BEN ASHAARI



Ramai dah kawan kawan aku , cuba Deep Heat Lotion oleh Cosmoderm ni. Tau apa jadi pastu ? Hahahaa... Diorang tanya mana nak dapat dan nak simpan stok banyak banyak. Sayangnya , stok Deep Heat Lotion ni terhad. Kena cepat beli ketika mereka keluarkan.. 

Aku suka guna sebelum tidur , selepas workout. Sapu kat lengan . betis dan tengkuk ! Fuh.... lena kauu ! Kalau tak caya , try satu tengok. Beli je online. Bukan mahal mana pun. Hahahaha.. Kalau nak guna ketika workout atau bersenam pun boleh tapi jangan sapu banyak.. Skit je dah ok. Heehehee..



Ni kalau aku bawak gi umah mak aku, confirm jap je abis kena sapu. Hahaha.. Abang dan mak aku memang suka guna ni. Ari tu stok abis. Ni baru dapat yang baru. Antara produk Cosmoderm yang laris wooo... Bagus untuk mereka yang kerap lenguh lenguh gak... 

Beli mana ? Gi tengok kat www.cosmoderm.com.my  
Share
Tweet
Pin
Share
1 comments
Letak serbuk cili tu memang berkesan tapi hanya untuk kawaasan kita taruk tu jer. Tempat tak taruk tu , dia berak kat situ lak ! Ini mendatangkan rasa amarah yang tak terhingga. Geram hingga rasa nak pergi cari jer kucing jantan tu ! Kalau dapat , aku nak tarik misai dia pastu yang baki tu nak gunting kasi pendek ala ala Hitler. Haaaa... Pastu hantar Israel ! Haaaa... mesti diorang kat sana takut punya ! 

Dia berak lagi pagi ni . Semalam dia tak berak. Tak tau la dia membuang kat mana tapi subuh tadi, aku terbau taik kucing. Huhuhuh.. Cari punya cari.. dalam saluran longkang di dalam rumah aku. Nasib baik dalam tu tapi tak leh dibiarkan. Nanti dia naik ke ruang parkir lak ! Huhhh... 

Aku kena guna plan arwah ayah aku.. Tips klorox dan yang lain tu rasanya tak jalan dah. Memang kena guna plan search and kidnap ! Tangkap dan lepas kat kawasan perumahan lain. Biar diorang lak update Facebook pasal taik kucing di pagi hari ! Hahahahahahha.... Hahahahahahahaha... Hahahahaha.. Kejammmm ! 


Ni je nampaknya cara yang terbaik. Tapi pastikan tutup mata dan hidung dia. Letak dalam beg kain atau plastik. Sembur perfume Farenheit by Dior. Baru dia tak leh kesan kawasan jajahan dia semula ! Hahahahaha... 

Tapi masalah aku ialah.. Dia ni buat kerja sebelum orang bangun tidur. Pastu hilang sehingga subuh esok. Nampaknya , aku kena bangun lebih awal la gini ! huuhuhuhu...

Misi bermula ! 
Share
Tweet
Pin
Share
5 comments

Setiap pagi , hobi si kucing jantan jalanan tu ialah berak di dalam pasu pokok wife aku. Dan aku kena bersihkan. Kalau nak tunggu wife aku bersihkan , memang seharian la aku dok hirup bau taik tu. Masuk ke dalam rumah ok ! 

Dah la tu... setiap pagi , tugasan aku ialah jemur pakaian. Dulu best la.. Hirup udara segar. Sekarang kena hirup udara berbau taik kucing tu. Tah apa la dia melantak sampai bau dia.. adoiyaaaiiiii ! Kalau boleh aku post kat sini bau taik kucing tu haaa..


Abis tanaman wife aku . Ada yang mati dah. Aku terpaksa pindahkan semua ke luar rumah untuk elakkan dia berak. Tapi dia tetap berak kat dalam kawasan rumah aku. Mesti sebab dia dah tandakan tu kawasan jajahan dia ! Huhhh... 

Ada banyak tips yang kawan kawan kasi untuk elakkan kucing berak di kawasan umah kita.. Antaranya , letak air dalam botol. Air tu warna mesti warna merah. Jangan tanya kenapa warna merah yer. Aku tak tau. Nanti aku interview kucing tu andai berjaya aku tangkap dia. Setakat ni , dia berjaya melarikan diri ! 

Lain tips. gi beli kat Daiso. Ada jual serbuk anti kucing. Aku cari dah... tak jumpa. Tips lain , guna sabun pencuci dan cuka. Sembur kat kawasan dia berak tu selepas kita bersihkan kawasan tu. Katanya kucing tu tak mai dah. 

Aku pilih tips yang ni.. Guna serbuk cili ! Hahahahahahahhaaa... Aku test dah. Aku sendiri tak tahan bau dia. Kalau kucing tu berjaya gak berak kat situ , nampaknya aku kena berguru la ngan dia nanti. 





Berjayakah ??? Kena tunggu esok la jawabnya. Hahahahaha.. Yang pastinya , kos ni murah la skit. Aku tak nak guna Babas punya. Kasi yang brandad skit. Sebagai tanda respek kat dia sebab berani berak kat dalam area umah aku. Hahahahaha... 


Share
Tweet
Pin
Share
6 comments

Aku ke rumah mak aku semalam. Kepala memang tengah pening sangat. Rasa berpusing pusing jer. Sehinggakan semalam , aku ingat hari Jumaat dah ! Nyaris nak berbaju melayu ke expo MHE 2019 , semalam. Kalau tak , memamng paluan kompang untuk aku ler jawabnya.. 

Di rumah mak, aku bagitau la aku sakit pala. Nak tidur jap sebelum ke event. Kemudian dia buatkan aku air rebusan asam keping atau asam gelugur. Tunggu suam , aku minum. Kemudian terasa mengantuk sangat. Beberapa kali aku minum , terasa semacam sedikit. Kemudian baru terasa segar untuk ke event.

Selepas selesai tugasan , terus balik. Sampai rumah... aku tidur sekejap. Dalam setengah jam gitu. Bangun je dari tidur , sakit kepala aku hilang sama sekali. Panas serta ulser dalam mulut terasa kecut. Wow ??? Kenapa aku terlupa nak minum air rebusan ni walaupun berkali dah mak aku ingatkan ??? Kalau tak , takda la aku derita dok sakit kepala berhari hari ! Haish.. 

Terus aku tapau air rebusan tu. Di rumah , sebelum tidur aku minum. Bangun pagi, terasa perut memulas.. Beberapa hari ni , aku cukup takut untuk bangun tidur. Tapi hari ni tidak lagi. Malah terasa mengantuk lagi ada la. Alhamdulillah... lega sangat rasanya. 

Sebelum makan , aku minum secawan air rebusan asam gelugur ni. Bila aku google , rupanya  banyak sangat khasiat asam gelugur ni ! Antaranya yang aku jumpa dalam Utusan Malaysia ialah air rebusan kulit buah asam gelugur juga dikatakan mampu digunakan untuk merawat reumatisme dan masalah dalam perut. Selain itu buah tersebut dikatakan berupaya mengurangkan tekanan darah tinggi. Perubatan Melayu zaman dahulu menggunakan rebusan air daun dan akar asam gelugur untuk menyembuhkan sakit telinga melalui titisan ke dalam telinga.

Buah asam gelugur juga dikatakan mampu melegakan kesakitan gusi. Caranya adalah dengan mengambil sekeping asam gelugur dan kemudian basuh hingga bersih sehingga menjadi sedikit lembut. Tampal atau selitkan di celah-celah antara gusi dan bahagian pipi selama 10 hingga 15 minit. Kemudian kumur dengan air suam.

Di dalam artikal Bidadari.My , ada 18 kebaikan Asam Gelugur atau Asam Keping ni. Kebaikan tersebut ialah ;
  • Mengurangkan kolestrol
  • Mengurangkan berat badan 
  • Masalah penghadaman
  • Merawat masalah kecacingan
  • Tumor
  • Mengecutkan rahim
  • Merawat masalah pencernaan dan sakit perut
  • Mengurangkan gejala reumatisme
  • Mengurangkan tekanan darah tekanan darah tinggi
  • Merawat sakit telinga
  • Meredakan sakit gigi
  • Merawat kencing kotor
  • Menurunkan suhu badan ketika demam
  • Membantu mencantikkan kulit
  • Mengurangkan stress
  • Melancarkan menstruasi
  • Mengimbangi kadar metabolisme
  • Meningkatkan kadar imunisasi.
SubhanAllah. Banyaknya khasiat. Patutlah kesakitan di bahagian leher aku takda dah ! 3 hari dah sakit kat leher. Orang kata sebab panas. Hanya dengan minum air rebusan asam keping ni ! Huihh...  Tak caya , cubalah ! 





Share
Tweet
Pin
Share
24 comments
Lepas amik Qhaliff di sekolah tadi, terus aku pecut ke Cheras. Tinggalkan Qhaliff dan adik-adiknya kat mak aku jap. Mak aku ok jer. Lama tak jumpa 3 beradik ni. Pastu terus ke Kuala Lumpur Convention Centre dengan menaiki Grab. Tambang waktu kemuncak , dalam RM14. Nak murah lagi, naik jer LRT dan Putra Kelana Jaya. Aku guna Grab sebab tak beberapa sihat lagi. Huhu. Tapi peluang begini aku tak nak lepaskan. Tu pasal aku gi gak. 

Di sana , aku nampak macam takda orang jer terutama di kaunter pendaftaran. Tergaru garu kepala jap. Rupa-rupanya.... hehehe.. teknologi pendaftaran semakin canggih ! Nak daftar untuk masuk sekarang mudah jer rupanya. Caranya : 
  • Pastikan handphone anda ada internet
  • Kemudian buka mhe.1reg.my pastu masukkan email yang biasa korang gunakan.
  • Daftar sebagai public visitor andai korang datang sebagai pengunjung atau jika mewakili syarikat , terus isi segala permintaan di situ. 
  • Selesai isi , korang akan dapat email confirmation. Di situ akan ada diberikan QR Pass dan sila beratur untuk print pass masuk. Masuk adalah PERCUMA !
Tadaa.. Tu jer ! 



Sila tampalkan di baju anda. Heeee.. Pastu boleh masuk dan lepak hingga jam 6 petang. Pastikan bawa banyak kad perniagaan dan juga wang tunai. Huhuhuh.. Shopping makanan dalam ni pon best. Dan mereka yang tercari produk produk berstatuskan Halal , nahh.. ni la tempat dia. Dan korang boleh jalinkan perniagaan di sini sebagai contoh nak jadi agen dan sebagainya. Berbaloi !!! 

Dua jam dalam ni sebenarnya tak cukup. Syok kalau dapat temuramah setiap usahawan di dalam ni. Masing masing ada pengalaman sendiri sebelum capai ke status sekarang ni. Dan SME Corp Malaysia telah banyak mainkan peranan membantu usahawan usahawan kecil ini hingga ke tahap membanggakan. InshaAllah. 

Kemas dan tersusun. Mudah nak mencari booth booth mengikut kluster kluster. Tak bercelaru. Bagi kaki makan , pastinya MHE 2019 akan jadi syurga memborong makanan tempatan Halal ni ! 


















Dengan tema ' Malaysia ke Jepun untuk Olimpik 2020 ' , expo ni amat bagus sebenarnya. Ianya memberi peluang kepada lebih 350 perusahaan kecil dan sederhana tempatan mengetengahkan produk mereka ke pasaran antarabangs. Ini kerana yang hadir ke expo ni bukanlah rakyat tempatan saja. Banyak wakil dari luar negara  juga tidak lepaskan peluang datang ke expo ini. 

MHE 2019 telah dirasmikan oleh Menteri Pembangunan Keusahawanan , Datuk Seri Mohd. Redzuan Yusof. Turut hadir ialah Kedutaan Jepun ke Malaysia dan  Pengarah Bahagian Pasific dan Asia Kementerian Ekonomi , Perdagangan dan Pelaburan Jepun. 

Expo akan berakhir pada 26hb Januari 2019. Masih ada masa lagi ! Cepat , cepat !! Info mengenai expo ni boleh baca di  Jom ke Malaysia Halal Expo 2019 ! Sejarah bakal tercipta !!


Share
Tweet
Pin
Share
7 comments
Newer Posts
Older Posts

Blog Stats

Blog Archive

  • ▼  2026 (4)
    • ▼  Februari 2026 (1)
      • Mudah di Tiktok sebenarnya.
    • ►  Januari 2026 (3)
  • ►  2025 (63)
    • ►  Disember 2025 (4)
    • ►  November 2025 (2)
    • ►  Oktober 2025 (2)
    • ►  September 2025 (5)
    • ►  Ogos 2025 (3)
    • ►  Julai 2025 (6)
    • ►  Jun 2025 (4)
    • ►  Mei 2025 (5)
    • ►  April 2025 (5)
    • ►  Mac 2025 (8)
    • ►  Februari 2025 (10)
    • ►  Januari 2025 (9)
  • ►  2024 (170)
    • ►  Disember 2024 (9)
    • ►  November 2024 (11)
    • ►  Oktober 2024 (13)
    • ►  September 2024 (10)
    • ►  Ogos 2024 (15)
    • ►  Julai 2024 (20)
    • ►  Jun 2024 (16)
    • ►  Mei 2024 (22)
    • ►  April 2024 (16)
    • ►  Mac 2024 (14)
    • ►  Februari 2024 (10)
    • ►  Januari 2024 (14)
  • ►  2023 (174)
    • ►  Disember 2023 (12)
    • ►  November 2023 (14)
    • ►  Oktober 2023 (16)
    • ►  September 2023 (13)
    • ►  Ogos 2023 (17)
    • ►  Julai 2023 (16)
    • ►  Jun 2023 (17)
    • ►  Mei 2023 (14)
    • ►  April 2023 (10)
    • ►  Mac 2023 (18)
    • ►  Februari 2023 (13)
    • ►  Januari 2023 (14)
  • ►  2022 (182)
    • ►  Disember 2022 (22)
    • ►  November 2022 (9)
    • ►  Oktober 2022 (12)
    • ►  September 2022 (9)
    • ►  Ogos 2022 (11)
    • ►  Julai 2022 (10)
    • ►  Jun 2022 (10)
    • ►  Mei 2022 (13)
    • ►  April 2022 (14)
    • ►  Mac 2022 (21)
    • ►  Februari 2022 (21)
    • ►  Januari 2022 (30)
  • ►  2021 (389)
    • ►  Disember 2021 (26)
    • ►  November 2021 (23)
    • ►  Oktober 2021 (23)
    • ►  September 2021 (26)
    • ►  Ogos 2021 (26)
    • ►  Julai 2021 (29)
    • ►  Jun 2021 (27)
    • ►  Mei 2021 (30)
    • ►  April 2021 (36)
    • ►  Mac 2021 (56)
    • ►  Februari 2021 (42)
    • ►  Januari 2021 (45)
  • ►  2020 (329)
    • ►  Disember 2020 (39)
    • ►  November 2020 (36)
    • ►  Oktober 2020 (28)
    • ►  September 2020 (29)
    • ►  Ogos 2020 (36)
    • ►  Julai 2020 (24)
    • ►  Jun 2020 (30)
    • ►  Mei 2020 (28)
    • ►  April 2020 (23)
    • ►  Mac 2020 (23)
    • ►  Februari 2020 (18)
    • ►  Januari 2020 (15)
  • ►  2019 (407)
    • ►  Disember 2019 (22)
    • ►  November 2019 (30)
    • ►  Oktober 2019 (44)
    • ►  September 2019 (34)
    • ►  Ogos 2019 (48)
    • ►  Julai 2019 (27)
    • ►  Jun 2019 (30)
    • ►  Mei 2019 (42)
    • ►  April 2019 (37)
    • ►  Mac 2019 (43)
    • ►  Februari 2019 (25)
    • ►  Januari 2019 (25)
  • ►  2018 (420)
    • ►  Disember 2018 (24)
    • ►  November 2018 (32)
    • ►  Oktober 2018 (32)
    • ►  September 2018 (36)
    • ►  Ogos 2018 (29)
    • ►  Julai 2018 (30)
    • ►  Jun 2018 (38)
    • ►  Mei 2018 (38)
    • ►  April 2018 (46)
    • ►  Mac 2018 (36)
    • ►  Februari 2018 (33)
    • ►  Januari 2018 (46)
  • ►  2017 (648)
    • ►  Disember 2017 (47)
    • ►  November 2017 (44)
    • ►  Oktober 2017 (49)
    • ►  September 2017 (51)
    • ►  Ogos 2017 (56)
    • ►  Julai 2017 (46)
    • ►  Jun 2017 (47)
    • ►  Mei 2017 (58)
    • ►  April 2017 (75)
    • ►  Mac 2017 (80)
    • ►  Februari 2017 (49)
    • ►  Januari 2017 (46)
  • ►  2016 (788)
    • ►  Disember 2016 (57)
    • ►  November 2016 (65)
    • ►  Oktober 2016 (77)
    • ►  September 2016 (64)
    • ►  Ogos 2016 (75)
    • ►  Julai 2016 (80)
    • ►  Jun 2016 (69)
    • ►  Mei 2016 (58)
    • ►  April 2016 (58)
    • ►  Mac 2016 (68)
    • ►  Februari 2016 (50)
    • ►  Januari 2016 (67)
  • ►  2015 (1019)
    • ►  Disember 2015 (68)
    • ►  November 2015 (78)
    • ►  Oktober 2015 (66)
    • ►  September 2015 (57)
    • ►  Ogos 2015 (63)
    • ►  Julai 2015 (86)
    • ►  Jun 2015 (89)
    • ►  Mei 2015 (105)
    • ►  April 2015 (91)
    • ►  Mac 2015 (104)
    • ►  Februari 2015 (104)
    • ►  Januari 2015 (108)
  • ►  2014 (1504)
    • ►  Disember 2014 (130)
    • ►  November 2014 (119)
    • ►  Oktober 2014 (137)
    • ►  September 2014 (121)
    • ►  Ogos 2014 (119)
    • ►  Julai 2014 (103)
    • ►  Jun 2014 (104)
    • ►  Mei 2014 (106)
    • ►  April 2014 (121)
    • ►  Mac 2014 (132)
    • ►  Februari 2014 (139)
    • ►  Januari 2014 (173)
  • ►  2013 (2151)
    • ►  Disember 2013 (169)
    • ►  November 2013 (180)
    • ►  Oktober 2013 (160)
    • ►  September 2013 (138)
    • ►  Ogos 2013 (182)
    • ►  Julai 2013 (220)
    • ►  Jun 2013 (199)
    • ►  Mei 2013 (186)
    • ►  April 2013 (149)
    • ►  Mac 2013 (184)
    • ►  Februari 2013 (188)
    • ►  Januari 2013 (196)
  • ►  2012 (2986)
    • ►  Disember 2012 (194)
    • ►  November 2012 (211)
    • ►  Oktober 2012 (285)
    • ►  September 2012 (260)
    • ►  Ogos 2012 (210)
    • ►  Julai 2012 (239)
    • ►  Jun 2012 (220)
    • ►  Mei 2012 (281)
    • ►  April 2012 (240)
    • ►  Mac 2012 (299)
    • ►  Februari 2012 (283)
    • ►  Januari 2012 (264)
  • ►  2011 (4966)
    • ►  Disember 2011 (303)
    • ►  November 2011 (299)
    • ►  Oktober 2011 (418)
    • ►  September 2011 (390)
    • ►  Ogos 2011 (350)
    • ►  Julai 2011 (396)
    • ►  Jun 2011 (424)
    • ►  Mei 2011 (424)
    • ►  April 2011 (481)
    • ►  Mac 2011 (483)
    • ►  Februari 2011 (488)
    • ►  Januari 2011 (510)
  • ►  2010 (4406)
    • ►  Disember 2010 (559)
    • ►  November 2010 (502)
    • ►  Oktober 2010 (453)
    • ►  September 2010 (387)
    • ►  Ogos 2010 (389)
    • ►  Julai 2010 (429)
    • ►  Jun 2010 (439)
    • ►  Mei 2010 (416)
    • ►  April 2010 (473)
    • ►  Mac 2010 (202)
    • ►  Februari 2010 (89)
    • ►  Januari 2010 (68)
  • ►  2009 (167)
    • ►  Disember 2009 (52)
    • ►  November 2009 (27)
    • ►  Oktober 2009 (67)
    • ►  September 2009 (21)

Kelab Blogger BenAshaari

Kelab Blogger BenAshaari

Created with by ThemeXpose | Copy Blogger Themes