Grrr..beberapa kategori dah diumumkan .. aku punya lom .. mat, tak yah bagi ucapan la ek..segan....
Iklan...aizat nyanyi sat...
Iklan...aizat nyanyi sat...
Published with Blogger-droid v1.7.2
Hurm.. mesti ada yang tertanya-tanya , " Ben tak buat dah ke segmen ? " .. Aah.. tak buat.. hehe.. Kenapa aku tak buat dah ? Sbb dah popular pastu tak nak buat ?
Hehe.. aku tak buat sebab .... saja nak sejukkan sedikit suasan dunia blogging ni.. Terlalu panas sangat sebelum ni.. Ada yang tak suka bila blogger asik buat entri segmen jer .. kan ?
Dan masa ni gak blogger blogger yang join segmen , tunjukkan skill masing masing.. Yelah , kan dah dapat rakan rakan baru .. ni la masa nak tunjukkan yang korang tu blogger berkebolehan yang mana tak bergantung pada BEN ASHAARI.COM ..
Jangan risau .. segmen tetap ada .. Selepas ni ada contest , tapi buat masa skang aku agak bz skit dengan hal peribadi .. Bila dah settle hal peribadi aku ni , baru tenang nak buat segmen , kan ? Hehe..
Apa pon , SEGMEN dan BEN ASHAARI tak dapat dipisahkan.. otak aku ni senantiasa mencari idea untuk panaskan dunia blog ni.. hehehe.. Dan , aku bangga ... hehehe.. bangga sebab membawa satu perubahan pada dunia blog skang ni.. Bila sebut segmen , semua pandang BEN ASHAARI .COM .. Wowww weee wuuuu ...
" Ben , dunia blog ni macam dunia artis dah kan ? Ada peminat , ada haters, ada pengkritik .. macam macam ada kan ? Siti Nurhaliza.. yang sangat popular tu pon ramai lagi tak suka.. Heliza Helmi .. dah cukup baik gitu pon ramai lagi benci.. Pelik ? Jangan pelik.. ni sikap manusia ...
Benarkah dunia blog ni macam dunia artis ? Hurm... aku nak nafikan , korang kata ya .. aku nak kata ya , korang kata syok sendiri plak mamat ni .. Jadi apa aku nak bagi jawapan eh ?? Pening neh..
Ada rakan blogger luahkan perasaan dia kat aku .. Kena sound ngan pengomen mengatakan blog dia tak berinfo .. Dan ada lagi .. Nak tulis pon letih dah ...
Apa yang jawab kat dia ialah .. " Tahniah ! Anda sudah popular !! " .. Kenapa aku kata gitu ?? Sbb dia dah ada pembaca yang prihatin mengenai blognya.. Yelah , mesti pembaca blog dia tu nak ada perubahan pada entri dia kan ?
CUMA , para pembaca kena tau .. ini adalah blog.. bukan suratkhabar online atau majalah hiburan ataupun majalah ilmiah.. Blog pulak ada banyak kategori... Yang paling banyak adalah blog peribadi.. Cerita pasal diri sendiri dan persekitarannya.. Yelah , kadang kadang cerita tu sekadar cerita.. Kalau teringin sangat nak baca yang berinfo , berlambak lagi blog ada .. Tak perlulah nak sound atau kritik blog tu .. Mudah je kan ? Klik je PANGKAH kat atas sekali tu.. selesai masalah ..
Tapi tu la..biasanya yang komen gitu adalah mereka yang rapat dengan kita .. Sepatutnya yang diberi adalah pandangan .. bukannya komen yang menjatuhkan semangat..
IKLAN
Kaya laaa.. kumpul pahala !! Hehehe.. sekadar memanjangkan... aku dapat kat email .. jadi aku kongsi la ngan korang kan.. Takkan nak kaya sorang sorang .. kan kan ?
Assalam
Ana Edar merupakan sebuah badan korporat yang mengedarkan makanan kesihatan, kosmetik, dan bahan kegunaan harian yang halal, selamat dan bermutu. Sebagai sebuah syarikat yang menawarkan alternatif kepada masyarakat Muslim, kami ingin mengwar-warkan aktiviti kami untuk Julai iaitu Karnival dan Konsert Ana for Gaza.
Tarikh: 29-31 Julai 2011
Tempat: Stadium Kajang, Selangor
Konsert: 30 Julai (9:00mlm)
Aktiviti karnival: Jualan (sepanjang 3 hari), pertandingan, Forum Perdana (29 Julai, 9:00 mlm), senam pagi (30 Julai 7:30pg)
Anjuran bersama Rabbani
Kutipan derma untuk Gaza diadakan pada malam konsert.
Marilah bersama sebarkan poster dan informasi ini bagi membantu saudara-saurada kita yang berada di Gaza untuk menempuh Ramadhan yang lebih sempurna, disamping kita berhibur dengan persembahan di konsert nanti.
Kami berharap dengan kerjasama anda, kita dan muslimin lain mendapat rahmat dariNya. InsyaAllah.
Terima kasih.
--
with regards,
Tg. Khalidah Amri Tg. Khiarafif
Business Development Executive
iShoppe
Ana Edar Sdn Bhd
03-61890484
Satu penyakit yang mmg ada dalam diri kita selain BENCI , TAK SUKA adalah MENYAMPAH ..
Semua orang ada penyakit ni.. Cara nak hilangkannya adalah mendekatkan diri pada ALLAH setiap saat.. Kita mampu nak cakap atau memberitahu pada orang lain tapi kita sukar nak melakukannya kerana si syaitan durjana itu setiap saat membisikkan kata kata manisnya agar kita sesat bersamanya..
Serius , aku pon ada menyampah tengok muka seseorang .. Tak kira dari zaman muda hinggalah sekarang ni.. Ada je orang je yang aku menyampah tengok ..
Kesannya ? Perasaan busuk hati tu aku bawak sehingga ke dalam mimpi ! Terngigau ngigau !!! Ada sampai bertumbuk dalam mimpi wooo.. Maka bengkaklah buku lima aku disebabkan aku tumbuk dinding berkali kali ..
Apakah yg aku buat ? Ditakdirkan , Allah menemukan aku dan orang yang aku menyampah dan benci ni di satu majlis.. Aku dah tak larat nak menjeling atau bergaduh mulut dengan dia.. Bertumbuk nyaris berkali kali la.. nasib baik ada kawan kawan .. Aku dan dia , saling bermaafkan .. Dan alhamdulillah , selepas tu kalau terserempak , sama sama angkat tangan dan bersalaman ..
Hati sangat aman !!!! Tidur lena.. siap mimpi kawin 2-3 lagi wooo.. Tu masa muda dulu laaaa... Pesan aku , jgn menyampah kat orang.. Kita sendiri yang sakit nanti.. Dia tak sakit pon... hehehe...
Aku tak suka polis
Aku tak suka cikgu
Aku tak suka doktor
Aku tak suka mat rempit
Aku tak suka jiran sebelah rumah aku
Aku tak suka ex gf aku
Aku tak suka pemandu bas ekspress
Aku tak suka ahli politik
Aku tak suka kawan aku
Bla bla bla bla ..
Apakah kita suka sangat diri kita ni ?
Apakah kita rasa orang suka sangat dengan diri kita ni ?
Apakah kita ni lebih mulia sangat dari orang lain ?
Apakah kita ni tak buat pernah buat salah ?
Dan apakah kita ni ikut 100% perintah Allah sehinggakan boleh menjeling pada orang lain ?
Sebelum tak suka pada orang lain , bagi dulu orang suka dengan diri kita ..
Balik dari kerja tadi .. tak sempat masuk rumah , member kat depan rumah aku dah jerit panggil lepak walaupun maghrib dah menjelang .. Tengok jam.. ok.. ada masa dalam 5-10 minit gitu ..
Yang panggil aku tu seorang ustaz di sebuah sekolah kat area aku ni gak.. Sorang lagi yang ada kat situ , pegawai pertanian .. hehehe.. Semua penjawat awam je yang tinggal kat area rumah aku ni.. Kiri , polis marin.. kanan , pegawai pendidikan .. depan.. polis marin.. belah sana, doktor.. haaa..pegawai agama la.. dan macam macam lagi la.. aku sorang je blogger.. haahahha..
Sampai sampai ,soalan pertama .. bila nak pindah ke Putrajaya dan selebihnya bab politik.. aahaha.. Menyampahnya mereka terhadap individu tertentu mmg dah ternyata semakin ketara .. Lebih lebih lagi ada berita terbaru mengenai individu tersebut..
Aku mampu tersenyum.. Yelah , aku pon mmg lama dah menyampah.. tapi apa boleh buat.. Tangan masih terikat .. nak kata lebih lebih pon , buang karan je kan.. Agaknya belum nampak jalan lagi..
Kadang-kadang kena ukur di baju sendiri .. Masing masing dok jaga tekak sendiri.. Kang kita lebih , kita lak yang kena.. diorg bersiul ke langit..
DAYUS !!!
Zaman sekarang ni wanita dah jadi 'punching beg' untuk lelaki ke ? .. Masa mengayat dulu , skit punya lembut...selembut agar agar yang warna merah tu..warna lain tak cantik...hijau pun ok .. kuning tak comey ar ... Biru ? tk dibuat lagi.. Pink ada la...erk.. lari tajuk ...waaa...
Kejadian memukul wanita wanita tak kira la sapa pun ...samada ada kaitan atau tkde kaitan semakin berleluasa .. Sapakah yang memukul wanita ini ? Majoritinya adalah binatang ..eh ..ye ke ?? Manusia berhati binatang ... Aku rasa binatang pun cam ni...diorng pukul sebab diorg nak makan jee..terpaksa.. dunia diorg gitu ... nak wat camana kan ... Yang aku maksudkan ini adalah LELAKI aka JANTAN ...bukan kopi jantan yer ..
Kenapa mudah naik tangan mahupun naik kaki ke atas perempuan ??? Tak kesiankah ? Ermm... perempuan ni dilahirkan untuk menjaga lelaki .... dari seorang ibu , kekasih seterusnya isteri .... kadang kadang perempuan sebagai kawan mahupun adik beradik juga memainkan peranan yang cukup tinggi terhadap lelaki ...
Aku ada satu kisah nak diceritakan pada korang ...Ini kisah benar ... bukan aku kutip dari mana mana blog atau web ....Kisah yang terjadi pada kawan aku satu tika dulu ...
Kawan aku ni dulu seorang yang boleh dikatakan hidup senang hasil perkerjaan yang dilakukannya... Bekerja dengan syarikat penerbangan terkemuka negara membuatkan dia berjaya mengumpul duit yang banyak ...Hasilnya dia berkahwin dengan anggota keselamatan negara .. Ermm..pada mulanya ok la sampai la satu tahap ..rupa-rupanya lelaki itu mengahwininya semata mata ...$$$ ... sejak dikurniakan seorng anak , perangai syaitan suaminya itu semakin menjadi jadi .. bayangkanlah , dia balik dari outstation , masuk bilik dia ..dengan penat lagi ....tengok tengok ... ada perempuan dalam bilik bersama laki dia ! Laki dia wat muka tak bersalah langsung ..malah offer lagi baju baju isterinya tu kat perempuan tu .. suruh je amik mana mana baju yang dia nak !! Baju isterinya tu di beli setiap kali dia g overseas .. kenangan ...
Dah la dia buat gitu ..pastu kena sepak terajang lagi ... Ermm ...anak kecik dia tengok jer ...belajar ... Laporan polis dah di buat ... tapi macam tu gak.. haih... Bila dah pukul teruk teruk , minta maaf la balik .... Pujuk isteri tu ...ermmm...sayang punya pasal ..ok jer la isteri tu ... Laki tu pasang jerat lain lak ....Abis semua harta benda isteri dia , di sapunya ...katanya nak buat bisnes ..sampai rumah rumah abis dia gadai ! Termasuk kereta kesayangan isterinya ... Dia buat camana ? Dia tau isteri dia balik dari kerja , penat penat .. terus bercerita tentang ' projek bisnis ' tak wujudnya tu .. Si isteri pun percaya laaa... lalu menandatangani surat tukar hak milik yang dia ingat hanya kertas kerja biasa ... tanpa dia sedari ..rumah miliknya bertukar tangan ! ... Dan jugak dia tak sedar dia telah membuat pinjaman kat along !!!! ....Laki dia buat semua itu semata mata , JUDI !!
7 tahun hidup merana , akhirnya cerai ..kawan aku tu berhenti kerja dan lari balik kampung ..bawak anak dia ... Si jantan tak guna tu ... nak rujuk balik ..datang merayu kat rumah ...huh ...
Begitulah adanya .. ada lagi banyak cerita lain ..tapi buat masa ni ..biarlah ni saja ..
Wahai lelaki lelaki di luar sana termasuk aku ... sebelum nak membelasah tu .. fikir fikirkan laa ... kekuatan kita tu bukan untuk membelasah perempuan yang kita sayang ...kalau nak belasah sangat ... g PALESTIN ..belasah yahudi yahudi kat sana tu.. tunjukkan kejantanan anda di sana yer....
Surah ar-Rum ayat 21:
“Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuatanNya dan rahmatNya, bahawa ia menciptakan untuk kamu isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.”
Rasulullah s.a.w. juga telah bersabda bahawa, “Yang paling baik di kalangan kamu adalah mereka yang paling bersopan terhadap isterinya.”
“Dan jika kamu bimbangkan perpecahan di antara mereka berdua (suami isteri) maka lantiklah orang tengah (untuk mendamaikan mereka) seorang dari keluarga lelaki dan seorang dari keluarga perempuan. Jika kedua-dua orang tengah itu (dengan ikhlas ) bertujuan hendak mendamaikan, nescaya Allah akan menjadikan kedua (suami steri itu) berpakat baik. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi amat mendalam pengetahuanNya.”
Surah an-Nisa ayat 35
Masih berbalut dan disimpan dalam kotak .. Selagi tak dipasang plastik kalis calar pada skrin kamera tu , selagi tu dia tak akan pasang .. Hari tu nak pasang , tapi harga dia mahal giler.. Tu plan nak cari kat kedai kamera biasa jer ..
Kamera yang dia dapat tu , mmg dia suka sangat .. Disimpan kemas dalam kotak .. Syukur dia suka walaupun tak la secanggih dslr .. Namun tetap terpamer senyum bangga..
Cuma satu lagi permintaan dia .. Sejak dulu dia mmg cukup risau dengan aku bila stering di tangan aku .. hehehe.. Dia mintak aku pandu kereta dengan cermat dan mengikut peraturan .. Gulp ..
Mmg tak dinafikan dia tak pernah ajar aku memandu.. motor atau kereta langsung dia tak benarkan aku pandu kecuali aku dh ada lesen.. Dan aku mula memandu pon selepas kawin.. tu pon kereta.. Lesen lama ada dah tapi tak nak kacau kereta orang ..
Hurm... " Satu lagi aku minta .. hang bawak kereta elok elok .. " Katanya yang terakhir...
Gambar -Bila Tergigit Halia
Pelajar UMT ( Universiti Malaysia Terengganu ) yang didakwa mengubah lirik lagu Negaraku, menghina Raja dan juga Perdana Menteri di dalam laman sosial Facebooknya > SINI ..
Dasat budak budak sekarang .. Kalau dia tak buat dan dianiaya , aku harap siasat segera dibuat .. kalau tindakan lambat diambil , gamaknya ramai pulak memandai ubah lirik kerana kebencian terhadap seseorang terutamanya berkaitan dengan politik .. Hurm..
Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan akan membuat siasatan mengenai kes ini .. Hurm.. cepat skit amik tindakan eh .. kang entah apa lagi yang akan berlaku.. Haih.. entahlah .. macam macam karenah .. > SINI
Blogger.com dengki kat aku nehhh.. Dah 2 hari tak keluar widget FOLLOWER aku.. huhu.. aku kerugian hampir beratus ratus follower la lagu nihh dan juga beribu trafik ... Ni yang buat aku mau saman diorg neh .. Huwaaaa....
Haih... asik problem jer blogger.com ! Apakah perlu aku berpindah ? Tak tak.. aku masih setia.. hehehhe... Hilang la sebulan pon , aku tak kisah.. tapi dalam hati aku kisah woo.. Yelah sasaran 20k sebelum hujung tahun nih.. kalau gini boleh rugi negara !
Tu la dia .. makin kaya makin tamak !! Entah sampai bila nak kaut keuntungan pon tak tau .. Kalau ikut dari latar belakang syarikat yang dinyatakan tu , sah sh dia tak hiraukan semua tu.. Yang dia tau , buncitkan lagi perut dia !!
Tu baru satu.. satu lagi tu.. Yang dok sibuk nak naikkan harga sewaan bulanan sehinggakan kerajaan dok berbincang lagi.. Aparaaa.. tu pon nak bincang lagi ? Kalau sana turun sini naik , apa kes ?? Mutu perkhidmatan bukanlah tip top pon ... sama je dua dua company ni.. Raih keuntungan sampai 10 keturunan tak abis !
Aku cerita apa ? Haa.. berita terkini hiburan sensasi !! Baru baca satu berita kat Bharian Online.. Menteri bidas satu syarikat telekomunikasi ni potong sumbangan wakaf al-Quran ! Melampau betul.. Tu pon dia nak potong keee... hampehhh...
Yelah , mmg takde free kat Malaysia ni tapi pe salahnya dia yang mulakan dulu.. Berapa sangat pon yang menderma tu.. Tu pon nk potong lagi keeer ... Grrrr... Kuda kepang tul !
Kata Menteri tersebut ..
" Ini bukan program Akademi Fantasia, tapi bagi menggalakkan orang ramai beramal dengan menyumbang," katanya pada sidang media selepas melancarkan Majlis Dana Wakaf Al-Quran Sinar Sejagat 2, di sini.
Aku rasa kerajaan pon banyak bagi muka sangat kat syarikat syarikat besar dalam negara ni.. Tu yang naik lemak tu.. hurm.. Harap dapat sesuatu .. Jangan asik bidas dan bawak masuk meeting tapi takde jalan penyelesaian .. Kang ada lagi lak buat perhimpunan .. Ramai tak puashati ni... huhu..
Apa cerita ?? Aisey.. nak tau ke ? Baca SINI ..
Wah... adeh.. .. aduss.. ahakss.. hehe... terasa ke ?? Maaf la yer.. hehe.. bukan kehendak fikiran ku ini.. Ada sahabat blogger ni tanya aku , ada tak aku buat satu entri bla bla bla ni ? Oh , sudah semestinya ada kerana aku diminta buat satu entri untuk mengutarakan pendangan aku terhadap masalah dia ..
Maka aku pon tanpa segan silu pon buatlah memandangkan isu tu pon ada kaitan dengan aku.. Yang bestnya entri tu dah berkurun dah dalam blog aku tapi dia terasa sekarang ni ?
Apa yang aku tulis dalam entri tu adalah masalah yang berlaku dari tuk nek kita tu haa.. sampai sekarang ianya tetap menjadi masalah harian , mingguan dan juga bulanan ... Takkan selesai punya selagi kita punya NAFSU ..
Entri aku ni biasanya berkait rapat dengan dunia realiti kita .. Kalau orang tanya aku , aku takkan nak bagi jawapan dalam tu .. aku umumkan agar semua boleh memberi pandangan dan pendapat masing masing.. Kalau antara aku ngan dia je , maka dia akan dapat jawapan dari satu mulut .. bila aku buka begitu , pastinya ramai akan memberi buah fikiran masing masing ..
Jangan risau , aku tak pernah letak nama mereka.. Takkan la aku nak aibkan dia lak kan ? Hurm... aku pon leh pikir gak ...
Semalam , sewaktu mereka bercanda di pasiran pantai , aku bercanda dengan laptop aku sambil bersegmen dengan rakan rakan blogger yang lain... Heheh..
Sempat gak la buat dua segmen yang simple.. Satu segmen berkaitan dengan blogger baru .. dan satu lagi , mengimbau kenakalan di bulan Ramadhan .. hehehe.. cerita dulu dulu laa..
Jom baca antara cerita mereka ...
Cerita nakal? Dah dewasa ni takde banyak sangat cite nakal, masa kecik-kecik dulu je nakal. Terutamanya masa sekolah rendah. Sekolah agama. So kene belajar puasa gak. Tiap hari ustaz akan tanya, sape yang puasa hari ni? Kalo tak angkat tangan, malu la kan... So, kena la puasa supaya boleh angkat tangan. Oh, peliknya niat masa kecik-kecik dulu. Ekekekeke...
Tak puasa pun pernah gak! Ye lah, budak lagi kan... Yang ni pun, bila ustaz tanya, sape puasa hari ni? Dengan bangganya saya memasukkan belakang pensel ke dalam mulut. Wakakaka~ Menunjukkan saya tak puasa la kunun. Adesss... Berlagak sungguh sebab ade geng yang tak puasa gak, so nak ikut geng. Hahaha~
Selanjutnya > SINI
Dan mereka yang berminat nak berkenalan dengan rakan rakan blogger yang baru , mereka sedang menunggu korang di SINI ..
Semoga terhibur..
Esok.. buat julung kalinya aku akan menghadiri satu majlis yang mana amat bermakna buat aku dan blog aku termasuk juga rakan rakan blogger yang senantiasa menyokong blog aku ni ..
Cuak ? Cuak la kot.. kalau kata tak nak menang tu , tipu la kan .. tapi segalanya adalah milikNYA .. Yang penting aku dah buktikan selama ni , usaha aku membuahkan hasil .. Bukan tanda kemenangan sebagai tanda kejayaan tapi sokongan rakan itulah tanda kemenangan aku ..
Walaupun bukan ramai yang menyokong tapi aku tetap bersyukur .. Yelah , aku bukan artis mahupun selebriti kan ? Tapi dah dapat layak ke KLPAC tu pon dah cukup bermakna.. Mana tidaknya , blog aku ni tak cukup gah lagi pon .. apatah lagi usianya baru setahun jagung ..Kena pulak , entri aku sekadar entri SENYUM KAMBING punya entri..
- Gambar milik bro AMANZ punya.. malas nak selongkar aku punya entri..
Namun aku tetap bersyukur dan berjaya membuktikan pada wife serta ahli keluarga aku yang selama ini ( sejak umur 20 tahun ) , aku berinternet siang malam dan akhirnya berjaya menghasilkan sesuatu yang mana bukan semua orang mampu dapat ...
Oh ya .. Sapa lagi yang layak dalam kategori aku ( BLOGGER OF THE YEAR ) ?? Tu nanti korang leh tengok kat SINI .. Hehehe.. dok tarik lepas nafas je aku neh.. hehe.. cool bebeh !! Bukan nak menang tapi cuak ramai blogger akan berada di sana nanti.. I SEGAN UUUU ..
KAK ADZA , kita jumpa di sana nanti !!! Dah la tu , aku kena wakil MAT GEBU gak.. adeh.. Kena bawak sudip gak neh...
Pertelingkahan demi pertelingkahan sesama blogger .. Nasib baik rakyat tak dibenarkan memiliki bom nuklear.. kalau tak ? tak pasal pasal aku gak dibom mereka.. Nape ? Sbb aku tukang gelak .. haa..
Baru baru ni ... baru ke ? Sat.. minggu lepas .. haa.. minggu lepas , ada la kes haru biru berlaku dikalangan blogger kecil kecilan ni ... kecil kecilan ni cam aku gak la.. blogger besar-besaran bizi kat BERSIH sana nun .. hehe..
Pengalaman mendewasakan aku .. Berkali kali terkena dah dan aku serik akhirnya .. Sama gak dalam apa jua bab .. Bukan tak nak amik tau tapi cuba elakkan dari terlibat sama namun aku tetap memerhati dari jauh jugak .. Yelah , mana boleh kita tak endahkan langsung bab bab gini kan ? Nanti satu hari aku terkena , sapa pon tak nak tolong aku..
Cuma kali ni aku rasa biarlah mereka yang baru baru ni menyelesaikan masalah yang dah berkali kali berlaku ni.. Puncanya , adalah tidak sabar untuk memperolehi pendapatan lumayan dari berblog ni..
Hurm..aku nak habaq satu boleh ? Takkan kaya kalau hanya buat entri dalam blog... tu je... ook ?
Hehe.. setelah 3 hero , akhirnya David Beckham dan Victoria dapat gak anak perempuan .. Hehehe.. harapnya pasni takde dah skandal dah si Beckham tu.. Jaga anak perempuan n anak laki tu.. kang ikut perangai ayah , masak anak dara kat tempat diorng tu.. bersepah sepah waris Beckham.. huhuh..
Beckhkam dan Victoria bersama sama anak mereka Brooklyn, Romeo dan Cruz .. Berita lanjut , sila redah SINI
Waah..tunggu aku punya lak.. bila la boleh berbesan dengan dia ek.. hahahaha....
IKLAN
Terbaca satu entri di rakan blogger .. sapa punya eh ? Tak hengat lak.. kalau ingat pon , aku wat wat tak hengat.. boleh ? Hahaha.. Satu kes yang biasa sangat berlaku tapi tak seteruk ni.. Yang ni sangat teruk laa.
Kes apa tu ? Takde kaitan dengan politik atau poligami mahupun politeknik .. Ngan polis ada kaitan kalau ingin dikaitkan bersama.. hehe.. Tu pon kalau teringin nak sabitkan mereka la.. :)
Apa cerita Ben oii ?? Kes nak jadi artis sangat ! Kira menggunakan muka orang .. pastu bukak fb dengan nama orang tu ... berlakon jadi orang tu.. Keji tak ? Lom keji lagi.. Part ni keji lagi kejam .. Apa ?? Chatting dengan peminat setia pastu mintak duit !! Kejam tak ??? Kejam banget siutttt...
Aku ada bukti ke ? Ala.. part ni yang aku lemah ni.. Bukti tu ada .. tapi aku kena backlink kat blog yang aku tak suka ni la.. Adoi.. Aku tak suka ?? Nape aku tak suka ??? Panjang cerita dia... tapi kalau nak tau gak , klik SINI ( kim salam maut kat mamat ni nanti bila korang tinggalkan komen kat dia yer )..
Buat pengetahuan , ada malaun pon buat gitu gak guna gambar aku .. Macam macam hal daaa... Tak abis abis kumpul dosa ..
Alhamdulillah... semakin aku buktikan bahawa segala usaha selama ini membuahkan hasil ... Dan insyaAllah , ianya menjadi kenyataan..
Dua hari ni aku tak promote pon kat mana mana group FB atau ping kecuali di wall aku dan kelab aku sendiri , SANTAI BEN ASHAARI .. cuma sesekali aku sharedkan di wall rakan rakan yang terdekat..
Apakah yang aku cuba buktikan ? Hurm.. aku nak tengok apakah hasil yang aku perolehi tanpa promosi .. dan syukur , setelah hampir 2 tahun aku bekerja keras maka barulah menampakkan hasil ...
Lebih 3 ribu pembaca masuk dua hari ni dan hari biasa lebih 4 ribu .. OK la kan ? Ni bukan blog gossip.. Sekadar blog biasa .. blog luahan hati... Segmen pon aku dah slowkan untuk buktikan bahawa blog aku bukan bergantung pada segmen ..
Apa tujuan entri aku ni ? Tiada jalan pintas untuk berjaya .. Lebih manis dan bergaya jika usaha dari bawah.. Lagi nikmat jika ianya asli dan tulen .. Ingat ! Jangan pungut hasil jika baru berblog ... Esok lusa pasti bosan .. Tiada kenikmatan dan tiada kenangan ..
Hehe.. pernah tak rasa macam dipermainkan orang demi kepentingan peribadi mereka ? Hurm.. tensen kan ? Tak pe la.. kadang kadang kita niatkan saja bantuan kita pada mereka tu kerana Allah .. InsyaAllah lagi berkat ..
Bukan kali pertama .. bukan kali kedua.. Bukan tak tau yang kita bakal ditipu tapi tak sampai hati .. Bila menolak , rasa bersalah .. bila menerima , melampau pulak .. serba salah kan ?
Entahlah ... macam macam manusia ni.. Bila gembira , bersuka ria melupakan kita .. Bila dah tergolek , pandai pulak nak cari kita .. Kan ? Aku letih nak layan semua menda gini ..
Makin lama kita hidup , makin banyak ragam manusia kita nampak .. Makin menggeleng kepala kita .. Yelah , nak kata lebih kita ni pon ada gak kekurangannya.. cuma kita tak perasan ..
Jadi , cuba kita sama sama belek diri kita balik.. ada tak kita kudakan orang lain demi kepentingan kita sejak kebelakangan ni ? Hurm..
Ramai gak eh yang kebosanan hari ni .. hehee.. Sambil sambil tu , join segmen ni sebelum tutup.. Kalau terasa nak cari kenalan blogger yang baru , jom join sebelum tutup..
Klik SINI ..
Teringat zaman sekolah dulu .. dalam kelas aku ramai pengawas .. hehee... bila ramai pengawas bermakna , satu lesen besar bagi kitorang .. lesen untuk buat salah.. hehehe .. Ala, salah kecik jee.. hehe..
Teringat satu kes dimana buku teks aku dan rakan rakan lain dirampas oleh guru kerana kitorg simpan buku teks di laci meja guru yang mana laci meja tu tak digunakan oleh guru guru yang mengajar di kelas aku tu ..
Berat woo nak usung buku teks ari ari ke sekolah.. bukan skit , banyak.. Nak usung boots sukan , baju sukan lagi.. haaa.. jadi alternatif dibuat dengan mengadakan loker sendiri ..
Bila dah dirampas begitu , kitorang tak cuak langsung .. kenapa ? Tuuuuu... penolong ketua pengawas sekolah ada.. dia la nanti tolong amikkan .. hehehee...
Salahguna kuasa kan ? Hehehe..
Terasa ? Maafkan aku.. bukan niat aku nak bagi rakan rakan aku ni terasa dengan kata kata aku di entri INI .. Aku tau ramai bukan begitu.. Mesej aku tu cumalah mudah .. bila mengomen , ikhlas... tu jer ..
Aku tau ramai yang ikhlas.. Allah Maha Mengetahui... Buat pengetahuan , aku bukan nak perli sapa sapa pon.. Kalau yang tak buat begitu , sapa lagi nak tegur ? Takkan nak tunggu ANON tegur ? Kalau anon tegur , pasti melenting atau terasa .. Yelah , biasanya Anon tegur , bukan dengan bawak ketupat tapi bawak silat ! Haaa.. kang mau gak bertempur kat ruang komen tu .. kan kan ?
Kalau aku hilang pembaca setia , tak pe.. aku redha.. yang penting , aku sampaikan apa yang patut aku sampaikan demi kebaikkan kita sendiri..
Macam aku kata ari tu , aku nakkan blogger skang ni jadi blogger sejati .. bukan sekadar entri yang asli tapi komen pon mestilah lebih jujur dan terbuka.. Cuma kita mampu terima atau tidak jer..
Seperkara lagi , aku cuma elakkan komen yang menyanjung tinggi sesama kita .. Komen adalah pendapat mengenai entri itu.. tu je .. ok ? Nak menyapa pon ok je.. tapi biarlah sebagai sahabat alam maya .. :)
Lama aku tak buat segmen untuk blogger baru kan ? OK.. ni sekadar segmen suai kenal jer.. Takde entri panjang lebar punya .. Tujuan adalah untuk lawat melawati ( blogwalking ) biasa jer tapi dengan lebih teratur..
Maknanya kita masuk rumah orang dengan ada keizinan.. Apakah keizinan tu ?? Bila mereka join , bermakna mereka jemput kita .. haa.. mudah gitu kan ?
Nak join ? Buat satu entri ..
Terima kasih .. Tutup , jam 10 malam ni .. Oh ya , tiada penyenaraian blog yer .. Korang kena godek kat ruang komen nih .. :) .. Kalau nak pikat , tinggalkanlah komen yang best skit.. kasi pikat. hehehe...
Itu yang biasa kita dengar kan ? Pernah dengar rakyat makan rasuah ? Atau rakyat kejam ? Tak de punya kan ? Yang disebut adalah nama individu tu kan ?
Ni mesti ada yang kata aku nak membodek atau nak memberat sebelah .. Hurm.. Kalau aku tak buat salah , aku nak risau apa kan ? Terang terang undang undang ciptaan manusia yang ada sekarang ni bertujuan untuk melindungi manusia yang lain .. tapi masih serba kekurangan .. Hanya undang undang dan peraturan dari Allah s.w.t saja yang lengkap dan sempurna ..
Malangnya , manusia lebih takutkan undang undang ciptaan manusia ni .. Undang-undang Allah tak takut wooo.. Tak caya ? Undang undang manusia kata , tak leh hisap dadah dikhalayak ramai .. Takde apa berani kan ? Allah kata , tutuplah aurat kamu .. Berapa ramai yang masih berani tak tutup ?? Ni contoh je la..
Berbalik pada tajuk aku tu .. Aku suka tengok polis.. kemas dan berdisiplin.. Tapi ramai tak suka gak .. kenapa ? Mereka kata mereka kejam .. Kejam kenapa ? Pengalaman bekerja mereka membuatkan mereka jadi begitu adalah untuk menyelamatkan nyawa mereka sendiri.. Kalau mereka lemah lembut , camana nak berdepan dengan penjenayah yang lebih kejam dari mereka sekarang ni ??? Mereka lembut jika kita lembut.. Mereka jadi 'kejam' bila kita sendiri yang kejam .. Fikirkan tu..
Rasuah .. kita kata polis makan rasuah .. sapa yang bagi rasuah tu ? Orang awam gak kan ? Mereka mintak ? Sapa suruh bagi ??? Kita bagi , kita yang kejam.. kita yang galakkan mereka.. Kalau kita yang offer mereka , tu lagi kejam kan ? Kalau kita dah buat salah , akui saja.. Aku , kalau pandu laju .. polis tahan .. saman je la.. dah salah aku.. takkan nak salahkan dia sebab nak saman aku kan ?
Polis dan orang awam adalah manusia .. masing masing ada perasaan .. Rasa geram , sedih , gembira .. sama sama ada .. Bezanya mereka ada amanah yang perlu dipikul dan bukan mudah .. Kita sendiri pon ada amanah .. tapi berapa ramai yang mampu pikul ?
Ada kawan komen kata kalau polis herdik orang tua kita camana ? Tak kena kat batang hidung kita , tak pe la kan ? Kalau kena , tau nak angin lak ? .. Hehehe.. dah .. orang tua aku pernah kena herdik.. tengking .. Tapi dia cool.. dia pon pernah herdik aku.. tengking aku.. Jadi mesti dia tau yang polis tu tengah punya masalah peribadi atau datang period ke...
Profesional ? Jangan la bicarakan profesion mereka yang bergaji kecik tu.. Kita mintak mereka bersikap profesional.. Kita sebagai rakyat sendiri pon tak mampu bersikap profesional .. ni nak suruh mereka yang hari hari mengadap manusia yang pelbagai karenah ?
Kita sama sama sedar kesalahan dan kekurangan diri .. Jangan sedap asyik cari salah orang lain .. Aku sendiri pon berlambak dosa ... Tapi jangan kerana nila setitik , abis segala jasa dan pengorbanan mereka kita lupakan ..
Bayangkan semua polis letak jawatan .. Sapa nak jadi polis kalau tau polis tu kejam dan makan rasuah ? Sapa ? Habaq mai sat !
"Aku sokong kau , Ben ! "
" Terima kasih .. :) "
" Ben , mintak tolong skit boleh ? "
" Apa dia ? "
" Boleh tak kau promotekan blog aku ? Aku baru lagi buat blog ni.. nak gak jadi cam kau .. heheh.. boleh eh ? "
" Erk .. " .. Aku terperangkap .. Jika aku kata tidak , apakah dia akn kata dalam hati dia , " sia sia aku sokong dia .. nak tolong skit pon tak boleh .. " . hurm...
Setiap manusia di zaman ini , majoriti punya agenda tersendiri .. Tu baru dalam blog .. Yang hari hari kita ngadap , camana lak ?
Setiap kali filem BUKIT KEPONG diputarkan di kaca televisyen , air mata aku pasti akan bergenang .. Satu filem patriotik yang sangat membawa kesan kepada diri aku .. Takde filem yang mampu membuatkan aku begitu semangat cintakan negara ! Ada ke filem melayu skang cam tu Tarak... Wa mau untung saja looo ..
Teringat bagaimana Dato Jins dalam filem tu memegang watak anggota polis mengenalkan dirinya kepada bos dia .. Sangat bersemangat tengok ...
Hurm... aku pernah jalani latihan pemilihan inspektor polis satu tika dulu .. Minat aku terhadap pasukan uniform negara ini dah ada sejak dari kecil lagi.. Terasa bangga bila berpakaian begitu..
Malangnya bila memikirkan sedalam dalamnya , aku berdoa agar aku gagal dalam pemilihan tersebut.. Alhamdulillah ... aku gagal ! Aku gagal kerana aku pakai cermin mata sewaktu ujian penulisan .. Walaupun fizikal dan ujian penulisan tu aku lepas tapi hanya kerana cermin mata saja aku gagal..
Aku tak menyesal langsung .. Syukur lagi adalah .. Syukur kerana aku tak mampu menjunjung amanat sebagai peguatkuasa undang undang .. Aku takut aku gagal dalam ujian yang Allah berikan ..Aku tau kelemahan diri aku ni .. Sangat sangat nipis imannya tika itu .. Skang ni pon tak la tebal mana pon tapi dah boleh berfikir dengan lebih matang .. tu maksud aku ..
Hurm.. pandangan masyarakat sekarang pada pasukan unit beruniform tak seperti dulu lagi .. Kalau ada kes jenayah , pantas mereka cari polis.. Kalau mereka nak membendung jenayah dari berlaku , mereka kata polis kejam ... Ramai berfikiran satu hala jer.. Selagi tak tertunai hasrat di hati , semua orang nampak kejam di mata mereka ..
Aku malas nak bicarakan soal semalam.. Sediri fikir laa.. Mak aku kata kat aku , jangan bawak kereta laju laju.. Stering di tangan aku sekarang ni , aku nak ikut cakap mak aku atau ikut suka aku memandangkan aku rasa aku seorang pemandu yang cekap ..
Lu pk la sendiri sebelum nak menyalahkan orang lain ... Asyik nak tuding jari jer .. Cait..
Hurm.. penat benor nak LEAVE GROUP.. Bukan pe , tau tau je berbelas ribu email aku dapat.. bila check , semua dari group.. Yer , aku tau.. edit setting tu.. tapi tu yang kita tau .. ni group yang kita tak tau pon kita di add.. haa.. camana tu ? Kang marah , kata tak sayang .. adeh .. sabar je la yer ben ? Hehehe
Oh ya , buat pengetahuan .. ada group yang aku join sendiri tapi jumlahnya tak lebih pon dari 5 pon.. tapi tak pe pa.. menda kecik je kan ? Nanti aku keluar la skit skit .
Erk.. kalau ada nak 'tarik' aku , bagitau la dulu yer.. aku rela masuk punya .. bukan pe , penuh mailbox aku tu haaa.. satu keje aku nak bersihkan mailbox tu.. Hurm.. tak larat ari ari nak bersihkan beribu ribu mail tu.. Tolong yer .. Mintak cara baik ni.. hehehe..
Macam macam hal dalam dunia maya ni kan ? Hehehe.. tak cukup ngan dunia realiti ditambah dengan dunia maya punya hal ..
Hurm.. aku terbaca satu entri yang mana dia punya entri ada kaitkan dengan aku sekali ... Heh.. apa mau buat.. terima jer la .. Baik buruk ..Itu hakikat ..Hakikat yang perlu aku telan ..
Perbandingan dibuat dengan blog blog yang punya nama yang lain .. Di samping itu ada gak kata kata sindirin sinis yang aku pasti mmg dituju khas untuk aku terutama pasal header .. Terima je la.. kalau aku berdiri di sebelah tiang lampu sekali pon , tetap akan dikorek mencari lubang kesalahan ..
Aku sedang menonton kisah hidup CELINE DION .. hurm.. masih ingat lagi kritikan yang dia terima.. paling 'jahat' , ada yang kata CELINE DION tu lelaki ! Boleh gitu ?? Manusia.. kalau dah berhati busuk .. macam macam diorg akan kata.. Sama gak dengan SITI NURHALIZA.. siap ada yang kata dia guna buluh perindu .. hehehe .. dasat kan ?
Ramai teringin nak popular dalam dunia blog.. sebenarnya patut diidam adalah berjaya dalam dunia blog.. Popular belum tentu menjanjikan kejayaan ..
Hurm.. aku bersyukur.. syukur sangat pada Allah .. Blog aku ni tak best tapi masih ada yang berminat nak membacanya .. Aku tak perlu bergaya setiap hari.. aku tak perlu melancong untuk cari idea .. aku tak perlu melukis untuk menarik pembaca .. Apa yang aku perlu hanyalah menaip dari hati , khas untuk ke hati mereka ... Tu saja..
Kesan dari PERHIMPUNAN BERSIH , ramai orang tak nak keluar rumah akibat sesak di mana mana .. Dan peluang itu aku dan keluarga aku serta saudara mara dari Pulau Pinang untuk menghabiskan masa hari ini dengan melepakkan diri di FLORIA PUTRAJAYA 2011 ...hehehe..
Syok woo.. Kenapa ? Tak ramai orang.. leh jalan sana sini tanpa bertolak tolak .. Nak amik gambar pon senang jer.. ehehee..I Likee wooo...
Bagi mereka yang minat nak bergambar , mmg berbaloi turun .. hehehe.. macam macam adaaaaa... Dan bagi mereka yang nak bershopping , leh ke HARI KOPERASI di belakang bangunan Mahkamah Putrajaya ...
Best.. tak ramai orang .. hehehe ...
Apakah ini yang dikatakan pengorbanan demi anak cucu kita ?
Aku dah puas berfikir .. Dan jawapan aku ialah , pilihanraya nanti.. Aku buat kali pertamanya akan menunaikan tanggungjawab aku sebagai rakyat Malaysia ..
Telus atau tidak , mereka yang memikul amanah itulah yang akan menjawabnya di akhirat kelak .. Aku dah lalui semua ini dulu dan ianya berulang lagi ..
Dan ianya membuang masa saja .. Gunakan cara bijak iaitu di masa pilihanraya nanti .. KELANTAN , PULAU PINANG , KEDAH dan SELANGOR adalah bukti bahawa rakyat bersuara dalam diam ..
Serius.. tengah bosan.. tunggu masa nak g Precint 2.. g booth Hari Koperasi .. bawak pakcik aku yang datang dari Penang.. Sementara tu , aku join jap segmen ni la ... hehehe...
Ni je la aktiviti aku di rumah , buat masa skang .. layan anak buah .. nak berblogging pon takde mood bila mengenangkan saudara saudara aku bz dok main kejar kejar kat bandaraya KL tu haa...
Kesian... Er.. nak join ? Meh SINI
Bukan saja laki tapi perempuan zaman ini pon dah sama level .. Yang dah kawin ngaku bujang.. yang dh bertunang pon begitu juga .. Yang dah kawin apa tah lagi , kan ?
Hurm... terbaru .. seorang rakan aku di FB meluahkan perasaan pada aku.. Sedang menanti hari bahagia tetapi terpaksa membatalkan trus hajat tu bila dapat tau tunangnya itu punya hubungan dengan perempuan lain yang mana dia sendiri pon dah bertunang .. Perghh..
Yang menariknya , lelaki tu bakal bergelar orang bijak agama.. camana tu ? Semakin tinggi ilmu agamanya , semakin kuat godaannya ... Hurm.. syaitan syaitan ..
Ni gara gara bila segalanya menjadi mudah .. FACEBOOK atau laman sosial yang seangkatan dengannya , menjadikan hubungan tanpa batasan ini semakin disalahgunakan ...
Nak salahkan pencipta FACEBOOK ? Gunakan je FB tu untuk berdakwah .. lagi senang ..
Kerana gambar inilah aku disangka :
Dan kalau nak tau , aku bermula segmen dengan gambar ni lah !! Maka mereka kata aku jual muka ! Gila ke apa ???? muka cam sambal tempoyak ni diorng kata jual muka ??? Caittt...
Ni gambar aku sewaktu aku bersanding dulu .. Jenuh aku nak senyum woo.. Aku spesis susah nak senyum .. Entah rasanya jurugambar tu wat lawak hindustan depan aku , tu yang aku tersengih skit je tu ..
Apa apa pon , gambar ni mmg membawa tuah pada aku.. hehehe.. ramai kenal aku dari gambar ni .. Baju putih tu kira trademark aku la.. haaa..
Sehinggakan ada blog klon wujud semata mata minat kat baju aku tuhh.. hahaha.. macam macam pengalaman dalam dunia blogging nih.. ehehhe..
Kesimpulan .. aku suka baju putih ni.. Dari aku size xxl , aku diet sampai size L .. baru muat pakai baju tu.. hehehe..
Tak pasal pasal aku kena kensel projek esok .. Bikin kecoh betul laa... Yelah , nak keluar dari KL boleh , nak masuk balik nanti ? Tak pasal pasal tidur dalam kereta sbb jammed .. Hurm.. Segala kemungkinan kena pk ..
Jadi apa projek ? Nampak gayanya tengok bunga je la kat Putrajaya nieh... huhu... Yang aku peliknya , apahal si KJ pon menyibuk ? Bukan ke dah cukup dengan polis dah ada ? Adeh.. kalut betul laaa.. Yang ada pon dah kalut , hang p tambah kalut pasai pa ?? Ni pon ada agenda tersendiri gak neh..
Esok semua warga KL , duduk diam diam kat rumah la yer.. Dengar cerita roadblock merata rata.. bila dah gitu punya roadblock , sah sah jammed punyaa ...
Mungkin ada yang kata kebaikkan dari perhimpunan ni ... Mmg betul ada jika kena cara .. Tapi kalau tak kena cara ? Ya, akan ada pihak yang cuba cetuskan huru hara dan pasti akan menuding jari pada pihak bertentangan .. Kan lebih baik dari berlaku gitu dari huru hara berlaku kan ?
Entahlah .. diam kena .. bising pon kena.. Yang pasti , kita sesama kita sendiri bertelagah .. Sapa rugi nanti dan sapa yang untung ?
Ada banyak lagi .. cepat cepat.. Meh SINI ..
Ruang iklan juga dibuka bagi sapa sapa yang berminat... sila email pada saya yer ... benashaari@yahoo.com ..tqqq...
1, 2, 3 , 4 , 5 .. 5 orang jeee baca entri ni ?? Hahaha.. "Yolah , sapa nak baca entri ko g bercuti , Ben oiiii !! " . Best lagi baca entri gossip artis.. panas gitu.. hahaha..
Lantak la kan .. ini blog adalah jurnal kehidupan aku .. Cerita aku.. rasa hati aku .. Mau baca atau tidak , terpulang .. nak best punya cerita pasal artis , beli je majalah artis ' buah buahan tempatan tu '.. alang alang nak bergossip tu , cuci mata tengok artis berbikini ..
Ke Teluk Intan , mmg best.. panoramanya mmg mendamaikan .. apatah lagi dengan sawah bendang .. tali air yang membolehkan sapa kaki pancing memancing anak dara ikan darat kat situ .. hehe.. udang ? ada kot... hehee..
Aku pernah wat cerita tu dulu.. sewaktu mula berblog.. Baca dah ? Hehehehe.. Kalau belum , meh klik SINI ... Panjang kan ? Hehe.. dulu entri aku mmg ala ala tesis gitu.. tapi selepas terantuk pintu LRT , aku tersedar diri ... hehehe..
Tujuan g bercuti ? Mau rileks skit ... malas nak layan karenah ibu kota yang sampai bila bila takkan puas ! Grr....
Hik ! Hik ! Hik ! Anda tertipu !!
Aku kata dahhhh .. Bukan tak kata... Kalau artikal agama , yang masuk .. hampehhh ....Leh kira ngan jari ...
Macam ari tu haa.. aku kuar entri pasal Puasa .. seolah olah teror dah ... kang ada yang dok tanya balik , korek hidung batal tak ? Telan air liur batal tak ? tak baca niat puasa , sah puasa tak ? dan sebagainya...
Tapi bila bab artis ... mengigil jari jemari nak klik !! Haih... bawak bawak la berubah skit perangai tu.. hahahaha... aku cakap pon , untuk diri aku gak.. kan ? Hehehe..
Selamat hari raya.. maaf zahir dan batin yer .. Yolah , takkan tunggu raya baru nak mintak maaf kan ?