Alhamdulillah... dah boleh rentas daerah dah ! Yang menariknya , Selangor , Putrajaya dan Kuala Lumpur terlibat sama dalam peralihan ini. Walaupun kes positif Covid 19 masih tinggi, nak tak nak.. peralihan kena juga buat. Persoalannya , apakah kita sudah terlatih dan cukup bersedia untuk patuhi SOP dan bersedia untuk segala kemungkinan ?
Aku tahu.. di satu pihak lagi, mereka belum bersedia untuk melepaskan penduduk 3 wilayah ini tapi memandangkan kes sudah semakin menurun , terpaksa juga buka demi kelangsungan hidup dan juga faktor ekonomi negara.
Yang penting.. kita kena tau di mana batasan kita dan had kita. Sedikit kecuaian... hurm.. kita akan berada di dalam data statistik Covid 19.
Kalau ditanya ke mana aku nak pergi ? Pastinya jawapan pertama aku ialah nak ziarah mak aku. Dia rindu sangat dah ngan cucu cucu dia ni terutama si Aariz tu. Keletah dia memang senantiasa menghiburkan keluarga di sana. Tapi aku tak berani.. Sejujurnya aku tak berani lagi nak pergi sana !
Kedua.. rumah adik ipar aku di Sungai Buloh. Budak budak ni pun rindu dah dengan sepupu sepupu mereka. Tapi macam aku kata tadi.. masih tak berani. Mereka pun tak berani nak terima tetamu. Hahaha.. Aku faham..
Cara penyelesaian ? Mudah jer.. Apa kata kita berkumpul je di tempat perkelahan yang terbuka ! Haaa..Masing masing duduk di tempat khemah masing masing ! Senang gitu. Tak perlu nak ada sentuhan dan berdekatan. Kita bual je dari satu jarak yang selamat. Terbuka dan lebih santai. Heee.. ok gitu ?
Selain tu.. aku ada satu lagi perancangan dalam kepala. Ni memerlukan kos yang besar. Hahahaha.. Yer.. hotel ! Aku rasa macam nak gi lepak di hotel yang dekat ngan aku. Cam Avani Sepang gitu. Tapi bukan murah situ. Kos situ je boleh tampung perbelanjaan protein aku untuk dua bulan. Hahahaha.. Tapi ok jer.. Kalau ada rezeki lebih, aku on jer ! Bergantung pada menteri kewangan je la..
Lain dari tu ? Takda ! Hahahaha.. Kalau bab kerja.. setakat ni aku hanya bekerja dari rumah jer. Kalau nak gi jumpa orang tu, rasanya biarlah lebih pada yang penting je. Takat nak lepak bagai tu.. maaf la ! Aku tak berani.
Gym ? Heeee...wife dah jeling tu... tunggu kes turun satu digit di Sepang.. baru boleh gi ! Heheheee..