Mmg pon .. kata la apa pon .. Dalam hati ada taman ke.. jiwang ke.. lembik ke.. pondan ke.. Yang pasti hati aku ni mudah terusik ... Pantang tengok orang tua , aku teringat kat orang tua aku .. Pantang tengok orang mengemis , aku pasti bayangkan aku ditempatnya... hurmm ..
Dalam cerita CARS tadi petang aku layan di ASTRO ( entah bila wife nak potong pon tak tau.. dia chief de mission di rumah aku ) ..ada satu dua babak membuatkan aku insaf seketika ..
Babak pertama ... yang mana satu kereta ni dipanggil Doc Hudson ( dia adalah legenda perlumbaan tapi dilupakan setelah mengalami kemalangan ) , memberitahu pada pelumba hebat dan juga watak utama , Lightning McQueen , bahawa piala perlumbaan itu adalah kosong semata mata .. Hakikat kejayaan sesebuah perlumbaan sebenarnya adalah kerjasama berpasukan bukannya individu .. Namun walaupun bergelar lagenda , mereka akan lupakan si pemenang jika terjadi apa apa padanya.. Cepat benar dilupakan ..
Yang kedua , satu babak dimana perlumbaan menghampiri kemuncak dan salah sebuah kereta mengalami kemalangan .. Dan Lightning McQueen memberhentikan keretanya pada mana dia sepatutnya mengecapi kejuaraan namun dia berpatah balik untuk membantu kereta yang mengalami kemalangan tadi ...
Hurm... tu la dia .. walaupun kartun tapi penuh moral ... Filem kita ? gaduh tu la moral dia .. hahahah .. lalalallaa...
Aku peminat kartun 3d .. Kenapa aku suka tonton kartun 3D ? Setiap ceritanya bukan sekadar cerita .. Penuh mesej ! Mesej yang senantiasa berlaku pada kehidupan kita .. Samada kita sedar atau tidak saja mesej itu cuba disampaikan ..
Hurm... setiap hari ada je dugaan yang Allah bagi kita .. Ada yang dalam bentuk penghargaan dan ada juga dalam bentuk kesengsaraan .. Kita leka , kita lalai , kita kecundang walaupun pada hakikantnya kita nampak kita berjaya dalam kehidupan ini ..
Fikir fikirkan bersama yer .. hehehe .. Tak caya .. Cuba layan CARS ..
" Ianya cuma sekadar piala .. " :)
DIGI WWWOW telah berakhir namun masih ada suara suara berbunyi termasuk aku.. Yelah , aku kecewa tak dapat tunaikan apa yang aku hajat iaitu open table pada rakan rakan blogger yang menghabiskan masa mengundi dan berkempen untuk aku ..
Bukan tergila sangat nak menang pon.. kalau menang sekali pon akan aku kata , award tu adalah milik blogger kerana mereka yang mengundi .. aku cuma wakilkan saja .. Tapi bukan rezeki aku malam tu ..
Kekalahan tu membuka mata aku .. Aku semakin mengenali dunia maya ini.. Sapa kawan .. sapa yang bukan kawan .. Yang bukan kawan ni , tak semestinya lawan kan cuma mereka ni umpama lalang saja ..
Pertandingan tu memberi banyak kenangan pahit dan manis .. Masing masing cuba menjadi yang terbaik termasuk aku .. Namun jika dikenang kembali , betapa bodoh gak aku masuk kerana pertandingan tu meminta mereka mengundi hari hari ! Macam meraih simpati pon ada .. Iskhhh... sampai gitu sekali ..
Dan ada juga rakan blogger yang terasa hati dengan aku yang mana mungkin aku ada mengeluarkan entri yang menguris hati mereka ( namun sebenarnya double meaning ) dan juga kawan kawan yang lain .. Nadea dan Mia , antara pesaing aku tika itu .. Mereka blogger yang bagus dan hebat samada dalam entri dan juga berkempen .. Sememangnya aku bukan saingan mereka ..
Pada kedua blogger tersebut , andai ada terasa hati dengan aku tika pertandingan tu , ampun maaf seikhlas hati dari aku .. Tamo dah bersaing ngan korang ! Sure aku kalah .. hehehe..
InsyaAllah , aku tak nak masuk dah .. Kalau masuk pon sekadar suka suka untuk curi trafik orang ! hahaahha ... Tolong ingatkan aku andai aku terlupa ...
Alamak ... aku buat silap dalam entri aku .. Terlupa aku kerana sedap benar mengkritik tanpa memikirkan batasannya .. Entri aku pasal gay dan lesbian dimana aku letakkan gambar dua gadis melayu seolah berkucupan ditegur oleh seorang rakan blogger yang mana dia menghantar email pada aku ..
Alhamdulillah ... cara teguran dia menunjukkan tahap pemikirannya yang cukup matang .. Selama ini aku berhati hati dalam membuat entri namun masih ada yang terlepas pandang terutama dari segi ejaan dan syukur masih ada yang sudi menegur dengan cara bijaksana .. :) Tqqqqqqqqq...
Hurm.. sebagai blogger yang dah agak lama tapi belum la lama sangat , aku masih perlukan pemerhatian dan teguran dari rakan rakan blogger terutama yang benar benar prihatin dan ingin melihat aku pergi lebih hauh ..
Perlukah aku bersikap sombong untuk menidakkan teguran tu ? Perghh.. bodoh sungguh la aku kan ? Orang tegur cara baik , kita jangan sombong .. Buka pintu hati dan terima segala teguran dengan penuh keikhlasan dan jangan lupa setiap teguran itu membawa kebaikkan jika kena caranya ..
Itu juga akan elakkan kita buat dosa sekirannya entri kita itu tidak benar faktanya .. Boleh mengaibkan mereka yang sememangnya tidak melakukan seperti yang kita gembar gemburkan di blog kita ... kan kan ?
http://cikreenatan.blogspot.com/
Dalam kebosanan tak tau nak g mana , tetiba ada call masuk .. Bila angkat , dia panggil aku ' BEBEN' .. Mamat mana lak nak kena sula ngan aku nehhh ...
Bila dia sebut ' Broframestone' , niat aku tu aku kensel.. tak sampai hati nak sula dia .. hehehe .. Dia kata dia kat Putrajaya .. Nak g Floria .. Heh.. kalau nk g Floria ni , sah sah bukan keseorangan kan ? mesti ada bunga di sebelah tu ..
Dia ajak lepak sat dan kebetulan dia ada kat Precint Diplomatik .. Aku pon on je la.. Solat , mandi lagi pastu keluar .. Sampai sana , mmg benar sangkaaan aku.. hehe.. ada awek kat sebelah dia ..
Duduk duduk je ,terus keluar gossip ... Apa cerita itu ini dan pelbagai ... hurm.. Macam macam la cerita ada .. aku kutuk kau , kau kutuk aku .. Senang cerita .. Tak de sapa baik sebenarnya dan tak de sapa jahat.. Sama jer semua .. Abis cerita ..
Pastu gerak ke Precint 2 .. ramai gila la pulak orang .. Bro , dapat parking dan aku ? Menghala balik rumah je la.. Panas giler kat situ .. tak tahan aku punya .. kang sahih pening ..
Buat Reena Tan , hehehe.. maaf tak sempat bergambar tadi .. Ingat nak bergambar di samping bunga tapi tu la.. tak de parking lak .. Takde rezeki kita eh .. Tak pe , nanti jumpa lagi.. InsyaAllah ..
N rahsiakan apa yang dengar tadi yer .. Tu la dunia maya kenyataannya.. .. Hampeh banyak dari madu kerana kita dikelilingi lebah dari bunga sebenarnya ..
Layan Berita di Tv3 .. Walaupon berita tah hapa hapa skang ni tapi layankan gak la .. Ada satu yang menarik minat aku .. " Lelaki berdua-duaan dalam kereta ditahan di depan sebuah pusat kesihatan dan setelah diperiksa , dijumpai kondom ".. Gay .. wahahaha.. adoii.. bikin lawak laaa.. dah abis modal ngorat awek ke ??
Mmg akhir zaman .. Di facebook sendiri pon aku beberapa kali dingorat dek sespesis aku yakni lelaki ... Aparaaa.... ingat aku ni apa ? Tu haaa... perempuan yang ada skang ni .. Punya la cantik cantik gitu .. terbiar gitu jer.. Kang dikebas dek lelaki yang dah kawin ( ehem ) , baru nak nyesal atau dikebas dek kaum sejenis diorng .. Ni pon bala gak ni !
Cer bayangkan sat .. Eh ,tak yah bayang aih.. aku letak gambar eh ..
Haih.. tak larat nak tepuk dahi dah.. wat sakit sendiri jer...
Ternganga ketika tengok iklan CANON ni ..
Kembali menutup mulut setelah melihat gambar ni ..
Ayunya kalau gadis melayu tidak menjadi mangsa fesyen kan ? Sememangnya gadis melayu dah cukup jelita dan rupawan ..tapi silap sendiri menyebabkan mereka nampak pelik ... hehhee..
Jangan marah yer .. ni pendapat aku , seorang lelaki yang tengok perempuan hari hari ... Mana yang buat aku ternganga.. mana yang buat aku mengeleng kepala .. mana yang buat aku meleleh air liur .. dan mana yang buat aku pengsan 3 saat !
Abang abang ni hensem kan ? Cam penah tengok kat tv je..tapi kat mana yer ?
Bila berblog ni , macam macam orang kita akan jumpa .. Serius ! Tapi sayangnya sekarang ni , ramai buat blog kerana inginkan nama dan wang yang tak seberapa tu .. Hurm..
Walaupun jumlahnya kecik tapi mampu mempengaruhi mereka yang baru baru berkecimpung dalam dunia blog ni .. Bahaya gak tu .. Sebenarnya blogger macam aku dan korang yang bercerita tentang isu isu biasa , patut menjalinkan persahabatan kerana majoriti kita ni berbeza bidang/profesion ..
Contoh , ada doctor , pilot ,polis , engineer , pakar IT , pelajar , suri rumah , peniaga , usahawan , penyangak dan banyak lagi .. Haa... Kan ramai kawan dah kan ?
Walaupun sekadar membaca blog tapi kita boleh kenal dah sapa blogger tu.. kan best tu ? Tapi sayangnya , yang berlaku adalah sebaliknya.. Berpuak puak jadinya ..
Jadi sama sama kita fikir.. tak kira blogger atau pon bukan , ni la pintu untuk menjalinkan persahabatan ..
Al- Hakim lagi ???? Waaa.. Juara 2 kali berturut-turut !!
http://pilhanhati.blogspot.com
Tak pe.. jap lagi ada lagi SEGMEN baru ...
Waaarghhh... Tu perumpamaan je la bila guna UNIFI ni.. Ada kawan kawan mintak pendapat camana guna UNIFI ni ? Best ke tak ? Ada gangguan ke time hujan ?
Erk... UNIFI ni bukan cam ASTRO BOY tu haa... Tak terganggu pon siaran kalau hujan .. Tak tau la kalau gempa bumi.. Yelah , kan guna kabel ( fiber optic ) .. Kira laju dari kabel telefon dulu la ( bahasa pasar je )
Camana pulak ngan internet ? Hurm... hurm.. semalam aku test download movie 200mb .. Kira tak sempat terlelap tu , dah siap dah .. hehehe.. Maksud aku laju la berbanding dengan guna broadband biasa tu .. Streamyx , aku tak sure la.. Tapi kalau atas kertasnya , UNIFI ni lagi laju dari Streamyx ..
Harga ? Ada pakej ... Yang tu korang kena tengok kat web mereka la.. Google Unifi Malaysia .. nanti jumpa la ... Setelah seharian menggunakannya , mmg cun ..
Rancangan di tv ? Heheh.. kira tak tertengok gak la.. Banyak gak woo.. Kalau boring , leh amik siaran berbayar .. Ada hari , dan ada bulan.. Murah jeee woooo...
Kesimpulan , mmg berbaloi guna UNIFI .. tu je aku leh kata BUAT MASA SEKARANG !
Aku teringin nak tidur awal .. Tapi aku tak boleh .. Dulu masa muda aku , aku suka tidur .. tidur .. tidur .. tidur .. Bapak aku cakap , orang banyak tidur ni kerugian banyak perkara ..
Waktu tu aku tak endah langsung .. Yang aku tau , bila sedar , dah pagi.. sedap gitu .. Pastu tidur balik ! Mmg best sungguh.. tak perlu nak rasa apa apa.. Maklumlah , harta bapak banyak lagi tak abis ..
Tapi sejak aku kenal dunia blog ni .. aku sedar .. setiap minit aku ada $$ !! Sangat bernilai sehinggakan kalau aku tertidur pon aku rasa rugi ..
Baru aku sedar .. Untuk berjaya dalam apa jua bidang , pengorbanan perlu ada .. Lihat contoh masa belajar .. Ada yang sampai korbankan masa tidur untuk belajar di sebelah malam ..
Walau bagaimana pon , tidur perlulah cukup.. Tidur adalah rehat .. Berehat sebentar dari menghilangkan segala kekusutan kehidupan ini buat sementara waktu ..
Serius aku rugi gila sbb buang masa zaman muda aku dengan tidur .. hurm... Bila aku tua nanti , pastinya akan lebih menyesal lagi kerana tidak menghabiskan masa muda aku dengan beribadat di malam hari ..
Haih .. masa ... Astagfirullah al'azim ... Leka dan lalai kita...
Do it ??? Buat apa ??
Ohh.. Kajian... Pasal apa ??
Erk ? Saya tak faham ??
Oh .. ok..
Banyakkan kajian mengenai pembaca blog kita dan juga !!! blog orang lain.. Bagaimana mereka memikat pembaca mereka ... Apakah dengan rupa ? Dengan penulisan ?
Kalau ada yang kata rupa , sila kaji semula jawapan korang tu ! Sesungguhnya kita dibisik dek syaitan agar tidak nampak bahawa penulisan mereka itu lebih menarik dari muka mereka !
Tak caya ? G check blog Maria Elena .. Hanis .. Cik Epal .. Fatin Liyana .. Korang rasa diorg takat pacak muka je ? Perghh.. Diorg dah lama buat kajian mengenai selera pembaca blog mereka ..
Jadi perlu ke cemburu ? Memula salahkan diri sendiri .. Kenapa ? Sebab rasa kita dah bagus sampai tak perlu nak bandingkan dengan penulisan orang lain ..
Perlu ke ? Perlu .. Mereka menulis dengan pengalaman dalam dunia blog ni .. Bukan menulis lagi semata mata syok sendiri .. Sebab itulah ramai newbies kena serang dek langau tak bernama..
Bukan sebab tak bagus , tapi ada yang tak kena.. Cuma langau tu tak bertamadun skit je la.. Guna bahasa kesat .. Tapi sesekali kau dan aku kena pandang positif..
Kita tak mampu pikat semua tapi sekurang-kuranya bagi mereka yang membaca itu tersenyum selepas membaca entri kita ..
Kan best gitu ? kan kan .. Dan jangan lupa .. bagi menghasilkan entri yang menarik dan berinfomasi walaupun santai , banyakkan membaca artikal artikal berilmiah... :)
Tu la.. mmg aku seringkali dinilai dengan tidak membalas komen .. hehehe ... tapi nak tanya la kan .. berapa banyak blogger lama yang follow blog yang baru semalam atau hari buat eh ??
Bukanlah aku nak kata aku ni bagus.. ramai lagi sebenarnya blogger lama yang lagi bagus cuma kita ni tak tau jer .. Kita dok berada dalam 'taman' tu.. camana nak tau ragam di taman lain kan ?
Tu la , jangan cepat nilai seseorang tu dengan pandang sekali jer.. Cuba cuba dekati dia .. Bukan sehari dua untuk kita kenal dia kan ? Pandai pandai la kita ajak bersembang.. Tak semestinya di ruang komen..
Kalau benar berminat , cari je kat FACEBOOK atau TWITTER .. Aku rasa ramai blogger lama layan blogger baru kat FB atau kat TWITTER.. cuma kat blog ni agak terhad.. Yelah , bukan satu dua komen nak reply.. Bila dah reply , di komen lagi.. Bila nak abis kan ? Betul tak ?
Ingat lagi ?
Pergh.. aku hampir lupa dengan perisan files sharing ni ! Wargkhh.. aku semakin tuaa .. hahaha.. Dulu sewaktu dok gilakan internet ( macam skang ni tak gila dah !! ) , mmg dok mendownload jer mp3 ..
Napster ni seingat aku , users shared dia punya folder pada pengguna Napster yang lain .. Kira boleh amik apa saja lagu yang ada dalam dia punya folder la gitu ..
Skang ni lebih pada web jer.. kena upload dan download di web jer .. Tak tau la kalau ada yang lain .. Aku lama dah tak mendownload .. Yelah , dah guna broadband bergerak.. hahaha.. limited la skit kan ..
Hurm.. Aku lupa langsung kenangan NAPSTER ni.. Rindu zaman MIRC dan ANJUNG CAFE .COM yang mana aku gunakan nickname SLASHER dan SRI LAYANG ( PAI WUNAN ) !
Aku masuk blog BUI jam 7:54 , dan terkejut bila tengok bloglist ini dengan link entri aku yang memaparkan link entri tuuu.. Grr.. Cuba tengok masa yg terpampang kat situ .. " 11 hours ago "
Biar janggug rebus !! Warghhhh ...
Padahal entri aku terkini adalah ..
Patut la ari tu ada sorang blogger cakap kat aku yang mana bloglist aku problem.. Heh .. bukan aku sorang jer ..ramai lagi .. huhu .. Jadi trafik aku ni datang dari mana ?? Jom check .. .
Ooooo.. dari depa ni laa... patut laaaa.. Hurm.. ok la tu.. Lapar la pulak .. pekena nasi kandar pon sedap neh ... Hurm... hurm...
video dan keputusan perlawanan persahabahatan diantara MALAYSIA (3) vs LIVERPOOL (6)..
Tiada komentar.. Dah lama agak.. :P
Pinjam sat eh MARY ANN .. Cantik nombor.. tersusun gitu , 789 .. hehe.. selepas aku masuk , jadi 790 .. waaa..tak cantik sudah .. huhu..
Oops... hehee.. saja follow blog bila dah guna UNIFI ni.. Ada yang tanya UNIFI ni apa ? Spesis Streamyx tapi yang ni lebih laju lagi .. Haa.. nak guna term tech kang ada yang tak faham .. Kena terang lagi.. Nak tau , sila ke UNIFI ..
Hurm.. nak basuh keta la.. dah macam kereta kebal dah tu.. huhu.. Tak makan lagi nih .. adeh.. ginilah nasib bila membujang .. huhu... makan pon rasa malas .. haih...
" Alamak , ada artis kena tangkap khalwat ! .. Best ! Buat entri ni mesti meletop !! "
" Malaysia kalah ngan Liverpool ? Tak heran ..dah tau .. Aku nak buat entri la .. nak hentam pasukan Malaysia .. "
" Si Ben Ashaari wat segmen mengarut ! Hahah.. jom kutuk dia .. best punya neh ! "
3 dialog berbeza tapi membawa satu makna .. iaitu nak mengutuk dan mengkritik ... Mmg best punya.. Yelah , mmg kebanyakkan kita ni gemar membaca gossip , kritik ,kutuk dan apa saja yang negatif kemudian dijadikan topik perbincangan .. Walaupun bukan semua tapi ini boleh berjangkit kepada mereka yang tidak terlibat kerana boleh terpengaruh .. Best pe bergossip gitu ..
Tapi cuba fikir kembali .. Jika mereka ini berbuat sesuatu yang baik , berapa ramai membuat kembali cerita mengenai kebaikkan yang mereka buat itu ? Takde kan ? Sapa nak baca mengenai kebaikkan .. Sikit je kan ?
Sebab tu aku kata , kita sebagai blogger , kena bijak .. Jangan sedap mencari isu tapi tak pandai cover semula isu tersebut ! Contoh yang aku baru tadi ialah UNIFI .. Sebelum ni aku pernah kritik UNIFI kerana pemasangan yang melebihi tempoh yang dijanjikan .. Dan jika mereka dah datang dan pasang serta layanan yang ok , takkan tak nak bagi kredit kan ? Kena la bagi penghargaan ..
Jangan pandai mengkritik jer .. Kena bijak menghargai juga .. Barulah orang kata blogger ni bijak belaka .. Bukan mencari isu panas untuk dijadikan entri saja !
Siap ! Setelah hampir 2 bulan tunggu diorng sampai , akhir selesai gak .. Terima kasih pada UNIFI dan kontraktor pemasangan .. Sangat membantu .. Tanya je apa pon , diorg bagitau mengenai UNIFI ..
Apakah ini bemakna SELAMAT TINGGAL ASTRO ?? Hehehe.. Ye laa.. macam macam cerita ada dalam HYPPTV tu .. pakej sekali dengan broadband tu haa... penggunaan telefon pun percuma .. Telekom ke Telekom la. gayut la sampai terbakar , takde sapa nak marah .. hahaha ..
Bila siap jer , aku try download satu movie sebesar 200MB .. yewww.. sangat cepat .. hahahaa.. Gunakan sepenuhnya .. Ni yang buat aku malas nak keluar rumah lagi nih .. hahaha..
Apa?? Blogwalking ? InsyaAllah aku singgah nanti yer .. tapi nak tinggal komen tu , berat sikit la.. nak jadi FOLLOWER , InsyaAllah.. tunggu aku sampai eh .. heehhe..
Tq UNIFI .. er , kalau terlewat bayar .. jangan lak cepat cepat potong yer .. macam.. macam.. ala.. macam tuuuuu .. yang tuu tuuu ... hehehe
Akhirnya lagiii .. hehehe.. ada gak yang menang setelah seharian berlawan ! heheheheh ...
Tahniah AL-HAKIM ! dan juga semua bloggers yang mengambil bahagian... :)
Sampai gak UNIFI kat rumah aku nehh..
Kasi bakar bunga api sket !!
Yeaarghhhh !!!
Kerja-kerja pemasangan bermula .. Lepas ni blog aku nak upload video la.. mau buat vlog sendiri.. Wakahahaha ..
TAKDA MASA ! Aku seorang blogger bukan vlogger...
Tq UNIFI n wife .. dia yg rajin follow up .. harap aku ?? aku ?? Aku ?? Ala , wife aku tu PA aku.. jadi aku bagi arahan je la.. Sesekali aku pon kena arah gak kan .. kan ..
Bila gila glamer , maka glamer je la lebih ! Apa pon tak boleh ... Heheh... Akhirnya , blog bungkus pastu kutuk orang .. Apa cer ???? Takde cer laa...
Memula dulu aku buat blog , aku teruja nak dikenali ramai .. Kot la leh jadi retis dalam dunia maya ni .. Tapi lama kelamaan , aku sedar ... Apa jadahnya aku kejar glemer ni ? Habuk pon tarak ! Kononnya bila g mana mana , orang kenal la.. KONON laaaa .. Caittt ..
Nasib baik tersedar awal skit .. Kemudian aku nasihatkan pada rakan rakan blogger yang baru aku kenali .. Alhamdulillah .. ada yang ikut , dan ada yang buat kepala sendiri .. Tak kisah la kan .. janji kita bagitau dah .. Kang lelebih , diorng kata kita jeles lak ... kita gak kena ..
Apa yang aku nasihatkan mereka ?? Jangan gila glamer .. Glamerkan blog je... Kalau blog glamer , blogger secara automatik glamer .. Yang glamer itu nanti adalah NAMA bukan RUPA ! Beza tu tau !!
Apa yang berlaku skang adalah RUPA yang glamer tapi NAMA tak glamer langsung ! Apa buktinya ? Cer tanya orang yang bukan dalam dunia blog ni.. Tau tak blog sekian sekian ni .. Dan tanya pada blogger yang baru naik.. Kenal tak blog sekian sekian ini .. Dua pengguna internet tapi berlainan kategori .. Mesti ada jawapan yang berbeza ..
Bila NAMA blogger popular , maka akan adalah rezeki masuk ... Percayalah.. ini baru terjadi pada seorang rakan blogger yang baru ceritakan yang dia ditawarkan satu job oleh sebuah syarikat besar .. ;) alhamdulillah ... Dulu dia tercari cari rentak. ... Dah akhirnya dia tau apa yang nak kena buat ..
Itu yang sepatutnya kita sebagai blogger kena buat .. Tapi yang jadi , lain pulak .. hehehe.. tak kisah la.. nanti tersedar la sendiri.. Orang dah ke bulan , kita dok terpusing pusing kat awan ..
Aku sure sangat laaaaa bila bercinta ni , kes kes cemburu selalu berlaku .. Sikit skit gaduh .. bila gaduh , mula la bertekak... tak cukup bertekak , sambung kat sms ... kan kan ?
Terjadi laa pada aku dulu , wife aku ( masa tu tunang ) kena g kursus jangka panjang .. Kursus ni bercampur la lelaki perempuan .. hahaha .. yela .. dulu aku cemburu tak bertempat .. Ada je kes nak dicemburukan padahal takde apa pun ..
Nak dijadikan cerita , ada sekali tu aku 'bergaduh' secara kecil kecilan .. Call tak dapat .. mula la pk bukan bukan .. bersms laaa jawabnya .. hahahha ..bengong tul ...
Dalam dok berlawan sms tu , aku seperti lelaki lain dengan egonya mesti la nak menang kan .. Maka aku pun karang baekk punya ayat .. tapi bila nak send tu , no tel takde lak dalam history tu .. maka aku pun search dalam phone book ..
Jumpa .. terus send ! Huh ... Baru tahuuuu .. nak lawan konon ! ... Sms berbalas 5 minit kemudian ..
" Yelah .. saya bersalah.. saya minta maaf yer " . Ayat yang tertera di handphone aku tu ..
Yeesssss .. aku memang !! Tapi aku pelik .. takkan begitu mudah dia menyerah kalah ?? Tak mungkin .. tak mungkin ...
Aku tengok balik sms tu ...
Dibalas oleh SARJAN A%^@#! dari Balai Dang Wangi !!!! Aku tersalah send ... huhu .. maluuu wehhhhh ..
http://mylifesstoryblog.blogspot.com
Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki ..
Blogger yang rajin singgah dan komen di blog aku .. Dan juga sering join pelbagai segmen aku.. hehehe .. Thank My..
Sebenarnya entri entri ni dah berkali kali keluar .. Aku nak suh baca entri lama rasa cam ... hurm.. tak patut lak.. Kenapa ? Sebab mungkin ada pendapat baru atau pandangan baru dari aku dan juga rakan rakan blogger yang lain ..
Dua entri tadi ( " Aku menentang otai-otai blogger !! " , " Yer , mmg blogger otai ramai yang sombong .." ) takde kaitan dengan mana mana blogger pun .. Aku buat secara umum untuk mengelakkan perselisihan faham antara blogger lama dan yang baru ( semakin hari semakin ramai )..
Hurm.. ada rakan blogger bertanya , "Kenapa blogger lama tak komen blogger baru ? " .. Yeker ?? Sapa tu ??? Kalau dia merujuk MAT GEBU ( dah masuk 6 tahun blogging ) , salah la tu kan ? Ke merujuk pada aku nih ???? Hehhehehe..
Aku ker ? .. Sebenarnya aku lebih gemar jadi silent reader jer... Kecuali jika benar benar aku menurunkan pendapat , maka aku akan buat ... Tu aku la.. Kalau blogger lain , aku tak tau la..
Sebenarnya aku tak berani sangat nak mengomen kat blog orang lain.. Susah wooo .. Aku dah test buat .. Bila aku komen kat blog ni , maka akan ada suara berkata , " Abang Ben tak pernah pon komen kat blog aku " atau " Ala....macam bagus sangat dia ni .. " atau " Berlagak baik ! " .. haaa.. macam macam wooo ... Jadi adalah lebih baik aku masuk , dan follow jer selepas baca entri ( jika menarik minat aku ) ..
Dan sikap aku ni telah menyelamatkan aku yang mana berlaku satu kes ada orang cuba menyamar jadi BEN ASHAARI tapi dengan pantas blogger tu mengesan kepalsuan komen tu kerana tau BEN ASHAARI takkan komen di blog lain ..
Satu lagi pertanyaan .. blog mana yang biasa aku masuk dan komen ? Blog yang semestinya dah beri kebenaran dan kenal akan diri aku ini.. Aku akan masuk dan komen sekali dua seterusnya memberi pendapat mengenai blog itu di FACEBOOK , secara langsung dengan blogger itu ..
Kenapa ? Haih.. semua ni boleh jadi isu .. susah nak komen secara terbuka... PENGALAMAN MEMATANGKAN KITA .. tu je la alasan aku.. harap berpuashati.. Bagi blogger blogger baru , ampun maaf dari aku .. aku cuba yang terbaik dan mana yang termampu saja..
Seperkara lagi , aku masih lagi belajar menjadi blogger ..
Sedang aku dok beratur tu ternampak pengawal keselamatan yg berada di dlm bank tu .. Hurm..berumur sudah .. dia nak berdiri pon mcm tak larat ..
Siannya .. dlm usia begitu masih bekerja lagi .. Teringat org tua aku .. hurm .. diorg pon masih bekerja .. haih .. tak bagi keje, dibuatnya keje lain lak nanti .. sama gak ..
Lelaki yg bertanggungjawab berusaha mencari nafkah utk keluarga dia . Di zaman ini , ramai lelaki lak duduk mengangkang kat rumah dan isteri dia lak berhempas pulas mencari rezeki .. Kalau buat bisnis takpe la gak ..tu pon cari rezeki tapi yg tak buat apa apa ni haaa !! Sampaikan duit rokok pon mintak bini ! Camana tu ??
Sorang kawan aku tadi .. dia cerita perihal sorang jiran dia ni .. Isteri dia mengandung dan suaminya tak keje .. baru berenti .. Si isteri yg dok sarat tu , dibiarnya duk umah mak dia dan dia balik umah mak dia ! 3 org dah anak dia termasuk dlm perut tu !
Haih..tu la lelaki dua zaman ..yg satu ,keje sehingga akhir hayat dan satu lagi ...hurm.. nilai la sendiri..
OK.. Otai kat sini adalah old timer .. bukan sbb dia pahlawan blogger atau pon punya pangkat dalam blog .. Takde takde takde.. jangan silap faham ye .. Ada yang anggap , lepas 6 bulan berblogging tu leh dipanggil otai atau superotai .. Waaa wee wuuuu..
Tak kisah la.. otai ke petai ke apa sekali tu , tu semua adalah gelaran .. Sewaktu aku mula mula berblogging , aku taksub dengan cara aku .. Letak widget dari atas sampai bawah !! Amik kau ! ! Ada yang tegur , aku kata .. SEKATI AKU LAAA..BLOG AKU .. KO TAK SUKA , KO BLAH ! Tu baru widget .. Belum lagi template yang mana warnanya boleh membutakan mata lembu sedang mengawan ! Haaa.. hahahaha... Ramai komen.. tapi dalam pelan pelan aku sedar diri .. Ada benarnya pendapat mereka ..
Antara widget aku guna adalah shoutbox .. Tapi tak sampai 24 jam aku guna , dah disinggahi dek lanun bermata satu .. " Tau dia tulis apa ? " FUCK YOU ! GAY LORD ! " .. Aku terpikir la.. dia ni marah sapa ?? Takkan aku kot ? Bila lak aku gay .. Check header aku.. Muka macam Chef kat kedai sup tomyam awe Cheras tu dia leh kata gay ? Mak aihhh.. buta ke apa ???
Kemudian aku remove shoutbox .. Tu setahun 5 bulan yang lampau tau ! Bukan semalam atau dua bulan lepas yer .. Haa.. dah kena serang .. Cer bayangkan sekarang ni ? Sedangkan kat ruang komen tu leh kena serang ngan torpedo mahupun Scud , ni kan pulak dengan ruang chat yang terbuka sebegitu rupa ?
Sbb itulah ramai blogger lama ni , tak guna dah shoutbox.. Kalau nak tinggal sangat jejak , komen je la.. Komen tu , komen yang ikhlas dan membantu atau memberi pandangan mahupun pendpat terhadap entri yang dikeluarkan .. Jangan la entri pasal ayam tapi kita komen pasal gajah.. Mmg tak dilayan atau dibalas kunjungan korang tu semula ..
Gini je la.. Jangan cepat jatuh hukum pada seseorang tu .. Kelak jenuh nak g mintak maaf.. Walaupun sekadar luahan hati tapi kena hati hati .. Nanti balik kat kita balik , malu wooo...
Kelebihan shoutbox mmg tak dinafikan.. mmg dapat membantu blogger baru meningkatkan trafik.. Tapi bila dah naik , maka dari baik , akan memberi keburukkan pada dia semula .. Kalau dia berhati kering tak pe.. tapi risau nanti akan ada yang tak puashati lalu berperang dalam shoutbox tu.. Kita mungkin tak kisah sbb dapat trafik tapi sanggupkah kita dpat trafik semurah itu ? Ingat , trafik biarlah datang dari entri kita ..
Bila aku terbaca ada blog blog yang membuat entri penentangan terhadap entri aku , aku sama sekali tidak salahkan mereka .. Kenapa ? Sbb mereka ada pendapat mereka .. Dan aku hormati pandangan mereka selagi tidak melampaui batas ..
Dulu aku ada pandangan aku sendiri terhadap otai blogger ni .. Yang mana bila mereka menegur blog blog baru ni.. Bila aku baca balik , akhirnya aku faham maksud blogger blogger lama ni .. Malu sendiri.. Sebab itulah orang kata pengalaman mematangkan kita ..
Kadang-kadang kita sangka , kita punya ilmu.. kita punya pengalaman dan cukup untuk menidakkan pendapat orang lain padahal pendapat mereka itu lebih menjurus pada keadaan ketika itu tetapi kita menolakkan kerana EGO kita sendiri ..
Banyak entri aku yang menentang keras blogger lama telah aku delete.. Rasa cam , tidak matang sungguh aku tika tu .. Yelah , mereka mengajar , kita sepatutnya menerima tapi tidak .. Menentang lagi ada la ..
Buat blogger-blogger yang baru kenal erti dunia blog ni , jgn ego.. terima dan perbaiki segala kelemahan .. Jangan kejar nama atau populariti tapi sebaliknya kejar kualiti .. Kualiti satu satu penulisan menberi kesan yang baik pada pembaca .. Anda tau sendiri bagaimana nak hasilkan entri yang berkualiti kerana anda sendiri seorang yang berkualiti !
Pengalaman memantangkan kita .. Buat blogger blogger lama yang masih masuk membaca blog aku ini , ampun maaf dari aku .. Ego mengatasi segalanya ... :(
Setiap teguran punya makna.. kita kena cari dan kaji.. Tak perlu besar kepala... Lambat laun kita sedar betapa betulnya kata kata mereka kerana mereka dah bertahun lamanya dalam dunia blog ni ..
Kalau nak kekal lama , pelajari dan hayati dunia blog ini .. InsyaAllah..
Aku tak pasti .. tapi yang aku tau orang dulu dulu bedung kaki anak perempuan mereka sewaktu kecik agar bila melangkah ( berjalan ) nanti tidak kengkang cam lelaki .. hehe... Kengkang ni maksud aku cam ada bola kat celah kaki tu haaa..
Betulkah ? Tapi bila diperati perempuan dulu dulu , mmg tersusun jalan mereka berbanding skang .. Maaf cakap , berterabur !! hahaha.. Opss.. bukan semua la tapi makin ramai ..
Apalah tradisi dulu tidak lagi diamalkan pada anak anak dara skang ? Hurm.. Takde la .. kalau ada perempuan jalan depan aku , aku akan tengok cara dia berjalan .. tertib atau cam aku jalan .. bersepah ??
Kalau tertib , walaupun rupanya kurang dia tetap nampak ayu dan sopan.. Kalau bersepah cam aku jalan , camana lak ? Yang tu aku tak leh nak kata la.. korang tau la kot.. hahahah.. Nak kata pemain bola , tak la pulak kan ? huhu ..
Korang perasan ke tak sebenarnya , wahai anak dara sekalian cara korang melangkah tu camana ? Kalau yang berbaju kurung tu , mungkin selamat lagi la.. Ni yang spesis suka berseluar ni terutama yang sendat sendat ni.. Kalau bersepah jalan tu camana? Atau berjalan ala ala catwalk gitu ?
Cara melangkah pon penting woo untuk anak dara. Tapi tolong laa jgn berlenggang cam nak tarik itik pulang petang tu.. adoi... bikin rosak saja !
* tq mamaLeeya
Hahaha.. tetiba teringat zaman budak-budak dulu .. Antara permainan yang nakal aku main ialah nyorok nyorok ! Kenapa aku kata nakal ??? Yelah , sampai turn orang lain 'jadi' , aku ngan budak pakat balik rumah ! Tak ke kejam ?? hahahha ..
Tu main nyorok nyorok .. Main bola chop berkumpulan lak ! Pergh.. dengan guna bola tennis tu .. tangkap menangis punya laaa.. takkan kasi adik aku main sekali.. Yelah , kesian lak tengok dia kena 'rembat' dek kawan.. hahaha.. aku rembat tak pe .. hahaha..
Konda kondi .. hurm.. antara feveret aku sbb tau teknik nak kasi jauh dekat tepi kiri kanan.. hehe.. wakil sekolah wooo untuk permainan tradisional.. Malangnya member pernah luka kat kepala sbb terkena hujung kayu ..
Galah panjang .. hahaha.. ada dua versi .. nak perempuan punya ke .. laki punya ? Kalau laki punya , baik jangan pakai baju.. sah sah baju koyak pastu bergaduh ! Esok baik balik.. hahahha..
Tak leh ingat tul la.. setiap permainan ada je sejarah dia.. Main nyorok nyorok sampai member kene sorok dek hantu payu dara ! hahahhaha.. bahasa sopan..
Manis zaman kanak kanak dulu.. tapi masa kanak kanak , tak sabar nak besar.. keje n kawin.. huhu.. manusia tak pernah puas.. wahahah..
Akhirnya ... tu diaaa... pemenang segmen AWAK ! hehehe...
TAHNIAH pada semua peserta .. cekal benor ehh.. hehehe..
Hurm... banyak kan kebelakangan ni ? Boleh nampak kat mana mana walaupun dalam keluarga kita sekali pon.. Ditegur , kita lak kena marah .. Atau tegur , masuk telinga kanan , kuar telinga kiri ..
Aku bukanlah nak cerita tentang isu aurat atau isu isu yang sememangnya dah berkali kali diutarakan oleh bloggers di waktu ni.. Naik bosan dah kan membacanya ? Tapi , alhamdulillah ... ada gak yang terbuka hati.. Dan ada jugak siap leh cabar kata ada hadis membenarkan memakai ketat asalkan kepala dia tutup dengan sehelai kain .. Letih nak bertekak .. Best part , kalau ustaz tegur baru dia naik ikut .. Wahahahah.... Bengong... Nabi Muhammad s.a.w dah tegur dah.. Allah dah bagi perintah dah.. tu pon tarak sedar lagi ?
Mau tengok lagi ? Meh SINI
http://islamioparadise.blogspot.com
Bangga bila berpakaian seksi.. Menampakkan kulit putih mulus .. bahagian dada yang terserlah untuk tatap lelaki yang dahagakan kasih sayang diluar rumah dan juga dicemburui wanita yang tak reti bersyukur , membuatkan dia begitu bangga dengan asetnya itu yang mana dia terlupa lagi 4-5 tahun serupa macam daun sirih layu ..
Gini je la.. aku malas nak cakap sangat bab ni.. Sebagai lelaki , aku bagitau je la yer .. Diri korang ( wanita ) adalah satu aset yang sangat bernilai bagi mereka yang bergelar SUAMI .. Seorang suami sejati cukup bangga jika bakal isterinya seorang yang kedekut .. Kedekut memperlihatkan dirinya pada orang lain kecuali dia ..
Murah sangat ke atau terdesak sangat ke diri tu sampai nak bagi percuma kat orang lain ? Tak luak ? Atau tak sentuh ? Tengok dah lebih memadai dari sentuh.. Rasa sama jer.. tapi lihat lain .. Fikirkan tu yer ..
Tasik Kenyir dan Tasik Bunting .. dua tasik berbeza dengan dua permandangan yang cukup cantik .. Tapi keduanya tetap tasik yang mengandungi air ..
Bersenam ? Tentu sekali cuma kebelakangan ni aku jarang dapat g gym sbb penat sangat badan .. apakah tua sudah menjengah diri ku ini ? Hehe..segalanya adalah apa yang anda fikirkan ..
Makan ? Part makan aku rasa ni .. Kuat makan tu tak tapi makanan byk sangat garam n perisa tambahan .. kerap mkn luar dan maggie .. hurm ..dah berusia gini baru nampak kesannya..
Bila cakap pasal mkn ni ,ada satu golongan manusia ni yg berbadan kecil tapi nafsu makan dia seolah bela hantu raya ! Kuat gila mkn tapi peliknya tak gak gemuk kan ? Menurut pakar yang pastinya bukan aku , metabolisme org tu tinggi ..tu pasal kurus jer walaupun mkn byk ..
Tapi sebenarnya mereka terlupa sesuatu .. PENYAKIT TAK KENAL USIA DAN MANGSA .. Itu penyakit zaman sekarang ..
Masalah kita , cakap ari ni...insaf ..Esok buat balik, kan ? Bila kena ,baru nyesal ..n
Mudah jer .. sangat mudah .. terlalu mudah ...
" Jangan promosi entri yang sama dari pagi sampai ke tengah esok atau berhari lamanya ... "
Kenapa aku kata gitu ? Pembaca tegar blog kita adalah mereka yang gemar membaca .. Kalau satu entri tu saja , bermakna mereka datang sekali saja ke blog kita ..
Lainlah anda sudah berblog bertahun lamanya .. pastinya ada beribu entri untuk digodek kan ? Kalau gitu , ok la.. Tapi kalau blogger baru camana ?
Ini cuma tips dan pendapat aku.. nak ikut , terpulang .. tak nak , tak per.. Cuma dari kajian aku , pembaca bila dah terpikat dengan blog kita , mereka akan cari punca kenapa mereka terpikat dengan blog kita seterusnya akan bercerita pada rakan mereka ..
Berbaloi kan ? Tak perlu berpuluh sehari.. Memadai lebih dari 3 entri sehari .. Pagi .. tengahari .. petang .. dan malam .. InsyaAllah , blog anda tidak sunyi dari pembaca setia ...
Penat.. Celik celik mata .. tengok hp.. tengok netbook.. Tengok blog .. tu je keje aku .. Benda lain tu , mmg la ada gak aku tengok ..tapi blog ni mmg tak lepas lansung .. Apa nak buat .. nak maju , kena la usaha.. Takat orang kata popular jer , tak de makna langsung.. kan kan ?
Tunggu erl , aku update .. naik erl , approve komen ... dalam lrt , approve lagi .. sampai .. jalan kaki aku , approve lagi.. kira mata tu dok tengok hp jela sambil jeling awek awek yang lalu .. hehehe ...
Sampai opis , kalau takde kije sangat , aku update ... kalau ada kije ,wat kije .. hehehe.. kang tak siap kije , aku dikijekan lak ! Hahahah..
Lunch , approve komen lagi.. Cari idea lagi.. Tengok sana sini lagi .. Dasatkan ? Huhuh.. Abis keje , hp masih ditangan .. samada update atau approve komen ... tu je la kije aku ..
Sampai rumah .. gitu gak.. siapkan auto post.. selesai .. baru tidur.. Bila dapat tidur , tu diaaa ..baru rasa nikmat dunia !!!
Bila aku godek komen komen lama , rakan blogger ni selalu berkunjung dan rajin meninggalkan komen di blog aku.. Huhu.. Thanks bro !
Ini bukan entri aku ... Sekadar bantu kawan.. hehehe... kang ada salah faham lak ..
Hai. Assalam semua pembaca-pembaca yang comel...
Me, Ayu Firzara sedang mencari seseorang / beberapa orang yang berbakat untuk menjadi model bagi sesi photoshoot sempena soft launch my very own Project Ex iaitu butik online Firzara Exclusive...Fabulous Elegance.
Kalau anda rasa berminat dan nak try bakat yang terpendam yang tidak seharusnya di pendam begitu sahaja itu...bolehlah email me at ayufirzara@yahoo.com ya...sebelum hari Khamis pukul 12 tengah hari.
Ouhhhh model untuk apa ya? Kalau saya cakap model pakaian dalam nak ker? Hehe. Eh taklah, masyaAllah. Model pakaian untuk butik saya tu la...Firzara Exclusive. Tak sama dengan Firzara Collection ya. Coz Firzara Exclusive is my very own label.
Okay, ini sikit details berkenaan photoshoot itu :
Tempat : TheArtSoul studio, PJ
Tarikh : 16 Julai 2011 (Sabtu)
Masa : 3pm - 5pm
So girls, what are you waiting for? Let's get presentable! Be fabulous and elegance!
xoxo, Ayu Firzara
p/s : Jangan malu-malu tau ni macam meet up and have fun je...kita pose pose sama sama! =)
p/s lagi : Kalau takde orang nak jadi model, jawabnye Ayu Firzara sorang je lah jadi modelnye. Huhu.
http://firzarafairyland.blogspot.com/2011/07/firzaras-next-top-model.html
Pergh.. puas aku godek mencari komen pertama yang MAT GEBU aka www.tiffinbiru.com , akhirnya jumpa gak... hahaha ..
" Penuh informasi....
Blog masak2 pun pening...kat email menimbun nak menjawab masalah perihal makanan...ada tu siap email gambaQ kek "bantat"....tapi kira amal jariah lah, sebab berkongsi apa yang kita tau...terus kan usaha murni anda!!!.... "
Mat Gebu ...16/2/2010
Aku tak amik port langsung sapa MAT GEBU dan jugak pengomen pengomen yang lain ... Tapi bila wife aku bagitau sapa MAT GEBU tu , baru aku tau , rupa-rupanya ada blogger otai singgah mai woooo...
Selepas perkenalan ngan dia tu .. aku test power rangers dia... Aku dapat award dari salah seorang blogger .. dan aku test bagi kat dia .. hahahha.. nak tengok dia buat ke tak ..
Waaa... dia buat tuuuuuu.. hahaha.. Cayalah Mat ! Mmg patut otai pon... Hahaha.. Selepas tu , ramai pulak bagi kat aku.. wahahaha.. mampus nak buat semua tu .. Aku mintak maaf sangat sangat bagi mereka yang pernah bagi kat aku tapi aku tak buat .. Serius tak sempat nak buat ..
Oh ya.. nak tengok Award tu ? Meh SINI .. Sejak tu , aku ngan Mat Gebu jadi rapat sehinggalah aku mencadangkan menukar feed kat atas tu haaa... Perkongsian ini , alhamdulillah sehingga sekarang ..
InsyaAllah , persahabatan kitorang akan sampai ke akhir hayat kami .. :) Terima kasih Mat Jambu kerana sudi menerima diri ini.. Eceh. cam bercinta la plak !! Wahahaha.. kang ada ingat gay !! hahaha.. tolong la yer .. jgn wat fitnah ! Apa pon mat , jutaan terima kasih kerana banyak menegur dan kenalkan saya dengan blogger masakan otai di seluruh dunia maya ni... :) Otai nehh !
Ketika mereka melaungkan keprihatinan ,
Mereka terlupa kami-kami yang di belakang ,
Terkapai kapai mengharapkan ehsan ..
Ketika mereka melaungkan perjuangan ,
Seketika saja mereka insaf ,
Selebihnya mereka ketawa kegembiraan ,
Harta melimpah tak kunjung habis ..
Ketika mereka melaungkan kejayaan ,
Mereka terlupa kejayaan suatu kegagalan ,
Yang mana mereka pernah kecapi ,
Satu tika dulu ...
Sesungguhnya aku kecewa pada mereka ,
Memperkotak katikkan kami kami yang dibelakang ini ,
Dengan senyuman manis seribu makna ,
Seolah tiada apa yang berlaku
di dunia kini ...
Aku tidak pasti kini masa depan ku
Perlukah bergantung pada mereka ?
Atau mulakan hidup baru
Dan berdoa agar Allah berikan hidayah pada mereka
Sesungguhnya tanah ini tanah kami cintai
Tidak ingin sama sekali aku meninggalkannya ...
Mereka ...Mereka.. Mereka ..
Sedarlah...hidup ini hanya sementara ..
Amanah yang kamu pikul
Amanah rakyat yang bakal dipersoalkan di akhirat kelak..
Mereka ..mereka..mereka
Insaflah...
Kami tahu dunia ini mereka yang punya..
Kami tahu akhirat nanti Dia yang punya..
Kejadian ini membuatkan aku seringkali trauma bila wife aku datang jemput aku ( dengan keta la )...tapi kejadian ini bukan berlaku semasa dengan wife aku sebaliknya nun 4-5 tahun lepas..
Tarikh : Tak ingat \tak ingat \ 2003-2004
Masa : Malam ( atas kul 10 )
Lokasi : Depan blok aku , Flat Sri Melaka ,Cheras
Planning nak g makan downtown ...uptown ni kat pj nun...masa ni masih kat sana sebelum pindah kat damansara nun...ek..ke kat damansara ? aku pun tak ingat ..tapi apa pun mmg satu satunya uptown , kat situ je..takde lain dah...
Sampai masa...member aku call kata ada kat depan dah ...diorng kata g ngan dua buah keta..satu kancil satu lagi wira kalau tak silap aku...
Berjalan ibarat model antarabangsa , aku sengih kat geng2 aku kat dalam keta wira tu...Apa giler diorng duduk penuh dalam satu keta..apasal tak naik keta satu lagi ? aku tertanya sendirian..kemudian aku masuk dalam keta kancil warna hitam yang berada depan keta wira tu..
"Apahal la keta ko ni kotor sangat ...kata ari ari cuci...keta cikgu cam ni ke ? " aku terus membebel dalam keta tu...
"Dok tunggu apa lagi ni ? " aku bercakap tanpa paling ke muka pemandu tu...
Kemudian aku rasa pelik..nape tak bercakap lak member aku ni...aku pandang muka dia lalu aku terkejut !!
Dia tengok aku dengan keadaan terpinga pinga ..
'"Aiseyman ! ....aku salah keta laaa....adoi..."
Aku cakap kat brother tu..."er..sori ek..salah keta lak..." . Aku sengih aku kuar...beb...aku rasa cam nak bunuh diri masa tu.. Aku kuar..aku cari keta kawan aku..rupanya dia kat belakang keta wira tu...bukan yang depan wira tu...
Aku jalan ke keta member aku tu...Budak-budak dalam keta wira tanya aku semasa aku melintasi keta diorng.." Wei Sal, member ko ke ? " aku sengih je..." nanti aku cita la..."
Bila aku masuk dalam keta kawan aku tu...dia tanya..." Member ko ke ? " .. Aku tengok muka dia...
" Ko percaya tak aku kata..aku dah salah masuk keta..aku ingat tu keta ko ". Member aku bantai gelak cam nak mati ! Aku ??? Mmg dah mati masa tu !!!
Bila sampai kat uptown..aku cita kat diorng...adus...mmg jadi bahan aku malam tu...Tu bukan kali pertama...ada 2-3 kes mcm tu terjadi kat aku..semua waktu malam ..malam aku tak nampak sangat ...lebih lagi kalau keta tu warna gelap..
Skang ni..kalau wife aku datang jemput..aku kena tunggu ..tengok betul betul...sampai dia tengok muka aku , baru aku g kat keta..hahahahah..selagi dia tak tengok..aku wat dek ...
Hehehe..bukan pe...ramai sangat yang datang jemput anak beranak diorng kat erl central tu yang guna MYVI...warna sama lak tu .. haaa...tak rela aku dituduh perogol atau penculik !!! hahahahahaha...
Re-Publish ..
Bila usia menjengah diri ,
sedar tak sedar ,
semakin mendekati kubur ,
Mati itu pasti ..
Aku terlalu asyik ,
dengan dunia ini ,
serasa tidak mungkin mati ,
Senyum ketawa kegembiraan ..
Bila di cerminkan diri ,
apakah amal ku ?
berapa beratka dosa ku ?
apakah yang akan aku bawak ke sana nanti ?
siapakah yang bakal mendoakan aku tatkala bila aku tiada nanti ?
Aku terfikir ,
Adakah merekakah yang selama ini bergelak ketawa bersama ,
Atau mereka yang aku sanjungi selama ini .
Pemimpin , pasukan bola dan juga artis artis pujaan ku ,
Yang akan sedekahkan al-fatihah pada ku ?
Renungi diri ini ,
apa yang akan aku tinggalkan sebagai sedekah ku ,
nak ku bina masjid ? nak ku bina surau ?
aku tidak mampu semua itu...
Hanya satu ...
Aku harap biarlah ini sebagai satu sedekah ku pada mereka ,
Biarlah ini ku abadikan di dalam lubuk hati mereka ,
agar mereka senantiasa beringat ,
Mereka menghampiri kematian disaat saat mereka dilahirkan ..
Sedarlah sahabat sahabat ku...
Kita hidup bukan untuk hari ini...
Kita hidup untuk di sana nanti..
Bawalah bekal semampu boleh...
Agar berdiri di dalam kelompok mereka terpilih ....
Mak aku kata ..
Dulu bila dia dapat tau yang dia mengandungkan aku ..
dia sangat gembira ..
dia sangat sangat bersyukur kepada Allah..
kerana memberinya anugerah yang tidak ternilai ..
Mak aku kata ..
Dulu sewaktu mengandungkan aku ..
9 bulan itu sangatlah mencabar ..
Namun tidak terdetik dihatinya langsung menyesal
kerana mengandungkan aku ..
Mak aku kata ..
Saat saat paling indah dulu adalah melihat aku dan abang aku lahir ke dunia ini ..
Melihat senyuman terukir di wajah ayah aku ..
detik istimewanya sebagai seorang isteri..
Mak aku kata ..
walaupun dulu kehidupan kami sukar ..
ayah aku tetap membanting 4 kerat tulangnya siang dan malam
mencari rezeki agar kami semua tidak kelaparan ..
Mak aku kata ..
kali pertamanya aku ke sekolah ..
dia mengalirkan air mata ..
kerana tak sanggup berpisah dengan anaknya ..
walaupun seketika ..
kerana itulah kali pertama dia berpisah dengan anaknya ini..
Mak aku kata ..
betapa dia bersyukur aku telah habiskan pelajaran aku ..
kerana selama ini siang dan malam dia berdoa
agar aku menjadi manusia yang mampu berdikari ..
Mak aku kata ..
saat perkahwinan aku itulah yang paling dia nantikan ..
kerana aku telah memberinya seorang lagi anak ..
untuk dia menumpang kasih sayang
bagi menghabiskan sisa sisa umurnya ..
Aku kata pada mak aku ..
Aku bersyukur sangat kepada Allah ..
dia tidak membuang aku di tepi tong sampah ..
atau memberi kepada orang lain ..
membesarkan aku dengan penuh kesabaran ..
menghayunkan buaian dengan penuh kasih sayang ..
menyiapkan bekalan makanan di pagi hari untuk aku bawa ke sekolah ..
Aku berterima kasih kepada mak aku ..
kerana dia sanggup bergolok gadai harta pusakanya
untuk memberi pelajaran kepada aku
agar aku menjadi insan berguna kepada masyarakat ..
Aku bersyukur kepada Allah ..
Kerana memberi aku seorang ibu .. seorang ayah ..
sehingga kini aku masih menagih kasih sayang mereka ..
dan mereka tidak langsung lokek akan kasih sayang mereka ..
Ya Allah .. Ya Tuhanku ..
Kau ampunilah segala dosa dosa kami ..
Kau ampunilah segala dosa dosa ibu dah ayah kami ..
Walaupun aku menjadi manusia kini ..
namun segala jasa kedua ibu bapa ku
aku tidak mampu membayarnya
walaupun berjuta wang ringgi aku hulurkan ..
RePublish - original di SINI
Walaupun biasa tapi ikhlas.. memadai dengan sebegini dari penuh sandiwara ...
Terima kasih Ayu Rosniza