BEN ASHAARI



 

Aku serba salah bila menceritakan perasaan aku pasal ketermengandungan isteri aku tu .. Aku tau ramai rakan rakan pembaca di sini masih ternanti-nanti cahaya mata mereka ..Hurm..

Kita ni , sering mengeluh .. Bila melihat orang lain ketawa gembira , kita rasa cemburu jer .. Cemburu akan kebahagian mereka .. Tapi kita terlupa yang sebenarnya kita pon sama seperti mereka tapi cuma mungkin kebahagiaan kita tu tak nampak ..

2 tahun lebih aku dan wife menunggu ..2 tahun ni , masih singkat tau.. Ada yang sampai 5 ,6 tahun atau lebih dari tu .. Camana perasaan mereka ? Ada yang dah amik anak angkat..

Aku  ? Aku cool jer.. Wife ? Muka dia kelam jer bila dengar kawan kawan dia pregnant.. Bila duduk makan ramai ramai , kawan kawan cerita pasal kandungan mereka... cerita pasal anak anak mereka..  Yang takde bahan ? Nak kata apa ? Senyum simpul je la. Dalam hati ? Allah saja yang mengetahui ..

Itu belum lagi mereka yang sibuk bertanya .. Bila nak ada anak ? Bila nak beranak ?  Dulu , bila aku ditanya begitu, aku jawab ... " Saja simpan makcik.. tak puas honeymoon.. Kang bila ada anak, masa tu baru nak mengatal.. jadi skang ni biarlah mengatal abis abisan dulu " Geram punya hal.. Apa otak tak de ke nak fikir ?? Ingat bab mengandung beranak ni kerja kita ke ? Pakai cucuk je terus mengandung ? Adeh ..

Buat rakan rakan pembaca , cubalah pergi ke pakar .. Yang aku g tu , Dr.Hamid Arshad .. Bila check , ada masalah .. Lepas operation ari tu , barulah ok .. Tapi bukan ok macam tu jer.. kena ada ikhtiar lain.. Berdoa.. makan makanan berzat.. jauhi makanan segera .. Banyak pantang larang ler..

Dan sekarang , masih lagi berhati hati .. Dr.Hamid pesan kandungan masih lagi dalam keadaan lemah .. kena kerap g buat pemeriksaan .. Bermakna aku kerap la g klinik dia nun di Damansara tu ..

Bab duit ? Mungkin ada yang fikir mahal.. Aku rasa harga dia berpatutan .. Mampu dibayar lagi .. Aku rasa Dr.Hamid ni pon lebih pada nak berkhidmat untuk masyarakat je skang ni... Yelah , murah je dia kenakan charge.. Wallahualam..

Selagi bernafas kawan , jangan putus asa .. Aku tak berani nak kata lebih lebih takut nanti ada yang tercalar hati .. Kita sama sama berdoa buat rakan-rakan kita yang masih ternanti cahaya mata yang pertama agar dikurniakan waris buat mereka ..Amin...

InsyaAllah ..

Share
Tweet
Pin
Share
31 comments

 

Wahahaha... pagi pagi buat aku senak perut !! Adoi.. Entah , kebelakangan ini aku suka tengok keyword yang tersangkut di blog aku ni melalui HITSTAT.COM .. Best woo.. macam macam ada ...

Tuu .. tajuk tu... antara keywordnya .. Mmg aku pernah buat entri berkaitan lelaki kena rogol ni berdasarkan satu artikal berita satu tika dulu .. Tak sangka lak ada orang yang dok mencarinya .. Gila ke apa ?

Ok.. jom tengok keyword semalam punya ... Baekk punya woo..

  1. seluar dalam jarang ( ni mesti baru nak kawin ni.. yelah , nak kena buat tiger show .. tapi tak pasti la laki ke perempuan yang nak pakai.. Sat nak bayang kalau lelaki pakai ... Eyeeekkkkkkk's )
  2. awek melayu bertudung badan cun ( aku kata dah.. ada spesis jantan suka tengok gitu.. dan ada spesis perempuan pon mmg suka tayang badan dia tu.. percuma weh.. nikmatilah wahai lelaki  selagi badannya belum gelebeh ! )
  3. bontot akak (adik oiiiiiiiiiiii... yang g cari bontot akak ni pasai pa ???? Nak size camana ?? Ala ala padat satu kerusi atau ala ala ziana zain tu ? hahaha... sori kak ziana ... hehe)
  4. bau seluar dalam perempuan ( tu diaaa... ada orang yang tak boleh bernafas tanpa bau seluar dalam perempuan.. gamaknya ada bekalan oksigen kot kat situ ? )
  5. lucah-lucah ( ni ujang je ada ... hahahaha )
  6. cerita tengok adik perempuan kencing ( Ya Allah... ni mesti terpengaruh tengok anjing atau kucing kencing.. tu pasal boleh terfikir sampai gitu sekali.. Gila betul laaa )
  7. kenapa lelaki curang ( ni aku rasa si epal dok cari ni ... dia suka sangat buat entri lelaki curang .. Orang yang suka mencari kecurangan orang lain adalah orang yang suka mencurang.. hahaha )
  8. terlupa baca niat puasa ( lohh.. puasa je la dik oi.. kalau dah bangun sahur tu , sah sah dah berniat nak berpuasa.. Mana ada orang bangun sahur sebab nak g shopping kan ? )
  9. redmummy vs ben ashaari ( huih.. sapa redmummy ni ? )
  10. bonus raya 2011 kakitangan kontrak ( insyaAllah dapat puan .. jangan membazir yer )
  11. mat rempit mati ( innalillah ... tu laaa.. bagi motor tu untuk g kerja.. yang g merempit sapa suruh ? kan dah tak sempat beraya )
  12. kumpulan pearl aku tak bersalah ( kumpulan pearl mana ni dik oiiii ??  Kalau kumpulan pom pom girl tu , sah sah tak bersalah.. hahaha )
  13. ayat minta maaf dgn awek ( Ler.. ni nak tulis kad raya ke apa ?? Apa susah .. " Sayang , kanda minta maaf.. Maafkanlah kanda kerana tercurang dengan kawan baik sayang .. InsyaAllah kanda cuba sedaya upaya untuk tidak curang lagi tahun depan.. Untuk tahun ni , biarlah kanda curang sepuas puasnya yer? "
  14. pekerja sambilan harian dapat bonus raya ( confirm tak dapat ! )
  15. tips badan sasa ( Dik , abang sendiri pon dah boroi !! )
  16. aku nak awek ( Aku pun nak gak.. boleh ? )
  17. tengok video lucah online ( jangan lupa ajak aku .. leh sama sama kumpul dosa .. )
  18. lelaki kena rogol ( lelaki rogol lelaki atau perempuan rogol lelaki ni ? )
  19. ben ashaari xfollow blog ( ni paling kejam !! kejam !!!!! wargkhhhh )
  20. wanita tidak suka lelaki berbadan tegap ( suka boroi kann .. abe ben boroi dah .. mesti suka punya.. kan kan .. hahaha )
  21. tekanan darah normal berapa ( tekanan darah normal bila semua gadis dah tak pakai baju ketat ketat , nampak lurah dada dan juga lurah bontot.. okeh !!! )

Sekian .. jangan marah .. sekadar gurauan di pagi hari..  :)

Share
Tweet
Pin
Share
48 comments

 

Kelmarin aku ada hantar ticket ke INNITY menanyakan beberapa perkara ... Tidak lama kemudian , aku menerima email balasan .. Dan aku memahami bagaimana mereka memperolehi pendapatan tinggi dalam iklan mereka ..

Segalanya terletak pada entri korang ! Mereka yang banyak 'bermain' dengan SEO ini memang akan berpeluang tinggi untuk mendapat $$ dalam earnings dan juga iklan !! Mereka ini bukan dalam kategori blog yang lebih bersifat peribadi .. Kadang kadang jer baru punya entri bersifat peribadi..

Mereka mempelbagaikan kategori dalam blog mereka .. Sebab itulah mereka dapat tinggi .. Manakala blog bersifat peribadi yang mana banyak bercerita mengenai kehidupan mereka , mmg susah nak dapat iklan .. Kenapa ? Pemberian iklan berdasarkan kekuatan blog tersebut dan bukannya TRAFIK !

Jadi kalau korang nak 'kaya' sekejap ,bolehlah pelbagaikan menu dalam blog korang tu .. Cuma nanti korang akan terasa 'kehilangan' sesuatu yang mana aku pernah merasainya .. Tak caya ? Buat la .. nanti korang merasainya walapun korang tengok $$ meletop letop ..

" Aku ini bloggerkah ?? "

Share
Tweet
Pin
Share
32 comments

 

image

Bukti bahawa ADVERTLETS membuat pembayaran .. Jika korang punya dah cukup atau lebih RM100 dan dah buat cashout , pastikan korang dah isi no akaun bank di personal details tu kemudian emailkan mengenai pengemaskinian tersebut  ke ADVERLETS di info@advertlets.com ..

Ingat ... apa tujuan korang buat blog .. Korang blogger atau bekerja dengan pengiklan ?

Share
Tweet
Pin
Share
20 comments

 

Lama aku menganggur dulu .. Duduk termenung .. Fikir nak buat apa .. Apa kerja.. Apa bisnis .. Masa tu aku tak tau mengenai bisnis di internet ni .. Tahun 2000 gitu .. sehingga 2003 aku tercari cari kerja ..

Bila dah lama lama , bosan menjelma.. kalau dapat apa saja keje , aku akan buat .. Aku akan buat dengan sungguh sungguh kerana aku dah sia-siakan kerja aku dulu dan juga masa ..

Dapat kerja sementara .. Di situ aku bina semula keyakinan diri.. Tak kira berapa gaji sekali pon , aku hargai setiap sen .. Aku tau peritnya takpa duit ni..

Dengan segala pengalaman serta keperitan itulah aku membina blog aku ni tanpa kira masa dan tempat .. Segalanya adalah 'emas' bagi aku .. Walaupun ada yang pandang hina , aku tak kira sbb aku tau apa yang aku lakukan ..

Aku punya idea .. aku punya cara .. aku punya jalan .. aku punya identiti ! Yang bersuara tu ? Apa yang dia ada ? Cara dia sama dengan yang lain ! Yang mana dah berpuluh ribu orang buat menda yang sama..

Banggakah aku ? Aku bangga kerana aku bermula dari 0 dan skang terus melangkah .. dengan tersenyum.. namun aku tetap sedar sapa aku .. Aku cuma hambaNYA .. Yang hidup hari ini untuk hari esok ..

Buat mereka yang masih menganggur ... Anda belum mati ! Anda bukan buta .. Anda bukan cacat.. Dan paling penting , anda bukan takde otak ! Gunakan semua itu.. Mulakan dari bawah .. Jangan pandang atas .. pandanglah bawah .. Baru tau betapa bersyukurnya anda ...

Share
Tweet
Pin
Share
20 comments

 

image

Wargkkhh... ‘Kempen Badan Wangi, Poket Berisi’ One Drop Perfumes kembali lagi dengan menawarkan wang raya sehingga RM 2,000  ! Menarik bukan ?

Tapi sebelum itu .. Korang tau tak apa itu One Drop Perfume ?? Huih.. Tau ? Bagus... Yang tak tau tu camana ?? Ok.. meh sini aku cerita skit ...

One Drop Perfumes diperkenalkan di Malaysia pada 2007 bagi memenuhi permintaan terhadap pati minyak wangi yang tidak mengandungi campuran alkohol atau air. Pada mulanya One Drop Perfumes ini kurang mendapat perhatian kerana konsep pati mintak wangi ini adalah sesuatu yang asing di kalangan pengguna. Tambahan pula, ianya sering disalah anggap sebagai
minyak 'attar'.

Amacam ?? Faham ? Hehehe.. Perfumes yang boleh digunakan tanpa was was gitu.. Bukan pe , ada yang sanggup bertekak kata perfumes skang ni ada alkohol maka tak leh bawak solat.. Jadi ini penyelesaiannya , mereka yang was was itu bolehlah guna One Drop Perfumes..

Ok , kembali ke kempen ‘Kempen Badan Wangi, Poket Berisi’.. One Drop Sdn Bhd telah memperuntukkan duit raya sehingga RM2,000,000 bagi kempen yang berlangsung sehingga penghujung bulan September 2011 ini. Peruntukan duit raya ini akan diagih-agihkan di dalam kotak ‘normal set’ One Drop Perfumes, di mana para pengguna berpeluang mendapatkan duit raya dalam bentuk baucer RM10, RM 50 atau RM 100 di dalam kotak yang bertuah.

Jadi apa tunggu lagi ? Berminat nak memiliki ONE DROP PERFUMES  ? Segala jawapan terhadap persoalan korang tu boleh didapati di ONEDROPPERFUMES.COM .. Masa untuk membeli belah !

Share
Tweet
Pin
Share
8 comments

 

Bayangkan .. jika anda di situ.. tiba-tiba ...

Tapi mustahil berlaku kat Malaysia lagi.. kecuali anda ada kaitan dengan JUSTIN BIBIAQ...

Share
Tweet
Pin
Share
9 comments

 

Hehehehe.... beginilah perasan kitorang yang selalu terblogwalking ke blog yang ada lagu yang 'terrock' gitu !!  :) Heeheh.. jgn marah ehh..

Share
Tweet
Pin
Share
52 comments

 

Kasihan tengok dia ...

Kesiannya dia ...

Hurm... kesiannyaa...

Alahai ... kalaulah aku mampu...

Ya Allah ... tak sampai hati aku tengok dia ..

Sedihnya ...

 

Susah sangat ke kita nak ada perasaan begini di hati kita ? ' Kasihan ' kita juga boleh menjadi doa buat mereka .. Janganlah sombong atau ego sangat untuk berasa kasihankan pada seseorang ..

Share
Tweet
Pin
Share
11 comments

 

image

http://mawarbiruairlaut-bicarakudanmu.blogspot.com/

Share
Tweet
Pin
Share
17 comments

 

Aku bukan tak reti masak .. tapi aku jenis malas 'mencari' ... ahaha.. teruk kan ? Aku nak semua ada depan hidung aku .. Kira kalau nak masak , aku nak jadi Chief ! Aku sebut je pembantu aku bagi.. haaa... Ala ala doktor pakar gitu .. Nak gunting, bagi depan muka.. Peluh ? Nurse !! Lap peluh tengok !! Hahahaha .. gila kejam !

Dulu aku selalu la buat ujikaji masak cam nasi goreng dengan mengabungkan segala bahan yang ada di depan mata aku .. Contoh ? Kalau nasi putih ada , aku amik .. tak payah nak tumis bawang ke apa atau apa apa je nak ditumis.. Aku cuma perlu panaskan kuali , masuk minyak skit , pastu kalau ada kari semalam , nasi putih , haaa.. sambal belacan.. telur .. ikan goreng ... aku gabungkan sekali .. Pastu masak !! Haaaaaaaaaaaaa.. Siappp ..

Pastu aku bagi kat orang tua aku dulu rasa .. Nak tau pendapat diorg .. Korang tau apa pendapat diorng ??? Diorg suruh aku g masak lain !! Yang aku masak tadi , diorg amik !!! Boleh ????? Arghhhhhh... Bila aku masak sekali lagi , tak jadi dah !! Sbb apa ??? Sbb aku masak tak ikhlas dan tanpa kasih sayang .. Hahahaa.. Tu dulu laa..

Jadi , bila dah tau wife pregnant , aku kena bersedia untuk masuk ke dapur .. Ni yang aku nak overhaul dapur ni.. Kena ikut selera aku .. Selera aku ala ala chef wan punya selera okeh !!  Kononnya laaa.. Huhu..

Apakah menu yang akan aku hidangkan jika aku jadi chef dalam rumah aku nanti ?

imageRoti John ??? Nehi.. aku akan overhaul nanti jadi Roti Ben !

image

Cucur udang ?? Oh tidak.. aku akan overhaul gak jadi Cucur kerang !

image

Asparagus goreng tiram ?? Aku ingat tadi udang goreng tepung ! tak mungkin sama sekali !!

Yang pasti ??

image

Aku g tapau kat ALI BISTO je la.. Kata berdarah mamak.. kena cari nasi mamak gak la.. hahahaha...

Gambar makanan : MAT GEBU

Share
Tweet
Pin
Share
27 comments

 

image

17 ribu FOLLOWERS ? So what ?? Kira gempak la eh ?  Semua tu masuk baca blog kita ke hari hari ??? Jadi untuk apa ? buang masa je la FOLLOWERS ni.. wat semak kat blog.. Baik letak widget orang atau salji tu ke.. Atau pasang lagu dangdut.. Lagi best !!

Hehe.. rileks.. jangan meletops ! Cuba tengok kat bawah ni.. Inilah punca trafik aku selama ini .. Datangnya dari FOLLOWERS dan mereka yang sudi letak blog aku ni di dalam blog list mereka !

 imageJadi berbaloi tak kumpul FOLLOWERS ni ? Lu pikir la sendiri ... hehehe ... TAPI !! Aku tak galakkan la sangat korang dok FOLLOW MEMFOLLOW tanpa hala tujuan .. Biarlah FOLLOW kerana blognya best.... Kalau tak best , tegurlah blogger tu.. bagitau apa kelemahan dan kekurangan blog tu.. Pastu FOLLOW ler.. tak susah kan ? Jangan terasa hati tapi inilah hakikat yang perlu kita sebagai blogger kena tahu.. Ini blog dan bukannya Facebook.. Blog ada isi kandungan dan boleh deco deco gitu.. okeh ?

Jadilah blogger yang berilmiah yang lebih memberi dari menerima .. Beri infomasi , maklumat atau apa saja ilmu yang kita tau dari menerima ganjaran seperti $$ .. Faham tak ni ? Kang ada gak yang hangin pastu wat entri ! " LU DAH OTAI BOLEH LAAAA CERITA GEMPAK !! " .. Sebelum nak wat entri tu , cuba fikir.. aku bagitau ni suka suka atau berdasarkan pengalaman aku yang mana aku terlebih dahulu berblog berbanding mereka yang baru buat blog sebulan dua yang lepas ...

Selamat berbuka.. eh. .awal lagi..

Share
Tweet
Pin
Share
66 comments

 

Alhamdulillah.. Kerajaan bermurah hati nak bagi bonus setengah bulan gaji pada penjawat awam ... Itu dah diduga .. Baki , hujung tahun ..Jadi , bonus sebulan gaji la kan ? Hehe.. bijak bijak.. Boleh g abiskan duit kat Sogo.. Sogo gak kaya.. hahaha..

Yang tetap , tersenyum lebar.. Yang kontrak ? Seperti tahun tahun yang sudah , dapat tapi bukan semua !! Aku check keyword mereka yang google dan tersangku di blog aku .. Ramai wooo check nak tau samada mereka yang bertaraf kontrak ni dapat ke tak ..

kerajaan bagi bonus

staf kontrak pon bole dapat bonus setengah bulan

penjawat kontrak bonus

bonus setengah bulan kontrak

Bukan semua penjawat awam kontrak dapat bonus tau .. tapi pembahagian tugas ? Kena marah ? Sama je ... Hurm... Aku bukan pertikaikan.. Yer , rezeki masing masing .. tapi pelik , mereka ni bukan anak jati tempatan.. Majoriti mereka ni dari luar bandar ..

Pengalaman untuk mereka ? Cakap senang .. Setelah bertahun tahun bekerja takkan semudah itu nak g cari kerja lain ? Umur pon dah lanjut .. Yang keluar dar IPT makin berlambak.. Kekosongan jawatan di sektor swasta bukan banyak pon.. Kalau ada , cerewet protokolnya .. Tu lom lagi diisi dek suku sakat .. Yang terbiar tapi berkelayakan serta berbakat , camana ?

Diharap pihak kerajaan dapatlah memberi mereka mereka ini peluang untuk berkhidmat dengan status TETAP seperti mana bekas bekas guru sandaran mendapat peluang mereka akhirnya ..

Double standard berlaku diantara KONTRAK dan TETAP .. Contoh bila awal tahun.. pembahagian diari tahunan , hanya diberi pada yang tetap . Yang kontrak walaupun dah bertahun tahun berkhidmat , camana ? 

Hurm.. sapa lagi nak kesiankan mereka kalau bukan kita ? Ini bukan soal rezeki atau apa .. tapi ini soal kebajikan rakyat MALAYSIA sendiri..

Yang dapat tu , bawak bawak berjimat..

Share
Tweet
Pin
Share
38 comments

 

"Abang , kena gosok perut ni sambil baca 3 Qul .. baru lebih tidur .. "

Semalam pesan wife kat aku .. Gulp... Aku ? gosok ? Biar betik jagung anggur ! Malu malu lak aku nak gosok .. hahahha.. Maklumlah , pertama kali ..

Sebelum ni , sebelum tahu yang wife pregnant , mmg dia selalu mintak aku tolong gosokkan sbb angin katanya .. Aku lak tangan ala ala Hulk punya .. kang gosok , mau gak terkeluar usus.. Heheh.. Tapi aku gosok gak la.. pelan pelan gitu .. Baru leh tidur wife ..

Rupa-rupanya ??? Huhuh.. lama dah aku dok 'belai' dia.. hehehe.. Patut la rasa tangan aku ditendang .. hahaaha.. Tu la lawak bodoh aku sering buat kat wife.. Memain je tuu ... Padahal mmg ada dah !!

Hurm... ada yang tanya berapa lama kitorang tunggu ? 2 tahu lebih sehinggalah ari tu , kitorang g jumpa Dr.Hamid Arshad atas nasihat seorang rakan .. Bila jumpa dia, rupa-rupanya ??? Haaa.. tu cerita lain .. hehehe.. Apa apa pon , mmg skang aku kena gosok perut wife dan jugak perut aku sendiri !! Grr.. makin berisi lak aku neh.. Ala ala ayahanda dah neh !! Tak leh jadi..

Share
Tweet
Pin
Share
48 comments

 

image

Muhahahha.. tak sangka lak.. Orang cinta cina kata no 8 membawa tuah... Tu depa kata laa... Kita tak kata apa apa .. hahahaa.. tapi semalam 8hb Ogos bagi aku satu kenangan gak la untuk bulan Ogos ni ..

8/8 = 8 ribu UV trafik..

Haaa...kan best tu.. 888.. hahahaa.. cukup satu nombor lagi , sah sah kaki ekor melompat ke kedai ekor.. Aparaaaaa.... bila nak insaf pon tak tau laaa ...

Tamo judi judi okeh ! Tak berkat duit tu.. Cari dengan titik peluh okeh ! Biar sedikit janji halal dan paling penting berkat .. :)

Share
Tweet
Pin
Share
13 comments

 

" Skang ni , abang dah tua la dik.. hahaha.. nak join tapi segan la uuu .. "

Hahahahaha.... ni la dia.. cara budak sekolah memprotes ... Nak buat perhimpun BERSIHKAN BILIK GURU 2.0 , tak boleh pulak.. sah sah kena MUSA ( ISA untuk orang tua ) ...

image

Hahaha... adeh.. nasib baik aku dah 'bersara' dari jadi cikgu .. Jadi cikgu ni , satu pengalaman yang cukup bernilai .. Di situ kita akan menghadapi pelbagai karenah manusia yang perlu dibentuk dan dididik  .. Berbeza dengan karenah mereka yang dah dewasa ni .. Satu cabaran untuk membentuk mereka ..

Dan tak dinafikan .. MEMANG ADA CIKGU YANG PILIH KASIH !! AKU SOKONG KELAB INI !! Hahahahaha.. gila kejam aku.. Ok pe diorng ni... ada tempat nak luahkan perasaan.. Zaman aku dulu ??? Nak luah ? G toreh kereta cikgu je la.. Hahahah.. sian cikgu cikgu zaman aku dan yang sebelum itu ..

Share
Tweet
Pin
Share
30 comments

 

Eceh.. cam zaman dulu dulu .. Nak wat cara penyampai mohor tu tak leh lak.. ehehe.. Ok ok.. ada dua perkara penting untuk aku mintak korang panjangkan ..

Yang pertama .. Ada rakan blogger yang mungkin tak tau dan mintak aku menyebarkan satu entri berkenaan undian ISRAEL vs PALESTINE

image

Pesanan ikhlas daripada saya.
Berhenti sebarkan mesej "Google sedang menjalankan vote sama ada ingin menamakan Israel ataupun Palestin dalam peta Google Earth. Israel kini mendahului......"
Ia adalah mesej berantai.

Undi anda walaupun sebanyak mana disana tak akan membantu sedikit pun rakyat Palestine dalam kesengsaraan malah menambahkan beban bagi mereka. Untuk pengetahuan anda, setiap page view laman web tersebut, sebanyak RM0.01 akan dibayar kepada Israel untuk iklan Google Ads mereka.

Bayangkan kalau ada berjuta-juta pageview dan mungkin lebih dari itu. MasyAllah. Berapa banyak dah wang yang mereka perolehi. Dan tahukah anda wang itu digunakan untuk membeli senjata dan peluru2 yang membunuh saudara2 kita di Palestine?

Kalau difikirkan logik, tak kan Google yang besar itu buat poll gunakan website free seperti ini kan? Dan saya ada buat sedikit Whois Lookup keatas laman web tersebut (cara untuk mendapatkan maklumat pemilik laman web tersebut). Ini hasil carian saya: http://www.whois.net/whois/isr​ael-vs-palestine.com.

Tengok sahaja pada maklumat yang disertakan. Ada tertulis pemiliknya Google? Malah maklumat yang disertakan bukan maklumat yang betul. Fikir-fikirkan lah.
http://www.whois.net/whois/isr
www.whois.net

Dunia akhir zaman yang penuh dengan fitnah. Antara haq dan yang batil. Masih boleh dibezakan?
WaaAllahu a'lam.......

Sumber : HAWA

 

Yang kedua ,

image

Boleh baca mengenainya di SINI

Share
Tweet
Pin
Share
31 comments

 

Mudah jer .. cara yang aku nampak tadi mmg berbaloi.. Sangat sangat berbaloi weh !! Haa.. aku pon tak pernah terfikir .. Mmg blogger ni sangat kreatif sehingga boleh menyebabkan kita tabik hormat dengan dia ..

Apa yang dia buat ? Memula meh aku bagitau.. Hehehe.. aku ni kaki merayau dalam blog blogger baru terutama mereka yang gemar meninggalkan komen di blog aku dan juga jadi FOLLOWER .. Jika aku masuk , aku berkenan maka aku jadikan blog tu blog pilihan ..

Entah camana , aku termasuk ke satu blog ni.. Entri dia best banget weh ! Template dia pon cool jer .. Aku nak baca entri dia .. tapi tak boleh .. Wah.. lagi dasat neh !!

Aku try scroll up and down.. pon masih takboleh .. Awat ?? Kotak iklan Nuffnang dia tu haaa.. Dia letak kat tengah tengah ! Hahahahha... Camana aku nak baca ?? Aku try cari 'X' .. tak jumpa lak.. ARgghhh.. Geram ! Tak pe la.. aku klik sekali dan aku keluar terus ..

Berbaloi sungguh teknik dia .. Korang nak cuba buat ? Buat la.. confirm masyuk... Bulan depan , meniaga burger kat simpang jalan , lagi best dari wat gitu !

Share
Tweet
Pin
Share
88 comments

 

image

Dengan jumlah entri yang semakin skit dan insyaAllah seminggu sekali je update ( ok tak ? ) dan tanpa sebarang segmen , hari ni dapat la gak 8 ribu UV ... Bukan la nak nak riak atau berlagak tapi sekadar nak bagitau , kalau kita usaha , kita mampu capai apa yang kita nak .. itu saja .. Kalau dok berdengki khianat , entah sampai bila tkkn maju..

image

Sebenarnya malas aku nak update pasal ni.. Aku nak simpan untuk kenangan peribadi aku tapi .. entah , mungkin sekadar nak berkongsi cerita.. Lagi pon ini bukan kali pertama .. dah banyak kali pon ..

Tak perlu nak rasa kagum.. Korang boleh buat lebih dari ni .. Aku percaya ... serius.. apa yang korang kena kena buat cuma belajar lagi teknik-teknik blogging ni.. Tapi aku tak belajar pon.. aku lebih gemar melogkan perasaan aku .. hehehe ..

Semoga Berjaya .. Ops.. kalau nak tau teknik teknik berblog ni , g la blog DENAIHATI.COM dan ARIFFSHAH.COM .. Macam macam ilmu blogging ada kat sana .. Kat sini , cuma bebelan aku je..  :)

Share
Tweet
Pin
Share
22 comments

 

image

Jangan goreng aku dah la yer , Abe Goreng ... hehehe ..

http://goreng-gorengada.blogspot.com

Share
Tweet
Pin
Share
17 comments

 

image

Perghh.. gila berat arinih .. Bukan sbb berbuka puasa ..tapi isu isu dalam blog aku ari ni.. Semua berat berat belaka.. Bila baca berkerut punya dahi .. Huhuh..

Esok nak ringan je la.. Memandangkan nak jadi seorang daddy .. hurm.. tk best.. ayah ? Ramai dah.. ayahanda ? Tak leh.. nanti kena saman .. Abuya ? Abi ? Baba ? Arghhhhhhhhhhh... Hahaha.. lambat lagi laaaa...

Esok nak buat isu ringan je la.. Nak cari isu artis. nak wat gossip artis.. mesti hangat punya isu .. Trafik tak tinggi ? Muhaahah.. tak pe la... Ari ni dah tinggi pon.. 7 ribu lebih... huhu.. tak terkawal lak esok .. kan kan ? 

Lupa lak.. sapa nak hadiah ? Meh klik SINI

Share
Tweet
Pin
Share
15 comments

 

  • Jangan main judi ... depa main gak ...
  • Jangan kacau anak dara orang ... depa kacau jugak ..
  • Jangan pandu kereta laju laju .. depa buat jugak ..
  • Jangan makan di khalayak ramai time posa .. depa makan dalam tandas..
  • Jangan mencuri .. depa tak mencuri tapi pecah amanah ja..
  • Jangan main mercun .. tak main aih , tengok jaa.. tu jari hilang 3 ketul !

Lagi dok larang .. lagi depa dok buat .. Pasai pa ? Pasai dah mmg gitu.. Lagi larang lagi best buat .. Manusia oh manusia .. nasib baik aku vampire !

Share
Tweet
Pin
Share
11 comments

 

Pergh.. bonus !! Bonus !! Yess !! Setengah bulan gaji woii .. Kerajaan baik hati wooo .. I like .. Esok gak aku undi BN ! Pembangkang ada ??? Tak daaa punyaaa.. kan kan ?

Haih.. Setengah bulan gaji .. syukur alhamdulillah.. tetap bersyukur kerana itu hak mereka kan ? Tak bagi kalu ? Cuba la tak bagi tengok ? Hahahha .. Adeh.. macam macam ..

Tapi.. tapi .. tapi .. itu je ke ??? Cuepacs mintak dua bulan kan ? hehehe.. Sat nak ingat balik.. Bila aku pernah merasa dua bulan .. hurmmm.. hurmm... hurm..... Oh , mana ada budget .. Kerajaan tak de duit wooo nak bagi dua bulan .. Tak de duit atau nak jimat ? Ke saja tamo bagi ? Ke  ke ?? Apa apa je laaa.... Tak kisah la .. Janji leh buat belanja bagi duit raya kat anak anak buah yang datang beraya nanti.. Nasib baik ada duit bonus tu kan .. Leh buat bagi budak budak.. Kita tak pe ... Tak yah beli apa apa .. dah tua.. pakai je la apa yang ada .. Tu laa.. sapa suruh tak belajar pandai pandai .. Kalau tak boleh jadi ahli politik .. Baru leh hidup mewah kan ? Ni takat kakitangan jer , jadi amik je la apa yang mereka bagi.. Syukur Alhamdulillah ..

Oh ya... hurm.. camana dengan pandangan aku tadi ? Tuu.. tengok ramai rakan rakan yang bertaraf 'kontrak' mengadu nasib.. Kat mana mereka nak mengadu nasib ? Pergh.. tahu tak penangan label 'KONTRAK' di sektor awam ? Haih.. nak tau ? G baca kat SINI ..

Diulangi , ini bukan isu BONUS yer .. tapi isu kebajikan mereka yang bekerja di sektor awam yang bertaraf KONTRAK .. baca biar betul.. Artikal mengenai bonus , boleh baca Bonus setengah bulan untuk penjawat awam, RM500 untuk pesara

Share
Tweet
Pin
Share
20 comments

 

Iskhh... kadang kadang susah gak nak tulis dalam blog ni .. Kita cerita lain , mereka faham lain .. Tadi dalam entri aku ,Identiti wanita yang suka memaki hamun Islam di FACEBOOK telah dikenalpasti ? , ada rakan blogger menegur tulisan aku yamg mana seolah olah seperti memfitnah .. Iskh... tak la gitu .. Aku pon tak suka memfitnah mahupun difitnah .. Kena baca betul betul entri aku tu ..

Mula mula ada tanda soal .. Bererti satu persoalan memandangkan ada blog yang membuat entri mengenai wanita tersebut .. Seperti isu isu panas zaman sekarang ini .. Sebagai contoh kes Anwar ibraham yang dituduh meliwat ..

Ok... berbalik pada isu wanita tersebut , aku ada memberitahu bahawa andai benar wanita itu yang melakukannya , maka abislah dia .. Jika bukan dia , maka pon habis dia (  Kalau betul la dia , masak masak !! Kalau bukan dia ? Pon masak masak ! ) . Apa maksud aku ? Maksud aku kesian dia sbb tak pasal pasal dia terbabit .. Samada dia difitnah atau menjadi mangsa mereka yang tak puashati dengannya .. Wallahualam ..

Tapi segalanya terjawab bila ada pembaca di blog aku menjawab segala persoalan tersebut .. Sila baca di entri DIA KAWAN SAYA: PEMILIK AKAUN MENGHINA ISLAM ..

Malah wanita tersebut pon telah membuat laporan polis .. Pergh.. masak masak.. Ini baru betul betul difitnah ...  Haih .. Macam macam..

Kesian dia ...

Share
Tweet
Pin
Share
28 comments

 

Hari tu , akak tu nak tunjuk seluar dalam dia kat entri SELUAR DALAM neh .. Tang tunjuk lurah dada ni , toksah cakap laaa.. Bersepah terutama yang muda muda ni.. Ada yang bertudung pon pakat nak tunjuk gak okeh !!

Aku pelik la.. Diorng tau yang tu aset diorg yang mana hanya yang layak saja boleh menikmatinya .. Haaa.. ni terus terang ni walaupun aku tau ada budak sekolah membaca blog aku ni .. Jadi aku nak diorng pon tau gak tentang harga diri seorang wanita ! Bukan takat DARA jer ! Dari hujung rambut sampai hujung kaki termasuk dengan budi bahasa itulah harga diri seorang wanita ..

Apa yang aku perasan , bagi mereka yang berfikiran terbuka dan ala ala moden barat , tak kisah langsung bab ni.. Mereka berfikiran semua perempuan ada.. Sama je rupa .. So what ? Atau ada yang fikir , " Ala , diorng boleh tengok je.. bukan boleh pegang pon ! " Atau nak lagi kurang ajar , " Ala , kalau pegang pon bukan luak punya .. " .. Haa.. jangan tak tau okeh ! Semua tu dah disetkan dalam kepala otak mereka ..

Mungkin mereka fikir , nanti boleh bertaubat.. Jadi takat nak tayang semua tu , apa ada hal kan ? Nanti nanti , tutup la aurat .. Hehe.. ok... Nanti nanti ek ? Jom layan  video klip ni..

Hayati liriknya ... 

Share
Tweet
Pin
Share
25 comments

Harap maaf .. Berkenaan contest yang baru baru ni aku buat , aku terpaksa mulakan semula dengan kesemua soalan dari pihak penganjur sendiri.. Jadi , pemenangnya akan dinilai sendiri oleh beliau.. Baru adil dan saksamakan ? Aku tak terlibat sama dalam mencari pemenangnya .. Tak perlu undian atau kena g cari kawan kawan untuk klik LIKE ..ehheheh..

Dan aku dah perolehi kesemua 5 soalan ... Maka kita buat sekali harung je , okeh ?

Mula-mula kita lihat dulu hadiahnya ..

1. External Power Bank for Phone – iPhone 4, iPhone 3, iPod, Nokia, LG, Samsung, Micro USB, Mini USB [HXCEC Mobile Power Crystal] http://rizi-biz.com/external-power-bank-for-phone/

2. Mini Sound System For Home Theater, Portable Audio Player, Mobile Phone, Computer http://rizi-biz.com/mini-sound-system/

3. Songket Thai Silk http://rizi-biz.com/thai-silk/

4. Pashmina Shawls http://rizi-biz.com/pashmina

5. SISTEM BULKSMS http://rizi-biz.com/smsrizi/

6. produk2 kesihatan & kecantikan yang sedang kami jual http://rizi-biz.com/

OK ? Cun ? Menarik ? Tak menarik ? Tak menarik tak pe.. tengok je yer .. hehehe.. nak tolong rakan cari jawapan pon ok jer ... Hehehe.. Ok.. Jom kita tengok soalan soalan

Soalan 1

Apakah itu vitamin c, collagen, plasenta, stem cell? apakah kebaikan suntikan vitamin c, collagen, plasenta, stem cell? minta promote & link ke http://rizi-biz.com/vitamin-c/

Soalan 2
Apa itu dropshipper & kelebihannya? minta promote & link ke http://rizi-biz.com/agen-dropshipper/

Soalan 3
Beri penerangan ringkas mengenai Produk Kecantikan & Kesihatan Wanita(soalan general & perlu kaitankan produk2 di www.rizi-biz.com)

Soalan 4
Beri penerangan ringkas mengenai Produk Kesihatan lelaki (soalan general & perlu kaitankan produk2 di www.rizi-biz.com)

Soalan 5

Kenali rizi biz shop (soalan general tapi perlu study sikit mengenai kami, jenis perniagaan & kelebihan membeli dgn rizi biz shop)

Cara nak jawab , mudah jer ... Korang buat satu entri ..

  1. Letak header BEN ASHAARI blog
  2. Tajuk : Contest BEN ASHAARI dan RIZI-BIZ.COM ..tak perlu linkkan ke sini ..
  3. Jawap semua soalan dlm entri .. Bila siap , emailkan url jawapan korang ke BAHAZIZI@YAHOO.COM .. Diulangi , hanya emailkan url entri jawapan korang .. bukan jawapan ! Jawapan dalam entri tu .. ok ? Boleh ? Senang ? Hehhe.. kata hadiah menarik ...

Tu je la... Tarikh tutup , 12/8/2011 .. Semoga berjaya ...

Share
Tweet
Pin
Share
11 comments

image

Amboiii .. iklan kat blog aku nehhh ... cam tau tau jeeeeeeeeeee aku nak kena beli susu neh ! Grr.. Eh , pakai susu protein aku tak leh ke ? Mesti ketul ketul baby tu kan ? Hahahhaha ..

Erk.. tak tau kah yang aku bakal bergelar ... jeng jeng jeng .. g godek entri pagi tadi.. ehhehe...

Ok ok.. jom shopping sat ..

image Dan banyak lagi contoh .. Cantik cantik ..

Klik ASTERISKBOUTIQUE

Share
Tweet
Pin
Share
64 comments

 

image

image

imageAlhamdulillah .. tak sampai sebulan , penambahan ahli melebihi 1500 .. Tu pon atas sokongan rakan rakan .. Terima kasih ... Sasaran adalah 20 ribu ... 20 ribu ahli yang bakal menambahkan lagi jumlah trafik ke blog kita .. InsyaAllah .. Kita cuba berusaha menambahkan ... dari dok nganga je kan ?

Oh ya , sapa yang dah beli baju tu.. dah dapat  ke ? Ok tak ? Bagi yang berminat nak order baju , segera yer .. nanti takde dah ... Yang belum bayar , hehehe.. cepat , baju anda dah ada ..

Nak tempah baju > SINI

Warna baju > SINI

image

image

Share
Tweet
Pin
Share
19 comments

** TERKINI MENGENAI ISU INI > KLIK SINI **



Ingat isu perempuan yang suka guna nama makcik @ HAJJAH tu ? Alaaa.. yang suka makin hamun tu laa.. Aku pernah buat entri pasal dia dulu kat SINI tapi serius memualkan bila masuk blog aku.. Eceh , memualkan saja aku sejak kebelakangan ni yer ... Hehe..

Perempuan ni suka maki hamun nabi junjungan kita , Muhammad s.a.w dan sudah semestinya Allah ... Hurm.. Sungguh lancang mulut dia ..

image

Benarkah wanita ini yang menggunakan id HAJAH ARAZUWLA ? (Maaf gambar dah diremove )


Sumber ini aku dapat dari rakan blogger , Che Amad .. Ada sapa sapa kenal dia ? Perghhhhhhhhhhhhhhhhhh..... Kalau betul la dia , masak masak !! Kalau bukan dia ? Pon masak masak !

Makin ramai orang Islam ilang punca dan pedoman di akhir zaman ini .. Dimanakah pihak bertanggungjawab ? Apakah peranan mereka dan masyarakat seperti kita ? Ada yang tumpang sekali dengan mencerca mereka dari sepatutnya membimbing mereka kembali ke jalan yang benar ..

Banyak punca sebenarnya .. Malas nak bangkitkan isu ni.. Serah pada pihak berwajib ..

Share
Tweet
Pin
Share
51 comments

 

image

Cik Qila , pinjam sat keratan akhbar ni yer ..

 

Dari dulu .. selalu begitu .. Mungkin bukan rezeki aku ... Tak per la , tapi kena bukak mata kali ni .. Tak kira kerajaan ke atau CUEPACS ke.. Jgn dok tengok 'tang tu' jer ...

Nasib penjawat awam yang bertaraf kontrak , dengar cerita akan ditamatkan kontrak penghujung tahun ini .. Bayangkan mereka yang dah berkhidmat bertahun tahun lamanya , dengan pengalaman serta skill yang ada , 'diketepikan' begitu saja .. Masalahnya bukan dah taraf OLD TIMER tetapi masih muda ...

Tak ke rasa rugi bila mereka yang dah berjasa selama ini serta punya pengalaman dilupakan begitu jer? Kemudian buat lantikan baru ,dan hantar gi kursus..

CUEPACS ni pon satu hal.. dari dulu tak habis habis dok mintak bonus itu ini .. bab lain diorg tak pandang ke ? Apakah CUEPACS ni hanya mementingkan yang tetap saja ? Yang kontrak ni camana ? Tidak berkhidmat untuk negara ke ? Kena maki , sama sama .. Kena marah , pon sama.. Bezanya , bila tak diperlukan , 'KONTRAK ANDA DITAMATKAN ' berbanding yang tetap , 'ANDA DITUKARKAN' ..

Seperkara lagi , yang kontrak ni takkan merasa  ANUGERAH KHIDMAT CEMERLANG .. kenapa ? Sebab kontrak ... Haih... Mmg la gaji dibayar tapi jangan lupa mereka ini pon WARGANEGARA MALAYSIA ... bukan pendatang asing yang bekerja kat sini ..

Tu je la aku nak bagitau .. Makin bosan ngan CUEPACS .. Tiap-tiap tahun , mintak bonus .. bagus la.. yang memerlukan dapat bantuan .. Yang dah melimpah ruah tu , tak payah dah la ..

Jangan lupa , ada beribu ribu penjawat awam berstatus kontrak .. Susah sangat ke nak diserapkan tetap atau bagi peluang untuk diserap .. Ni habuk pon tarak .. Asyik asyik janji.. Lagi 10 tahun baru nak tunaikan ?

Mungkin aku tulis ni akan memberi risiko .. tapi sampai bila kan ? Ikut saluran ? Bukak mata laaaa.... G turun tengok 'anak buah' tuu...

Share
Tweet
Pin
Share
25 comments

 

image

Semalam ... guna pregnancy test , nampak dua jalur ni .. Tapi menurut mereka yang berpengalaman berkata , keputusan dari pregnancy test ni tak leh nak percaya sangat.. Nak tak nak kena g dapatkan khidmat pakar perubatan .. Doktor laaaa.. hehehe ..

Maka ... aku pon g laaa ...Pergi la.. bukan gi laaa ( gila ) ... g klinik ibu mengandung dekat Precint Diplomatik .. hehehe .. Sampai sampai situ , aku macam tak percaya jer.. Gulp.. ramainya budak budak .. hahaha.. Apakah ???

Tersenyum melihat budak budak yang bermain berhampiran dengan aku .. hehehe.. Comel budak budak ni .. Alhamdulillah , pasti ibu bapa dia beruntung dapat anak anak comel gitu..

Giliran wife aku dipanggil .. Aku dan wife masuk ke dalam .. Gulp .. Doktor memberi salam .. Tersenyum dia ... Hehehe.. aku pon senyum ala ala kerang je.. Maklumlah , kali pertama .. Padahal sebelum tu tanya wife , " Nak kena masuk gak ke ??? " .. Hahahah... bengong kan aku ? Hahahaha...

Kemudian doktor tanya .. bla bla bla.. Wife jawab.. bla  bla bla .... Maka doktor kata , baik scan .. Bukan apa , kadang kadang ada yang fikir pregnant tapi bila scan , lain lak.. Haaa.. 

Setelah menerima pandangan dia , kitorang pon setuju untuk scan .. Dan keputusannya .... aku sambung esok eh ?  Hehehe.. Ileks arrr.. hahaha.. sambung kat SANTAI BEN ASHAARI.COM

Share
Tweet
Pin
Share
115 comments

 

image

image

Terkedu aku... tu je aku boleh kata .. Terima kasih bro !!

http://www.fizgraphic.com/

Share
Tweet
Pin
Share
39 comments

 

Berbuka di rumah orang tua aku .. Semua adik beradik aku ada termasuk anak anak buah aku .. Rumah kecik , semua berhimpun.. Huhuh... Padat ! Hahaha tapi meriah... 5 lelaki 1 perempuan .. Pergh.. ngan aku aku pening jap..

Tapi tak per .. budak budak jer .. hehehe... Yang sorang ni gemar main hp aku .. pantang nampak muka aku , terus mintak hp.. Nak layan KUCING BERCAKAP .. Tak bagi , teriak .. bagi je la... Tawakal.. jatuh ? Telan air liur je la.. Nasib baik sekarang  tak pernah jatuh lagi ..

Bila tengok budak-budak ni , rasa kesian je kat diorg .. Menangis , kena marah .. kena cubit .. sedangkan mereka tak tau apa apa.. Mereka membesar atas didikan ibu bapa.. Jika mereka nakal masa kecik kecik lagi , sapa salah ? Aku bukan nak tuduh ibu bapa , tapi sama sama kita fikirkan ..

Tadi , sewaktu aku di klinik ibu mengandung ( Apa??? Wat apa aku kat sana ?? Tu entri akan datang yer ) , wife aku cuit aku.. Dia suruh aku perhatikan sorang budak tu .. Budak tu menjerit-jerit mintak  gula gula Ribena tapi ayah berkeras tak bagi.. Dalam ayah dia tak perasan , dia amik dan masukkan dalam poket dia .. Bayangkan kecik kecik gitu dah pandai buat gitu .. Camana tu ?

Ok sambung .. Perasan tak , kita tengok ayah kita , kita rasa kesian jer .. Penat diorg berusaha membesarkan kita .. Tapi sedar tak yang mereka pon kesiankan kita .. Mungkin dalam hati mereka terdetik memikirkan yang mungkin mereka tak dapat memberi kebahagian atau kekayaan jika mereka tiada nanti .. Kita kasihankan mereka dan mereka pon kasihankan kita .. :)

Dalam dunia maya kita ni , berapa ramai yang saling kasih mengasihani ? Berapa ramai yang senantiasa menunggu masa untuk mencari salah lalu menyebarkannya tanpa memikirkan baik buruk yang akan menimpa rakan kita tu ? Berapa ramai memikirkan nasib mereka ? Bagaiman pula jika kita pulak yang kena ??

Kita terlupa akibat seronok bercerita .. Sbb bukan kita yang malu .. Mereka ... Kalau kita punya turn lak nanti , camana ?

Share
Tweet
Pin
Share
16 comments

 

image

Mereka berebut-rebut inginkan WARGANEGARA kerana tau negara ini amat makmur sekali ...

Mereka sanggup merentasi lautan dengan berhimpitan dalam tongkang hanya kerana ingin berada di negara ini ..

Mereka menjilat jari sehingga licin ketika menjamah makanan dan menadah tangan bersyukur kerana berada di negara ini yang cukup dengan nikmatNYA walaupun hanya dengan  mengemis di tepi jalan .. 

Kita ?  Sesungguhnya aku cukup bertuah dilahirkan sebagai ANAK JATI MALAYSIA .. Sesungguhnya , bumi ini bumi bertuah .. Takkan aku berpaling tadah hingga ke akhir hayat aku ..

Jom kibarkan Jalur Gemilang di blog dan juga Facebook..

Share
Tweet
Pin
Share
26 comments

 

Buat blog .. letak iklan.. dapat duit .. Mudahnyaaaaaaaa... best best best.. kan ? Senang senang gitu jer .. Nak dapat banyak lagi ?? Kena usaha lebih la kan .. hehhe..

Bila dengan blogger dapat beribu-ribu sebulan , lagi terbeliak bijik mata !! Betul ke ?? Wargkhh.. bestnyaaa... Aku pon nak .. Wawaa.. selonotnyaa ( seronok la) ..

Tapi bila dah buat blog , pasang iklan cam INNITY , NUFFNANG , ADVERTLETS maka tunggu masa jer nak beranak .. Beranak maksud aku adalah dapat duit laa.. heheeh.. Setelah berhempas pulas , pasti nak habuannya kan ?

Ada yang tanya aku .. " Ben , Innty bayar tak ? Muhahahah... Aku kata bayar tapi setelah berbulan bulan bulan lamanya aku tunggu .. tau tau dah masuk dalam bank.. Alhamdulillah.. tak la berharap tapi tunggu je la.. Bising ? Aku tika itu seperti blogger blogger yang baru berblogging , memekak gak la.. tapi lama lama , bosan.. Lantak la.. ada ada ..takde ? Usaha yang lain .. "

" Advertlets bayar tak ,Ben ? Aku nak kata tak bayar , ada yang dapat .. Aku punya lak camana ? Apa yang aku boleh katakan secara jujur , aku punya tak di bayar lagi .. hehehe "

Kenapa aku punya ADVERTLETS tak bayar lagi ?  Ada dua penjelasan .. Yang terbaru ... Korang leh baca kat SINI dan yang lama punya , baca kat SINI .. Penting untuk korang baca ! Aku harap korang dapat jawapannya ..

Camana pulak dengan NUFFNANG ? Haahah.. aku tamo cita pasal NUFFNANG !! AKU tak suka NUFF !!! BOOOOO.. hahaha.. tak laaa..Guwau jer .. Dulu aku tak suka NUFFNANG sebab dia seolah olah dok lebihkan anak anak emas dia jer.. Tapi kebelakangan ini , ada perubahan gak la.. Bab bayaran , seperti INNITY , tetap makan bulan .. 60 hari kalau tak silap aku..Untuk permulaan , dia akan antar email dulu setelah korang cashout untuk kali pertama .. Korang kena sahkan no akaun untuk tujuan pembayaran ..

Kenapa ada yang tak dibayar langsung ? Aku pernah buat ujian terhadap syarikat-syarikat pengiklanan ini dengan melakukan   FRAUD CLICK .. Ya , mereka dapat mengesannya dan akaun dibekukan .. Kemudian email akan dihantar.. Tetapi ADVERTLETS tak hantar .. korang yang kena hantar TICKET untuk bertanyakan status korang .. Takde respon ? Sila email terus kepada mereka ..

Tu je la aku boleh tolong .. Jauhi penggunaan IFRAME ...FRAUD CLICK .. Walaupun lepas , duit itu tetap haram kerana korang menipu untuk mendapatkan $$ ..

Mana yang berbaloi ? :) Part tu , aku tak leh nak tolong .. Sbb aku tak keje ngan company tu. hehehe.. kalau diorg bayar aku untuk promosi syarikat diorng , maka aku akan kata I LOVEE...... KELAB BLOGGER BEN ASHAARI ! Tu terbaik .. Tingkatkan kualiti blog korang dan juga trafik.. :) barulah diorng carik korang... hehehe..

Share
Tweet
Pin
Share
12 comments

 

" WANITA yang BERTUDUNG belum tentu baik,
Tapi wanita yang baik sudah tentu bertudung.

ORANG yang SOLAT belum tentu baik,
Tapi orang yang baik tentu akan solat.

ORANG BERPUASA belum tentu sembahyang,
Tapi orang SEMBAHYANG sudah tentu berpuasa . "

 

Aku tak tau sapa pemilik kata-kata ni tapi yang pastinya , saham akhirat dia pasti 'melambung' kerana banyak blog dan rakan rakan FB kongsikan kata kata ni ..  :)

Bila buat kesalahan atau dosa , janganlah cuba menegakkan lagi .. akui dan bertaubat.. Dunia ni sementara jer ..  segalanya persinggahan .. apa yang kita nampak ini cuma maya saja.. seperti dunia internet inilah tapi  di dunia inilah segalanya untuk kita pastikan ke syurgaNYA ..

Share
Tweet
Pin
Share
32 comments

Alhamdulillah .. aku kembali dengan segmen aku setelah berhari takde segmen .. Mungkin aku nak buktikan pada mereka yang mana blog aku ni 'hidup' dengan segmen dan 'makan' trafik blogger baru .. Heheh.. cetek kan pemikiran depa ? Huhu.. Takde segmen pon 4k -5k gak.. Ada ? Kalau ada ,tak ke semak blog aku ? Orang lain buat entri peribadi , tutorial , cerita gossip tapi blog aku yang mereka kata glamer dan popular ni buat segmen ? Muhahaha.. lawak ?

Cait.. tak lawak ! Ni tanda penghargaan aku pada rakan blogger terutamanya yang baru baru nak merangkak dan tercari tempat untuk promosi blog mereka .. Ini saja yang mampu aku buat ...

Ok , hari ni aku nak mulakan segmen ringkas.. Satu segmen yang mana blogger baru ( atau lama jika berminat ) untuk turut serta .. Untuk makluman , aku takkan senaraikan sebarang url ... Apa yang perlu mereka buat , 'tarik perhatian' rakan lain dengan meninggalkan komen yang menarik dan juga url entri ..

Mereka yang was-was , dilarang sama sekali join segmen ini .. Cuma yang berminat untuk mencari rakan baru saja digalakkan .. Seperkara lagi , diingatkan para blogger , segmen ini tidak menjanjikan trafik yang lumayan kecuali korang sendiri g singgah blog rakan rakan yang join .. Mereka yang join ini bermakna mereka sukarela untuk lawat blog rakan mereka yang lain ..

Kenapa kena buat entri dan letak header ? Tujuannya adalah untuk mewar-warkan dan meramaikan lagi.. Kalau tak , camana blogger lain nak tau kan ?? Sekadar mereka yang singgah sini je tau.. Yang tak singgah ? Terlepas peluang untuk korang kenal mereka kan ?

Cukup penerangan ni.. Kalau berminat , kita mulakan .. Diingatkan sekali lagi , aku takkan senaraikan .. korang kena godek sendiri di ruangan komen ini .. Terima kasih :)

Berminat ? Buat satu entri ..

  1. Letak header BEN ASHAARI BLOG
  2. Tajuk , BEN ASHAARI AJAK KENAL BLOG INI .. dan linkkan ke entri ni ..
  3. Ceritakan latar belakang blog korang ..
  4. Tuliskan dari mana anda dapat tau mengenai segmen ini ? Blog mana ?
  5. Part ni , menarik .. korang kena kerap edit entri korang tu.. hehe.. Kenapa ? Korang kena masukkan url blog blog yang dah korang lawati tu dan tulis secara ringkas mengenai blog tersebut .. Dan tinggalkan jejak untukdi ruangan blog tersebut untuk beritahu komen anda terhadap blognya .. :) .. Mesti dia nak tau punya kan ?

Susah ? Tak .. Menarik sebenarnya .. Bukan sekadar segmen biasa .. tapi promosi blog korang .. Tutup ? kul 12 malam ini ... Selamat bersegmen !

Share
Tweet
Pin
Share
106 comments

 

Akhirnya.. setelah sekian lama aku tunggu , baru aku boleh katakan aku amat berbangga sekali dengan mereka yang terlibat dengan dunia animasi ... Kalau Upin dan Ipin pembuka tirai dan kini , animasi IBN BATTUTA mmg setanding dengan animasi luar negara terutamanya Hollywood ..

Aku pernah terlibat dengan dunia animasi 2D dan 3D pada sekitar penghujung tahun 1999  , sbb tu aku tau kesukaran membuat animasi tak kira 2D dan 3D ni ..  Bukan senang wooo.. Terlalu makan banyak kos dan masa ... 24 jam kat pejabat .. huhu..

Sempat aku belajar ketika itu mengenai perisian perisian untuk membuat animasi seperti 3D Max , Lighwave , Motion Capture , dan beberapa lagi perisian .. Kira sangat berbaloi la.. hehe..

image

Kali pertama tonton di TV AL HIJRAH ... pergh.. jalan cerita , pergerakkan .. semua mmg best ! Mmg  da boommm.. hahaha ...

Tapi rasanya ada kerjasama gak dari syarikat luar negara .. tapi tak kisah la , segalanya bermula dari situ .. belajar dan terus belajar .. akhirnya , kita mampu berdiri sendiri .. InsyaAllah ..

Buat IN-FUSION , karya syarikat anda membanggakan rakyat Malaysia ..

http://www.ibnbattuta.tv

Share
Tweet
Pin
Share
12 comments

 

Muhahahahah.. gelak kejam sbb tak tak tahan ketawa guling guling .. hehehe .. Apakah ? Hahahha.. Ni gara-gara keyword yang tersangkut di blog aku semalam , malam minggu... Sapa eh yang mencari maklumat mengenai :

image

Dan keyword keyword selebihnya yang membuka urat ketawa aku ialah :

sex main ramai ramai ( haih... ni punca kepada rogol !! )

bagaimana paksa isteri taat ( terdesak ni bang )

cara menjaga hati kawan ( alahai.. siannya .. ni mesti die hard friends ni )

top bloggers melayu di malaysia ( erk , saya tak terlibat yer )

kena medical checkup keadaan bogel ( erk... gulp.. )

saiz kondom ( saya punya ke awak punya ? )

punca pening kepala selepas berbuka ( buka kat rumah atau buffet ? penting tu ... hehee )

pulih dara ( saya pon nak pulihkan teruna saya .. boleh ? )

wanita tengok vcd lucah ( muhahaha.. ramai ni.. serius .. lebih lebih lagi yang dah terlepas dari 'rantaian' ibu bapa.. pergh.. lepas tu stim.. lepas tu ? " Anak sapa ni ??? " ..Tau tau , jumpa kat tepi tandas.. " anak sapa nih ?? " )

kenapa lelaki curang ( jangan tengok saya.. tengok UJANG tu )

benci dengan ptd ( muhahahha.. aku ingat aku sorang je.. haha )

cara nak ajak awek main ( main konda kondi ke galah panjang ? )

maksud bunyi guli tengah malam ( muhahahah.. EVIL DEAD nehh !! )

kritikan polis periksa telefon bimbit ( ni mesti incik POLIS yang google neh.. hehehe )

 

Hahahah.. tu je la.. hahaha.. pagi pagi dah buat aku gelak besar...

Share
Tweet
Pin
Share
29 comments

 

" Perasan tak kebanyakkan blogger buat blog , untuk blogger je baca ??  Yelah , ping kat dalam FACEBOOK .. Kat Twitter atau mana mana ping web .. kan ?  Sapa yang biasanya baca ? Camana nak tarik mereka yang bukan blogger ni baca blog kita ? "

 

Sebenarnya aku pernah keutarakan isu ni satu tika dulu.. Majoriti blogger buat entri , khas untuk blogger baca .. Kenapa ? Jumlah blogger di Malaysia saja beratus ribu .. kan ? Tu tak campur lagi mereka yang guna Facebook setiap hari.. Semakin bertambah .. Bermakna kebanyakkan blogger sasarkan blogger saja untuk singgah ke blog mereka ..

Bagaimana nak tarik mereka yang bukan blogger ? Kita tak mungkin boleh tarik mereka yang bukan pengguna internet untuk baca blog kan ? Jadi sasaran kita yang guna internet tapi bukan blogger dan juga bukan pengguna laman sosial.. Yang guna internet untuk buat research , atau surfing semata mata ..

Itulah SEO atau Search engine optimization .. Ini tips untuk mereka yang ingin tarik trafik dari mereka yang bukan blogger ... Perhatikan isu isu terkini tak kira apa apa isu panas ... Buat entri dengan highligtkan perkataan perkataan yang penting  yang mana korang kena teka  apa yang bakal mereka gunakan sewaktu mengoogle.. hehe.. contoh , GAMBAR KHARUL FAHMI dan DELIA .. ISTERI KETUA PASUKAN SINGAPURA .. dan banyak lagi.. Kena peka isu semasa ..

Dalam sehari , mesti ada satu entri bersifat begitu .. Selebihnya barulah boleh buat entri entri peribadi cam citer dating ngan boyfriends ke .. g mandi sungai ke.. segmen ke.. Eh , segmen sensitif okeh !! hehehe..

Dengan cara begitu , insyaAllah , blog kita akan disinggahi oleh mereka yang bukan blogger dan juga blogger .. Secara tidak langsung , trafik blog juga akan naik ..

Sekadar perkongsian pengalaman dan tips.. Berjaya atau tidak , yang penting kita usaha dari menganga .. kan ?

Share
Tweet
Pin
Share
32 comments

Berdasarkan beberapa buah blog hari ini , Dato Siti Nurhaliza telah mengeluarkan kenyataan rasmi yang mana produknya , SIMPLYSITI adalah halal digunakan ..

Sat.. aku nak flashback yang mana terdapat produk yang sebelum ini yang turut dikatakan haram pada mulanya tetapi dinafikan oleh syarikat tersebut .. tetapi akhirnya disahkan haram jua .. contoh terbaru yang butter Golden Churm tu haa..

Beginilah , bagi aku la kan .. Dato Siti berhak kata apa apa saja tetapi seperti yang kita tau , kita ada pihak berkuasa yang mana bertanggungjawab menguruskan soal halal haram sesuatu produk di Malaysia ni .. Jadi biar mereka keluarkan kenyataan rasmi dan baru aku percaya 95% .. Masih ada was was , jadi aku tinggalkan terus.. Selama ni aku pakai gak .. Hahaha.. guwau je laaa...

Akhir kata , sapa yang percaya , sila guna .. Yang tak percaya , berpegang pada hukum agama.. Was was , tinggalkan je.. Tak mati tak makeup kan ?

Aku bukan apa ... Bukan anti Siti Nurhaliza.. aku minat gak suara dan lagu lagu dia .. cuma terkilan .. dia tu idol ramai rakyat Malaysia , Indonesia , Brunei mahupun di Singapura .. Nape la tak pakai tudung tu betul betul .. Aku pasti dia lebih ayu dari macam tu.. jambul terkeluar cam Elvis Presley gamaknya.. Erk .. marah ? maaf yer Dato .. Tapi tu yang saya nampak .. Tak leh marah.. saya pon peminat Dato gak.. Setiap kritikan kena amik kira gak kan ? Kalau dia pakai elok elok , mesti ramai peminat dia ikut sama kan ?

Album baru bila Dato ? Album raya ? Ke bz ngan produk kosmetik ? Patut la makin ramai wanita melayu kita cantik cantik kan ?

Share
Tweet
Pin
Share
41 comments

 

image

http://mohdnaser.blogspot.com/

Share
Tweet
Pin
Share
20 comments

Rezeki berbuka hari ni .. boss wife , En.Mazlan belanja semua kakitangan termasuk keluarga berbuka di Residence Hotel, Bangi ..

Sebenarnya aku spesis tak suka nak berbuka kat luar .. kenapa ? Tah.. leceh bagi aku .. hehe..bukan cerewet tapi mungkin dah muak kot .. dulu masa budak budak selalu menyusahkan diri berbuka beramai ramai.. tak best .. haaha..buka ngan keluarga gak best ..

Sesampai kat hotel , aku ngn wife usha port dulu .. Terlalu byk makanan dan sedap sedap belaka .. Aku amik keputusan utk ke masjid sebelah utk solat maghrib dulu .. Tinggalkan semua makanan yg ada ... Kang takut dh makan , aku jadi ular sawa.. bahaya tu ..

Kat masjid, azan berkumandang .. Aku berwudhu' .. kemudian tercari cari dewan solat..

Tiba tiba aku ditegur oleh seorang lelaki yg aku percaya warga indonesia setelah dia tgk aku seolah olah tercari arah .. dia suruh aku g berbuka di atas dulu.. Aku naik, ramai org dah rupanya .. aku amik air oren segelas dan duduk minum ..

Sebelah aku ada seorg lelaki yg aku rasa pekerja kat situ .. Dia menjemput aku makan .. Nampak lazat .. nasi beriani.. tapi aku menolak .. sbb bukan hak aku ..itu yg aku rasa.. Yelah, juadah berbuka kat situ mungkin cukup cukup utk student situ jer .. kang aku makan ? Tu yg aku rasa walaupun aku tau semua itu sedekah ..

Setelah solat maghrib ,aku kembali ke hotel .. jalan kaki..tak jauh pon.. barulah aku makan ..

Ternampak ikan pari bakar.. feveret .. beratur .. depan aku ada satu keluargsa.. sorang sorang amik ikan tu .. smpai turn aku, kecik jer ikan tu ..

Alhamdulillah.. ni je rezeki aku .. Itu yg aku kerap belajar dari rakan rakan blogger , kebelakangan ini.. Bersyukur .. Setiap kali aku tak puashati, aku luahkan dalam blog dan rakan rakan pembaca menegur aku .. Itulah kebaikkan yg aku dapat dari blogging ini ...
Published with Blogger-droid v1.7.4
Share
Tweet
Pin
Share
27 comments

 

Tak kira dalam dunia mana kita berada , kita sering bertelagah .. Aku , kau dan mereka .. Bila ditanya latar belakang , kita rupa-rupanya seagama dan sebangsa .. Tapi kenapa nak bertelagah ? Oh , ego.. perbezaan pendapat mengenai politik .. Bab-bab begitu , beria kita berbalah.. bagi macam macam pendapat .. Maki sana sini ..

Tu bab politik .. camana lak isu blog lak ? Masing masing tunjuk bagus.. Idea aku bagus .. Idea kau haprak .. Blog aku cun .. blog ko mangkuk .. Blogger tu hampeh .. blogger ni otai ! Tapi hakikatnya , kenapa kita diamkan bila mana kita patut buka mata bila ada pihak memandang rendah kita semua ?

Mereka kata , bangsa melayu ni lembik .. bergantung kepada kerajaan.. Mereka kata melayu ni suka bergaduh sesama sendiri walaupun hal makanan sekali pon .. Mereka kata melayu ISLAM ni sekadar nama jer tapi hampeh !

Apa kita nak buat ? Ahh.. pedulik apa kan ? Masing masing punya kubur , kan ? Tapi apakah kita terlupa , akan ada dikalangan kita akan terpengaruh dengan semua ini lebih lebih lagi bila kecewa dan patah semangat dalam bertarung dengan dugaan dari Allah ..

Bila putus cinta , maka dikatanya Allah tak adil .. Bila takde rezeki ,dikatanya Allah tak adil .. Atau menganggur , Allah tak adil .. Bila kita kata gitu , sedarkah akan dosanya ? Sedangkan kita bernafas , makan dan minum dengan cukup .. Tapi tak nampak gak kan ?

Tu baru kita .. Camana pulak mereka yang sememangnya dah murtad ? Dah ilang pedoman ?

image

Apa yang patut kita buat ?? Angkat pedang dan cari mereka lalu pancung ? Hiskhh... apa jadahnya gitu .. Kita doakan saja mereka agar diberi hidayah oleh Allah ..

Tapi peranan utama kita sebenar adalah .. BERSATU !! Sudah sudahlah menuding jari .. Aku betul kau salah .. Malu laaa... Tuuu.. ahli politik tuuu.. Sama gak para ilmuwan agama kita .. Dok tuding kata sana tak betul sini betul ..

Dan , tuuuu... yang nak kaya sampai macam nak bawak segala harta masuk kubur tuuu .. Udah udah laa.. gunakan harta tu ke jalan syurga .. Penat laa... serius , yang terpacak tu MELAYU dan beragama ISLAM .. Aku tak tau bangsa lain sebab aku melayu ! Penat tengok melayu dok tunjuk bagus tapi tunduk dengan bangsa lain ! Hampeh..

Share
Tweet
Pin
Share
41 comments

 

Aku baru layan setengah filem ni.. Mmg tersenyum jer .. Yerlah , dalam filem ni tentera yahudi dianjing-anjingkan begitu saja .. Sebelum ni kalau tonton filem yahudi , suka suka je dok tuduh ISLAM tu jahat .. haaa... amik filem ni la.. mau bengang telinga diorg layan ! muhahahah ..

Serius best !

 

Share
Tweet
Pin
Share
10 comments

 

 

imagePuasa ! Puasa !! Jaga mulut , jaga hati .. tamo kecoh kecoh.. Mereka pon bukan nak sangat putus tunang .. Kita lak dok panjang panjangkan .. Adehh..

Takde de artis putus tunang .. Aku saja bikin gempak ! Marah ?? Marah aarr... Ada aku kisah ? Kisah je ler... Jangan lupa , ni Ramadhan.. Hari pertama je beria jaga itu ini.. Hari hari lain ??

Aku pon sama.. huhu ..

Share
Tweet
Pin
Share
18 comments

 

Perghhh...kereta Rowan Atkinson , Mclaren F1 tuuuuu ...

image

Nak tau puncanya ? Mesti dia pandu kereta dia camni ..

image

 

Hehehe.. guwau jer .. bawa berita tentang kemalangan beliau dibawah ni ..

LONDON 6 Ogos - Aktor komedi Britain, Rowan Akitson yang terkenal dengan watak Mr. Bean, telah keluar daripada hospital hari ini selepas menjalani rawatan ekoran terlibat dalam kemalangan apabila kereta yang dipandunya melanggar sebatang pokok, semalam.

Akitson yang mengalami kecederaan bahu selepas kereta F1 McLaren yang dipandunya tergelincir di sebatang jalan dekat Haddon, timur England, sebelum melanggar sebatang pokok dan terbakar.

Pelakon berusia 56 tahun itu sempat keluar dari kawasan kemalangan sebelum pasukan bomba tiba untuk memadamkan kebakaran tersebut. - AFP (UTUSAN)

Share
Tweet
Pin
Share
24 comments
Newer Posts
Older Posts

Blog Stats

Blog Archive

  • ▼  2025 (61)
    • ▼  Disember 2025 (2)
      • Proses pemulihan dan menguatkan kembali sendi otot !
      • Slips disc rupanya aku !
    • ►  November 2025 (2)
    • ►  Oktober 2025 (2)
    • ►  September 2025 (5)
    • ►  Ogos 2025 (3)
    • ►  Julai 2025 (6)
    • ►  Jun 2025 (4)
    • ►  Mei 2025 (5)
    • ►  April 2025 (5)
    • ►  Mac 2025 (8)
    • ►  Februari 2025 (10)
    • ►  Januari 2025 (9)
  • ►  2024 (170)
    • ►  Disember 2024 (9)
    • ►  November 2024 (11)
    • ►  Oktober 2024 (13)
    • ►  September 2024 (10)
    • ►  Ogos 2024 (15)
    • ►  Julai 2024 (20)
    • ►  Jun 2024 (16)
    • ►  Mei 2024 (22)
    • ►  April 2024 (16)
    • ►  Mac 2024 (14)
    • ►  Februari 2024 (10)
    • ►  Januari 2024 (14)
  • ►  2023 (174)
    • ►  Disember 2023 (12)
    • ►  November 2023 (14)
    • ►  Oktober 2023 (16)
    • ►  September 2023 (13)
    • ►  Ogos 2023 (17)
    • ►  Julai 2023 (16)
    • ►  Jun 2023 (17)
    • ►  Mei 2023 (14)
    • ►  April 2023 (10)
    • ►  Mac 2023 (18)
    • ►  Februari 2023 (13)
    • ►  Januari 2023 (14)
  • ►  2022 (182)
    • ►  Disember 2022 (22)
    • ►  November 2022 (9)
    • ►  Oktober 2022 (12)
    • ►  September 2022 (9)
    • ►  Ogos 2022 (11)
    • ►  Julai 2022 (10)
    • ►  Jun 2022 (10)
    • ►  Mei 2022 (13)
    • ►  April 2022 (14)
    • ►  Mac 2022 (21)
    • ►  Februari 2022 (21)
    • ►  Januari 2022 (30)
  • ►  2021 (389)
    • ►  Disember 2021 (26)
    • ►  November 2021 (23)
    • ►  Oktober 2021 (23)
    • ►  September 2021 (26)
    • ►  Ogos 2021 (26)
    • ►  Julai 2021 (29)
    • ►  Jun 2021 (27)
    • ►  Mei 2021 (30)
    • ►  April 2021 (36)
    • ►  Mac 2021 (56)
    • ►  Februari 2021 (42)
    • ►  Januari 2021 (45)
  • ►  2020 (329)
    • ►  Disember 2020 (39)
    • ►  November 2020 (36)
    • ►  Oktober 2020 (28)
    • ►  September 2020 (29)
    • ►  Ogos 2020 (36)
    • ►  Julai 2020 (24)
    • ►  Jun 2020 (30)
    • ►  Mei 2020 (28)
    • ►  April 2020 (23)
    • ►  Mac 2020 (23)
    • ►  Februari 2020 (18)
    • ►  Januari 2020 (15)
  • ►  2019 (407)
    • ►  Disember 2019 (22)
    • ►  November 2019 (30)
    • ►  Oktober 2019 (44)
    • ►  September 2019 (34)
    • ►  Ogos 2019 (48)
    • ►  Julai 2019 (27)
    • ►  Jun 2019 (30)
    • ►  Mei 2019 (42)
    • ►  April 2019 (37)
    • ►  Mac 2019 (43)
    • ►  Februari 2019 (25)
    • ►  Januari 2019 (25)
  • ►  2018 (420)
    • ►  Disember 2018 (24)
    • ►  November 2018 (32)
    • ►  Oktober 2018 (32)
    • ►  September 2018 (36)
    • ►  Ogos 2018 (29)
    • ►  Julai 2018 (30)
    • ►  Jun 2018 (38)
    • ►  Mei 2018 (38)
    • ►  April 2018 (46)
    • ►  Mac 2018 (36)
    • ►  Februari 2018 (33)
    • ►  Januari 2018 (46)
  • ►  2017 (648)
    • ►  Disember 2017 (47)
    • ►  November 2017 (44)
    • ►  Oktober 2017 (49)
    • ►  September 2017 (51)
    • ►  Ogos 2017 (56)
    • ►  Julai 2017 (46)
    • ►  Jun 2017 (47)
    • ►  Mei 2017 (58)
    • ►  April 2017 (75)
    • ►  Mac 2017 (80)
    • ►  Februari 2017 (49)
    • ►  Januari 2017 (46)
  • ►  2016 (788)
    • ►  Disember 2016 (57)
    • ►  November 2016 (65)
    • ►  Oktober 2016 (77)
    • ►  September 2016 (64)
    • ►  Ogos 2016 (75)
    • ►  Julai 2016 (80)
    • ►  Jun 2016 (69)
    • ►  Mei 2016 (58)
    • ►  April 2016 (58)
    • ►  Mac 2016 (68)
    • ►  Februari 2016 (50)
    • ►  Januari 2016 (67)
  • ►  2015 (1019)
    • ►  Disember 2015 (68)
    • ►  November 2015 (78)
    • ►  Oktober 2015 (66)
    • ►  September 2015 (57)
    • ►  Ogos 2015 (63)
    • ►  Julai 2015 (86)
    • ►  Jun 2015 (89)
    • ►  Mei 2015 (105)
    • ►  April 2015 (91)
    • ►  Mac 2015 (104)
    • ►  Februari 2015 (104)
    • ►  Januari 2015 (108)
  • ►  2014 (1504)
    • ►  Disember 2014 (130)
    • ►  November 2014 (119)
    • ►  Oktober 2014 (137)
    • ►  September 2014 (121)
    • ►  Ogos 2014 (119)
    • ►  Julai 2014 (103)
    • ►  Jun 2014 (104)
    • ►  Mei 2014 (106)
    • ►  April 2014 (121)
    • ►  Mac 2014 (132)
    • ►  Februari 2014 (139)
    • ►  Januari 2014 (173)
  • ►  2013 (2151)
    • ►  Disember 2013 (169)
    • ►  November 2013 (180)
    • ►  Oktober 2013 (160)
    • ►  September 2013 (138)
    • ►  Ogos 2013 (182)
    • ►  Julai 2013 (220)
    • ►  Jun 2013 (199)
    • ►  Mei 2013 (186)
    • ►  April 2013 (149)
    • ►  Mac 2013 (184)
    • ►  Februari 2013 (188)
    • ►  Januari 2013 (196)
  • ►  2012 (2986)
    • ►  Disember 2012 (194)
    • ►  November 2012 (211)
    • ►  Oktober 2012 (285)
    • ►  September 2012 (260)
    • ►  Ogos 2012 (210)
    • ►  Julai 2012 (239)
    • ►  Jun 2012 (220)
    • ►  Mei 2012 (281)
    • ►  April 2012 (240)
    • ►  Mac 2012 (299)
    • ►  Februari 2012 (283)
    • ►  Januari 2012 (264)
  • ►  2011 (4967)
    • ►  Disember 2011 (303)
    • ►  November 2011 (299)
    • ►  Oktober 2011 (418)
    • ►  September 2011 (390)
    • ►  Ogos 2011 (350)
    • ►  Julai 2011 (396)
    • ►  Jun 2011 (424)
    • ►  Mei 2011 (424)
    • ►  April 2011 (481)
    • ►  Mac 2011 (483)
    • ►  Februari 2011 (489)
    • ►  Januari 2011 (510)
  • ►  2010 (4406)
    • ►  Disember 2010 (559)
    • ►  November 2010 (502)
    • ►  Oktober 2010 (453)
    • ►  September 2010 (387)
    • ►  Ogos 2010 (389)
    • ►  Julai 2010 (429)
    • ►  Jun 2010 (439)
    • ►  Mei 2010 (416)
    • ►  April 2010 (473)
    • ►  Mac 2010 (202)
    • ►  Februari 2010 (89)
    • ►  Januari 2010 (68)
  • ►  2009 (167)
    • ►  Disember 2009 (52)
    • ►  November 2009 (27)
    • ►  Oktober 2009 (67)
    • ►  September 2009 (21)

Kelab Blogger BenAshaari

Kelab Blogger BenAshaari

Created with by ThemeXpose | Copy Blogger Themes