BEN ASHAARI



Sejujurnya kalau orang tanya aku laa... kalau nak mencari kelainan di Jepun , mana tempat yang sesuai ? Maka aku syorkan beberapa tempat dan pastinya Ise-Shima. Tempat ni sememangnya ramai rakyat Malaysia tak pergi kerana tiada pendedahan mengenainya sangat. Di Ise Shima , maka silalah ke National Park iaitu Kashikojima.Mesti korang akan tertanya kenapa , kan ? Jawapan aku ada di bawah ni... teruskan membaca ! 


Untuk ke Kashikojima , ada 2 cara yang boleh digunakan dengan kos yang berpatutan. Gunakan bas limosin atau Kintetsu Railways. Naik dari Uehomacchi Station. Jika korang memilih menggunakan Kintetsu Railways , pastikan korang dah buat tempahan tiket untuk naiki keretapi ekspress. Gini yer.. untuk masuk ke laluan Kintetsu Railways, korang kena ada pass. Aku cadangkan amik pass untuk jangkamasa yang panjang yakni sepanjang korang berada di Osaka. Macam ari tu ,aku dan team #Kbba9 amik untuk 5 hari terus. Maka boleh la keluar masuk station tanpa bayar lagi dah. Unlimited. Tapi untuk menaiki keretapi ekspress , korang kena bayar tiket lain lak. Haaaa... Caranya , buat je tempahan sebelum ke Jepun di laman web Kintetsu Railways . Pastu print tiket station nanti. 

Kalau malas nak pening kepala.. naik bas limosin terus ke Kashikojima. Hee.. senang !


Berbaloi di Kashikojima ! Hotel pilihan kitorang semestinya yang paling meriah di sana ! Shima Kanko Hotel yang terletak atas bukit. Menikmati permandangan matahari terbenam di depan mata, melalui tingkap berhadapan dengan Ago Bay , teluk yang sangat cantik.

Stesen terakhir , Kashikojima. 



Bersama Limited Express yang kitorang naiki.


SHIMA KANKO HOTEL 

Salah sebuah hotel dalam rangkaian Miyako Hotel & Resorts yang gah. Nak menempahnya, boleh pelbagai cara atau nak paling mudah , terus ke tempah di laman web Shima Kanko Hotel. Ok jom tengok bilik aku yang bikin aku tak nak balik Malaysia. Hahahaha.. 

Ada jemputan khas gitu..











Bilik yang cukup luas ,sempurna. Ada wi-fi , tv , sejadah , petunjuk arah kiblat , tandas yang wow , seterika dan board , baju tidur dan pastinya view yang menawan ! 

Pilihan bilik memang banyak. Bergantung pada bajet korang. Dan terus terang , bukan murah di sini. Kalau nak berbulan madu atau memang duit tengah banyak , nah... memang best ! Ada Superior Suite Twin dan King , Futon Suite , Corner Suite, Spa Suite dan Royal Suite.







Shima Kanko Hotel terletak di Ago Bay ni adalah tuan rumah persidangan G7 pada 2016 yang lepas. Seramai 7 orang ketua negara kuasa besar berhimpun dan mengadakan mesyuarat di sini. Pastinya itu adalah sejarah buat hotel ini. Bukan mudah sesebuah hotel untuk terpilih bagi menempatkan pemimpin pemimpin kuasa besar ni. Pelbagai faktor perlu diteliti kerana ianya mengambarkan negara tuan rumah itu sendiri. 

Di siang hari , setiap jam 9 selepas sarapan pagi akan ada satu aktiviti khas. 'Hotel Tour' yang mana akan menceritakan sejarah yang pernah berlaku di hotel tersebut. Menarik ! 






Restoran 

Ada dua pilihan restoran Halal di sini. Satu , makanan ala Barat dan satu lagi , pastinya Jepun. Untuk sarapan pagi , akan disediakan Bento yang khusus untuk mereka inginkan makanan Halal. Hidangan utama , semestinya makanan laut yang segar. Yer, Kashikojima adalah kawasan nelayan. Maka untuk dapatkan makanan laut yang murah , di sinilah tempatnya. 


Makan malam... Bagi yang gemarkan makanan ala barat yang menghidangkan makanan laut , nah.. boleh cuba di restoran 'La Mer'.





Atau makanan Jepun yang dihiasi dengaan suasana Autmn , boleh ke restoran Jepun ' Hamayu' yang terletak di






Aktiviti Pelancongan





Aku dan rakan rakan sempat merasa pergi dua tempat jer. Huhuh... Sememangnya perlukan lebih masa bila berada di Ise Shima ni. Best giler ! Tenang , damai dan mengasyikan. 









Cuba teka di mana ? Hehehee.. Amacam ? Best kan ? Haaaa.... Anak anak mesti enjoy bila di sini ! Aku syorkan korang , lain kali ke Jepun pastikan Ise Shima dalam jadual atau korang akan terlepas keindahan Jepun yang sebenar.. 

Keterangan lanjut di : 
Web : https://www.miyakohotels.ne.jp/shima/english/index.html/
Instagram : https://www.instagram.com/shimakankohotel/


Baca juga Pengalaman Menginap di Sheraton Miyako Osaka ! 







Share
Tweet
Pin
Share
18 comments
Gulp.... segan nak cerita ! Hahahaha.. tapi aku cerita gak la sebab ianya hakikat dan realiti yang perlu aku terima dan syukur pada Allah , aku berjaya juga selesaikan masalah aku tu. Heee... Apakah masalah aku tu ?

Seperti yang korang tau , aku kan kaki gym. Tak kira di mana saja aku berkesempatan , mesti la nak buat selangkah dua gaya untuk panaskan badan. Kalau di luar rumah , aku suka buat plank. Tau tak plank ? Tak ? Plank ni bagus untuk bakar lemak di bahagian perut. Kalau rajin buat dengan gaya yang betul , boleh nampak perubahannya.

Ini namanya plank ! Haa.. dah tau kan ? Ok... di dalam gambar ni boleh nampak dah masalah aku. Apakah itu ? Ok... tengok kedudukan siku tu ! Haaaa... Jika mereka yang malas macam aku ni , takkan guna tikar getah gym sebagai alas ! Disebabkan malas , maka aku 'nikmatilah' kesan sampingannya. Apakah itu ? Rasanya korang mesti tau... 

Yer.. siku menjadi hitam ! Kenapa boleh jadi hitam ??  Ada banyak faktor antaranya faktor umur , keturunan dan juga kebersihatan. Macam kes aku ni laa... Bila beralas , bahagian siku tu 'selamat' la skit kan ? Haaa.. Tak beralas , jadi cam siku aku. Malu nak tunjuk kat orang ! Huhuh.. Terpaksa pakai hoodies ke mana saja. Panas panas pon pakai ! Hahahaha.. 

Ada banyak cara untuk pulihkan kembali siku kita yang hitam tu. Aku dah cuba dah ! Sampai ke Jepun aku bawak sebab tak nak kasi dia kering kembali seterusnya menjadi hitam ! Yer , aku gunakan Advance Moisture Therapy Cream setiap kali lepas mandi dan sebelum tidur ! 




Selain membaiki rekahan kulit di tapak kaki , Advance Moisture Therapy Cream turut membaiki kerosakan kulit di tapak tangan aku serta siku. Sebelum ni keras dan berkematu , akhirnya lembut dan mudah dibuang tanpa rasa pedih dan sakit.  Perhatikan tapak tangan aku tu.. Kesan dari mengangkat besi gi gym. Seminggu pakai je dah ok semula. Tak berminyak pun masa disapukan pada bahagian kulit. 

Manakala siku aku , sel sel mati yang menyebabkan kelihatan huduh tu , dah kembali pulih. Tak nampak hitam sangat dah. Huhu.... tak la segan dah pakai t-shirt lengan pendek ! Tengok gambar di bawah.. siku kelihatan cerah kembali. Perbezaan di situ. Nak bergambar pon tak segan dah. Heeee..


Walaupun di Jepun hari tu ada banyak jual produk produk skincare , aku masih lagi setia dengan Cosmoderm. Kenapa ? Kalau di sana aku mencari makanan yang ada logo Halal , kenapa untuk kulit , aku tak buat begitu jugak kan ? Haaa.. Terang terang Cosmoderm ada cop HALAL ! Kenapa nak bertukar lain kan ? Hurmm.. dan harga pun murah jer.

Kulit korang bermasalah ? Dah cuba macam macam produk ? Cubalah Cosmoderm. Ramai kawan kawan aku di media sosial ni , dah beralih ke Cosmoderm.

Dapatkan di secara online di www.cosmoderm.com.my atau di farmasi farmasi terpilih.


Share
Tweet
Pin
Share
19 comments
Newer Posts
Older Posts

Blog Stats

Blog Archive

  • ▼  2026 (4)
    • ▼  Februari 2026 (1)
      • Mudah di Tiktok sebenarnya.
    • ►  Januari 2026 (3)
  • ►  2025 (63)
    • ►  Disember 2025 (4)
    • ►  November 2025 (2)
    • ►  Oktober 2025 (2)
    • ►  September 2025 (5)
    • ►  Ogos 2025 (3)
    • ►  Julai 2025 (6)
    • ►  Jun 2025 (4)
    • ►  Mei 2025 (5)
    • ►  April 2025 (5)
    • ►  Mac 2025 (8)
    • ►  Februari 2025 (10)
    • ►  Januari 2025 (9)
  • ►  2024 (170)
    • ►  Disember 2024 (9)
    • ►  November 2024 (11)
    • ►  Oktober 2024 (13)
    • ►  September 2024 (10)
    • ►  Ogos 2024 (15)
    • ►  Julai 2024 (20)
    • ►  Jun 2024 (16)
    • ►  Mei 2024 (22)
    • ►  April 2024 (16)
    • ►  Mac 2024 (14)
    • ►  Februari 2024 (10)
    • ►  Januari 2024 (14)
  • ►  2023 (174)
    • ►  Disember 2023 (12)
    • ►  November 2023 (14)
    • ►  Oktober 2023 (16)
    • ►  September 2023 (13)
    • ►  Ogos 2023 (17)
    • ►  Julai 2023 (16)
    • ►  Jun 2023 (17)
    • ►  Mei 2023 (14)
    • ►  April 2023 (10)
    • ►  Mac 2023 (18)
    • ►  Februari 2023 (13)
    • ►  Januari 2023 (14)
  • ►  2022 (182)
    • ►  Disember 2022 (22)
    • ►  November 2022 (9)
    • ►  Oktober 2022 (12)
    • ►  September 2022 (9)
    • ►  Ogos 2022 (11)
    • ►  Julai 2022 (10)
    • ►  Jun 2022 (10)
    • ►  Mei 2022 (13)
    • ►  April 2022 (14)
    • ►  Mac 2022 (21)
    • ►  Februari 2022 (21)
    • ►  Januari 2022 (30)
  • ►  2021 (389)
    • ►  Disember 2021 (26)
    • ►  November 2021 (23)
    • ►  Oktober 2021 (23)
    • ►  September 2021 (26)
    • ►  Ogos 2021 (26)
    • ►  Julai 2021 (29)
    • ►  Jun 2021 (27)
    • ►  Mei 2021 (30)
    • ►  April 2021 (36)
    • ►  Mac 2021 (56)
    • ►  Februari 2021 (42)
    • ►  Januari 2021 (45)
  • ►  2020 (329)
    • ►  Disember 2020 (39)
    • ►  November 2020 (36)
    • ►  Oktober 2020 (28)
    • ►  September 2020 (29)
    • ►  Ogos 2020 (36)
    • ►  Julai 2020 (24)
    • ►  Jun 2020 (30)
    • ►  Mei 2020 (28)
    • ►  April 2020 (23)
    • ►  Mac 2020 (23)
    • ►  Februari 2020 (18)
    • ►  Januari 2020 (15)
  • ►  2019 (407)
    • ►  Disember 2019 (22)
    • ►  November 2019 (30)
    • ►  Oktober 2019 (44)
    • ►  September 2019 (34)
    • ►  Ogos 2019 (48)
    • ►  Julai 2019 (27)
    • ►  Jun 2019 (30)
    • ►  Mei 2019 (42)
    • ►  April 2019 (37)
    • ►  Mac 2019 (43)
    • ►  Februari 2019 (25)
    • ►  Januari 2019 (25)
  • ►  2018 (420)
    • ►  Disember 2018 (24)
    • ►  November 2018 (32)
    • ►  Oktober 2018 (32)
    • ►  September 2018 (36)
    • ►  Ogos 2018 (29)
    • ►  Julai 2018 (30)
    • ►  Jun 2018 (38)
    • ►  Mei 2018 (38)
    • ►  April 2018 (46)
    • ►  Mac 2018 (36)
    • ►  Februari 2018 (33)
    • ►  Januari 2018 (46)
  • ►  2017 (648)
    • ►  Disember 2017 (47)
    • ►  November 2017 (44)
    • ►  Oktober 2017 (49)
    • ►  September 2017 (51)
    • ►  Ogos 2017 (56)
    • ►  Julai 2017 (46)
    • ►  Jun 2017 (47)
    • ►  Mei 2017 (58)
    • ►  April 2017 (75)
    • ►  Mac 2017 (80)
    • ►  Februari 2017 (49)
    • ►  Januari 2017 (46)
  • ►  2016 (788)
    • ►  Disember 2016 (57)
    • ►  November 2016 (65)
    • ►  Oktober 2016 (77)
    • ►  September 2016 (64)
    • ►  Ogos 2016 (75)
    • ►  Julai 2016 (80)
    • ►  Jun 2016 (69)
    • ►  Mei 2016 (58)
    • ►  April 2016 (58)
    • ►  Mac 2016 (68)
    • ►  Februari 2016 (50)
    • ►  Januari 2016 (67)
  • ►  2015 (1019)
    • ►  Disember 2015 (68)
    • ►  November 2015 (78)
    • ►  Oktober 2015 (66)
    • ►  September 2015 (57)
    • ►  Ogos 2015 (63)
    • ►  Julai 2015 (86)
    • ►  Jun 2015 (89)
    • ►  Mei 2015 (105)
    • ►  April 2015 (91)
    • ►  Mac 2015 (104)
    • ►  Februari 2015 (104)
    • ►  Januari 2015 (108)
  • ►  2014 (1504)
    • ►  Disember 2014 (130)
    • ►  November 2014 (119)
    • ►  Oktober 2014 (137)
    • ►  September 2014 (121)
    • ►  Ogos 2014 (119)
    • ►  Julai 2014 (103)
    • ►  Jun 2014 (104)
    • ►  Mei 2014 (106)
    • ►  April 2014 (121)
    • ►  Mac 2014 (132)
    • ►  Februari 2014 (139)
    • ►  Januari 2014 (173)
  • ►  2013 (2151)
    • ►  Disember 2013 (169)
    • ►  November 2013 (180)
    • ►  Oktober 2013 (160)
    • ►  September 2013 (138)
    • ►  Ogos 2013 (182)
    • ►  Julai 2013 (220)
    • ►  Jun 2013 (199)
    • ►  Mei 2013 (186)
    • ►  April 2013 (149)
    • ►  Mac 2013 (184)
    • ►  Februari 2013 (188)
    • ►  Januari 2013 (196)
  • ►  2012 (2986)
    • ►  Disember 2012 (194)
    • ►  November 2012 (211)
    • ►  Oktober 2012 (285)
    • ►  September 2012 (260)
    • ►  Ogos 2012 (210)
    • ►  Julai 2012 (239)
    • ►  Jun 2012 (220)
    • ►  Mei 2012 (281)
    • ►  April 2012 (240)
    • ►  Mac 2012 (299)
    • ►  Februari 2012 (283)
    • ►  Januari 2012 (264)
  • ►  2011 (4966)
    • ►  Disember 2011 (303)
    • ►  November 2011 (299)
    • ►  Oktober 2011 (418)
    • ►  September 2011 (390)
    • ►  Ogos 2011 (350)
    • ►  Julai 2011 (396)
    • ►  Jun 2011 (424)
    • ►  Mei 2011 (424)
    • ►  April 2011 (481)
    • ►  Mac 2011 (483)
    • ►  Februari 2011 (488)
    • ►  Januari 2011 (510)
  • ►  2010 (4406)
    • ►  Disember 2010 (559)
    • ►  November 2010 (502)
    • ►  Oktober 2010 (453)
    • ►  September 2010 (387)
    • ►  Ogos 2010 (389)
    • ►  Julai 2010 (429)
    • ►  Jun 2010 (439)
    • ►  Mei 2010 (416)
    • ►  April 2010 (473)
    • ►  Mac 2010 (202)
    • ►  Februari 2010 (89)
    • ►  Januari 2010 (68)
  • ►  2009 (167)
    • ►  Disember 2009 (52)
    • ►  November 2009 (27)
    • ►  Oktober 2009 (67)
    • ►  September 2009 (21)

Kelab Blogger BenAshaari

Kelab Blogger BenAshaari

Created with by ThemeXpose | Copy Blogger Themes