BEN ASHAARI



 

image

http://maisarahmyblog.blogspot.com/

 

Kali pertama aku masuk , mmg aku suka penggunaan warna dan templatenya .. Ceria tapi tidaklah menyakitkan mata .. Kira nampak cool la bagi aku , blog ni .. Untuk korang , aku tak tau la kan .. Cuma , aku pasti ada yg tak suka muzik tu kan ? Kira semak telinga la eh ? Bagi aku , kalau lagu tu ok dan kena dengan blog tu , takde masalah .. cuma yg masalah tu , kalau membingitkan telinga dan aku terus pangkah je la .. hehe .. Tak perlu nak marah blogger kan ? Blog dia , cuma dia kehilangan reader je la pasni .. Tu pon kalau dia tak kisah , ok la .. hak dia ..

Berbalik pada blog Bingkisan Hati ni , aku takde apa nak komen pon .. Bagi aku ok je blog ni .. comel comel seperti tuan dia la kot ? haha ..

Share
Tweet
Pin
Share
17 comments

 

image

image

“ Sebuah kereta Ferrari musnah terbakar dalam satu kejadian di Kilometer 28.2, Lebuhraya Kajang-Seremban (Lekas) berdekatan Mantin, dekat sini, pagi Sabtu.

Bagaimanapun, pemandunya, seorang lelaki berumur dalam lingkungan 50-an terselamat selepas dia sempat keluar sebelum api menjilat keseluruhan kereta berkenaan.

Difahamkan lelaki itu, yang dipercayai berkonvoi bersama beberapa kenderaan mewah lain, sedang dalam perjalanan menghala ke Seremban bertindak memberhentikan kenderaan di lorong kecemasan apabila mendapati keretanya terbakar. “ – Bernama

 

Terkedu aku tengok weh ! Hahaha .. Ferrari tuu .. leh terbakar ? Secanggih canggih kereta .. Ahaa .. Jangan ingat kereta tempatan je leh terbakar skang ni .. Kereta import pon leh terbakar ..

Kesimpulan .. Jangan pandang rendah kereta tempatan walaupun bodynya lebih nipis dari tin milo.. heheh.. tatotttnyaa ..

Share
Tweet
Pin
Share
13 comments

 

image

“ Alamak .. nak keluar pakai baju apa ni ? Oh , ada baju yang baru beli dah dibasuh .. Pakai yang tu je la .. “

 

Setelah ambil baju tersbut ..

“Hurm .. baju macam baru lepas kena rogol je .. Takkan nak keluar camni ? Sah nampak  aku ni serupa macam pengemis jalanan jer nanti.. Tak leh , tak leh .. kena iron baju ni .. “

 

Setelah diplugkan iron dan dibetulkan iron board ..

“ Yeargh… cam ni baru nampak kacak skit bila jumpa orang. Ni kang , pakai baju dengan tak berseterika , wat malu jer nanti .. “

 

Yess  !! Settle  dah  ..

“ Hurm .. tak kemas lagi laa .. berkedut lagi.. Iskh… “

 

Mata ini dilemparkan  ke  arah plug seterika dipasang tadi  tu ..

“ Hampehgastul .. sampai kiamat la tak kemas baju ni kalau power pon tak on !! Grrr .. “

Share
Tweet
Pin
Share
14 comments

 

image

Hahaha … aparaaa .. 3 pelancong Jepun di Australia sudah tersalah ikut arah yang ditunjukkan dan akhirnya .. ttuuuu .. nampak dalam gambar tu ? Hahaha ..

Aku pernah kena gak .. Masa tu kat Kedah dan menghala ke rumah mak sedara aku .. Ada sekali tu , dia suruh ikut satu jalan ni .. Pelik gak la sebab jalan tu macam ikut jalan kampung sedangkan jalan badaran ada .. Tapi dah dia kata gitu , maka ikut je la.. Ikut punya ikut punya ikut .. hampir 15 minit gak laa  , tau tau keluar kat lorong yang mula mulaaaa tadi dan dia suruh ikut jalan bandaran yg aku was was pada mulanya .. ARghhhhhhhhhhhhhhhh !! Tensen giler ! Dah la minyak pon nak nazak ..

Tapi aku tetap bersyukur gak la kewujudan GPS ni .. banyak kali gak dah selamatkan aku dari terjumpa signboard ,’ SELAMAT DATANG KE THAILAND ! ‘ ..

Kesian si jepun ni .. Takkan dia tak perasan depan dia laut kot ? Hahahah ..

Share
Tweet
Pin
Share
19 comments

 

Hee ..  Ada blogger yang terang terang  tak suka baca blog blog yg mana penulisannya lebh menjurus pada entri peribadi seperti pemakanan , shopping , aktiviti harian , pasal pasangan dia mahupun pasal keluarganya , kemudian mengkritiknya secara terbuka ..

Alahai .. jangan gitu kawan ..Kena faham istilah blog ni apa .. Dah terang terang ianya sekadar log pengguna internet. Cuma d web log ni , boleh bebel panjang panjang tanpa had. Mereka ada peminat mereka sendiri. Mereka menglogkannya kerana ianya peribadi dan lebih pada diari. Jangan persoalkannya ..

Cuma jika ianya lebih peribadi cam ada gambar yg tak perlu nak didedahkan pada orang ramai , maka privatekannya la .. Bukan apa , takut nanti boleh mendatangkan fitnah atau disalahguna oleh makhluk asing.

Kalau ada yg tak suka membacanya , jangan la baca .. Baca blog ni , bukan paksaan . Tak perlu nak maki blogger tu dengan meninggalkan komen atau membuat entri serangan pada blogger tu ..

Yang penting , blogger perlu tau apa yang tak boleh dan apa yang boleh bila mengupdate entri . Elakkan dari menulis entri yg kontroversi tanpa bukti atau sengaja mencari isu panas yg boleh mendatangkan masalah pada mana mana yg terlibat , kelak.

Jadilah seorang blogger yang matang dan bijak .

Share
Tweet
Pin
Share
58 comments

" Bang .. sat g je la gelak eh .. nak tidur dulu .. Kot ye nak menjerit pon , pelan skit .. Nanti jiran dgr .. "


" Ala .. tak feel la .. baru nak gaduh ngan antu .. Yelah , karang je la gelakkan abang .. "


Dan aku sambung tidur ..


Published with Blogger-droid v2.0.4
Share
Tweet
Pin
Share
8 comments

- Sticky entri post. Entri terkini di bawah entri ini -

Suatu hari ketika anda sedang leka menonton tv di ruang tamu...

"Tok ! Tok ! Tok !" . Bunyi pintu rumah anda diketuk lalu anda membukanya...


"Salam...saya Cik Peluang Perniagaan, datang dari jauh nak bagi kat awak satu peluang perniagaan yang sangat hebat, yang mana awak takkan jumpa selalu... 

Kalau awak terima saya, awak pasti gembira dengan pendapatan lumayan setiap bulan dan melancong percuma 3 kali setahun..

Macamana? nak terima saya tak ? "  .. ;)

Huurmmm... Seolahnya ibarat seperti itulah satu peluang keemasan yg datang bukan selalu kita boleh dapat... ; )..seperti pepatah drp Prof. Dr Hamka...


"Peluang yang besar itu datang secara tiba-tiba...datang tidak menentu masa...datang disaat kita kesempitan atau kesusahan.

Nilailah peluang itu dengan cara yang bijaksana. Rebutlah peluang yang besar itu, kerana peluang yang besar itu boleh berlalu dengan tiba-tiba. Jangan jadikan Seribu Alasan untuk tidak merebut peluang yang besar itu!" - Prof. Dr. Hamka


Kepada mereka yang terjengah-jengah mencari peluang perniagaan untuk full time atau part time, inilah peluang perniagaan yang dicari...

Why this business? maybe this success story can help u to know what this biz is all about... Tak kenal maka tak cinta kan.. Dah kenal tak cari yang lain dah.. So, dah kenal my company and product, my mentor, my leader and myself... Nak tau la kan apa bestnya buat bisnes ni ?


(1) KEBEBASAN MASA dan KERJA FLEKSIBEL

Inilah matlamat dan kelebihan utama, semakin berjaya dalam biz ni semakin byk masa kita nanti dan time kerja sangat fleksibel...ikut kehendak kita..memang sesuai kpd sesiapa saja, yg bekerja, surirumah atau student pun boleh buat..


no boss_premium beautiful


Berbanding bisnes konvensional, semakin berjaya, semakin sibukla orang tu nak uruskan bisnes tu..masa bersama keluarga kurang dan terpaksa kerja lebih keras untuk jaga bisnes yg semakin berkembang.. 


(2) TIADA BOSS
no bos_premium beautiful

Haa..sapa yang kerja makan gaji tau la camana rasanya kerja dengan bos...biasalah, kalau orang bawahan ni, kadang-kadang silap buat kerja sikit kena tengking dek bos... asyik mencari kesalahan orang je bos-bos ni... tekanan perasaan la macam tu...


helping_hand_premium beautiful

Tapi, dalam biz ni kita ada leader dan mentor yg asyik memberi semangat dan tunjuk jalan macamana nak berjaya...kalau boleh diorang nak tengok kita semua dapat apa yg diorg dapat...


financial-freedom_premium beautiful_adibah



(3) MODAL KECIL tapi POTENSI PENDAPATAN YANG BESAR

financial and time freedom_premium beautiful
Biz ni actually tak keluar modal sesen pun...tapi berapa yang kita nak tiap-tiap bulan? 10 ribu? 50 ribu? malah 100 ribu pun boleh...tak mustahil...

duit-banyak_premium beautiful_financial freedom

Buktinya mentor a.k.a. CDM Kak Ana dan CDM Abg. Lan income setengah juta sebulan maintain...
Leader i CDM Hanis Haizi maintain income ratus ribu ringgit sebulan..


(4) PELUANG MELANCONG KE SERATA DUNIA PERCUMA

free travel_premium beautiful

Pada mereka yg minat melancong macam saya mmg seronok... kompeni bagi pakej melancong 3 kali setahun...negara seperti Eropah, Asia dan banyak lagi.... Siapa yg tak nak melancong free ??  Semua org nak kan?

So, macamana uolls? actually byk lagi perkara yg best-best tentang biz ni... Nak tau dengan lebih lanjut?? 

Email/ sms me okay...i boleh cerita dari A to Z..
www.adibahkarimah.com
http://www.facebook.com/AdibahKarimah

 
019-6615447 / adibahkarimah@gmail.com
Share
Tweet
Pin
Share
6 comments

 

image

Menurut Bloomberg , Kerajaan Pusat sedang mempertimbangkan kemungkinan mengadakan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) pada Mei atau Jun ini.

Sudahkah anda mendaftar sebagai pengundi ?  Amanat tu .. Hak kita .. Inilah masa kita untuk bersuara .. Jangan dok bising kat kedai mamak je tapi bila suruh mengundi , malas atau bagi macam macam alasan.

Iskh …

Share
Tweet
Pin
Share
10 comments

 

Poster My Way

Khabarnya filem aksi perang ini setaraf filem Hollywood dan paling mahal bakal ditayangkan di Malaysia setelah mendapat box office di Korea.

Filem yang menelan kos sebanyak 28 bilion won ini (24.92 million USD), ‘My Way’ merupakan filem pertama Korea yang memaparkan insiden perang dunia kedua. Melalui arahan pengarah tersohor yang mula menempah nama di dunia Hollywood, Kang Je-kyu, hasil filem ini tidak perlu diragui. Kang yang menjadi pemangkin kepada industri filem Korea pernah mencipta sejarahnya tersendiri apabila berjaya mencatat penonton sebanyak 10 juta orang untuk filem arahan terdahulunya, ‘Tae Guk Gi: The Brotherhood of War.

Filem ‘My Way’ ini telah mengambil masa penggambaran selama 156 hari dengan menggunakan kamera berteknologi canggih serta binaan set dan props untuk menampakkan keadaan seakan-akan sama seperti zaman perang dunia kedua. Kang sendiri mengambil masa 3 tahun untuk menghasilkan skrip ‘My Way’ ini berdasarkan penyelidikkan mendalam mengenai sejarah perang dunia kedua yang melibatkan insiden Nomanhan, peperangan tentera Soviet dengan tentera German serta peperangan di Normandy, Perancis. Namun, paling istimewanya, cetusan idea filem ini sebenarnya berasal dari hanya sekeping gambar. Gambar di bawah simpanan arkib negara Amerika Syarikat itu didedahkan menerusi program dokumentari Korea yang ditonton oleh Kang di mana ia memaparkan imej seorang tentera berwajah Asia berdiri dikalangan tentera-tentera Jerman. Siapakah lelaki itu? Menurut sejarah, lelaki itulah satu-satunya tawanan perang berketurunan Asia yang terselamat selepas menempuh tiga insiden perang yang dahsyat.

Berasaskan gambar tersebut, Kang mencipta karyanya tersendiri melalui kisah dua watak utama yang masing-masing berasal dari Korea dan Jepun. Dua pemuda ini mengejar cita-cita yang sama iaitu ingin menjadi jaguh maraton. Namun pertemuan mereka berdua ini telah bermula dengan permusuhan dan ianya bertambah konflik apabila kedua-duanya bertempur di medan peperangan dunia kedua. Permusuhan akhirnya mulai suram dengan perlahan-lahan apabila mereka semakin mengenali di antara satu sama lain sepanjang perjalanan mereka menempuhi alam peperangan.

Cerita yang berdasarkan kisah benar ini juga telah mempertaruhkan tiga bintang terkenal dari tiga negara, Jang Dong-Sun (Korea), Joe Odagiri (Jepun) dan Fan Bing Bing (China). Pemuda Korea yang amat popular menerusi drama-drama bersiri Korea yang pernah ditayangkan di Malaysia memang tidak asing lagi pada peminat cerita Korea di Malaysia. Joe Odagiri pula walaupun berasal dari Jepun telah membina namanya sendiri di Korea dan amat digilai remaja-remaja Korea kerana wajah tampannya. Seangkatan dengan Gong Li dan Zhang Ziyi, pembawa peranan filem Bodyguards and Assassins, Fan Bing Bing perlu diakui kemantapan lakonannya menerusi ‘My Way’ ini.

low_AAB_0956

 

 

Sinopsis filem My Way :

Sebuah filem berdasarkan kisah benar peristiwa perang dunia kedua ini bermula dengan pertemuan dua pemuda dari dua Negara. Jun-Shik (Jang Dong-Gun), pemuda Korea yang bercita-cita ingin menjadi seorang jaguh marathon seperti idolanya dan Hasegawa Tatsuo (Joe Odagiri), pemuda Jepun yang mempunyai kehebatan larian seperti Jun-Shik. Mereka bertemu sebagai musuh pada zaman kanak-kanak lagi apabila masing-masing mahu menunjukkan kehebatan larian mereka. Namun segalanya berubah apabila Jun-Shik dan rakan baiknya Kim In-Kwon (Lee Jong-Dae) dikerah menjadi tentera Jepun akibat rusuhan yang mereka lakukan ketika kemenangan yang sepatutnya milik Jun-Shik, diberikan kepada Tatsuo dalam pemilihan marathon Olimpik Tokyo. Lebih menyakitkan apabila Tatsuo pula mengetuai tentera Jepun sebagai Kolonel.

Penglibatan mereka berdua dalam peperangan dunia kedua telah merapatkan jurang permusuhan, lebih-lebih lagi apabila tentera Jepun kalah kepada tentera Soviet dan memaksa Tatsuo melucutkan jawatannya dan menjadi tawanan perang tentera soviet bersama Jun-Shik. Mereka dikerah bersama tawanan perang yang lain untuk berperang dengan tentera Jerman sehingga menyebabkan perpisahan terjadi antara keduanya dalam peperangan paling teruk dalam era perang dunia kedua.

Tatsuo yang mula menyedari sikapnya yang mementingkan diri akhirnya berjaya bertemu kembali dengan Jun-Shik apabila mereka sama-sama berada di kem tentera Jerman di Normandy, Perancis. Kali ini mereka sepakat untuk melarikan diri dari kem tentera tersebut dan kembali ke Korea untuk meneruskan cita-cita mereka menjadi jaguh marathon. Berjayakah misi mereka? Saksikan perjalanan perit yang diharungi oleh dua pemuda ini yang dahulunya musuh kini bergantung harapan sesama sendiri demi mencapai impian mereka yang satu.

Jangan lupa saksikan di pawagam berhampiran anda nanti ..

Share
Tweet
Pin
Share
8 comments

 

Ahaa .. 5 je malam ni .. tak sempat nak cari sampai 10 .. Lagi pon terkejut dengan ada satu follower tu .. seksi sungguh .. Bahaya benar aihh …

Ok , jom usha 5 ni dulu .. Bagi 5 , malam ni eh ..

 

Name diberi Shela Nurdiana binti Sharin.Lahir pada 6 Julai 1992.Saya seorang yg simple.saya suka sangat dgn BINTANG.Saya SAYANG family saya =) "FOR REACH SUMTHING THAT YAU CAN'T HAVE,LIKE REACH YOUR DYING DAY LET BYGONE BE BYGONE"

i love miyamie

 

Seorang pelajar yang dalam proses untuk menjadi seorang doktor yang berjaya pada masa hadapan.Bakal melanjutkan pelajaran ke Indonesia...InsyaALLAH..~~

Life is Sweet and Sour

 

I am so happy to be myself. Follow me?

I could still be the one.

 

im such a simple person..

#My OnLiNE DiiARy# =)

 

I'm just a simple and petite girl :) Nearly 18 this year. I'm seeking for Allah forgiveness and pleasure.

CIK Eeqa's :)

 

Terima kasih .

Share
Tweet
Pin
Share
15 comments

 

image

Hahaha .. Sekali lagi nak gelak .. Hahahaha .. Ada gak eh ? Ni sapa google ni ? Mak datin ? Anak datin tak minat anak ikan ni . Apa kelas anak ikan .. Atau  yang cari anak ikan ni spesis lelaki senget ? Hahaha .. Adoi .. macam macam ..

Nak tengok ke anak ikan tayang body ?

imageimageimage

 

Ahaa .. silalah pilih anak ikan mana yang anda suka .. Jangan risau .. harga boleh dirunding .. Nak bawak balik rumah pon boleh ! Sediakan tangki oksigen je .. Jangan khuatir .. Ni anak ikan takde aids punya . Leh buat masak 3 rasa . Nak bela pon boleh .. kos rendah je ni .. Kasi makan dedak ayam je .. OK la kan ?

Hampeh laaa … cukup cukup la wat dosa .. Nak kiamat dah ni oiii .. Mat salleh tak sabar dah nak kiamat .. Kita tak abis abis dok buat dosa .. adeh . Terutama yang dah senja tu .. cam aku .. ingat ingat la skett ..

Share
Tweet
Pin
Share
13 comments

 

Rasa-rasa la kan .. kan .. ni kerja budak ke atau bapak budak ? Maksud aku , google menda menda gini .. Ni yg tersangkut kat blog aku pada hari Jumaat yang mulia ni .. Tak mungkin la perempuan kan ? Diorang pemalu .. Tapi ada la kawan FB pernah berkongsi cerita kat aku dulu , dalam laptop kawan dia yang nampak baik giler tu penuh dengan video lucah dan gambar lucah .. Ahaa .. camana tu ?

  1. main dengan afrika ( lelaki kah yg google menda ni ? Auww.. )
  2. bertukar pasangan sex ( ni mesti terlebih tonton video lucah ! )
  3. perempuan mengandung nak main ( aiyok .. )
  4. video stim tengok perempuan mengandung ( pakai la seksi seksi lagi time mengandung .. )
  5. sebab kenapa perempuan suka suami orang ( i likee )
  6. nak main awek ( sah tak sunat lagi ! )

 

Amacam ? Budak budak skang ni , jangan pandang takde mata .. Asal sunat je , dah nak test power .. Sapa suruh tak didik betul betul ? Penerangan dari bapa tu penting ..

Anak aku pon laki .. adoi .. Ni yg nak potong internet ni .. Guna broadand je .. No laptop laptop !

Share
Tweet
Pin
Share
7 comments

 

Satu penghargaan buat Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) telah dipilih bandar projek jalur lebar (WiFi) percuma  yang pertama di negeri Selangor .

Di bawah projek Perkhidmatan Awam Berintegrasi Selangor (Spins), penduduk Selangor khususnya di kawasan Petaling Jaya dijangka menikmati kemudahan itu di lebih 200 lokasi mulai Jun depan.

Dijangka siap secara keseluruhannya pada 2015 dengan menyaksikan Taman Datuk Harun sebagai lokasi perintis bagi projek terbabit yang siap pada 29 Februari lalu.

 

imageMACAM POKOK...tiang WiFi yang dipasang. – Gambar Bharian

 

Kat Putrajaya ni ada tapi kat kedai mamak dan restoran . Tu pon berpassword . Kat dalam bangunan kerajaan , hanya di ruang lobi saja. Itu pon bukan semua bangunan kerajaan ada , kalau tak silap aku.

Dulu tak silap aku la kan .. perancangan bandar Putrajaya dan Cyberjaya ni , antaranya nak dilengkap internet percuma . Tapi sampai sekarang , takde yg percuma di Putrajaya. Segalanya berbayar.  Tapi ok la kan .. bandar 5 bintang. Orang yang duduk sini pon , 90% banyak duit .. kan kan ?

Pasang UNIFI je la .. free gak kan ? Cuma hujung bulan je baru bayar.

Share
Tweet
Pin
Share
7 comments

Pelik melihatkan sikap orang kita ni yg gemar meletakkan kereta di bahu jalanraya yg mana mmg bukan dikhaskan utk meletak kereta sedangkan tempat letak kereta dah disediakan berhampiran dan percuma.


Situasi begini korang boleh tgk di Putrajaya tak kira masa terutama pada waktu kerja dan bila ada pasar malam di Presint 2.


Sakit mata dan menyusahkan pengguna jalanraya yg lain . Apa salahnya berjalan sikit dan anggap je tu sebagai masa utk tenangkan diri selepas penat bekerja.


Yg buat aku geleng kepala ni , Putrajaya !! Faham fahamlah maksud aku kan ? Takkan tak boleh fikir menda kecik gini ..


Tapi betullah orang kata .. Apa diorg kata ? Datanglah Putrajaya .. Nanti tau la sendiri .. Hehe..


Aku pon duk Putrajaya .. Mmg bukan semua tapi sendiri mau ingatlah .. Jaga nama baik majikan yakni kerajaan Malaysia ..


Published with Blogger-droid v2.0.4
Share
Tweet
Pin
Share
6 comments

 

Ahaa .. best skang ni .. Kalau dulu , pembantu rumah gajinya cuma sekitar 400-500 dengan tugasan kerja , semua bikin tanpa banyak cerita dan masa ..

Sekarang ? Gaji minimun sudah RM700 kerana pembantu rumah sudah ada ijazah wooo .. dasat kan  ? Best partnya , kerja yg dibuat ada pengkhususan ..  Jika seorang pembantu rumah itu diambil untuk menjadi tukang masak, ia akan hanya menjalankan tugas memasak dan tugas berkaitan sebagai tukang masak. Oleh itu, mereka tidak akan menjalankan tugas lain seperti mengasuh bayi dan sebagainya.

Dalam erti kata lain, majikan yang memerlukan pembantu rumah Indonesia untuk menjalankan kesemua empat tugas itu, harus mengambil empat pembantu rumah yang khusus terlatih dalam kemahiran masing-masing iaitu tukang masak, pengasuh bayi, penjaga orang tua dan pengemas rumah.

Amacam ? Ada sapa sapa nak berenti kerja dan nak jadi pembantu rumah ? Pergh.. banyak lemak sekarang eh ? Kalau gitu , kerja sampai kul 8 malam .. pastu suruh balik ke rumah sendiri .. Datang lambat , potong gaji .. Transport , bayar sendiri .. Makan , tolak gaji ..  Ponteng , tolak gaji .. Haaa .. Tak leh tidur … Lunch 1-2 .. takleh tengok tv.. Guna tandas , bayar .. Amacam ?

Tak sampai hati punya rakyat Malaysia ni .. Maklumlah , sama sama manusia dan serumpun .. Nak wat berkira kan ? Tapi bila dah macam ni , aku rasa .. ramai la isteri letak jawatan atau si suami , jadi blogger full time cam aku ! Hahahah …

 

Sumber Berita : Bharian

Share
Tweet
Pin
Share
12 comments

 

Salam kawan kawan .. sudah makan ka belum ? Aku ? Melantak susu HL je .. Maklumlah .. siang jaga makan .. tengahari pon .. malam je melantak skit sbb baru pas workout kang.. Jadi nafsu serupa kuda punya nafsu ar .. hahaha ..

Hurm .. ni dok tunggu baju yang sedang dibasuh lak .. sebakul ada . hahaha .. baju aku saja 80% .. pasni baju anak lak .. aiyok … Sebelum tu , g antar wife g kerja .. Basuh kereta jap .. Dan skang , update blog .. Ingt nak update awal pagi tapi bila dah tengok besi besi dan bebola gym ni , layan la workout skit.

Hurm .. Keciwa ? Kenapa ? Badminton , gagal .. Bolasepak gagal .. Hoki ? Baru tewas dengan Korea Selatan 3-2 .. kiciwaaaa .. Yang mengembirakan hari ni , cuma baby yg bergerak dalam perut wife dan juga senyuman si isteri .. ahaks.. gatai aiii .. hahaha ..

Tah la .. kalau tengok berita di dada akhbar ( lom ada lagi berita di dada orang ) , mmg frust memanjang skang ni .. Jadi , baca sambil lalu je la .. Zaman ni , berita semua mmg mengemparkan ..

Nasib bak tadi balik … ha… tak yah cita la .. kang ada yang kena cubit nanti .. ahahah .. ok , nak sambung jemur baju lak.. Hari ni tak leh nak tidur sbb wife dah booking transport .. kena g amik dia kul 12 .. adeh ..

Share
Tweet
Pin
Share
8 comments

 

image

Gulp .. kucing je kena rogol best ! Camana aku tau ? Korang tengok la masa musim mengawan .. Bapak kucing merayau cam perogol dan menjerit ..

“ MIAUWWWWW .. MIAUWWWWW .. “

Yang kucing betina ala ala anak dara tu , akan tunduk malu la tapi berbunyi gak skit skit .. kira bunyi control ayu laa ..

“ Miau .. miauu.. uhuk uhuk .. miauu .. “

Maka si tuan kucing pon risau laa ..

“ Ada jugak kucing betina aku dibohsiakan malam ni .. “

Maka dengan menggunakan ear plug yang dia amik dari kapal terbang MAS satu tika dulu , dia sumbat kat telinga kucing betinanya .. Ahaa .. Macam la muat kan ? Lantak laa.. tu bukan isunya ..

Isunya , ada jugak manusia mencari cerita pasal kena rogol ni sedap ke tak ?? Ke keyword dia lain sebenarnya ?

KENA ROGOL BLOG BEST ? … tak sesuai langsung..

KENA ROGOL TAK BEST ? .. Ada ke gini ??

Persoalannya , yang g cari menda gini pahal ?? Dah abis keyword ke nak google ?? Cer cari camana nak elakkan dari dirogol ke ?? Tapi semalam ada satu keyword menarik gak ..

“ TIDAK MENUTUP AURAT PUNCA DIROGOL “ ..

Ye , aku tau jawapan korang .. Nenek tua yg tutup aurat dan monopos pon orang leh rogol .. atau budak kecil umur 6 bulan .. kan kan ? Syaitan punya keje semua tu ..tak kira tutup atau tidak , bila dah dibisik syaitan , kambing jalan lenggang lengguk pon dia tengok bernafsu !

Tu baru satu hal .. banyak lagi terutama bab gambar bogel artis ni . Ada saja setiap hari .. Camana tu ? Camtu la kan ? Dunia semakin ke belakang ..

Share
Tweet
Pin
Share
11 comments

 

image

Jam menunjukkan hampir kul 10 malam . Di Alamanda , mereka yang bekerja sebagai jurujual , mula mengemas barangan mereka. Namun masih ada yg ingin membeli .. Terdapat dua situasi berlaku tadi ..

 

Yang pertama , wife aku nak beli kurma..Terdengar la si penjual ni berkata pada kawan dia ..  “ Yey … Nak balik dah . Tutup cepat nanti  “ . Terdengar gitu , wife tanya dia samada boleh beli lagi ke tak ? Dengan muka masam dia kata boleh .. Wife beli je la. Dan masih ada orang berminat nak membeli barangan di situ dan mereka tak sabar untuk mengemasnya.

 

Yang kedua .. Selepas beli kurma , berjalan menuju ke tempat parking kereta . Di ruang legar Alamanda tu , terdapat satu booth jual dapur gas. Aku berjalan  tanpa memandang kiri dan kanan, tiba-tiba aku disapa oleh salah seorang jurujual kat situ yg mana rakan yang lain dah pun mengemas ..

 

“ Bang , nak beli dapur gas ? “ .

Aku senyum dan gelengkan kepala lalu mengucapkan terima kasih pada dia. 

 

Hurm … Orang sibuk nak balik dan dia masih mencari pelanggan .. Camana tu ? Hurm .. selagi tak cecah jam 10 , mereka tetap bekerja .. Korang rasa rasa sapa ?

 

Aku pernah keje cam ni gak .. Jangan la kata penat atau tak larat. Kalau penat , cari kerja lain. Ada banyak kerja lain yang tak penat. Jangan jadikan semua tu satu alasan untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk pelanggan. Bukan pelanggan tidak memahami tapi kena fikir la jugak .. Kalau pelanggan lari , camana nak berniaga ? Mungkin kita tak kisah tapi di mana amanah kita untuk bekerja dengan tekun sebagaimana majikan kita membayar gaji kita tepat pada masanya atau paling tidak pon membayarnya tanpa tanya ,

“ Awak buat kerja betul betul tak ? “ .

 

Kalau dengan sikap mistake happen atau keje pon nak kena enjoy , aku syorkan , bukak bisnis sendiri dari lingkupkan bisnis orang lain ..

Share
Tweet
Pin
Share
14 comments

Yummy .. Saja belanja wife n si kecik dlm perut tu mkn ikan . Yang aku perasan , setiap kali mkn menu baru , si kecik ' menari nari' dlm perut tu.. huhu .. bankrupt kalu hari hari menu baru .. Mau gak bukak blog Mat Gebu cr resepi ..


Sedap mkn ikan kat sini ... Mcm mcm menu ada .. Mmg bisa bikin terliur bila tgk menunya ..


Jemput mkn ..


Published with Blogger-droid v2.0.4
Share
Tweet
Pin
Share
20 comments

 

Banyak blog baru yg agak berat ketika loading kerana terlalu banyak widget … Cuba masuk ke blog blog blogger lama dan perhatikan susun atur blog mereka .. Buat perbandingan .. Walaupun tau blog tu blog korang , tapi korang nak ada pembaca kan ? Jadi , fikir la sendiri. Sekadar pandangan dan bukannya teguran .

 

Berikut 10 buah blog baru lagi hari ini ..

aku tak kaya tapi aku tak miskin, aku tak pandai tapi aku tak bodoh, aku tak baik tapi aku tak jahat, aku tak kacak tapi aku tak kacau orang hahaha!!!

Apakah?

 

Random is my thangggg *.*

You're Beautiful

 

"Hanyalah insan biasa yang menanti pemberian ALLAH yang terindah iaitu ZURIAT" “Wahai Tuhanku!kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat keturunan yang baik. Sesungguhnya Engkau sentiasa mendengar(menerima)doa, Amin"

My TTC Journey

 

nothing special about me.. I just wanna say that I really love my family, my dear friends and also you *** =)

a simple life story

 

Servant of Allah

Little Awesome Perfumes

 

SAS Photographer

so far away~

 

*Muslim,suka ilmu,penyayang, *Pendidik,suka membaca,suka bunga,pencinta alam semulajadi,suka yang unik,suka kebun,hehe!ada juga meleter tuk menasihati. suka yang unik & periang. *Suka bertegur sapa,sukakan kasih sayang & suka bersyukur,senyum ibadah dan suka bersederhana.

PESONA

 

Nmer pnjng pnyer Alya Farhani Ahmad Fauzi. Namer yang sedang2 pnyer, Alyani Fauzi. Nmer yang pndek pnyer Farhani. KOrang nak yang mner? Pilih jer.... Panggil Farhani jer dahhh.... x yah pnjng... ~ x kesah nak follow ker idak... okey, aq tipu! senanyer nak sangat... tapi, kalo orang dah x nak, nak wat camner kan... ~x ske senyumm... bila otak tgh x centre baru, aq senyum! ngertiiii??? kan dah tkeluar bahasa indonesia dah... ~ pminat fanatik harimau malaya, harimau muda, negeri sembilan and srai bbb..... so, kalo ader yang brani2 yang cer memburokkan 4 namer team ni, siap! ~bnci copycat! seriously.. kalo awak2 semwa nak tiru gadget or wallpaper... no ader hal but, kalo entry and ayat dalam velog ni, leh blah! kalo korang ader nmpk... roger2 ngn aq keyh.. kcuali http://thisisalyafarhani.blogspot.com/ ~bye, awak!!

A.L.Y.A.N.I F.A.U.Z.I

 

name diberi Noorazirah bt Jeffrey Zulkifli.. boleh pggl zyera.. dilahirkan pd 29/11/1992 di HBKL.. tinggal kat rwg.. umo?? ambik kalkulator kira.. hehe.. seorg yg simple but not pimple.. hehe.. i love my family n my friends..

aku dia dan kamu

 

aip..boleh panggil ida jew..tp nama famous aku adlh kak yah..so k pgl kakyah pn ok gk..aku ni xbape pandai bab2 blog..ni pun dsebabkan terpaksa update blog,so aku tryla sebaik y mungkin..hehehe..sekian shj..salam perkenalan semuaa..

aLL iN NhF

 

 

TERIMA KASIH ..

Share
Tweet
Pin
Share
33 comments

 

Kadang-kadang kita tak sedar komen kita di laman sosial ni menunjukkan sikap kita sebenarnya . Apakah kita bersikap hipokrit ? Atau lebih menjurus pada hasad ? Mahupun bersikap neutral ? Atau paling tidak pon , mengikut kewarasan fikiran ?

Aku g gym tadi .. Ramai pelajar yg aku rasa mereka ni datang sbb skang ni cuti sekolah .. Dan ada jugak pelajar kolej atau ipt yg terletak berhampiran. Bagus la kan .. Tau mana nak g tiap tiap petang .. Tapi lepas abis workout tu , terus balik .. Jangan melepak lak yer ..

image

Ni nun 2 tahun lepas tak silap aku ..  Hurm .. Ada orang kata la , “ Apa la sangat takat ketul ketul tu kan  ? “ atau , nak paling best , “ Orang kata anu body builder ni kecik ? “ .. Nak lagi best , “ Diorang ni mesti gay kan ? “

Macam macam laaaa lemparan buat mereka yang g gym ni ha .. Dasat gak kan orang kita ni .. Lepak rumah , salah .. Melepak kat kedai pon salah .. G lepak masjid , pon leh jadi isu .. Buat apa saja , semua salah ! Apa yang betul ?? Dia yang betul .. Dia betul betul cemburu sebab dia tak boleh buat tu disebabkan tak punya semangat untuk majukan diri. Dia hanya tau , bagi komen sambil kunyah kuaci .. Tu je dia tau ..

Bagi aku la kan .. buat la apa pon .. Selagi tak menyimpang dari agama , salah di sisi undang undang dan niat yg betul .. buat jer .. Kalau orang nak kata berlagak , pikir la semula orang yg nak kata gitu .. Korang beli baru baru , korang tunjuk tak ? Korang beli kereta , tunjuk tak ? Atau kalau kawin .. dapat bini cun atau laki kacak , tunjuk tak ?

Jangan mengata lebih .. sbb ketara nampak awak tu cemburu nanti.. Jadi , fikirkan sblm meninggalkan komen .. Nanti malu sendiri je ..

image

Share
Tweet
Pin
Share
12 comments

Hahaha .. adoi .. cam tak layak je gelaran tu .. Yelah , 100 meter sprint confirm cicit ! Last buat sprint cam angin nun zaman bola dulu .. Skang , main bola kt gym jeeer .. haha ..


Ada yg pelik cmna aku diet sampai mkn nasi ayam 2 bungkus sekali gus utk mkn mlm ? Hehe.. kena tau gak aktiviti aku belah mlm .. Aku guna tenaga belah mlm utk buat kerja .. siang , tk byk .. hehe ..


Published with Blogger-droid v2.0.4
Share
Tweet
Pin
Share
10 comments

 

Keyword yg tersangkut hari ini di blog aku ..

image

Wowww .. Mek Klate deh .. hehehe ..  Aku nak tulis pasal mek klate ni , kang ada yg tak puashati lak terutama tang memuji tu.. hahah.. Maklumlah , orang rumah aku kan Klate gok ..

Tapi sama je kan ? Mana mana awek pon sama jer .. Manusia .. Cuma yg membezakan adalah corak pemikiran mereka dan tingkahlaku mereka ..

Aku nak bagi tips , aku rasa sama je ngan semua perempuan ni terutama tang nak pikat mereka ni .. Perempuan zaman ni , nak cari lelaki yang benar benar lelaki .. Bertanggungjawab .. Mampu menjadi ketua keluarga yang baik .. Sayangkan dia dan juga keluarganya dan mampu menerima keluarga mereka . Jangan sayangkan dia je ..

Cuma yang penting bab mek klate ni , untuk  bakal suami ni , jgn pengsan untuk jalan jauh bila time balik kampung terutama tang raya .. Tang ni , memula tu confirm pening .. Tapi lama lama , best wooo jalan jauh ni terutama bila lalu kawasan kawasan sejuk .. hutan tu .. mendamaikan .. Ikut lebuhraya pantai timur pon best ! Cantik panoramanya .. Yang ni , penting .. hehe .. Bukan apa , ada mak risau nanti anak mereka jarang balik sbb jauh sangat dan tanggungjawab si suami la untuk pastikan kerisauan mak si isteri tu tak menjadi kenyataan .

Dan percayalah , ada yg tak balik tau setelah kawin ! Kesian kat si isteri .. Haih .. Jangan la buat gitu .. Nanti kita ada anak , anak buat kat kita lak .. Baru padan muka kita ..

Berkorban tu penting dalam perhubungan. Jangan nak sedap jer ..

Share
Tweet
Pin
Share
23 comments

 

Pernah dgr jenama Tommy Tippee ? Aku yakin mereka yg dah bergelar ibu mesti tau .. Yang bergelar bapa ni , susah skit sebab diorang main angguk je bila si isteri ajak membeli barangan baby ni .. kan kan ? Hehehe.. Jangan maraaa aa.. gurau je.. Aku jenis main angguk je sbb si isteri yang lebih banyak buat kajian mengenai barangan baby ni berbanding aku. Kecuali bila melibatkan aku , baru aku buat sedkit kajian. Tapi tak perlulah sampai buat paper work .. hehe..

 

Maka setelah dibincang dengan wife , ada beberapa barang yang akan kitorang beli nanti di MotherCare yg mana ianya berjenama Tommy Tippee..

imageDigital Sensor Pad Monitor

Kegunaan Digital Sensor Pad Monitor ni ? Ianya lebih pada menangkap bunyi pengerakkan baby . Kalau baby kat bilik dia , dia bergerak atau menangis , ibu bapa yang berada di bilik mereka ( sejauh 300 meter ) akan mendengarnya . Kira untuk keselamatan la ..  Kalau baby tak bergerak selama 20 saat pon akan dikeluarkan amaran buat si penjaga .. Mana tau la kan ? Kena alert senantiasa bila ada si kecil ni ..

Dan menariknya , ianya boleh dijadikan seperti walkie talkie . Two way .. Kalau mak nak panggil ayah yang kat bilik tidur tu , guna tu jer.. tak payah jerit kuat kuat dah .. hehe ..  Dan ada juga memaparkan keadaan suhu di bilik tu di skrin Digital Sensor Pad ni ..

Lagi apa kitorang  nak beli ?

 imageElectric Bottle and Food Warmer

Bagi aku yang kena jaga dari pagi sampai petang ni , alat pemanas susu dan makanan baby  ni mmg penting .. Takkan baby nak makan atau minum susu sejuk kan ? Boleh kembung perut dia nanti. Jadi dengan adanya benda ni , sangatlah mudah bagi aku .. Guna elektrik je.. Tak payah susah susah dah ..

Alat pemanas ni tetap mengekalkan mutu nutrisi di dalam makanan tu . Yang perlu kita setkan saja temperaturenya saja .. Dan kebanyakkan size botol pasti muat untuk dimasukkan dalam warmer ni ..

 

Satu lagi barang nak beli ..

imageElectric Steriliser

Haa .. ni antara paling penting ! Botol susu yang dah digunakan hendaklah di basuh dengan teliti dan kemudiannya disterilkan agar lebih bersih .. Tak perlu nak rendam dalam air panas dah .. Guna je alat ni .. Cepat ! Dalam tempoh 5 minit selesai ! Mudah kan ? Haa.. senang skit tugas aku nanti .. Sesuai dengan aku yang cepat kalut nih ..

 

Itulah .. 3 benda yang kitorang nak beli nanti di MotherCare nanti. Kalau korang berminat nak tau dengan lebih lanjut barang yg kitorang nak beli ni nanti , leh baca kat web Tommy Tippee ni..

Kenapa kitorang pilih Tommy Tippee ? Setelah tengok sana sini barang baby ni , rasanya nilah paling sesuai dari kegunaan dan harga yang mampu dibeli kami .. Lagi pun cantik apa reka bentuk dia .. Pasti membuatkan mereka yg tengok nanti teringin nak ada baby gak .. hehe ..

Tak lama dah .. Hari ni dah masuk minggu ke 37 .. huhu ..

Share
Tweet
Pin
Share
18 comments

 

image

 

Satu lagi web yg menarik untuk dikongsi bersama korang .. Aha .. Dengan motto ‘Spend Less.Enjoy More ‘ , MyiMart menjanjikan satu lagi pengalaman baru dalam dunia internet , murah tetapi berbaloi ! Apakah yang aku maksudkan ini ? Jeng jeng jeng ..

MyiMart ni menawarkan sesuatu yang korang takkan dapat di mana mana tempat kecuali situ je ! Wow ! Biar betul Ben ?? Ala , apa susah kan ? Masuk dan tengok sendiri je nanti ..

Apa yang mereka tawarkan ? Yeargh … Travel and lifestyle ! Yup .. bukan satu pembohongan nih .. Tengok gambar kat bawah ni ..

image

Haa.. Ini baru satu contoh.. Murah kan ? Ada banyak lagi ok ! Segalanya berkaitan dengan percutian atau melancong ke serata tempat dalam dunia ini , dengan tawaran yang menarik ! Yeahh .. Baru berminat eh ? ahaa .. Camana nak dapatkannya ? Rilek dulu .. MyiMart ni bukan tawarkan percutian dan pelancongan saja. Macam macam lagi ada.. Itu yang menariknya di MyiMart.

Tak susah pon nak menikmati apa yang ditawarkan di sana.. Register , pastu pilih mana mana tawaran yg menarik , beli jer .. hehe .. tu je pon kan ? Apa yang nak kena buat nak taip nama dan butiran diri sendiri yang mana makan masa 1 minit jer pon ! Tak susah kan ?

image

Apa kata kita ke fanpage MyiMart utk mengetahui dengan lebih lanjut dan juga ke web MyiMart untuk melihat pakej-pakej travel dan yang lain lain yang ditawarkan di sana.

Share
Tweet
Pin
Share
3 comments

 

Bila tengok belon panas depan mata yang sangat besar tu , mmg buat kan sapa sapa pon teruja. Tadi kat area Presint 2, Putrajaya tu dah penuh dengan orang . Aku plan nak berenti singgah sat tapi cam malas menjelma lak apatah lagi bila teringatkan bilik tidur aku yang sejuk serta keadaan di Putrajaya yang mendamaikan ini membuatkan aku nak terus je balik ke rumah .. Nak tidur sat je la .. semalam tidur lewat  ar .. Kejee sampai lewat malam ..

Bila aku dah buat keputusan begitu , aku pon menghala ke rumah aku melalui masjid Putrajaya tu . Kat situ jadi blur jap sbb byk kereta keluar masuk dan majoritinya pelancong luar dan pengunjung untuk ke tapak belon panas.

“Mana jalan keluar ni ? “. Bentak hati aku ditambah dengan pening kepala sedikit.

Ok .. nampak dah lorong kecik tu . Tapi … tapi kenapa anak panah kat atas jalanraya tu menghala ke aku ?? Patutnya ke menghala terus ke depan !

Allah !! Aku salah lorong .. lorong ni untuk kereta keluar menuju ke masjid !! Sepantas kilat aku tukar gear dan reverse dengan segera sebelum byk kereta menghala ke arah aku ..

Adoi … nasib baik . Kalau bertembung tadi ?? Aku jugak yg masuk hospital dulu !! Alhamdulillah.. selamat aku ..

Share
Tweet
Pin
Share
10 comments

Mcm best jeeeeeeer !!! Ni yg aku nak gegar Presint 2 jap lagi ni .. huhu ..


Published with Blogger-droid v2.0.4
Share
Tweet
Pin
Share
13 comments

 

Setiap pagi bila aku bukak akhbar online dan mencari berita atau isu yg menarik untuk dikongsi bersama , pasti ada berita pembunuhan dan kematian yg menyayat hati ..

Dulu , ok la .. aku main update je .. Sekarang ni , rasa kasihan dan tak sampai dah .. Terharu sangat pon ada .. Apakah negara kita sekarang ni , rakyatnya semakin agresif dan stress ?

Punca ? Entah la .. kita boleh nampak dah awal awal pagi kat mana mana pon .. Restoran .. atas jalan raya malah dalam akhbar online sendiri pon berlambak. Tu tak ditambah lagi dalam laman media sosial am Facebook dan Twitter . Awal pagi ramai dah memaki hamun dan geram sana sini . Bergaduh dalam dunia maya , lagi laaa ..

Apa yang aku nak update dah ? Bukan cari isu panas tapi sekadar nak bertukar pandangan dengan para pembaca di blog aku ni tapi bila asyik isu macam tu , aku rasa .. tak payah la kot ..

image

Tenangkan minda kita di pagi hari dengan berzikir dan berselawat.. Rileks ..

Share
Tweet
Pin
Share
7 comments

 

image

Barisan mentor bersama protege mereka ..

Ella : Puteri Caroline Mohd Kamel ( 20 tahun )

Ogy: Zatul

Ramlah Ram : Ana Syuhada Noor Asram ( 21 tahun )

Faizal Tahir  : Anas Ridzuan ( 23 tahun )

Ferhad : Salwani Sawi ( 18 tahun )

Adam : Abd Kadir Unding Lana ( 23 tahun )

 

Apakah mentor kali ni lebih menarik dari yang lepas  ? Hurm .. hurm ..

Share
Tweet
Pin
Share
11 comments

 

Time cuti sekolah ni , aku rasa bilangan blogger bertambah. Kebanyakkan aku rasa pelajar sekolah. Bagus la gitu kan .. Abiskan masa dengan buat blog . Cuma kalau boleh , jangan pasang niat nak kaya dengan buat blog lagi .. Kasi abis belajar , baru leh pk gitu ..

Apa pun , nak kaya tu .. tak boleh la tapi kalau bijak menggunakan internet untuk mencari duit tu , boleh jer .. kan kan ?

 

Ok  .. Jom g tengok blog mereka ..

 

sy ni seorg yg ramah(maybe la)..seorg yg pemlas,hehehe..rmai kwn...ske sgt berckap..aktif dlam mengumpat,hahaha... dan banyak songeh n_n

wIsHy WiShy StuFF

 

♥ 6ma Que eiyNa ♥ um0 Que 14 twun ♥ Dyam kat tmn indah landeh ♥ skuwL kat smk wira penrissen ♥ Que cyunx ngan allah ♥ Que cyunx ngan family Que ♥ Que cyunx bestfwenZ Que ♥ Que cyunx ngan 0wg yang cyunx Que ♥ Que t0wk friendly..follow jaQ Que.. nur azrina azreEn..14 twun..

:) My . Blog . My Diary :)

 

LaLaLaLaLa . . Eloww everybody . . . ! ! i'm Aisyah juz col me EChaCaca . . . This muh blogger . . ! ! Juz follow me n i will follow u back . . !

s t o r y o f t h e e c h a c a c a

 

Nama diberi Halizul b. Abd Halim berasal dari Kuala Kangsar, Perak. Saya Merupakan pelajar Fakulti Filem Teater & Animasi UiTM Kampus Puncak Perdana.

Wilayah Putera Beradu

 

working and shopping is part of my life!

fathiyahselamatpunyebelog

 

The name's Wani. Duduk kat tengah ceruk Kuala Lumpur. Muka makin kerut tapi perangai makin budak, dulu, kini, dan selamanya. A story of my life as a girl, a daughter, a sister, a friend, a stranger and yet, a bride in dream, insyaAllah. Working hard, struggling my hardest to be the one of the best for the Creator and hope that the Prophet [peace be upon him] will smile when he see me. Live like there's no tomorrow. Tomorrow will die, but we don't know when.

Adakah KITA Sudah Berfikir?

 

hitam itu manis, masam itu sedap

kopiolimauice

 

tidak ada yg special ttg sy..nama sy nur syahirah..juz call me syah or kim...love kpop,jepun n islamic..

❤ syahjunsu life ❤

 

Assalamualikum.. tidak perlu bercerita tentang aku, hanya kata-kata yang boleh menggambarkan AKU

Bapak borek anak rintik

 

i'm just a girl whose hair is never right who more then once has fallen on her face who can't stop laughing at something that happened yesterday who cries because sometimes nothing is right but sometimes, i'm just a girl who can't stop smiling because for that moment everything is perfect

pij@h st0ry m0ry..:)

Share
Tweet
Pin
Share
17 comments
Newer Posts
Older Posts

Blog Stats

Blog Archive

  • ▼  2026 (8)
    • ▼  Mac 2026 (2)
      • Antara briskwalk dan angkat beban !
      • Raya macam dulu dulu di Pusat Pakaian Hari Hari 2026
    • ►  Februari 2026 (3)
    • ►  Januari 2026 (3)
  • ►  2025 (63)
    • ►  Disember 2025 (4)
    • ►  November 2025 (2)
    • ►  Oktober 2025 (2)
    • ►  September 2025 (5)
    • ►  Ogos 2025 (3)
    • ►  Julai 2025 (6)
    • ►  Jun 2025 (4)
    • ►  Mei 2025 (5)
    • ►  April 2025 (5)
    • ►  Mac 2025 (8)
    • ►  Februari 2025 (10)
    • ►  Januari 2025 (9)
  • ►  2024 (170)
    • ►  Disember 2024 (9)
    • ►  November 2024 (11)
    • ►  Oktober 2024 (13)
    • ►  September 2024 (10)
    • ►  Ogos 2024 (15)
    • ►  Julai 2024 (20)
    • ►  Jun 2024 (16)
    • ►  Mei 2024 (22)
    • ►  April 2024 (16)
    • ►  Mac 2024 (14)
    • ►  Februari 2024 (10)
    • ►  Januari 2024 (14)
  • ►  2023 (171)
    • ►  Disember 2023 (12)
    • ►  November 2023 (14)
    • ►  Oktober 2023 (16)
    • ►  September 2023 (13)
    • ►  Ogos 2023 (16)
    • ►  Julai 2023 (14)
    • ►  Jun 2023 (17)
    • ►  Mei 2023 (14)
    • ►  April 2023 (10)
    • ►  Mac 2023 (18)
    • ►  Februari 2023 (13)
    • ►  Januari 2023 (14)
  • ►  2022 (182)
    • ►  Disember 2022 (22)
    • ►  November 2022 (9)
    • ►  Oktober 2022 (12)
    • ►  September 2022 (9)
    • ►  Ogos 2022 (11)
    • ►  Julai 2022 (10)
    • ►  Jun 2022 (10)
    • ►  Mei 2022 (13)
    • ►  April 2022 (14)
    • ►  Mac 2022 (21)
    • ►  Februari 2022 (21)
    • ►  Januari 2022 (30)
  • ►  2021 (389)
    • ►  Disember 2021 (26)
    • ►  November 2021 (23)
    • ►  Oktober 2021 (23)
    • ►  September 2021 (26)
    • ►  Ogos 2021 (26)
    • ►  Julai 2021 (29)
    • ►  Jun 2021 (27)
    • ►  Mei 2021 (30)
    • ►  April 2021 (36)
    • ►  Mac 2021 (56)
    • ►  Februari 2021 (42)
    • ►  Januari 2021 (45)
  • ►  2020 (329)
    • ►  Disember 2020 (39)
    • ►  November 2020 (36)
    • ►  Oktober 2020 (28)
    • ►  September 2020 (29)
    • ►  Ogos 2020 (36)
    • ►  Julai 2020 (24)
    • ►  Jun 2020 (30)
    • ►  Mei 2020 (28)
    • ►  April 2020 (23)
    • ►  Mac 2020 (23)
    • ►  Februari 2020 (18)
    • ►  Januari 2020 (15)
  • ►  2019 (407)
    • ►  Disember 2019 (22)
    • ►  November 2019 (30)
    • ►  Oktober 2019 (44)
    • ►  September 2019 (34)
    • ►  Ogos 2019 (48)
    • ►  Julai 2019 (27)
    • ►  Jun 2019 (30)
    • ►  Mei 2019 (42)
    • ►  April 2019 (37)
    • ►  Mac 2019 (43)
    • ►  Februari 2019 (25)
    • ►  Januari 2019 (25)
  • ►  2018 (420)
    • ►  Disember 2018 (24)
    • ►  November 2018 (32)
    • ►  Oktober 2018 (32)
    • ►  September 2018 (36)
    • ►  Ogos 2018 (29)
    • ►  Julai 2018 (30)
    • ►  Jun 2018 (38)
    • ►  Mei 2018 (38)
    • ►  April 2018 (46)
    • ►  Mac 2018 (36)
    • ►  Februari 2018 (33)
    • ►  Januari 2018 (46)
  • ►  2017 (648)
    • ►  Disember 2017 (47)
    • ►  November 2017 (44)
    • ►  Oktober 2017 (49)
    • ►  September 2017 (51)
    • ►  Ogos 2017 (56)
    • ►  Julai 2017 (46)
    • ►  Jun 2017 (47)
    • ►  Mei 2017 (58)
    • ►  April 2017 (75)
    • ►  Mac 2017 (80)
    • ►  Februari 2017 (49)
    • ►  Januari 2017 (46)
  • ►  2016 (788)
    • ►  Disember 2016 (57)
    • ►  November 2016 (65)
    • ►  Oktober 2016 (77)
    • ►  September 2016 (64)
    • ►  Ogos 2016 (75)
    • ►  Julai 2016 (80)
    • ►  Jun 2016 (69)
    • ►  Mei 2016 (58)
    • ►  April 2016 (58)
    • ►  Mac 2016 (68)
    • ►  Februari 2016 (50)
    • ►  Januari 2016 (67)
  • ►  2015 (1019)
    • ►  Disember 2015 (68)
    • ►  November 2015 (78)
    • ►  Oktober 2015 (66)
    • ►  September 2015 (57)
    • ►  Ogos 2015 (63)
    • ►  Julai 2015 (86)
    • ►  Jun 2015 (89)
    • ►  Mei 2015 (105)
    • ►  April 2015 (91)
    • ►  Mac 2015 (104)
    • ►  Februari 2015 (104)
    • ►  Januari 2015 (108)
  • ►  2014 (1504)
    • ►  Disember 2014 (130)
    • ►  November 2014 (119)
    • ►  Oktober 2014 (137)
    • ►  September 2014 (121)
    • ►  Ogos 2014 (119)
    • ►  Julai 2014 (103)
    • ►  Jun 2014 (104)
    • ►  Mei 2014 (106)
    • ►  April 2014 (121)
    • ►  Mac 2014 (132)
    • ►  Februari 2014 (139)
    • ►  Januari 2014 (173)
  • ►  2013 (2151)
    • ►  Disember 2013 (169)
    • ►  November 2013 (180)
    • ►  Oktober 2013 (160)
    • ►  September 2013 (138)
    • ►  Ogos 2013 (182)
    • ►  Julai 2013 (220)
    • ►  Jun 2013 (199)
    • ►  Mei 2013 (186)
    • ►  April 2013 (149)
    • ►  Mac 2013 (184)
    • ►  Februari 2013 (188)
    • ►  Januari 2013 (196)
  • ►  2012 (2986)
    • ►  Disember 2012 (194)
    • ►  November 2012 (211)
    • ►  Oktober 2012 (285)
    • ►  September 2012 (260)
    • ►  Ogos 2012 (210)
    • ►  Julai 2012 (239)
    • ►  Jun 2012 (220)
    • ►  Mei 2012 (281)
    • ►  April 2012 (240)
    • ►  Mac 2012 (299)
    • ►  Februari 2012 (283)
    • ►  Januari 2012 (264)
  • ►  2011 (4966)
    • ►  Disember 2011 (303)
    • ►  November 2011 (299)
    • ►  Oktober 2011 (418)
    • ►  September 2011 (390)
    • ►  Ogos 2011 (350)
    • ►  Julai 2011 (396)
    • ►  Jun 2011 (424)
    • ►  Mei 2011 (424)
    • ►  April 2011 (481)
    • ►  Mac 2011 (483)
    • ►  Februari 2011 (488)
    • ►  Januari 2011 (510)
  • ►  2010 (4406)
    • ►  Disember 2010 (559)
    • ►  November 2010 (502)
    • ►  Oktober 2010 (453)
    • ►  September 2010 (387)
    • ►  Ogos 2010 (389)
    • ►  Julai 2010 (429)
    • ►  Jun 2010 (439)
    • ►  Mei 2010 (416)
    • ►  April 2010 (473)
    • ►  Mac 2010 (202)
    • ►  Februari 2010 (89)
    • ►  Januari 2010 (68)
  • ►  2009 (167)
    • ►  Disember 2009 (52)
    • ►  November 2009 (27)
    • ►  Oktober 2009 (67)
    • ►  September 2009 (21)

Kelab Blogger BenAshaari

Kelab Blogger BenAshaari

Created with by ThemeXpose | Copy Blogger Themes