BEN ASHAARI




Zahra Nur Iman.. tahun ni , dia dah masuk Tahun 1. Dan dia boleh membaca walaupun merangkak rangkak lagi. Itu takda masalah sebab dia hanya perlu perbanyakkan latihan. Tapi , ketika dia di usia 5 dan 6 tahun.. dia ada masalah mengenal huruf dan juga masalah mengenal kiri dan kanan terutama bila memakai selipar ! Risau ? Ya.. aku amat risau sama sekali. Wife pun gitu. 

Tindakan ? Sewaktu dia umur 6 tahun , wife buat keputusan untuk masukkan dia kelas pemulihan di Putrajaya. Di kelas tu, dia aktif . Cikgu pun kata dia takda masalah pun dengan huruf dan angka. Cuma kena banyakkan latihan jer. Cikgu tu cadangkan dia amik kelas phonics reading secara online jer. 

Masalah Zahra bukanlah tak kenal huruf tapi selalu terbalik.. terutama bila menulis huruf B , D, E dan beberapa huruf lagi. Begitu juga masalah kiri dan kanan ! Hahahaha.. Sejujurnya, yer.. aku pun masa kecil ada masalah ni. Teringat aku ketika mewakili pasukan bola sepak sekolah.. Bila coach arahkan aku ambil posisi kiri memandangkan aku ni kidal ! 

" Er.. kiri ? Mana kiri eh ? " bisik hati. 

" Weh Sal.. ko kat sana la.. Aku jaga sini. " bentak rakan sepasukan. Aduh.. Akhirnya aku selesaikan masalah kiri kanan aku dengan tangan mana aku makan dan membasuh.. er.. korang tau kan.. basuh apa.. Hahaha.. Lama lama , ok la.. Huhuh.. 

Dyslexia adalah masalah cara otak berfungsi, cara berfikir, cara melihat dan cara mendengar.

Dyslexia adalah masalah yang tidak kelihatan. Dari segi paras wajah dia kelihatan segak dan cantik akan tetapi menghadapi kesukaran membaca, mengira dan menulis. Walaubagaimanapun kecerdasan berfikir tidak tergugat malahan mungkin di tahap yang tinggi dan gifted. - Dyslexia Malaysia

Ciri-Ciri Petanda dan Simptom Dyslexia
  1. Masalah memakai butang baju, ikat tali kasut
  2. Kasut di sebelah kiri/kanan dan tidak perasan
  3. Kelam kabut dan mudah melanggar perabot
  4. Kesukaran melompat, atau skip
  5. Kesukaran membaling, menyambut bola
  6. Kesukaran menggunakan kata arah dalam/luar, atas/bawah, kehadapan/kebelakang
  7. Kesukaran respon terhadap arahan
  8. Kemungkinan lambat dalam perkembangan pertuturan
  9. Salah guna perkataan contoh “carpark”- “park-car”
  10. Masalah menyebut perkataan mempunyai sukukata contoh “hospital”- “hostipal”
  11. Kesukaran menamakan objek
  12. Keliru kiri dan kanan
  13. Keliru penggunaan tangan kiri/kanan
  14. Kesukaran membentuk huruf dan pembalikan menulis perkataan contoh. “tuhan -hutan”
  15. Kesukaran menyalin daripada papan hitam
  16. Masalah mengigati hari dalam seminggu, bulan dalam setahun, sering terlupa tarikh lahir dan lain-lain.
  17. Kesukaran menyatakan masa
  18. Tidak tentu mengenai esok, semalam, lusa
  19. Masalah mengingati urutan hari dalam seminggu, bulan dalam setahun.
  20. Lemah dalam membaca cara pandang-sebut-atau secara fonologi.
  21. Mudah letih disebabkan konsentrasi yang amat mendalam.
Aku dan wife ajar Zahra membaca dan menulis di rumah. Ok jer dia. Boleh je buat cuma dia tak leh nak fokus. Nak main dengan abang dan adik dia  jer. Dan aku dapati masalah sebenar dia ialah.. dia nak perhatian ! Dia tak sempat nak manja lebih sebab Aariz muncul di kala dia memerlukan perhatian yang lebih. 

Walaupun aku jaga mereka di rumah.. masih ada yang tercicir ! Bayangkan parents yang sibuk dengan kerja.. di rumah pula sibuk dengan gajet.. dan menyangkakan dengan beli permainan atau beri mereka kelas pembelajaran dah mencukupi ! Tidak sama sekali. Luangkan masa dengan anak anak kita tu. 

Berbeza dengan Aariz.. dia dah kenal huruf dan nombor seawal usia 4 tahun. Dia ni lak, cara belajar dia smart skit.. Sekejap je dah cukup tapi dapat tangkap ! Cuma masalah utama ialah , sibuk nak main game online dengan abang dia ! 

Zahra... amik kelas phonic , seminggu 2 kali. Alhamdulillah.. dah ok ! Tulisan pun dah cantik.. rajin pun rajin. Perlu parents tahu , mereka yang bermasalah begini sebenarnya seorang yang kreatif ! Cuma terokai anak anak anda tu ! Jangan ingat , segalanya disebabkan penyakit ! Kadang kadang , kitalah punca kepada 'masalah' mereka. 
Share
Tweet
Pin
Share
2 comments
Sampai dah kurma Al Hannan yang aku order ari tu. Saja beli online lepas diberitahu mengenai kurma premium ni. Aku suka campurkan kurma dalam pembikinan air protein aku setiap pagi selain makan ketika kelaparan. Biasanya aku akan letak fresh milk , protein , badam dan kurma. Kalau lepas workout , aku campurkan dengan telur mentah , 2 bijik. Tujuan ? Untuk turunkan berat badan. Heheheh.. lebih tepat lagi nak diet la. Dan dia punya kekenyangan tu.. perghhh ! Tapi bagusnya , mudah lawas la. Hehehe.. 

Kenapa Al Hannan ? 

Kurma jenama Al Hannan yang dijual ni adalah terdiri dari kurma premium atau kurma yang berkualiti tinggi  seperti  kurma Ajwa , Safawi , Mariami, Medjoul dan Tangkai. Sesungguhnya mereka yang pernah merasai jenis kurma ni hanya tau mengapa kurma ini mampu membuatkan mereka terasa terliur ! Aku yang dulu tak kisah , sekarang dah pandai pilih kurma yang bagus untuk dinikmati seisi keluarga.

Selepas membuat pembelian , aku akan terima resit pengesahan pembelian dan sehari kemudian aku terima pembelian aku. Alhamdulillah , pembungkusan yang bagus serta berkualiti bagi memastikan kurma dalam keadaan baik. 

Dan selepas menikmatinya, masyaAllah... sedapnya ! Berbiji biji aku makan yang mana selama ni , kalau aku makan kurma, sebijik dua je dah. Tak sangka rupanya sesedap ni kurma yang aku beli ni. Biasanya amik kurma biasa biasa jer. 



Jenis Jenis Kurma Al Hannan 




Kurma jana Pendapatan Utama atau Sampingan !

Aku sebenarnya ada perancangan. Adik aku, yang buat bisnes bas sekolah mula terjejas pendapatan dia. Aku nak ajak dia buat bisnes jual kurma Al Hannan ni tapi atas jenama sendiri. Dia ada network dia sendiri. Senang nak buat marketing dan pasaran. InshaAllah boleh pergi jauh kalau betul caranya. Lagi pun , kurma ni hari hari orang makan. Tak basi dan mudah rosak.. kan ? 

Di web Al Hannan ada info segalanya buat mereka yang nak. Tak kira la nak beli sikit ,borong mahupun nak jadi agen, stokis atau nak buat jenama sendiri dan InshaAllah , pulangannya adalah lumayan ! Di Al Hannan Marketing ada 2 pakej  untuk mereka yang berminat nak jadi agen atau stokis: 
  • Sebagai Ejen - MOQ 20 pouch/unit/carton ( keuntungan - 25% )
  • Stokis - MOQ 100 pouch/ 5 carton ( keuntangan 30% )





Bina Jenama Sendiri - Ben Ashaari Premium Kurma ( OEM ) ??

Menarik sebenarnya. Aku teringin nak ada produk jenama sendiri yang mana apa yang aku jual tu, memberikan manfaat pada tubuh badan. Maka aku tak rasa la bersalah bila mereka yang beli tu dapat kebaikan daripada apa yang mereka makan tu.. kan kan ? 

Kelebihan OEM bersama Al HANNANX : 
  • Kilang pembungkusan mempunyai sijil HALAL dari JAKIM dan MeSTI. 
  • Barcode untuk setiap jenis kurma yang ditawarkan.
  • Mempunyai maklumat Nutrisi untuk setiap kurma
  • Kurma dipek dan zip lock pouch yang mampu mengekalkan kesegaran kurma
  • Reka bentuk label yang menarik diberikan secara percuma.
Tak perlu risau mengenai stok kerana mereka dah berpengalaman luas dalam perniagaan ni. Al Hannan ni dah lama dengan bisnes  dan boleh dikatakan terkenal dalam dunia buah kurma yang mewah dan semula jadi sebagai pemborong kurma, pembekal kurma Malaysia yang eksklusif, pembekal kurma Arab Saudi di Malaysia yang terkemuka dan pemborong buah kurma dengan kualiti terbaik yang mematuhi piawaian tertinggi spesifikasi tempatan dan antarabangsa.




Didaftarkan sebagai AL HANNAN GROUP TRADING Di Malaysia dan dimiliki sepenuhnya oleh Bumiputra. Berdasarkan pengalaman luas mereka bekerja dengan syarikat perdagangan di Yaman, Iran, Mesir, Tunisia, Arab Saudi, Palestin dan Malaysia , maka wujudlah Al Hannan Group Trading ni. 

Maklumat lanjut dan sebarang pertanyaan : 

Facebook : Kurma Harga Borong Al Hannan HQ
Instagram : Kurma Premium Harga Borong
Web :  https://alhannanmarketing.com/pemboraong-kurma-malaysia/
Telefon : +6016 873 4032
Email : sales.alhannan@gmail.com
Share
Tweet
Pin
Share
7 comments



Aku duduk depan dia. Buat kerja aku sendiri. Dan pada masa sama , aku mendengar suara cikgu dia yang mengarahkan pelajar pelajarnya menyalin soalan. Mata pelajaran Matematik. Tajuk Nilai. Lega aku dengar. 

Dia dah belajar minggu lepas dan malam tadi di kelas tambahan Matematik bersama Fly High Training Centre. Aku tak nak dia jadi cam aku. Lemah Matematik bukan kerana tak tau atau bengap tapi sebab tak faham konsep ! Bila yang asas dah lemah , maka yang akan datang.. memang ke laut dalam la ! 

Kemudian cikgu tanya dah abis salin ke belum ? Aku suruh Qhaliff screen shot dan save walaupun dia dah abis salin. Aku suruh dia buat jawapan tapi dia tak nak. Katanya nak buat sama sama dengan cikgu nanti. Aku angguk. Betul gak tu. 

Kemudian cikgu kasi latihan kedua. Cerakinkan. Kedengaran cikgu mintak muridnya berikan jawapan pada salah satu soalan. Ada murid bijak berikan jawapan. Pastu , dia suruh abiskan menyalin. Tiba-tiba segalanya sunyi sepi ! Apa dah jadi ? Aku tengok jam... belum cukup setengah jam lagi. Masalah internet sejak dari semalam.. tak selesai lagi ? Bila segalanya dah ok , dalam kelas di.. tinggal 3 orang . Lain hilang ! Aik ?? Abis dah kelas ? Hurm.. tu je la ?

Aku tergaru kepala. Jenuh cam ni. Aku terbayangkan murid lain yang tak masuk kelas.. dan takda gajet serta internet untuk dapatkan ilmu ! Bagaimana mereka nak teruskan pembelajaran ? Siannya mereka. Allahu Akhbar...  Kerajaan dan Kementerian kena lakukan sesuatu dengan segera ! Atau kita akan lahirkan ramai rakyat yang buta ilmu selepas ni... Takkan nak salahkan Covid 19 gak ?

Ada cikgu yang komited , akan buatkan satu video teknik dan cara menyelesaikan masalah latihan yang diberi. Takkan nak suruh murid tengok di Youtube kan ? Baguslah ada cikgu yang buat kaedah begini. Alhamdulillah.. murid faham.

Selepas kelas Matematik , Qhaliff teruskan kelas Bahasa Arab. Aku dengar Ustaz tu mengajar. Bagus sekali. Murid bertanya , dan dia menjawab dengan tenang dan nada yang lembut. Aku yang dengar pun terasa sejuk hati. 

Masalah yang timbul semasa kelas online ialah murid tak mute atau matikan microfon. Dengar adik mereka menangis.. suara mak menjerit dan pelbagai lagi suara. Cikgu dah arahkan tutupt tapi... krik krik ! Parents , tolong eh.. perhatikan juga anak anak tu. Jangan  lepas on laptop terus hilang ! 

Kos mendapatkan ilmu di zaman Covid 19 ni sangatlah tinggi sekali. Aku yakin ramai mula mencongak untuk mengadaikan barang kemas yang ada atau keluarkan duit simpanan... demi masa depan anak anak.
Share
Tweet
Pin
Share
4 comments

Sian tengok anak anak kita. Duduk rumah... belajar online dengan cikgu sekolah. Kadang kadang tu, takda kelas langsung. Sekadar dapat ' home work' jer. Anak anak kena hantar dalam bentuk video mahupun suara. Paling tidak , amik gambar dan upload ke Google Drive. Mak ayah dah kena belajar macam macam dah ni. Hahahaha.. Mengigil part kena upload. Camana nak buat ? Hahaha.. adoi laa.. 

Pastu.. belajar sekejap selebihnya... hurm.. korang pun tau kan ? Semalam.. aku dah naik hangin ! Betul punya angin ! Hilang kesabaran aku. Lupa dunia jap. Tapi tak la sampai naik tangan ke apa.. Punca ? Kelas online tapi dia tak bersedia. Aku pulak yang kena uruskan untuk dia. Eh ???? Pulak cam tu ?? 

Tak pasal pasal aku kena minum air rebusan asam keping pastu untuk turunkan kembali tekanan darah aku.  Geram ! Tapi pastu menyesal lak.  Hurm.. gitulah aku dan aku pasti ramai ibu bapa macam tu gak. Dek kerana itu jugaklah aku kena rajin bersenam. Untuk pastikan aku senantiasa ok dari segi fizikal dan mental. Hahaha.. 





Nasib baik la Qhaliff dan Zahra , aku ada amikkan kelas tambahan. Walaupun kena keluar duit skit , tapi tak pe la. Aku tak nak diorang ketinggalan terutama Zahra. Zaman ni , dah lain sangat dah ! Nak cari pekerjaan pun bukan mudah dah seperti dulu. Kena ada kemahiran selain dari kelulusan. Atau nak tak nak pun.. kena jadi usahawan dah. Nah.. 

Untuk korang yang mencari kelas tambahan online bagi sekolah rendah dan menengah , aku cadangkan tanya di Fly High Training Centre. Setakat 2 minggu ni , Qhaliff seronok belajar. Dapat la gak ilmu dan tengok kawan kawan sebaya walaupun secara online. 

Boleh whatsapp Puan Fieda Ali di 011 5699 8919 .





 

Share
Tweet
Pin
Share
2 comments

Hurm.. dah beberapa kali aku 'tertonton' live Solo Ambush ni. Ada kawan pernah ajak layan live begini sebelum ni tapi aku malas nak layan. Cam takda kerja je malam malam nak tengok menda ni. Tapi di kala PKP ni , boring teramat tiap malam sebelum tidur.. aku layan la gak Solo Ambush mencari hantu di tempat tempat yang rare ni..

Bukanlah aku nak sangat tengok hantu ni tapi aku kagum dengan ' kegilaan' Solo Ambuh atau dikenali oleh peminat tegar dia sebagai Abang Hani ni. Bertemankan GhostBox dan EMF , Solo membuktikan pada penonton-penontonnya yang tempat tu 'panas' dan 'lumayan' sekali ! Hahaha...  macam cari cacing dalam tanah je dia buat !

Kalau korang rajin Google atau follow channel Solo Ambush , dia dah buat kerja sebagai penjejak mahkluk halus ni lama dah. Sampai ke hutan bunuh diri di Jepun tu pun dia dah redah ! Hahaha... Respek ar bro ! Nak wat kerja gini bukan calang calang hati mau kering. Ilmu pun kena ada. Bukan main redah jer haaa.. Sorang sorang lak tu dia gi ! Fuh.... padu !!

Dan setiap kali dia 'live' , yang tonton tu bukan sorang dua.. Macam semalam , aku tengok jumlah yang menonton tu, sehingga 11 ribu dalam satu masa. Hahaha.. Ramai jugak yer yang keboringan. Dan aku rasa yang tonton ni mesti orang bandar yang tak penah nampak hantu ni.. heheee.

Bila baca komen komen.. Aku cam... Woww ! Diorang kata diorang nampak bayang bayang dan sebagainya.. tapi aku tak nampak apa apa pun ! Power tul mata diorang. Hahaha...Boleh laaa layan menda ni dari drama rampas kekasih orang.






Ada yang pernah kata buat 'live streaming' ni boleh buat duit. Aku tak tau la camana sebenarnya. Ingatkan dari iklan.. Tapi rupanya, penonton sendiri boleh menyumbangkan pada idola mereka ! Fuh.. padu ! Macam nak tengok wayang gitu tapi bukan paksaan pun. Korang bagi atau keikhlasan atau sebagai tanda sokongan gitu. 

Satu star . 0.01 USD ! Haaaa.. bayangkan kalau seorang jer kasi 10 star. Aku malas nak kira. Hahaha.. Tapi pendapatan melalui 'star' ni dah bertahun tahun dah popular cuma aku je tak tau. Hahahaa.. dan sebab tu muncul ramai streamer terutama dalam 'online gaming' dan sebagainya. 

Gaming.. aku tak berapa nak layan. Heheheee... Tapi kalau redah begini mencari entiti tu.. anak anak aku pun sibuk nak join sama ! 

"Daddy, hantu tu ada ker ? " tanya Qhaliff.

"Ada.. kalau Qhaliff tak siap kerja sekolah , nanti Qhaliff boleh tengok daddy jadi hantu.." jawab aku.



Lumayan !
Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Newer Posts
Older Posts

Blog Stats

Blog Archive

  • ▼  2025 (61)
    • ▼  Disember 2025 (2)
      • Proses pemulihan dan menguatkan kembali sendi otot !
      • Slips disc rupanya aku !
    • ►  November 2025 (2)
    • ►  Oktober 2025 (2)
    • ►  September 2025 (5)
    • ►  Ogos 2025 (3)
    • ►  Julai 2025 (6)
    • ►  Jun 2025 (4)
    • ►  Mei 2025 (5)
    • ►  April 2025 (5)
    • ►  Mac 2025 (8)
    • ►  Februari 2025 (10)
    • ►  Januari 2025 (9)
  • ►  2024 (170)
    • ►  Disember 2024 (9)
    • ►  November 2024 (11)
    • ►  Oktober 2024 (13)
    • ►  September 2024 (10)
    • ►  Ogos 2024 (15)
    • ►  Julai 2024 (20)
    • ►  Jun 2024 (16)
    • ►  Mei 2024 (22)
    • ►  April 2024 (16)
    • ►  Mac 2024 (14)
    • ►  Februari 2024 (10)
    • ►  Januari 2024 (14)
  • ►  2023 (174)
    • ►  Disember 2023 (12)
    • ►  November 2023 (14)
    • ►  Oktober 2023 (16)
    • ►  September 2023 (13)
    • ►  Ogos 2023 (17)
    • ►  Julai 2023 (16)
    • ►  Jun 2023 (17)
    • ►  Mei 2023 (14)
    • ►  April 2023 (10)
    • ►  Mac 2023 (18)
    • ►  Februari 2023 (13)
    • ►  Januari 2023 (14)
  • ►  2022 (182)
    • ►  Disember 2022 (22)
    • ►  November 2022 (9)
    • ►  Oktober 2022 (12)
    • ►  September 2022 (9)
    • ►  Ogos 2022 (11)
    • ►  Julai 2022 (10)
    • ►  Jun 2022 (10)
    • ►  Mei 2022 (13)
    • ►  April 2022 (14)
    • ►  Mac 2022 (21)
    • ►  Februari 2022 (21)
    • ►  Januari 2022 (30)
  • ►  2021 (389)
    • ►  Disember 2021 (26)
    • ►  November 2021 (23)
    • ►  Oktober 2021 (23)
    • ►  September 2021 (26)
    • ►  Ogos 2021 (26)
    • ►  Julai 2021 (29)
    • ►  Jun 2021 (27)
    • ►  Mei 2021 (30)
    • ►  April 2021 (36)
    • ►  Mac 2021 (56)
    • ►  Februari 2021 (42)
    • ►  Januari 2021 (45)
  • ►  2020 (329)
    • ►  Disember 2020 (39)
    • ►  November 2020 (36)
    • ►  Oktober 2020 (28)
    • ►  September 2020 (29)
    • ►  Ogos 2020 (36)
    • ►  Julai 2020 (24)
    • ►  Jun 2020 (30)
    • ►  Mei 2020 (28)
    • ►  April 2020 (23)
    • ►  Mac 2020 (23)
    • ►  Februari 2020 (18)
    • ►  Januari 2020 (15)
  • ►  2019 (407)
    • ►  Disember 2019 (22)
    • ►  November 2019 (30)
    • ►  Oktober 2019 (44)
    • ►  September 2019 (34)
    • ►  Ogos 2019 (48)
    • ►  Julai 2019 (27)
    • ►  Jun 2019 (30)
    • ►  Mei 2019 (42)
    • ►  April 2019 (37)
    • ►  Mac 2019 (43)
    • ►  Februari 2019 (25)
    • ►  Januari 2019 (25)
  • ►  2018 (420)
    • ►  Disember 2018 (24)
    • ►  November 2018 (32)
    • ►  Oktober 2018 (32)
    • ►  September 2018 (36)
    • ►  Ogos 2018 (29)
    • ►  Julai 2018 (30)
    • ►  Jun 2018 (38)
    • ►  Mei 2018 (38)
    • ►  April 2018 (46)
    • ►  Mac 2018 (36)
    • ►  Februari 2018 (33)
    • ►  Januari 2018 (46)
  • ►  2017 (648)
    • ►  Disember 2017 (47)
    • ►  November 2017 (44)
    • ►  Oktober 2017 (49)
    • ►  September 2017 (51)
    • ►  Ogos 2017 (56)
    • ►  Julai 2017 (46)
    • ►  Jun 2017 (47)
    • ►  Mei 2017 (58)
    • ►  April 2017 (75)
    • ►  Mac 2017 (80)
    • ►  Februari 2017 (49)
    • ►  Januari 2017 (46)
  • ►  2016 (788)
    • ►  Disember 2016 (57)
    • ►  November 2016 (65)
    • ►  Oktober 2016 (77)
    • ►  September 2016 (64)
    • ►  Ogos 2016 (75)
    • ►  Julai 2016 (80)
    • ►  Jun 2016 (69)
    • ►  Mei 2016 (58)
    • ►  April 2016 (58)
    • ►  Mac 2016 (68)
    • ►  Februari 2016 (50)
    • ►  Januari 2016 (67)
  • ►  2015 (1019)
    • ►  Disember 2015 (68)
    • ►  November 2015 (78)
    • ►  Oktober 2015 (66)
    • ►  September 2015 (57)
    • ►  Ogos 2015 (63)
    • ►  Julai 2015 (86)
    • ►  Jun 2015 (89)
    • ►  Mei 2015 (105)
    • ►  April 2015 (91)
    • ►  Mac 2015 (104)
    • ►  Februari 2015 (104)
    • ►  Januari 2015 (108)
  • ►  2014 (1504)
    • ►  Disember 2014 (130)
    • ►  November 2014 (119)
    • ►  Oktober 2014 (137)
    • ►  September 2014 (121)
    • ►  Ogos 2014 (119)
    • ►  Julai 2014 (103)
    • ►  Jun 2014 (104)
    • ►  Mei 2014 (106)
    • ►  April 2014 (121)
    • ►  Mac 2014 (132)
    • ►  Februari 2014 (139)
    • ►  Januari 2014 (173)
  • ►  2013 (2151)
    • ►  Disember 2013 (169)
    • ►  November 2013 (180)
    • ►  Oktober 2013 (160)
    • ►  September 2013 (138)
    • ►  Ogos 2013 (182)
    • ►  Julai 2013 (220)
    • ►  Jun 2013 (199)
    • ►  Mei 2013 (186)
    • ►  April 2013 (149)
    • ►  Mac 2013 (184)
    • ►  Februari 2013 (188)
    • ►  Januari 2013 (196)
  • ►  2012 (2986)
    • ►  Disember 2012 (194)
    • ►  November 2012 (211)
    • ►  Oktober 2012 (285)
    • ►  September 2012 (260)
    • ►  Ogos 2012 (210)
    • ►  Julai 2012 (239)
    • ►  Jun 2012 (220)
    • ►  Mei 2012 (281)
    • ►  April 2012 (240)
    • ►  Mac 2012 (299)
    • ►  Februari 2012 (283)
    • ►  Januari 2012 (264)
  • ►  2011 (4967)
    • ►  Disember 2011 (303)
    • ►  November 2011 (299)
    • ►  Oktober 2011 (418)
    • ►  September 2011 (390)
    • ►  Ogos 2011 (350)
    • ►  Julai 2011 (396)
    • ►  Jun 2011 (424)
    • ►  Mei 2011 (424)
    • ►  April 2011 (481)
    • ►  Mac 2011 (483)
    • ►  Februari 2011 (489)
    • ►  Januari 2011 (510)
  • ►  2010 (4406)
    • ►  Disember 2010 (559)
    • ►  November 2010 (502)
    • ►  Oktober 2010 (453)
    • ►  September 2010 (387)
    • ►  Ogos 2010 (389)
    • ►  Julai 2010 (429)
    • ►  Jun 2010 (439)
    • ►  Mei 2010 (416)
    • ►  April 2010 (473)
    • ►  Mac 2010 (202)
    • ►  Februari 2010 (89)
    • ►  Januari 2010 (68)
  • ►  2009 (167)
    • ►  Disember 2009 (52)
    • ►  November 2009 (27)
    • ►  Oktober 2009 (67)
    • ►  September 2009 (21)

Kelab Blogger BenAshaari

Kelab Blogger BenAshaari

Created with by ThemeXpose | Copy Blogger Themes