Hari Raya aku diabiskan dengan menonton filem filem dari Indonesia. Aku lebih memahami filem Indonesia terutama yang kisahnya berlatarbelakangkan sejarah dan juga kisah benar. Sebelum ni aku tak tau langsung latar belakang Indonesia. Bagi aku sama je semua . Satu bulatan yang besar. Rupanya-rupanya tidak. Aku memahami dah 'perasaan' Kepulauan Jawa , Kepulauan Riau , Kalimantan dan sebagainya. Menarik ! Dan sejujurnya aku dah jatuh cinta dengan Indonesia. Moga berpeluang merantau ke sana satu hari nanti.
Ok..Dari keratan artikal di atas.. Melayu dikatakan bangsa yang penuh dengan hasad dengki. Dalam filem filem klasik pun ada menceritakan. Terlalu banyak ! Setiap cerita mesti ada papar si Melayu dengan perangai dengki khianatnya ! Termasuk dalam filem Indonesia.
Sejujurnya.. ketika awal aku berblog pun , aku dihentam abis abiskan oleh mereka yang sebangsa dengan aku ! Bukan dengan bangsa lain tau... bangsa aku sendiri ! Bangsa lain , amik kesempatan yang terbentang luas di mata mereka.. Yakni peluang menghasilkan duit ! Yer , mereka kasi job. Aku dapat duit , diorang pun dapat sama. Win win gitu.. Kan ?
Tapi bukanlah semua Melayu tu teruk. Teruknya Melayu tu , ada di semua bangsa ! Kita je tak tau. Dah kita membesar di kalangan orang Melayu. Cuba kau hidup di kalangan orang cina... kulit hitam ke.. atau Red Indian.. Haa , ko rasa camana ? Ada je cerita cerita mengenai perangai hasad mereka ni gak. Ko je tak tau ! Ramai je yang support aku dalam dunia blog ni. Berjaya gak naik. Terima kasih buat mereka.
Dan untuk kes Yuna ni.. aku sendiri tak suka dia. Kenapa ? Lagu dia , aku ok jer. Cuma penampilan dia. Mau paham satu perkara.. Bila kau menjadi tatapan umum , ada tiga perkara kau akan bawa bersama. Bangsa, agama dan negara ! Panjang nak ulas bab ni. Tapi contohi Shila Hamzah. Boleh je dia naik dan orang melayu di sini bangga jer ! Dia pakai elok elok.. Nyanyi sedap sedap ! Ok la kan ? Seperti Siti Nurhaliza tu.. Kalau kau kat Amerika , kena ikut style sana la eh ? Anita Sarawak ? Dato Shake ? Ada ke Melayu kecam sampai perlu keluar statement tu ? Dah tu ko bikin lagu melayu untuk sapa dengar ?? Bangsa kau gak kan ? Buat je lagu dalam bahasa Latin . Senang. suruh diorang support ! Mudah gitu kan ?
Nak berjaya ni bukan mudah. Tapi bila dah berada di atas , mereka yang dibawa selama ni mengecam..mengkritik akan automatik tutup mulut ! Kejar je apa yang nak dikejar. Selagi kita tau mana baik dan mana tidak , teruskan. Jangan tinggalkan agama dek kerana dunia. Tak berkat gitu. Hidup sendiri jadi tak tenang !
Ko tengok Raihan dulu camana ? Dunia kenal dia. Berjaya pun popular !






