BEN ASHAARI



 

Baru sampai rumah. Hari ni punya aktiviti mmg sangat memenatkan. Aku tak tau la penat sbb aktiviti banyak atau kekurangan oksigen. Asal duduk , sandar kepala .. terus terlelap.. Hurmm.. Kekurangan oksigen kerana udara kita semakin tercemar ! Tadi masa dalam perjalanan balik pun ternampak ada hutan belukar terbakar di area Sepang ni .. Hurmm ..

Tapau makanan skit utk makan malam. Aku tak kasi wife masak sbb kaki dia dah mula membengkak. Sian pulak aku tengok. Aku masak ? Aku lagi kesian kat dia sebab terpaksa makan makanan aku masak tuu ! Haaaa…

Sampai je rumah , si kecik ni tak nak masuk rumah. Nak main kat luar lagi ! Aku bukan tak nak kasi tapi memandangkan udara tidak begitu bersih utk beriadah di luar maka adalah lebih baik masuk ke dalam rumah..

Dan dia menjerit tidak puashati !

Photo

Kasi dia keluar main jap .. Dalam 10 minit gitu .. Pastu masuk dalam .. Aku solat Asar .. Pastu baru plan nak baring jap sebelah Qhaliff yang dok asyik layan tv..

“ Bang , gas abis .. “

Hurmm.. Aku dah terdetik semalam lagi dah .. Dok pikir bila laaa gas rumah ni nak abis. Lama la pulak jangka hayatnya kali ni.. Dah dengar gitu , takkan nak duk diam lagi kan ? Kang dok ulang suara , cair taik telinga ! Hahahaha ..

Naik atas .. tukar seluar dan pakai baju. Kat area rumah aku , tong gas tak dihantar. Sila gi beli sendiri ! Letih nak keluar balik sebenarnya.. Tapi memikirkan nak masak air , baik aku gi beli sebelum wife suruh aku cari kayu api ! Haaa..

Aku siap. Qhaliff usha semacam aku .. Dia bangun dan standby depan pintu .. cuma berpampers je ! Sebab nak mandi dah dia  tuuu .. Ada hati nak ikut gak tuuu..

Aku suruh wife amik dia  dan masuk ke dalam bilik. Aku nak menyelinap keluar ! Tapi sayangnya operasi gagal ! Dia lagi bijak .. Meraung depan tu gak .. Berguling guling..

Mengalah. Suruh wife pakaikan baju. Aku nak keluarkan tong gas. Hurmm..

Sampai kedai.. Aku turun.. Tingkap aku bukak.. Kereta dimatikan enjinya. Qhaliff tengok je aku ..

“ Hah ?? “.

Tu ayat feveret dia ! Seolah olah macam tak percaya apa yang berlaku yakni aku tak bawak dia masuk dalam kedai ! Meraung lagiiiii laa diaaa.. Aku biar jer dia ..

Takde la jauh mana pon.. Selangkah dua je pon.. Tong gas dah ditukar. Aku masuk beli aiskrim. Sorang satu termasuk wife. Dan untuk dia , aku belikan jenis batang punya.. Perisa coklat vanila.

Best part ni !! Dia tamo kooooo.. Dia nak yang Cornetto tu haaa .. Tamo yang dia punya. Mak aiiiii .. Aku bagi ,terus dia koyak dalam tu gak nak makan ! Mana boleh woooo …

Balik rumah baru makan ..

Dia makan sambil baring ke ? Takde maknanya aihhh .. Tu dia sedang mempertahankan ais krim dia dari diambil aku .. Aku nak bukak baju dan seluar dia untuk mandi .. Lewat sangat .. Tu berpusing pusing la tuuu.. Hala kamera , tau pulak nak posing ! Huh … Dasar blogger !

Share
Tweet
Pin
Share
2 comments

" Bang , beli tong air.. Abang tu mandi guna air banyak .. ".

Aku jugaaakkk yg kenaaaa padahal Qhaliff yg guna byk ! Huhhhh.. Beginilahhhh nasibb ..

Beli je la.. Tak beli kang , dia ajak cari gak.. Sementara depan mata , beli jer .. Harga ? RM 59.90 .. Beli ni pon sbb Kerajaan Selangor nak mula catu air dan taman aku terlibat sama .. 55 jam wooo air tarak nanti ! 

Sediakan payung .. tak cukup stok , tumpang umah korang eh ..
Share
Tweet
Pin
Share
9 comments

 

image

Terdengar berita ni di radio pagi tadi membuatkan aku teringat sekeping gambar dialog yang tersebar di Facebook ..

Betul … apa boleh buat kan ? Terpaksa cari rezeki untuk keluarga.. Si isteri terpaksa membantu suami bg menampung perbelanjaan yang semakin meningkat zaman ni ..

Terpaksa ! Bukan nak sangat kan ? Kalau diberi pilihan , semua isteri nak duduk rumah jer .. Hurmm..

Bila jadi kes gini , aku bersyukur aku jaga anak sendiri  tapi kadang kadang terpaksa jugak serah pada orang tua aku kejap terutama bila ada kerja luar .

Hurm… Tawakal jer la ..

Share
Tweet
Pin
Share
11 comments

 

Photo: [BUKAN KERANA TAKUT KEPADA ISTERI DAN BUKAN KERANA MENGHINA SUAMI ☺]

::: bangga lah jika suami anda boleh drive anda ke mana saja anda nak pegi, banggalah kalau suami anda boleh menyapu sampah, tolong anda masak, tolong anda jaga anak, basuh berak anak, tukarkan pampers anak. RAMAI WANITA YG CEMBURU DAN INGIN MEMILIKI SUAMI SEPERTI SUAMI ANDA. 

Suami anda buat semua tu bukan kerana dia takut, bukan kerana dia hina atau kerana kita menghina dia, tapi dia buat semua tu KERANA Rasulullah SAW MELAKUKANNYA. 
(sama ada suami kita sedar atau tak yg dia mencontohi Rasulullah SAW atau memang dah di didik oleh ibu-ibu mereka mengenai akhlak terpuji Rasulullah saw ini)

HARGAI LAH SEADA-ADANYA SUAMI ANDA, PUJILAH SEIKHLAS HATI, nak puji dalam Facebook ker, dalam surat khabar ker, dalam tv ker, pujilah. itu cara masing-masing. BIARLAH ORANG NAK KATA "MACAM DIA SORANG ADA SUAMI" DAN BIAR LAH ORANG NAK KATA APA SAJA. SUAMI ANDA, BUKAN SUAMI ORANG LAIN. Asalkan anda tidak memuji suami orang lain, kang jadi kes plak ☺ betul? betul?

tahukah anda::

(1) Suami yang mencuci baju sendiri bukan kerana ingin menyenangkan isterinya, bukan kerana takut tangan isteri menjadi kasar, tapi KERANA Rasulullah SAW MELAKUKANNYA.

(2) Suami tidak bersuara keras pada isteri bukan kerana takut dengan isterinya akan marah dan pergi dari rumah, tapi KERANA Rasulullah SAW MELAKUKANNYA.

(3) Suami sabar dan diam ketika isteri menuntut hal-hal di luar batas kemampuannya bukan kerana takut ditinggalkan sang isteri, tapi KERANA Rasulullah SAW MELAKUKANNYA.

(4) Suami tersenyum melihat isterinya cemburu kepada perempuan lain bukan kerana takut kepada isterinya, tapi KERANA Rasulullah SAW MELAKUKANNYA.

(5) Suami memakan makanan isterinya yang masin atau pun yang keras bukan kerana mencuba romantis di depan isteri, tapi KERANA Rasulullah SAW MENGHARGAI MASAKAN ISTERINYA.

(6) Suami mengumpulkan sejumlah dana untuk disimpan isteri bukan kerana bodoh dalam mengatur kewangan, tapi KERANA Rasulullah SAW MELAKUKANNYA.

(7) Suami merawat anak-anak kecil ketika mereka sakit bukan kerana mereka sesuai jadi perawat peribadi, tapi KERANA Rasulullah SAW MELAKUKANNYA.

Jom tag pasangan anda.. ^__^
:: JANGAN AMBIK KESEMPATAN PLAK BILA SUAMI DAH RAJIN TOLONG KITA DALAM HAL RUMAH TANGGA. BERSYUKUR LAH SUAMI NAK TOLONG YEA ☺

::: mana yg tak faham bahasa melayu ni boleh cari translator untuk translatekan. boleh kita didik suami kita perlahan-lahan, contoh macam saya kahwin dengan foreigner, jadi saya selalu terangkan setiap perkara supaya lebih persefahaman dalam rumah tangga. Selamat beramal ☺

Back to sunnah, JOM SELAWAT KE ATAS NABI MUHAMMAD SAW ☺

Haaa.. Gambar ni laa .. Apa ingat gambar Qhaliff je leh top keeee ??? Huh !!  Gambar ni dah beribu orang share di Facebook diorang tauuuuu .. Haa.. Jangan tak tauuuu ..

Ada sekeping lagi tapi gambar tu dah disalah gunakan .. Ada ke buat akaun palsu FB , WeChat , FriendSter , Tagged dan macam macam lagi ! Aparaaa.. Saja saja nak sedekah aku pahala .. Jangannn , nanti tak cukup pahala , amik dosa aku lak.. haaa ..

Gambar kat atas tu , gambar masa dalam akhbar Kosmo . Tak sangka lak dah viral bersama artikal berkisarkan kekeluargaan .. Bagus la.. Aku tak kisah pon .. Dapat gak kebaikan dari situ. Bukan nampak aurat pon kan ? Heee ..

Share
Tweet
Pin
Share
15 comments

 

Hari ni , aku tersangatlah penatnya. Aku pon tak tau la kenapa aku penat pelik. Agaknya cuaca dan juga stress yang buat gini kot .. Hurm.. Maklumlah , walaupun bergelar Mr.Suri Rumah .. aku tetap kena cari duit gak.. Bukan sekadar cari singgit dua hinggit je .. Tapi kena cover gak hutang piutang termasuk kutu wooo ..

Lepas makan malam ,aku mintak tolong wife jagakan Qhaliff.. Aku nak tidur barang sejam dua.. Nak refresh untuk buat dua advertorial yang mampu bayar sewa kereta aku sebulan.. huhuh.. Rugi tak buat ..

Tapi sebelum tu , aku siapkan dia dulu. Mandi , pakai semua la.. Layan kasi dia penat skit sblm aku masuk bilik utk tidur jap..

Photo

Tak sampai sejam pon tidur .. Kung kang kung kang bunyi kat luar sana .. Hahahaha … Adoiyai. Kena buli laaa wife ngan Qhaliff. Kalau ngan aku , dah kena gomol kalau bikin kecoh sama aku.. Huhu..

Aku bangun .. gi depan .. Tanya dia nak apa.. Bawak ke peti ais. Suruh dia selongkar cari apa dia nak.. Dapat la sekotak dua air minuman..

Pas balik kat wife .. Tak lama kemudian , tidur .. Huhuh.. Dua dua sekali tidur !

Siannn dua dua .. Hurm.. Aku ? Start buat kerja. Tengok jam .. Dah cecah jam 11 malam .. Entah kul berapa pulak nak tidur. Esok , dah byk keje nak kena settle .. Hurmm ..

Share
Tweet
Pin
Share
1 comments

 

Ternampak kak Norhayati Berahim shared di TimeLine dia.. Tergerak pulak hati aku nak kongsikan di blog aku ni .. Mana tau ada yang sudi nak ‘berdagan dengan Allah’ kan ? Dapat gak kebaikan dari aku dok update pasal artis bercerai .. heee ..

Sebenarnya aku tertarik dengan objektif mereka. Semoga Allah permudahkan urusan dan berkati usaha mereka ..

 

“ Jom buat kerja kebajikan kerana Allah berfirman, sesiapa yang berharap untuk bertemu Allah dalam keredhaanNYA, buatlah amal yang soleh dan tidak mensyirikkan Allah.

Terlalu luas skop kerja kebajikan itu, walaupun membuang kaca dijalanan. Sezarah kebaikkan yang kita lakukan, tetap dicatat dalam Kitab Amal dan akan dihisab diakhirat nanti.

Tidak yakin? Allah berfirman dalam Surah Al-Kahfi Ayat 110 yang bermaksud,

"Katakanlah (wahai Muhammad): Sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepadaku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan Yang Satu; Oleh itu, sesiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah dia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah dia mempersekutukan sesiapapun dalam ibadatnya kepada Tuhannya."

Baitus Solehah adalah merupakan sebuah rumah kebajikan melindungi gadis-gadis terlanjur dan ibu-ibu tunggal yang masih memerlukan bimbingan. Walaupun mereka telah melahirkan bayi, bimbingan berterusan masih diperlukan untuk menjadikan mereka kuat, tabah dan sabar menghadapi ujian, membina iman dan belajar menguruskan masa dengan bijak apabila tiba masanya keluar menemui masyarakat suatu hari nanti bagi meneruskan kehidupan sebagai hamba Allah yang bertakwa.

Perlindungan yang diberikan bukan sekadar menyediakan makan minum , tempat tinggal tetapi membimbing dan mentarbiyah mereka untuk taubat nasuha, menjalani kehidupan sebagai muslimah di landasan yang lurus dan benar dan mengutamakan pengukuhan iman dan beramal soleh.

Sesiapa yang ikhlas dan bertaqwa boleh saja untuk melabur saham dan menabung untuk akhirat. Di sini sesiapa boleh menternak pahala dengan menyumbang apa saja tidak kira dalam apa jua bentuk perkara. Saya hanya pengurus saham-saham yang anda laburkan. Moga dengan rahmat Allah, saya tidak terpesona dengan cinta dunia.
Seperti mana tidak ada paksaan dalam beragama, maka tidak ada paksaan juga di untuk anda semua menabung. Sesungguhnya berdagang dengan Allah tidak pernah rugi.

Sebarang sumbangan untuk Rumah Perlindungan Wanita, Baitus Solehah boleh dimasukkan ke dalam akaun

Maybank : 551306513550 atas nama Baitus Solehah.
Emailkan :baitus_solehah@yahoo.com, atau sms 0149253151

Semoga Allah mengurniakan rezeki yang halal dan tidak terhingga dan menjadi jutawan yang memiliki kekayaan iman, kekayaan jiwa dan kekayaan harta dalam rahmat Allah Ta'ala kepada semua yang menyumbang atas ikhlas dan taqwa. “

Sumber sebenar : Baitus Solehah

Share
Tweet
Pin
Share
3 comments

 

-iklan-

 

****************************************

✿ Buy One Ebook  BONUS Group & ONE MORE Ebook  ✿

****************************************

Faham ke faham ayat di atas?

Beli Ebook "Fb networking Menguntungkan"

Dapat Free join GOUP & Satu lagi ebook!

Jom review apa bestnya ebook ni?

FREE GROUP

FREE EBOOK

Ebook FB Networking Menguntungkan ni belum  sebulan

di Lancarkan

Seramai 250 Orang dah berebut dapatkannya.

Bagi yang berminat nak tau info lanjut mengenai

Ebook ni & mcm mana nak dapatkkannya ?

www.marzianashukri.com

FB : Dms Showcase

BLOG : Dms Sweetie

Kalau ada sesiapa yang baru start bisnes should baca ni

klik --> Baru start bisnes ?































Share
Tweet
Pin
Share
No comments

 

Dulu masa kecik , semua nganga ! Asal sua depan mulut , terbukak cam mulut buaya ! Ngappppp !!!

Sekarang ? Asal sua jer , terus tutup mulut .. Kalau dia nampak cam melazatkan , baru laaa nak makan .. Kalau tak ? Hurmmm ..

Photo

Memula dia dok main panjat panjat .. Bila aku kata …

“ Qhaliff .. jom makan ubat .. “

Terus dia tolak kerusi tu dan duduk dalam dalam.. Bila aku sua tangan nak tarik dia , ditepisnya tangan aku tu haaa.. Amboiiii ! Sampai hati eh buat kat daddy.. Lupa kot daddy dok usung dia masa usia sehari dua ke hospital tu haaa .. Masa dok sakit tu haa.. Ni boleh pulak tepis tangan daddy macam tu ..

Tersentuh hati ini .. huk..huk ..

Photo

Hurm.. bila masa masa ginilah kita baru terasa betapa orang tua sayangkan kita walaupun kita buat perangai macam macam hinggakan ada yang memalukan diorang tapi tidak langsung mereka buang kita sebagai anak tapi kita , ada yang malu nak mengaku mereka tu orang tuanya hanya kerana memberi beban atau memalukan mereka ..

Hurmm…

Share
Tweet
Pin
Share
No comments

 

Ada ingat tak aku bagitau di FB Ben Ashaari yang mana kereta aku ada mengeluarkan bau hangit ? Memula aku syak ada sesuatu tak kena pada kereta tapi setelah mengetahui negara kita sedang dilanda jerebu dan kemarau , jadi aku anggap punca dari situ ..

Tadi , aku terperasan air meleleh banyak keluar dari bawah kereta aku sewaktu di Masjid Sultan Zainal Abidin , Putrajaya .. Aku jenguk bahagian bawah kereta dan … menitis nitis air keluar sewaktu air cond terpasang !

Aku tutup air cond , air tu tak menitis dah. Bukan setitis dua tapi bertitis titis woooo .. Kira dah leh buat saliran perparitan bawah kereta aku tuuu ..

Terus aku tak guna air cond sehingga sampai rumah. Bukak je tingkap. Sian kat wife dan Qhaliff.. Aku terpaksa buat begitu untuk elak kejadian silam berulang lagi ..

Esok , gi antar servis .. Hurmmm …

Share
Tweet
Pin
Share
No comments



Hurmmmmmm .... gelak ehhhh .. tak peee .. tak peeeee...  Aku ingatttt .. ingatttt nehhhh.. Huhhh...

Tak nak post dah gambar Qhaliff .. Tak kiraaaa !!
Share
Tweet
Pin
Share
17 comments

Avent 30th Anniversary

AVENT.. Sapa laaa yang tak kenal syarikat yang dah cukup popular ni .. kan ? Terkenal serata dunia dah dengan produk barangan bayinya tu..

Tahun ni AVENT akan menyambut ulangtahun penubuhan yang ke 30 tahun dan akan menganjurkan satu pertandingan khas untuk semua ibu bapa dan pastinya pertandingan ini menawarkan hadiah yang dari Philips Malaysia yang bernilai RM699 untuk dimenangi !

Apa yang perlu dibuat ? Sapa yang layak join pertandingan ini ? Bilakah ianya bermula dan berapa ramai yang boleh memenangi pertandingan ini ?

Hadiah

Ok.. aku mulakan dengan hadiahnya .. Sebab kalau menarik , pasti ramai teruja nak join kan ? Ke nak tau sapa je yang layak join ? Hahahah .. Ok ok.. Aku kasi tau hadiahnya terlebih dahulu ..

Philips Malaysia dengan sudinya memberi hadiah kepada para pemenang yang terdiri dari dua kategori :

•4 x grand prizes: produk Philips AVENT  bernilai sehingga RM 699
•Top ten (10) voters akan menerima Philips AVENT Toddler Meal Time Set setiap seorang .

Para pemenang akan diberitahu melalui email oleh Philips AVENT Malaysia berdasarkan permohonan lengkap yang anda isikan sewaktu nak join masuk pertandingan ni.. Jadi , tolong isikan dengan lengkap dan tepat ! Kalau tak tepat , camana nak bagitau anda menang ?? Haaa.. Kan dah rugi !

Dan pemenang yang tinggal area Lembah Klang bolehlah amik hadiah tu sendiri di showroom yang akan diberitahu pada anda kelak. Senang gituuuu.. Tak yah tunggu tunggu .. kan ??

Syarat Pertandingan

Amacam ? Menarik ? Aku tau dahhhh .. menarik punya ! Bukan susah pon nak join pertandingan ni.. Haaa.. Sekarang aku bagitau sapa yang layak join ..

Terbuka kepada semua rakyat Malaysia dan penduduk dengan kelayakan yang diiktiraf mahupun mereka yang ada passport .. Heheheh..

Yang kedua … Pastikan anda jadi fan di Philips AVENT Facebook Page (http://www.facebook.com/PhilipsAvent.my dan “LIKE” di Philips AVENT “Mummy’s Wishing Wall”.

Setiap peserta cuma layak menang satu hadiah saja yang ditawarkan .. Adil la kan ? Kasi orang lain gak laaa kannn .. haaa ..

Tarikh Pertandingan

Pertandingan Philips AVENT Mummy’s Wishing Wall ini akan bermula pada 24hb Februari 2014 dan berakhir pada 30hb Mac 2014. Mana mana penyertaan dan undian selepas tarikh akhir , tidak akan diamik kira yer .. Harap maklum. Jadi kena cepat cepat cepatttt hantar sebelum tutup. Aku pun nak hantar gak ni !

Cara Penyertaan

Ok .. untuk menyertai pertandingan ni , mudah jer ..  Sila ke Philips AVENT Facebook Page  dan “LIKE” di Philips AVENT “Mummy’s Wishing Wall”.

Kemudian lengkapkan segala maklumat anda dan juga anak anda di form yang disediakan di situ. Pastikan lengkap dan tepat yer.. Kang menang , alamat tak betul .. rugi dah !

Ok.. dah ? Sila upload gambar anak anda tidak melebih 5MegaBytes dan sila pilih kategori yang di dalam senarai yang disediakan seperti di bawah ini .

  • Health
  • Safety
  • Education
  • Others (e.g. transport, etc.)

Jangan lupa sertakan ucapan yang berkaitan dengan kategori yang anda pilih tidak melebih 500 patah perkataan dan pastikan ada hastag  #PhilipsMumsWish ini.

Siap ? Ok, bahagian paling mudah.. Kongsikan penyertaan anda di  Facebook Twitter and Instagram dan mintak rakan rakan anda undi anda di kesemua media sosial yang aku bagitau tuu.. Haaa..

Ok .. Setiap kategori ada pemenangnya. Ini bermakna ada ramai pemenang. Diulangi , setiap peserta hanya layak menang satu hadiah saja ..

Pemenang akan dipilih melalui penyertaan yang kreatif berdasarkan gambar dan juga ucapan yang dihantarnya. Setiap peserta boleh hantar sehingga 5 penyertaan.

Jangan risau .. kalau tak menang bahagian yg dinyatakan tu , boleh cuba utk bahagian TOP TEN VOTERS tuuu.. Haaaa ..

Apa lagi ? Jom la join.. Aku pon nak gak join ni.. Nak cari gambar Qhaliff paling comel ! Heeee …

Share
Tweet
Pin
Share
2 comments

 

Photo

Air mula dicatu di kawasan perumahan aku .. Hurmm.. Sebelum ni , kualiti udara sangat tidak bersih ! Kenapa ? Ada je hutan belukar terbakar dan udara tidak begitu nyaman terutama di sebelah pagi.. Kalau dulu boleh je tarik nafas dalam dalam.. Sekarang , kalau tarik nafas je .. check lubang hidung , berkerak dah ! huuhu..

Photo

Ada sekali tu .. nak gi kerja.. Tengok tengok atas kereta dan laman rumah .. Tu diaaa ..  debu dari tapak kebakaran yang terbakar di kala aku sekeluarga sedang nyenyak tidur ! Bomba gak berjaga padamkan kebakaran.. huhu ..

Bayangkan.. secanggih mana kita , anda dua nikmat Allah ini ditarik semula , bayangkan apa jadi pada kita nanti .. Hurmm..

Share
Tweet
Pin
Share
4 comments

 

ephyra_image1_duta

EPHYRA , satu produk kesihatan yang tak perlu lagi nak diceritakan mengenai kelebihan mahupun kebaikannya kerana ramai telah menggunakan produk ini dan tidak menafikan perubahan yang telah dialami mereka .. kan kan ?

Ok .. buat yang tak tau , EPHYRA telah melantik secara rasmi Norman Hakim dan isterinya , Memey Suhaiza sebagai duta produk mereka.. Tahniah buat mereka berdua ! Hee… Sesuai sangat mereka berdua ni..

Memey mula menggunakan EPHYRA sebagai salah satu minuman kesihatan pada awal Julai tahun lepas .Menurutnya sejak menggunakan EPHYRA ,kulit lebih lembab dan tidak kusam lagi .

Sebelum ni kulit kering dan kusam  mahupun tak sekata pun adalah salah satu masalah kulit yang dialami oleh Memey . Selepas menggunakan EPHYRA secara sukarela , dia postkan gambar di Instagram akaun miliknya utk berkongsi dengan mereka yang lain akan kesan dan kebaikannya ..

Setelah beberapa bulan gunakannya , ramai mula perasan perubahan ketara yang dialaminya termasuklah suamnya , Norman Hakim dan juga peminat peminatnya di Instagram. Menariknya ketika tu Memey juga sedang menyusukan anak , baby Awish.. Maknanya EPHYRA juga sesuai untuk ibu yg sedang menyusukan anak.

Puan Amiza , pengasas EPHYRA yang memerhati Memey sejak menggunakan EPHYRA ni mula mendekatinya dan terhasillah satu kerjasama diantara mereka.

Norman yang terasa perubahan pada isterinya tu , turut berminat untuk mencuba produk kesihatan yang mula dikenali ramai ketika tu.. Katanya sejak mengambil EPHYRA , badan lebih cergas  , bertenaga dan rasa lebih sihat .. Kulit ? Tentu sekali lebih lembab dari sebelumya. Dan paling penting ialah produk ini terbukti halal oleh Jakim dan punya sijil dari KKM..

Dan secara rasminya , pasangan ini dilantik menjadi Duta EPHYRA !

ephyra_image2_blog

Buat pengetahuan korang , ramai dah guna produk ni termasuklah beberapa orang blogger terpilih dan ada aku tanyakan pada mereka kesan dari produk ni dan alhamdulillah , mereka berpuashati termasuk aku ! Hee..

Apa salahnya cuba sesuatu yang baik kan ? Bagi yang berminat nak mencuba , sekarang ni EPHYRA ada keluarkan dua jenis size utk jualan :

1 ) PREMIUM PACK ( 30 sachets )

RM197 (Semenanjung Malaysia)

RM207 (Sabah Sarawak)

2 ) TRIAL PACK (10 sachets)

RM68 (Semenanjung Malaysia)

RM78 (Sabah Sarawak)

Bagi yang berminat , boleh layari www.oceanlife2u.com utk maklumat mengenai dealer / kedai / farmasi berdekatan anda.

Tunggu apa lagi ??

Share
Tweet
Pin
Share
5 comments

 

Alhamdulillah.. Setelah seharian diletakkan di dalam beras yang mana Nokia Lumia 1520 ni berendam dalam air hampir semalaman akibat salah sendiri.. Jangan pandang aku yer ! Tapi tak leh salahkan wife gak… Hahaha ..Tak kisah laa.. Apa pon , rezeki gunakan handphone ni seperti ada je laagi ! Heheheh ..

Memula pasang.. takde apa apa.. Aku dah putus asa. Nak hantar je ke ‘hospital’ esok.. Berapa kerosakkan pon , bayar je laaa .. Huhuhu..

Waahh.. menyalaaa ..berkali kali berkelipan ! Legaaa rasanya.. Bila aku update je entri ni , dah tak nyala !

Ok.. esok gi spital ! Arghhhh…

Share
Tweet
Pin
Share
2 comments

 

Photo

Hurmm… dia dah terasa tercabar ke ? Bukan apa .. sejak baik dari demam ni , perangai dia berbeza dari dulu. Makan , dah kurang.. Tapi kalau mak aku suap , nak je dia makan..

Kalau merajuk ? Dia punya guling serupa ada lagu Kabhi Kushi Kabhi Gam dalam kepala dia .. Selagi ada ruang , selagi tu dia guling ! Ruang abis , dia pon stop guling dan teruskan menangis tak berair mata !

Lagi ? Berkepit ngan aku jer ..  Mood tak boleh dijangka dah skang ni.. Aku tak tau la kalau jerebu skang ni mempengaruhi perangai dia .. Huhuh..

Yang pasti , mmg boleh buat aku tukar jadi Hulk kekadang .. Huhuh..

Share
Tweet
Pin
Share
1 comments

 

Bawak ke ke Taman Cabaran. Kasi dia berpeluh sedikit setelah berhari tak berpeluh.. Hurmm..

Photo

Photo

Masih lagi kelihatan lemah. Tak pulih lagi tenaga dia setelah berhari tak de selera nak makan.. Hurmm.. Sian dia ..

Serius , time gini mmg mencabar kesabaran ketika melayan karenah dia .. huhu ..

Share
Tweet
Pin
Share
4 comments

 

Sejak demam hari tu , Qhaliff tak dapat tidur dengan lena .. Sian dia .. Bila dia tak lena , semua orang tak lena ..

Photo

Tapi bila dia dah lena , orang lain tak leh nak lena gak sbb masa ni la baru leh buat kerja .. Huhuhuh…

Ginilah hidup berkeluarga. Berbeza masa bujang dulu.Tanggungjawab besar dan terasa terisi setiap saat .. Tiada lagi istilah rehat.. Segalanya perbuatan perlu difikikan baik buruknya. Tak leh main belasah jer..

Share
Tweet
Pin
Share
4 comments

 

Sepanjang perjalanan nak ke taman permainan , dia punya bebel .. perghhhh .. sepatah haram aku tak paham .. Tapi aku layankan jer ! Hehehehe …

Seperkara lagi.. Makin garang la dia skang ni. Mentang mentang nak jadi along ! Amboiiii …

 

DSC00344

Sampai kat taman , dia belasah je nak main apa saja.. Semua dia serbu. Tapi kat mana ada orang main , dia tak gi kacau . Dia biar je .. huhu ..

Kecualiii !!!

DSC00351

DSC00361

DSC00363

Photo: Hahahaha.. ada hati nak main bola dgn abang abang ni ... hahaha..

Dia nampak abang abang ni main bola, bersungguh dia keja dan nak join sama ! Huhuhu.. Kesian pulak aku tengok dia.. Siap menangis lagi.. Terpaksa aku pujuk ajak balik ..

“ Esok kita gi gym yer.. Layan gym best skit.. Takde rasuah sangat.. “ .

Share
Tweet
Pin
Share
10 comments

 

Alhamdulillah … Paksa dia keluar hari ni.. Berjalan di Alamanda pastu di taman .. Dan makan aiskrim vanilla.. Petua kawan kawan .. hahahaa..

Dan hasilnya ?

Photo: Pastikan saat riak muka begini tidak dilepaskan bila kamera di tangan ! Heheheh... 

#sonyalpha5000

Esok ibu leh gi work , daddy leh gi gym.. Harapnyaaaa …

Share
Tweet
Pin
Share
5 comments

 

Photo

Walaupun Nokia Lumia 1520 ni dah diberikan pada wife , tapi dlm ‘kontrak perjanjian’ masih tertera nama aku .. Bermakna aku kena guna KU juga pada tajuk entri ni ..

Apa citer ??? Gini .. Pagi tadi.. selepas subuh .. Wife bagitau aku dengan lembut jer ..

“Bang , hp masuk air .. “.

Aku angguk dan sambung tidur… Bangun dari tidur , wife bagitau sekali lagi dan kali ni aku tergamam dan nak tukar jadi hulk .. Tapi selepas dia terangkan apa yang berlaku , aku akur dan maafkan dia ..

Katanya kejadian berlaku ketika dia nak check suhu badan Qhaliff awal pagi tadi .. Yelah , dia pegang badan Qhaliff panas jer.. Selepas check tu , dia letak hp tu sebelah dia .. Tak dia perasan hp tu terjatuh setengah badannya ke dalam bekas berisi air yang digunakan untuk lap badan Qhaliff .. Sehingga pagi tadi dia perasan ..

Nak marah ? Dia dah tolong tengokkan Qhaliff pon dah cukup bagus memandangkan aku dah tak sedar apa sbb terlalu penat dan tidur lewat sbb nak siapkan advertorial.

Bila dah jadi gitu , malas dah nak marah marah.. Cari alternatif.. Antaranya beli baru , antar repair atau guna cara tradisional… Beli baru ? Dia tak nak .. Antar repair ? Ok je.. tapi guna cara tradisional dulu yakni letak dalam beras … Kasi kering .. Bukan sejam dua tapi berhari hari gak laa..

Berjayakah ? Entah laa.. Esok gi antar repair.. Senang citer.. Malas nak tunggu.. Nanti nak call pun susah .. huhu ..

Share
Tweet
Pin
Share
11 comments

 

Photo

Dia minum pastu sumbat botol susu tu kat aku ! Huh ..

Sepanjang petang tadi , badan dia panas balik. Kasi mandi berkali kali .. Lap dia .. Naik turun naik turun suhu badan dia .. Bila turun , dia panjat aku.. Bila naik , dia diam jer .. Layan movie entah apa apa kat tab dia tu ..

Akhirnya , aku buat keputusan matikan aircond sepanjang malam ni.. Kasi dia berpeluh sedikit.. Ada perubahan la sikit.. Dia pon mula berpeluh termasuk aku .. huhu .. Kena sabar la skit ..

Cuaca tak menentu ni , ramai anak kecil demam. Tadi kat hospital pon ramai je budak dibasahkan badan mereka.. Sian je aku tengok.. Kalau aku demam ,nurse nak tolong basahkan tak ? Maunyaa aku basah dek air liur kena sembur ngan wife ! Hahahaha .. gurau jer ..

Harap harap dia ok esok. Banyak keje nak kena settle ni.. Hurmm..

Share
Tweet
Pin
Share
6 comments

 

Suhu mencecah 40.5 darjah celcius rupanya ! Semasa di rumah , check cuma 36.5 jer.. Hurmm… Ikut kata hati… Gi je hospital ! Tunggu pon tunggu laa.. Janji dapatkan rawatan yang betul secepat mungkin.

 

Photo: Gi spital ..

Kelihatan lesu

Sampai hospital dalam ku 12 lebih tengahari. Nasib baik orang tak ramai dan paling menakjubkan rawatan diberikan sangatlah pantas ! Yelah , suhu melebihi 40 darjah. Risau boleh kena sawan.. Nasib baik aku dan wife rajin mandikan dia .. hurmm ..

Wife masuk dengan Qhaliff ke kaunter pendaftaran. Aku gi parking kereta. Wife dah masuk utk pemeriksaan. Tak lama kemudian wife call bagitau yang Qhaliff dijangkitan virus. Terkedu jap aku..

Dia sambung cakap.. Tonsel. Hurmm.. Patut dia tak nak makan. Asyik nak minum jer .. Hurmm.. Tu la.. Suka mengutip masuk mulut. Berkali dah larang .. Nak wat camana kan .. budak !

Tak lama kemudian dia keluar bersama Qhaliff.. Muka penuh dengan air mata sebab kena cucuk .. Hahaha.. Sian.. Bila nampak ada budak dok minum air kotak Milo , dia pon nak. Aku pun gi la beli.. Pastu bagi kat dia .. Lepas minum , diorang masuk balik ke dalam bilik rawatan.

Duduk menanti Qhaliff dan ibunya yang masuk kembali berjumpa doktor.Aku duduk di kerusi di depan kaunter sambil layan handphone. Kena jaga tas tangan wife .. beg Qhaliff lagi.. Sambil berdoa agar tak kena tahan si Qhaliff tu. Sian kat dia nanti..

Tiba-tiba datang sorang budak kecik , cuit tangan aku.. Aku pandang sekilas jer kat dia sambil lemparkan senyuman.

" Alahai.. comelnya. Anak sapa ni ? " . Aku usap kepala dia dan sambung layan handphone.

Aku kerutkan dahi. Memikirkan sesuatu.. Hurmmm.. Aku pandang budak tu semula yang dah gi bermain dengan beberapa orang budak.
Laaaa ... anak aku rupanya ! Hahahaha ... Sememangnya handphone melalaikan kita ! Handphone jugak dipersalahkan .. siann.. hahaha...

Photo: Alhamdulillah..dah ok dah dia.. kembali berlari sana sini mcm takde apa apa berlaku..

Bukan denggi ..

Tanya wife .. Dia kata settle dah .. huhuh.. Nasib baik bukan denggi.. Kalau tak ? Tidur spitalllll !

Photo

Kembali terhibur hati bila tengok anak ceria.. Alhamdulillah ..

Balik rumah , baru laa dia nak lena tidur ..

Photo: Baru nak lena tdo dia ..

Barulah daddy leh join sama tidur… heee ..

Share
Tweet
Pin
Share
2 comments




Hurmmm.. aku dari dulu tak suka beli barang pastu dapat barang lain yg percuma ! Kualitinya mmg sangat boleh dipertikaikan .. Itulah yang terjadi pada termometer percuma ni ..

Bila check suhu Qhaliff memanjang sihat jer walhal badan dia panas semacam ! Akhirnya buat keputusan utk ke hospital Putrajaya.. Bila check suhu , rupanya 40.5 !! Nasib baik tak diserang sawan .. haihhh..

Satu nasihat aku .. anak kecil kita demam je , terus je gi jumpa doktor .. Pastikan pemeriksaan menyeluruh. Macam kes Qhaliff , rupanya doa jangkitan pada tonsel. Sewaktu periksa ari tu dgn doktor klinik , dia skip part tu sbb Qhaliff tak bg dan dia takut Qhaliff menangis. Rupanya itulah penyakitnya. Hurmm..

Patut dia tak selera nak makan..
Share
Tweet
Pin
Share
5 comments

 

Photo

Hurmm… demam balik dia .. Kalau hari ni suhunya tinggi gak , mmg kena gi hospital utk pemeriksaan. Ari tu doktor kata nak amik darah kalau gi sekali lagi .. Hurmm..

Malam tadi , aku ngan wife tido tak lena. Asyik asyik dikejutkan dengan rengekan Qhaliff yang langsung tak dapat nak tidur walaupun dah diberikan ubat..

Bila pagi , ok skit dia terutama lepas mandi cuma … dia tak leh berenggang dengan aku berbeza pada waktu malam , dia tak leh berpisah langsung ngan mak dia ..

Hurmm…tengok camana jap lagi.. kalau rasa perlu gi , gi je la.. sian pulak tengok dia ..

Share
Tweet
Pin
Share
4 comments

 

Photo: Coconut shake

Nurse suruh wife bersiap sedia je dah skang ni.. Mana tau tetiba nak beranak .. barang baby dalam kereta tak sedia lagi ni .. heee.. Dalam dok borak  tu , dia kata nak minum air kelapa .. Hee.. bersih skit baby masa lahir nanti..

Aku ok kan aja.. Maka pergi la ke satu tempat yang senantiasa meriah ni kat Putrajaya. Nak sebut tempat , sian pulak .. Kenapa ? Air coconut shake dia , sedap ! Tapi servis tuuu .. Haihhh ..

Bayangkan aku dah masuk kedai , pelayan dia yang dok layan tv tu .. cuma duduk tunggu aku gi kat dia untuk amik order ! Perghhhh.. boleh gitu ?

Best part ? Orang tak ramai .. Apa yang aku order , semua sampai kecuali nasi goreng ayam jer ! Kenapa ?? Sebab pesanan tak sampai ke dalam dapur !

Haihhh.. Bila aku fikir fikir balik , patutlah pesaing dia kat belah sana tu ramai pelanggan berbanding restoran dia .. Hurmm.. Sedap saja tak guna kalau servis lembab !

Nasib baik la ada jual coconut shake ! Kalu takkkk.. insaf aku nak gi situ ..

Share
Tweet
Pin
Share
3 comments

 

Photo

Hahaahaha .. Ada sekali tu wife marah aku sebab tinggalkan Qhaliff dan gi mandi.. Aku lak ingat Qhaliff ni tak buat sarkes dengan mak dia sebagaimana dia buat dengan aku !

Apa dia buat ? Boleh masa sujud tu dia panjat belakang dan peluk tak nak turun ! Dengan aku boleh la lagi .. Bayangkan mak dia yang tengah sarat mengandung ! Hahahaha.. kan kena jegil dah dengan singa pantai timur !

Hari ni dia buat lagi.. nasib baik aku sempat ‘selamatkan’ wife ! Dah naik abis atas badan mak dia yang sedang sujud tu.. Nasib baik rakaat terakhir.. Huhu.. Sowiii..

Suh panjat kat wall climbing centre tu , tak nak lak dia ! Huuhhh..

Share
Tweet
Pin
Share
7 comments

 

Aku tak jangka sebenarnya semua ni.. Tapi bila aku perhatikan blog blog yang selalu dapat produk dan advertorial , baru aku tau camana mereka melakukannya ..

Caranya ? Mudah jer.. Kalau korang rajin menulis dalam blog cerita peribadi atau apa saja yang korang lakukan , sebaiknya ceritakan dengan ‘selamba’ mengenai apa sesuatu brand yang sedang digunakan ..

Contohnya dalam gambar ni .. Aku ada buat entri sebelum dan mintak kengkawan blogger yang lain ceritakan mengenai gambar ni di dalam entri Tips menambah pendapatan melalui blog ! ni ..

Ok.. Bila nak tarik pengiklan atau agensi PR ni , mereka akan tengok bagaimana kita bercerita mengenai sesuatu produk di dalamnya..  Bila kita bercerita , mestilah cerita yang benar dan jujur… Tapi bila jujur tu , jangan la sampai maki hamum dan sebagainya. Berikan kritikan yg membina.. Dan jika produk tu ok , bagaitau tang mana sesuainya produk tu dengan anda ..

Tekankan jenama produk di situ ! Haaaa.. Walaupun nampak cam promosi percuma tapi sebenarnya ianya adalah umpan untuk produk lain ! Amik contoh dalam gambar ni .. aku akan bercerita mengenai baju Hush Puppies yang Qhaliff gunakan tu selesa dan ceria warnanya .. Manakala termometer tu aku dapat dari beli susu Anmum dan sedang berada di Noodle Station Alamanda.. Makanan kat situ pon sedap !

Simple , santai dan membuatkan rakan pembaca tertarik nak mengetahui dengan lebih lanjut ! Kan ?

Share
Tweet
Pin
Share
14 comments
Newer Posts
Older Posts

Blog Stats

Blog Archive

  • ▼  2026 (11)
    • ▼  Mei 2026 (1)
      • Kenapa pasangan baru menikah akan cepat 'berlemak' ?
    • ►  April 2026 (2)
    • ►  Mac 2026 (2)
    • ►  Februari 2026 (3)
    • ►  Januari 2026 (3)
  • ►  2025 (63)
    • ►  Disember 2025 (4)
    • ►  November 2025 (2)
    • ►  Oktober 2025 (2)
    • ►  September 2025 (5)
    • ►  Ogos 2025 (3)
    • ►  Julai 2025 (6)
    • ►  Jun 2025 (4)
    • ►  Mei 2025 (5)
    • ►  April 2025 (5)
    • ►  Mac 2025 (8)
    • ►  Februari 2025 (10)
    • ►  Januari 2025 (9)
  • ►  2024 (170)
    • ►  Disember 2024 (9)
    • ►  November 2024 (11)
    • ►  Oktober 2024 (13)
    • ►  September 2024 (10)
    • ►  Ogos 2024 (15)
    • ►  Julai 2024 (20)
    • ►  Jun 2024 (16)
    • ►  Mei 2024 (22)
    • ►  April 2024 (16)
    • ►  Mac 2024 (14)
    • ►  Februari 2024 (10)
    • ►  Januari 2024 (14)
  • ►  2023 (171)
    • ►  Disember 2023 (12)
    • ►  November 2023 (14)
    • ►  Oktober 2023 (16)
    • ►  September 2023 (13)
    • ►  Ogos 2023 (16)
    • ►  Julai 2023 (14)
    • ►  Jun 2023 (17)
    • ►  Mei 2023 (14)
    • ►  April 2023 (10)
    • ►  Mac 2023 (18)
    • ►  Februari 2023 (13)
    • ►  Januari 2023 (14)
  • ►  2022 (182)
    • ►  Disember 2022 (22)
    • ►  November 2022 (9)
    • ►  Oktober 2022 (12)
    • ►  September 2022 (9)
    • ►  Ogos 2022 (11)
    • ►  Julai 2022 (10)
    • ►  Jun 2022 (10)
    • ►  Mei 2022 (13)
    • ►  April 2022 (14)
    • ►  Mac 2022 (21)
    • ►  Februari 2022 (21)
    • ►  Januari 2022 (30)
  • ►  2021 (389)
    • ►  Disember 2021 (26)
    • ►  November 2021 (23)
    • ►  Oktober 2021 (23)
    • ►  September 2021 (26)
    • ►  Ogos 2021 (26)
    • ►  Julai 2021 (29)
    • ►  Jun 2021 (27)
    • ►  Mei 2021 (30)
    • ►  April 2021 (36)
    • ►  Mac 2021 (56)
    • ►  Februari 2021 (42)
    • ►  Januari 2021 (45)
  • ►  2020 (329)
    • ►  Disember 2020 (39)
    • ►  November 2020 (36)
    • ►  Oktober 2020 (28)
    • ►  September 2020 (29)
    • ►  Ogos 2020 (36)
    • ►  Julai 2020 (24)
    • ►  Jun 2020 (30)
    • ►  Mei 2020 (28)
    • ►  April 2020 (23)
    • ►  Mac 2020 (23)
    • ►  Februari 2020 (18)
    • ►  Januari 2020 (15)
  • ►  2019 (407)
    • ►  Disember 2019 (22)
    • ►  November 2019 (30)
    • ►  Oktober 2019 (44)
    • ►  September 2019 (34)
    • ►  Ogos 2019 (48)
    • ►  Julai 2019 (27)
    • ►  Jun 2019 (30)
    • ►  Mei 2019 (42)
    • ►  April 2019 (37)
    • ►  Mac 2019 (43)
    • ►  Februari 2019 (25)
    • ►  Januari 2019 (25)
  • ►  2018 (420)
    • ►  Disember 2018 (24)
    • ►  November 2018 (32)
    • ►  Oktober 2018 (32)
    • ►  September 2018 (36)
    • ►  Ogos 2018 (29)
    • ►  Julai 2018 (30)
    • ►  Jun 2018 (38)
    • ►  Mei 2018 (38)
    • ►  April 2018 (46)
    • ►  Mac 2018 (36)
    • ►  Februari 2018 (33)
    • ►  Januari 2018 (46)
  • ►  2017 (648)
    • ►  Disember 2017 (47)
    • ►  November 2017 (44)
    • ►  Oktober 2017 (49)
    • ►  September 2017 (51)
    • ►  Ogos 2017 (56)
    • ►  Julai 2017 (46)
    • ►  Jun 2017 (47)
    • ►  Mei 2017 (58)
    • ►  April 2017 (75)
    • ►  Mac 2017 (80)
    • ►  Februari 2017 (49)
    • ►  Januari 2017 (46)
  • ►  2016 (788)
    • ►  Disember 2016 (57)
    • ►  November 2016 (65)
    • ►  Oktober 2016 (77)
    • ►  September 2016 (64)
    • ►  Ogos 2016 (75)
    • ►  Julai 2016 (80)
    • ►  Jun 2016 (69)
    • ►  Mei 2016 (58)
    • ►  April 2016 (58)
    • ►  Mac 2016 (68)
    • ►  Februari 2016 (50)
    • ►  Januari 2016 (67)
  • ►  2015 (1019)
    • ►  Disember 2015 (68)
    • ►  November 2015 (78)
    • ►  Oktober 2015 (66)
    • ►  September 2015 (57)
    • ►  Ogos 2015 (63)
    • ►  Julai 2015 (86)
    • ►  Jun 2015 (89)
    • ►  Mei 2015 (105)
    • ►  April 2015 (91)
    • ►  Mac 2015 (104)
    • ►  Februari 2015 (104)
    • ►  Januari 2015 (108)
  • ►  2014 (1504)
    • ►  Disember 2014 (130)
    • ►  November 2014 (119)
    • ►  Oktober 2014 (137)
    • ►  September 2014 (121)
    • ►  Ogos 2014 (119)
    • ►  Julai 2014 (103)
    • ►  Jun 2014 (104)
    • ►  Mei 2014 (106)
    • ►  April 2014 (121)
    • ►  Mac 2014 (132)
    • ►  Februari 2014 (139)
    • ►  Januari 2014 (173)
  • ►  2013 (2151)
    • ►  Disember 2013 (169)
    • ►  November 2013 (180)
    • ►  Oktober 2013 (160)
    • ►  September 2013 (138)
    • ►  Ogos 2013 (182)
    • ►  Julai 2013 (220)
    • ►  Jun 2013 (199)
    • ►  Mei 2013 (186)
    • ►  April 2013 (149)
    • ►  Mac 2013 (184)
    • ►  Februari 2013 (188)
    • ►  Januari 2013 (196)
  • ►  2012 (2986)
    • ►  Disember 2012 (194)
    • ►  November 2012 (211)
    • ►  Oktober 2012 (285)
    • ►  September 2012 (260)
    • ►  Ogos 2012 (210)
    • ►  Julai 2012 (239)
    • ►  Jun 2012 (220)
    • ►  Mei 2012 (281)
    • ►  April 2012 (240)
    • ►  Mac 2012 (299)
    • ►  Februari 2012 (283)
    • ►  Januari 2012 (264)
  • ►  2011 (4966)
    • ►  Disember 2011 (303)
    • ►  November 2011 (299)
    • ►  Oktober 2011 (418)
    • ►  September 2011 (390)
    • ►  Ogos 2011 (350)
    • ►  Julai 2011 (396)
    • ►  Jun 2011 (424)
    • ►  Mei 2011 (424)
    • ►  April 2011 (481)
    • ►  Mac 2011 (483)
    • ►  Februari 2011 (488)
    • ►  Januari 2011 (510)
  • ►  2010 (4406)
    • ►  Disember 2010 (559)
    • ►  November 2010 (502)
    • ►  Oktober 2010 (453)
    • ►  September 2010 (387)
    • ►  Ogos 2010 (389)
    • ►  Julai 2010 (429)
    • ►  Jun 2010 (439)
    • ►  Mei 2010 (416)
    • ►  April 2010 (473)
    • ►  Mac 2010 (202)
    • ►  Februari 2010 (89)
    • ►  Januari 2010 (68)
  • ►  2009 (167)
    • ►  Disember 2009 (52)
    • ►  November 2009 (27)
    • ►  Oktober 2009 (67)
    • ►  September 2009 (21)

Kelab Blogger BenAshaari

Kelab Blogger BenAshaari

Created with by ThemeXpose | Copy Blogger Themes