BEN ASHAARI




 A ! Bukan sebab kalut tapi pengalaman aku sendiri berdepan dengan saat saat yang mendebarkan. Huhuh.. Pertama , masih aku teringat lagi ketika tu.. petrol tinggal 2 bar. Aku dalam bandar je. Maka tak kisah la sangat. Ada banyak stesen minyak. Dan plan nak berhenti dalam perjalanan pulang dari rumah mak aku ke Putrajaya, ketika tu. 

Sekali.. amik kau !!! Hujan turun dengan lebat sangat. Sungai Besi dan Balakong ketika tu naik air. Banjir ! Dan jalan jammed. Aku berada di situ ! Petrol dah tinggal satu bar ! Nak syok lagi.. ketika tu aku dengan Qhaliff yang masih baby. 

Aku punya perasaan gementar ketika tu.. Allah je tahu ! Takut mati tengah jalan ketika hujan lebat dan air sedang naik. Dengan anak sekali ! Cukup menginsafkan situasi tu. Memang serik dah nak buat perangai macam ni.. Huhhu..

Kedua.. ketika tu nak balik Kelantan. Ikut lebuhraya baru. Petrol dah kurang dari setengah tangki. Malam. Cadangnya nak berhenti di RNR je untuk isi petrol. Redah je la. Dan nak dijadikan cerita.. highway baru ! Tiada stesen minyak lagi dibuka. RNR pun baru nak buat. Huhuhu.. Aku ingatkan semua dah ada. Amik kaauuu ! Aku terpaksa cari jalan keluar ke bandar berdekatan untuk isi petrol. Tengah malam , di kawasan yang aku tak tau pulak tu. Memang berpeluh la ketiak. 

Kedua dua pengalaman ni aku sering ingatkan pada wife. Dia keluar gi kerja, jangan sesekali biarkan petrol di 'red zone' ! Kenapa ? Laluan rumah aku ni , petrol station takda. Dan pulak , bila berlaku kemalangan, nak keluar dari situ memang mintak maaf la nak oiiii ! Tak dapek nak ditolong. Maka elakkan la dari buat perangai isi petrol last minit ni.. Nasihat aku pada wife ! 

Dan satu lagi... bila malam , andai kecemasan belaku.. kereta kena ready ! Kalau minyak pun dah hujung nyawa.. camana  ?

Share
Tweet
Pin
Share
4 comments



Minggu ni punya konsert ok ok je la bagi aku. Dah boleh jangka sapa keluar. Macam aku kata la sebelum ni.. yang popular dan ramai peminat akan ke final. Tu jer..Dah boleh baca cara buat duit Astro ni.. Huhuh.. kena pulak dengan situasi sekarang ni. Nak main kontroversi , sangatlah berisiko. Huhuh.. 

Tapi tu bukanlah isu dalam entri aku kali ni. Yang isunya ialah babak babak artis kena jawab soalan dengan jujur atau mereka akan terkena renjatan elektrik ! Hahahaha... Adoi laa... Si Qhaliff boleh pulak tengok babak ni dan bersuara.. 

" Ibu.. kita beli alat pengesan kejujuran ni nak tak ? Kita test kat daddy ! " aku jeling kat Qhaliff. Amboi amboi.. boleh pulak dia nak test kat bapak dia. Sesedap rasa jer.. Tapi ada jual ke ? Macam menarik jer.. Huhuhu..

Aku terus bukak Lazada.. Eh ada.. Tiba tiba ada suara di belakang aku.. 

" Ibu.. kat Lazada ada jual. Beli la ibu. Kita buat kat daddy ! " jerit Qhaliff..  Haish.. budak ni ! Nak tidur luar rumah ke malam ni ???

Wife pandang aku semacam. Sengih. Tengok apa ????? 
 

Share
Tweet
Pin
Share
5 comments


Setiap kali masuk bulan November, aku akan pening.. Kenapa ? Aku keliru. Aku nikah 20 ke 21hb eh ?? Apa yang aku boleh buat ialah.. buka kalendar tahun 2008. Tapi aku ada satu lagi masalah iaitu aku nikah 2008 ke 2009 ? Adui laaa..masalah tul aku ngan tarikh ni ! Nasib baik la harijadi wife senang nak ingat... awal tahun ! Huhuh..

Maka aku pun belek la handphone. Senang nak tau.. antara 2008 dan 2009.. mana satu tarikhnya jatuh pada hari Jumaat yakni hari cuti di Kelantan.. Dan aku dapat dah jawapan. Hehehehe.. Aku tenang dan diam. Nak tengok wife ingat ke tak lak. Biasanya dia yang lebih menjeling pada aku. Kononnya aku terlupa atau tak amik tahu la tu. Huhu.. 

Petang semalam yakni 20hb November 2020.. 

Jam 6,30 petang . Wife balik kerja.. Pastu sengih sengih tengok aku yang terbaring layan handphone. Aku saja wat gitu gitu jer.. Kononnya tak kisah la.. Eceh.. 

"Supriseeeeeeee" . Dia tunjuk kek dia beli !! Anak anak serbu ke arah dia. Aku masih lagi terbaring. 

" Tadaaa.. ibu beli kek ! " kaanya. Aku wat muka seposen..

"Suprise kenapa ?? Enibersi ke ??" tanya aku.

"Eh..ingat abang ? Ingatkan tak ingat..." kata dia.

"Ingat..tapi bukan hari ni.. esok haa.. (21hb) ." aku jelaskan pada dia.

"Apa lak 21hb..20hb laa..." dia mula bantah. Aku tau dah perkara ini akan berlaku. Awal awal lagi aku dah buat ulangkaji.

"Bukak phone.Tengok kalender. Tahun 2008 , 21hb November.. Hari Jumaat kita akad nikah." Yer... aku ingat hari je sebab hari Jumaat tu , Kelantan cuti. Hahahaa..

Dia pun bukak..

"Bang..kita nikah 2008 ke 2009..? " tanya dia..

Aku dah tau dah. Dia pun sama cam aku. Memang keliru pun tarikh pernikahan kitorang. Hahahaha.. 21hb tu akad nikah, 22, bersanding di Kelantan dan 29hb tu pulak majlis di sebelah lelaki dan 30hb , harijadi aku.. heee..

Tak kisah la.. janji dia dah beli kek dan aiskrim kegemaran aku. Yang memang akan aku cair punya bila tengok walaupun aku tengah diet ! Hahahaha... Ais Krim Durian ! Dan pertama kali aku makan dari jenama Hadji Ice Cream ni. Tempatan punya buatan. Dan memang sedap ! Hancur diet aku. Durian dia memang terasa laa... Harga pun berbaloi jer. 

Anak anak berebut makan kek. Aku tengok je la. Senyum. Alhamdulillah.. 12 tahun dah perkahwinan kami. Pejam celik pejam celik jer.. Hidup dalam keadaan sederhana. Bertolak ansur. Terutama dalam keadaan sekarang ni , sangatlah getir. Perlu ada persefahaman dan bijak dalam mengatur pelan perancangan masa hadapan. 


Sedap aiskrim dia. Dan kesedapan ais krim tu membuatkan aku terlupa.. aku dah kawin 10 tahun ke 12 tahun ? Huhuh... 

 

Share
Tweet
Pin
Share
3 comments


Wife antar gambar kat aku. Katanya ada penghantaran barang atas nama dia. Pastu dia forward gambar. Aku tak tengok gambar barang tapi gambar latar belakang tu. Aduh.. berlumut ! Walaupun depan mata tak nampak begitu tapi mungkin kesan dari gambar HDR gitu kot ? Huhuh.. Malu lak rasa.. 

Yer.. aku memang dah selalu sental tapi bukan mudah nak hilangkan lumut lumut di dinding dan juga parit kecil tu. Geram sangat. Ramai cadangkan guna waterjet tapi aku masih berdegil. Kononnya nak bersenam la sambil bersihkan rumah. 

Tapi segalanya berubah bila aku nampak bagaimana lumut di longkang dan dinding di 'hancurkan' dengan tembakan air dari waterjet , jenama Karcher ni. Katanya dia beli kat Lazada jer. Masa tu ada sale. Dapat la RM199. Pastu dah tak dapat harga tu. Huhuh.. 

Tergoda abis ni ! Nampak gaya , aku perlu ke Mr.Diy untuk survey waterjet yang ada. Kata kawan aku, di kedai hardware pun ada banyak jual. Kena pandai cari jer.. Huhuh..  Bukan apa.. memang ada yang jual murah tapi belum tentu tahan lama. 

Survey di Lazada. Yang aku nak, takda. Banyak yang besar besar. Huhuh.. Harga pun besar gak. Hahaha... Camana neh ??? Nak beli ke tak ? Atau aku teruskan tradisi... menyental ! 



 Waduh..

Share
Tweet
Pin
Share
3 comments
Asam keping di Lazada. Tapau banyak banyak. 


Adik mesej di grup Whatsapp. Katanya  tekanan darah mak naik. Beberapa hari dah. Terus aku call mak aku. Tanya apa yang dia salah makan ? Aku memang dok selalu je nasihat untuk jaga pemakanan. Jangan makan makanan luar selalu sangat. Tak bagus untuk kesihatan. Kita tau makanan yang dijual di luar tu, sukatan dan kualiti bahan bukanlah dari yang terbaik. Maaf cakap la yer.. Masing masing pun nak untung kan? Pembeli nak murah , penjual nak kena cover kos dan juga nak untung sikit. Ok la.. Pandai pandai la memasing. 

Mak aku kata dia takde makan apa pun.. cam biasa jer.Huhuhu.. Tak caya aku. Aku kena pergi lawat dia gak dan tengok sendiri. Nasib baik dia duduk dengan adik perempuan aku. Boleh la jugak dia dan anak anak dia tengokkan mak. 

Bila aku ke sana.. adik ipar aku cakap mak aku aritu dok sedap bedal satu jenis makanan ni. Haish... gula ada.. garam ada ! Lengkap ! Adoi. Patut la naik tekanan darah. Bangun tidur , sakit kepala. Berpinar pinar. Dan sangat tak selesa. Yer , aku tau sebab aku dulu rajin dapat. 

Tapi selepas aku amalkan air asam keping atau asam gelugur seminggu 2 kali , Alhamdulillah.. aku takda masalah dengan tekanan darah tinggi walaupun aku tak check. Hahaha.. Camana aku tau ? Kalau aku bangun pagi dengan segar bugar.. takda pening kepala atau berpinar. tu tandanya aku ok ! Dan paling utama ialah penjagaan makanan. Memang wife masak akan skip garam dan gula untuk aku. Huhuh.. Kalau makan di luar tu, aku kena tengok kedai mana aku masuk. 

Air Asam Keping atau Asam Gelugur. 

Cara nak buat tak susah. Dapatkan  asam keping yang original. Yang baru lepas dijemur. Ada je jual kat kedai kedai. Dapatkan yang tebal tebal isinya. Pastu basuh sedikit. Rendamkan asam keping tu dalam air panas. Biarkan hingga suam. Oh ya, letak dalam 4-5 keping. Lagi masam lagi bagus.  Sakit perut ? Bagus juga sebab asam keping ni bagus untuk turunkan berat badan. Bila sakit perut tu tanda nak keluarkan hampas dalam perut tu jer.. Ok la..



Dah suam, minum sampai abis. Satu cawan ! Selepas minum, gi baring dulu.. Rehat dalam sejam. Itu jika sebelah pagi. Jika sebelah makan , minum air tu sebelum tidur. Pastikan rehat yang cukup , bila tekanan darah naik. Sangat bahaya bila tekanan darah naik, kita dok buat kerja di dapur atau masuk tandas. Tu pasal ada kes tergelincir di tandas ! 

Pastikan suam ketika minum. Jangan simpan dalam peti ais. Tak menjadi sangat. Mak aku , dia buat dalam bekas besar pastu simpan dalam peti ais. Tu pasal tak menjadi. Aku suruh adik aku buatkan suam pastu terus minum. 

Alhamdulillah.. aku call baru ni, tekanan dah turun. Takda dah pening pening selepas bangun tidur. Aku pun macam tu. Memang akan minum setiap hari Isnin atau hujung minggu... pagi dan malam.

Moga bermanfaat. Oh ya.. pastikan dapatkan pemeriksaan lanjut juga dengan doktor.

Share
Tweet
Pin
Share
4 comments
Newer Posts
Older Posts

Blog Stats

Blog Archive

  • ▼  2025 (61)
    • ▼  Disember 2025 (2)
      • Proses pemulihan dan menguatkan kembali sendi otot !
      • Slips disc rupanya aku !
    • ►  November 2025 (2)
    • ►  Oktober 2025 (2)
    • ►  September 2025 (5)
    • ►  Ogos 2025 (3)
    • ►  Julai 2025 (6)
    • ►  Jun 2025 (4)
    • ►  Mei 2025 (5)
    • ►  April 2025 (5)
    • ►  Mac 2025 (8)
    • ►  Februari 2025 (10)
    • ►  Januari 2025 (9)
  • ►  2024 (170)
    • ►  Disember 2024 (9)
    • ►  November 2024 (11)
    • ►  Oktober 2024 (13)
    • ►  September 2024 (10)
    • ►  Ogos 2024 (15)
    • ►  Julai 2024 (20)
    • ►  Jun 2024 (16)
    • ►  Mei 2024 (22)
    • ►  April 2024 (16)
    • ►  Mac 2024 (14)
    • ►  Februari 2024 (10)
    • ►  Januari 2024 (14)
  • ►  2023 (174)
    • ►  Disember 2023 (12)
    • ►  November 2023 (14)
    • ►  Oktober 2023 (16)
    • ►  September 2023 (13)
    • ►  Ogos 2023 (17)
    • ►  Julai 2023 (16)
    • ►  Jun 2023 (17)
    • ►  Mei 2023 (14)
    • ►  April 2023 (10)
    • ►  Mac 2023 (18)
    • ►  Februari 2023 (13)
    • ►  Januari 2023 (14)
  • ►  2022 (182)
    • ►  Disember 2022 (22)
    • ►  November 2022 (9)
    • ►  Oktober 2022 (12)
    • ►  September 2022 (9)
    • ►  Ogos 2022 (11)
    • ►  Julai 2022 (10)
    • ►  Jun 2022 (10)
    • ►  Mei 2022 (13)
    • ►  April 2022 (14)
    • ►  Mac 2022 (21)
    • ►  Februari 2022 (21)
    • ►  Januari 2022 (30)
  • ►  2021 (389)
    • ►  Disember 2021 (26)
    • ►  November 2021 (23)
    • ►  Oktober 2021 (23)
    • ►  September 2021 (26)
    • ►  Ogos 2021 (26)
    • ►  Julai 2021 (29)
    • ►  Jun 2021 (27)
    • ►  Mei 2021 (30)
    • ►  April 2021 (36)
    • ►  Mac 2021 (56)
    • ►  Februari 2021 (42)
    • ►  Januari 2021 (45)
  • ►  2020 (329)
    • ►  Disember 2020 (39)
    • ►  November 2020 (36)
    • ►  Oktober 2020 (28)
    • ►  September 2020 (29)
    • ►  Ogos 2020 (36)
    • ►  Julai 2020 (24)
    • ►  Jun 2020 (30)
    • ►  Mei 2020 (28)
    • ►  April 2020 (23)
    • ►  Mac 2020 (23)
    • ►  Februari 2020 (18)
    • ►  Januari 2020 (15)
  • ►  2019 (407)
    • ►  Disember 2019 (22)
    • ►  November 2019 (30)
    • ►  Oktober 2019 (44)
    • ►  September 2019 (34)
    • ►  Ogos 2019 (48)
    • ►  Julai 2019 (27)
    • ►  Jun 2019 (30)
    • ►  Mei 2019 (42)
    • ►  April 2019 (37)
    • ►  Mac 2019 (43)
    • ►  Februari 2019 (25)
    • ►  Januari 2019 (25)
  • ►  2018 (420)
    • ►  Disember 2018 (24)
    • ►  November 2018 (32)
    • ►  Oktober 2018 (32)
    • ►  September 2018 (36)
    • ►  Ogos 2018 (29)
    • ►  Julai 2018 (30)
    • ►  Jun 2018 (38)
    • ►  Mei 2018 (38)
    • ►  April 2018 (46)
    • ►  Mac 2018 (36)
    • ►  Februari 2018 (33)
    • ►  Januari 2018 (46)
  • ►  2017 (648)
    • ►  Disember 2017 (47)
    • ►  November 2017 (44)
    • ►  Oktober 2017 (49)
    • ►  September 2017 (51)
    • ►  Ogos 2017 (56)
    • ►  Julai 2017 (46)
    • ►  Jun 2017 (47)
    • ►  Mei 2017 (58)
    • ►  April 2017 (75)
    • ►  Mac 2017 (80)
    • ►  Februari 2017 (49)
    • ►  Januari 2017 (46)
  • ►  2016 (788)
    • ►  Disember 2016 (57)
    • ►  November 2016 (65)
    • ►  Oktober 2016 (77)
    • ►  September 2016 (64)
    • ►  Ogos 2016 (75)
    • ►  Julai 2016 (80)
    • ►  Jun 2016 (69)
    • ►  Mei 2016 (58)
    • ►  April 2016 (58)
    • ►  Mac 2016 (68)
    • ►  Februari 2016 (50)
    • ►  Januari 2016 (67)
  • ►  2015 (1019)
    • ►  Disember 2015 (68)
    • ►  November 2015 (78)
    • ►  Oktober 2015 (66)
    • ►  September 2015 (57)
    • ►  Ogos 2015 (63)
    • ►  Julai 2015 (86)
    • ►  Jun 2015 (89)
    • ►  Mei 2015 (105)
    • ►  April 2015 (91)
    • ►  Mac 2015 (104)
    • ►  Februari 2015 (104)
    • ►  Januari 2015 (108)
  • ►  2014 (1504)
    • ►  Disember 2014 (130)
    • ►  November 2014 (119)
    • ►  Oktober 2014 (137)
    • ►  September 2014 (121)
    • ►  Ogos 2014 (119)
    • ►  Julai 2014 (103)
    • ►  Jun 2014 (104)
    • ►  Mei 2014 (106)
    • ►  April 2014 (121)
    • ►  Mac 2014 (132)
    • ►  Februari 2014 (139)
    • ►  Januari 2014 (173)
  • ►  2013 (2151)
    • ►  Disember 2013 (169)
    • ►  November 2013 (180)
    • ►  Oktober 2013 (160)
    • ►  September 2013 (138)
    • ►  Ogos 2013 (182)
    • ►  Julai 2013 (220)
    • ►  Jun 2013 (199)
    • ►  Mei 2013 (186)
    • ►  April 2013 (149)
    • ►  Mac 2013 (184)
    • ►  Februari 2013 (188)
    • ►  Januari 2013 (196)
  • ►  2012 (2986)
    • ►  Disember 2012 (194)
    • ►  November 2012 (211)
    • ►  Oktober 2012 (285)
    • ►  September 2012 (260)
    • ►  Ogos 2012 (210)
    • ►  Julai 2012 (239)
    • ►  Jun 2012 (220)
    • ►  Mei 2012 (281)
    • ►  April 2012 (240)
    • ►  Mac 2012 (299)
    • ►  Februari 2012 (283)
    • ►  Januari 2012 (264)
  • ►  2011 (4967)
    • ►  Disember 2011 (303)
    • ►  November 2011 (299)
    • ►  Oktober 2011 (418)
    • ►  September 2011 (390)
    • ►  Ogos 2011 (350)
    • ►  Julai 2011 (396)
    • ►  Jun 2011 (424)
    • ►  Mei 2011 (424)
    • ►  April 2011 (481)
    • ►  Mac 2011 (483)
    • ►  Februari 2011 (489)
    • ►  Januari 2011 (510)
  • ►  2010 (4406)
    • ►  Disember 2010 (559)
    • ►  November 2010 (502)
    • ►  Oktober 2010 (453)
    • ►  September 2010 (387)
    • ►  Ogos 2010 (389)
    • ►  Julai 2010 (429)
    • ►  Jun 2010 (439)
    • ►  Mei 2010 (416)
    • ►  April 2010 (473)
    • ►  Mac 2010 (202)
    • ►  Februari 2010 (89)
    • ►  Januari 2010 (68)
  • ►  2009 (167)
    • ►  Disember 2009 (52)
    • ►  November 2009 (27)
    • ►  Oktober 2009 (67)
    • ►  September 2009 (21)

Kelab Blogger BenAshaari

Kelab Blogger BenAshaari

Created with by ThemeXpose | Copy Blogger Themes