BEN ASHAARI



image

Mahukah muka kita jadi macam ini ???? Maka , bersederhanalah dalam membelek FACEBOOK itu .. Kang g mana mana , nampak sangat kita ni kemaruk FACEBOOK ... Huhu...

Share
Tweet
Pin
Share
6 comments

image

 

Pembangkang di Uganda Timur Barat Daya mempersoalkan kerajaan negara itu memberikan setiap atlitnya sebuah kereta limosin kerana berjaya mendapat pingat gangsa dalam sukan rakyat , baru baru ini..

Macam macam .. dapat kereta pon kecoh .. haihh...

Share
Tweet
Pin
Share
2 comments

 

Berikut Ke sembilan sembilan anjing milik suspek yang telah dikenalpasti dan telah dimusnahkan .. Kesian ..

No 1 ( Ketua)

image

No 2 ( Bodyguard)

image

No 3 ( Mata mata )

image

No 3 ( Pelari pecut )

image

No 5 ( Penyamar )

image

No 6 ( Pembunuh )

image

No 7 ( Tukang bersih bukti )

image

No 8 ( Pakar perubatan )

image

No 9 ( Pengumpan )

image

Share
Tweet
Pin
Share
7 comments

 

image

Makan macam macam .. Segala bentuk rempah ratus masuk dalam perut .. pastu peram 4 hari ... Bila keluar ??? Yo mama ! Help !!!

Hahahaha... baekkk punya bau eh.. Mat Gebu kata kena mandi bunga n makan bunga untuk hilangkan bau.. Yeke ?? Hahahaha... Sori ye Mat .. Esok kita beraya di Sedenak yer .. hehehe..

Share
Tweet
Pin
Share
1 comments

 

image

Akan datang ke Asteruk pada waktu hujan dan ketika orang keluar beraya ...

Share
Tweet
Pin
Share
4 comments

 

image

Ada baca entri aku yang lepas yang pasal BIN atau BINTI tu ?? Tak de ? Meh baca sini dulu (link) ..

Kalaulah aku datang begini.. baru patut dia tanya aku kan ?? hehehe .. Aku sendiri confius .. hahahha

Share
Tweet
Pin
Share
7 comments

 

Oleh
Zaharuddin Abd Rahman
http://www.zaharuddin.net/
Puasa sunat Syawal sememangnya amat popular di kalangan masyarakat kita hari ini. Dikesempatan ini saya suka menasihatkan semua yang ingin mengamalkan puasa sunat ini agar berhati-hati dari tipu daya syaitan yang kerap berjaya menjadikan seseorang individu yang berpuasa itu bermegah dan riya’ dengan amalannya.


” kau , dah hari ker berapa dah?”

“aku dah 5 hari dah ni”

“esok aku raya (sunat syawal)”

Ini adalah antara kata-kata yang kerap didengari di bulan syawal ini.
Ia menjadi seolah-olah satu budaya untuk berlumba menamatkan puasa enam. Ia agak terpuji tetapi ia dicemari oleh habahan-hebahan yang dibuat tentang bilangan hari puasanya bertujuan melihat ‘sapa lebih hebat?’.

Amat dibimbangi, tindakan ini bakal menghilangkan seluruh pahala puasa sunatnya. Kerana ia boleh menjadikan seseorang merasa riya, serta memperdengarkan amalan masing-masing yang sepatutnya di sembunyikan khas untuk Allah.

Ziarah & Puasa Sunat
Saya tidak nafikan ada yang terpaksa memberitahu apabila ada rakan yang ajak makan dan menziarahi rumah rakan. Tatkala itu, ia tidaklah terkeji dan masing-masing bertanggung jawab menjaga niat dan hati masing-masing agar tidak timbul perasaan tersebut.

Puasa sunat ini juga tidak sewajarnya menjadi penghalang menerima jemputan rakan-rakan yang membuat rumah terbuka.

Isu Keutamaan Antara Sunat Syawal & Qadha
Selain itu, satu isu yang kerap ditimbulkan berkenaan hal ini adalah tentang penggabungannya dengan puasa ganti ramadhan dan puasa yang mana satu lebih perlu diutamakan.

Jika ada yang bertanya manakah yang lebih baik di antara puasa sunat syawwal dan puasa qadha?. Jawapannya sudah tentu adalah puasa Qadha. Ini terbukti dari hadis Qudsi yang sohih

وما تقرب إلي عبدي بشيء أحب إلي مما افترضت عليه وما

يزال عبدي يتقرب إلي بالنوافل حتى أحبه

Ertinya : “..dan tidaklah hampir kepadaku seorang hambaKu dengan apa juapun, maka yang lebih ku sukai adalah mereka melaksanakan amalan fardhu/wajib ke atas mereka, dan sentiasalah mereka ingin menghampirkan diri mereka kepadaKu dengan mengerjakan amalan sunat sehinggalah aku kasih kepadanya…” (Riwayat Al-Bukhari, no 6021)

Hadis tadi sebagai asas keutamaan, walau bagaimanapun dari sudut praktikal jawapannya mungkin berbeza menurut keadaan diri seseorang.


Maksudnya begini, jika seseorang itu perlu Qadha puasanya selama 30, berpuluh atau berbelas hari (kerana nifas atau haid yang lama di bulan Ramadan sebagai contoh) dan tubuhnya juga sihat dan di yakini masih kuat. Eloklah ia mengerjakan puasa sunat Syawwal terlebih dahulu di ketika itu . Ini adalah kerana waktu sunnat puasa Syawwal yang singkat berbanding Qadha (sepanjang tahun).

Bagaimanapun harus di ingat, walaupun waktu bagi puasa Qadha adalah panjang, kita tetap tidak pasti adakah kita mampu sampai ke tarikh itu atau ajal menjelang dahulu.

Seseorang yang mati sebelum mengganti puasa Ramadannya tetapi sudah berpuasa sunat Syawwal akan pasti bermasalah kerana ia dikira masih berhutang dengan Allah SWT.

Bagaimanapun seseorang yang mati setelah berjaya menggantikan puasanya tetapi tidak sempat berpuasa sunat Syawwal, pastinya tiada sebarang masalah pun, malah mungkin ia juga mungkin boleh mendapat pahala sunat syawal itu sekali. Berdasarkan sabda Nabi SAW

‏إن الله كتب الحسنات والسيئات ثم بين ذلك فمن هم بحسنة فلم يعملها كتبها الله له عنده حسنة كاملة فإن هو هم بها فعملها كتبها الله له عنده عشر حسنات إلى سبع مائة ضعف إلى أضعاف كثيرة ومن هم بسيئة فلم يعملها كتبها الله له عنده حسنة كاملة فإن هو هم بها فعملها كتبها الله له سيئة واحدة

Ertinya ” … barangsiapa yang beringinan melakukan kebaikan tetapi tidak melakukannya, telah di tuliskan oleh Allah baginya pahala penuh, maka jika ia beringinan dan kemudian melakukannya, di tuliskan 10 pahala sehingga 700 kali ganda..” ( Riwayat Al-Bukhari, no 6010)

Kita harus memahami bahawa darjat puasa Qadha adalah lebih tinggi dan tanggungjawab bagi menunaikannya adalah jauh lebih besar dari sunat Syawwal, ini kerana puasa qadha adalah puasa wajib dan merupakan ‘hutang’ ibadah dengan Allah berbanding puasa syawwal yang hanyalah sebagai tambahan pahala.

Isu Gabung Sunat & Qadha
Isu menggabungkan puasa qadha dan syawal sememangnya amat popular, pandangan ringkas saya adalah seperti berikut :-

Tidak elok untuk menggabungkan kedua-duanya bagi mereka yang mampu (dari sudut kesihatan tubuh dan lain-lain) untuk memisahkannya. Ini kerana sepengetahuan saya tiada dalil yang specifik membuktikan Nabi SAW pernah melakukannya atau menganjurkan kepada para sahabat untuk menggabungkannya.

Apabila Nabi, sahabat dan salaf soleh tidak melakukannya maka pastinya ia bukanlah amalan yang terpilih dan terbaik kerana pilihan Nabi SAW dan para sahabat selamanya adalah yang terbaik.

Malah terdapat juga hujjah-hujjah yang menyebabkan pandangan yang yang mengharuskan penggabungan ‘qadha dan ganti’ itu dipersoalkan, iaitu :-

1. Jika seseorang mengatakan boleh gabung puasa qadha (yang wajib) dengan puasa syawwal (yang sunat) maka sudah tentu selepas ini timbul pula individu yang cuba menggabungkan solat wajib dengan solat sunat, seperti gabungan solat isyak dengan terawih, atau subuh dengan ‘tahiyyatul masjid’ atau dengan solat sunat fajar, atau solat jumaat dengan solat sunat ‘tahiyyatul masjid’. Maka ini pasti menyebabkan masalah lain timbul dalam ibadah wajib termasuk rekaan-rekaan pelik seperti solat fardhu subuh campur istikharah dan lain-lain.

2. Menurut Prof. Dr Syeikh Abd Malik as-Sa’dy (ex-Lajnah Fatwa Iraq) dan Prof Dr Mohd ‘Uqlah el-Ibrahim (Jordan) mereka berpendapat bahawa amalan wajib tidak boleh digabungkan dengan apa-apa amalan wajib atau sunat lain, kerana amalan wajib memerlukan tumpuan khusus yang tidak berbelah bahagi semasa pelaksanaannya dan ia perlu bagi mengangkat tuntutan kewajibannya. Justeru, tindakan menggabungkan ini pasti mengurangkan kesempurnaan hamba dalam menunaikan tuntutan wajib mereka. Wallahu a’lam.

3. Tindakan A’isyah ra yang melewatkan Qadha pula boleh di jadikan hujjah bahawa beliau mengasingkan kedua-dua puasa Qadha dan Syawwal. Maka ini lah yang terpilih sepatutnya. (tidak gabungkan kerana aisyah tidak menggabungkannya) . Aisyah menyebut :

كأن يكون عليّ الصيام من شهر رمضان فما أقضيه حتى يجئ شعبان

Ertinya : Kewajiban ke atasku untuk puasa (Qadha) dari puasa Ramdhan, tidaklah aku menggantinya sehingga datang sya’ban” ( Riwayat Muslim, no 101)

4. Amalan wajib (qadha) memerlukan niat yang ‘jazam’ (tepat dan pasti) maka tindakan mengabungkan ia dengan niat puasa sunat mungkin boleh merosakkannya kepastiannya. Kerana itulah ulama yang mengizinkannya mencadangkan agar diniat puasa qadha sahaja, adapun syawwal itu dipendam sahaja dengan harapan Allah menerimanya.

Bagaimanapun, ulama yang mencadangkan ini jelas menyatakan bahawa tindakan menggabungkannya tetap mengurangkan pahala sunat syawwal ini kerana tidak diniat dan tidak dilakukan sepenuhnya (Hasyiah As-Syarqawi ‘ala al-Tahrir, Syeikh Zakaria Al-Ansary, 1/427; naqal dari Min Ahsanil Kalam Fil Fatawa, Atiyyah Saqr, 2/23)

5. Malah ada pula yang berhujjah bahawa amalan sunat tidak boleh ditunaikan sebelum amalan fardu. Demikian menurut Syeikh Abu Raghib al-Asfahani, Syeikh Ihsan Muhammad ‘Aayish al-’Utaibi dan juga di sebutkan oleh Dr Yusof Al-Qaradawi di dalam kitabnya Fiqh Awalwiyyat. Ini ada asasnya kerana berdasarkan hadith Nabi SAW

من صام رمضان ثم أتبعه ستاً من شوال فكأنما صام الدهر

Ertinya: “Barangsiapa telah berpuasa Ramadan kemudian diikuti dengan 6 hari dari dari Syawwal (puasa) maka ia adalah seperti (pahala) puasa ad-Dahr (setahun)” (Riwayat Al-Bukhari, no 6502).
6. Kita dapat melihat penggunaan ‘fe’il madhi’ iaitu ‘past tense’ bagi puasa Ramadan, mungkin sahaja boleh membawa makna sesiapa yang belum lengkap puasa Ramadannya perlulah melengkapkan dahulu, kemudian barulah mereka layak bagi mendapat peruntukan pahala sunat Syawwal.

7. Hujjah ulama yang mengharuskannya adalah hadith
” Sesungguhnya amalan itu berdasarkan kepada niat, dan bagi seseorang apa yang diniatkan.” (Riwayat Bukhari, no 1, 1/12)

Ia dilihat agak umum, memang benar apa yang diniatkan adalah penting, tetapi niat mempunyai kaedah dan cara-caranya bagi diterima, contohnya seperti niat solat yang di cadangkan di dalam mazhab Syafie dimulakan semasa lafaz takbiratul ihram di sebut, jika tidak niat itu tidak dikira. (Rujuk Al-umm, hlm 78, cet Baytul Afkar; Rawdhah At-Tolibin, An-Nawawi, cet Baytul Afkar, hlm 103).

Justeru, niat juga ada displinnya dan tidak boleh di buat sesuka hati di dalam ibadah.

Kesimpulan
Kesimpulan dalam yang mengutarakan perbincangan yang terbatas ini : Elok sangat tidak digabungkan dan elok sangat didahulukan yang wajib (qadha) daripada sunat (syawwal);

Pandangan yang membolehkan saya anggap sebagai rukhsah “keringanan” bagi mereka yang mempunyai kesukaran kerana uzur dan tidak mampu untuk mengasingkannya. Antara ulama yang membolehkan untuk menggabungkannya adalah beberapa ulama dari mazhab Syafie (Mughni al-Muhtaj, 1/602), Assembly of Muslim Jurists in America (AMJA), Syeikh Atiyyah Saqar, panelis fiqh Islam online.net dan beberapa yang lain.


Sekian
Zaharuddin Abd Rahman
http://www.zaharuddin.net/
25 Oktober 2006
(Diedit semula pada 3 Syawal 1428 H = 15 Oktober 2007

Puasa Enam & Beberapa Persoalan Mengenainya


Oleh Ustaz Abdul Basit- http://abuanasmadani.com

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على رسوله الأمين، وعلى آله وصحبه أجمعين.
Ibadah puasa adalah suatu amalan mulia yang amat digalakkan oleh Islam. Selain puasa fardhu Ramadhan, umat Islam juga boleh melakukan ibadat puasa sunat di luar bulan Ramadhan. Ada puasa sunat yang bersifat mingguan (seperti berpuasa pada hari isnin dan khamis), puasa bulanan (tiga hari dalam sebulan) dan puasa tahunan (hari Arafah, ‘Asyura’ dan enam hari dalam bulan Syawal).


Puasa adalah satu ibadah yang besar keutamaannya. Abu Hurairah radhiallahu ‘anhu meriwayatkan bahawa Rasulullah sallallahu’alaihiwasallam bersabda, Allah subhanahu wata’aala berfirman (dalam hadis Qudsi):

(( كُلُّ عَمَلِ ابْنِ آدَمَ لَهُ إِلا الصِّيَامَ؛ فَإِنَّهُ لِي وَأَنَا أَجْزِي بِهِ… وَالَّذِي نَفْسُ مُحَمَّدٍ بِيَدِهِ لَخُلُوفُ فَمِ الصَّائِمِ أَطْيَبُ عِنْدَ اللهِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ مِنْ رِيحِ الْمِسْكِ )) رواه مسلم.

Maksudnya: “Setiap amal manusia adalah untuk dirinya kecuali puasa, ia adalah untuk-Ku dan Aku memberi ganjaran dengan (amalan puasa itu).” (Rasulullah menjelaskan): “Demi Allah yang jiwa Muhammad berada di tangan-Nya, nafas orang yang berpuasa adalah lebih harum di sisi Allah berbanding wangian kasturi.” [Sahih Muslim no: 1151]

Selain hadis di atas, terdapat banyak hadis lain yang menerangkan keutamaan puasa sunat.
Abu Said Al-Khudri ra berkata: Rasulullah saw bersabda:

(( مَنْ صَامَ يَوْمًا فِي سَبِيلِ اللهِ بَعَّدَ اللهُ وَجْهَهُ عَنْ النَّارِ سَبْعِينَ خَرِيفًا )) رواه البخاري.

Maksudnya: “Sesiapa yang berpuasa satu hari pada jalan Allah, nescaya Allah swt menjauhkan mukanya dari api neraka selama 70 tahun”. [Sahih Al-Bukhari no: 2840]

Di antara puasa sunat ialah puasa enam hari pada bulan Syawal. Bersempena dengan bulan Syawal ini, artikel ini akan membincangkan tentang puasa sunat ini.

Dalil Puasa Sunat Enam Syawal.
Abu Ayyub Al-Ansari ra berkata: Rasulullah saw bersabda:

(( مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثُمَّ أَتْبَعَهُ سِتًّا مِنْ شَوَّالٍ كَانَ كَصِيَامِ الدَّهْرِ)) رواه مسلم.

Maksudnya: “Sesiapa yang berpuasa Ramadhan kemudian dia mengiringinya dengan enam hari dari bulan Syawal maka seperti ia berpuasa sepanjang tahun.” [Sahih Muslim hadis no: 1164].
Di dalam hadis ini Rasulullah saw menyatakan bahawa puasa enam hari selepas bulan Ramadhan akan diganjari pahala seolah-olah berpuasa selama setahun.

Para ulama’ menghuraikan rahsia di sebalik ganjaran tersebut dengan mendatangkan dalil bahawa setiap amalan kebaikan manusia akan diganjari sebanyak 10 kali ganda. Puasa 30 hari di bulan Ramadhan diganjari sebanyak 300 hari, manakala puasa 6 hari di bulan Syawal pula diganjari dengan 60 hari. Jika dikira jumlahnya ialah 360 hari, ia hampir menyamai jumlah hari di dalam setahun sebanyak 360 hari. Sesungguhnya Allah swt maha berkuasa untuk memberikan ganjaran sebanyak mana yang dikehendaki-Nya.

Hikmah Puasa Sunat Enam Syawal.
Sebenarnya puasa enam hari ini mempunyai beberapa hikmah yang tertentu dari sudut kesihatan manusia itu sendiri. Puasa selama sebulan penuh di bulan Ramadhan antaranya menyebabkan sistem percernaan di dalam badan berehat seketika di waktu siang selama sebulan. Kedatangan bulan Syawal pula menyebabkan seolah-olah ia mengalami kejutan dengan diberikan tugas mencerna pelbagai makanan pada hari raya dan hari-hari selepasnya. Oleh kerana itulah, puasa enam ini memberikan ruang kembali kepada sistem pencernaan badan untuk berehat dan bertugas secara beransur-ansur untuk kebaikan jasmani manusia itu sendiri.

Selain dari itu, sebagai manusia yang menjadi hamba kepada Allah swt, alangkah baiknya seandainya amalan puasa yang diwajibkan ke atas kita di bulan Ramadhan ini kita teruskan juga di bulan Syawal walaupun sekadar enam hari. Ini seolah-olah menunjukkan bahawa kita tidak melakukan ibadat puasa semata-mata kerana ia menjadi satu kewajipan tetapi kerana rasa diri kita sebagai seorang hamba yang benar-benar bersunguh-sungguh untuk taqarrub kepada tuhannya. Kerana itulah kata ulama’: “Betapa malangnya orang yang hanya mengenal Allah pada bulan Ramadhan, sedangakan pada bulan lain Allah swt dilupai”.

Hukum Puasa Sunat Enam Syawal.
Hukumnya adalah sunat. Berkata Imam An-Nawawi rh: “Hadis ini jelas menjadi dalil bagi mazhab Imam al-Syafi’e, Imam Ahmad, Daud dan ulama’ yang sependapat dengan mereka bahawa disunatkan berpuasa enam hari (pada bulan Syawal).

Imam Malik dan Imam Abu Hanifah pula menganggap hukumnya makruh. Sebabnya kerana bimbang orang ramai akan menyangka ia adalah sebahagian dari puasa Ramadhan (yang wajib hukumnya) padahal ia bukanlah dari puasa Ramadhan.” [Syarah Sahih Muslim 8/56]

Bilakah Dimulakan Puasa Sunat Enam Syawal?
Puasa sunat enam Syawal paling awal dimulakan pada 2 Syawal. Ini kerana tarikh 1 Syawal adalah hari Eidil Fitri dan kita dilarang dari berpuasa pada hari tersebut. Abu Hurairah ra berkata:

( أَنَّ رَسُولَ اللهِ r نَهَى عَنْ صِيَامِ يَوْمَيْنِ: يَوْمِ الأَضْحَى، وَيَوْمِ الْفِطْرِ ) رواه مسلم.

Maksudnya: “Nabi saw melarang puasa pada hari (Eidil) Fitri dan (Eidil) Adha.” [Sahih Al-Bukhari no: 1991].
Bagaimana Melaksanakan Puasa Sunat Enam Syawal?
Syarat dan adab bagi puasa sunat enam Syawal adalah sama seperti puasa wajib pada bulan Ramadhan.

Persoalan yang menjadi perbincangan di kalangan para ulama’ ialah:

1- Adakah ia dilaksanakan secara berturut-turut selama enam hari atau secara terputus?
Pandangan yang lebih tepat adalah ia boleh dilakukan secara terputus (tidak berturut-turut) asalkan jumlah enam hari dicukupkan sebelum berakhirnya bulan Syawal. Ini kerana apabila Rasulullah saw menganjurkan puasa sunat enam hari ini, baginda menyebut bulan Syawal secara umum tanpa memberi ketentuan hari-harinya. Maka puasa enam tersebut boleh dilaksanakan pada mana-mana hari dalam bulan Syawal asalkan bukan pada 1 Syawal dan bukan sesudah berakhir bulan Syawal.

Namun adalah lebih afdhal disegerakan pelaksanaan puasa enam Syawal berdasarkan umum firman Allah swt:

] وَسَارِعُوا إِلَى مَغْفِرَةٍ مِنْ رَبِّكُمْ وَجَنَّةٍ عَرْضُهَا السَّمَوَاتُ وَالأَرْضُ أُعِدَّتْ لِلْمُتَّقِينَ [ [آل عمران: 133]

Maksudnya: “Dan bersegeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (ke arah mendapatkan) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa.” [Surah Aali Imran:133]

2- Melaksanakan Puasa Sunat Enam Syawal Sebelum Mengqadha Puasa Ramadhan.

Wujud perbincangan di kalangan para ulama’, apakah dibolehkan berpuasa sunat enam Syawal jika seseorang itu memiliki hutang puasa Ramadhan yang belum diqadhanya? Ada dua pendapat ulama’ dalam masalah ini.
Pendapat Pertama: Boleh melakukannya, berdasarkan dalil bahawa Aisyah radhiallahu ‘anha pernah mengakhirkan hutang puasa Ramadhan yang perlu diqadhanya hingga ke bulan Sya’ban yang akan datang. Aisyah ra berkata:

( كَانَ يَكُونُ عَلَيَّ الصَّوْمُ مِنْ رَمَضَانَ، فَمَا أَسْتَطِيعُ أَنْ أَقْضِيَ إِلا فِي شَعْبَانَ. قَالَ يَحْيَى: الشُّغْلُ مِنْ النَّبِيِّ أَوْ بِالنَّبِيِّ r) رواه البخاري

Maksudnya: “Aku memiliki hutang puasa bulan Ramadhan. Aku tidak mampu mengqadhanya kecuali pada bulan Sya’ban.” Kerana sibuk (melayani) Rasulullah saw. [Sahih Muslim no: 1146. Sahih al-Bukhari, hadis no: 1950, penjelasan "kerana sibuk melayani Rasulullah saw" ialah penjelasan salah seorang perawi hadis yang bernama Yahya bin Sa‘id.]

Para ulama’ yang mengemukakan pendapat pertama berhujah, sudah tentu tidak mungkin isteri Rasulullah saw, yakni Aisyah ra, tidak melaksanakan puasa sunat enam Syawal. Pasti beliau melaksanakannya dan tindakan beliau yang mengqadha puasa Ramadhan pada bulan Sya’ban menunjukkan dibolehkan berpuasa sunat enam Syawal sekali pun seseorang itu memiliki hutang puasa Ramadhan.

Pendapat Kedua: Tidak boleh melakukannya, berdasarkan hadis yang menganjurkan puasa sunat enam Syawal itu sendiri yang telah dikemukakan di awal risalah ini. Hadis tersebut berbunyi: “Sesiapa yang berpuasa Ramadhan kemudian dia mengiringinya dengan enam hari dari bulan Syawal maka seperti ia berpuasa sepanjang tahun.”
Rasulullah saw mensyaratkan “berpuasa Ramadhan” terlebih dahulu, kemudian barulah “mengiringinya dengan enam hari dari bulan Syawal”. Ini menunjukkan puasa sunat enam Syawal hanya dilaksanakan sesudah seseorang itu menggenapkan puasa Ramadhannya. Jika ada puasa Ramadhan ditinggalkan, ia perlu diqadha terlebih dahulu. Kemudian barulah diiringi dengan puasa sunat enam Syawal.

Kalau diperhatikan secara teliti, pendapat yang kedua lebih rajih (kuat); Kerana ianya lebih menepati dalil puasa sunat enam Syawal itu sendiri. Selain dari itu, membayar hutang yang wajib hendaklah didahulukan dari memberi sedekah yang sunat. Ini disokong dengan ayat 133 surah Aali Imran yang dikemukakan sebelum ini, yang menganjurkan kita untuk menyegerakan amal kebajikan. Sudah tentu amal yang wajib lebih perlu disegerakan daripada amal yang sunat.

Namun, sekiranya seorang itu tidak berkesempatan (disebabkan keuzuran) untuk melakukan qadha kemudian berpuasa enam dan dia berkeyakinan akan sempat mengqadhakannya sebelum Ramadhan tahun berikutnya, maka pendapat yang pertama boleh diterima, berdasarkan apa yang dilakukan oleh Aisyah ra.

Menurut Imam An-Nawawi rh, Mazhab Malik, Abu Hanifah, Asy-Syafie, Ahmad dan jumhur salaf dan khalaf mengatakan: “Qadha puasa Ramadhan bagi mereka yang berbuka kerana uzur seperti kedatangan haid dan musafir, maka kewajipan mengqadhanya adalah secara bertangguh (‘ala at-tarakhi), tidak disyaratkan qadha terus apabila boleh melakukannya”. [Syarah Sahih Muslim 8/22].

قال النووي في شرح مسلم: “وَمَذْهَب مَالِك وَأَبِي حَنِيفَة وَالشَّافِعِيّ وَأَحْمَد وَجَمَاهِير السَّلَف وَالْخَلَف: أَنَّ قَضَاء رَمَضَان فِي حَقّ مَنْ أَفْطَرَ بِعُذْرٍ كَحَيْضٍ وَسَفَرٍ يَجِب عَلَى التَّرَاخِي، وَلا يُشْتَرَط الْمُبَادَرَةُ بِهِ فِي أَوَّل الإِمْكَان.”

Menurut Al-Khatib Asy-Syarbini: “Sesiapa yang tertinggal puasa Ramadhan, sunat dia mengqadhakannya secara berturut-turut dan makruh bagi orang yang ada qadha Ramadhan melakukan puasa sunat”. [Mughni Al-Muhtaj 2/181 cet, Darul Kutub Al-Ilmiah, Beirut].


3- Menggabungkan puasa qadha dan puasa enam.

Di antara persoalan yang sering timbul sekitar puasa enam ialah adakah harus menggabungkan di antara dua puasa iaitu puasa qadha dan puasa enam hari di bulan Syawal. Adakah diganjari dengan kedua-dua pahala tersebut dengan puasa yang satu?

Persoalan ini berlaku khilaf di kalangan ulama’, sebahagiannya yang berpendapat tidak boleh mencampurkan niat puasa sunat dengan puasa fardhu yang lain atau dengan puasa sunat yang lain, sekiranya dilakukan maka puasanya itu tidak sah, tidak bagi yang fardhu dan tidak bagi yang sunat.

Ada dikalangan ulama’ Syafi’iyyah berpendapat bahawa ganjaran puasa enam tetap akan diperolehi apabila seseorang berpuasa qadha sekalipun ia tidak berniat menggabungkan kedua-duanya, namun pahala yang diperolehi kurang daripada seorang yang berpuasa kedua-duanya secara berasingan. [Lihat:  Hasyiah Asy-Syarqawi ‘Ala Tuhfah At-Tullab 1/428, cet, Darul Ma'rifah, Fatawa Al-Azhar 9/261 Al-Maktabah Asy-Syamilah]

Al-Khatib Asy-Syarbini berkata: “Jika seseorang berpuasa qadha atau puasa nazar atau puasa sunat yang lain di bulan Syawal, adakah dia mendapat pahala sunat (Syawal) atau tidak? Saya tidak mendapati pendapat ulama’ yang menyebut tentangnya, dan yang zahirnya adalah dapat pahala tersebut (pahala puasa yang diniatinya). Namun, dia tidak mendapat pahala sebagaimana yang disebut oleh hadis yang menerangkan tentang kelebihan puasa enam tadi, khasnya mereka yang tertinggal puasa Ramadhan kemudian berpuasa pada bulan Syawal. Ini kerana mereka tidak memenuhi maksud hadis tersebut (menyempurnakan puasa Ramadahan kemudian diikuti dengan puasa enam)”. [Mughni Al-Muhtaj 2/184 cet, Darul Kutub Al-Ilmiah, Beirut]

Setelah dikaji, pandangan ulama’ yang membolehkan puasa dua dalam satu ini, tidak bersandarkan mana-mana dalil al-Qur’an dan al-Sunnah. Mereka juga mengatakan amalan ini hanya mendapat pahala kerana kebetulan berpuasa qadha dalam bulan Syawal, sama seperti pahala sunat tahiyyatul masjid dengan solat fardhu (orang yang terus melakukan solat fardhu apabila masuk ke dalam masjid akan mendapat juga pahala sunat tahiyyatul masjid). Wallahu a’lam.

Oleh itu, lakukanlah dua ibadat puasa ini (fardhu dan sunat) secara berasingan, kerana sebagai seorang hamba yang tunduk kepada Allah SWT, memperbanyakkan amalan taqarrub dengan memisahkan di antara yang menjadi kewajipan dengan yang menjadi galakan (sunat) tentulah lebih menunjukkan kesungguhan diri sebagai seorang hamba yang mencari keredhaan Tuhannya. Ini juga lebih berhati-hati (ahwat) dalam ibadat, serta melakukan ibadat dengan yakin adalah lebih utama (aula), kerana ada pendapat ulama’ mengatakan tidak boleh mencampurkan niat puasa sunat dengan puasa fardhu yang lain atau dengan puasa sunat yang lain.

Sebagai kesimpulan, puasa sunat semata-mata kerana Allah (bukan kerana sakit atau ingin berdiet) mempunyai kelebihan yang besar di sisi Allah swt dan sangat digalakkan oleh Rasulullah saw.

Sebagaimana yang diketahui semua amalan sunat adalah sebagai penampal kepada mana-mana kekurangan dalam amalan fardhu. Puasa enam hari pada bulan Syawal ini pula thabit dari sunnah Rasulullah saw. Sepatutnyalah kita mengambil peluang ini untuk berpuasa enam hari pada bulan Syawal.

Sempurnakan dahulu qadha beberapa hari yang tertinggal, kerana kita tidak tahu apakah hayat dan kesihatan yang ada akan berterusan sehingga kita dapat menunaikannya di masa hadapan.


Bagi orang yang tidak sempat melakukan puasa sunat kerana sibuk dengan puasa wajib diharapkan Allah swt akan memberi ganjaran berdasarkan niat dan azamnya. Sebagaimana sabda Nabi saw:

(( إِذَا مَرِضَ الْعَبْدُ أَوْ سَافَرَ كُتِبَ لَهُ مِثْلُ مَا كَانَ يَعْمَلُ مُقِيمًا صَحِيحًا )) رواه البخاري.

Maksudnya: “Apabila seorang hamba Allah sakit atau musafir (beliau tidak dapat melakukan amalan yang biasa dilakukannya) maka dituliskan baginya pahala seperti amalan yang biasa dilakukannya sewaktu tidak bermusafir dan sewaktu sihat” [Sahih Al-Bukhari no. 2834]


Semoga kita semua diberi taufiq dan hidayah oleh Allah swt ke jalan yang di redhai-Nya serta dapat melaksanakan ibadah puasa enam hari di bulan Syawal ini dengan sempurna. Seterusnya kita dimasukkan ke dalam golongan orang yang mendapat kejayaan dunia dan akhirat. Aamin.


وصلى الله على نبينا محمد وعلى آله وصحبه وسلم تسليما إلى يوم الدين.
Abu Anas Madani, Pondok Sungai Durian.
04 Syawal 1429h- 041008

sumber : sini

Share
Tweet
Pin
Share
4 comments

 

NEW YORK: Mahkamah New York menjatuhkan hukuman penjara 86 tahun terhadap saintis Pakistan atas tuduhan cubaan membunuh pegawai Amerika Syarikat (AS) di Afghanistan, Khamis (waktu tempatan).

Hukuman penjara bagi kes berprofil tinggi itu menimbulkan kemarahan daripada pihak Pakistan.

image

Aaafia Siddiqui, 38, yang dikenali “Wanita Qaeda” di kalangan akhbar tabloid AS, didapati bersalah atas cubaan membunuh pegawai negara itu pada Februari lalu.

“Berdasarkan pengadilan saya Dr Siddiqui dihukum penjara bagi tempoh 86 tahun,” kata Hakim Richard Berman, yang menjatuhkan hukuman berat terhadap Siddiqui walaupun didakwa pernah mempunyai kaitan dengan Al-Qaeda tidak dituduh atas dakwaan keganasan.

Susulan hukuman itu, aktivis Pakistan di Karachi, iaitu kampung halaman halaman Siddiqui dan Lahore membantah dengan mengadakan tunjuk perasan dengan slogan anti-AS. - AFP

sumber : Bharian

BA : Diorg tu suka suka jee cakap org tu jahat..orang ni jahat... diorng sendiri ??

Share
Tweet
Pin
Share
7 comments

 

Suspek utama nafi terbabit bunuh

Peguam dakwa 2 beradik tak diberi peluang pertahan diri sebelum direman


KUALA LUMPUR: Buat pertama kali semalam, dua beradik yang juga suspek utama kes pembunuhan kejam Datuk Sosilawati Lawiya dibenarkan berjumpa peguam mereka dan dalam pertemuan itu mereka mendakwa tidak terbabit dalam kes berkenaan.

Peguam mereka, D P Vijandran, berkata perkara itu dimaklumkan kepadanya selepas beliau bertemu dengan mereka di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPKKL) di sini, petang semalam.

Saya bersama dua rakan peguam dibenarkan berjumpa kedua-dua anak guam kami selama 15 minit dan dalam pertemuan itu mereka menafikan terbabit dalam pembunuhan kejam membabitkan empat individu termasuk seorang jutawan kosmetik.

Mereka mendakwa tidak diberi peluang mempertahankan diri sebelum ditahan reman, katanya ketika ditemui di IPKKL, semalam.

Vijandran bersama peguam Ravi Nekoo dan Pushpa Ratnam tiba di IPKKL kira-kira jam 3 petang bersama isteri kedua-dua suspek utama sebelum meninggalkan pekarangan ibu pejabat itu 30 minit kemudian.
Difahamkan, isteri kedua-dua suspek itu dibenarkan berjumpa suami masing-masing kira-kira 10 minit. Ini pertemuan pertama mereka sejak ditahan 11 September lalu.

Dalam pada itu, Vijandran turut menyuarakan rasa kesal dengan laporan akhbar sejak kejadian berkenaan yang disifatkannya berat sebelah, sedangkan kes itu belum pun dibawa ke mahkamah.

Selagi kes ini belum dibawa ke mahkamah dan sehingga hakim memutuskan siapa yang bersalah, anak guam saya tidak bersalah.
Sepanjang berada dalam lokap sejak dua minggu lalu, salah seorang anak guam saya juga mendakwa dia ditumbuk dan ditendang anggota polis sehingga cedera di belakang badan.

Malah, permintaan anak guam saya untuk mendapatkan rawatan di hospital berhubung kecederaan itu juga tidak diendahkan polis, katanya laporan polis mengenainya akan dibuat hari ini.

Sosilawati, 47, dibunuh bersama pemandu peribadinya, Kamaruddin Shamsuddin, 44; perunding kewangannya, Noorhisham Mohammad, 38 dan peguamnya, Ahmad Kamil Abd Karim, 32, di sebuah ladang persendirian di Banting pada 30 Ogos lalu.

sumber : Bharian

Share
Tweet
Pin
Share
11 comments

 

image PRESIDEN Iran, Mahmoud Ahmadinejad ketika berucap pada Perhimpunan Agung PBB sambil memegang senaskhah al-Quran dan Bible di New York. Dalam ucapannya pada Perhimpunan Agung PBB, Ahmadinejad berkata hanya pegawai kerajaan AS yang percaya satu kumpulan pengganas menjadi dalang serangan terbabit yang meruntuhkan Pusat Dagangan Dunia New York dan merosakkan Pentagon. - Foto Reuters

PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU: Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad memberitahu PBB bahawa sebilangan besar orang percaya kerajaan Amerika Syarikat (AS) bertanggungjawab terhadap serangan 11 September 2001, menyebabkan delegasi AS meninggalkan persidangan sebagai tanda protes.


Dalam ucapannya pada Perhimpunan Agung PBB, Ahmadinejad berkata hanya pegawai kerajaan AS yang percaya satu kumpulan pengganas menjadi dalang serangan terbabit yang meruntuhkan Pusat Dagangan Dunia New York dan merosakkan Pentagon.

Katanya, satu lagi teori ialah "ada pihak dalam kerajaan AS merencanakan serangan itu untuk menaikkan semula ekonomi AS yang merosot dan mengetatkan cengkaman di Asia Barat bagi menyelamatkan rejim Zionis.

“Majoriti rakyat AS serta kebanyakan negara serta ahli politik di seluruh dunia bersetuju dengan pandangan ini," katanya pada perhimpunan 192 negara itu.


Delegasi AS dan beberapa negara Eropah meninggalkan persidangan tidak lama selepas Ahmadinejad membuat kenyataan itu. - REUTERS

sumber : BHARIAN

Share
Tweet
Pin
Share
3 comments

 

image gambar hiasan

Betul tak tajuk aku tu ??  Hehe.. tajuk aku ni disebabkan cerita cerita melayu yang kebelakangan ni aku tengok la dan juga berlaku dipersekitaran aku.. hehe ..

Perempuan di zaman mudanya .. tu diaaaa ..begitu mengoda jiwa .. Dia punya manjaaa , luntur iman di dada .. Tu belum ada yang dok mengesel gesel cam kucing siam dok gesel kat betis kaki berbulu orang utan tu .. haa.. Kalau gesel gitu , aku jamin , ICU time tu gak !!

Adakah semulajadi anak dara 'mengada ngada ' gitu ?? Tapi bila dah meningkat usia , ilang la pulak ??? Adakah di zaman anak dara ni sebenarnya anak dara masih lagi berperangai kebudakan ? Bila kata budak , marah la pulak ???

Hurm.. mungkin tapi bukan dengan semua orang akan mereka mengada ngada kan ? Dengan mak bapak , atuk nenek , sedara mara ... kan ? Ngan bf ?? Jangan cari pasal yer .. Tunggu jadi suami .. baru boleh yer .. Lagi best gitu.. HALAL .. Auwww.. hahaha..

Nak ngada tu boleh la kot .. tapi bertempat la .. jgan dibuat selalu .. Lama lama menyampah gak lelaki .. kecuali lelaki yang dah berumur kot .. Lagi mengada anak dara tu , lagi sejuk hati dia.. hahaha.. suka benar memujuk eh ?

Cuma pada pendapat aku la kan .. Sebelum kawin , lelaki suka la jenis perempuan mengada ni.. pada mulanya .. Bila dah jadi hak milik ?? ... Sila bertanya pada yang berpengelamanan .. hehehe..

Share
Tweet
Pin
Share
5 comments

 

Adus .. ngantuk sbb layan Hindustan semalam .. camana ngan cerita tu ? nanti aku buat entri khas eh ..

Tidur aku jadi tidur tidur ayam jer .. Rasanya sbb mimpi hantu kot .. huhu.. Basuh kaki ?? Jgn kata kaki , dalam telinga pon aku basuh .. Kalau nak mimpi tu , mimpi je la .. nk kata apa dah kan ?

Smlm tu aku ke dapur .. nak gosok gigi dulu .. Terperasan wife aku keluarkan beberapa bijik epal hijau dan letakkan ditepi sink tu.. Terdapat banyak ekor semua merah yang kecik kecik dok melepak kat situ .. Hurm... Takkan epal hijau pun diorng minat ??? Aku basuh untuk melemaskan semut semut berkenaan .. Yang buat aku jadi pelik tu , epal hijau tu licin .. berminyak .. Menurut wife aku , diorg sapukan lilin kat epal tu agar nampak berkilat gitu ?? Hurmm.. tapi aku tak rasa lilin je kot sbb mampu mengundang semut merah ..

Aku harap la kan , pihak jabatan agama pantau juga buah buahan yang dijual di negara kita ni .. apakah bahan yang disapukan pada buahan buahan yang dijual dipasaraya di egara kita ni .. Diorang boleh kata lilin tapi kita tau ke kebenarannya ???

Share
Tweet
Pin
Share
6 comments

Aduh.. siannya.. tak tau la karier dia pasni camana .. Mesti orang takut nak amik dia dah kan ? Hmm... Jadi pelakon je la pasni .. hehe..

Share
Tweet
Pin
Share
4 comments

Aku cukup tak suka dengan kenyataan satu artikal di Hmetro berkaitan dengan satu artis bertudung ni .. Dia kata , bertudung tapi perangai cam jalang .. Lebih kurang gitu la bunyinya ..

Aku petik sedikit tulisannya yer ..

" Tidak tahu nak kata apa lagi, kepada artis wanita ini bawa-bawalah bertaubat atau tanggal sajalah tudung itu jika tidak pandai menjaga maruah diri serta menjaga imej wanita Islam kerana pemakaian tudung bukan untuk dipersendakan. "

Aku cukup pelik kenapa dikaitkan tudung dengan keperibadian seseorang wanita ?? Zaman sekarang ni , tudung salah satu dari cabang fesyen .. Kecualilah dia bertudung dan menutup aurat atas niat kerana Allah .. kerana agama ISLAM mewajibkan wanita menutup aurat ..

Dia menutup aurat .. dia dapat pahala.. dia buat jahat dia dapat dosa .. Dia buka aurat ..dia dapat dosa .. dia buat jahat , dia dapat jugak dosa.. Mudah bukan ?

Kalau benar seseorang wanita itu mengetahui tentang sebenarnya ajaran ISLAM , maka tidak akan wujud kemungkaran pada dirinya ..

Baca dan nilai sendiri ... ermm ..

MELIHAT penampilan artis wanita bertudung ini, takkan mungkin kita percaya ada sisi 'kejalangan' dalam dirinya. Tapi itulah hakikat sebenar dan SS sendiri tergamam apabila teman-temannya sendiri membuat pendedahan aktiviti kurang sihat artis wanita ini.

SS berikan sedikit bayangan mengenai profil artis wanita ini. Tidak begitu popular namun dikenali kerana dia pernah membintangi sebuah program realiti.

Berbalik pada gosip yang SS dengar, artis berperwatakan Islamik ini sebenarnya tidaklah sebaik mana. Iyalah, kalau dia perempuan baik takkan menyelinap masuk rumah lelaki bujang kot! Pergi malam buta balik siang pulak tu.

Curiga teman-teman dan orang sekeliling berganda, apabila mendapat tahu rumah yang dikunjunginya itu didiami lelaki tulen bukan golongan 'adik-adik'.

Lebih dahsyat, dalam masa sama dia ada pasang skandal lain juga dan sering mengunjungi rumah mereka mengikut kemahuan hatinya. Apa yang berlaku di dalam rumah, wallahualam SS tak pasti kerana tidak nampak. Tapi secara logik apabila pasangan lelaki dan wanita bukan muhrim berdua-duaan takkan syaitan tidak berbisik untuk melakukan perkara terkutuk itu. Tidak mungkinlah bersembahyang tahajud bersama kan? Bagaimanapun, teman-temannya mengesyaki dia sudah melakukan sesuatu kerana selain bentuk badan nampak perubahan macam orang sudah berkahwin, mulutnya memang ringan kalau bercerita pasal seks, siap cerita skil-skil lagi.

Bongok! itu sajalah perkataan yang terlintas di fikiran SS buat masa ini. Tidak tahu nak kata apa lagi, kepada artis wanita ini bawa-bawalah bertaubat atau tanggal sajalah tudung itu jika tidak pandai menjaga maruah diri serta menjaga imej wanita Islam kerana pemakaian tudung bukan untuk dipersendakan.

Bertudung bukan sekadar menutup aurat, pemakaian juga harus dijaga. Bahkan pertuturan dan tingkah laku mestilah seiring dengan imej yang dibawakan barulah orang 'respect' kepada wanita yang berpenampilan sebegini.

Kalau mulut asyik bercakap benda tidak baik, pakai baju pun sendat dan menjolok mata tak payah pakai tudung lagi baik.

Sumber : SS

BA: Pernah dengar alasan seorang gadis tak nak pakai tudung sbb berperangai seperti lelaki .. hurm.. Menutup aurat itu wajib bagi wanita dan juga lelaki ...

Share
Tweet
Pin
Share
12 comments

Sbg lelaki , aku terus terang .. mmg tertarik pada wanita cantik .. Sapa tak tertarik kan ? Malah ada perempuan yang tertarik pada wanita cantik.. Cantik tak semestinya seksi dan seksi tak semestinya cantik .. kan ?

Tapi lelaki mmg gitu .. amat mudah tertarik pada kecantikan .. Walau bagaimana pon perempuan kena sedia maklum , bila lelaki suka tu tak semestinya nak .. Lebih pada nak tengok jer .. Sekadar cuci mata .. Tak salah bukan .. Bak kata orang , dari mata sampai ke tengkuk je.. " Wow" ..Cukup.. Jangan sampai ke hati ..

Bila dah sampai ke hati tu selalunya jadi masalah .. Lelaki yang suka cari masalah ni mmg jenis brutal .. Kira berani buat berani tanggung .. Tak kisah apa apa dah , janji kemahuannya tercapai.. Kalau dia dah berkenan dengan perempuan tu , tak kira dia dahberisteri atau pon perempuan tu dah berlaki , segalanya ditolak tepi.. Biar nafsu menjadi raja.. Kelak terduduk baru nak garu kepala. Akhirat ?? Hurm..

Perempuan atau lelaki.. cantik dan kacak .. tak kekal mana pon .. cuba tengok Azhar Sulaiman .. Eizlan Yusof .. ramai lagi hero hero lama .. mana pergi kacak diorg ? Makin gugur rambut lagi ada la.. Sama gak perempuan .. Mana pergi cutting body ala ala supermodel ?? Terpaksa makan itu ini untuk mendapatkan badan seperti dulu tapi sayangnya .. Yang lepas takkan kembali.. Yang boleh muda cuma hati dan nafsu jer .. Badan makin lama makin kembali ke pemilikNYA ..

Entahlah .. kalau kata aku tak tertarik pada perempuan cantik tu , tipu la .. tapi bila dipikir pikir semula .. Untuk apa ??? Sampai bila ?? Aku mati nanti pon , diorng pasti cari lain .. kecik sangat la jumlahnya jika membujang sampai ke tua .. hehe ..

Sama gak perempuan .. cuma kadang kadang ayat lelaki ni boleh buat perempuan tinggal segalanya untuk menurut kata nafsu .. Besar bilangannya .. Lelaki , masalahnya ada 4 kuota .. Bab ni mmg lelaki akan gunakan kelebihan tu.. Samada mampu atau tidak , majoriti lelaki akan menolak ketepi bahagian tu .. asalkan dapat !

Entahlah .. mmg besar dugaan Allah pada lelaki .. Kelemahan lelaki hanyalah wanita .. Bukan $$ ... Kalau $$ pon , adalah semata mata untuk pikat atau puaskan wanita ... haih...

Pi mai pi mai ... ke kubur gak.. samada bernesan atau tidak jer .. Wallahua'lam..

Share
Tweet
Pin
Share
6 comments

 

image

Hehe.. lama tak layan citer Hindustan .. haha.. Asyik layan cerita omputih ngan melayu jer.. korea pon lama dah tak tengok..

Jadi malam ni nak berjimba dengan wife.. layan hindustan lak... Aku pasti aku akan tengok sorang sorang selepas setengah jam cerita ni dipasang ! Dah biasa dah !!!

Share
Tweet
Pin
Share
16 comments

 

Aku tak sangka.. aku ingatkan segalanya dah berakhir.. namun , segalanya berubah.. berubah dengan tiba-tiba..

Aku cuba mengenepikan perasaan aku ini pada dia tapi entah , aku tak mampu... Secara tiba-tiba , dia datang kembali .. kali ini berbaju kurung kuning raja.. Sungguh anggun sekali .. dibawanya cenderahati yang amat amat aku nak ..

Walaupun aku dah ada ..tetapi aku tak boleh mengelakkannya dari memadukannya .. Haih.. kena la terima hakikat .. sesungguhnya aku telah jatuh cinta sekali lagi .. dan berkali kali lagi..

Biarlah mereka nak kata apa pon .. Namun aku tetap sayangkan dikau wahai BUFFERED ... Bawaklah semua rakan rakan kau.. nanti aku belanja aiskim magnolia satu eh ...

Kalau benar ini BE .. terima kasih ye NUFF.. I love u laaahh.. hahahaha

image

Share
Tweet
Pin
Share
4 comments

Bayar PTPTN melalui potongan gaji dijangka bermula 2013

SINTOK: Bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) melalui pemotongan gaji dijangka hanya dapat dilaksanakan pada 2013.

Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata ini kerana pelbagai kajian serta rundingan perlu dilakukan demi kepentingan semua pihak sebelum ia dapat dilaksana.

"Apa yang disiarkan media mengenai pemotongan gaji bermula Jun 2011 adalah salah kerana pada tarikh itu kita jangka rundingan mengenainya baru selesai.

"Selepas rundingan itu selesai pertengahan tahun depan, kita kena bentang pada Kabinet dan pinda undang-undang bertepatan sebelum melaksanakannya," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata walaupun pada dasarnya kerajaan bersetuju dengan kaedah mewajibkan bayaran balik pinjaman itu secara potongan gaji melalui Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), namun masa yang sebenarnya belum ditetapkan.

sumber : Hmetro

Share
Tweet
Pin
Share
2 comments

 

SENTUHAN pengarah antarabangsa, M Night Shyamalan terhadap filem genre thriller sering menangkap minat ramai penonton.

Filem lalu seperti The Sixth Sense (1999) dan Unbreakable (2000) antara karya terbaik yang melonjak namanya di pentas Hollywood.

Bagi peminat filem genre sebegini, Shyamalan kembali dengan filem baru, Devil, mengangkat kisah lima individu terperangkap dalam lif. Memberi klimaks, keadaan menjadi panik apabila lampu terpadam hingga antara mereka menjadi mangsa bunuh secara tiba-tiba.

image

Menampilkan gandingan pelakon hebat seperti Geoffrey Arend, Bojana Novakovic, Bokeem Woodbine, Jenny O'Hara dan Logan Marshall-Green, Shyamalan berusaha membawa tarikan baru pada penyampaian plot yang dianggap klise pada genre sama yang pernah ditayangkan sebelum ini.

Jika dilihat pada kritikan yang diterima, filem arahan John Erick Dowdle ini masih mampu memberi kejutan pada penonton. Malah, ketakutan pada penonton dirasai apabila wujudnya pembunuhan dan siasatan mempercayai ada unsur syaitan yang mengganggu.

Melalui filem baru naskhah ke-11 yang ditulis Shyamalan berkata, idea menghasilkan filem ini hadir ketika mencari idea filem yang lalu. Lalu, apabila ada idea berbeza, dia berhasrat mengarah filem baru.

"Idea menghasilkan filem baru secara berkumpulan dan belajar daripada pengalaman orang lain memberikan pengalaman menarik yang dikongsi antara produser filem.

"Ada ketika, tiga idea hadir serentak tetapi ia tidak semestinya diterbitkan dalam versi trilogi. Ia mungkin boleh menjadi kisah bersiri pada masa akan datang.

"Seperti filem ini, ia suatu yang normal dikaitkan dengan elemen luar biasa atau ghaib. Kali ini, saya bekerjasama dengan Dowdle yang memberikan hasil cukup mengagumkan.

"Dalam menghasilkan filem ini, idea saya tidak hanya bergantung pada lif untuk menarik perhatian penonton. Saya tertarik dengan elemen fobia yang berlaku apabila kita berasa takut di sesuatu tempat.

"Menariknya, ketakutan bukan daripada individu itu tetapi tempat yang menjadikan suasana menjadi seram. Ketika penggambaran, memang banyak masa digunakan untuk pelakon berada di dalam lif.

sumber : HMETRO

Share
Tweet
Pin
Share
1 comments

 

Aku tak ingat ari apa tapi aku terlupa nak jadikan entri walaupun dah set dalam kepala aku ..

Berlaku dalam LRT sewaktu pulang dari pejabat .. Aku terdengar satu perbualan dalam bahasa Inggeris .. Fasihnya dia ! Dari cara pemakaiannya tak menunjukkan dia seperti boleh bertutur dalam Bahasa Inggeris.. Kagum aku.. Tapi aku rasa mungkin dia bukan orang Malaysia ...

Dia bertanyakan sesuatu pada orang yang berdiri berhampiran dengannya yang kebetulan sebangsa dengannya .. Mereka berbalas dalam bahasa Inggeris .. Yang pastinya si makcik ni nak ke Stsn Sri Petaling namun tak tau nak turun kat mana ..

Maka budak ni pon bagitau bagaimana dan dan di mana .. Hurm.. padahal atas kepala dia ada pelan stesen .. Tak kisah la .. Dia tak perasan la kot ..

Bila sampai satu stesen , budak ni dan geng geng dia turun.. Masuk dua akak ni .. Si makcik ni masih dok kalut macam tu gak.. Seperti tak puas hati  dengan penjelasan budak tadi..

Ditanya lagi soalan yang sama pada dua akak ni dalam bahasa Malaysia ! Tu diaa.. boleh rupanya cakap Bahasa Malaysia yakni bahasa rasmi negara kita .. hehe..

Tapi sayangnya , bahasa Malaysia dia tunggang langgang .. Tak sebagus bahasa Inggeris dia .. Haih ... Camana ni ? Nak sama rata dalam segala segi tapi bila bab negara ?? Hurm..

Maaf la yer .. aku bukan anti sapa sapa .. bukan prejudis .. Bagi aku , tak kira apa jua kaum dan bangsa  di negara ini , selagi mereka memegang MYKAD .. mereka adalah 1MALAYSIA.. Tapi sayang .. bahagian paling asas  sekali , dah gagal ..

Walaupun bukan semua tapi jumlahnya masih tinggi .. tak caya ?? G la borak sendiri .. Gunakan kedua dua bahasa ... English dan Bahasa Malaysia .. Lihatlah perbezaannya ..

Cerita lain ; Masih ada tak hormat bahasa kebangsaan

Share
Tweet
Pin
Share
7 comments

 

Asyik tunggu buat silap je kan ? Kalau kawan kawan diorng buat salah kat negara kita ni , tak nak pulak pakat suruh kawan kawan diorang tu balik ? Nape diamkan je ? Tu yang masuk ikut pintu belakang tu , napa tak dilarang aja ?

Kot nak marah pon , jangan dibakar rumah .. Bagi je la orang atasan buat kerja .. Kitorang pon tau gak hangin tapi memandangkan dah berjiran .. takkan nak bergaduh kan ? Masih ingat serumpun dan seagama .. Bergaduh pon nak dapat apa ?? Sapa rugi ? Sapa yang gelak terkekek kekek ???

Kehadiran orang orang kita ke sana pon sebenarnya membantu menjanakan ekonomi di sana .. Kalau tak suka sekali pon , tak perlu nak halau .. Kami di sini pon tak pernah menghalau sapa sapa keluar dari 'rumah' kami ..

Sapa ek yang hulurkan bantuan sekiranya berlaku bencana di sana yer ? Kami di sini masih berhati perut.. Yang tak berhati perut ni terlalu kecil sangat jumlahnya .. Jenis ni mmg ada di mana mana serata dunia .. Jangan babitkan org yang tak bersalah ..

Kalau benar ada 'orang dalam rumah' terlibat dalam huru hara ni , haih... aku tak tau laa... mmg pengkhianat !! Dasar pengkhianat ! Nak tengok rumah sendiri tunggang langgang ker .. pastu nak buat apa ??? Nak jadi ketua rumah ? Bengong ... rumah kata pergi , kubur kata mari ... ingat ingat akhirat ! Kuasa dunia tak jamin kehidupan abadi laa !!

Share
Tweet
Pin
Share
6 comments

 

Tahniaaaaaaaaaahhhhhhhhhhhh ... Baru layak dapat DATUK !!! Menjulang nama negara di puncak dunia !! TAHNIAH DATUK NICOL DAVID !!

Nicol David dakap trofi kelima Terbuka Dunia

SHARM EL SHEIKH (Mesir): Pemain skuash utama Malaysia, Datuk Nicol David merangkul kejuaraan skuash Terbuka Dunia untuk kali kelima, sekali gus menyamai rekod pemain Australia, Sarah Fitz-Gerald apabila menundukkan pemain Mesir Omneya Abdel Kawy pada perlawanan final, awal pagi tadi.

image
Nicol mudah menumpaskan pemain tuan rumah, 11-5, 11-8 11-6. Pemain berusia 27 tahun itu hanya mengambil masa setengah jam untuk merakam kejayaan manis itu. Dia akan ke New Delhi, India pula untuk bersaingan pada Sukan Komanwel. - AFP

 

Sekali lagi .. TAHNIAH .. ANDA MMG LAYAK DIGELAR LAGENDA !!

Share
Tweet
Pin
Share
3 comments

 

Tulah dia.. kalau tak kuat ? Tak jantan la yer ? Maka layak la carik lain eh ?? Disebabkan nak jadi kuat n jantan la ramai lelaki mati awal disebabkan penyakit yang bukan bukan .. Nak salahkan sapa ? Lelaki tu gak sebenarnya.. Nak nampak gagah di ranjang .. Takut isterinya cari lain .. Tapi bila dah gagah , tak cukup pulak sorang .. G la makan luar .. Camana tu ?

Maka wujudlah pelbagai jenis ubat ubatan bagi membantu lelaki menjadi 'harimau jadian' di atas katil .. Bab tu nak aja nampak garang .. Bab lain ??? Layu di tasik madu.. Aparaa... Mau seimbang dunia dan akhirat la bang oii ..

Ops.. aku lupa.. bebel tanpa bagi salam.. Ceritanya bermula begini :

DBKL diminta pantau iklan produk seks guna gambar, ayat berbaur lucah

KUALA LUMPUR: Tidak makan saman. Itulah yang berlaku apabila segala jenis ubat kuat dipercayai untuk meningkatkan tenaga batin lelaki ditawarkan menerusi iklan yang ditampal di dinding bangunan, tiang lampu jalan, tiang elektrik, telefon, lampu isyarat dan pondok telefon awam di sekitar bandar raya ini.


Malah, iklan yang ditampal secara haram itu turut menggunakan gambar dan ayat yang mengelirukan seperti ‘gambar pisang besar dengan iklan ubat kuat’, lelaki, I love banana’, ‘gambar harimau ganas dengan iklan krim lelaki’, “spring return, ubat kuat lelaki’, belum cuba belum tahu’, atau ‘ubat kuat lelaki, buktikan kejantanan anda!’. Promosi iklan terbabit yang cuba meyakinkan pengguna dengan mendakwa produk itu mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan, Pusat Racun Negara, Amalan Pengilangan Baik (GMP), Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan dan Halal. Tinjauan Sentral yang meninjau di sekitar bandar ini mendapati pelbagai iklan ubat kuat tenaga batin lelaki terbabit turut berbaur lucah dipercayai bagi menarik perhatian pelanggan.


Wakil Sentral cuba menghubungi nombor telefon yang tertera di ikan terbabit dan mendapati ada nada dering, tetapi talian tidak dijawab.
Bagaimanapun, selepas lima minit menghubungi talian berkenaan, pihak ejen iklan terbabit menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) dipercayai untuk mempromosi produk.


Kandungan SMS terbabit antaranya ialah ‘gel tahan lama, lambatkan pancutan yang ditawarkan dengan harga RM50, krim tambah keras, kasar, tegang (RM80) dan soya kuatkan tenaga batin (RM60).
SMS terbabit turut menyatakan penghantaran bekalan akan dibuat secara percuma terutama di sekitar Lembah Klang, malah hanya boleh didapati di empat farmasi terpilih di Shah Alam, Klang, Subang Jaya dan Petaling Jayar.


Lebih mengejutkan, kunjungan ke farmasi terpilih yang menjual produk terbabit mendapati setiap ubat kuat lelaki yang dipromosi dipamerkan di rak secara terbuka, malah petugas farmasi yang ada tidak segan silu mengajar cara penggunaannya.


Selain kesahihan maklumat kelulusan dari Kementerian Kesihatan, persoalan timbul apabila nama promosi iklan yang meragukan kerana berbeza dengan nama produk yang dijual serta mengapa hanya empat farmasi tertentu saja yang menjualnya.


Kebanyakan orang awam yang ditemui melahirkan rasa kesal dan menyifatkan golongan itu hanya mengaut keuntungan tanpa memikirkan kesan perbuatan mereka terhadap pemikiran golongan muda terutama pelajar sekolah.


Nadhirah Abdul Karim, 23, mendakwa poster yang ditampal tanpa menjaga sensitiviti orang ramai amat memalukan kerana tidak sesuai dengan budaya masyarakat negara ini.


“Ia tidak sesuai dengan ciri orang timur yang tidak membicarakannya secara terbuka, namun jika kanak-kanak mula bertanya apakah maksud ubat kuat lelaki kerana membaca iklan produk ini di tepi jalan, mungkin kita perlu fikirkan soal lambakan ubat perangsang seks lelaki di pasaran.


“Saya tinggal di Sungai Buloh dan bekerja di Damansara... tetapi iklan yang sama masih nampak dipromosi sewenang-wenangnya mahupun di sekitar rumah dan perjalanan menuju ke tempat kerja, masalah ini seperti sudah menjadi perkara biasa untuk ditonton.
“Bukan tiada adik kecil yang bertanya mengenai iklan berbaur lucah terbabit apabila mengaitkan pisang, harimau, spring dengan ubat kuat tenaga batin bagi lelaki... jika difikirkan bagaimana mahu memberikan jawapan mengelakkan impak negatif kepada kanak-kanak bawah umur ini,” katanya.


Pendapat itu disokong penjawat swasta, Shamsul Hazhar Shahidan, 25, berkata seharusnya penguat kuasa pihak berkuasa tempatan (PBT) terutama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengambil tindakan tegas atau mempunyai skuad khas memantau kegiatan penampal iklan haram terbabit bagi mengelakkan masalah berterusan.
“Sukar menjawab mengenai lambakan produk perangsang seks seumpama yang ada ini, saya yakin ada pelanggan yang terpengaruh untuk membelinya kerana ingin mencuba walaupun dikhuatiri memberi kesan sampingan.


“Seharusnya pengguna perlu bijak memilih dengan menyemak senarai ubat kawalan mahupun ubat kuat lelaki seperti ini pada laman web Kementerian Kesihatan bagi membuktikan kesahihan kelulusannya bagi mengelak terperangkap dengan produk palsu yang dipromosi,” katanya.


Sementara itu, jurucakap Kementerian Kesihatan memaklumkan, ubat kuat lelaki seperti krim atau minuman yang tidak didaftarkan dengan kementerian dikhuatiri memberikan kesan sampingan kepada pengguna.


“Orang ramai perlu berhati-hati dengan produk yang diragui ini kerana ada kes pengguna yang menjadi mangsa produk yang bercampur racun berjadual yang boleh memberi kesan berbahaya termasuk kegagalan fungsi pada alat sulit, serangan jantung, angan ahmar, pendarahan otak dan kehilangan daya penglihatan serta pendengaran.

sumber : Bharian

Share
Tweet
Pin
Share
2 comments

 

Huh .. jika benar , aku tak rasa hukuman mati memadai... Tak tau nak bagi hukuman jika benar mereka semua bersalah ! Terlalu kejam !! Spesis Yahudi !!!! Geram betul ...

Polis menyiasat kemungkinan Sosilawati juga dirogol

KUALA LUMPUR: Lapan suspek lelaki yang disyaki terbabit dalam pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan kes kehilangan ahli perniagaan India, termasuk dua beradik peguam diambil sampel darah dan air mani bagi ujian Asid Deoksiribonukleik (DNA) di Hospital Kuala Lumpur (HKL), semalam.


Difahamkan, sampel air mani diambil bagi menyiasat maklumat baru kemungkinan salah seorang mangsa turut dirogol. Dalam pada itu, Peguam Negara mengembalikan semula kertas siasatan kes pembunuhan berkenaan kepada polis kerana berpendapat siasatan lanjut perlu dijalankan. Ketua Bahagian Pendakwaan Jabatan Peguam Negara, Datuk Tun Abd Majid Tun Hamzah, berkata Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail sudah memberi beberapa arahan baru untuk disiasat polis.


Peguam Negara juga meminta polis menyiasat lanjut kes-kes lain yang mempunyai kaitan dengan suspek yang ditangkap (berhubung pembunuhan Sosilawati dan tiga rakannya).


Polis menyerahkan kertas siasatan mereka kepada Jabatan Peguam Negara pada 21 September lalu, dan Peguam Negara mendapati ada banyak lagi perlu dibuat siasatan lanjut. Kertas siasatan itu dikembalikan kepada polis pada hari sama, katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di Putrajaya, semalam.


Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin mengesahkan sudah menerima kembali kertas siasatan awal itu daripada Jabatan Peguam Negara dan menyifatkannya sebagai prosedur biasa bagi memperkukuhkan siasatan kes.


Sementara itu, difahamkan pengambilan sampel semua suspek itu adalah yang kedua selepas kali pertama, minggu lalu berikutan ada penemuan beberapa petunjuk baru dalam siasatan kes berkenaan.
Sumber memberitahu Berita Harian, proses itu sebahagian daripada prosedur standard operasi Polis Diraja Malaysia (PDRM), khusus untuk memperlengkapkan kertas siasatan kes berkenaan bagi tujuan pendakwaan di mahkamah.


Polis menemui beberapa bukti dan maklumat baru sepanjang proses siasatan, di mana penemuan itu memerlukan pengambilan sampel darah dan air mani suspek. Ini bertujuan melengkapkan kertas siasatan seperti diarahkan Peguam Negara, katanya.


Kelapan-lapan suspek lelaki terbabit, iaitu enam berkaitan kes pembunuhan Sosilawati dan dua lagi berhubung kehilangan ahli perniagaan India, Muthuraja Allal Kanthan tiba di Jabatan Patologi HKL kira-kira jam 3 petang, menaiki empat kenderaan berasingan dengan kawalan ketat pasukan khas yang mengendalikan kes itu.


Proses ini berlangsung selama dua jam sebelum suspek dihantar semula ke Pusat Tahanan Sementara di Bukit Jalil kira-kira jam 5 petang, katanya.


Sosilawati, 47, yang juga pengasas produk kecantikan, Nouvelle Visages, dibunuh kejam bersama pemandunya, Kamaruddin Shansuddin, 44; peguamnya, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dan perunding kewangannya, Noorhisham Mohammad, 38, di sebuah ladang persendirian di Morib, Banting pada 30 Ogos lalu.


Semua mangsa dilaporkan diikat, dipukul dan ditikam sampai mati sebelum mayat dibakar serta abu mereka dibuang ke beberapa sungai berhampiran.


Berikutan itu, polis menahan lapan suspek berusia 19 hingga 41 tahun, termasuk dua wanita bagi membantu siasatan kes berkenaan.
Turut ditahan dua suspek lelaki berusia 30 dan 34 tahun berhubung siasatan kes kehilangan saudagar batu permata, Muthuraja, 34, dari Chennai, India pada 18 Januari lalu, yang dipercayai turut mempunyai kaitan dengan kes Sosilawati.

sumber : BHARIAN

Share
Tweet
Pin
Share
3 comments

Picture 002

Berpeluh ! Haih... Dalam Erl , ok memula .. bila masuk bahagian LRT lak , haih .. mmg malang nasib ku ini .. Inilah nasib kuuu .. la la la ( ala ala NICO ) ..

Nasib baik kot pilot LRT tu sedar .. tak lama kemudian baru dia pasang aircond .. kalau tak ??? Berbaju melayu hapak aku .. huhuh.. tak leh blah gini ..

Seperti biasa .. tanpa songkok dan sampin .. letak dalam beg.. kang pakai lengkap , orang usha.. tadi pon orang usha.. lebih lebih lagi ..ehem.. tak leh cita lebih .. malam ni malam jumaat , nanti aku kena tidur kat luar lak .. huhuh..

Suasana kat opis ? Hurm .. ari ni ada meeting jawatankuasa bersama agensi agensi terlibat .. lepas baru buat majlis .. dijangka bermula jam 12.30 tghari .. sampai abis makanan.. ok ? Kalau nak datang , datang la.. buat muka tak malu je.. sebab ni Open House berjemput. hehe.. nak wat camana.. bujet ciput... hahaha...

Aku yang cuma mengikut arahan .. lalalala ...

Share
Tweet
Pin
Share
8 comments

Yang sepatutnya ( seperti dibawah )

image

Untuk lebih lanjut ... sila layari di sini

Panduan untuk aku , isteri , ahli keluarga , saudara mara dan juga sahabat sahabat yang aku sayangi ...

Share
Tweet
Pin
Share
7 comments

 

image

Seperti yang korang nampak , keratan ni aku amik dari majalah DIGITAL CAMERA WORLD edisi OKTOBER 2010 ( terima kasih pada Syoknya Download ) ..

Jenis yang di buat perbandingan ialah CANON EOS 60D , NIKON D3100 ,SONY ALPHA SLT-A55 dan SONY A580 .. Pada yang nak beli tu , boleh la mengushanya yer .. hehee...

image

image

Klik gambar tu untuk paparan lebih jelas yer..

Share
Tweet
Pin
Share
5 comments

image

Tak tau tak tau .. nak tau ??? G tengok sendiri yer... sini

Share
Tweet
Pin
Share
3 comments

 

Satu siri yang aku minat dulu .. hahaha .. kembali jugak akhirnyaa... V .. Aku ingat lagi satu watak perempuan yang menakutkan aku.. haha.. Tak silap aku nama dia DIANA yang suka makan cicak.. Erk.. Yearkhh .. haha.. Tahun 80'an tuuu .. aku dok sekolah rendah lagi .. hehe..

image

Cerita 'V' ni antara cerita sci-fi yang pertama aku tengok .. Pastu ada STAR TREK , STAR WARS , AUTOMEN , BATTLE START OF GALACTICA dan banyak lagi ..

Berbalik cerita 'V' ni , akan mula ditayangkan di TV3 tak lama lagi .. Kalau kat internet ni , aku pasti banyak dah ada link untuk download..

Nak download ke atau nak tunggu kat tv je ek ??? Hurmm

Share
Tweet
Pin
Share
6 comments

 

Adoi .. ni mesti kes nak cepat siap .. pastu mesti ada yang tak kena ni .. haaa .. $$$ .. hehehe .. tak leh cakap lebih.. nanti kerajaan India saman aku ..

Apa pun aku harap kerajaan memandang berat segala yang berlaku ..Jangan dok kalut kejar pingat , nanti ada pulak yang terkorban.. Rasanya keselamatan tempat berlangsungnya Sukan Komenwal tidak dapat dijamin, ada baiknya berfikir semula menghantar kontigen negara ke sana ..

Apa pun aku berharap atlet yang pergi ke sana nanti , berhati hatilah .. bukan sekadar stadium saja , militan pon dok tunggu masa je tu nak buat kacau .. Aku harap takde apa apa la .. kan ?

Semoga berjaya Malaysia !

Share
Tweet
Pin
Share
2 comments

Aku g klinik tadi .. tapi doktor mengesahkan tekanan darah aku normal .. Normal la doktor.. abis semua air rebusan saya minum .. hehe.. tu pon termasuk ubat.. tapi ubat tu semalam.. seminggu sekali je makan ubat .. hehe..

Pastu aku pon keluar ler setelah doktor membebel suruh aku makan ubat .. kalau tak , otak n buah pinggang boleh rosak .. Erk.. Ye doktor, nanti saya makan.. Nanti tu tak tau la bila la kan ? hehe..

Pastu kan..duduk la kat kerusi tu.. Pastu kan .. adeh.. boring tak baca entri gini ??? Jangan buat yer .. hahaha..

Settle ngan doktor, maka tunggu ubat lak.. Tak sempat aku kentut , pembantu klinik panggil aku dah .. Aku pon g je la kan .. dah dia panggil.. takkan orang lain nak g pulak ??

Dia tanya aku.. nak MC tak ? Ada mintak ngan doktor ?? Ek ele.. mesti la nak ..sapa tak nak kan ?? hahahha .. Aku jawab.. Terlupa ... Ala.. segan nak mintak kat doktor.. hahaha .. Boleh ?

Pastu dia tanya aku .. ni EN. XXXXXXX BIN ke BINTI ?? Aisey... aku berdiri depan dia ni .. terang terang bermisai dan berjanggut .. Takkan BINTI kot ??

Er.. BIN .. Kalau nak tulis BINTI pon ok jer... Aiman tak kisah .. takut orang opis je kisah .. hahahaa... Adoii.. camana la leh keje kat situ ?? Kang ada gak salah bagi ubat ...

Harga kat situ .. ok ... murah la gak .. Doktor dia baik walaupun aku dibebel... bebel cara berhemah kata orang .. hehe... Sila la singgah klinik kat Precint xxxxx , Putrajaya tu.. hahaha... promote ni doktor.. lain kali kasi ubat free yer .. hehe..

Sori.. terlebey dos.. hahahaa...

Share
Tweet
Pin
Share
15 comments

 

Sultan Kelantan, Tuanku Muhammad Faris Petra berkenan menggunakan gelaran Sultan Muhammad Ke-V berkuat kuasa hari ini.

image

sumber : Bharian 

Share
Tweet
Pin
Share
2 comments

 

Namanya : Andrew Russell Garfield

Amacam ? Hensem ? Kenal tak dia ???

image

image

Dilahirkan pada 20hb Ogos 1983 .. Muda lagi ni.. Berdarah American - British ..

Antara filem filem lakonan dia ialah

Tahun Filem Watak Nota
2007 Lions for Lambs Todd  
  Boy A Jack British Academy Television Award for Best Actor
2008 The Other Boleyn Girl
Francis Weston

Francis Weston


2009 The Imaginarium of Doctor Parnassus Anton  
2010 Never Let Me Go
Tommy post-production
  The Social Network
Eduardo Saverin
  post-production
  I'm Here Sheldon short film
2012 Untitled Spider-Man Reboot
Spider-Man / Peter Parker  

Sumber : wikipedia

 

LOS ANGELES 21 Sept. - Andrew Garfield yang baru-baru ini dipilih untuk memegang watak utama dalam filem francais terbaru Spider-Man 4 berkata, komen-komen di dalam talian terhadapnya masih lagi kasar.

Pelakon Britain berusia 27 tahun ini memutuskan untuk mencari komen-komen di dalam talian berkenaan dirinya melalui Google selepas pengumuman pemilihannya itu.

"Terdapat juga ramai orang yang baik dan memberi komen-komen yang elok tetapi saya mendapati ada seorang yang menyatakan bahawa kening saya kelihatan besar serta perlu dicukur.

"Dia juga menyatakan bahawa saya kelihatan seperti orang Belanda yang pelik. Namun saya tidak akan mencukur kening saya," katanya kepada akhbar USA Today.

Garfield turut mendedahkan dia sangat merindui makanan Britain setelah lama meninggalkan tanah airnya itu.

Dia bagaimanapun telah menemui satu bar burger menarik di Los Angeles bagi mengubat kerinduannya itu.

Garfield dipilih menggantikan Tobey Maguire untuk memegang watak Spider-Man selepas bintang Hollywood itu memutuskan tidak mahu memegang watak itu lagi. - Agensi

Sumber : Utusan

Share
Tweet
Pin
Share
14 comments

 

Yeker ? Lembu rogol ke anak dia ? Kambing pon ke ?? Rogol tu tak la kot.. mungkin suka sama suka .. hehe .. Sori yer Tuan Hakim .. bukan nak menghina .. tapi kadang kadang dipersamakan dengan binatang tu kena tengok gak binatang apa .. bukan semua binatang main sauk anak mereka  ... kena bukak canel National Geographic di ASTRO ni .. hehe.. guwau Tuan Hakim .. jgn marah yer .. penjawat awam kena keterbukaan fikiran , kan kan ? (link)

Tapi saya sokong Tuan Hakim penjarakan si .. hurm.. nak gelar apa ek ?? Tak pe la .. sapa la aku nk gelarkan orang ni macam tu macam ni .. aku sendiri pon bukan baik sangat kan ?? hehe .. maka si perogol tu .. haa..sebab dia merogol kan ?? Penjarakan jeee .. ops..bukan sekadar penjara yer... 20 sebatan .. setahun sekali ke sebat ?? Fuh.. insaf... Pada mereka yang bercadang nak buat perbuatan terkutuk ni , diharap fikir sekali je.. di dunia mungkin terlepas.. Akhirat ??? Hehe.. sanggupkah ? (link)

Share
Tweet
Pin
Share
3 comments

 

image Item:  Deep-Nourishing Body Lotion

Scent:  Cocoa Butter

Price:  RM40.00

image

Item:  Ultra-Moisturizing Hand & Body Cream 200 ml

Scent:  Amber Romance Midnight

{Forbidden Nectar & Sensual Musk}

Price:  RM38.00

 

image

Item:  Ultra-Moisturizing Hand & Body Cream 200 ml

Scent:  Pure Seduction Midnight

{Tempting Berry & Sultry Woods}

Price:  RM38.00

 

dan banyak lagi di ... sini

Share
Tweet
Pin
Share
No comments

 

Heheh.. jgn mimpi ? Mana tau ...  ada blogger yang ada title DATUK gak kan ? hahaha .. aku guwau jer ..

Tapikan .. berkaitan dengan satu bakal DATUK muda ni la kan .. aku harap la , kes dia dengan bekas isteri tu , kasi settle cepat la ek.. takkan nak berkira kot ? Anak anak sendiri tuuu .. kata jutawan ?? hehehe.. takat 10 ribu sebulan .. apa la sangat kan ? Darah daging sendiri tuuu ..

Aku malas nak cerita pasal tu .. Tu rezeki dia la kan.. Cuma kat Malaysia ni , makin hari makin pelik .. makin ganas .. makin timbul macam macam isu .. hilang dah 'keanggunan' MALAYSIA  ..

Rakyat makin dok mengeleng kepala .. macam macam isu timbul .. dari atas sampai ke bawah , penuh dengan cerita cerita mengejutkan ..

Persoalannya .. kita ni nak hormat sapa sebenarnya ? Yang patut dihormat tu dok membelit leher .. haih.... Sendiri mau pikiaq la kan ..

Share
Tweet
Pin
Share
5 comments
Newer Posts
Older Posts

Blog Stats

Blog Archive

  • ▼  2026 (8)
    • ▼  Mac 2026 (2)
      • Antara briskwalk dan angkat beban !
      • Raya macam dulu dulu di Pusat Pakaian Hari Hari 2026
    • ►  Februari 2026 (3)
    • ►  Januari 2026 (3)
  • ►  2025 (63)
    • ►  Disember 2025 (4)
    • ►  November 2025 (2)
    • ►  Oktober 2025 (2)
    • ►  September 2025 (5)
    • ►  Ogos 2025 (3)
    • ►  Julai 2025 (6)
    • ►  Jun 2025 (4)
    • ►  Mei 2025 (5)
    • ►  April 2025 (5)
    • ►  Mac 2025 (8)
    • ►  Februari 2025 (10)
    • ►  Januari 2025 (9)
  • ►  2024 (170)
    • ►  Disember 2024 (9)
    • ►  November 2024 (11)
    • ►  Oktober 2024 (13)
    • ►  September 2024 (10)
    • ►  Ogos 2024 (15)
    • ►  Julai 2024 (20)
    • ►  Jun 2024 (16)
    • ►  Mei 2024 (22)
    • ►  April 2024 (16)
    • ►  Mac 2024 (14)
    • ►  Februari 2024 (10)
    • ►  Januari 2024 (14)
  • ►  2023 (171)
    • ►  Disember 2023 (12)
    • ►  November 2023 (14)
    • ►  Oktober 2023 (16)
    • ►  September 2023 (13)
    • ►  Ogos 2023 (16)
    • ►  Julai 2023 (14)
    • ►  Jun 2023 (17)
    • ►  Mei 2023 (14)
    • ►  April 2023 (10)
    • ►  Mac 2023 (18)
    • ►  Februari 2023 (13)
    • ►  Januari 2023 (14)
  • ►  2022 (182)
    • ►  Disember 2022 (22)
    • ►  November 2022 (9)
    • ►  Oktober 2022 (12)
    • ►  September 2022 (9)
    • ►  Ogos 2022 (11)
    • ►  Julai 2022 (10)
    • ►  Jun 2022 (10)
    • ►  Mei 2022 (13)
    • ►  April 2022 (14)
    • ►  Mac 2022 (21)
    • ►  Februari 2022 (21)
    • ►  Januari 2022 (30)
  • ►  2021 (389)
    • ►  Disember 2021 (26)
    • ►  November 2021 (23)
    • ►  Oktober 2021 (23)
    • ►  September 2021 (26)
    • ►  Ogos 2021 (26)
    • ►  Julai 2021 (29)
    • ►  Jun 2021 (27)
    • ►  Mei 2021 (30)
    • ►  April 2021 (36)
    • ►  Mac 2021 (56)
    • ►  Februari 2021 (42)
    • ►  Januari 2021 (45)
  • ►  2020 (329)
    • ►  Disember 2020 (39)
    • ►  November 2020 (36)
    • ►  Oktober 2020 (28)
    • ►  September 2020 (29)
    • ►  Ogos 2020 (36)
    • ►  Julai 2020 (24)
    • ►  Jun 2020 (30)
    • ►  Mei 2020 (28)
    • ►  April 2020 (23)
    • ►  Mac 2020 (23)
    • ►  Februari 2020 (18)
    • ►  Januari 2020 (15)
  • ►  2019 (407)
    • ►  Disember 2019 (22)
    • ►  November 2019 (30)
    • ►  Oktober 2019 (44)
    • ►  September 2019 (34)
    • ►  Ogos 2019 (48)
    • ►  Julai 2019 (27)
    • ►  Jun 2019 (30)
    • ►  Mei 2019 (42)
    • ►  April 2019 (37)
    • ►  Mac 2019 (43)
    • ►  Februari 2019 (25)
    • ►  Januari 2019 (25)
  • ►  2018 (420)
    • ►  Disember 2018 (24)
    • ►  November 2018 (32)
    • ►  Oktober 2018 (32)
    • ►  September 2018 (36)
    • ►  Ogos 2018 (29)
    • ►  Julai 2018 (30)
    • ►  Jun 2018 (38)
    • ►  Mei 2018 (38)
    • ►  April 2018 (46)
    • ►  Mac 2018 (36)
    • ►  Februari 2018 (33)
    • ►  Januari 2018 (46)
  • ►  2017 (648)
    • ►  Disember 2017 (47)
    • ►  November 2017 (44)
    • ►  Oktober 2017 (49)
    • ►  September 2017 (51)
    • ►  Ogos 2017 (56)
    • ►  Julai 2017 (46)
    • ►  Jun 2017 (47)
    • ►  Mei 2017 (58)
    • ►  April 2017 (75)
    • ►  Mac 2017 (80)
    • ►  Februari 2017 (49)
    • ►  Januari 2017 (46)
  • ►  2016 (788)
    • ►  Disember 2016 (57)
    • ►  November 2016 (65)
    • ►  Oktober 2016 (77)
    • ►  September 2016 (64)
    • ►  Ogos 2016 (75)
    • ►  Julai 2016 (80)
    • ►  Jun 2016 (69)
    • ►  Mei 2016 (58)
    • ►  April 2016 (58)
    • ►  Mac 2016 (68)
    • ►  Februari 2016 (50)
    • ►  Januari 2016 (67)
  • ►  2015 (1019)
    • ►  Disember 2015 (68)
    • ►  November 2015 (78)
    • ►  Oktober 2015 (66)
    • ►  September 2015 (57)
    • ►  Ogos 2015 (63)
    • ►  Julai 2015 (86)
    • ►  Jun 2015 (89)
    • ►  Mei 2015 (105)
    • ►  April 2015 (91)
    • ►  Mac 2015 (104)
    • ►  Februari 2015 (104)
    • ►  Januari 2015 (108)
  • ►  2014 (1504)
    • ►  Disember 2014 (130)
    • ►  November 2014 (119)
    • ►  Oktober 2014 (137)
    • ►  September 2014 (121)
    • ►  Ogos 2014 (119)
    • ►  Julai 2014 (103)
    • ►  Jun 2014 (104)
    • ►  Mei 2014 (106)
    • ►  April 2014 (121)
    • ►  Mac 2014 (132)
    • ►  Februari 2014 (139)
    • ►  Januari 2014 (173)
  • ►  2013 (2151)
    • ►  Disember 2013 (169)
    • ►  November 2013 (180)
    • ►  Oktober 2013 (160)
    • ►  September 2013 (138)
    • ►  Ogos 2013 (182)
    • ►  Julai 2013 (220)
    • ►  Jun 2013 (199)
    • ►  Mei 2013 (186)
    • ►  April 2013 (149)
    • ►  Mac 2013 (184)
    • ►  Februari 2013 (188)
    • ►  Januari 2013 (196)
  • ►  2012 (2986)
    • ►  Disember 2012 (194)
    • ►  November 2012 (211)
    • ►  Oktober 2012 (285)
    • ►  September 2012 (260)
    • ►  Ogos 2012 (210)
    • ►  Julai 2012 (239)
    • ►  Jun 2012 (220)
    • ►  Mei 2012 (281)
    • ►  April 2012 (240)
    • ►  Mac 2012 (299)
    • ►  Februari 2012 (283)
    • ►  Januari 2012 (264)
  • ►  2011 (4966)
    • ►  Disember 2011 (303)
    • ►  November 2011 (299)
    • ►  Oktober 2011 (418)
    • ►  September 2011 (390)
    • ►  Ogos 2011 (350)
    • ►  Julai 2011 (396)
    • ►  Jun 2011 (424)
    • ►  Mei 2011 (424)
    • ►  April 2011 (481)
    • ►  Mac 2011 (483)
    • ►  Februari 2011 (488)
    • ►  Januari 2011 (510)
  • ►  2010 (4406)
    • ►  Disember 2010 (559)
    • ►  November 2010 (502)
    • ►  Oktober 2010 (453)
    • ►  September 2010 (387)
    • ►  Ogos 2010 (389)
    • ►  Julai 2010 (429)
    • ►  Jun 2010 (439)
    • ►  Mei 2010 (416)
    • ►  April 2010 (473)
    • ►  Mac 2010 (202)
    • ►  Februari 2010 (89)
    • ►  Januari 2010 (68)
  • ►  2009 (167)
    • ►  Disember 2009 (52)
    • ►  November 2009 (27)
    • ►  Oktober 2009 (67)
    • ►  September 2009 (21)

Kelab Blogger BenAshaari

Kelab Blogger BenAshaari

Created with by ThemeXpose | Copy Blogger Themes