BEN ASHAARI



 Sebelum aku mulakan topik ni .. pe kata kita hayati lirik lagu GADIS MELAYU ni ..

Siapa bilang gadis melayu tak menawan
Tak menarik hati, tiada memikat
Kalaulah memang tak mungkin aku tertarik
Kalaulah sungguh tak mungkin aku kan jatuh
Aduhai... lemah lembut gayanya
Serta manis senyumnya
Hitam pekat rambutnya
Ayuh ambil si dia
Di antara gadis gadis seluruh dunia
Tiada yang sehalus mulus oh setulus dia
Di antara gadis gadis seluruh dunia
Tiada yang sehalus mulus oh setulus dia
Budi bahasanya, pandangan matanya
Sentuhan jiwanya membuatku terlena
 
Zaman skang ni la kan .. korang rasa la kan ... hurm.. Wanita melayu ni makin sombong dan jual mahal sehinggakan ada lelaki melayu terpaksa mencari jodoh ke negara asing lak .. Yeker gitu ?

Ada yang akan kata , ala .. perempuan pon leh buat gitu .. ingat perempuan tak leh kawin ngan lelaki warga asing keerr .. Ye, tau. kot ye pon jangan la sampai ke LOMBOK ..

Lebih lagi skang ni wanita melayu ramai yang bekerjaya tinggi ... Gaji beribu ribu lemon jauh tinggi dari lelaki sehinggakan ada yang dah berkawin pon tak kisah nak bercerai sbb dia mampu sara dirinya sendiri malah dengan bangga memberitahu , selama ini pon dia yang menguruskan rumahtangga sebab gaji suaminya cukup untuk dia sorang jer .. Hurm..

Camana tu ? Tapi kenapa sombong ngan lelaki melayu jer ? Bila ngan orang asing contoh la kan ... maaf yer .. cam mat salleh ala ala muka keanu reeves gitu .. cair beb ... meleleehhh... sanggup buat apa saja asalkan dapat kawin .. Hurm.. Tak kisah sebenarnya bagi aku.. Kawin dengan apa bangsa sekali pon ok.. asalkan ISLAM .. kan kan ?

Persoalannya disini , benarkah wanita melayu semakin sombong dan jual mahal ? Kenapa dan mengapa ?

Haa.. satu lagi .. benarkah lelaki melayu ni tak romantik ? Nak romantik camana eh ? hahahha...
Whopss.. harap jangan ada yang terasa .. bukan nak memperlekehkan sapa sapa .. memandangkan isu lelaki melayu skang ni dah memandang ke Maghribi untuk mencari pasangannya .. Hurm..
OK..sebuah artikal dari DRMAZA.COM untuk renungan bersama ..
 
Galakkan Perkahwinan Campur Untuk Keharmonian Kaum

Kahwin boleh menjadi salah satu faktor mendekatkan hubungan antara dua pihak, bahkan antara kaum. Dalam sejarah bukan sedikit perkahwinan telah menjadi faktor perdamaian dan interaksi harmoni antara budaya dan kaum. ‘Kahwin campur’ ataupun kahwin rentas kaum adalah kahwin antara pasangan yang berbeza kaum, seperti kahwin antara melayu dengan cina, atau melayu dengan india atau selainnya. Dalam konteks negara seperti Malaysia, saya berpendapat kita amat wajar menggalakkan perkahwinan yang seperti ini. Ini kerana ia boleh mendekatkan antara kaum dalam negara ini. Namun, perkahwinan tersebut perlu memastikan nilai-nilai yang berikut;

1. Bagi muslim, hendaklah dipastikan keislamannya terpelihara. Bahkan dia wajar menunjukkan contoh pegangan dan akhlak yang baik kepada pasangannya. Sikap dan teladan yang buruk akan menyebabkan salahfaham terhadap Islam.

2. Perkahwinan antara kaum hendaklah tidak bersifat menghapuskan budaya dan nilai positif yang dimiliki oleh sesuatu kaum. Setiap pasangan berhak mengekalkan budaya dan adat resam kaumnya yang baik. Hendaklah setiap pasangan meraikan warisan dan budaya pasangannya yang tidak bertentangan dengan prinsip-prinsip yang dipegang. Memaksa seorang cina menjadi ‘melayu’ atau melayu menjadi ‘cina’ selepas perkahwinan adalah tindakan yang salah dan tidak membawa keharmonian kaum.

3. Perkahwinan antara kaum patut dijadikan kesempatan memahami dan mempelajari nilai-nilai mulia yang dimiliki oleh setiap kaum bukan menghapuskan identiti kaum. Dengan itu, setiap kaum akan hormati dan cuba memahami kelebihan dan kekurangan yang dimiliki lantas melaksanakan apa yang Allah firman: (maksudnya):

Wahai manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan. Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuanNya. (Surah al-Hujurat: 13).
4. Fahaman agama yang sempit seperti menghalang pasangan yang menganut Islam berhubung dan berbuat baik kepada keluarga asalnya, menziarahi mereka atau menafikan nama keluarga seperti menukar nama ‘bapa’ adalah sesuatu yang tidak diajar oleh Islam. Bahkan nas-nas Islam menyanggahi hal tersebut. Ia adalah ‘kesempitan pemikiran setempat’ yang patut digugurkan dari masyarakat kita. Ia antara penghalang keharmonian kaum dan agama.

5. Perkahwinan campur hendaklah bebas dari anggapan bahawa sesuatu kaum lebih mulia dari kaum yang lain hanya atas faktor keturunan semata. Sabda Nabi s.a.w

“Wahai manusia! Sesungguhnya tuhan kamu sama, bapa kamu sama (Adam). Ketahuilah! Tiada kelebihan orang arab ke atas ‘ajam (yang bukan arab), atau ‘ajam ke atas arab, atau yang berkulit merah ke atas yang berkulit hitam, atau yang berkulit hitam ke atas yang berkulit merah melainkan ketakwaan” (Riwayat Ahmad dan al-Baihaqi, dinilai hasan oleh al-Albani).

Maka, tidak boleh ada dalam perkahwinan campur itu pemaksaan budaya sesuatu kaum terhadap kaum yang lain.

Jika hal-hal ini dihayati, perkahwinan campur boleh membantu mengeratkan hubungan antara kaum. Justeru itu, kita patut menggalakkan ia berlaku. Golongan berpengaruh dan kerajaan hendaklah menggalakkan hal ini. Bahkan insentif tertentu patut diberikan kepada pasangan yang ingin berkahwin rentas kaum seperti ini.

-DRMAZA-
Share
Tweet
Pin
Share
26 comments

 

Serius .. aku tak tau nak pandang mana dah .. Kalau dah dalam lrt , erl tu , boleh lemparkan pandangan ke luar tingkap .. tapi kalau dah dalam satu pejabat , apa yang harus aku dan kaum kaum aku ni buat ?

Jika pandang .. dikata gatal .. Jika dibutakan mata , bukan sekejap.. sepanjang hari bekerja bersama .. Hurm .. nak buat camana ? Nak salahkan sapa ?

Tegur ? Lebih dari tegur .. tapi kenapa dungu sangat ? Nak tayang apa sebenarnya ? Kepala bertutup , badan cam bungkus nangka .. Kalau boleh , nak lagi sendat .. biar nampak segalanya ..

Serius .. aku tak teringin dan tak berminat .. Bukan apa .. cukuplah.. entah banyak mana dosa yang terkumpul nak dibandingkan pahala yang  patut cari ..

Tolonglah .. kalau nak bersendat sekali pon , pakai je la kat umah tu .. Pandai pandai la nak hidup .. Camana laaa lelaki melayu skang tak memandang ke MAGHRIBI .. hehee.. baek punya alasan ..

Satu soalan aku nak tanya la kat perempuan yang gemar pakai ketat ketat ni .. Selesa ke ? Ke seronok tengok lelaki meleleh air liur ?? Sedar tak hukum Allah tu wujud ?

Share
Tweet
Pin
Share
24 comments

 

Kadang kadang komen boleh menaikkan semangat bila berblog ni.. Huhu.. Kita boleh tau jika komen tu ikhlas , memberi semangat , menjatuhkan semangat , mengkritik dengan ikhlas dan macam macam lagi ... Tu antara pengalaman bila kita dah lama dalam dunia blog ini ..

Aku tak mengharapkan pujian .. Tapi aku mengharapkan kata kata semangat .. Semangat aku datang dari pembaca .. Mereka yang membaca dan mereka yang menilai .. Jika ada kekurangan , aku harapkan keikhlasan mengkritik .. bukan caci maki .. Dan bila mengkritik , berikan pandangan membina untuk lebih maju.. Bukan sekadar kritikan jer ..

Selain dari guru , peguam , doktor , murid sekolah , pegawai kerajaan yang masih mencari mood nak mulakan kerja di pagi hari , dan pelbagai lagi profesion yang masuk singgah membaca kat sini , ada satu komen yang selalu membina yang aku terima dari seorang yang aku rasakan sudah berjaya dalam kerjayanya malah bidang yang sedang diceburinya ..

Komen komen begini sememangnya akan membantu blogger blogger yang baru mula nak bertapak .. InsyaAllah ... pasti ramai lagi blogger muda yang akan maju .. Lambat laun , mereka tidak akan memandang dah $$ tetapi mencintai bidang penulisan .. Kerana mereka dah jumpa tujuan sebenar .. Maka dunia blog akan berubah dengan sendirinya ...

Komen yang aku terima di pagi hari biasanya dari Dr Mohd Hafiz bin Dato' Osman dan rakan rakan lain mmg menaikkan semangat aku .. Komen beliau pagi ini yang buatkan aku nak cari tisu ialah ..

"En Ben sentiasa ada setting matlamat dan fokus dlm mencapai matlamat tersebut. memang itulah rahsia kejayaan jutawan dunia . teruskan usaha capai 5000 pula. saya yakin En Ben boleh kerana En Ben selalu ada matlamat yg jelas , tahu cara nak mencapai matlamat tu dan usaha yg istiqamah. "

Sebenarnya komen ini bukan untuk aku sorang tapi untuk semua blogger yang mempunyai tujuan dalam apa jua bidang yang kita ceburi .. InsyaAllah .. dengan niat , usaha disertai doa yang tidak putus kepada Allah .. apa yang kita inginkan , mudah mudahan akan tercapai ..

Amin ...

Share
Tweet
Pin
Share
22 comments

 

Apa punya kejam penyangak zaman skang ni !! Haih .. kalau nak kaya dan kejam pon , g la buat bisnis sendiri .. haa.. jadi la kejam camana pon.. takde sapa kisah .. Nanti duduk je dalam penjara tu .. haih ..

image

 

KUALA LUMPUR: Pantang maut sebelum ajal apabila seorang lelaki warga emas yang ditetak hampir 10 kali di kepala dengan parang panjang oleh dua perompak masih bernyawa walaupun bermandi darah.

Kejadian itu menyebabkan mangsa, S Vadevellu, 72, menerima 40 jahitan dan terlantar di hospital selama dua hari.

Mangsa ‘dikerjakan’ dua remaja yang cuba menyamun lelaki terbabit yang juga pengawal keselamatan sebuah syarikat kewangan di Jalan Changkat Thamby Dollah pada kira-kira jam 4 pagi, Sabtu lalu.

Menceritakan detik cemas itu, mangsa berkata penjenayah terbabit berang dengannya yang enggan membuka pintu syarikat kewangan bagi membolehkan mereka merompak.

Menurutnya, kejadian berlaku ketika dia berkawal di pintu syarikat terbabit sebelum dihampiri dua remaja berusia belasan tahun yang menaiki sebuah motosikal.

“Sebaik memberhentikan motosikal, seorang daripada remaja terbabit membuka topi keledar dan menghampiri saya seolah-olah ingin bertanyakan sesuatu, namun dia memaksa saya menyerahkan wang.

“Saya beritahu tidak mempunyai wang dan remaja terbabit marah sebelum menyuruh saya membuka pintu, tetapi saya mengatakan tidak memegang kunci,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Murni, Cheras, dekat sini, semalam.

Vadevellu berkata, remaja terbabit menumbuk mata kanannya hingga mengakibatkannya terlentang.

“Sudah lebih 20 tahun saya bekerja di sini dan ini kejadian pertama serta ia hampir meragut nyawa saya. Saya tidak pernah bermusuhan dengan sesiapa, tetapi mereka sanggup berlaku kejam,” katanya.

Menurutnya, dia tidak dapat mengecam muka kedua-dua remaja terbabit dan nombor pendaftaran motosikal mereka kerana kejadian berlaku pantas serta keadaan ketika itu gelap..

-HMETRO-

BA : Maaf .. copy paste seperti biasa .. malas nak ulas banyak sangat .. nanti korang kena baca gak kan kat web tu .. ada baiknya baca terus je kat sini ..

Share
Tweet
Pin
Share
7 comments

 

Saat saat yang ditunggukan ... hanya beberapa detik saja untuk memecah rekod peribadi .. Satu rekod yang aku tak jangkakan langsung !!

Dulu , sewaktu aku mula berblog , aku yakin blog aku hanya dibaca oleh rakan terdekat saja .. Tak pernah terfikir akan sampai ke negara negara luar yang mana kebanyakkan mereka merantau di negara orang ..

Yelah.. tulisan orang kebanyakkan .. bukan artis mahupun 'ada nama' .. Tapi segalanya melecet ! Haaaa .. Buktinya ? Tak yah la bukti yer.. rasanya korang tau dah sedia maklum ..

Rasanya ada yang kurang senang dengan entri FOLLOWER aku ni .. Gini je la... kepuasan berblog ni ada macam macam .. Ada yang suka dikomen segala penulisannya.. Ada yang sukakan tarikkan .. Ada yang suka mencari kenalan .. Ada yang suka cari bini no2,3 dan seterusnya kekasih gelap .. Dan macam macam lagi ..

Kepuasan aku ialah ... melihat online counter , FOLLOWER dan buku bank .. Sori Encik LHDN , tak banyak lagi.. nak bayar cukai pon tak lepas.. jangankan nak bayar cukai , nak g CHUKAI , Terangganu pon tak lepas.. ;) .. Tapi kalau suruh bayar gak , bayar je la kan .. Dah wajib .. hehhe... tapi tak la 'sebanyak' D*** tu .. suku dari tu pon tak sampai lagi .. hehehe.. En LHDN g je  check dia yer .. Lagi 5 tahun baru cari saya ..

Erk.. jangan terasa.. bukan perli tau.. dosa dosa .. ok .. sambung .. Lagi 10 untuk mencukupkan 6,000 ... lebih 1000 dari sasaran.. Sasaran aku hujung tahun ialah 5,000 .. hehe.. Alhamdulillah.. rezeki...

Akhir kata sebelum aku undur diri buat hari ini , salam maju jaya .. Hati hati di jalan raya .. Daaa... jumpa lagi esok yer ...

Psstt .. korang yakin ni last entri aku hari ni ?

Share
Tweet
Pin
Share
17 comments

 

Salam .. selamat pagi .. Hehe.. ARSENAL tewas lagi... apa la nak jadi ngan ARSENAL ni yer.. Dah tiba masa kot tukar si HENGER ( Wenger ) .. 5 tahun tanpa sebarang PIALA ..pergh... dasat.. Erk.. aku bukan penyokong ARSENAL.. Hanya sokong yang menang.. hahaha... coverline baek punya .. hehe..

Mula minggu ni aku , aku berdiet ... bukan tak makan tapi makan yang seimbang .. erk.. buah ,sayur ...pagi , red beans dgn telur .. Malam ? Tang malam ni selalunya gagal skit tapi nasib baik la aku g gym .. maka digunakan gak kalori yg berlambak tu ..

Bersenam .. alhamdulillah.. aku mula rajin balik sbb aku ada motif yang kuat untuk membaiki semula bentuk badan aku.. hahaha... kalu tak , sah mmg malas.. asyik melantak n tidur jer .. erk.. tidur pon kurang tau.. haaaa..

Belum pon sampai pejabat tapi kepala aku dah set apa nak kena buat ari ni .. arghhh.. boring boring boring .. Korang yang dok bercuti tu , gunakanlaahh sebaiknya cuti yang ada tu.. jangan dibazirkan masa dengan tidur , makan , lepak .. rugi weh.. ajak member pusing malaysia la... best woooo ...

Ok.. aku g g kerja dulu... hehhe..cam biasa , update dari dalam kereta .. hehe..

Share
Tweet
Pin
Share
19 comments

 

Hahaha.. aku tak leh tidur.. bila aku tengok komen melalui pda aku , terus aku bangun dan update blog .. Terbit satu idea khas  dan penghargaan serta sokongan moral buat mereka yang bergelar cikgu  mahupun bakal ..

Terus aku buat satu blog list khas buat mereka .. Bukan apa .. aku suka tengok cikgu rajin update blog .. Pandangan mereka dalam dunia blog mmg berlainan sebab walaupun mereka ini guru tapi pengalaman mereka berbeza antara satu sama lain .. Dengan pengumpulan ini , diharap mereka dapat mengambil kesempatan berkenalan antara satu sama lain .. Bagus kan aku ? hahahhaa.. guwau jer .. Aku pon ramai kawan cikgu ... Sempoi.. Cuma tak suka sesetengah  cikgu rasa dirinya bagus.. Tapi tulah manusia kan .. tak kira apa pon jawatan , ada kalanya 'berlagak' menguasai diri ..

 

image

Ok la cikgu.. ni je la yang boleh aku sumbangkan untuk menaikkan semangat korang sementara korang tengah cuti ni kan.. Rajin rajin la mengupdate entri yer .. hehehe ..

Share
Tweet
Pin
Share
29 comments

 

Wah.. aku amat terharu ... Dulu yang aku kenal , ada dua orang cikgu yang sering singgah kat blog aku ni ... CIKGU ISZA dan CIKGU ERIN .. hehe... link tak ingatlah .. Maaf yer cikgu .. hehe.. kalau sudi , tinggalkan link kat bawah ni .. nanti saya ( terus 'saya' tuuuu..hormat ) masukkan dalam blog list sebagai tanda penghargaan ..

Sekarang ni , makin ramai masuk kat blog aku .. Tak kira samada bakal atau telah pon bergelar guru .. Wah... bangga jap aku .. Yelah , blog aku jadi tempat singgah bakal pendidik dan juga pendidik .. Maklumlah , blog aku bukan best pon ...

Aku rasa ramai pon dah tau tapi aku nak bagitau gak.. hehehe.. Dulu aku jadi guru gak .. sempat la mengajar 2 tahun gitu.. Walaupun guru sandaran tapi tanggungjawab yang aku pikul tu lebih kurang jer .. Bab kena maki ngan parents , ngan guru besar tu sama je kena .. hahahha... Jadi aku tau la ketensenan guru guru ni ..

Cuma satu harapan aku buat bakal guru , biarlah mengajar kerana ALLAH .. biarlah mendidik kerana minat .. Dan anggaplah semua murid tu seperti anak anak atau adik beradik kita .. jangan beza membezakan antara mereka .. Mereka faham walaupun mereka masih kecil ..

Kalau ada cikgu dan bakal cikgu baca , sila tinggalkan link korang kat sini yer .. hehhe.. TERIMA KASIH DAN SELAMAT MALAM .. tidur awal malam ni.. esok kijeerrrrrr laaaaaaaaaaa.... ..

SALAM 1BLOG ..

Share
Tweet
Pin
Share
86 comments

 

Sejak aku mengenali dunia blog .. aku sedar ... yang paling best mengenai blog ini ialah kandungannya .. pengisiannya .. Tapi jika kandungan dan pengisiannya menarik namun tiada yang membacanya , satu isu jugak kan ?  Tolak tepi mereka yang buat blog untuk suka suka ... Itu boleh di privatekan ..

Bicara aku malam ini ialah mengenai blog yang inginkan dikunjungi senantiasa .. Pelbagai cara yang kita ( blogger ) buat untuk menarik pengunjung ke blog mereka ..  kan ?

Sebagai blogger , sebenarnya kita pon jangan kedekut .. Itulah yang aku amalkan ... Satu kita beri 10 kita dapat .. Yang penting kita mestilah ikhlas ...

Ada yang tak berminat .. tak mengapa.. hak mereka .. tapi sebenarnya kita lebih meriah jika saling beri dan menerima.. Dari situ boleh terbit satu lagi persahabatan secara tidak langsung ..

Petang tadi , sewaktu aku g gym KBS .. akhirnya aku bertemu seorang lagi blogger yang mana dia selalu menghabiskan masa kat gym tu .. Mr. Freeky ...

Ni bukan masalah kita dah popular atau tidak .. Aku dulu pon tak dikenali sapa sapa pon tapi bila sebut nak g mana mana , ada je rakan blogger ajak singgah ke rumahnya ..

Aku dan Joegrimjow .. dulu penah gak ber'gaduh manja' dalam blog tapi bila dengar dia turun KL atau dia buat open house dan kebetulan aku ada kat sana , kunjung tetap kunjung kan .. Dalam blog , kita biarkan dalam blog .. Luar kita tetap saudara seagama.. Apa guna nak bermusuhan kan ? Dan baru baru ni pon ada gak g main futsal sama sama .. haaa.. jumpa lak geng blogger yang lain kat padang futsal ..

Bila dah gitu , pe salahnya kita perkenalkan kawan kawan blogger tu dalam blog kita tanpa harapkan balasan .. Dia akan sedar sendiri bila dia rujuk pada referral ..

Amalkan sikap terbuka dan memberi .. Tak perlu nak kedekut dengan pembaca kita tu.. kita tau ada blog yang bagus , kita perkenalkan pada kawan kawan pembaca / blogger .. kan lebih meriah gitu !

Share
Tweet
Pin
Share
20 comments

 

Disebabkan broadband dah ok , maka aku sempat berblogwalking sambil menonton drama JALAN LAIN KE MADINAH di Astro ... 

Tersinggah kat satu blog ni .. hahaha .. terus aku melepakkan diri bermain header dia kat situ .. Cute giler .. Aku mmg suka main mouse over cam tu .. hehe..

Hurm .. blog gitu kalau buat untuk blog peribadi mmg cool .. Aku nak buat gitu gak .. tapi kang tak pasal pasal kena perli lak.. hahaha .. Apa kata aku buat blog aku warna pink lak pasni .. Setuju ?

OK.. blog yang aku kata ni ... blog milik RABIATUL ... RABIATUL ADAWIYAH  .. Sedap nama dia kan ? hurm... Rabiatul , semoga terus berblog dengan gembira yer ..

Share
Tweet
Pin
Share
14 comments

 

Jangan terkejut ! Bukan aku yang nak laa .. tapi ini yg diceritakan oleh seorang sahabat kepada aku .. Dia tanya aku , ada sapa sapa nak kerja sebagai driver ? Tapi . hehe.. jenis yang kaki huru hara .. Jenis yang tak solat ...

Huih.. terkejut aku .. Dia teruskan cerita pada aku .. Driver lama tu berenti kerja sbb tak tahan .. Tak dapat nak solat .. Asyik bz bawak boss dia .. sampai tak sempat nak solat ..

Menurut kawan aku tu , boss kawan  dia suruh cari jenis yang tak solat lepas ni .. senang skit .. dia pon tak rasa bersalah .. Hahahaha.. gelak aku dengar ..

Dah tu , napa tak suruh je berenti jap kat mana mana untuk solat yang tak sampai 10 minit tu jer ? Makan boleh berjam jam lamanya.. pelik tul ..

Macam macam ....

Share
Tweet
Pin
Share
21 comments

 

Waahh .. aku baru terbaca kat blog sahabat ni .. Ada sahabat blogger yang kita kenali telah diceroboh kerana ditipu dek email yang kononnya dari operator email tu .. menurutnya , Nuff dia pon di cashout .. Hurm.. kalau dia pantas , rasanya boleh selamat sbb Nuff , 3 bulan baru send check tu.. hehehe.. Ada baiknya gak kan ?

Aku rasa , dah tiba masa kita mengemaskini semua password email , blog , akaun bank , laman sosial ( FB, TWITT dll ) dan semua yang penting ...

Gabungkan huruf dan angka untuk mengelakkan dari mudah diceroboh.. Elakkan guna no ic , tarikh lahir , no kereta ... sbb smua tu mudah diingati oleh mereka yang terdekat terutama yang tak sukakan kita ..

Akhir sekali , elakkan akses ke laman web yang penting bila menggunakan komputer yang bukan hak kita .. hehe.. faham kan ?? Bahayaa wooo.. kang korang nangis bila tengok akaun bank korang , SIFAR  je ..  ;)

Share
Tweet
Pin
Share
25 comments

 

Sebagai seorang blogger picisan yang  mana aku senantiasa mengemaskini blog agar senantiasa dikunjungi pembaca , broadband amatlah penting bagi aku ..  Walaupun aku berada di kawasan yang ada WIFI , aku tetap menggunakana broadband.. Malas nak berkongsi dengan orang lain ..

Aku tak tergerak hati lagi untuk menggunakan talian internet tetap dan belum berkemampuan untuk guna dua dua .. hehe.. kena jimat ... Lagipun aku kat rumah berapa jam sangat kan untuk guna talian tetap tu ..Bukan tak berminat cuma lom sampai waktu .. Kalau dah pindah rumah sendiri , mungkin aku akan pasang .. hehe..

Boleh giler jap aku kalau aku tertinggal broadband .. Skang ni aku guna HTC HD2 yang mana mempunyai router di dalamnya yang memudahkan aku mengupdate blog dengan menggunakan laptop dengan pantas manakala untuk browsing , aku guna pda tu.. Untuk menjawab email pon guna tu ..

Walaupun broadband kadang kadang mendukacitakan kita , tapi apakah pilihan yang kita ada ? Lebih baik ada walaupun seciput dari takde langsung kan ? Hehhehe.. maka bersyukurlah .. Tapi harapan aku , kita semakin menghampiri 2020 maka kita patut dah semakin maju .. kan kan ? Dan harapnya , tiada lagi masalah internet ni haa... Segalanya hanya dihujung jari kita ..

Share
Tweet
Pin
Share
9 comments

 

Alhamdulillah .. ok dah ... haaaa... mmg sah diorg ada problem tadi .. Mmg sakit kepala bila coverage cam cipan tadi .. yelah , tak leh nak buat apa apa .. bayangkan nak update blog cam tunggu keretapi dari New York ke Kuala Kerai , Kelantan tu haa.. Perghh ..

Tapi bila dah ok , kita kena la ucapkan terima kasih kan .. kan .. baru la seimbang .. Takkan bab nak kutuk , kaw kaw kita bagi.. Bila dah ok .. kaw kaw kita lari .. hehehehe.. Tak leh tak leh.. kena berhati perut .. kan incik broadband .. Psst.. kasi kurang harga bleh ?

Hurm... lega.. lepas g gym tadi .. baru segar skit badan .. Layan kardio lebih tadi .. Kasi peluh abis abisan .. Rasanya minggu ni mmg nak diet dan burn fat je .. hehehe.. ada projek besar minggu depan ..InsyaAllah ..

Makan pon kena jaga skit minggu ni .. Red beans , oats .. erk.. oats pon abis dah kat opis.. aiseyman.. kena serbu THE MALL esok ni .. hurm.. THE MALL eh... hehehe.. shopping pon best neh.. erk .. lari dah maksud ni .. huhu.. Camana la nak maintain.. terlalu banyak persimpangan .. haih...

Share
Tweet
Pin
Share
10 comments

Tunggu pe lagi .. sambar le satu ... stok skit je neh ... murah lak tu .. haaaa.... cepat cepat ..

imageBanyak lagi la warna dia .. Yang bercorak pon ada haaa.. Mana nak dapat ?? G masuk kat blog ISLAMICO PARADIES !

Try letak banyak pic tapi entah mengapakaahhh.. hatiku bergetaraann.. bila bertemu.. eh... ter*ARIS lak ... entah apa masalah dengan network pon tak tau .. asik GPRS jek dari tadi ... Nak salahkan sapa ??? Habaq mai saatt..


psst..sebelum ni salah tulis *SPRING ... eheh.. dah dibetulkan.. terima kasih Scarlet

Share
Tweet
Pin
Share
7 comments

Tahukah korang ?? Erk.. aku tau korang tau .. Dah tak larat nak bagitau .. tapi di mana keperimanusiaan korang ? Tidak berhati perutkah korang ? Sanggupkah korang melihat kami ini terbatuk batuk dan menutup hidung kami ? Kenapakah ego sangat ? Apakah korang kelihatan macho dengan berbuat gitu ? Oh.. kesianlah kat kami ini.. Kami tau korang tak sayangkan nyawa malah kami tau korang banyak duit ... Kami ini tak larat nak panjat hospital .. tak larat nak masuk wad .. tak de duit nak g klinik .. Duit kami ni pon cukup cukup untuk makan sebulan jer .. Kais pagi makan pagi .. Kais petang makan esok lak .. haih ..

Dengarlah rintihan kami ini ..

  • Mama Zara
  • Ayuni
  • nadzirah razalli
  • Ummi Izzah
  • Bahijah~
  • yanna faisal
  • Cik Eka
  • Makbed
  • missbby
  • micky eyqa
  • TWEETY BERT
  • kitakesitu
  • Lulu caldina
  • -hanyaaku-
  • June Md Fouzi
  • Ezzu Raza
  • shahrul
  • nur
  • *cilipadi=hafizah*
  • sAkUrA
  • Hishyamuddin
  • deqlis
  • dilla adilla
  • Iklil.irdina bt mohammed alkhornie
  • Lianna Umar
  • Tengku Nizam
  • Cyda Acme
  • afyq
  • N athirah
  • Share
    Tweet
    Pin
    Share
    12 comments

     

    Arghhhhhhhhhhhh....  ada pistol tak ? Rasa nak tembak tembak je laptop neh.. tapi bukan salah laptop ...  Bandwith dah cukup ? Mana bleh... banyak lagi neh... Seratus lebih bayar sebulan neh..

    Dah tu salah sapa ? Perlu ke cakap ? Kang cakap kang .. haaa .. tak pasal pasal aku kena berblog seumur hidup untuk bayar duit saman dia lak .. huhuh.. Sabar je la yer ..

    Hujan dah turun di Putrajaya .. Angin kencang ... pergh.. bersiul siul bunyinya .. Macam cerita EVIL DEAD dah neh .. Grr... tatott... camana nak g gym neh ? Oh lupa.. naik kereta ...hehehe ...

    Ok .. nak mandi ..solat ..g gym lak... hehehe... nak aku update cerita kat gym lak ke ?

    Share
    Tweet
    Pin
    Share
    16 comments

     

    image

    PROMOSI BARU UNTUK GOLD DETOX FOOT PATCH ~~ harga yg sama dgn DETOX FOOT PATCH (WHITE) Selagi Stok Masih ada.... fUNGSI SAMA DGN DETOX FOOT PATCH dan IA LEBIH TAHAN LASAK...

    GOLD DETOX FOOT - PERCUMA POS!!!!!
    Pakej RM 10 = 10 kpg
    Pakej RM 40 = 50 kpg
    ...Pakej RM 80 = 100 kpg

    GOLD SLIMMING - PERCUMA POS!!!
    Pakej RM 15 = 10 kpg
    Pakej RM 24 = 20 kpg
    Pakej RM 50 = 50 kpg
    Pakej RM 90 = 100 kpg

    Berminat ? Sila hubungi > DYNAZ

    Dan satu lagi promosi ialah ..

    ALINAC SHOPPE mengadakan satu promosi yang GEMPAK habis sempena untuk akhir tahun ni..so apa lagi..jom lihat produk terbaru yang sekarang tengah hangat!!!! Antaranya ialah ...

    imageAda banyak lagi.... nak tengok ? Jom ke blog ALINAC SHOPPE ! Terhad neh ...

    Share
    Tweet
    Pin
    Share
    2 comments

     

    Sakit jiwa siut !! Dari aku terlelap.. sampai terjaga .. terlelap lagi .. jaga lagi .. turun bawah .. main guli .. g goreng ikan .. buat tom yam .. Tak jugak jugak boleh bukak satu blog !!! Slow giler ke atau aku yang tak bayar bil broadband ni ???

    Bayar , tiap tiap bulan bayar ni .. Ni tunjuk coverage penuh nii.. Full bar !! Terkeluar keluar bar dia .. sampai kena kutip balik .. tapi nak bukak page , mak aih .. cam guna internet zaman dulu kala ... haih.. Ni duk kat Putrajaya nih !!

    Sat nak tidur balik ... kot kang jaga dah ok ... huh.. Jom g gym KBS petang ni ...

    Share
    Tweet
    Pin
    Share
    18 comments

     

    Khas buat mereka yang belum tersenarai lagi ... jika berminat untuk disenaraikan di dalam blog list di BEN ASHAARI BLOG  , bolehlah menghantar 'borang' secara rasmi dengan membuat entri seperti berikut :

    1. Sila letak gambar ini ..image_thumbdan linkkan ke entri KAMI MERAYU
    2. SILA letak tajuk : BLOG LIST BEN ASHAARI 2011 linkkan ke entri ini ..
    3. Tinggalkan url entri anda di ruangan komen ..

    Tu jer .. terhad yer ... cepat cepat ... Terima kasih ...

    Share
    Tweet
    Pin
    Share
    62 comments

     

    Perempuan zaman skang ni makin lama makin daring .. makin bergaya .. seksi ? Tu tak semua la kan .. seksi ni subjektif.. Tutup habis pon leh dikatakan seksi .. Pelik kan selera mata manusia ni ? Erk.. mata lelaki ? Hehehe..

    Disbbkan itulah ada lelaki mengambil kesempatan menyimpan ramai teman wanita atas alasan membela nasib mereka .. Hehe.. Yeke membela ? Makin terseksa lagi ada la kan ? ;)

    Aku pelik camana seorang lelaki mampu ada awek ramai ramai ni ? Camana kehidupan dia ? Selesa ke dok membohong sana sini ? Hurm.. Sikap player gini kalau dh kawin pon susah nak buang woo... Banyak contoh dah aku nampak .. Sikap yang mmg susah nak dikikis iaitu kaki perempuan .. hurm..

    Kat mana seronoknya ramai awek ? Aku dulu .. boleh ada sorang satu masa jer .. Bukan tak reti membohong tapi malas menyusahkan diri dan menyemakkan kepala .. Ada sorang pon dah pening , ni kan pulak nak ada lebih dari tu ? Waduhhh.. tu pasal aku dapat tekanan darah tinggi.. hahaha.. guwau jeeee ...

    Erk.. camana pulak perempuan yang boleh ada ramai teman lelaki lak eh ??

    Share
    Tweet
    Pin
    Share
    29 comments

    SINGAPURA: Kabel WikiLeaks semalam mendedahkan beberapa kenyataan diplomat Singapura terhadap pemimpin negara Asia, termasuk Malaysia, yang dianggap mengamalkan rasuah, tidak cekap atau bodoh.

    Nota sulit diplomatik disalurkan oleh laman itu kepada kumpulan media Fairfax Australia mengandungi penilaian tidak menyenangkan mengenai tokoh utama di Malaysia, Thailand, India dan Jepun.

    “Kepemimpinan tidak cekap adalah masalah besar kepada Malaysia,” Setiausaha Tetap Kementerian Luar, Bilahari Kausikan dilaporkan menyatakan demikian kepada Timbalan Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat bagi Asia Timur, David Sedney dalam kabelnya bertarikh September 2008.
    Justeru, ‘keadaan di negara jiran, Malaysia adalah mengelirukan dan berbahaya,’ dan ‘kemungkinan jelas boleh berlaku konflik perkauman’ yang menyaksikan golongan etnik Cina ‘melarikan diri’ dari Malaysia dan ‘membanjiri’ Singapura, Bilahari dipetik sebagai berkata.
    Seorang lagi pegawai, Peter Ho, dilaporkan menyifatkan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak sebagai ‘seorang oportunis’ yang ‘tidak teragak-agak’ mencari kesalahan Singapura jika beliau ‘perlu melakukannya’.
    Bilahari juga bersikap kritikal terhadap kerajaan Thailand dengan melabel perdana menteri ketika itu, Thaksin Shinawatra sebagai pemimpin yang ‘mengamalkan rasuah’, di samping ‘sesiapa saja, termasuk pembangkang’.
    Beliau berkata Thaksin ‘tidak tetap pendirian dan mudah terpengaruh’, dan memberi amaran mengenai ketidakstabilan di Thailand.
    Dalam satu lagi memo pada 2009, duta bebas Singapura, Tommy Koh – yang selalunya bersopan dan berhemah di khalayak – membuat teguran tidak menyenangkan mengenai Jepun dan India.
    “Koh menyifatkan Jepun sebagai ‘pihak yang sentiasa tewas’ dalam penambahbaikan hubungan di antara China dan ASEAN,” menurut kabel yang dibocorkan, memperincikan mesyuarat di antaranya dan pegawai AS.
    “Beliau berkata kejatuhan Jepun di rantau berkenaan berpunca daripada kebodohan negara itu sendiri, kepemimpinan teruk dan kurang berwawasan,” katanya.
    “Beliau juga tidak menunjukkan belas kasihan kepada India, apabila menyifatkan ‘kawasan bodoh India’ sebagai ‘separuh masuk ASEAN dan separuh lagi keluar.’
    Tiada reaksi segera daripada kerajaan Singapura berikutan pembocoran itu, tetapi akhbar Straits Times yang prokerajaan memetik kenyataan kontroversi itu dan menyiarkannya dalam laman webnya. – AFP


    INFO

  • WikiLeaks adalah organisasi yang menggunakan laman web untuk membocorkan dokumen sulit, rahsia kerajaan dan syarikat korporat.
  • Laman web itu yang dilancarkan pada 2006 dan beroperasi dari Sweden, menerima maklumat sulit daripada pelbagai pihak yang dirahsiakan.
  • Pada Julai 2010, Wikileaks membocorkan lebih 76,9000 dokumen berkaitan Perang Afghanistan sebelum menyiarkan hampir 400,000 dokumen mengenai Perang Iraq, dua bulan lalu.
  • Pengasasnya, Julian Assange kini ditahan di Britain bagi kesalahan mencabul dua wanita Sweden.
  • -BHARIAN-

    Share
    Tweet
    Pin
    Share
    3 comments

     

    image Masih dengan segmen yang bertujuan untuk meraih simpati mereka yang merokok di tempat terbuka sbb yang hari tu punya dah tutup ..

    OK... mari kita sama sama berkempen secara besar-besaran ... Sila buat satu entri :

    1. Letak banner dan tajuk : KAMI MERAYU dan linkkkan ke entri iini ..
    2. Ceritakan satu pengalaman anda bersama mereka yang merokok yang mana anda amat tidak suka sama sekali sikap mereka itu ..
    3. Rayuan anda pada mereka ...
    4. Cadangan anda kepada kerajaan terhadap isu rokok ini ..
    5. Tinggalkan link entri anda di sini ..

    Terima kasih .. Segmen ini bukan bertujuan untuk anti atau membenci siapa siapa tetapi hanyalah bertujuan untuk berkongsi perasaan kami yang tidak merokok ini terpaksa menghirup udara yg beracun tu ..

    Yup.. tak merokok pun akan mati tapi sekurang kurangnya kami tak nak mati dengan mengetahui punca kematian kami kerana ROKOK !

    Kempen yang lepas , boleh dirujuk di sini ..

    Jom join :

    1. Mama Zara
    2. Ayuni
    3. nadzirah razalli
    4. Ummi Izzah
    5. Bahijah~
    6. yanna faisal
    7. Cik Eka
    8. Makbed
    9. missbby
    10. micky eyqa
    11. TWEETY BERT
    12. kitakesitu
    13. Lulu caldina
    14. -hanyaaku-
    15. June Md Fouzi
    16. Ezzu Raza
    17. shahrul
    18. nur
    19. *cilipadi=hafizah*
    20. sAkUrA
    21. Hishyamuddin
    22. deqlis
    23. dilla adilla
    24. Iklil.irdina bt mohammed alkhornie
    25. Lianna Umar
    26. Tengku Nizam
    27. Cyda Acme
    28. afyq
    Share
    Tweet
    Pin
    Share
    53 comments

     

    Hari tu aku ada buat satu segmen yang boleh aku katakan agak menarik jugak la .. hehehe.. Satu segmen yang juga kempen ringkas bertujuan untuk menyedarkan bahawa masih ada manusia di sekeliling mereka yang masih bernyawa dan berkongsi udara ..

    Segmen yang aku panggil 'TOLONGLAH KAMI' tu berjaya menarik minat beberapa blogger yang turut serta membuat entri menjayakannya ..

    Mereka yang terlibat ialah :

    1. faizah
    2. miss cloudy
    3. micky eyqa
    4. Ayuni
    5. aref seven
    6. ~hAKim ZaiLAn~
    7. Ujang9897
    8. sekamar rindu
    9. aNa d'sKoDenG
    10. forever love
    11. Pendekar Berkuda
    12. Rockstar Chan
    13. moChaCCino
    14. kay yea
    15. Dauspozi
    16. Scarlett O'Hara
    17. zaMir
    18. Muslimah Optimis
    19. mOoN
    20. roslaini saad
    21. Miss SurferParadise
    22. Syafiq Rosli
    23. Cik SeRoJa
    24. Kuronofu91
    25. iLa SaHaR
    26. Lydia Miza(Aidyl Azim)
    27. Zefa NorAsmara
    28. rabiatul
    29. nur choki choki
    30. ::Cikgu Akim::
    31. Farah Hanim
    32. CEPET
    33. Cik Eka
    34. Nalisa Syahira
    35. cikmimmie
    36. unieylovesherself...
    37. zacky ~786~
    38. misz nana
    39. alexa yussida
    40. Sepatu Hijau
    41. FeeZ~Hafizah~cucuatokaji
    42. MAT GEBU
    43. Ciki
    44. AROL DSHW
    45. Matika Love
    46. mamaafzal
    47. nur

    Sama sama kita menghayatinya ...

    Share
    Tweet
    Pin
    Share
    5 comments

     

    BLOG PILIHAN MALAYSIA telah memulakan pengundian .. Terdapat lebih 300 blog untuk dipilih .. Aku telah buat satu segmen untuk membantu blog blog yang berminat untuk meraih undi .. hehehe.. Apakata kita tengok kelebihan blog blog tersebut ?

    1. Ainiaa♥
    2. iqbalhakimi
    3. zureen
    4. KimiCnoL
    5. ♥ nur ♥
    6. mOoN
    7. shahjiehan
    8. Mar
    9. mai BEAR gebu
    10. sCHACINTA .D
    11. areteacar
    12. nuRuL aZieRa
    13. Awatif Azizi
    14. ♥ Princess ♥
    15. zaMir
    16. Qaseh dalia adelia
    17. Rafina Mimi Zairul Murni
    18. Nur ɐʇɥıɹɐɥ
    19. Emma
    20. Izamir Ridzwan
    21. taufiq helios
    22. rose
    23. Ayuni
    24. Sabrina Syarfa
    25. M I A J A M A L U D D I N
    26. myravea
    27. ♫ AMALINA ♫
    28. Matika Love
    29. Cik Su
    30. cokiedacomot
    31. iffah imani
    32. FARISUKIMI
    33. Salina@IbuAqil
    34. DayangR
    35. micky eyqa
    36. Miss Yaty
    37. Miela Tahril
    38. sarah
    39. Wana De'Amor
    40. Amna.Qadeeja
    41. luna
    42. ~sayahafiz~
    43. Queen F
    44. CikAdilaMata4 (--O__O--)
    45. misz ema
    46. nora amila ghazali
    47. tomato
    48. 49

     

    Sapakah pilihan anda ?? Baca dan nilailah sendiri yer ..

    Share
    Tweet
    Pin
    Share
    16 comments

     

    image Pengunjung blog BEN ASHAARI dari 11 NOV hingga 11 DEC 2010

     

    Berkat kesabaran ... idea demi idea .. dah aku rasa blog aku pon dah lebih 1 juta pengunjung dan yang paling penting ialah aku masih mampu maintain lebih dari 100 ribu pengunjung sebulan ..

    Kalau aku mampu buat .. korang pon mampu ..Korang dan aku takde beza ... Ok ?  Hurm.. aku sedang memikirkan bagaimana nak dapatkan 1 juta pageviews dengan kehadiran lebin 500 ribu orang sebulan ... hurmm .. mencabara tu ..

    Oh ya .. ada peningkatan dari sumber trafik aku ni .. dulu hanya ada 2,300 blog yang letak link aku di blog list mereka .. dan kini telah meningkat hampir 2,700 blog ! Satu kenaikan di luar dugaan ...

    Terima kasih semua .. skang leh tidur dengan lena.. Ops .. Nuffnang ada problem tu.. hehhe...

    Share
    Tweet
    Pin
    Share
    38 comments

    image

    Maaf .. bukan entri berlagak .. bukan menunjuk .. sekadar bual kosong .. Aku terfikir , mampukah esok ( Isnin ) mengenapkan angka 6000 ?? Hurm .. Kalau tak mampu , aku kena fikirkan untuk bagi genap dalam tempoh 18 jam berikutnya .. hehehe ...

    Segalanya di benak ku .. pelbagai idea dan di susun .. Kita tunggu pagi karang yer .. hehehe ... Ops.. entry ke 7 .. hahaha.. giler !

    Pstt.. aku rasa aku macam nampak sesuatu kat luar tingkap .. hurm.. apakah ???? oh tidak .. tarik selimut ...

    Share
    Tweet
    Pin
    Share
    31 comments

     

    Entri ke 5 pagi ini.. dari kul 12 hingga sekarang , 2:35 pagi .. hurm.. nasib baik cuti esok.. hahaha.. tapi biasanya gini gak aku tidur ..

    Kenapa tetiba pagi ni aku banyak update entri ? Hurm.. hati aku pagi ni sangat sayu .. Segalanya tak kena .. bila aku tengok blog , ramai rakan rakan berasa sayu ... sedih ... sampai ada yang nak undur diri dari dunia blog ..

    Terpanggil aku untuk update entri untuk menaikkan kembali semangat mereka .. Yelah , kebanyakkan mereka tu masih lagi mentah dalam dunia blog dan juga dunia realiti .. Dan aku sebagai seorang abang / pakcik / atuk pon ada , ingin menyampai segala pengalaman yang seciput itu untuk tatapan mereka agar kembali memikirkan segala tindakan mereka itu ..

    Aku suka bila aku dalam keadaan ini sbb idea aku akan keluar bertalu talu .. non stop action Chuck Norris kata .. haaa.. Maka aku akan update dan terus update sehingga mata aku letih dan Zzzz dengan sendirinya di depan laptop ..

    Pasti tertanya ... wife tak kisah ke ? Hehehe... gi la tanya dia sendiri .. Macam aku kata , untuk berjaya ... bukan mudah .. pengorbanan perlu ada .. Dia sendiri pon memahami bagaimana nak mencapai cita cita kan ?

    Hurm... idea aku datang bila tengah malam ..  sunyi ... ditemani kawan kawan blogger yang masih belum tidur ... masih berjalan ke sana sini sambil membawa poster blog masing masing .. hehehe... promote bang .. promote kakak .. hehehhe ...

    Ni entri aku yang terakhir pagi ni.. esok pagi ada banyak kerja .. aku pon nak mula serius ke gym semula .. InsyaAllah , ada berita lagi best akan menjelma di blog aku nanti.. InsyaAllah .. doakan je aku bertambah murah rezeki .. hehehe .. Terima kasih .. selamat malam .. Anda yang terbaik dikalangan yang terbaik !!! Jaga diri ..

    Share
    Tweet
    Pin
    Share
    14 comments

     

    Malam ni , aku ada banyak masa untuk blogwalking ke blog mereka yang meninggalkan komen ... Terima kasih yer ...

    Dalam aku bw tu , aku jadi follower mereka sekali la .. tu pon sbb blog mereka tak berat .. jadi senang la aku klik follow tu ... Dalam dok merayau gitu , aku terhenti dan baca entri entri kat blog ni .. Hurm... menarik sekali penyampaiannya .. Bila dibaca latar belakang .. ooo .. patut laa ..

    Kesimpulan yang aku boleh dapat dari dunia blog ni .. Macam macam profesion telah singgah kat blog aku .. Sangat sangat mengujakan .. Sapa sangka , aku ini sekadar manusia biasa yang tiada gelaran tetapi ada juga insan yang sudi singgah membaca kisah aku .. hehe.. TERIMA KASIH !!

    Antara yang pernah singgah ialah , doktor ,guru ( ramai woo guru .. tqq ) , pelajar luar negara , pelajar ipt dalam negara malah pelajar sekolah menengah dan rendah pon ada ..  Pegawai kerajaan lagi la kan.. hehehe ... Jangan dilupakan suri rumah tu haaaaa... Ahli ahli perniagaan .. Mak aih.. nak sebut , jenuh aku .. Macam aku kata , macam macam ada haaa... Sbb tu la entri kita ni perlu berhati hati .. Macam macam orang yg baca ...

    Ops.. ok .. malam ni aku nak perkenalkan korang dengan satu blog yang istimewa !!! Rugi kalau tak follow dia .. serius ... ok .. jom kita singgah ke blog KAPTEN RASHID ..

    Share
    Tweet
    Pin
    Share
    19 comments

     

    Aku tak nak ingat yang tak manis .. Wat cacat je hati aku ni .. baik aku kenang yang manis .. lagi best kan ?

    Aku mula berblog pada hujung Ramadhan 2009 .. seingat aku pada bulan September kan ? hehehe .. Seronok ? Sebenarnya lebih pada mencabar .. Bayangkan cerita kita menjadi bacaan orang .. Dapat 5 orang masa tu masuk pon dah bersyukur sangat !!

    Harapan selepas itu , nak kasi up lagi .. 5 kepada 10 .. kemudian up lagi tinggi .. 20 .. Wah.. Kalau dapat 20 masa tu dah boleh buat kenduri 3 hari 4 malam wooo ..

    Dari situ , aku kenal ramai blogger ... Dari sekolah rendah hinggalah yang bergelar suri rumah tangga .. Wah.. bayangkan .. kawan kawan aku ni bukan duduk KL je tau ... Satu dunia ada ... Cakap jer nak g mana .. semua ada yang tersedia menanti ..

    Antara kenangan yang aku tak dapat lupakan , jasa baik seorang rakan aku di DENMARK .. SUEJOSHUA ... Dia sanggup menolong bos aku yang kebetulan nak studi di sana dari A hinggalah Z sedangkan kami hanya berkenalan dalam blog sahaja !!!

    Ramai lagi kenalan seperti KNOR  yang sanggup mengirim roselle yang ditempah khas dari Jordan untuk mengubat tekanan darah tinggi aku .. Percuma ok !! Kemudian aku dilayan dengan baik sewaktu aku pergi bercuti ke Terengganu ..

    Lagi ... urusan percutian aku ke PULAU TIOMAN ... Di uruskan oleh Kak Ummi Zaihadi dari A-Z .. aku cuma perlu drive hingga ke jeti .. ada ceritanya dalam blog ni.. korang search jer..mesti jumpa ..  Yang tak asing lagi .. sudah tentu Che Mat Gebu kita ni haaa ... Segalanya bermula dari dia .. kalau tak kerana dia , belum tentu aku kat sini lagi .. kan Mat kan .. hehe...

    Banyak lagi la .. seperti Siti Rahayu yang aku kenal dari FB  yang mana dia ni buta IT ( sori yer ayu ) namun kecekalannya , dia dah ada 'benua' dia sendiri dalam dunia blog ni .. haaa..  Ada sekali tu aku g Johor bersama wife aku ... dia jemput berehat di rumahnya .. Pergh.. kali pertama jumpa terus di offer gitu.. Bukan senang orang nak percaya pada kita kan ?

    Banyak lagi la.. nak tulis pon panjang sangat nanti.. boring korang lak kan ? Tapi yang terbaru ialah ... korang tau la kan .. Konsert BSN tu haa... Bayangkan si pengirim email tu siap keluar jemput aku untuk bawak masuk .. Security pon tak leh kata apa tau ! Haaa... penangan nama 'blogger' .. haaaaa .. Terima kasih Emi.. Pelakon nehh .. Aku selalu buat kerja rumah sebelum jumpa orang... hahaha..

    Dunia blog ni cukup indah ... ramai aku kenal ... ramai jadi kawan .. Kengkawan yang aku kenal sewaktu gathering di Alamanda .. Sanggup diorng turun walaupun terpaksa drive , naik erl .. huhu.. terharu aku .. Semua cerita aku dah abadikan dalam blog ni... Dalam blog ok.. bukan dalam diari.. segalanya aku kongsikan bersama ..

    Tulah blog .. mcm mcm boleh dibuat dengan blog .. hurmm .. Jadi fikirkan semula jika nak tutup blog ...

    Share
    Tweet
    Pin
    Share
    28 comments

     

    Mudah ke jadi blogger ? Apa yang susahnya jadi blogger ni ?  Banyak sangat ke rintangan jadi blogger ni ? Aduss .. kenapa blogger lain ok jer ??

    MANUSIA = BLOGGER ... BLOGGER = MANUSIA .. sama jeee rintangan .. Manusia mengutuk samada belakang atau depan depan .. blogger pon gitu gak .. Sikap manusia tu tak kisah dah .. dibawa kemana mana saja mereka pergi sampaikan ke dalam dunia blog ..

    Kenapa nak frust sampai tutup blog ? Tu ibarat kita kecewa jadi manusia lalu membunuh diri .. Kita harungi segala rintangan tu .. Lawan ! Tewaskan segala cabaran tu ..

    Ini cuma blog .. Bezanya ialah kita luahkan menggunakan akal fikiran ... tewaskan guna ilmu pendidikan .. guna dalil ilmu pengetahuan .. Kenapa nak mengeluh lalu tewas ??

    Kita ni manusia .. mereka pon manusia .. Walaupun berlainan 'benua' mereka tetap hirup udara milik Allah ... Hurm ... Buat mereka yang rasa kecewa tu , rileks dulu .. tenangkan diri .. fikirkan strategi lain ..  Bayangkan anda seorang ahli perniagaan .. Bagaimana nak majukan syarikat anda .. Tutup blog bererti anda bankrupt .. Biar setapak demi setapak .. Jangan lupa .. korang bukan nak berblog sehari jer ..

    Share
    Tweet
    Pin
    Share
    28 comments

     

    Pertanyaan dari seorang sahabat mengenai contestnya yang tak dapat sambutan ...

    Hurm.. cara untuk meningkatkan trafik dan juga mempromosi blog ada pelbagai cara .. Antara cara paling popular ialah , contest ... Dengan buat contest , pastinya mengharap mendapat sambutan ..

    Bagaimana pula jadi sebaliknya ? Pastinya kecewa bukan ? Kalau kecewa , nak buat camana ? Hurmm ... Ini sekadar pandangan aku yang kerdil ..

    Sebelum buat contest , pastikan blog kita dah mempunyai ramai pembaca... paling ramai pon mesti ada sekurangnya 100 pembaca setia sehari .. Sebenarnya 100 tu pon masih sedikit .. Dapat lagi ramai lagi bagus ..

    Kemudian , tengok pada syarat syarat contest tu .. Apakah memudahkan atau menyusahkan .. Jadikan syarat tu semudah A,B,C tapi contestnya unik sekali .. lain dari yang lain ...

    Hadiah .. hadiah bergantung pada kemampuan blogger .. tapi kalau berkemampuan , lagi best hadiah , lagi ramai join.. kan ? Hehehe...

    Promosi .. kat mana kena promosi contest kita tu .. kalau mampu buat promosi secara bergerak seorang diri .. lagi bagus .. kita boleh belajar mencuba kemampuan diri ..

    Blog ni ibarat bisnis .. camana kita nak pasarkan produk kita .. tu yang menariknya ...

    Share
    Tweet
    Pin
    Share
    13 comments

     

    Update setiap saat ? Setiap minit ? Setiap jam ? Setiap masa ? Tak kira dimana mana ?

    Pastinya mereka kata aku giler ... Ada aku kisah ? Ya , aku kisah apa yang mereka kata pada aku sbbnya aku tak giler ! Tak per .. aku simpan kata kata mereka sbg pembakar semangat aku ..

    Semalam , mereka tak kenal aku .. Mereka tak pernah dengar nama BEN ASHAARI .. Aku nekad.. aku nekad sebenar benarnya nekad .. Biar mereka kenal dan hafal dalam kepala mereka ... Sekali tengok je gambar dah tau itu BEN ASHAARI !

    Kegilaan aku inilah menyebabkan mereka mengenali BEN ASHAARI BLOG !  Aku bukan nak diri aku ini dikenali tetapi aku nak blog aku dikenali.. Aku bukan kejar glamer atau populariti tapi aku mengejar cita cita aku .. Cita cita yang mana aku mampu berjaya dalam apa yang aku usahakan !

    Dulu , aku seorang yang mudah patah semangat .. Aku selalu tengok abang aku .. Camana dia boleh dapat ramai awek cun cun .. Macamana ?? Aku selongkar meja dia .. Jumpa surat cinta .. ayatnya biasa .. tertawan si dara .. Huh.. Apakah keistimewaannya ? Akhirnya aku tau .. dia bergaya walaupun ke sekolah .. Sapa tak tertawan kan ?

    Bila kita jumpa kunci ... gunakan kunci tu untuk membuka pintu .. Bila pintu tu dibuka , jangan langkah masuk terus .. fikirkan .. fikirkan apa yang kita nak buat bila melangkah masuk .. Apakah perlu patah kembali ? Atau bertarung sekiranya ada naga menunggu ? Bak kata pendekar , biar mati bermaruah ! jangan jadi pengecut .. haaaa... hehehe.. Pendekar mana ? Pendekar Mustar... heheh.. tak la.. aku pon tak ingat pendekar mana ..

    Kesimpulan .. aku minat menulis .. walaupun bukan formal seperti nun bahasa bahasa novel  tapi aku mmg suka menulis dari sekolah .. bila aku ada peluang begini dan ada yang membacanya malah boleh dapat lagi $$ , apa salahnya aku gunakan segalanya yang aku ada ini untuk memeriahkan lagi dunia aku ini ?

    Masa bukanlah musuh utama aku .. Samada aku nak atau tidak jer .. Kalau mereka boleh curik masa untuk merokok , atau mengumpat atau bermain game sambil berdiri dalam lrt , mengapa aku tak boleh update blog untuk 5 minit ? Meluahkan apa yang terbuku di hati ? aku bukan nak buat tesis atau karangan surat rasmi tapi cuma taip apa yang aku nak taip .. tu je ? Susah ke ? hehehe.. senang jer .. mahu atau tidak jer ..

    Share
    Tweet
    Pin
    Share
    16 comments

     

    Patah semangat ? Kecewa ? Nak tutup blog ? Hurm.. pelbagai perasaan lagi ada ... Agaknya berapa ramai sangat la yang bagi semangat untuk berjaya dunia blog ni ?

    Berblog , mereka kata buang masa .. Mereka kata hanya untuk orang yang takde kerja ... Bila kata berblog dapat ramai kawan , mereka kata laman sosial yang lain pon dapat gak .. Mereka akan kata , boleh caya ke kawan dalam dunia cyber ni ? Macam macam mereka kata.. Paling tidak untuk mereka yang dah berpacaran , pastinya akan kata , habislah .. pasni mesti ada skandal punya !

    Aku ? Pernah disenyum sinis .. Asyik asyik ngan laptop .. Update di mana mana saja .. Pernah dikatakan dah terlalu taksub dengan blog .. Malah siap dikatakan buang masa jer .. Baik g cari keje part time ..

    Korang tau apa jawapan aku ? Aku senyum .. Tak pe... Tunggu jer .. Pokok tak berbunga lagi .. Aku baru jer letak baja .. Bagi aku beberapa bulan ...

    Beberapa bulan kemudian ... Mereka yang gemar tersenyum sinis kat aku , aku tunjuk cheque yang aku dapat.. Sekeping ? Oh tidak.. Dua ? Pun tidak .. Tiga ? OK la kot.. tiga sebagai permulaan .. Ada lagi.. tapi nanti kalau aku cerita , riak jadinya .. Tapi apa yang aku nak sampaikan ialah , apa juga yang kita buat perlulah ada KEYAKINAN !! Kita yakin dengan apa yang kita buat .. Kita berusaha .. berdoa serta tawakal .. Berserah pada Allah akhirnya ..

    Sekarang ? Mereka kembali tanya .. bagaimana nak buat blog !

    Share
    Tweet
    Pin
    Share
    27 comments

     

    Ok... terlebih dahulu aku mohon maaf kerana menyusahkan korang .. Entri blog list sebenarnya mudah je aku suruh buat .. lagi pon dari tengah tengah buntu idea tu , ada gak entri baru kan ?

    Skang apa kata kita pastikan sama sama blogger yang dah antar entri tu , dah tersenarai .. Ok ? Boleh ? Mudah jer .. Buat satu entri mudah .. dengan tajuk CHECK 1,2,3 .. BEN ASHAARI .. Bila korang confirm ada , korang boleh delete entri tu balik .. Kalau takde , sila tinggalkan url korang kat sini .. Tapi ini adalah untuk mereka yang dah buat entri SEGMEN BLOG LIST 2011 , SELAMAT TAHUN BARU dan juga terkini  BLOG LIST BEN ASHAARI DIBUKA SEMULA ..TERHAD ..

    Tu je la ..Terima kasih yer ...

    Share
    Tweet
    Pin
    Share
    46 comments

     

    Seperti ramai sedia maklum , aku mmg suka memperbaharui blog list aku ..Kenapa aku buat gitu , aku rasa aku dah maklumkan berkali kali.. Tapi tak pe la , aku terangkan sekali lagi sbb mungkin ada yang terlepas baca ..

    Senarai blog dalam blog list aku biasanya akan aku biarkan 2-3 bulan kemudian akan aku buat yang baru .. Tujuan , paling utama aku ialah untuk mengetahui siapakah yang masih sudi menyertai segmen aku setelah dia dah berbulan berdiri kukuh di arena blogging ini .. Alasan lain ialah , pengumpulan pembaca dan blogger baru ..

    OK... berbalik pada segmen blog list terbaru aku .. Yang hari tu , aku buat SEGMEN BLOGLIST 2011 , SELAMAT TAHUN BARU adalah untuk blog list terbaru ... Dan tadi , aku buat lagi satu sebagai SAMBUNGAN dari tadi.. Ini bermakna , sapa yang dah buat hari tu , tak perlu buat lagi ... Yang hari ni punya untuk mereka yang selalu berblog pada hujung minggu jer .. Faham tak ? Kalau tak faham , call aku yer ..

    Ini bermakna , sapa sapa yang dah takde dalam tu , buat la entri segmen blog listu ... Mudah je kan ? Jangan la ada yang merajuk .. Aku bukan saja saja je nak delete pastu kutip satu satu .. Tolonglah .. Kalau berminat , buat je la satu entri .. pastu bila dah confirm masuk , delete jer.. susah ke ? Hurm ...

    Masih ada ruang untuk masuk .. Tak nak tak pe.. aku tak paksa saspa sapa pon untuk join ... Blog list yang sedia ada ni pon , lagi 2-3 bulan aku delete pastu buat lagi .. haaa... Keuntungan pada semua gak ... Ingat senang rajin sangat ke aku nak delete pastu buat balik .. copy paste satu satu sampai beratus blog ?

    Setiap kejayaan perlukan pengorbanan .. Kalau takat nak duduk di takok tu , silakan .. tapi aku tak berminat nak duduk  kat level tu jer.. Aku nak berusaha untuk terus naik dan naik !

    Share
    Tweet
    Pin
    Share
    11 comments

    Sebabnya paling utama ialah niat ... Kalau niat yang dipasang tu dah lari pastinya kecewa ..

    Keseronokkan .. kalau benar nak cari keseronokkan , maka tidak wujud erti kecewa .. Kena kutuk .. kena maki hamun ... Kalau korang benar benar nak jadi blog tempat 'lepak' sambil berbual , maka korang tak pandang langsung kata kata mereka itu .. Ibarat kita menconteng atas buku yang kita beli ... Datang kawan kita , mereka gelak kata kita membazir dan mengarut .. Persoalannya , tu buku sapa ? duit sapa ? Masa sapa ?

    Cari kawan ... yang ni paling mudah .. jadikan blog sebagai tempat meluahkan perasaan .. minta pandangan ... minta pendapat .. atau mencari kenalan baru ... Pastinya akan datang positif dan negatif.. Itu mmg berlaku di dunia nyata .. maka kena terima dengan hati yang terbuka ..

    Pendapatan sampingan .. kalau baru bukak kedai , terus berfikiran nak jadi cam syarikat YTL , AIR ASIA atau sebagainya , maka baik tutup je blog .. g buat pinjaman , buat bisnis ... Ingat.. segalanya bermula dari 1 sen !

    Kesimpulannya ... Semangat berblog ini adalah semangat yang paling mudah nak dapat .. Tengok ... fikir .. update .. Kalau kita tengok orang punya 'kekayaan' maka kita akan kecewa sbb kita bandingkan dengan dia .. Kita patut tengok pada usaha orang itu .. Patut tengok pada cara orang itu .. Baru kita boleh maju ... setapak demi setapak !

    Bila patah semangat .. apa yang patut dibuat ialah , g blogwalking diam diam .. Jangan tinggalkan komen ! Masuk baca ... rileks .. cari blog santai ... kemudian .. rehat .. tidur ... Esok bangun .. fresh pala otak , baru update ... walaupun satu baris ayat ... dari takde langsung bukan ? Itu lebih baik dari satu perenggan yang penuh dengan kata kata nista dan mengarut ... ;)

    Share
    Tweet
    Pin
    Share
    35 comments

     

    Wah... itulah target aku ..Sebulan RM100 jer .. cukup dah.. Alhamdulillah.. setahun dah dapat RM1200 .. Wah.. cam main kutu lak .. yelah kan , sapa nak bagi .. Tapi sedar ke tak .. kalau RM100 , tolak duit api , air , broadband ...laptop .. masa .. camana tu ?

    OK ok.. aku tauuu.. ada yang diantara kita ni berblog saja suka suka .. Ye.. tak salah gak kan kalau boleh menjana sedikit pendapatan sampingan .. Rezeki jgn ditolak , kawan kawan tamo sombong ... musuh musuh boleh blah ... kan ?

    Kalau kerja dah bagus.. gaji dah masyuk .. atau takde komitmen lain .. mmg best la berblog suka suka ..Tulis je apa nak tulis ..takde sapa nak marah .. Sapa kata takde sapa nak marah ??? Cuba la tulis ikut suka tekak.. rasanya kalau polis tak datang ketuk pintu , mesti blog dihinggap dek cik anon aka ' lalat berkaki ayam ' ..

    Berbalik pada sasaran aku .. itu adalah sasaran aku pada mula aku berblog ... target pada NUFFNANG .. hurm... tapikan ... tapikan .. Kalau rajin la kan .. kalau rajin laaaa .. korang leh dapat dari tu ... Banyak mana ? Cukup untuk membolehkan korang tukar handphone setiap bukan .. Haaa..cukup tak korang rasa ?

    Aku bukan nak mengajar blogger mengejar $$ dari keseronokkan .. tapi orang kata la kan .. kalau dengan belajar rajin rajin , kita boleh jadi pegawai besar atau kerja bagus bagus .. apa salahnya kita lakukan kan ? Dari dok memain gitu pastu , nganga je tengok orang berkereta mewah ... kan ?

    Syukur ? Alhamdulillah .. Rezeki Allah di mana mana .. Allah tak larang hamba dia cari sebanyak mana tapi jangan sampai lupa DIA kan ? tu yang penting ... Senantiasa bersyukur .. Okeh ? Usaha tangga kejayaan ... Jangan pandang belakang .. pandang  tepi pon jangan .. Pandang depan sambil sesekali tengok bawah .. okeh ?

    Share
    Tweet
    Pin
    Share
    22 comments

     

    image

    Help !! Help !! Help !!

    image Tolong !! Tolong !! Tolong !!

    image

    Nak kata apa dah kan ? Takde sapa larang .. Negara bebas ..kononnya ..

    Share
    Tweet
    Pin
    Share
    15 comments

     

     

    APAKAH perbezaan harta sepencarian dan nafkah.

    Adakah harta sepencarian boleh dikira sebagai nafkah?

    HAMIZA
    Selangor

     

    MEMANG terdapat perbezaan antara harta sepencarian dan nafkah. Harta sepencarian ialah harta yang diperoleh hasil daripada usaha suami isteri dan termasuk pendapatan yang diperoleh daripada modal sendiri hasil kerjasama mereka.

    Jika berlaku perceraian, harta yang diperoleh boleh diisytiharkan sebagai harta sepencarian dengan persetujuan kedua-dua pihak.
    Harta berkenaan dapat dibahagikan bersama antara mereka dengan persetujuan mahkamah.

    Manakala nafkah pula merujuk kepada tanggungjawab suami kepada isteri iaitu dalam masa perkahwinan isteri berhak mendapat nafkah daripada suaminya.

    Ini termasuk nafkah makanan, tempat tinggal, pakaian dan perubatan.

    Kadar nafkah diambil kira dengan kemampuan suami berdasarkan pendapatannya.

    Allah berfirman yang bermaksud: "...dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya." (Surah al-Baqarah ayat 233)

    Apabila dicerai, isteri berhak mendapat nafkah untuk masa idah (Surah at-Talaq: 6).

    -HMETRO-

    Share
    Tweet
    Pin
    Share
    1 comments

     

    SAYA tinggal serumah dengan rakan sekerja yang menjalin hubungan sejenis.

    Setiap hujung minggu dia akan tidur di rumah pasangannya.

    Saya pernah meminjam komputer riba dia dan apa yang ditemui di dalamnya amat memalukan.
    Saya merasakan dia terjebak dengan hubungan songsang berkenaan.

    Bagaimanakah caranya saya menolong dia supaya tidak terpengaruh dengan perkara terkutuk itu?

    Saya pernah menasihatinya namun dia memarahi saya.

    FARHAN
    Kuala Lumpur

    HUBUNGAN sejenis memang dilarang mana-mana agama termasuk Islam.

    Ini kerana ia bukan tabiat semula jadi manusia dan juga binatang.
    Itu sebab ia dipanggil sebagai hubungan songsang. Mereka yang terbabit dalam aktiviti sedemikian dilaknat oleh Allah dan Rasul kerana melanggar larangan agama.

    Contohnya keterlanjuran kaum Luth yang membawa kehancuran mereka.

    Bagi menangani isu moral dan akhlak sebegini, Islam megajak kita supaya memikirkan tujuan kita berada di dunia.

    Seorang manusia yang diberi akal fikiran hendaklah berfikir buruk baik setiap perbuatannya.

    Apabila suatu perbuatan melanggar tata susila agama dan akhlak, dia hendaklah segera dihentikan.

    Setiap Muslim hendaklah berusaha mencegah diri sendiri, keluarga dan masyarakat daripada terjerumus dalam lembah maksiat.
    Justeru, anda perlu berusaha sedaya mungkin mencegah kemungkaran berkenaan sama ada melalui kuasa, kata-kata atau rasa benci dalam hati.

    Mencegah diri daripada terpengaruh dan terbabit dalam perhubungan sejenis lebih mudah daripada cubaan untuk mengubah atau mengubatinya apabila sudah berlaku.

    Ini yang berlaku kepada rakan anda yang sudah dinasihati, tetapi menjadi marah kerana sudah jauh tersasar dalam kemaruk nafsu.
    Hubungan songsang hanya membawa kehancuran semata-mata. Kita boleh katakan mungkin manusia dapat memaafkan kesalahan sesama sendiri, begitu juga Allah yang sentiasa mengampunkan dosa hamba-Nya.

    Tetapi undang-undang alam tidak ada belas kasihan. Penyakit akan terjadi apabila manusia melanggar undang-undang alam. Anda mungkin sudah melakukan apa yang terdaya untuk mengubah sahabat sendiri. Tetapi perubahan hendaklah datang dari dirinya sendiri.

    Dosa yang dilakukan itu adalah atas pilihan diri sendiri dan bukan atas sebab genetik atau persekitaran lagi. Semuanya boleh diubah apabila ada kemahuan untuk insaf dan bertaubat.

    Berubah untuk menjadi baik tidak ada salahnya. Kegilaan menurut hawa nafsu boleh dicegah dengan usaha sendiri dan nasihat kawan-kawan seperti anda.

    Teruslah berusaha semoga kawan akan berubah menjadi baik.

    -HMETRO-

    Share
    Tweet
    Pin
    Share
    12 comments

    image

    Hehe.. tu diaaa.... sama harga hantaran gadis Melayu skang ni ... Apakah bakal tergugat wanita Melayu selepas ini ?

    Mereka bukan saja memiliki pakej lengkap sebagai isteri termasuk wajah persis artis, malah boleh dijadikan teman hidup pada harga semurah RM14,000.

    Itu bukan omong kosong, malah segelintir jejaka Malaysia beragama Islam menikmati saat manis melayari rumah tangga dengan wanita Maghribi yang dikatakan memiliki pelbagai kelebihan berbanding wanita tempatan dan negara jiran seperti Indonesia, Thailand dan Filipina.

    Selain sama agama dan berwajah jelita, wanita dari benua Afrika Utara itu dikatakan berkulit gebu, subur, belum ‘tercemar’ dan akan mengabadikan sepenuhnya jiwa dan raga terhadap lelaki yang menjadi suaminya.
    ‘Trend’ yang semakin hangat diperkatakan itu didedahkan seorang lelaki yang berpengalaman empat tahun hidup bahagia beristerikan gadis Maghribi lepasan kolej, malah sudah mempunyai seorang anak.

    image BAHAGIA... Mohd Fairudz bersama isterinya yang kini berusia 28 tahun.

    Mohd Fairudz Mohd Yusoff, 34, berkata sehingga hari ini sekurang-kurangnya lapan lelaki di negara ini mengikut jejak langkahnya dan ia menjadi kenyataan di atas khidmat secara percuma diberikannya.

    “Segala-galanya bermula apabila saya meletakkan paparan tawaran e-books mengenai bagaimana untuk melancong ke Maghribi dengan kos rendah di beberapa laman web forum dan pada masa sama saya turut memberitahu bahawa saya mempunyai isteri warga negara itu.

    “Daripada paparan itu, ramai bertanya bagaimana saya bertemu jodoh dengan gadis Maghribi. Lalu, saya menceritakan pengalaman saya dan berkongsi maklumat pelbagai keistimewaan gadis Maghribi dari kawasan pinggir bandar.

    “Malah berdasarkan pengalaman, kos untuk mengahwini mereka tidak semahal mana kerana mata wang kita lebih besar daripada mata wang mereka, Moroccan Dirham,” katanya.

    Mohd Fairudz yang mempunyai pengalaman menetap di Maghribi kira-kira dua tahun mendedahkan, gadis dari kawasan dikenali dengan nama Agadiran Saf itu sangat menitikberatkan penjagaan diri dan kecantikan.

    “Mereka mengamalkan mandi hammam iaitu mandi di bilik berwap dan menggunakan minyak argan yang membantu melambatkan kedutan pada kulit.

    “Mereka juga pembersih dan menjaga makan, sebab itu mereka cantik,” katanya.

    Menurut Mohd Fairudz, gadis berkenaan juga belum ‘tercemar’ kerana tidak dipengaruhi budaya luar seperti budaya Barat.

    “Tiada budaya mempunyai kekasih atau keluar ‘berdating’ kerana mereka dikawal sepenuhnya ibu bapa dan taat kepada perintah. Jika mahu menyunting mereka sebagai isteri, jumpa ibu bapa mereka.


    “Tak perlu ‘dating’ kerana jika ibu bapa setuju, mereka akur. Mereka perlukan seorang lelaki sebagai suami kerana mereka bukan wanita berkarier dan dijamin memberi layanan sempurna kepada suami,” katanya.

    Golongan gadis terbabit juga biasanya suka menari hanya di kalangan wanita dan mereka tiada masalah untuk menari di depan suami untuk ‘menghangatkan’ suasana.

    Memandangkan mereka hidup dalam keadaan sederhana, mereka tidak akan meminta yang bukan-bukan daripada suami seperti wang yang banyak, emas atau permata.

    Mohd Fairudz berkata, pengalaman dicurahkannya mendapat reaksi luar biasa dengan ramai memberi reaksi mengadu berdepan pelbagai kesukaran untuk mengahwini wanita tempatan kerana pelbagai sebab, antaranya perbelanjaan kahwin semakin mahal, sukar mencari cinta sejati dan berdepan pelbagai halangan serta kerenah sebelum berkahwin.

    “Memikirkan apa salahnya berbuat perkara baik dan pada masa sama isteri saya mahu mendapatkan ramai teman sebangsa di negara ini, saya beri panduan dan menolong memperkenalkan gadis Maghribi yang membabitkan saudara mara dan rakan isteri saya.

    “Ada yang ‘sangkut’ sehingga bergelar suami isteri,” katanya.

    Menurut Mohd Fairudz, masalah bahasa dan makanan mungkin menjadi sedikit masalah, tetapi gadis Maghribi cepat menyesuaikan diri dan belajar.

    “Sebagai contoh, isteri saya menggunakan bahasa Arab, namun selepas beberapa bulan di Malaysia dia semakin lancar berbahasa Inggeris dan semakin memahami bahasa Melayu.

    “Begitu juga soal makanan, kalau dah jadi suami isteri, pandailah masing-masing menyesuaikan diri,” katanya.

    Mohd Fairudz turut memberitahu, risiko isteri menimbulkan masalah selepas berkahwin juga rendah kerana mereka berada jauh daripada keluarga.

    “Sebelum ini mungkin kita biasa mendengar, orang kita kahwin dengan wanita Indonesia atau Thailand.

    “Kerana Malaysia dengan negara berkenaan tidak berapa jauh, timbul masalah seperti keluarga selalu datang.

    “Itu belum lagi ahli keluarganya yang minta pinjam duit atau menumpang di rumah kita sebab tiada kerja sehingga menimbulkan masalah.

    “Untuk gadis Maghribi, ia sukar berlaku kerana mereka tidak ada komuniti di sini dan keluarga berada jauh beribu kilometer. Susah untuk mereka buat hal, melainkan kita yang buat hal,” katanya.

    -HMETRO-

    Share
    Tweet
    Pin
    Share
    28 comments

     

    Blog Pilihan Malaysia sekarang menjadi satu fenomena baru bagi blogger baru .. Masing masing ingin meraih undi secara bersih dengan cara mereka tersendiri ..

    Bagi membantu mereka secara tidak langsung , aku cuba bantu dengan mewujudkan kempen ini ... Terpulang pada mereka berminat atau tidak untuk menyertai kempen ini..

    Bagi yang berminat untuk menyertai , sila rujuk entri ini ..

    Blogger yang berminat dan telah buat kempen :

    1. Ainiaa♥
    2. iqbalhakimi
    3. zureen
    4. KimiCnoL
    5. ♥ nur ♥
    6. mOoN
    7. shahjiehan
    8. Mar
    9. mai BEAR gebu
    10. sCHACINTA .D
    11. areteacar
    12. nuRuL aZieRa
    13. Awatif Azizi
    14. ♥ Princess ♥
    15. zaMir
    16. Qaseh dalia adelia
    17. Rafina Mimi Zairul Murni
    18. Nur ɐʇɥıɹɐɥ
    19. Emma
    20. Izamir Ridzwan
    21. taufiq helios
    22. rose
    23. Ayuni
    24. Sabrina Syarfa
    25. M I A J A M A L U D D I N
    26. myravea
    27. ♫ AMALINA ♫
    28. Matika Love
    29. Cik Su
    30. cokiedacomot
    31. iffah imani
    32. FARISUKIMI
    33. Salina@IbuAqil
    34. DayangR
    35. micky eyqa
    36. Miss Yaty
    37. Miela Tahril
    38. sarah
    39. Wana De'Amor
    40. Amna.Qadeeja
    41. luna
    42. ~sayahafiz~
    43. Queen F
    44. CikAdilaMata4 (--O__O--)
    45. misz ema
    46. nora amila ghazali
    47. tomato
    48. 49

     

    Sapakah pilihan anda ?? Baca dan nilailah sendiri yer ..

    Share
    Tweet
    Pin
    Share
    12 comments

    TEHERAN: Seorang wanita yang dijatuhi hukuman rejam sampai mati kerana berzina mengaku membantu seorang lelaki membunuh suaminya dan melakonkan semula jenayah itu dalam wawancara yang disiarkan menerusi televisyen, semalam.

    Ia kali keempat Sakineh Mohammedi Ashtiani (gambar) muncul di televisyen untuk membuat pengakuan itu ketika Teheran berdepan dengan kecaman masyarakat antarabangsa selepas mengumumkan wanita itu akan direjam sampai mati, sumber terbaru pergeseran antara Iran dengan Barat.

    Dalam rakaman terbaru yang disiarkan menerusi Press TV, ibu dua anak itu dibawa dari penjara ke rumahnya di pinggir Bandar Tabriz di barat daya Iran dan melakonkan semula pembunuhan yang berlaku pada Disemberi 2005, lengkap dengan seorang lelaki yang melakonkan watak suaminya.

    Sakineh, berpakaian hitam dan bertudung cokelat menceritakan bagaimana dia memulakan hubungan sulit dengan seorang lelaki lain, Isa Taheri.

    Dia kemudian menyuntik suaminya menyebabkannya pengsan sebelum Isa datang dan membunuhnya.

    Amnesty International mengecam siaran itu dengan mendakwa ia melanggar standard antarabangsa untuk mendapatkan perbicaraan yang adil selepas Iran memaksa Sakineh mengaku bersalah di televisyen. - Agensi

     

    -HMETRO-

    Share
    Tweet
    Pin
    Share
    5 comments

     

    Wah .. aku rasa tiba masa aku pulak membantu blogger blogger yang layak ke pusingan undian BLOG PILIHAN MALAYSIA ..

    Aku masuk tadi.. ramai sangat .. tak tau nak pilih sapa .. Maka ini jelah cara aku boleh bantu mereka ... Apa kata korang kempen diblog korang ... hehehe.. caranya begini .. Cam biasa .. buat satu entri khas :

    1. Header BLOG BEN ASHAARI
    2. Tajuk : Kempen BLOG PILIHAN MALAYSIA bersama  BEN ASHAARI
    3. Kenapa anda sertai contest ini BLOG PILIHAN MALAYSIA ?
    4. Kenapa anda rasa anda layak diundi ?
    5. Ceritakan serba sedikit latar belakang blog anda
    6. Tinggalkan link entri anda disini ..

    Senarai pemilihan blog ada di sini .. Saja bagi sokongan sbb mereka juga pernah beri sokongan pada aku .. kan kan ? apa salahnya memeriahkan lagi ... kan kan ?

    Semoga berjaya ....  ;)

    Share
    Tweet
    Pin
    Share
    72 comments

     

    Hehehe.. aku terfikir .. sebenarnya dulu dulu aku buat gini gak .. Aku fikir , blogger yang dah tinggi pembaca mesti mempunyai banyak komen kan ? Biasanya kalau mereka komen kat blog tu adalah untuk mendapatkan respon semula dari tuan punya blog kan ? hehehe.. Satu kerugian di situ ..

    Hurm.. apa kata selepas ini , cuba curi pembaca dari blog dia .. caranya ialah dengan membalas komen pembaca tu sendiri .. hehehe .. Kalau satu komen .. satu blogger... Untung untung dapat satu follower kan ? Kalau sehari boleh buat beberapa blog , berapa dah kan ? Hehehe..

    Share
    Tweet
    Pin
    Share
    38 comments

     

    Hehe... selamat pagi .. Mesti ada yang pelik .. nape aku tak update banyak entri semalam ek ? Hurm.. saja je ... aku nak bagi peluang pada dua entri tu .. nak tengok camana sambutan dia .. apakah ok ke tak ?

    Tadi aku g merayau ngan wife .. saja amik angin malam .. Sebelum tu g makan kat Bangi .. Hurm.. pekena bubur nasik ngan sizzling noodle.. hehe.. Boleh tahan gak bubur nasik dia ..

    Kemudian , pusing pusing Putrajaya .. Rupanya ada karnival FELDA kat belakang Palace of Justice tu haa.. weh.. mari la turun Putrajaya esok dari takde apa nak buat .. Leh buat review pasal karnival tu .. hehehe.. Aku ? Aku nak g Sg. Buloh esok .. hehe..

    Lupa lak.. hehe.. makan kat kedai tu .. aku terlupa nak bayar cendawan goreng .. aku patah balik dan g bayar .. hehehe.. adik cashier tu cam pelik lak .. Yela , dah jauh jalan pastu patah balik untuk bayar .. Huih.. jadi darah daging tu.. ala, apa la sangat harganya .. g je la bayar kan ? Tak baik makan menda haram ..

    Ops.. camana mood blogging korang hari ni ? Ok ? Malas ? Down ? Best ? Camana ngan blog pilihan malaysia tu ? Cun tak ? Hehehe.. tak pe.. nanti aku tolong korang eh ..

    Share
    Tweet
    Pin
    Share
    16 comments
    Newer Posts
    Older Posts

    Blog Stats

    Blog Archive

    • ▼  2026 (13)
      • ▼  Jun 2026 (1)
        • Cara nak kurus cepat !
      • ►  Mei 2026 (2)
      • ►  April 2026 (2)
      • ►  Mac 2026 (2)
      • ►  Februari 2026 (3)
      • ►  Januari 2026 (3)
    • ►  2025 (63)
      • ►  Disember 2025 (4)
      • ►  November 2025 (2)
      • ►  Oktober 2025 (2)
      • ►  September 2025 (5)
      • ►  Ogos 2025 (3)
      • ►  Julai 2025 (6)
      • ►  Jun 2025 (4)
      • ►  Mei 2025 (5)
      • ►  April 2025 (5)
      • ►  Mac 2025 (8)
      • ►  Februari 2025 (10)
      • ►  Januari 2025 (9)
    • ►  2024 (170)
      • ►  Disember 2024 (9)
      • ►  November 2024 (11)
      • ►  Oktober 2024 (13)
      • ►  September 2024 (10)
      • ►  Ogos 2024 (15)
      • ►  Julai 2024 (20)
      • ►  Jun 2024 (16)
      • ►  Mei 2024 (22)
      • ►  April 2024 (16)
      • ►  Mac 2024 (14)
      • ►  Februari 2024 (10)
      • ►  Januari 2024 (14)
    • ►  2023 (171)
      • ►  Disember 2023 (12)
      • ►  November 2023 (14)
      • ►  Oktober 2023 (16)
      • ►  September 2023 (13)
      • ►  Ogos 2023 (16)
      • ►  Julai 2023 (14)
      • ►  Jun 2023 (17)
      • ►  Mei 2023 (14)
      • ►  April 2023 (10)
      • ►  Mac 2023 (18)
      • ►  Februari 2023 (13)
      • ►  Januari 2023 (14)
    • ►  2022 (182)
      • ►  Disember 2022 (22)
      • ►  November 2022 (9)
      • ►  Oktober 2022 (12)
      • ►  September 2022 (9)
      • ►  Ogos 2022 (11)
      • ►  Julai 2022 (10)
      • ►  Jun 2022 (10)
      • ►  Mei 2022 (13)
      • ►  April 2022 (14)
      • ►  Mac 2022 (21)
      • ►  Februari 2022 (21)
      • ►  Januari 2022 (30)
    • ►  2021 (389)
      • ►  Disember 2021 (26)
      • ►  November 2021 (23)
      • ►  Oktober 2021 (23)
      • ►  September 2021 (26)
      • ►  Ogos 2021 (26)
      • ►  Julai 2021 (29)
      • ►  Jun 2021 (27)
      • ►  Mei 2021 (30)
      • ►  April 2021 (36)
      • ►  Mac 2021 (56)
      • ►  Februari 2021 (42)
      • ►  Januari 2021 (45)
    • ►  2020 (329)
      • ►  Disember 2020 (39)
      • ►  November 2020 (36)
      • ►  Oktober 2020 (28)
      • ►  September 2020 (29)
      • ►  Ogos 2020 (36)
      • ►  Julai 2020 (24)
      • ►  Jun 2020 (30)
      • ►  Mei 2020 (28)
      • ►  April 2020 (23)
      • ►  Mac 2020 (23)
      • ►  Februari 2020 (18)
      • ►  Januari 2020 (15)
    • ►  2019 (407)
      • ►  Disember 2019 (22)
      • ►  November 2019 (30)
      • ►  Oktober 2019 (44)
      • ►  September 2019 (34)
      • ►  Ogos 2019 (48)
      • ►  Julai 2019 (27)
      • ►  Jun 2019 (30)
      • ►  Mei 2019 (42)
      • ►  April 2019 (37)
      • ►  Mac 2019 (43)
      • ►  Februari 2019 (25)
      • ►  Januari 2019 (25)
    • ►  2018 (420)
      • ►  Disember 2018 (24)
      • ►  November 2018 (32)
      • ►  Oktober 2018 (32)
      • ►  September 2018 (36)
      • ►  Ogos 2018 (29)
      • ►  Julai 2018 (30)
      • ►  Jun 2018 (38)
      • ►  Mei 2018 (38)
      • ►  April 2018 (46)
      • ►  Mac 2018 (36)
      • ►  Februari 2018 (33)
      • ►  Januari 2018 (46)
    • ►  2017 (648)
      • ►  Disember 2017 (47)
      • ►  November 2017 (44)
      • ►  Oktober 2017 (49)
      • ►  September 2017 (51)
      • ►  Ogos 2017 (56)
      • ►  Julai 2017 (46)
      • ►  Jun 2017 (47)
      • ►  Mei 2017 (58)
      • ►  April 2017 (75)
      • ►  Mac 2017 (80)
      • ►  Februari 2017 (49)
      • ►  Januari 2017 (46)
    • ►  2016 (788)
      • ►  Disember 2016 (57)
      • ►  November 2016 (65)
      • ►  Oktober 2016 (77)
      • ►  September 2016 (64)
      • ►  Ogos 2016 (75)
      • ►  Julai 2016 (80)
      • ►  Jun 2016 (69)
      • ►  Mei 2016 (58)
      • ►  April 2016 (58)
      • ►  Mac 2016 (68)
      • ►  Februari 2016 (50)
      • ►  Januari 2016 (67)
    • ►  2015 (1019)
      • ►  Disember 2015 (68)
      • ►  November 2015 (78)
      • ►  Oktober 2015 (66)
      • ►  September 2015 (57)
      • ►  Ogos 2015 (63)
      • ►  Julai 2015 (86)
      • ►  Jun 2015 (89)
      • ►  Mei 2015 (105)
      • ►  April 2015 (91)
      • ►  Mac 2015 (104)
      • ►  Februari 2015 (104)
      • ►  Januari 2015 (108)
    • ►  2014 (1504)
      • ►  Disember 2014 (130)
      • ►  November 2014 (119)
      • ►  Oktober 2014 (137)
      • ►  September 2014 (121)
      • ►  Ogos 2014 (119)
      • ►  Julai 2014 (103)
      • ►  Jun 2014 (104)
      • ►  Mei 2014 (106)
      • ►  April 2014 (121)
      • ►  Mac 2014 (132)
      • ►  Februari 2014 (139)
      • ►  Januari 2014 (173)
    • ►  2013 (2151)
      • ►  Disember 2013 (169)
      • ►  November 2013 (180)
      • ►  Oktober 2013 (160)
      • ►  September 2013 (138)
      • ►  Ogos 2013 (182)
      • ►  Julai 2013 (220)
      • ►  Jun 2013 (199)
      • ►  Mei 2013 (186)
      • ►  April 2013 (149)
      • ►  Mac 2013 (184)
      • ►  Februari 2013 (188)
      • ►  Januari 2013 (196)
    • ►  2012 (2986)
      • ►  Disember 2012 (194)
      • ►  November 2012 (211)
      • ►  Oktober 2012 (285)
      • ►  September 2012 (260)
      • ►  Ogos 2012 (210)
      • ►  Julai 2012 (239)
      • ►  Jun 2012 (220)
      • ►  Mei 2012 (281)
      • ►  April 2012 (240)
      • ►  Mac 2012 (299)
      • ►  Februari 2012 (283)
      • ►  Januari 2012 (264)
    • ►  2011 (4966)
      • ►  Disember 2011 (303)
      • ►  November 2011 (299)
      • ►  Oktober 2011 (418)
      • ►  September 2011 (390)
      • ►  Ogos 2011 (350)
      • ►  Julai 2011 (396)
      • ►  Jun 2011 (424)
      • ►  Mei 2011 (424)
      • ►  April 2011 (481)
      • ►  Mac 2011 (483)
      • ►  Februari 2011 (488)
      • ►  Januari 2011 (510)
    • ►  2010 (4406)
      • ►  Disember 2010 (559)
      • ►  November 2010 (502)
      • ►  Oktober 2010 (453)
      • ►  September 2010 (387)
      • ►  Ogos 2010 (389)
      • ►  Julai 2010 (429)
      • ►  Jun 2010 (439)
      • ►  Mei 2010 (416)
      • ►  April 2010 (473)
      • ►  Mac 2010 (202)
      • ►  Februari 2010 (89)
      • ►  Januari 2010 (68)
    • ►  2009 (167)
      • ►  Disember 2009 (52)
      • ►  November 2009 (27)
      • ►  Oktober 2009 (67)
      • ►  September 2009 (21)

    Kelab Blogger BenAshaari

    Kelab Blogger BenAshaari

    Created with by ThemeXpose | Copy Blogger Themes