)
    • ►  November 2012 (211)
    • ►  Oktober 2012 (285)
    • ►  September 2012 (260)
    • ►  Ogos 2012 (210)
    • ►  Julai 2012 (239)
    • ►  Jun 2012 (220)
    • ►  Mei 2012 (281)
    • ►  April 2012 (240)
    • ►  Mac 2012 (299)
    • ►  Februari 2012 (283)
    • ►  Januari 2012 (264)
  • ►  2011 (4967)
    • ►  Disember 2011 (303)
    • ►  November 2011 (299)
    • ►  Oktober 2011 (418)
    • ►  September 2011 (390)
    • ►  Ogos 2011 (350)
    • ►  Julai 2011 (396)
    • ►  Jun 2011 (424)
    • ►  Mei 2011 (424)
    • ►  April 2011 (481)
    • ►  Mac 2011 (483)
    • ►  Februari 2011 (489)
    • ►  Januari 2011 (510)
  • ►  2010 (4406)
    • ►  Disember 2010 (559)
    • ►  November 2010 (502)
    • ►  Oktober 2010 (453)
    • ►  September 2010 (387)
    • ►  Ogos 2010 (389)
    • ►  Julai 2010 (429)
    • ►  Jun 2010 (439)
    • ►  Mei 2010 (416)
    • ►  April 2010 (473)
    • ►  Mac 2010 (202)
    • ►  Februari 2010 (89)
    • ►  Januari 2010 (68)
  • ►  2009 (167)
    • ►  Disember 2009 (52)
    • ►  November 2009 (27)
    • ►  Oktober 2009 (67)
    • ►  September 2009 (21)

Kelab Blogger BenAshaari

Kelab Blogger BenAshaari

Created with by ThemeXpose | Copy Blogger Themes