Aku ke rumah mak aku semalam. Kepala memang tengah pening sangat. Rasa berpusing pusing jer. Sehinggakan semalam , aku ingat hari Jumaat dah ! Nyaris nak berbaju melayu ke expo MHE 2019 , semalam. Kalau tak , memamng paluan kompang untuk aku ler jawabnya..
Di rumah mak, aku bagitau la aku sakit pala. Nak tidur jap sebelum ke event. Kemudian dia buatkan aku air rebusan asam keping atau asam gelugur. Tunggu suam , aku minum. Kemudian terasa mengantuk sangat. Beberapa kali aku minum , terasa semacam sedikit. Kemudian baru terasa segar untuk ke event.
Selepas selesai tugasan , terus balik. Sampai rumah... aku tidur sekejap. Dalam setengah jam gitu. Bangun je dari tidur , sakit kepala aku hilang sama sekali. Panas serta ulser dalam mulut terasa kecut. Wow ??? Kenapa aku terlupa nak minum air rebusan ni walaupun berkali dah mak aku ingatkan ??? Kalau tak , takda la aku derita dok sakit kepala berhari hari ! Haish..
Terus aku tapau air rebusan tu. Di rumah , sebelum tidur aku minum. Bangun pagi, terasa perut memulas.. Beberapa hari ni , aku cukup takut untuk bangun tidur. Tapi hari ni tidak lagi. Malah terasa mengantuk lagi ada la. Alhamdulillah... lega sangat rasanya.
Sebelum makan , aku minum secawan air rebusan asam gelugur ni. Bila aku google , rupanya banyak sangat khasiat asam gelugur ni ! Antaranya yang aku jumpa dalam Utusan Malaysia ialah air rebusan kulit buah asam gelugur juga dikatakan mampu digunakan untuk merawat reumatisme dan masalah dalam perut. Selain itu buah tersebut dikatakan berupaya mengurangkan tekanan darah tinggi. Perubatan Melayu zaman dahulu menggunakan rebusan air daun dan akar asam gelugur untuk menyembuhkan sakit telinga melalui titisan ke dalam telinga.
Buah asam gelugur juga dikatakan mampu melegakan kesakitan gusi. Caranya adalah dengan mengambil sekeping asam gelugur dan kemudian basuh hingga bersih sehingga menjadi sedikit lembut. Tampal atau selitkan di celah-celah antara gusi dan bahagian pipi selama 10 hingga 15 minit. Kemudian kumur dengan air suam.
Di dalam artikal Bidadari.My , ada 18 kebaikan Asam Gelugur atau Asam Keping ni. Kebaikan tersebut ialah ;
- Mengurangkan kolestrol
- Mengurangkan berat badan
- Masalah penghadaman
- Merawat masalah kecacingan
- Tumor
- Mengecutkan rahim
- Merawat masalah pencernaan dan sakit perut
- Mengurangkan gejala reumatisme
- Mengurangkan tekanan darah tekanan darah tinggi
- Merawat sakit telinga
- Meredakan sakit gigi
- Merawat kencing kotor
- Menurunkan suhu badan ketika demam
- Membantu mencantikkan kulit
- Mengurangkan stress
- Melancarkan menstruasi
- Mengimbangi kadar metabolisme
- Meningkatkan kadar imunisasi.
SubhanAllah. Banyaknya khasiat. Patutlah kesakitan di bahagian leher aku takda dah ! 3 hari dah sakit kat leher. Orang kata sebab panas. Hanya dengan minum air rebusan asam keping ni ! Huihh... Tak caya , cubalah !