BEN ASHAARI




Gitulah amaran yang diberikan ! Dan anak aku , ketiga tiga selsema sejak kelmarin. Punca ? Mereka kepenatan gara gara ikut daddy pergi kerja. Hampir 2 jam  duduk dalam kereta menanti daddy diorang abis meeting untuk dapatkan projek blog. Nasib baik wife ikut sama. Sesekali mereka turun keluar dari kereta. Huhu.. Rasa bersalah lak aku. 

Kenapa tak tinggalkan kat rumah ? Ikutkan ada plan selepas meeting tu. Budak budak ni nak sesuatu. Tu yang bawak sekali. Dan ikutkan nak tinggalkan kat rumah mak sekejap tapi sian lak kat mak. Diorang ni tak kacau la pun cuma mungkin mak nak rehat , kan ? Tu batal niat.. 

Balik rumah.. masing masing badan panas. Nak kata demam tu tak.. Tapi selsema tu yer. Bermula dari Zahra. Diikuti Aariz. Malam , kasi diorang ubat selsema dan Vitamin C. Tidur awal memasing. Aku sendiri dah tak leh bukak mata dek kepenatan. Esoknya , ada projek lagi. Huhu.. Alhamdulillah. Tapi aku je la. Anak anak tak yah ikut. Duduk rehat je kat rumah. 

Alhamdulillah.. mereka tak demam tapi selsema. Tak teruk pun.. tapi terpaksa aku cutikan mereka hari ni. Semua sekali. Cikgu dah pesan, jika anak anak selsema sekali pun.. jangan benarkan mereka ke sekolah. Huhu.. Apa nak buat ? Nasib baik aku memang 'tak keje'. Maka tak perlulah nak amik cuti. 

Suka budak budak. Cuma kesian kat parents yang bekerja tu je la. Anak anak kena cuti. Mereka pun kena amik cuti ! Tak pe la.. Kita nak putuskan rantaian.. Apa saja simptom yang ada.. kita kena waspada. Jangan ego.. jangan pentingkan diri sendiri ! 

Duduk rumah.. makan besar budak budak ni. Aku ? Puasa ! Huhuhu..


Share
Tweet
Pin
Share
2 comments

Aku cukup takut kalau wife berjauhan dari aku ! Maksud aku, kalau dia pergi kerja tu la. Kenapa ?? Sebab dia suka benar tengok Instagram ! Dia bukan skodeng orang bagai.. tapi suka tengok barangan yang dijual secara online di situ. Barangan perempuan semestinya. Barangan lelaki ? Hahahah.. Takda maknanya. 

Bila dia jumpa , dia send kat aku..

" Cantik tak,bang ? " tanya dia melalui whatsapp. 

Aku cam... " Hurm " jer.. 

Kenapa ? 

Sejujurnya la kan.. aku tak minat nak beli barang mahal melalui online ni ! Lebih lagi lak kena tunggu berbulan lamanya untuk dapat. Dah beberapa kali dah wife beli. Aku pernah ikut la gi amik barang tu di lokasi. Jauh jauh lak tu. Dek kerana sayang , ku turut je la. Hahahaha.. Tapi tu pertama dan terakhir ! Tamo dah kata aku. Rela bayar mahal skit dari tunggu berbulan ! 

Bukan apa.. bagi aku la.. kalau dah berkenan , duit ada.. amik je la ! Sekali seumur hidup atau setahun dua , sekali beli... biar berbaloi dan puashati. Ni beli pastu tunggu lama baru nak dapat , cam.. Tu pun kalau panjang umur.. Huhuh.. Faham faham je la kan. Tu bagi aku la.

Bulan lepas , ternampak sahabat blogger KBBA9 , UmmiNani membeli belah beg tangan di sebuah butik handbag terkenal di Wangsa Maju. Aku rasa peminat handbag luar negara mesti dah kenal butik ni. Kenapa aku kata gitu ? Menurut kawan aku ni, founder dan staff rajin buat live di Facebook.  Bukan sekadar mengenai jualan tapi juga mengenai handbag , perkongsian tips dan sebagainya. 

Wife aku pun dah sedia maklum mengenai butik ni. Branded Handbags by Rafidah kalau namanya di Facebook. Katanya ramai je kawan kawan dia dok follow Sellection ni. Dan  aku bagitau wife mengenai Sellection , dia setuju je ke sana untuk melihat lihat dulu.. 

Kenapa aku setuju Sellection by Rafidah ni ?

Ada beberapa faktor yang buatkan aku setuju ke sini. Disebabkan faktor menarik inilah wife juga berminat ke sini walaupun jauh dari rumah kitorang sedangkan dia juga ada banyak pilihan untuk membeli beg tangan berjenama ni. 
  1. Lokasi mudah. Parking senantiasa ada kosong walaupun selalu penuh. Datang seawal butik buka lagi mudah. 
  2. Aku suka bertanya macam macam. Maklumlah , aku ni dungu bab fesyen. Dan bila staff layan dengan baik , pastilah aku tergoda. 
  3. Puan Rafidah sendiri turun padang melayan pelanggan. Layanan sama tak kira kau datang pakai selipar atau selekeh ! Baginya, semua adalah pelanggan yang berkualiti. 
  4. Tiada paksaan dalam membeli. Kau bebas memegang , mencuba dan termenung ! Jika perlukan bantuan , panggil je mereka. Mereka akan membantu menyelesaikan masalah tak tau nak pilih beg mana satu ! Masalah biasa je ni. Huhu..
  5. Sellection ni bukan baru buka semalam. Dah beroperasi sejak 2018 lagi. Pengalaman sebagai Puan Rafidah sebagai Trusted Seller sejak 2014 lagi ! Lama dah woo.. Bermula di Canada.
  6. Trusted Seller ! Barang yang dijual, memang asli. Tiada barang tiruan dalam tu. Hanya dari USA saja. Mereka ada team Sellection USA yang bertujuan dapatkan fesyen atau design terkini. 
  7. Kalau dah terjebak beli di butik, pastinya akan jatuh cinta. Lain kali beli online jer. Diorang boleh pos je barang tu. Pilih dan bayar ! Gituuu..
  8. Duit tak cukup lagi tapi risau buah hati akan 'dikebas' orang ? Tak perlu risau.. Boleh bayar secara ansuran. Tak bawak tunai ? Debit boleh ! Kredit kad pon boleh. Asalkan jangan curi ! 
  9. Jika dah jadi pelanggang setia, boleh dapat cashback 2% dan jika korang rekemen pada kawan kawan, turut dapat bonus ! Ada referral programme gitu !
  10. Ada barangan lelaki juga ! Fuh... bukan sekadar beg je tapi jam tangan.. tali pinggan dan juga baju berjenama dari USA !! Ko rasa?? 



Kenapa tak beli je kat Personal Shopper atau butik lain  ? 

Kalau ikut pada pengalaman aku la... sepanjang wife aku membeli melalui online, masalah dia ialah dari segi size dan juga tak boleh pegang barang tu ! Kau kena beli dan tunggu sampai ke tangan. Baru boleh tau ok ke tak.. sesuai ke tidak ! 

Aku lebih suka jika nak membeli barangan berjenama ni , aku pegang.. rasai sendiri kesedapannya. Barulah puashati membeli. Setakat beli tanpa 'menikmati' keindahan ketika membelinya , bagi aku satu kerugian la. Hahahaha.. Beli barang mahal tapi tak dapat try dulu. Lainlah barang tu memang payah nak dapat atau aku tak sempat ke butik.. Tu aku beli online jer pon tak pe la.. 

Dan ada banyak kes gak la pasal Personal Shopper ni. Aku malas nak kata lelebih lak. Tak la semua tapi dek kerana orang kata .. nila setitik punya pasal ! Korang boleh sambung sendiri. Huhu.. 

Baik beli kat butik mereka jer ! Kan ? Ada yang pikir gitu tapi aku tak nak sebab bila kau melangkah masuk dalam butik, semua mata memadang kau.. atas bawah. Maalu wehh ! Aku bawak duit syiling je masuk. Huhuh.. 

















Macam aku cerita dalam entri lepas, selepas dua kali datang.. akhirnya wife membawa pulang beg yang dia nak gunakan sangat dengan lasak ! Huhu.. Ikutkan dia nak beli satu lagi handbag tapi dek kerana aku dah jeling... ( Nanti nanti la beli pulak !) dia pun keluar dari butik Sellection dengan hati yang cukup girang. Lama tak pakai beg mahal katanya. Asik fokus pada anak anak jer. Nak gak self reward gitu.. 

Dia puashati.. aku lagi la puashati ! Maklumlah , dia kan bekerja untuk membantu aku. Apa salahnya belanja sesekali.. kan ?

Web : Malaysia's 1st Online Premium Outlet – SELLECTION®
Facebook: Sellection  dan Branded Handbags by Rafidah
Instagram : Sellection

Oh ya.. jangan lupa ikuti live mereka di Facebook , setiap hari ! Pastikan korang dah tandakan See First yer. 

Share
Tweet
Pin
Share
9 comments

Ramadan bakal menjelma. Dan pastinya korang akan mencari lokasi lokasi menarik untuk berbuka puasa, kan ? Nah.. aku cadangkan D'Tempat Country Club yang terletak di Bandar Seri Sendayan , Negeri Sembilan. Cantik , rileks dan dan tenang je tempat ni. Kira nak berbuka puasa dengan kawan kawan opis, memang best !

Baru ni, mereka ada buat preview untuk buffet Ramadan bertemakan Agraba Tales.. kisah timur tengah gitu. Pastinya menu masakan dari sana jadi keutaman memandangkan tema dah begitu , kan ? Sedap ke?  Bab makan kat d'Tempat ni, sejujurnya memang sedap. Aku dah pernah buat review sebelum ni kat sini. Ketika tu bersama team Pesona Seremban. Memang best tempat ni. Makanan lagi la best ! Hahaha..

Suasana malam hari yang tenang... berbuka puasa nanti pun mesti puashati. Wakil Benashaari.Com di Negeri Sembilan, Mr.Nash hadir dengan perut kosong. Hahahaha.. Saja aku suruh dia pergi ke sana dengan perut begitu supaya dapat menghayati makanan yang bakal dihidangkan. Yelah , kalau pergi dengan perut dah penuh , tak syok la kan ? 

Harga untuk buffet Ramadan untuk lebih 120 menu cuma dalam RM90 jer. Berbaloi katanya. Semuanya cukup menyelerakan. Aku percaya kata kawan aku ni. Dia ni bab makan memang berkira skit. Kalau sedap , dia kata sedap. Kalau  tak sedap, dia cakap je. Hahaha.. Tak cam aku la. Aku sedap ke tak.. asal kenyang dah ! Hehehehe.. Sebab tu aku yakin dengan komen dia.

Masakan , diketuai oleh Chef Sabri. 



Antara menu yang bakal disajikan. Oh ya, tarikh untuk tempahan bermula pada 15 April 2021 yer. Sehingga 9 Mei 2021. Jangan lepaskan peluang menikmati masakan timur tengah citarasa Malaysia. Memang pasti berbaloi baloi punya. 






















Lokasi : d'Tempat Country Club : PT 12653, Jalan Pusat Dagangan Sendayan 1 , 71950 Bandar Sri Sendayan, Negeri Sembilan Darul Khusus, Malaysia

Info lanjut , boleh hubungi : 

Tel: +606 792 2688
Fax: +606 792 3363
Email: dtempat@mchb.com.my
Web : www.dtempat.com | www.dsora.com.my
Instagram : d'Tempat Official
Facebook : d'Tempat Official

 
Share
Tweet
Pin
Share
3 comments

Aku ambil masa yang cukup lama untuk dapatkan Galaxy Buds Pro ni.  Dalam kepala aku, ada beberapa jenis yang jadi pilihan. Antaranya Jabra , Bose , Sony , Sennheiser dan Powerbeats. Semua ni best best dan ada kelebihan masing masing. Tapi akhirnya aku pilih Samsung Galaxy Buds Pro kerana beberapa faktor. Paling utama , aku dah memang guna Samsung Galaxy Note 20 Ultra. Maka , nak sesuaikan dengan software yang sedia ada. Dan silver jadi pilihan sebab lebih 'jantan' berbanding warna lain. Hitam ? 'Biasa' sangat dah. 

Sejujurnya , bukan mudah aku nak buat pilihan membeli earbuds ni ! Aku ada dah satu. Dan aku bukanlah pengemar muzik pun. Zaman muda dulu , ye la. Tapi dah berusia begini , kurang nak layan melainkan dalam gym dan dalam kereta.  Tu pun layan rock kapak. Lagu lagu zaman ni , kureng masuk dengan telinga aku. Hahaha.. Semua orang gitu kot ? 

Kenapa earbuds ? Bukan headphone ? Earphone ? Ok.. aku dah guna semua. Earphone , korang pun tau kenapa kan ? Leceh dengan wayarnya. Headphone ? Terlalu menekan kepala aku. Dan sangat mengacau aku dalam gym. Akhirnya aku pilih earphone jer. Senang dan mudah.  

Earbuds.. paling syok bila nak jawab telefon. Nak buat video call , berzoom.. sangat mudah ! Suara clear dan mereka yang dengar pun jelas jer. Tu yang sebenarnya aku nak guna earbuds ni. Dan ketika di dalam gym, aku nak dengan dunia aku sendiri. 



Ketika aku dah buat keputusan untuk membeli earbuds, tiba tiba ternampak banner ni bersiaran di Twitter. Alamak ! Camana ni ? Tapi kita tau.. segalanya boleh memudaratkan jika kita berlebihan ! Nah.. begitu juga dengan earbuds. Pandai pandai kita kawal.  Dengar dengan nada yang rendah, had masa penggunanya, cukup la antara 40 mini-1 jam dalam satu satu masa. Rehatkan telinga dalam jangka masa tu gak. Jangan berterusan. InshaAllah , ok telinga. 

Dan paling penting.. kalau mampu , dapatkan yang berkualiti. Sangat berbeza dari segi bunyi. Maka telinga pun tak sakit serta tapisan bunyi pun lebih baik. 


Puashati ! Dari sudut bunyi, microphone , bateri dan kualiti. Boleh kena air. Maksud aku boleh bawa masuk bilik air mandi bersama sama. Hahahaha.. Dan jangan risau kalau korang nak berborak masa guna. Ada pilihan penggunaan. Bila korang bercakap , automatik dia akan turunkan volume.  




Kelebihan Galaxy Buds Pro ialah NC atau Noice Cancellation

Galaxy Buds Pro ini mempunyai fungsi active noise cancellation yang mana pengguna dapat beralih ke ambient mode dengan senang, terutamanya semasa korang ingin mendengar muzik atau bercakap. Apabila ambient mode dihidupkan, suara di sekitar korang akan kedengaran degan jelas tanpa diganggu oleh bunyi muzik yang sedang berkumandang. 

Galaxy Buds Pro mempunyai output audio Dolby 360 ° dan dilengkapi dengan unit pemandu 11mm yang disesuaikan dengan AKG dan 3 mikrofon. Peranti ini dapat mengurangkan bunyi angin dan menyekat hingga 99% kebisingan luaran melalui 3 mikrofon untuk memberi prestasi kualiti suara stereo dan pengalaman panggilan yang baik. 

Oh ya.. part air ni yang selalu jadi isu. Kang ada yang gi berendam dalam laut . Memang ianya  ada IPX7 dan mampu direndam dalam air yang kedalaman 1 meter selama 30 minit, tetapi tidak digalakkan sama sekali  untuk kegunaan di pantai ataupun dalam kolam renang.


Cara guna yang mudah. Boleh diubah ikut kemahuan kita. Tapi asasnya seperti dibawah ni..
  • Tekan sekali untuk mainkan / hentikan lagu
  • Tekan dua kali untuk mainkan lagu seterusnya; jawab/ tamatkan panggilan
  • Tekan tiga kali untuk mainkan lagu yang sebelumnya
  • Tekan lama aktifkan pengurangan bunyi/ ambient mode; tolak panggilan masuk



Untuk keselamatan, dapatkan casing  begini di Lazada. Kalau terlepas dari tangan.. tak la risau rosak bagai ! Heheheh.. Penting menda alah ni ye... Maklumlah , kecik kan ! Dok keluar masuk dari poket atau beg kita. Risau lak.. 

Dan kalau diletakkan dalam beg , siap ada tangkai tu yang boleh disangkutkan.



3 hari guna... aku amat berpuashati. Aku kasi wife try yang mana dia bukanlah peminat gajet ni.. dan dia kata sangat sedap sound terutama masa dok buat kerja rumah. Hahaha.. tak sedar masa berjalan. Buat kerja sambil layan ceramah agama. Huhu.. 

Oh ya.. aku beli kat SenHeng jer. Ambik bayaran ansuran mudah jer. Hahaha.. Saja jer. Malas nak bayar tunai gitu terus. Guna duit blog jer. Lagi pun, di SenHeng ni mudah. Kalau ada masalah, gi kasi diorang jer suruh settlekan ! Aku malas orangnya. Hahahaha..
Share
Tweet
Pin
Share
3 comments
Newer Posts
Older Posts

Blog Stats

Blog Archive

  • ▼  2026 (7)
    • ▼  Mac 2026 (1)
      • Raya macam dulu dulu di Pusat Pakaian Hari Hari 2026
    • ►  Februari 2026 (3)
    • ►  Januari 2026 (3)
  • ►  2025 (63)
    • ►  Disember 2025 (4)
    • ►  November 2025 (2)
    • ►  Oktober 2025 (2)
    • ►  September 2025 (5)
    • ►  Ogos 2025 (3)
    • ►  Julai 2025 (6)
    • ►  Jun 2025 (4)
    • ►  Mei 2025 (5)
    • ►  April 2025 (5)
    • ►  Mac 2025 (8)
    • ►  Februari 2025 (10)
    • ►  Januari 2025 (9)
  • ►  2024 (170)
    • ►  Disember 2024 (9)
    • ►  November 2024 (11)
    • ►  Oktober 2024 (13)
    • ►  September 2024 (10)
    • ►  Ogos 2024 (15)
    • ►  Julai 2024 (20)
    • ►  Jun 2024 (16)
    • ►  Mei 2024 (22)
    • ►  April 2024 (16)
    • ►  Mac 2024 (14)
    • ►  Februari 2024 (10)
    • ►  Januari 2024 (14)
  • ►  2023 (171)
    • ►  Disember 2023 (12)
    • ►  November 2023 (14)
    • ►  Oktober 2023 (16)
    • ►  September 2023 (13)
    • ►  Ogos 2023 (16)
    • ►  Julai 2023 (14)
    • ►  Jun 2023 (17)
    • ►  Mei 2023 (14)
    • ►  April 2023 (10)
    • ►  Mac 2023 (18)
    • ►  Februari 2023 (13)
    • ►  Januari 2023 (14)
  • ►  2022 (182)
    • ►  Disember 2022 (22)
    • ►  November 2022 (9)
    • ►  Oktober 2022 (12)
    • ►  September 2022 (9)
    • ►  Ogos 2022 (11)
    • ►  Julai 2022 (10)
    • ►  Jun 2022 (10)
    • ►  Mei 2022 (13)
    • ►  April 2022 (14)
    • ►  Mac 2022 (21)
    • ►  Februari 2022 (21)
    • ►  Januari 2022 (30)
  • ►  2021 (389)
    • ►  Disember 2021 (26)
    • ►  November 2021 (23)
    • ►  Oktober 2021 (23)
    • ►  September 2021 (26)
    • ►  Ogos 2021 (26)
    • ►  Julai 2021 (29)
    • ►  Jun 2021 (27)
    • ►  Mei 2021 (30)
    • ►  April 2021 (36)
    • ►  Mac 2021 (56)
    • ►  Februari 2021 (42)
    • ►  Januari 2021 (45)
  • ►  2020 (329)
    • ►  Disember 2020 (39)
    • ►  November 2020 (36)
    • ►  Oktober 2020 (28)
    • ►  September 2020 (29)
    • ►  Ogos 2020 (36)
    • ►  Julai 2020 (24)
    • ►  Jun 2020 (30)
    • ►  Mei 2020 (28)
    • ►  April 2020 (23)
    • ►  Mac 2020 (23)
    • ►  Februari 2020 (18)
    • ►  Januari 2020 (15)
  • ►  2019 (407)
    • ►  Disember 2019 (22)
    • ►  November 2019 (30)
    • ►  Oktober 2019 (44)
    • ►  September 2019 (34)
    • ►  Ogos 2019 (48)
    • ►  Julai 2019 (27)
    • ►  Jun 2019 (30)
    • ►  Mei 2019 (42)
    • ►  April 2019 (37)
    • ►  Mac 2019 (43)
    • ►  Februari 2019 (25)
    • ►  Januari 2019 (25)
  • ►  2018 (420)
    • ►  Disember 2018 (24)
    • ►  November 2018 (32)
    • ►  Oktober 2018 (32)
    • ►  September 2018 (36)
    • ►  Ogos 2018 (29)
    • ►  Julai 2018 (30)
    • ►  Jun 2018 (38)
    • ►  Mei 2018 (38)
    • ►  April 2018 (46)
    • ►  Mac 2018 (36)
    • ►  Februari 2018 (33)
    • ►  Januari 2018 (46)
  • ►  2017 (648)
    • ►  Disember 2017 (47)
    • ►  November 2017 (44)
    • ►  Oktober 2017 (49)
    • ►  September 2017 (51)
    • ►  Ogos 2017 (56)
    • ►  Julai 2017 (46)
    • ►  Jun 2017 (47)
    • ►  Mei 2017 (58)
    • ►  April 2017 (75)
    • ►  Mac 2017 (80)
    • ►  Februari 2017 (49)
    • ►  Januari 2017 (46)
  • ►  2016 (788)
    • ►  Disember 2016 (57)
    • ►  November 2016 (65)
    • ►  Oktober 2016 (77)
    • ►  September 2016 (64)
    • ►  Ogos 2016 (75)
    • ►  Julai 2016 (80)
    • ►  Jun 2016 (69)
    • ►  Mei 2016 (58)
    • ►  April 2016 (58)
    • ►  Mac 2016 (68)
    • ►  Februari 2016 (50)
    • ►  Januari 2016 (67)
  • ►  2015 (1019)
    • ►  Disember 2015 (68)
    • ►  November 2015 (78)
    • ►  Oktober 2015 (66)
    • ►  September 2015 (57)
    • ►  Ogos 2015 (63)
    • ►  Julai 2015 (86)
    • ►  Jun 2015 (89)
    • ►  Mei 2015 (105)
    • ►  April 2015 (91)
    • ►  Mac 2015 (104)
    • ►  Februari 2015 (104)
    • ►  Januari 2015 (108)
  • ►  2014 (1504)
    • ►  Disember 2014 (130)
    • ►  November 2014 (119)
    • ►  Oktober 2014 (137)
    • ►  September 2014 (121)
    • ►  Ogos 2014 (119)
    • ►  Julai 2014 (103)
    • ►  Jun 2014 (104)
    • ►  Mei 2014 (106)
    • ►  April 2014 (121)
    • ►  Mac 2014 (132)
    • ►  Februari 2014 (139)
    • ►  Januari 2014 (173)
  • ►  2013 (2151)
    • ►  Disember 2013 (169)
    • ►  November 2013 (180)
    • ►  Oktober 2013 (160)
    • ►  September 2013 (138)
    • ►  Ogos 2013 (182)
    • ►  Julai 2013 (220)
    • ►  Jun 2013 (199)
    • ►  Mei 2013 (186)
    • ►  April 2013 (149)
    • ►  Mac 2013 (184)
    • ►  Februari 2013 (188)
    • ►  Januari 2013 (196)
  • ►  2012 (2986)
    • ►  Disember 2012 (194)
    • ►  November 2012 (211)
    • ►  Oktober 2012 (285)
    • ►  September 2012 (260)
    • ►  Ogos 2012 (210)
    • ►  Julai 2012 (239)
    • ►  Jun 2012 (220)
    • ►  Mei 2012 (281)
    • ►  April 2012 (240)
    • ►  Mac 2012 (299)
    • ►  Februari 2012 (283)
    • ►  Januari 2012 (264)
  • ►  2011 (4966)
    • ►  Disember 2011 (303)
    • ►  November 2011 (299)
    • ►  Oktober 2011 (418)
    • ►  September 2011 (390)
    • ►  Ogos 2011 (350)
    • ►  Julai 2011 (396)
    • ►  Jun 2011 (424)
    • ►  Mei 2011 (424)
    • ►  April 2011 (481)
    • ►  Mac 2011 (483)
    • ►  Februari 2011 (488)
    • ►  Januari 2011 (510)
  • ►  2010 (4406)
    • ►  Disember 2010 (559)
    • ►  November 2010 (502)
    • ►  Oktober 2010 (453)
    • ►  September 2010 (387)
    • ►  Ogos 2010 (389)
    • ►  Julai 2010 (429)
    • ►  Jun 2010 (439)
    • ►  Mei 2010 (416)
    • ►  April 2010 (473)
    • ►  Mac 2010 (202)
    • ►  Februari 2010 (89)
    • ►  Januari 2010 (68)
  • ►  2009 (167)
    • ►  Disember 2009 (52)
    • ►  November 2009 (27)
    • ►  Oktober 2009 (67)
    • ►  September 2009 (21)

Kelab Blogger BenAshaari

Kelab Blogger BenAshaari

Created with by ThemeXpose | Copy Blogger Themes