Seminggu sudah berlalu. Fuh, terasa rindu pada udara nyaman , suasana tenang terutama di pinggiran desa seperti di Kashikojima. Rileks dan damai. Tapi yang buatkan rasa nak balik Malaysia dengan cepat ialah part makanan. Huhuhu.. Seminggu kat sana , dah keluar otot otot perut tanpa pergi gym.
Susah sangat ke nak dapatkan makanan halal di sana ? Ok.. secara jujurnya aku dan team #Kembara KBBA9 sengaja tak bukak aplikasi atau search di web mencari tempat tempat makan menarik selain dari yang disediakan di hotel ketika di Sheraton Miyako Hotel Osaka , Westin Miyako Kyoto dan Kashikojima , Shima Kanko Hotel . Di 3 tempat tu , sarapan pagi dan malam di sediakan di restoran. Dan ianya ada sijil Halal Kyoto.
Ketika berjalan jalan sekitar Osaka dan Kyoto membuta tuli.. sambil melihat restoran restoran makanan yang sedap sedap belaka sememangnya membuatkan terliur ! Tiada tanda Halal membuatkan kami ragu nak makan. Jika tiada kandungan babi atau arak sekali pun , part harga akan buatkan kami tergaru kepala ! Hahahaha.. Serius ! Wang kita sekarang rendah nilai. Nak shopping pun kena tutup mata ! Beli yang rare jer.
Di Jepun, kalau korang jenis yang pentingkan ada logo Halal baru nak makan , disyorkan bawalah makanan dari Malaysia untuk elak kebuluran. Jika ke Family Mart pun , pasti payah nak dapatkan makanan berlogo Halal ! Cam aku , aku amik sandwich telur sebagai makanan backup di kala pagi dan malam hari. Tak nak tidur dalam kelaparan ! Hahahaa..
Jika berkemampuan , menginaplah di hotel seperti yang aku bagitau di atas. Tak perlu risau bab makan dah. Heee... Begitu juga dengan produk kosmetik. Lambakan produk kosmetik di sana buatkan si gadis tergila gila nak membelinya. Cuma satu je masalahnya... Jika makanan dicari logo Halal , kenapa part kosmetik tidak pula ?
Maka sebab itulah kami , team #Kembara KBBA9 bawa Cosmoderm ke sini. Terbukti Halal dan yang penting , melindungi kulit kami ketika di sini.. cuaca sejuk tapi agak berbahang.
Bagi korang yang pertama kali nak ke negara seperti Jepun dan Korea , disyorkan la bawa makanan tambahan andai tekak korang tak leh nak terima makanan tak berlogo Halal atau download aplikasi Halal Jepun dan explorelah Jepun. Lagi menarik. Dan jangan lupa dapatkan Cosmoderm untuk perlindungan kulit sewaktu di sana. Terang terang dah ada logo Halal ! Heeee.. Beli online jer. Untuk pek travel. Kecil dan mudah nak selit.
Teringin nak ke Jepun dan perlukan agen yang berpengalaman ? Sila hubungi J HORIZON TRAVEL ( M ) .