Bab makan ... bagi aku sama best ... Bilik ? Masing masing masing ada keistimewaan .. Tapi paling aku tertarik hati dan sangat sangat puashati ialah , di TRADERS ! Murah giler senyuman diorng .. Asyik memberi senyuman dan mengucapkan selamat pada setiap pengunjung tanpa mengira warna kulit !!! Walaupun kita pakai selekeh mereka tetap memberi senyuman dan layanan .. Perghh.. Serius ,susah nak jumpa hotel camni .. Bagi aku la. .takat ni banyak gak la hotel aku dah g tapi ni paling puashati !
" Saya bercadang nak beli kereta la... susah g keje gini "
" Bantaaaaaaaaaaahhhhhhhhhh .. guna je la pengangkutan awam tu... kan lebih cepat dan pantas ... murah lak tu .. "
Tapi beli gak .... pastu kalut menumpang .. ajak d sana sini .. huh.. duit minyak tak bagi.. duit tol buat dek.. tapi puji kereta tu best.. Camana tu ?
" Saya nak kawin la mak .. ngan ..erk .. ibu tunggal anak sorang "
" Bantaaaaaaaaaaaaaaaaaaaahhh ... dah abis ke anak dara ko nak kawin nehh ??? "
Kawin gak. tak kira ... cinta punya pasal.. ada yang bahagia ke anak cucu gak kan ? Tak semestinya kawin anak dara je leh bahagia .. kan kan ?
Hurm ... kehidupan sekarang kita ni penuh dengan bantahan dari menyokong.. Belum pun nampak kesan tapi dah bantah dulu.. Bila nampak kesan yang positif , tak nak lak bagi pujian.. duk puji dalam hati tapi kat mulut tetap mengeji.. Camana tu ?
Kerana satu orang punya angkara , seluruh 'cuaca' dalam 'kawasan' tu 'rosak belaka ' .. Sifat pentingkan diri sendiri yang membawa masalah kepada kepada orang lain sangatlah bahaya. Pastinya satu hari nanti akan menghancurkan semangat rakan rakan lain yg akhirnya membawa kepada kemusnahan .
Hurm .. aku cukup pelik .. Di manakah perasaan dia sebagai seorang manusia ? Adakah dia tidak berperasaan ? Atau sememangnya terdapat satu 'sifat dajal' yg ingin merosakkan segala kebahagian yg sepatutnya dikongsi bersama ?
Nak buat apa ? Kalau dia lebih pantas dengan 'mengulam' pihak atasan dan lebih menarik lagi jika ulamannya ditambah dengan sambal belacan yg sudah pastinya membuatkan dia 'selamat' kerana mereka telah terkena hasil 'masakan'nya.
Arghh.. geram ? Tu je mampu dicakap ? Peliknya bila berdepan , layu.. Tak mampu meluahkan kata kata ? Adakah dia.. erk.. fitnah ni .. hurm.. Entahlah .. yang pasti segalanya telah berubah .. berubah kepada mendung yg hanya menunggu hujan atau ribut petir !
PORTLAND: Seorang lelaki yang dikenali di Portland, Oregon kerana mengenakan tatu pada hampir keseluruhan badannya termasuk lidah, kini mengambil langkah seterusnya untuk menyuntik dakwat ke dalam matanya pula.
Matt Gone memberitahu KPTV beliau sudah hampir 20 tahun mengenakan tatu di badannya untuk menutup kecacatan akibat kelahiran pada anggota badannya.
“Mengenakan tatu di mata adalah yang paling jauh boleh saya buat,” katanya. – Agensi
sumber : BHARIAN
Tengahari tadi , aku telah umumkan satu pertandingan ( link ) dan tak sangka mendapat sambutan amat hangat .. hehe.. Terima kasih pada yang sudi menjengahnya walaupun tak menyertainya ..
Ok .. mari kita tengok mereka yang telah menghantar penyertaannya ..
Wah... ramai gak dah bagi jawapan ... mana satukah yang menarik dan kreatif untuk hari pertama ? Pandai pandai la beri pendapat yer .. hehehe ...
Pada yang teringin nak join atau tengok entri pertandingan ini , silalah jengah di sini
Ada suka dan ada duka .. korang nak mana dulu ? Ok .. duka ? dulu ?? Betui ??? Ok la .. aku cerita pasal duka ... hurm... arghhh.. malas malas malas. tamo citeerrrr..
Masalah aku bertambah.. ingat hujung minggu ni boleh rehat , tapi tidak !! Tensen aku .. arghhh ..
Maka makan malam aku di situ , mmg tempat aku melepaskan tekanan .. Aku belasah makan segalanya termasuk menelan wasabi ! Berasap telinga aku !! Baru padan muka aku ... huhu..
Malas nak cerita masalah aku .. huhu.. baik aku g settlekan dengan secepat mungkin.. geram geram geram ..
Ok .. aku nak perkenalkan sebuah blog .. heheh... SUARA PEOPLE .. Apa menariknya blog ni ? Hehe.. tu kena g tengok sendiri la yer .. Erk.. apa url dia eh ??? Ni ha... http://suarapeople.blogspot.com/
Semoga terhibur .... huhu.. penat giler ..
Mudah je... boleh mencapai RM 2 juta !! Tak perlu cari orang bawah .. tiada modal diperlukan ... cuma kepintaran dan kepantasan .. paling penting ialah .... hehe.. kesabaran ...
Camana ? Haa.. sabar... ala.. tengok.. belum apa apa lagi dah tak sabar ... Gini .. tadi aku g la Mid Valley.. ada keje sikit kat situ.. bukan shopping yer .. hehe.. Cerita punya cerita dengan kawan aku yang pandu kereta tu , terbukak la satu cerita tentang skang ni kecoh nak kaya dengan mudah.. dah terbukti ! Penoreh getah pon letak jawatan ... haaa...
Ok... nak tau ? Ok... kita sambung di entri akan datang .. ok ???
Kata dah.. baru skit je dah tarik muka .. sabar sabar ... hehehe... Abang tu cerita , skang ni orang pakat dok giler mencari CICAK TOKEK...
Kat bawah ni adalah harganya di pasaran .. hehe.. jangan tak tauu..
Ops .. buat apa eh cicak ni ? Aku rasa ramai dah tau tapi buat yang tak tau tu .... sila baca di sini ( link ) ..
Amacam? Menarik ? Hehe.. kalau malas nak berblog , bekerja , berniaga dan sebagainya , silalah usha kat dinding rumah anda .. kot kot ada cicak tokek ( tokay) ni.. hehehhe... mana tau rezeki depan mata.. hehehe..
Mesti ada yang teringin nak tanya soalan tu sedangkan ramai dah tanya pada aku bagaimana aku popularkan blog aku ni .. Popular di sini bermaksud dikenali.. ok ? Jangan salah faham yer ..
Cara paling mudah dan senang .. hehehe.. Masuk semua pertandingan yang ada .. hehehe... Pastikan kita adalah orang yang pertama hantar jawapan.. Menang atau tidak , belakang kira !
Paling menguntungkan bila mana pertandingan itu dibuat oleh blog blog yang tinggi trafiknya . Kenapa yer Ben ??
Gini .. cuba bayangkan eh .. Bayangkan laaaaa.. tu pon susah keeee .. Erk.. Bayang apa eh ? hehe.. ok ..bayangkan la.. dibuat satu pertandingan yang mudah dan hadiahnya pon biasa jer tetapi jangan fikirkan hadiahnya .. Fikirkan keuntungan yang boleh anda nikmati untuk jangka masa pendek , iaitu TRAFIK ! Secara tidak langsung , blog anda akan dimasuki oleh mereka yang tertanya tanya , bagaimanakah anda menjawab soalan pertandingan tersebut .. Kan kan ? Mesti diorng nak tau ? Kalau nak tau , kena la masuk blog tu kan .. Sapa untung ?
Tak caya ? Cuba la buat .. aku dah try dulu .. hehe.. kat blog joegrimjow.. tak menang pon tak kisah.. janji aku berjaya mengenalkan kehadiran blog aku pada rakan rakan pembaca blognya.. Promosi percuma weh !! hehe..
Dengan sudinya tuan punya blogshop RIZI-BIZ.COM meminta aku membuat satu pertandingan yang amat mudah .. shopping shopping siber gitu ..
3 pakej percutian ke GENTING HIGHLANDS termasuk penginapan yang bernilai RM500 menanti anda termasuk juga hadiah hadiah misteri dan juga baucer membeli belah dari RIZI-BIZ SHOP
Apakah yang perlu anda lakukan ? Sangat mudah ... ni mmg kerja kaki shopping ni .. hehehe ...
Buat satu entri khas untuk menjawab soalan soalan yang akan diberikan . Di dalam entri itu perlu ada ...
1. header ini dan linkkan ke entri > ini
2. tajuk " JOM SHOPPING KAT RIZI BIZ SHOP "
3. Soalannya :
- Anda diberi RM1000 , sila habiskan duit itu dengan membeli belah produk produk yang terjual di RIZI-BIZ SHOP.
- Anda perlu catatkan semua perbelanjaan anda seperti berapa jumlah unit yang anda beli , perlu teka setiap harga barang tersebut dan mengapa anda pilih barang tersebut .. CATAT , JUMLAH UNIT DIBELI , TEKA HARGA SEUNIT , ALASAN .
- Jika RIZI-BIZ SHOP ingin menjadikan sesuatu produk sendiri , apakah produk tersebut dan berikan alasan.
- Pada pendapat anda , bagaimanakah cara terbaik untuk mempromosikan serta menaikkan ranking sesuatu website ?
- Apakah jenis produk yang tidak dijual diblog RIZI-BIZ SHOP jual dan sepatutnya dijual . Berikan sebab ..
4. Jawapan adalah dalam bentuk kreativiti anda.. Anda kan blogger ? hehehe.. perlu kreatif..
5. Tarikh tutup adalah 30hb OKTOBER 2010 .
6.Peserta paling kreatif ( ditentukan oleh penaja ) akan dikira sebagai pemenang peraduan ini ..
7. Sila tinggalkan url blog anda setelah membuat jawapan..
Syarat-syarat akan berubah dari masa ke semasa mengikut permintaan penaja . Sebarang surat menyurat tidak akan dilayan .. ;)
JANGAN LUPA !!! Kasi abis semua duit tu ! Ala ala cerita MR.OS gitu .. takkan tak tengok ??
JANGAN LEPASKAN PELUANG!!
DAPATKAN SHAWLS/TUDUNG DENGAN HARGA BORONG YANG SANGAT MURAH.
ANDA HANYA PERLU MEMBELI SEKURANG2NYA 20 HELAI TUDUNG DAN ANDA AKAN MENDAPAT HARGA YANG SANGAT MURAH.HARGA BORONG BERGANTUNG KEPADA KUANTITI YANG DIBELI.SEMAKIN BANYAK YANG DIBORONG SEMAKIN MURAH HARGA DAN SEMAKIN BESAR KEUNTUNGAN.
Hanya di ... AYUCINTA
Pagi tadi , sewaktu aku dalam perjalanan ke pejabat ( di PWTC ) di senario yang serupa tapi tak sama .. Apakah itu ?
Gambar pertama .. terdapat sekumpulan orang yang beratur dan menunggu untuk mendapatkan IPHONE 4 di ruang legar KLCC dan satu lagi di.. hehe.. aku rasa semua tau kan..
Kedua dua ni berlaku diantara jam 7-8 pagi.. cool ? heheh.. bagus ar diorang ni .. bila dah minat , segalanya ditolak ketepi ... hehe.. camni la kita nak .. kan ? Erk.. yeke ??
KUALA LUMPUR - Pergerakan Wanita UMNO mahu lebih ramai golongan Hawa dilantik menerajui jawatan lebih tinggi termasuk menjadi Menteri Besar.
Ketuanya, Senator Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, pelantikan itu jika dilaksanakan dapat memartabatkan peranan wanita di negara ini.
"Saya dan ahli Exco Wanita mesti berani memperjuang dan menyediakan 'prasarana' dan 'lebuh raya' untuk wanita melonjak ke satu tahap kepimpinan yang membanggakan, misalnya menjadi Menteri Besar, Ketua Menteri, Pengerusi Perhubungan UMNO negeri dan jawatan-jawatan tinggi dalam parti," katanya semasa menyampaikan ucapan dasar bertemakan 'Melonjak Wanita ke Persada Kepimpinan' pada persidangan pergerakan itu di sini semalam.
sambungan di > Kosmo
BA : Satu cadangan yang berani tapi bagi aku la kan.. bukan tak boleh , tapi tak payah la... biar je la wanita membantu lelaki.. Tugas tugas memimpin sesebuah negeri mahupun negara , serahkan je pada lelaki ... Wanita menjadi tulang belakang.. Itu dah cukup membantu ..
Antara faktor lain , bila wanita lebih lagi yang muda muda ni , nanti dah terlibat dengan politik , masa pon takde .. Bila dah takde masa , perasaan nak kawin tu , dah ilang sbb terlalu mengejar karier agar dapat pergi lebih jauh.. Alasan , nanti dah kawin , suami suruh duduk kat dapur jer ..
Bukan takde wanita berjaya memimpin.. tapi jumlahnya amat kecil sekali.. Kita tak tau bagaimana di sebalik tabir kejayaan mereka tu.. yang kita nampak kejayaannya.. Wanita harus fikir yang mana patut didahulukan .. Keluarganya atau kerjayanya ?
Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya: “Suami adalah penjaga (pemimpin) terhadap kaum keluarga dan ia dipertanggungjawabkan terhadap orang-orang di bawah jagaannya dan isteri adalah penjaga (pemimpin) di dalam rumah tangga suaminya dan anak-anaknya dan dipertanggungjawabkan terhadap orang-orang yang di bawah tanggungannya” (al-Bukhari).
Tidak dinafikan wanita lebih bijak dari lelaki ( dari segi teori .. hehe ) namun dari segi emosional pula , wanita mudah terpengaruh berbanding lelaki .. Takut takut nanti , corak pentadbiran akan menurut kehendak emosi ..
Jadi , pendapat aku , biarlah wanita membantu lelaki .. MEMBANTU adalah satu tanggungjawab yang cukup besar ! Bukan mudah nak 'membantu' ... Biarlah lelaki yang layak saja memegang tampuk pemerintahan .. Mmg tugas lelaki kan mencari rezeki untuk keluarganya .. Jadi pemimpin pon satu pekerjaan. . Dibayar .. bukan BERKHIDMAT UNTUK NEGARA semata mata atau SUKARELAWAN .. hehe..
Cukup cukuplah perintah si suami dirumah tu .. hehe.. Bagi yang dok beria mencari karier diatas dunia ni , cuba cuba la luangkan masa mencari cinta agar ada juga sudi mendoakan serta mensedekahkan pahala bila kita dah tiada di dunia ini.. Jangan sampai jadi andartu atau sampai ke tua tak kawin .. Rugi ...
Tak kemana pon kuasa dunia ni.. Lebih baik bahagiakan yang seorang yang kita cintai dari berkorban untuk sesuatu yang belum pasti lagi niatnya .. Lebih baik pegang senduk dari pegang cokmar.. Baru kena komplen ngan suami , masakan tak sedap pon dah terhiris hati , apatah lagi kena kritik di media-media sedia ada .. huhu
Wallahualam .. sekadar pandangan aku ...
Ketuanya, Senator Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, pelantikan itu jika dilaksanakan dapat memartabatkan peranan wanita di negara ini.
"Saya dan ahli Exco Wanita mesti berani memperjuang dan menyediakan 'prasarana' dan 'lebuh raya' untuk wanita melonjak ke satu tahap kepimpinan yang membanggakan, misalnya menjadi Menteri Besar, Ketua Menteri, Pengerusi Perhubungan UMNO negeri dan jawatan-jawatan tinggi dalam parti," katanya semasa menyampaikan ucapan dasar bertemakan 'Melonjak Wanita ke Persada Kepimpinan' pada persidangan pergerakan itu di sini semalam.
sambungan di > Kosmo
BA : Satu cadangan yang berani tapi bagi aku la kan.. bukan tak boleh , tapi tak payah la... biar je la wanita membantu lelaki.. Tugas tugas memimpin sesebuah negeri mahupun negara , serahkan je pada lelaki ... Wanita menjadi tulang belakang.. Itu dah cukup membantu ..
Antara faktor lain , bila wanita lebih lagi yang muda muda ni , nanti dah terlibat dengan politik , masa pon takde .. Bila dah takde masa , perasaan nak kawin tu , dah ilang sbb terlalu mengejar karier agar dapat pergi lebih jauh.. Alasan , nanti dah kawin , suami suruh duduk kat dapur jer ..
Bukan takde wanita berjaya memimpin.. tapi jumlahnya amat kecil sekali.. Kita tak tau bagaimana di sebalik tabir kejayaan mereka tu.. yang kita nampak kejayaannya.. Wanita harus fikir yang mana patut didahulukan .. Keluarganya atau kerjayanya ?
Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya: “Suami adalah penjaga (pemimpin) terhadap kaum keluarga dan ia dipertanggungjawabkan terhadap orang-orang di bawah jagaannya dan isteri adalah penjaga (pemimpin) di dalam rumah tangga suaminya dan anak-anaknya dan dipertanggungjawabkan terhadap orang-orang yang di bawah tanggungannya” (al-Bukhari).
Tidak dinafikan wanita lebih bijak dari lelaki ( dari segi teori .. hehe ) namun dari segi emosional pula , wanita mudah terpengaruh berbanding lelaki .. Takut takut nanti , corak pentadbiran akan menurut kehendak emosi ..
Jadi , pendapat aku , biarlah wanita membantu lelaki .. MEMBANTU adalah satu tanggungjawab yang cukup besar ! Bukan mudah nak 'membantu' ... Biarlah lelaki yang layak saja memegang tampuk pemerintahan .. Mmg tugas lelaki kan mencari rezeki untuk keluarganya .. Jadi pemimpin pon satu pekerjaan. . Dibayar .. bukan BERKHIDMAT UNTUK NEGARA semata mata atau SUKARELAWAN .. hehe..
Cukup cukuplah perintah si suami dirumah tu .. hehe.. Bagi yang dok beria mencari karier diatas dunia ni , cuba cuba la luangkan masa mencari cinta agar ada juga sudi mendoakan serta mensedekahkan pahala bila kita dah tiada di dunia ini.. Jangan sampai jadi andartu atau sampai ke tua tak kawin .. Rugi ...
Tak kemana pon kuasa dunia ni.. Lebih baik bahagiakan yang seorang yang kita cintai dari berkorban untuk sesuatu yang belum pasti lagi niatnya .. Lebih baik pegang senduk dari pegang cokmar.. Baru kena komplen ngan suami , masakan tak sedap pon dah terhiris hati , apatah lagi kena kritik di media-media sedia ada .. huhu
Wallahualam .. sekadar pandangan aku ...
KUANTAN – Misteri kehilangan bakal pengantin yang dijangka berkahwin 12 November ini, Rozaliya Mat Lazim, 20, akhirnya terungkai apabila dia ditemui bekerja di sebuah kedai serbaneka di Changkat Bukit Bintang, Kuala Lumpur petang semalam.
Gadis itu bekerja di situ sejak dua hari lalu dan menyewa rumah bersama beberapa rakan berhampiran kawasan Bukit Bintang.
Sebaik sahaja polis Kuantan menerima maklumat awam mengenai kehadirannya di kedai itu, mereka menghantar beberapa orang anggota untuk menahan gadis itu dan membawanya pulang ke Kuantan malam tadi.
Rozaliya memberitahu Kosmo!: “Saya tidak mungkin bersama dia lagi (tunangnya, Mohd. Helmi Mohd. Noor). Saya ingin bina hidup baru, apa yang sudah berlaku biarlah berlalu.’’
Gadis yang berasal dari Kemaman, Terengganu itu kini mahu menenangkan fikiran dan tidak berhasrat memikirkan mengenai majlis perkahwinannya yang telah sedia diatur pada 12 November ini.
“Kalau diberi peluang jumpa tunang pun saya tidak mahu.
Hati saya sudah tertutup,’’ katanya.
Rozaliya mengakui perhubungannya dengan Mohd. Helmi begitu singkat dan terburu-buru.
“Saya hanya kenal dia kira-kira empat bulan dan terus bertunang sebelum merancang untuk berkahwin,’’ katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohd. Jasmani Yusoff pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan malam tadi memberitahu, ketika ditemui, Rozaliya tidak lari sebaliknya bersetuju untuk dibawa pulang.
“Kes ini tiada unsur jenayah dan kepada kami, siasatan telah selesai,’’ ujarnya.
Ditanya kaitan dua khidmat pesanan ringkas (SMS) yang diterima oleh Mohd. Helmi pada hari kehilangan Rozaliya yang berbunyi: ‘Ada dua lelaki sedang mengekori’ dan ‘abang datang cepat, saya takut’: beliau menjelaskan, ia mungkin rekaan gadis itu.
Katanya, Rozaliya sendiri mengaku menaiki bas ekspres ke Kuala Lumpur seorang diri pada hari kejadian.
Isnin lalu, akhbar melaporkan kehilangan Rozaliya semasa keluar membeli barang keperluan perkahwinan di Kuantan pada 13 Oktober.
Sementara itu, bapa mangsa, Mat Lazim Mat Ismail, 52, lega melihat anaknya selamat dan akan berbincang dengan keluarga bagi menentukan sama ada perkahwinan yang dirancang pada 12 November ini akan diteruskan.
Menurut Mat Lazim, Rozaliya mengenali Mohd. Helmi selama empat bulan sebelum mengikat tali pertunangan selama setahun.
“Bagaimanapun, selepas Rozaliya mengenali hati budi Helmi, dia sudah berubah sikap,’’ jelasnya.
Mat Lazim mendakwa, sikap Helmi yang pemarah, mengongkong dan sukar diajak ke mana-mana tidak disenangi oleh anaknya itu.
sumber : KOSMO
OMG !!! Apa tu OMG ?? NASI LEMAK 50 sen ?? Bayangkan budak budak laki gunakan tu kat kawan perempuan dia di sekolah ?? Faham faham je la kan.. diorng ni cepat belajar ..
Bukanlah tak leh bersikap terbuka.. Yang besar cam aku ni ok la.. yang budak budak tu ?? Diorg nak faham pe ? Mana yang boleh diorng gunakan untuk bergurau , diorng amik tnpa tau apa apa makna.. janji boleh ketawa ..
Aku pasti korang tau filem apa yang aku katakan tu kan ? hehe.. bukanlah aku kolot tapi sepatutnya filem mendidik anak muda kita yang baik baik walaupun dalam keadaan lawak jenaka..
Drama petang tadi.. aku pasti ramai tengok .. Aku kurang pasti sebenarnya.. Diorng dalam satu bilik tanpa ikatan bukan ? Apa kes tu ? Mengajar ke ? Hurm... Bagi aku ,babak begitu tak perlulah tunjuk.. seolah olah bagi green light jer kat yang menonton tu .. Dan ada lagi babak yang aku rasa .. hurm ... bukan budaya kita tapi nak cuba diterapkan secara halus .. Entahlah ..
Sekali lagi aku tegaskan .. aku bukan kolot .. tapi kalau nak elakkan kes kes bayi terbuang dan wujudnya lebih banyak sekolah hamil atau pemimpin g cari alternatif kat luar negara untuk menghalang kes kes zina ni , aku rasa mulakan dari media elektronik kerana tv senantiasa hampir dengan kita ..
Drama drama gak.. pengajaran tetap pengajaran tapi berapa ramai yang amik kebaikkan dari drama tersebut ? Dan berapa ramai pula amik keburukkannya ? Walaupun jumlahnya kecik , tapi ianya berpunca dari situ.. Adalah baik mencegah dari mengubati.. kan ?
Pandangan aku jer ..
Tara ... adeh.. penat dah g masuk sana sini .. jadi geng diorng .. huhu... ada lagi yang masih belum sempat nak masuk usha.. sabaq no.. bukan senang .. macam macam ada ...
Ok .. untuk malam ni , aku nak beri kawan kawan beri semangat buat rakan rakan blogger yang baru atau agak lama dalam dunia blog ni .. Macamana ? Kita sergah di blognya .. hehehe..
Ok.. blog blog yang kita patut g sergah ialah .. ehehe..
faizah , beLalanG , Dhiaqiud , My Little Diary , Lydia Miza(Aidyl Azim) , azwani , suzzsuzie , kakchik@ella , kembatolo™ , ~ayu.oyie.yuna~ , Xana , myranaqi , CT , ain gojes , My Diary Notes , Lady D'yot , AnggerikDiTangkaiMawar , intannazirajalil , cik shara gadis bunga , ♥ azura wif lurvee ♥♥ , Diana Yahya , Cik Liyana , cikmimmie , Al dan banyak lagi .. huhu... tak larat nak copy paste .. mata dah kuyu.. huhu..
Apa pun , aku seru pada semua yang berminat nak memberi sokongan , g la beri yang sepatutnya .. bukan susah pon .. mana tau , dengan sokongan anda , mereka bertambah bersemangat untuk menghasilkan entri entri yang berinfo .. Haaa.. dapat gak ganjaran nanti kan ?
Ok... kalau berminat , sila la g tengok tengok mereka yang telah tinggalkan link mereka tadi .. Bagi aku , mereka semua ini adalah BLOG PILIHAN BEN ASHAARI buat malam ini !!
Jommm g tengok kat sini
- Tgk tandas.. kalau cantik tandas tu , maka cantik la bilik tu.. hehe.. pendapat aku yer..
- Gi tengok kolam renang dia .. deco dia camana .. hehe.. rekabentuk maksud aku ler ..
- jengok gym .. sepatutnya semua hotel perlu ada gym .. ada gak hotel tak tau ..
- test power katil .. yang ni , tak de pon tak kisah .. leh tidur mana mana jer ..
- g usha makanan .. hehe.. tapi jarang la nak makan kat hotel kecuali breakfast ..
- aircond ..
- permandangan di luar ..
- internet !!! hehehe.. penting nehhh .. pastikan signal cun punyaa.. kalau tak ??? boleh mati wooo...
- opss... ni sebenarnya paling penting .. tengok kat syiling bilik.. kat mana arah kiblat .. hehe.. senantiasa sediakan kompas kiblat bila mengembara ... hehe..
- tv .. hehehe..
Monorel Melaka berhenti tiba-tiba 4 jam selepas dirasmikan
MELAKA 20 Okt. - Tidak sampai empat jam ia dilancarkan, perkhidmatan monorail di Stesen Hang Jebat, Taman Rempah di sini terhenti secara tiba-tiba ketika orang ramai berada di dalamnya.
Kejadian tersebut berlaku kira-kira pukul 4.30 petang tadi, sebaik sahaja pengangkutan awam termoden di negeri ini itu dirasmikan Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam di sini pada pukul 1 petang.
Ketika kejadian, terdapat kira-kira 20 penumpang di dalam monorel tiga gerabak itu yang terhenti secara tiba-tiba kira-kira 100 meter selepas bertolak dari Stesen Hang Jebat, Taman Rempah.
Tinjuan Utusan Malaysia di stesen tersebut pada pukul 5.15 petang ini mendapati sebuah jentera 'sky lift' sedang sibuk melakukan kerja-kerja pembaikan di gerabak monorel tersebut yang masih berada dilandasannya. - Utusan
Bagaimanapun difahamkan, kesemua kira-kira 20 penumpang berjaya dipindahkan ke kawasan selamat menggunakan 'sky lift' kira-kira pukul 4.45 petang.
sumber : UTUSAN
ORANG ramai tidak melepaskan peluang untuk menaiki Monorel Melaka yang dibangunkan dengan kos kira-kira RM15.9 juta selepas dilancarkan oleh Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam di Taman Rempah, Melaka, hari ini. - Foto Mohd Jamah Nasri.
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, malam ini mengisytiharkan Melaka Maju 2010 menerusi sidang video di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.
Perisytiharan bersejarah itu dibuat secara langsung terus ke Stadium Hang Jebat disaksikan kira-kira 50,000 orang termasuk Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Khalil Yaakob, dan Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam.
Perisytiharan itu dibuat tepat pada jam 8.10 malam ini atau jam 2010, pada tarikh 20.10.2010.
Najib, ketika mengisytiharkan Melaka Maju itu, berkata beliau amat berbangga kerana kepimpinan kerajaan negeri Melaka dan rakyat Melaka yang bekerja kuat untuk mencapai wawasan membangunkan negeri itu.
"Saya bagi pihak seluruh warga negara Malaysia dan Kerajaan Persekutuan berasa sangat berbangga di atas pengisytiharan tersebut," katanya.
Mengikut Pertubuhan bagi Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD), Melaka dikira sebagai negeri maju selepas memenuhi lima aspek penting meliputi ekonomi, sosial, infrastruktur, alam sekitar dan pentadbiran.
Lima aspek penting itu meliputi 32 indikator yang tidak melebihi sasaran terendah ditetapkan oleh OECD.
Antaranya ialah berkaitan kadar inflasi, kadar pengangguran, kadar pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), jangka hayat, kadar kematian dan kadar jenayah.
Turut hadir bersama Perdana Menteri ialah Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu; Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Taib Mahmud; Presiden Gerakan, Tan Sri Koh Tsu Koon; Presiden Parti Progresif Rakyat (PPP), Datuk M Kayveas. - BERNAMA
sumber : BHARIAN
Sapa BEN ASHAARI ? Artis baru ke ?? Nape ada orang dok cakap pasal dia ????
Jangan tanya aku weh... aku pon tak tau apasal nama BEN ASHAARI jadi sebutan .. Sori yer.. aku bukan bangga .. sedikit pon tidak .. sbb apa ? Sbb aku bukan bagus sangat pon dalam dunia blog ni ..
Ramai mintak pandangan aku tentang blog mereka .. Huh.. layakkah aku ? Serius , aku tak layak langsung.. LANGSUNG tidak layak .. Apa yang boleh aku bantu cumalah memberi pandangan amatur dari sudut hujung mata aku .. nak pandang terus , malu la kan.. sapa la aku ni .. tak bagus mana pon ..
Kalau ada yang bagus tu , jgnlah tersengih sinis je.. ulurkan pandangan pada mereka.. Apa salahnya berkongsi ilmu sikit .. Ramai dah aku ulurkan tangan , tapi bila dah boleh menapak dan berlari , terus tak pandang belakang.. hehe.. lumrah kehidupan kan ?
Tak kisah .. tolong kena ikhlas cuma .. yang dah naik tu , jgn la lupa asal usul yer ..
Alhamdulillah .. banyak jugak blog yang sudi tinggalkan link untuk rakan rakan blogger lain menyinggah.. Terima kasih kerana sudi tinggalkan dan jutaan terima kasih buat mereka yang sudi g menziarah blog yang lain tu haa .. Lebih 50 blog yang tinggalkan linknya didalam entri tadi ..
Hurm.. telah aku kesan beberapa blog yang agak menyulitkan mereka ( pembaca ) masuk ke blog yang terlibat .. Hurm.. pasal apa ek ?? Cuba korang tengok balik blog korang masing masing .. Perhatikan apa yang perlu dan apa yang tak perlu ada ..
Blog bukan rumah .. mereka masuk untuk membaca entri anda .. bukan untuk mencari harta karun atau deco bersama eric.. maka , senangkanlah mereka.. Buang apa yang tak patut ...
Ramai ingat blog yang cantik adalah blog yang menjadi pilihan... Cuba g tengok blog blog yang dah meletup letup tu haa.. Bukan blog aku laaa .. blog aku kalau meletup pon ala ala mercun pop pop tu je..
Bila korang masuk , jgn sekadar baca entri diorg je..tengok dan buka mata tu luas luas.. bagaimana mereka mendecokan blog diorng tu .. ;)
Ada yang tersembunyi dalam blog mereka tu .. kalau betul betul carik , pasti blog korang akan meletup tak lama lagi !!!
Lama dah aku perasan dia merajinkan diri mengomen di blog aku.. setia sungguh dia eh walaupun aku tak g komen kat blog dia .. tapi .. aku masuk baca gak woo...
Aku suka entri entri dia .. ala ala aku gak.. pendek .. tak cerita banyak .. mudah faham walaupun .. hehe..
Blog dia pon simple jer.. loading pantas aja.. cuma .. haa.. cuma.. haa.. apa ?? Tak leh bagitau kat sini.. hehe.. nanti ada je isu timbul .. hahaha.. kalau nak tau , sila cari saya .. ops.. di FB atau YM .. Jika berminat nak tau la apa yang terkurang skit tu.. hehe..kalau tak nak tak pe.. tak leh paksa kan .. hehe..
Ok.. nak tau ke blog sapa ??? Erk... sapa ehh ?? nama dia ada iras iras penyanyi rock gitu.. hehe.. > sini
" Bos.. tahun ni takde bonus ke ? "
" Mana ada duit laa .. korang semua ni dah ada keje tu kira bagus la.. korang tengok company lain tu.. ada kena buang kerja.. kena potong gaji .. korang ?? Hari tu mintak naik gaji, dah aku bagi.. Skang mintak bonus ?? Korang tak reti nak bersyukur ke ? "
" Tapi boss.. lama dah kitorang tak merasa bonus... Bila kena marah , semua kena.. kadang kadang , sabtu ahad pon keje.. tak leh claim lak tu .. "
" Mana la company ada duit .. yang ada skang ni pon cukup cukup bayar gaji dan buat rolling bisnis je .. Tunggu untung banyak skit boleh la yer "
" Yeke tak untung ? Hari tu buat statement kat pelabur kata untung ? Pastu siap buat party sana sini.. Cerita kat kawan kawan , gempak memanjang... Tngok bos pon asyik g luar negeri.. shopping sakan je ... Pelik la boss "
" Aku boss... korang kuli... dah dah ..g buat kerja .. kang aku pecat sorang sorang , baru tau ! "
Apa mau buat.. nama pon kuli... Pe kata buat bisnis je ??? Sendiri bos , sendiri kuli.. tak niaga , makan je kuali ... tu pon kalau boleh makan ... huk huk ..
dari DRMAZA.COM untuk pengetahuan bersama ..
Soalan : Dr Asri, apakah pandangan Islam mengenai perjuangan memartabatkan bangsa? Ada yang kata tak Islamik, ada yang kata asabiyyah. Ada pula yang berkata Islam sama sekali tidak peduli masalah kaum. Kita di Malaysia orang Melayu beragama Islam, salahkah jika kita berjuang mengangkat hak bangsa melayu? Harap Dr Asri dapat jelaskan kekeliruan ini.
Saifuddin, Johor.
Jawaban Dr. MAZA: Saudara Saifuddin, Allah ialah tuhan untuk semua manusia tanpa mengira bangsa. Islam adalah agama Allah yang diutuskan agar dianuti oleh setiap bangsa tanpa sebarang diskriminasi. Dalam masa yang sama Islam akui kewujudan manusia berpuak dan berbangsa. Allah Tuhan Yang Maha Pencipta telah menciptakan manusia dalam keadaan demikian dengan hikmah yang begitu banyak. Di sini saya sebut beberapa perkara untuk memahami isu ini;
1. Tiada siapa yang mampu menentukan bangsanya sebelum dia lahir samada untuk dia menjadi arab, atau melayu, atau inggeris atau india atau selain itu. Ia adalah ketentuan Allah, bukan atas usaha atau kejayaan seseorang. Maka hakikat ini mestilah difahami supaya kita tidak menyalahkan atau menghina seseorang atas sebab bangsa atau keturunannya kerana itu bukan pilihan atau kesalahannya. Sebaliknya kita menilai seseorang berdasarkan perbuatan dan akhlaknya. Inilah sikap yang adil. Dosa keturunan tidak ditanggung oleh anak cucu. Dosa seseorang tidak boleh dibebankan atas orang lain yang sebangsa dengannya yang tidak terlibat dengan kesalahan itu. Allah menjelaskan prinsip ini dalam al-Quran: (maksudnya)
“dan seseorang yang boleh memikul, tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain. dan tiadalah Kami (Allah) mengazabkan sesiapapun sebelum Kami mengutuskan seorang rasul (untuk menerangkan yang benar dan yang salah). (Surah al-Isra, ayat 15).
2. Maka, perjuangan apapun yang mahu ditegakkan, hendaklah menilai setiap insan berdasarkan kepada akhlaknya, bukan titih keturunannya. Keadilan dalam Islam buta warna bangsa dan agama sekalipun. Keadilan untuk semua. Sabda Nabi s.a.w:
“Wahai manusia! Sesungguhnya tuhan kamu sama, bapa kamu sama (Adam). Ketahuilah! Tiada kelebihan orang arab ke atas ‘ajam (yang bukan arab), atau ‘ajam ke atas arab, atau yang berkulit merah ke atas yang berkulit hitam, atau yang berkulit hitam ke atas yang berkulit merah melainkan ketakwaan” (Riwayat Ahmad dan al-Baihaqi, dinilai hasan oleh al-Albani).
Jika hal ini tidak diteliti, perkauman atau racism akan berlaku. Akan ada pihak yang teraniaya hanya kerana keturunannya walaupun mungkin dia tidak bersalah. Diskriminasi seperti ini pernah berlaku di Amerika, sehingga Martin Luther King dalam pidatonya yang terkenal ‘I have a dream’ menyebut: “I have a dream that my four little children one day live in a nation where they will not be judged by the colour of their skin but by the content of their character”.
3. Tujuan Allah menciptakan berpuak dan berbangsa agar saling kenal mengenali antara satu sama lain. Firman Allah: (maksudnya) (maksudnya):
Wahai manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan. Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuanNya. (Surah al-Hujurat: 13).
Lihat dalam ayat ini, Allah memanggil “Wahai manusia!”. Panggilan yang sangat adil merangkumi setiap bangsa dan puak. Bukan panggil perkauman atau fanatik keturunan. Kata Sayyid Qutb dalam menafisrkan ayat ini:
“Penciptaan manusia berbagai bangsa dan suku puak bukan untuk berperang dan bergaduh, tetapi untuk berkenalan dan bermuwafakat. Perbezaan bahasa, warna kulit, tabiat, perangai, kelebihan dan kemampuan adalah kepelbagaian yang bukan bertujuan untuk perbalahan dan perkelahian. Sebaliknya, untuk bantu membantu dalam menunai tanggungjawab dan keperluan. Tiada bagi warna kulit, jenis bangsa, bahasa, negara segalanya itu nilai dalam timbangan Allah. Sebaliknya, di sana hanya satu timbangan yang menentukan nilai dan kelebihan manusia, iaitu “Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu”. (Fi Zilal al-Quran 6/3348. Cairo: Dar al-Syuruq).
4. Di samping itu, kita hendaklah tahu bahawa setiap mukmin itu bersaudara tanpa mengira bangsa dan puak. Hak-hak persaudaraan Islam telah ditentukan oleh Allah dan rasulNya. Nilai persaudaraan ini hendaklah sentiasa kita pegang. Perbezaan keturunan dan bangsa tidak boleh menjejaskan hal ini. Inilah asas perpaduan yang terpenting. Inilah perpaduan yang menyelamatkan kita dunia dan akhirat. Firman Allah: (maksudnya)
“Dan berpegang teguhlah kamu sekalian dengan tali Allah (Islam), dan janganlah kamu berpecah-belah; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu dahulunya bermusuh-musuhan, lalu Allah menyatukan di antara jantung hati kamu, maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu bersaudara (persaudaraan Islam). Dan kamu dahulunya berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu darinya (disebabkan nikmat Islam). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayahNya. (Surah Ali ‘Imran ayat 103).
5. Setelah kita faham dan beriman dengan asas-asas yang disebutkan di atas. Bertindak berteraskan asas ini, maka tidaklah menjadi kesalahan jika kita dalam masa yang sama berusaha memajukan bangsa atau keturunan kita dengan syarat kita tidak menzalimi dan menghina kaum yang lain. Dalam Islam pun, harta pusaka juga diwarisi oleh kaum keluarga. Kita juga disuruh menghubungkan silaturrahim sesama keluarga dan al-Quran juga menyuruh kita membantu keluarga di sudut harta. Firman Allah: (maksudnya)
“Maka (sebagai tanda syukur) berikanlah kepada kaum kerabatmu, miskin dan orang musafir akan haknya masing-masing; pemberian yang demikian adalah baik bagi orang-orang yang bertujuan memperoleh keredhaan Allah dan mereka itulah orang-orang yang berjaya. (Surah al-Rum, ayat 37)
6. Nabi s.a.w juga memuji sikap tolong menolong dalam memajukan atau membantu kaum atau puak sendiri, dengan syarat tidak menzalimi puak yang lain. Sabda Nabi s.a.w:
“Sesungguhnya kaum al-`Asy`ariyin apabila habis bekalan mereka dalam peperangan, atau kurang makanan keluarga mereka di Madinah, mereka himpunkan apa yang ada pada mereka dalam satu kain. Kemudian mereka membahagikan dalam satu bekas dengan sama rata. Sesungguhnya mereka daripadaku dan aku daripada mereka. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Ertinya, walaupun Islam menentang ‘asabiyyah namun Islam tidak menentang usaha membantu dan memartabatkan kaum sendiri, jika ada keperluan ke arah itu dan tidak membawa kepada pemusuhan antara puak dan kaum.
7. Adapun asabiyyah sebenarnya adalah sikap berpuak yang membawa kepada membelakangkan kebenaran dan kezaliman kepada kepada pihak lain. Sikap fanati puak itu mungkin menjelma dalam bentuk bangsa, ataupun parti politik, atau mazhab, atau kumpulan atau apa sahaja yang fanatik dan menolak kebenaran orang lain. Sabda Nabi s.a.w:
“Sesiapa yang berperang di bawah rayah ‘immiyyah (bendera kebutaan) dan menyeru kepada ‘asabiyyah atau marah kerana ‘asabiyyah maka kematiannya adalah jahiliyyah”. (Riwayat Muslim).
Rayah ‘immiyyah (bendera kebutaan) adalah kiasan kepada suatu puak yang berhimpun atas suatu perkara yang tidak diketahui sama ada benar atau batil, namun membela atas dasar ketaksuban. Ertinya, jika ada ciri demikian maka itu ‘asabiyyah yang dilarang; samada perjuangan parti atau perjuangan kaum. Maka, bukan sahaja perjuangan politik bangsa boleh menjadi ‘asabiyyah, perjuangan atas nama Islam jika fanatik dan menolak kebenaran hanya kerana keputusan parti juga boleh dinamakan ‘asabiyyah.
8. Usaha memartabatkan kaum bukan prinsip perjuangan tetapi keperluan yang dilakukan apabila keadaan mendesak seperti yang berlaku kepada kabilah al-Asy’ariyyin dalam hadis di atas. Sebab itu al-Quran bukan sahaja menyebut membantu kaum kerabat yang susah, tetapi juga membantu golongan miskin, orang musafir yang kesusahan tanpa dikaitkan dengan kaum kerabat atau bangsa.
9. Kesimpulannya; prinsip Islam mengatasi segalanya termasuk isu bangsa. Perjuangan bangsa jika bertentangan dengan prinsip-prinsip Islam yang disebutkan tadi adalah diharamkan. Namun, usaha memartabatkan bangsa jika tidak bertentangan dengan prinsip-prinsip Islam seperti prinsip persaudaraan Islam, keadilan untuk semua dan tidak menghina bangsa lain, maka ia diizinkan, bahkan terpuji.
Ni la yang terjadi bila mereka yang 'pandai memandai' nak mengubah dunia fesyen ISLAM ala kononnya penuh dengan ciri ciri keISLAMan .. Akhirnya jadi cam biawak dipakaikan baju ..
Skit je ni... ada lagi.. kalau nak tau sapa orang kuat semua ni.. meh masuk sini .. menarik gitu .. > sini
Tanda-tanda seseorang itu BANYAK toksin
• Kerap sakit kepala.
• Badan akan berasa letih tanpa sebarang sebab.
• Susah bangun tidur.
• Bahagian keliling mata gelap.
• Bahagian-bahagian tertentu di permukaan kulit seperti di bahagian bawah lengan, celah paha dan sebagainya juga akan kelihatan gelap daripada warna asal kulit.
• Banyak angin, alahan, inflamasi pada sendi.
• Sinus.
• Berat badan meningkat.
• Kehadiran selulit.
• Masalah jerawat dan banyak lagi
FUNGSI-FUNGSI FOOT DETOX
* Membuang toksin dlm badan, air berlebihan & cegah bau kaki
* Membuatkan badan menjadi lebih bertenaga
* Mengurangkan allergic, sakit sendi,
* Mengurangkan Sakit kepala, migrain atau tekanan kerja
* Menormalkan tekanan dan aliran darah
* Menguatkan sistem immune badan
* Melegakan sakit tumit & tapak kaki
* mengurangkan sembelit, Kembung perut
* membantu masalah jerawat/resdung
* Mengurangkan Diabetes, Kegemukan
* Mengatasi masalah sukar tidur
* Berpanjangan penggunaan ubat
* Bekerja dengan bahan kimia seperti cat, larutan pembersih dll
* Menyegarkan ketika bangun dari tidur
* Mengurangkan sakit gout, sendi, juga untuk perokok
DETOX FOOT PATCH
Jun Gong Regular Detox Patch
Ramuan herbanya bertindak menyah toksin dari tubuh dan meningkatkan sistem kekebalan, kecergasan dan memulihkan sistem tubuh. Berkesanan menyerap singkir racun toksin dalam tubuh, melegakan kesakitan dan lenguh otot dan sendi, melegakan kesakitan GOUT, perbaiki edaran darah, mengurangkan alahan athma, menyembuh sakit kepala dan migrane, meningkatkan kecergasan, membantu tidur yang lena,mengurangkan tekanan stress, memperbaiki sistem penghadaman, meningkatkan sistem imunisasi,mencegah badan dan kaki berbau, membantu menurunkan berat badan.
Jun Gong Detox Patch - GOLD Series
Ramuan herbanya secara asas bertindak menyah toksin dari tubuh. Pengeluar menyarankan Gold Series adalah efektif untuk penurunan berat badan selain mengatasi masalah keletihan, sakit kepala, penglihatan berlapis,peredaran darah, masalah kulit, stress,dll.. Packing yg kemas dan ekslusif.
PERHATIAN :
#PESAKIT JANTUNG TIDAK DIGALAKKAN MENGGUNAKAN DETOX FOOT PATCH,SILA REFER KPD DOKTOR ANDA DAHULU
# IBU MENGANDUNG ATAU IBU MENYUSUKAN ANAK TIDAK DI GALAKKAN MENGGUNAKANNYA
Berminat??????
Hubungi .... Ainz ( 013-3622261 )
Pernah dengan nama blog ni ? TOLAHAH ? Aku bagi contoh gambar gambar yang dia amik eh .. pergh.. meleleh aku tengok .. aku mmg suka amik gambar gambar gini.. tanpa diedit di photoshop !
dan ada banyak lagi ... Aku kira beruntung dpt berguru walaupun 5 minit dengannya.. Sedikit sebanyak dapat aku gunakan ilmu tu untuk aku nanti.. hehehe..
Bagi mereka yang berminat nak belajar mengenai fotografi ni , bolehlah singgah ke blognya ... TOLAHAH.COM .. Pasti tidak mengecewakan ..
Aku rasa la kan .. pe kata kita buat sessi suai kenal.. hehe.. ada tak blogger yang baru kat sini ? Maksud aku .. yang lalulalang kat blog aku ni ?
Blogger baru ni maksud aku , dalam sebulan dua ni baru lahir.. yang mana follower n trafik dia masih di bawah peringkat merangkak.. Kalau ada la kan , sila tinggalkan URL BLOG anda .. pastu , apa kata kita sama sama masuk n jadi rakan mereka.. Mana la tau , dengan kehadiran kita dapat meningkatkan lagi semangat menulis mereka , kan ?
Yelah , ni kira sessi suaikenal secara berkumpulan.. Apa kata ? Kalau berminat .. sila tinggalkan je url korang ... ;) dan sama sama kita g jengok.. tolong sebarkan agar lebih ramai kawan kita tau.. lagi ramai tau .. lagi ramai kawan baru kita.. kan ?
MELBOURNE 20 Okt. - Seorang hakim mengarah lelaki keluar dari sebuah mahkamah di Perth bagi membolehkan seorang saksi wanita memberi keterangan tanpa memakai tudung muka atau `niqab’.
Bagaimanapun larangan terhadap wartawan lelaki dan beberapa yang lain di galeri awam itu tidak melibatkan 19 lelaki, termasuk 12 juri yang terus dibenarkan berada dalam mahkamah daerah berkenaan semalam, demikian menurut laporan The Australia on line.
Wanita yang hanya dikenali sebagai Tasneem, membuka tudung di bahagian mukanya ketika memberi keterangan menerusi sambungan video dari sebuah bilik lain di kompleks mahkamah berkenaan.
Organisasi media merayu kepada Hakim Shauna Deane supaya membenarkan wartawan lelaki berada dalam galeri mahkamah, namun ditolak.
Hanya lelaki yang ada kaitan dengan perbicaraan itu sahaja dibenarkan berada dalam kawasan itu, putus hakim berkenaan. - BERNAMA
UTUSAN ONLINE
Lubang yang dikorek adalah untuk diri sendiri ? Sepatutnya biarlah orang lain tolong korekkan .. kalau belum bersedia nak masuk , bolehlah kambus semula.. tapi kalau dah orang lain tolong korek tapi tak berminat nak kambus , maka tunggu je la masa untuk masuk .. kan ?
Tapi kalau sendiri dah korek lubang tu , maka mmg sendiri tunggu masa untuk masuk .. kan ? Kenapa nak marah orang lain sbb sendiri dah masuk dalam lubang tu ? Pelik bukan ? Haih..
Tak faham betul aku dengan sesetengah orang .. Hidup dah senang.. tenang.. tapi nak bikin onar.. Bila dah bikin onar tu , pandai pandai la tutup lubang.. kalau nak harap orang lain tutup lubang , kena gak tau , orang lain tu pon ada lubang sendiri nak ditutup ! Haiyo... mudah maa... sendiri makan , sendiri kenyang la bila bab ni.. Gembira sorang sorang , takkan nak tarik satu Malaysia menangis ramai ramai kot ???
MANCHESTER: Pengurus Manchester United, Alex Ferguson terkejut selepas mengetahui penyerang Wayne Rooney dilaporkan tetap dengan pendiriannya mahu meninggalkan 'kelab terbaik dunia' itu.
Ferguson yang kelihatan tersentak dan berdiam beberapa minit pada sidang akhbar semalam, apabila mendapat tahu Rooney akan meninggalkan Old Trafford.
Apa yang jelas beliau tidak mampu memberitahu sebab penyerang England itu mengambil keputusan berkenaan.
"Kami tidak memahami mengapa dia mahu meninggalkan United," katanya ketika wartawan dingatkan agar soalan mengenai isu Rooney hanya dikemukakan selepas perlawanan Liga Juara-Juara Eropah, hari ini.
Lebih separuh daripada soalan tertumpu kepada Rooney, Ferguson akhirnya mengesahkan laporan bahawa Rooney tidak akan menandatangani kontrak baru bersama United.
Kontrak Rooney tamat pada 2012 dan perjanjian baru mengenainya sudah dibincangkan dengan Ketua Eksekutif kelab itu, David Gill pada 14 Ogos lalu.
"Ia mengejutkan kita. Saya tidak mempercayainya kerana pada perbincangan awal pada Mac lalu, dia (Rooney) mahu terus bersama United, dia mahu menandatangani kontrak sepanjang hayat kerana dia gembira bersama United," katanya. - Reuters
sumber : BHARIAN
Untuk pertama kali dalam hidup aku , kehidupan aku bermula di hotel utk ke pejabat ..Biasanya dari rumah la kan ? Hehe.. satu kenangan yang pastinya aku takkan lupa sampai bila bila..
Bermula hari aku di Hotel Traders yang dalam kawasan KLCC , seawal 630 pagi.. bersarapan (FOC) dengan wife dulu... makan je apa nak makan.. nasib baik pagi ! maka pilihan makanan aku agak terhad .. malas nak mengah pagi pagi .. huhu..
Kemudian , kena la jalan kaki ke KLCC untuk amik PUTRA ke Stsn LRT Masjid Jamek .. Huhu.. nasib baik dekat .. tapi berpeluh la jugak .
Dan akhirnya sampai ke PWTC ... Yang pastinya penuh dengan ahli ahli UMNO .. Alhamdulillah , sempurna sekali pagi aku tadi .. Cuma , bila jejak je kaki kat pejabat .. kepala kembali serabut .. hehe..biasa la kan ..
Tu la.. orang kata , tak baik pagi pagi 'angin' .. tapi nak buat camana .. Angin yang timbul pon bukan diinginkan.. tapi tak pe la.. biar je...
Tak pe.. kita biarkan hari ini berlalu begitu saja.. Yang pastinya , selepas waktu kerja nanti , aku nak laluinya dengan penuh bermakna.. Yearghhhhhhhhh...
Huih.. malam ni saja aku rasa dekat 5 blog aku follow terdiri dari cikgu cikgi ! Pergh.. satu perkembangan yang amat menarik .. Sudah pastinya mereka ini akan memeriahkan lagi dunia blog dengan pendapat pendapat yang bernas yang terkini.. Kan cikgu kan ?
Aku sokong benar la kalau cikgu membzkan diri bila ada kelapangan tu dengan memblogkan diri dari membuang masa melepak kat mana mana tanpa memberi pulangan yang berfaedah .. kan ?
Diharap cikgu cikgu yg menjeremuskan diri di dalam dunia blog ini agar bertindak matang agar dapat memberi contoh buat mereka terutama mereka yg masih lagi bergelar pelajar ..
Ok cikgu ? Jutaan terima kasih kerana sudi singgah di blog ini .. Tak pasti bila lagi kita akan 'bertemu' kan ? Hehe.. begitulah lumrah dunia blog .. Hari ni bersua.. esok lusa ??
Adeh... dasat tul .. hahaha.. pening jugak kepala PM kita eh .. mentang mentang pilihanraya dah dekat.. hehe.. mintak selagi boleh yer .. tak pe.. kalau dapat , best la gak kan .. boleh gak tokok skit beli baju , seluar , untuk tahun depan .. Untuk g kerja gak tu kan ? haaa...
CUEPACS tetap mahu kerajaan pertimbang pemberian bonus
KUALA LUMPUR: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) sekali lagi memohon supaya kerajaan mempertimbangkan pemberian dua bulan bonus kepada kira-kira 1.2 juta penjawat awam di negara ini.
Presidennya, Omar Osman, berkata berdasarkan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang menunjukkan peningkatan sebanyak 10.5 peratus tahun ini, beliau yakin kerajaan mampu berbuat demikian.
"Pertumbuhan KDNK negara kita telah melonjak kepada 10.5 peratus dan keadaan ekonomi negara sedang mantap, jadi tidak mustahil perkara itu (bonus) dapat dilaksanakan
"Kita turut menghantar satu telegram kepada Perdana Menteri petang ini bagi menyatakan hasrat kita (supaya) dapat berjumpa beliau dengan harapan kerajaan dapat mempertimbangkan semula pemberian bonus itu," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Khas Majlis Kongres CUEPACS ke-11 di Wisma CUEPACS hari ini.
Seramai 135 perwakilan kongres, termasuk dari Sabah dan Sarawak, menghadiri mesyuarat yang berlangsung selama dua jam itu.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, semasa pembentangan Bajet 2011 di Dewan Rakyat Jumaat lalu, tidak mengumumkan bonus kepada kakitangan awam, sebaliknya memberi bantuan kewangan khas sebanyak RM500 bagi Gred 54 dan ke bawah, termasuk pegawai kontrak dan pesara kerajaan, bagi menampung perbelanjaan persiapan sekolah.
Omar berkata, tuntutan pemberian bonus telah dibuat sejak beberapa tahun lalu, namun ditolak kerana keadaan ekonomi yang tidak menentu ketika itu.
Beliau yang berterima kasih di atas pemberian bantuan kewangan khas itu, masih berharap kerajaan dapat memberikan sekurang-kurangnya sebulan bonus.
Ditanya mengenai pemansuhan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) yang akan digantikan dengan sistem penilaian baru, Omar berkata CUEPACS menyambut baik pengumuman itu, namun berharap mereka akan dipanggil berbincang mengenai penggubalan sistem baru tersebut.
"Kita berharap pada Julai 2011 nanti, sistem penilaian baru yang baik dapat diwujudkan, dan wakil dalam CUEPACS turut dipanggil bagi berbincang apakah sistem yang terbaik bagi penambahbaikan dalam perkhidmatan awam pada masa kini," katanya.
Beliau turut menjelaskan bahawa PTK yang bakal diadakan bulan ini, tetap diteruskan sehingga satu sistem penilaian baru diwujudkan pada Julai tahun depan. - BERNAMA
Segmen header tu aku dah tamatkan .. Skang aku nak kembalikan satu segmen yang pernah aku buat dulu .. Blog Pilihan BEN ASHAARI ( BA ) ..
Malam ni aku nak g ke negeri PERAK .. Sebuah blog yang baru saja lahir tapi bakal mempunyai 'peminatnya' tersendiri satu hari nanti .. Yang menariknya ialah blogger ni masih lagi 'berbaju putih ' .. Belum layak lagi mengundi ! Haa...
Kenapa dia menjadi pilihan aku malam ini ? Hehe.. Dia ada idea .. Fresh memandangkan dia sendiri masih lagi bergelar pelajar sekolah !! Haaa... camana tu ?
Template dan hiasannya juga simple .. menunjukkan dia juga buat kerja rumah mengenai dunia blog ini .. Takde la nak letak spot light sana sini .. letak lampu lip lap... disebabkan itu loading di blognya , pantas dan anda tak perlu membancuh kopi cap kapal api sementara menunggu abis loading !
Ops.. blog sapa yang aku kecohkan ni ?? Korang rasa ?? Cuba la teka ..Berasal dari Bidor , Perak ...Namanya pula ada iras nama wife aku lak tu .. haaa..
Okeh.. jom g usha.. adakah pilihan aku tepat malam ini ?? Klik sini
Serius.. apa saja bila melibatkan 'tempatan' aku mmg gemar sekali .. Kalau memadai dengan harga , aku pasti membelinya .. Cakap je .. bagitau kat mana , dengan segera aku melompat g usha dulu.. beli kemudian.. hehe.. takkan sambar terus je.. tokey balak pun letak jawatan gitu..
Tapi satu persoalan .. kenapa asik asik rakyat kelas sederhana dan bawahan je dikempen membeli barangan buatan tempatan padahal yang punya duit juta juta , g shopping kat luar negara sedangkan kat dalam negara pon ada jual .. Camana tu ? Kira glamer abis la beli produk kat luar negara eh ? Jauh lebih berkualiti dari tempatan ? Huk huk ..cedeeyyy..
Beli ikut kemampuan masing masing eh ? Jgn lupa ... rakyat menaladani mereka yang dianggap pemimpin .. ;)
Berita kat tv dah tak best ... best dari segi infomasi.. dah kurang ... macam terlebih publisiti dan promosi lak .. Iklan jangan cerita laa... Bila orang baca blog , kata blog banyak mengarut .. Tengok berita kat tv ??? Huh..
TADIKA - budak tak suka.. tah hapa hapa.. tak sabar nak masuk sekolah .
SEKOLAH RENDAH - boringnya.. tengok abang abang kat sekolah menengah tu , cam best jer .. bebas !
SEKOLAH MENENGAH - exam ? tak habis habis dengan exam .. nak merayau pon tak leh .. mak marah .. sikit skit suh belajar ..belajar belajar... Kalau dapat masuk U pon best.. duduk jauh dari mak bapak.. baru la cool !
IPT - argghhh.. tensennyaaaa.. banyak giler assigment nak kena buat !! Rindu kat mak ayah !! Rindu kat kampung !! ( dulu tak sabar nak keluar ! ) .. Kalau kerja kan best.. tiap tiap bulan dapat duit !
KERJA- haih.. penatnya.. rutin hari hari sama. g kerja.. balik kerja.. g kerja.. balik kerja.. sabtu ahad baru cuti.. tu pon kejap je.. Kan best kalau aku boleh kembali ke sekolah ... Best jer.. tak yah pk apa apa !!
BUJANG - Bestnya ada awek / bf ... kehulu kehilir bersama.. happy jer...
BERPASANGAN - Adeh.. bila kita nak kawin ni ? Asik ke hulu kehilir tanpa ikatan ni... sampai bila ? bertimbun dah dosa ni.. takkan nak tunggu kawin free kot ??
KAHWIN - Bestnya bujang ... boleh enjoy ... masalah masalah masalah.. nak pk diri sendiri.. isteri .. anak .. keluarga.. mertua... kerja.. masalah dunia lagi..
Ada je tak kena kan ??
Antaranya ialah .. mestilah kesihatan kan ? takkan saja saja je nak g berpeluhkan diri .. kan kan ?
Pastu ... aku tak nak bila aku pakai baju , jadi gini .
Ye..aku tau .. cute kan gitu ? Tapi bagi aku tak cute.. hehe.. maka , perlulah aku bekerja keras memandangkan umur pon nak cecah 23 tahun depan .. haih ...
Huh .. best ??? Huk aloh ... Apa yang aku boleh kata ialah ..
4.5 BINTANG !! TERBAIK !!! SANGAT PUASHATI .. MABELES !!
Ok.. tu je la ..Kalau tensen.. boleh layan cerita ni.. dari awal sampai abis , ketawa jeeeeee ... hehe... banyak adegan tak masuk akal tapi ketawa terbahak bahak.. hahaha.. bukan lawak bodoh tapi perlu pk lebih mendalam.. heheh...
Dunia ini tidak adil atau sebenarnya kita telah melepaskan peluang yang diberikan kepada kita ? Cuba fikirkan kembali .. Kalau mereka kata mereka miskin , apakah tidak diberi peluang untuk memajukan diri ? Jika mereka kata susah mencari pekerjaan , pekerjaan bagaimanakah yang mereka hendak sebenarnya ? Fikirkanlah .. Kita yang sebenarnya tidak adil atau dunia ?
Aku kat KLCC ni.. hehe.. ngan kawan FB .. Nak jalan JUST ANOTHER GUYS.. Pelakon dia mmg aku minat .. hehe. tak pe , nanti aku bagi review eh.. apa pun , aku nak makan dulu .. Kemana saja aku g , aku akan amik gambar .. kalau nak tengok .. sila add FB aku ..BEN ASHAARI II .. search je..
Ehem.. aku tak pandai nak promote mempromote ni tapi bagi mereka yang berminat la kan .. yang nak tau .. erk.. hal hal luar dalam perempuan dan juga lelaki , boleh la kot singgah p tengok kot kot ada yang berkenan di jiwa .. hehe..
Ok .. bagi mereka yang berminat , mai sini .. p tengok je .. bukan nak kena bayar .. hehe.. mana tau kot sesuai .. Okeh .. heheh .. Jom mai sini ... > SECRET OF BEAUTY
