BEN ASHAARI



 

image Lama tak berendam untuk menenangkan fizikal dan mental..hahaha.. peluang ini tidak akan ku lepaskan !! Wahahahah.. i loikeee... rehat selagi boleh rehat .. pasni banyak keje balik .. huhu ... tak peee.. seminggu adaaaa .. hehehe ..gunakan sebaiknyaaa... lalala

Share
Tweet
Pin
Share
8 comments

image

SEJUMLAH 10,000 bungkusan dadah seberat 105 tan, yang dianggarkan bernilai lebih dari AS$340 juta, di pasaran Amerika, dirampas askar Mexico, hari ini. Rampasan di daerah termiskin Tijuana, sempadan San Diego, California, merupakan rampasan terbesar melibatkan 11 pengedar berjaya ditahan. - Foto AP

 

TIJUANA, Mexico: Pihak keselamatan Mexico merampas 105 tan marijuana di bandar sempadan Tijuana selepas pertempuran dengan penyeludup dadah.
Menurut pihak tentera, rampasan itu adalah yang terbesar sejak beberapa tahun lalu.

 

sumber :BHARIAN

Share
Tweet
Pin
Share
3 comments

image

image

image

dan banyak lagi di ... EQ

Share
Tweet
Pin
Share
4 comments

 

BANDARAYA MEXICO: Lapan belas orang rentung apabila sebuah bas melanggar sebuah trak, menyebabkan ia terbalik sebelum terbakar dalam kejadian di tengah Mexico, semalam.

Dalam kejadian itu, bas berkenaan dilaporkan gagal dikawal lalu melanggar trak membawa pasir sebelum terbalik.

Semua 16 penumpang bas terbunuh, termasuk pemandu bas dan trak, kata Adrian Casares, pegawai Agensi Pelindungan Awam di Wilayah Queretaro.

Ketika kejadian, bas berkenaan dari Bandaraya Mexico ke Wilayah Zacatecas, yang terletak kira-kira 600 kilometer ke utara. - AFP

sumber : BHARIAN

Share
Tweet
Pin
Share
No comments

 

Aksi ganas mat rempit di Dataran Merdeka - HMETRO

Share
Tweet
Pin
Share
1 comments

image

Maaf.. aku bukan nak menunjuk tapi aku nak beritahu pada mereka yang dapat buffered earnings ni .. Sebenarnya ramai tak perasan , satu  BE saja mampu capai beratus ratus malah ribu ringgit !

image

Apa yang perlu korang buat ialah , tingkatkan trafik korang .. Bagaimana ? Banyak cara yang korang boleh buat dan aku rasa korang pon dah tau kan ? Blogwalking , SEO , rajin update dan banyak lagi ..

Sebenarnya jumlah yang aku tunjuk ini adalah sedikit jika nak dibanding mereka yg mampu mengutip ratus ribu UV dan PV sebulan.. Bayangkan jika ada 5 BE yang sedang running di blog anda ! Pergh.. hujung tahun adalah bonus buat anda .. hehehe.. shopping timeeee

Share
Tweet
Pin
Share
20 comments

 

image

Selamat pagi .. hurm .. masih terasa sengal sengal badan ..penat 4 hari PUTRAJAYA - KELANTAN - TERENGGANU - PUTRAJAYA belum lagi ilang ..

Ni wife ajak turun makan lak .. huarghh..ikut hati nak je sambung tidur ... huhu...ngantukk..

Share
Tweet
Pin
Share
1 comments

 

Yeker aku tak ?? Huhu.. silap tu.. aku mmg gemar blogwalking cuma aku tak tinggalkan jejak .. Kebanyakkan blog yang aku akan masuk ialah blog blog baru .. Idea mereka fresh ... Cerita pon masih dalam keadaan ikhlas .. Kira tak de nak coverline gitu la nak dibandingkan dengan blogger blogger lama yang kebanyakkannya membuat entri yg mesra SEO ... heheh .. pendapat aku yer..

Dah tu , kenapa aku tak komen ??? Ada yang aku komen dan ada yang tidak ..Bila perlu , aku akan komen ... dan rasanya tidak , aku biarkan saja ianya berlalu .. Aku tak nak komen sekiranya tidak ikhlas dari aku .. Antara komen yang bagi aku tak ikhlas .. erk... apa ek ?? Aku rasa .. korang tau kan .. hehe.. jadi jangan dipanjangkan.. kang ada je orang nak kata 'itu pon nak jadi isu ke ??? ' .

Satu sebab lagi aku tak nak tinggalkan komen samada di blog aku sendiri atau blog orang lain ialah , mencari lubang kesilapan .. Ada yang gemar menunggu masa je blogger tersilap komen .. Padahal , dia tak faham maksud komen tu .. maka terus dijadikan satu perdebatan yang takde faedah langsung .. Bagi aku , itu dah membuang masa !

Maka , aku adalah  silent reader blog korang .. hehehe.. mana mana blog yang aku follow , mmg aku check dalam blogger buzz .. dan juga dalam bloglist aku .. aku akan masuk dan baca ..

Hurm .. ada banyak komen terutamanya jika melibatkan nama BEN ASHAARI ... pergh.. kalau tak tahan , mmg jari ni nak je menjawab kat situ tapi pengalaman mematangkan aku.. BIARKAN SAJA !

Ada beza antara dewasa dan budak budak .. Ada beza antara ikhlas dan sinis .. Itulah yang akan kita jumpa bila masuk ke blog blog baru ni... Ada yang tak tahan dan ada yang letak jawatan .. hehehe..

Mmg mencabar dunia blog ni .. mcm  masuk ke sekolah baru .. nak suai kenal.. pastu kenal ngan otai kelas .. huhu.. macam macam laa... samada tahan atau tidak jer ...kan kan ?

Share
Tweet
Pin
Share
21 comments

image

image

Hurm... malam ni dan sampai jumaat , aku akan tidur di Hotel Traders .. hehe.. FOC okehh .. lalalala.. kenapa ??? Erk.. tak leh jawab.. huhu ..

Bilik dia kat sini .. hurmm..memuaskan sangat la... hehehe ... KLCC depan aku je neh.. hehehe.. pe lagi kan ?? Esok g shopping ar situ .. ahaks.. lalala ..

image image

Aku cuti lagi la...  ;) Takkan nak lepaskan peluang FOC neh...

Share
Tweet
Pin
Share
3 comments

 

image

Ahmad : Nampaknya ada kampung baru di sebelah kampung kita kan , Tuk Ketua ..

Ketua Kampung : Begitulah nampaknya.Makin meriah kawasan kita ini . Sudah pasti kita perlukan jalan penghubung bagi kedua kampung ini.Tapi kalau nak mohon kat kerajaan negeri , entah bila baru boleh dapat .

Ali : Ala.. biar je la diorng tu .. kalau diorg nak ke kampung kita ni , guna je la sampan tu ha.. Dulu kita boleh , takkan la diorang tak boleh kan ?

Ahmad : Eh , mana boleh gitu .. walaupun kita pernah susah dulu tapi kita jangan la bagi orang lain merasa kepayahan kita .. Kita dah tau betapa peritnya nak ke pekan dengan perahu tu , kita jgn bagi jiran kita merasainya.. kan Tuk Ketua ?

Ketua Kampung : Benar tu Ahmad .. Ali , cukuplah apa yang kita rasa dulu .. Skang kita kena ikhtiarkan sesuatu..

Ahmad : Apa kata kita bergotong royong membina jambatan , Tuk Ketua ?

Ali : Apa ? Jambatan ?? hahhaha.. tak payah laa... kang tak sampai sejam , dah runtuh !  Hahaha..

Ketua Kampung : Ali , kamu ni berfikiran negatif betul la.. Kita bina pon belum tapi dah fikir yang bukan bukan .. Kita mintaklah pertolongan dari pihak kerajaan negeri untuk menyediakan pakar bagi membina jambatan sementara menunggu jalanraya bagi menghubungkan kedua kampung ini nanti .

Ahmad : Benar tu tuk ketua.. Saya setuju sangat la tu .. hurm.. tak lama lagi , kita pasti mempunyai ramai lagi kawan baru . Disamping itu kita pasti dapat meluaskan lagi perniagaan kita . Waah... biar susah dahulu kan Tuk Ketua ?

Ketua Kampung : Benar tu .. Yang penting adalah kerjasama . Kita perlukan pendapat dan juga cadangan bagi memajukan lagi kampung ini . Bukan kejian atau kritikan . Jika kritikan disusuli dengan idea atau pendapat lain , tak pe la juga tapi ni tidak .. Pandai je mengkritik tapi tak bagi buah fikiran .. Camana la orang kita nak maju ..

Ali : .....

Ahmad : Sokong tuk Ketua... Mmg patut kerajaan naikkan elaun ketua kampung ! hahahah...

Share
Tweet
Pin
Share
3 comments

 

KOTA BHARU: Tengku Muhammad Fa-iz Petra ibni Sultan Ismail Petra, adinda kepada Sultan Kelantan, Sultan Muhammad ke-V, dilantik sebagai Tengku Mahkota Kelantan dan pewaris takhta Kesultanan Kelantan, berkutkuasa serta merta.

Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Mohd Aiseri Alias, berkata keputusan itu dibuat oleh Majlis Perajaan Negeri (MPN) yang bermesyuarat hari ini dengan dipengerusikan oleh Yang Dipertuanya, Tengku Abdul Halim Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Ibrahim.

Istiadat penyerahan watikah pelantikan gelaran Tengku Mahkota Kelantan berlangsung di Istana Negeri di Kubang Kerian pada 2 petang tadi.

Mohd Aiseri memberitahu satu sidang akhbar bahawa mesyuarat MPN itu dihadiri oleh 14 daripada 15 anggotanya kecuali Tengku Razaleigh Hamzah yang tergugur secara automatik sebagai anggota kerana tidak hadir mesyuarat sebelum ini tanpa keizinan majlis itu.

Tengku Muhammad Fa-iz, 36, adalah anakanda kedua Sultan Ismail Petra daripada empat beradik. Dua lagi ialah Tengku Muhammad Fakhry Petra dan Tengku Amalin A-Ishah Putri.

Tengku Muhammad Fa-iz yang diputerakan di Istana Kota Lama pada 20 Januari 1974, dilantik sebagai Tengku Bendahara Kelantan pada 30 Mac 1989 dan menjadi Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) sejak 21 Jun 2009.

Mohd Aiseri berkata, mengikut Perlembagaan dan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Kelantan, Tengku Muhammad Fa-iz bakal menjadi raja atau pemangku raja apabila baginda Sultan Kelantan berangkat ke luar negara melebihi 12 bulan atau tidak boleh menjalankan tugas sebagai Sultan dalam tempoh berkenaan.

Beliau juga berkata, mesyuarat MPN itu tidak membincangkan mengenai pelantikan Tengku Temenggong kerana mesyuarat hari ini adalah untuk menentukan pewaris yang bakal menjadi raja.
"Pelantikan Tengku Temenggong hanya sebagai pelengkap sahaja dan tidak membabitkan pewaris yang bakal mewarisi takhta kesultanan Kelantan," katanya.

Gelaran Tengku Temenggong sebelum ini adalah milik Tengku Muhammad Fakhry Petra namun ia ditarik balik oleh Sultan Muhammad ke-V baru-baru ini. - BERNAMA

Share
Tweet
Pin
Share
4 comments

 

Betul jugak yer.. Kalau semua blogger dah top , sapa nak jadi yang tak top eh ??

FORMULA 1 GP .. Semua kereta laju laju belaka..  pelumba berkemahiran tinggi .. kereta canggih manggih .. macam macam warna.. sponsor .. huih .. tapi kenapa masih ada yang dapat no 2 , 3 dan ada juga yang tercicir ???

Tujuan utama perlumbaan itu adalah untuk menjual jenama penaja dan juga kereta itu sendiri di samping menaikkan nama negara penganjur .. kan ? Soal menang atau tidak , berdiri atas podium atau tidak , itu belakang kira .. yang penting , dunia mengenali mereka !

Sama juga konsep sama sama naikkan blogger yang lain .. Kena ingat , bila dah ada yang atas , akan wujud yang bawah .. akan beranak pinaklah .. kan ? Maksud aku sama sama naik ialah , yang diatas itu , hulurkanlah tangan ... tariklah rakan blogger yang kat bawah yang masih dok terkial kial mencari tempat berpaut ..

Cuma , janganlah semua nk pegang pada satu tangan jer ... kalau 10 orang nak berpaut pada 1 tangan tu , abis semua tergolek ke bumi la jawabnya... lainlah empunya tangan tu jenis tangan Incredible Hulk... kuat ..sangat tinggi pengaruhnya .. lain la ceritanya kan ?

Share
Tweet
Pin
Share
7 comments

 

Hehe.. tak mungkin boleh bersatu .. kan ? Masing masing ada 'agenda'nya sendiri .. Akan wujud politik blogger.. hehehe..

Tapi takkan tak boleh bersatu kot ? Bukan susah pon nak bersatu ? Hurm .. Blogger ni terdiri dari orang cerdik pandai .. Tak kira la dari blog mana pon dia , sah sah dia pandai .. Pandai dan peka ! Jadi , sudah tentu banyak 'kepala' ..

Bagaimana nak satukan blogger dibawah satu bumbung ? Hehe... satu usaha yang amat payah jika ingin menjadikannya satu realiti walaupun sekadar fantasi ..

Tak susah .. segalanya terletak pada blogger itu sendiri .. Kerjasama amat diperlukan disini .. Kesilapan blogger sekarang ini ialah , mengejar populariti .. Bila popular dirasakan $$ akan masuk , kan ? Tapi sebenarnya , tak guna popular jika blog tak memberi manfaat pada orang lain terutama pembaca blog ..

Kebanyakkan blogger , nak naik dengan cepat .. Teringin jadi 'artis popular' ... Buangkan niat itu ... Lagi cepat kita naik , lagi cepat orang lupakan kita .. Apa kata , masa 'naik' tu , taburkan 'benih kekacang' di kiri kanan kita .. Satu hari nanti , benih itu akan berguna buat mereka yang ingin mendaki di laluan yang sama .. Sudah pastinya benih itu boleh dijadikan sumber bagi mereka ,kan ?

Bagaimana nak mewujudkan blogger yang bekerjasama antara satu sama lain tanpa ada rasa perbezaan peringkat ? Aku ada idea tapi sudah pastinya mereka tidak ingin sama turut menjayakannya..

Kepada blogger blogger baru , jangan mengejar populariti .. Biarlah dia datang sendiri .. Jangan risau .. jika anda rajin , anda akan berada diatas ... jika malas , jangan risau .. anda akan berada di takuk itu sahaja..  ;)

Bagi aku , lebih ramai blogger , lagi best ! Rezeki yang ada di dunia internet ni terlalu banyak untuk diagih agihkan ... Jangan tamak dan haloba.. takkan abis kita makan seorang ..

Biar mereka bercerita tentang blog .. dan pastinya akan menarik minat mereka untuk memiliki satu.. Tunggu apa lagi ? Bantulah mreka.. bantulah agar mereka berada di kemuncak bersama sama kita..

Share
Tweet
Pin
Share
14 comments

 

Hurm .. lama dah aku tak g sana ( GENGBLOGGER.COM) .. Apa dah jadi ? Buat yang tak tau , aku adalah admin di sana tapi bukanlah pemilik GENGBLOGGER .. Pemiliknya adalah KON ..

Tadi aku jumpa dia dan berbincang  macam macam isu termasuk kes GENGBLOGGER .. Terpancar wajah yang tidak puashati berkenaan GENGBLOGGER .. Hurm.. pasal apa ? Aku rasa ramai dah tau .. Pasal malware satu hal .. ada hal lain .. haih..

Sebenarnya , lama dah aku dapat rasakan perkara ni akan terjadi dan ianya benar benar terjadi . GENGBLOGGER dulu , adalah satu laman web ping yang terkenal.. Ramai jadi popular kerana GENGBLOGGER ... tapi berapa ramai yang mengenang jasanya ?

Maka telah aku cadangkan pada KON untuk mewujudkan satu lagi web ping .. Namanya telah aku cadangkan dan berkemungkinan besar jika persetujuan dicapai , aku sendiri akan jaga web tu ..

Tujuannya kali ini adalah untuk menyatukan semua blog blog yang ada di luar dan dalam malaysia atas satu nama , satu ranking dan satu semangat ! Tidak akan wujud otai ,newbies , picisan , masakan atau macam macam lagi .. Semua dibawah satu bendera !

InsyaAllah .. segalanya bergantung pada kerajinan KON .. Apakah keistimewaannya ?? Tunggu je nanti ...  ;)

Share
Tweet
Pin
Share
25 comments

 

image

image

Rasanya mesti korang tau kat mana kan ? hehe .. jom g tengok > SHAWLSAYUCINTA

Share
Tweet
Pin
Share
1 comments

 

image Gambar Hiasan

Semalam sewaktu aku di Terengganu semalam , sedang aku memandu dalam kelajuan biasa tiba tiba lalu sekumpulan kenderaan pengiring VVVIP  .. aku tak pasti sapa punya tapi banyangkan mereka lalu dengan dengan lalu dan 'makan' setengah jalan kereta bertentangan.. Er, kiranya laluan aku tu diorng masuk laa... tapi setengah jer .. Yang tak menariknya , yang mengetuai kat depan tu menyuruh semua kereta yang berada di laluan aku tu , ketepi !!

Yang tak patutnya ialah , kenapa diorng pandu laju sangat ! Aku sendiri tak perasan diorng tu masuk ke laluan aku !! Bayangkan jika bertembung ??? Aku bawak Myvi jer.. diorng tu pacuan 4 roda .. sapa teruk ????? Cukupkah sekadar membayar pampapasan walaupun aku kehilangan nyawa ??? atau nak buat apa duit kalau aku dah cacat ??? 

Sepatutnya perkara perkara begini pihak berkenaan kenalah amik berat .. jgn korbankan nyawa orang lain demi 'URUSAN RASMI' VVVIP tu !!

Perkara ni bukan saja berlaku di situ tapi mana mana tempat yang melibatkan VVVIP bila lalu !

SILA BERI LALUAN .. SILA BERI LALUAN .. Yang memandu kat depan ni jadi kelam kabut.. terkejut beruk bila kena 'halau' gitu.. Kalau pemandu tu baru memandu sehari dua , camana ??

Sebaiknya cari alternatif yang lain. Jgn sampai ada nyawa terkorban dan baru la " SIASATAN AKAN DIBUAT " ... Tak guna beb !

BA : Darah sama sama merah yer ...

Share
Tweet
Pin
Share
20 comments

image

KOREA OEM ORIGINAL JUN GONG SLIMMING PATCH (KS-M PARIS), WHITE DETOX (TAKARA), JUNGONG GOLD SLIMMING PATCH

image

FIGURE UP ... Roselle Detox and Shape Up Drink ...Tak Perlu Kawal Makan

image

MY GIRL ..First Class 5000mg Collagen

image

COCOA COLLAGEN POWER PLUS

image

CHOCO LIGHT .. Lagi Pelansingan RNZ

image

HI GOAT

Share
Tweet
Pin
Share
3 comments

 

image

image

Ooo... ada member mencabar aku yer... nak tengok badan sapa paling mantap eh.. apa dia ingat aku dah kawin dan dah tua , tak reti nak jaga badan ?

Senang jer.. bukan susah nak buat balik .. lagi pon skang mmg aku dah start buat balik .. heheh..

Boroi ? Ops.. maaf .. tiada dalam kamus hidup aku .. Tak pe.. hujung tahun ni , pasti kembali cun seperti dulu.. Tapi lebih cun laa.. hahaha.. mau buat ala Vin Diesel atau Will Smith dalam I AM LEGEND !

Baik ko tarik balik cabaran ko tu !! aku pasti menang .. hahahahha

Share
Tweet
Pin
Share
16 comments

image

KHAIRY Jamaluddin melekatkan papan tanda rumah Norziana Harun sambil di perhatikan oleh Meriyam Abd Majid (kanan) selepas Pelancaran Jelajah One Malaysia (JOM) peringkat negeri Selangor Pemuda Barisan Nasional bersama Giatmara di Taman Keramat Kuala Lumpur, 16 Okt. 2010. - Utusan/ISMAIL KAMADIN

Hurm... nak kata pe dah kan ??? Mata memandang .. hati meradang ? Huhu.. pk la sendiri yer ..

Share
Tweet
Pin
Share
6 comments

 

Kadang kadang aku terfikir .. aku ni 'lembik' sangat ke ? Atau aku malas nak panjangkan masalah .. atau sememangnya aku ni mmg mudah ditipu ?

Bukan apa.. kadang kadang sikap aku sendiri membuatkan orang mudah amik kesempatan .. Bila semua dijawabnya ' tak pe ' atau ' ok jer' maka mereka memandang remeh terhadap aku ?

Perlu ke aku bersikap kejam ? Kejam disini bemakna ,  " NO NO NO !!! " .. Tapi kalau buat begitu , mereka mengata lain pulak sedangkan mereka sendiri tak sedar apakah yang menyebabkan perkataan NO NO NO tu keluar dari mulut seseorang tu ! Yang mereka tau , mereka je baik .. Orang lain ? Hina saja !!!

Hurm .. beri peluang ? Sehingga bila ? Penat la gini .. kita jaga hati orang .. tapi ada ke orang nak jaga hati kita ? Jangan la sampai kita bertindak mengikut maklumat atau bertindak mengikut keadaaan .. Kelak , susah nanti semua pihak yang terlibat !

Share
Tweet
Pin
Share
6 comments

image

Welcome to Kids Secret Wholesale! We have collections such as Guess, Hackett, Baby Gap, Carter's, Old Navy, Burbery, Netx and many more. To qualify for wholesale price, a minimum order quantity (MOQ) must be meet .. Pls click > KSW

Share
Tweet
Pin
Share
No comments

 

Beringat semasa di atas .. Itulah kata kata dari pemain badminton no 1 dunia ... Hari ini hari mereka. Mana tahu nanti dia pula , kan ?

Mmg aku kagum dan terharu bila atlit membantu atlit yang lain.. Yelah kan , sementara berkemampuan .. apa salahnya memberi pertolongan ..

image

JAGUH badminton negara, Datuk Lee Chong Wei mungkin sudah bergelar pemain nombor satu dunia tetapi status itu tidak membuatkannya lupa diri sebaliknya tampil membantu be­­­­kas atlit yang pernah mengha­­rum­­kan nama negara.

Malah Chong Wei, yang digelar atlit contoh oleh Pengerusi Eksekutif Yayasan Kebajikan Atlit Kebangsaan (YAKEB), Datuk Paduka Dr Mumtaz Jaafar, setakat hari ini sudah pun menyumbang lebih RM300,000 kepada yayasan itu.

Kita tidak boleh me­­lupakan bekas atlit dan apa yang boleh kita bantu, kita bantu. Mana tahu bila saya bersara nanti, ada orang akan tolong saya balik,” kata Chong Wei yang ditemui pada majlis sambutan pera­­yaan atlit 1 Malaysia di Stadium Nasional, Bukit Jalil, semalam.

Sumbangan Chong Wei terhasil hasil usaha bersama syarikat swasta, Iris Corporation Berhad, penaja, yang mampu menaikkan lagi semangat dirinya melakukan yang terbaik dalam setiap kejohanan.
“Iris akan memberikan saya tambahan 50 peratus daripada wang kemenangan yang saya perolehi dalam setiap kejohanan disertai,” kata pemain nombor satu dunia itu.

“Contohnya jika saya menang RM80,000 pada satu pertandingan Iris akan memberikan saya RM40,000 lagi sebagai in­­sentif dan saya pula akan terus menyalurkan ke­­semua wang yang diperoleh kepada YAKEB,” kata Chong Wei pemenang pingat emas perseorangan lelaki di Sukan Komanwel, New Delhi, baru-baru ini.

 

BA : Ni baru dikatakan JUARA DUNIA !!

Share
Tweet
Pin
Share
4 comments

image

Mulai 19 - 23hb ni , PWTC akan dipenuhi dengan ramai ahli ahli UMNO dan juga pemerhati politik.

Aku , antara mereka yang senantiasa berulang alik dari PWTC - Putrajaya , pasti akan tersenyum simpul .. Kenapa ? Macam macam gelagat yang akan dapat aku 'nikmati' .. Serius ..

Tersenyum sudah pasti .. Geleng kepala pon , dah mmg iyer .. Kesian pon ada .. Menangis ? Dalam hati jer la .. Nak sertai mereka ? Erk ... belum masanya dan tak tau bila nak sertai ..

Kenapa ? Entahlah.. aku boleh nampak muka muka hipokrit yang mengatakan mereka itu pejuang bangsa .. Yeker ????? Kalaulah kita boleh selami niat mereka semua itu sudah pastinya ada antara mereka-mereka yang hadir itu , ke wad ICU ..

Maaf .. aku bukan anti UMNO .. Aku bukan ahli pembangkang .. Cuma aku antara mereka yang berdiri di tengah tengah .. Nak terjun ke arah mana satu .. Yang di sana sama jer yang sebelah sini .. Kenapa aku kata begini , sebabnya aku tak nampak mereka ini benar benar berjuang untuk bangsa dan agama .. Beria bila ada media .. Terjerit jerit bila ada 'kamera' .. Belakang kalu ???

Kepada semua perwakilan UMNO yang akan hadir.. ikhlaskanlah ucapan anda itu .. Jangan sekadar mengharapkan sorakan ahli tapi kosong semata .. Cuba buka mata ... berapa ramaikah anak muda yang akan hadir kerana ingin hadir kerana INGIN HADIR dan bukan kerana sebaliknya..

Gerai gerai jualan di situ ... cubalah tanya berapa harga satu tapak ??? Heheh.. masuk akal ke harga itu ? Pelik .. sampai bila melayu nak maju gini kalau asyik melayu tipu melayu ?

Maaflah yer.. inilah hakikat sebenar mengapa ramai anak muda masih belum menurunkan tandatangan di atas borang keahlian UMNO .. Mereka masih belum nampak 'perjuangan' UMNO .. Dari puck pimpinan sehinggalah ke wakil bahagian .. Semua ada agenda tersendiri..

Salah siapakah ? Anak muda yang celik mata atau orang atasan ? Hurm.. Aku teringin nak berjuang ... tapi masih belum mampu kerana aku takut kecundang sebelum bertarung .. Terlalu kuat dugaan dan bisikan syaitan tika ini. Ikut atau sila undur ! Huh.. di manakah bangsa dan agama yang menjadi tonggak kekuatan semangat yang dilaungkan oleh kita ? Atau ... berkuasa demi untuk ?

Walaupun bukan semua tapi jumlah yang berkhidmat demi bangsa ini , boleh dibilang jari .. Dan jumlah yang kecil ini tidak mampu mengubah keadaan .. Tapi siapa tahu ? Allah Maha Berkuasa.. Apa saja boleh berlaku ..

UMNO perlu lakukan sesuatu untuk pilihanraya akan datang agar tidak tumbang terus ..

Wahai perwakilan , SENYUMLAH.. SENYUMLAH ... SENYUMLAH DARI HATI ! ANDA CUMA WAKIL BAHAGIAN .. Tanpa ahli , ANDA TIDAK BERMAKNA !

BA : UMNO .. perjuanganmu dulu , aku sanjungi .. tapi sekarang ? Umpama menonton drama di tv1 ..

Share
Tweet
Pin
Share
5 comments

Kecewa .. itulah perasaan aku setiap kali bila baca suratkhabar .. Wanita sering menjadi mangsa tanpa mengira umur dan bangsa .. Dirogol , dibunuh atau diculik . Bagaimana semua ini boleh berlaku ? Nak salahkan siapa ??

Terbaru , seorang gadis yang bakal mendirikan rumahtangga , pula diculik ! Bukannya budak lagi.. dah umur 20 tahun pon .. Kalau budak tu mungkin la sbb dia kecik dan takde kederat nak melawat ..

Kelmarin , di Teluk Intan pula seorang budak dirogol dan dibunuh .. Apa ni ???? Dah hilang sifat keperimanusiaan ke ??? Kalau tak tahan sangat , g la cari pelacur .. Yang dijadikan budak tak berdosa tu sbg mangsa kenapa ???

Apakah terlalu ramai orang gila atau semakin ramai manusia hilang kewarasan dek kerana ketamadunan manusia sudah sampai ke penghujungnya ???

BA : Sendiri tengah kecewa ..

Share
Tweet
Pin
Share
4 comments

 

image

SMS tunang diekori dua lelaki ketika beli-belah kelengkapan majlis kahwin

BANDAR CHENEH BARU: Seorang gadis yang bakal melangsungkan perkahwinannya pada 12 November ini dilaporkan hilang dipercayai diculik ketika membeli-belah di bandar Kuantan, Pahang, Rabu lalu.

Mangsa, Rozaliya Mat Lazim, 20, dikatakan keluar dari rumah keluarganya di bandar ini, bersama tunangnya untuk membeli kelengkapan majlis perkahwinan mereka kira-kira jam 11 pagi.

Ibunya, Sabariah Mansor, 42, berkata pada hari itu anak gadisnya yang berpakaian blaus warna hitam dan seluar jeans gelap menaiki kereta tunangnya bernama Mohd Helmi Mohd Nor, 24, untuk ke bandar Kuantan.

Dia berkata, selepas membeli-belah di sebuah kedai peralatan pengantin berhampiran Pasar Kuantan, Helmi pulang ke pejabatnya di Bandar Baru Cheneh seketika kerana ada urusan penting untuk diselesaikan.

Sabariah berkata, Helmi memberitahunya dia meminta Rozaliya menunggunya di depan Pasar Raya Besar Mydin berhampiran lokasi mereka membeli-belah dan berjanji bertemu semula kira-kira jam 3 petang.

“Sebelum itu mereka berdua sering berhubung melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) dan Helmi memberitahu Rozaliya ada menghantar dua SMS berbunyi ‘ada dua lelaki sedang mengekorinya’ dan ‘abang datang cepat, saya takut. Berdasarkan SMS ini, kami mengesyaki Rozaliya diculik,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.
Sabariah berkata, selepas itu Rozaliya terus tidak dapat dihubungi dan bakal menantunya berusaha mencari anaknya itu di beberapa kedai berhampiran termasuk pasar raya tempat mereka membeli-belah sehingga jam 6 petang, bagaimanapun gagal menemui Rozaliya.
“Helmi menghubungi kami memaklumkan kehilangan Rozaliya dan kami sekeluarga terus bergegas ke bandar Kuantan untuk mencari anak saya itu, tetapi sehingga jam 11 malam dia masih gagal ditemui,” katanya.

Sabariah berkata, setelah menemui jalan buntu, mereka mengambil keputusan membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan kira-kira jam 12 tengah malam hari sama.

Sehubungan itu, Sabariah merayu orang ramai yang mengenali atau mengetahui di mana Rozaliya berada supaya segera menghubunginya di talian 019-9418016 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Di KUANTAN: Pegawai penyiasat di IPD ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mengenai kehilangan Rozaliya dan meminta orang ramai yang mengetahui kejadian itu supaya menghubungi IPD di talian 09-5132222

 

sumber : Bharian

Share
Tweet
Pin
Share
4 comments

 

image

Aku pasti ramai tau dah kegunaan bilik berkaca tu .. BILIK MAUT untuk PEROKOK .. Amacam ?? Nak masuk ? Cuba laa..

Aku cadangkan perbanyakkan lagi bilik begini ditempat tempat awam .. Bagi mereka yang nak masuk , sila bayar RM1 .. Kalau tak jaga kebersihan , denda RM 1000 ..  Pastu bagi mereka yang merokok di tempat terbuka , denda RM10,000 atau 10 tahun kerja keras ... haaa

Pasni mesti ramai tension punya .. termasuk menteri menteri mahupun rakyat jelata .. lama lama , insyaAllah  ramai akan berenti sbb takde duit jer ...kan kan ?

Share
Tweet
Pin
Share
6 comments

 

image Haa.. ni semua vandalisme yang aku jumpa dalam tandas yang dah cukup bersih tapi dikotorkan oleh mereka yang takde kesedaran sivik ! Takde sivik atau takde akal ??

Ni anak gadis sapa laa yang jadi mangsa malaun neh ?? Mesti kes naya !! Haih... sian sian.. dah takde keje la orang skang ni eh ...

Share
Tweet
Pin
Share
5 comments

 

1107 km !!!! Tu diaa... tu lah dia kiraan pergerakkan kami dari Putrajaya - Kelantan - Terengganu - Putrajaya yang mana akhirnya tiba ke sarang kami tepat jam 1 pagi .. huhu ... cukup 12 jam perjalanan pulang ! Mabeles !!

Punya la jauh perjalanan , xcident hampir berlaku di Tol Gombak bila mana kereta ni dengan angkuhnya memotong queue tanpa memberi signal !!! Aku honkan ajaa !! Huh !!

image Kenal ??? Tak tau la sapa tuan punya kereta ni .. harap lebih bersopan lain kali yer ..

Singgah di Cheras , bagi bahagian mak dan ayah aku pastu terus pulang ke Putrajaya .. Amacam , penat tak  ??? Giler laaa... aku nak demam dah ni.. kalau suruh aku drive lagi tadi , mmg aku muntah darah punya arrr...

Share
Tweet
Pin
Share
1 comments

 

image

image

image

Nasib baik cash dah abis .. abis beli batik .. huhu.. kalau tak , sah sah borong keropok lekor.. ramai tadi mintak kan ?? heheh... duit abis la geng.. situ takde atm atau tak terima credit card... terima alasan ni tak ? hehe

Share
Tweet
Pin
Share
3 comments

 

Hairan ? Jangan hairan .. Sekarang ni macam macam ada .. Yang pelik tapi benar .. Yang benar tapi ajaib .. Yang dusta tapi realiti .. Yang dosa tapi pahala .. Yang pahala tapi dosa .. Yang haram tapi halal .. Yang halal jadi makruh .. Yang jahat tapi baik .. yang baik tapi nakal .. Macam macam ... Pening ? Jangan pening ..

Yang membuatkan aku rasa bosan bila aku lihat ceritanya gempak tapi haprak ..  Bila cakap serupa ada isi tapi angin semata mata .. Bila berteriak umpama singa rupanya lipas dapur jer .. Yang garang umpama helang tapi rupanya hering tunggu bangkai .. Haih.. Korang heran ? Jangan heran .. Inilah realiti dunia yang kita berada sekarang ini ..

Hampa ?? Jgn hampa .. masih terlalu jauh perjalanan hidup kita .. Masih terlalu luas dunia kita ini .. Macam macam ragam dan karenah manusia yang belum kita jumpa dan kenal .. Ada umpama zirafah tapi gajah rupanya .. Ada yang sekacak panda tapi rupa rupanyanya tapir !

Yang paling best yang akan korang jumpa , mulianya dia seperti ulama tapi rupanya main mak mak jer ! Haa.. jenis ni mmg la bahaya dan menakutkan .. boleh bertukar jadi vampire bila bila masa ..

Share
Tweet
Pin
Share
3 comments

 

Kuat angin ...  macam nak hujan lak malma ni ..Skang ni kat RnR Gambang.. berenti solat ..Kereta tak banyak sangat .. Mungkin esok kerja kan .. aku cutiiiiiiiii.. hehehe..

Gambar sepanjang jalan banyak aku upload di FACEBOOK aku .. nak tranfer kat dalam blog , slow lak connection .. huhu.. .kalau nak tengok , boleh la add FB aku .. > BEN ASHAARI II .

Skang ni aku rasa amat mudah dengan adanya HTC HD2 tu.. sbb antara application yang ada dalam tu , ym ,twitter , facebook  dan banyak lagi.. seperti skang ni , lepas amik je gambar , dgn satu click je , terus upload dalam FB .. Sama cam iphone .. hehe.. tapi canggih lagi.. hahaha..

Sepanjang jalan tadi , sewaktu di highway Cherating tu , aku agak pelik bila ada beberapa kereta lalu pastu bunyikan hon.. huhu.. ada apa di belakang atau atas kereta aku ?? atau aku tak kunci pintu ke ? Semua ok je ... kot kot ??? haaaaaaaaaaa... jgn pk bukan bukan .. tak sampai umah lagi ni.. tah  kul berapa nak smpai pon tak tau ..

Hujan dah turun.. tersadai kat sini jap ..huhu..

Share
Tweet
Pin
Share
10 comments

image

image

image

Alhamdulillah .. GPS byk membantu kitorang merayau di sini .. hehehe..

Shopping batik ... huhuh... murah ?? Hurm.. murah la gak dari kat KL tu .. hehe.. kredit kad pon dia amik wooo ...tu dia.. sudah maju peniaga peniaga melayu skang ni .. hehe...bagus bagus ..

Nak cari makan lak .. lapar ..

Share
Tweet
Pin
Share
7 comments

 

Jalan jalan .. mmg dari dulu aku teringin nak menyusuri lebuhraya tepi pantan ni ..

Dari Kuala Terengganu - Dungun - Paka - Kuantan .. Bergerak mengikut peraturan jalan raya .. huhu..

Tapi sewaktu kat satu tempat yang aku tak berapa nak ingat , hujan turun dengan amat lebat .. Tapi alhamdulillah ... dah kembali ok tidak lama kemudian ..

image

Sewaktu meredah hujan lebat tu , masih ada pemandu yang tak sabar ! Main suka nak potong queue jer .. nasib baik kereta dia tak rempuh ranting yang jatuh dari pokok akibat angin kuat..

image

image 

Skang ni singgah kat masjid .. erk... tak pasti .. tapi yang aku tau , sebelum KEMAMAN .. hehe...Tak tau pukul brapa lagi nak sampai Putrajaya ..

Share
Tweet
Pin
Share
11 comments

image

image

image

image

image

Hurm... i love Terengganu !!! I love Malaysia !!

Share
Tweet
Pin
Share
14 comments

image

Syarat syarat teka teki ini di sini yer > sini

Share
Tweet
Pin
Share
4 comments

 

Kecewa dengan sikap orang melayu yang pandai mencari alasan dari membaiki atau memberi cadangan untuk mempertingkatkannya lagi ..

Apa yang biasanya kita nampak , buruk buruk buruk buruk .. Katakan la skang ni kewujudan kereta dan kapal terbang  masih tiada..  Datang seorang hamba Allah , kata nak cipta kereta .. Sudah pastinya akan ramai membangkang ! Akan katalah ramai akan mati eksiden .. pelbagai alasan akan diberikan ..

Persoalannya , kenapa asik nak tengok buruk je ??? Sedangkan kebaikkannya terlalu banyak ??

Seperti kamera .. ramai akan kata , nanti akan disalahguna .. Amik gambar bogel sana sini .. Yang salah tu , kamera ke orang ? Kalau digunakan dengan sebenarnya , ada otak , ada akal , nak ke buat menda tu semua ? Amik la gambar yang sepatutnya diambil !

Internet .. ramai kata mendatangkan keburukan dari kebaikkan .. Sapa yang bersalah ? Orang yang takde akal yang salah guna atau terlalu bijak menyalahgunakan ? Segalanya datang niat diri sendiri ..

Macam macam la orang kita ni .. buat la camana pon .. Semua tak puashati.. Skang ni mmg tak puashati.. Cuba la sendiri berkuasa ! Aku pasti , dia sendiri ternganga .. Datang saudara mara , jiran tetangga mintak tolong , nak jawab pe ? Sila isi borang dan tunggu ????

Share
Tweet
Pin
Share
8 comments

 

Dah bagi peha , nak betis lak .. huhu.. Bagi aku la kan , kerajaan dah bermurah hati nak bagi bantuan khas sebanyak RM500 , tu dah kira cukup baik dari takde langsung ..

Syukur , alhamdulillah .. walaupun  kecil jumlahnya tapi semua rasa .. Seperti yang PM kata , jika diberi bonus sebulan gaji , ianya melibatkan wang sejumlah RM3.1 billion .. Bukan satu jumlah yang kecil..

Macam macam dah kerajaaan bagi untuk penjawat awam di Malaysia ni ..  Buat masa sekarang ni mungkin kerajaan nak guna banyak wang bagi membangunkan semula ekonomi negara .. Dan jangan lupa , pilihanraya yang akan datang.. 

Buat semua penjawat awam , sama sama kita menadah tangan besyukur kepada Allah dan mengucapkan jutaan terima kasih kerana PM sudi memberi bantuan kewangan khas pada pada kita semua ..

 

Kerajaan tak boleh berbelanja lebih daripada pendapatan: Najib

KUALA LUMPUR: "Jika ikutkan hati, memang saya mahu berikan bonus sebulan gaji kepada 1.2 juta penjawat awam pada pembentangan Bajet 2011 tetapi sebagai Menteri Kewangan bertanggungjawab, saya tak boleh berbelanja lebih daripada pendapatan," kata Datuk Seri Najib Razak.

selanjutnya > sini

Share
Tweet
Pin
Share
8 comments

image

Cuba teka.. cepat ..hahahahha...

Share
Tweet
Pin
Share
4 comments

 

Selama ni , aku hanya pernah sampai KEMAMAN .. tu pon aku dah suka sangat sbb kat situ macam macam ada .. Walaupun hanya bandar kecil tapi meriah bagi aku .. Tu pun di sebabkan wujudnya Cherating yang berhampiran.

Kemudian , aku kenal KELANTAN .. hurm... satu tika dulu , KELANTAN amat 'ngeri' bagi aku .. Dari pemimpinnya hinggalah ke sempadannya ..  Alhamdulillah .. Allah telah buka mata aku .. Sesungguhnya KELANTAN bukanlah sebuah negeri yang 'mengerikan ' tetapi mendamaikan serta indah .. Sayangnya aku masih belum sempat pusing abis negeri KELANTAN .. InsyaAllah ..  dalam diari pelancongan aku ..

Hari ini , aku menjelajah ke Kuala Terengganu melalui Jertih - Setiu ... Wow ... wow .. aku tak sangka.. Setiu sangat cantik ! Bersih ! Pantainya yang memutih serta rumput yang menghijau benar benar membuatkan aku hampir memberhentikan kereta untuk mengambil gambar kenangan .. Huhu.. Laut yang membiru mmg menenangkan jiwa aku sewaktu memandu tadi ..

Hurm.. walaupun aku pernah mengatakan aku dah pusing abis Malaysia , rupa rupanya sangkaan aku salah .. Sesungguhnya , baru 1% saja aku pusing MALAYSIA ini .. InsyaAllah .. akan aku abiskan satu hari nanti dan barulah pk ke luar negara .. hehehe ...

Share
Tweet
Pin
Share
9 comments

 

Ada sahabat tanya kat aku tadi , best ke Primula ? Hurm.. aku tak leh nak kata apa apa lagi tapi  setakat ini , aku berpuashati .. Hehe..

Mertua dah naik 'terbang' ke Madinah , jam 8 malam tadi .. Alhamdulillah ... selesai tugas sebagai anak dan menantu .. hehe .. Satu lagi misi ??? Hehe.. ke rumah blogger masakan popular iaitu , Kak Nor dengan blog yang tidak asing lagi , SECUBIT GARAM ..

Terlebih dahulu , sepuluh jari disusun memohon maaf buat Kak Nor  berserta suaminya , rakan rakan blogger yang dah sedia menanti dari jam 4 petang kerana kelewatan aku dan wife ke rumahnya di atas sbb2 yg tidak dapat dielakkan ..

image

Terkejut jugak aku bila Kak Nor kata ada blogger yang dah menunggu aku .. Erk.. takkan kot ???  Huhu..segan .. hehe..

Kepala aku pening sangat tadi tapi bila mengenangkan bukan mudah untuk aku sampai ke Terengganu ni , maka aku tak nak persiakan dan ..... sangat sangat berbaloi !!!

Layanan dari Kak Nor sekeluarga serta kehadiran blogger lain di situ ( maaf , tak ingat nama tadi ... Along apa ek?? .. tak sempat nak berbual .. dia malu tu.. hahaa ) .. membuatkan aku dan wife , amat terharu sangat  !!

Dari pukul 6 petang sampailah kul 8 lebih kami berbual .. Sambil berbual , makan tetap makan ! Heheh.. dijamunya kami bihun sup , cucur udang feveret aku ! heheh.. Walaupun sejuk dah tapi aku tetap berselera !! Nasib baik laa aku dok bz berbual .. Kalau tak , mau abis semua aku makan.. hahaha ...

Hurm... respek pada suami kak nor ! Dia mempunyai bisnis yang mana aku amat minat sekaliiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii nak menceburinya ! heheh.. Dia ada blog fotografinya sendiri iaitu TOLAHAH.COM ..

Perbualan aku bukan sekadar berkisarkan blog tapi macam macam .. Dan aku mengambil peluang untuk bertanya beberapa soalan berkaitan kamera .. Huhuh.. dapat ilmu weh walaupun secubit !! Hehehe..  Terima kasih !!

Aku tak sempat amik gambar ... sbb aku tak bawak kamera.. segan.. hahahah... segan sbb kamera suami Kak Nor , jauh canggih dari aku.. hahaha.. malu malu malu... hahaha.. Tengok koleksi dia pon dh buat aku ternganga ..

Tak cukup dengan itu , dibekalkan kitorang lagi macam macam.. huhu.. malu malu .. hehe.. Terharu .. Layanan yang langsung aku tak terfikir aku terima disini tadi mmg menjadi topik perbualan kami sehingga ke hotel ..

Rasanya kalau Mat Gebu , Kak Ummi Zaihadi , duduk semeja ngan Kak Nor , aku pasti aku akan ke meja kopi sambil baca suratkhabar ! Bagi diorng je la borak !!!  hahahhaha.. takkan aku berpeluang bukak mulut ! huhu..

Sekali lagi , buat kak nor sekeluarga , terima kasih.. terima kasih .. terima kasih .. Erk , nasi dagang esok ? hehehe .. tak tau nak bangun kul berapa lagi la kak nor .. lupa nak jawab tadi  kat suami kak nor sbb terkedu tengok kak nor bagi bekal untuk bawak balik .. hahaha...

Ops..segala pergerakkan aku disini berpandukan GPS HTC aku tu.. hehe.. patut jadi duta HTC aku ni .. Gambar aku tak amik .. kasi suami kak nor je amik .. canggih sangat kamera dia .. hahahaha.. segan.. hahahah

Share
Tweet
Pin
Share
11 comments

 

Penat giler ... pening ... lapar ... semua da .. Alhamdulillah , mertua aku dah selamat check in .. Macam macam karenah ada tapi bila mengenangkan pahala (insyaAllah) membantu orang nak g haji ni kan , aku cuba buat seikhlasnya .. lagi pun mertua aku tu baik sangat orangnya ... Tu pasal aku sanggup .. Keje aku , menolak troli .. hehe..

Sementara menunggu check in tadi , aku g melepak kat food court.. tempat yang berhawa dingin .. Kalau nak diikutkan , aku boleh pitam je bila bila masa tadi .. wife aku bagi cadangan suh aku g situ.. hehe..

Bila g situ , tu yang aku sempat post entri yang sebelum ni .. Dalam kul 4 petang , selesai .. Aku call Knor Secubit Garam .. Ada perubahan sedikit pada perancangan .. Aku nak cadang nak stay semalam kat mana mana hotel di Kuala Terengganu ni ..

Maka , skang ni aku di PRIMULA BEACH RESORTS ... huhu.. harga ? Ok je kot .. guna gov rates.. ehehe...

Share
Tweet
Pin
Share
14 comments
Newer Posts
Older Posts

Blog Stats

Blog Archive

  • ▼  2026 (8)
    • ▼  Mac 2026 (2)
      • Antara briskwalk dan angkat beban !
      • Raya macam dulu dulu di Pusat Pakaian Hari Hari 2026
    • ►  Februari 2026 (3)
    • ►  Januari 2026 (3)
  • ►  2025 (63)
    • ►  Disember 2025 (4)
    • ►  November 2025 (2)
    • ►  Oktober 2025 (2)
    • ►  September 2025 (5)
    • ►  Ogos 2025 (3)
    • ►  Julai 2025 (6)
    • ►  Jun 2025 (4)
    • ►  Mei 2025 (5)
    • ►  April 2025 (5)
    • ►  Mac 2025 (8)
    • ►  Februari 2025 (10)
    • ►  Januari 2025 (9)
  • ►  2024 (170)
    • ►  Disember 2024 (9)
    • ►  November 2024 (11)
    • ►  Oktober 2024 (13)
    • ►  September 2024 (10)
    • ►  Ogos 2024 (15)
    • ►  Julai 2024 (20)
    • ►  Jun 2024 (16)
    • ►  Mei 2024 (22)
    • ►  April 2024 (16)
    • ►  Mac 2024 (14)
    • ►  Februari 2024 (10)
    • ►  Januari 2024 (14)
  • ►  2023 (171)
    • ►  Disember 2023 (12)
    • ►  November 2023 (14)
    • ►  Oktober 2023 (16)
    • ►  September 2023 (13)
    • ►  Ogos 2023 (16)
    • ►  Julai 2023 (14)
    • ►  Jun 2023 (17)
    • ►  Mei 2023 (14)
    • ►  April 2023 (10)
    • ►  Mac 2023 (18)
    • ►  Februari 2023 (13)
    • ►  Januari 2023 (14)
  • ►  2022 (182)
    • ►  Disember 2022 (22)
    • ►  November 2022 (9)
    • ►  Oktober 2022 (12)
    • ►  September 2022 (9)
    • ►  Ogos 2022 (11)
    • ►  Julai 2022 (10)
    • ►  Jun 2022 (10)
    • ►  Mei 2022 (13)
    • ►  April 2022 (14)
    • ►  Mac 2022 (21)
    • ►  Februari 2022 (21)
    • ►  Januari 2022 (30)
  • ►  2021 (389)
    • ►  Disember 2021 (26)
    • ►  November 2021 (23)
    • ►  Oktober 2021 (23)
    • ►  September 2021 (26)
    • ►  Ogos 2021 (26)
    • ►  Julai 2021 (29)
    • ►  Jun 2021 (27)
    • ►  Mei 2021 (30)
    • ►  April 2021 (36)
    • ►  Mac 2021 (56)
    • ►  Februari 2021 (42)
    • ►  Januari 2021 (45)
  • ►  2020 (329)
    • ►  Disember 2020 (39)
    • ►  November 2020 (36)
    • ►  Oktober 2020 (28)
    • ►  September 2020 (29)
    • ►  Ogos 2020 (36)
    • ►  Julai 2020 (24)
    • ►  Jun 2020 (30)
    • ►  Mei 2020 (28)
    • ►  April 2020 (23)
    • ►  Mac 2020 (23)
    • ►  Februari 2020 (18)
    • ►  Januari 2020 (15)
  • ►  2019 (407)
    • ►  Disember 2019 (22)
    • ►  November 2019 (30)
    • ►  Oktober 2019 (44)
    • ►  September 2019 (34)
    • ►  Ogos 2019 (48)
    • ►  Julai 2019 (27)
    • ►  Jun 2019 (30)
    • ►  Mei 2019 (42)
    • ►  April 2019 (37)
    • ►  Mac 2019 (43)
    • ►  Februari 2019 (25)
    • ►  Januari 2019 (25)
  • ►  2018 (420)
    • ►  Disember 2018 (24)
    • ►  November 2018 (32)
    • ►  Oktober 2018 (32)
    • ►  September 2018 (36)
    • ►  Ogos 2018 (29)
    • ►  Julai 2018 (30)
    • ►  Jun 2018 (38)
    • ►  Mei 2018 (38)
    • ►  April 2018 (46)
    • ►  Mac 2018 (36)
    • ►  Februari 2018 (33)
    • ►  Januari 2018 (46)
  • ►  2017 (648)
    • ►  Disember 2017 (47)
    • ►  November 2017 (44)
    • ►  Oktober 2017 (49)
    • ►  September 2017 (51)
    • ►  Ogos 2017 (56)
    • ►  Julai 2017 (46)
    • ►  Jun 2017 (47)
    • ►  Mei 2017 (58)
    • ►  April 2017 (75)
    • ►  Mac 2017 (80)
    • ►  Februari 2017 (49)
    • ►  Januari 2017 (46)
  • ►  2016 (788)
    • ►  Disember 2016 (57)
    • ►  November 2016 (65)
    • ►  Oktober 2016 (77)
    • ►  September 2016 (64)
    • ►  Ogos 2016 (75)
    • ►  Julai 2016 (80)
    • ►  Jun 2016 (69)
    • ►  Mei 2016 (58)
    • ►  April 2016 (58)
    • ►  Mac 2016 (68)
    • ►  Februari 2016 (50)
    • ►  Januari 2016 (67)
  • ►  2015 (1019)
    • ►  Disember 2015 (68)
    • ►  November 2015 (78)
    • ►  Oktober 2015 (66)
    • ►  September 2015 (57)
    • ►  Ogos 2015 (63)
    • ►  Julai 2015 (86)
    • ►  Jun 2015 (89)
    • ►  Mei 2015 (105)
    • ►  April 2015 (91)
    • ►  Mac 2015 (104)
    • ►  Februari 2015 (104)
    • ►  Januari 2015 (108)
  • ►  2014 (1504)
    • ►  Disember 2014 (130)
    • ►  November 2014 (119)
    • ►  Oktober 2014 (137)
    • ►  September 2014 (121)
    • ►  Ogos 2014 (119)
    • ►  Julai 2014 (103)
    • ►  Jun 2014 (104)
    • ►  Mei 2014 (106)
    • ►  April 2014 (121)
    • ►  Mac 2014 (132)
    • ►  Februari 2014 (139)
    • ►  Januari 2014 (173)
  • ►  2013 (2151)
    • ►  Disember 2013 (169)
    • ►  November 2013 (180)
    • ►  Oktober 2013 (160)
    • ►  September 2013 (138)
    • ►  Ogos 2013 (182)
    • ►  Julai 2013 (220)
    • ►  Jun 2013 (199)
    • ►  Mei 2013 (186)
    • ►  April 2013 (149)
    • ►  Mac 2013 (184)
    • ►  Februari 2013 (188)
    • ►  Januari 2013 (196)
  • ►  2012 (2986)
    • ►  Disember 2012 (194)
    • ►  November 2012 (211)
    • ►  Oktober 2012 (285)
    • ►  September 2012 (260)
    • ►  Ogos 2012 (210)
    • ►  Julai 2012 (239)
    • ►  Jun 2012 (220)
    • ►  Mei 2012 (281)
    • ►  April 2012 (240)
    • ►  Mac 2012 (299)
    • ►  Februari 2012 (283)
    • ►  Januari 2012 (264)
  • ►  2011 (4966)
    • ►  Disember 2011 (303)
    • ►  November 2011 (299)
    • ►  Oktober 2011 (418)
    • ►  September 2011 (390)
    • ►  Ogos 2011 (350)
    • ►  Julai 2011 (396)
    • ►  Jun 2011 (424)
    • ►  Mei 2011 (424)
    • ►  April 2011 (481)
    • ►  Mac 2011 (483)
    • ►  Februari 2011 (488)
    • ►  Januari 2011 (510)
  • ►  2010 (4406)
    • ►  Disember 2010 (559)
    • ►  November 2010 (502)
    • ►  Oktober 2010 (453)
    • ►  September 2010 (387)
    • ►  Ogos 2010 (389)
    • ►  Julai 2010 (429)
    • ►  Jun 2010 (439)
    • ►  Mei 2010 (416)
    • ►  April 2010 (473)
    • ►  Mac 2010 (202)
    • ►  Februari 2010 (89)
    • ►  Januari 2010 (68)
  • ►  2009 (167)
    • ►  Disember 2009 (52)
    • ►  November 2009 (27)
    • ►  Oktober 2009 (67)
    • ►  September 2009 (21)

Kelab Blogger BenAshaari

Kelab Blogger BenAshaari

Created with by ThemeXpose | Copy Blogger Themes