Kami nak jugak bonus ! Tak kira ! Nak ! Nak ! Nak !

by - Selasa, Oktober 19, 2010

Adeh... dasat tul .. hahaha.. pening jugak kepala PM kita eh .. mentang mentang pilihanraya dah dekat.. hehe.. mintak selagi boleh yer .. tak pe.. kalau dapat , best la gak kan .. boleh gak tokok skit beli baju , seluar , untuk tahun depan .. Untuk g kerja gak tu kan ? haaa...

CUEPACS tetap mahu kerajaan pertimbang pemberian bonus

KUALA LUMPUR: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) sekali lagi memohon supaya kerajaan mempertimbangkan pemberian dua bulan bonus kepada kira-kira 1.2 juta penjawat awam di negara ini.

Presidennya, Omar Osman, berkata berdasarkan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang menunjukkan peningkatan sebanyak 10.5 peratus tahun ini, beliau yakin kerajaan mampu berbuat demikian.

"Pertumbuhan KDNK negara kita telah melonjak kepada 10.5 peratus dan keadaan ekonomi negara sedang mantap, jadi tidak mustahil perkara itu (bonus) dapat dilaksanakan

"Kita turut menghantar satu telegram kepada Perdana Menteri petang ini bagi menyatakan hasrat kita (supaya) dapat berjumpa beliau dengan harapan kerajaan dapat mempertimbangkan semula pemberian bonus itu," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Khas Majlis Kongres CUEPACS ke-11 di Wisma CUEPACS hari ini.

Seramai 135 perwakilan kongres, termasuk dari Sabah dan Sarawak, menghadiri mesyuarat yang berlangsung selama dua jam itu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, semasa pembentangan Bajet 2011 di Dewan Rakyat Jumaat lalu, tidak mengumumkan bonus kepada kakitangan awam, sebaliknya memberi bantuan kewangan khas sebanyak RM500 bagi Gred 54 dan ke bawah, termasuk pegawai kontrak dan pesara kerajaan, bagi menampung perbelanjaan persiapan sekolah.

Omar berkata, tuntutan pemberian bonus telah dibuat sejak beberapa tahun lalu, namun ditolak kerana keadaan ekonomi yang tidak menentu ketika itu.

Beliau yang berterima kasih di atas pemberian bantuan kewangan khas itu, masih berharap kerajaan dapat memberikan sekurang-kurangnya sebulan bonus.

Ditanya mengenai pemansuhan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) yang akan digantikan dengan sistem penilaian baru, Omar berkata CUEPACS menyambut baik pengumuman itu, namun berharap mereka akan dipanggil berbincang mengenai penggubalan sistem baru tersebut.

"Kita berharap pada Julai 2011 nanti, sistem penilaian baru yang baik dapat diwujudkan, dan wakil dalam CUEPACS turut dipanggil bagi berbincang apakah sistem yang terbaik bagi penambahbaikan dalam perkhidmatan awam pada masa kini," katanya.

Beliau turut menjelaskan bahawa PTK yang bakal diadakan bulan ini, tetap diteruskan sehingga satu sistem penilaian baru diwujudkan pada Julai tahun depan. - BERNAMA

You May Also Like

8 comments

  1. klu tahun depan pon ok kerajaan bg banus. jai dh keje masa 2. hehehe

    BalasPadam
  2. Minta tak dapat tak apa tapi tak minta tak dapat kira susah juga ni

    BalasPadam
  3. BA: Bonus??? Nak....nak....nak!....he3....

    BalasPadam
  4. ceupacs nie mintak betul2 ker nak main politik?

    BalasPadam
  5. Abg Ben,

    Xperlu kot bagi bonus kepada kakitangan kerajaan semua terutama kakitangan pegawai kat Universiti saya.
    Sebagai pelajar, saya sering dilayan sambil lewa. Rakan2 kuliah yg lain juga selalu mengadu hal yg sama.
    Layanan yg kasar, jawab acuh xacuh, dan paling penting, dok asik komen facebook and stalker org je...bile kiteorang mai nak tanya soklan, marah lak..kunun2 macam kiteorang kaco dier buat kerja facebook aa...

    Ni semua dok mengulor makan gaji buta, xjadi contoh yg baik langsung untuk pelajar macam saya. Sehinggakan ketua pelajar kami membuat rapat umum semata2 nak band JHEPA(jabatan hal ehwal pelajar) sebab xamik port langsung pasal kerja diorang.

    Agknye diorang ni pon xpatut diberi kelulusan untuk pencen sampai umor 55 tahun, sepatutnya, umur 50 dah pencen, bagi peluang pada muka baru dan yg dah lama kerja dok kat atas lak. Klu lagi tua, lagi lama dok kat pejabat, lagi ramai laa mengular, mana x nye, asik dok pikir cucu kt umah.

    Ini sekadar pendapat dan luahan hati saya sebagai golongan muda yg berdarah panas ni...

    BalasPadam
  6. tak salah berusaha.. tengok cam breastfeeding leave tu kan.. akhirnye berjaya.. ALL IN ONE

    BalasPadam
  7. ape salahnya diorang mintak bonus dr majikan diorang. dalam 1.2 juta staf kerajaan bukan sumanya malas.. tapi yang sedikit buat onar camni la mendatangkan persepsi buruk pada staf kerajaan dari dulu sampai la skang..

    BalasPadam