Anak Sena, menarik perhatian aku !

by - Selasa, September 07, 2021

 


Ditayangkan di slot Lestary , TV3 dan Disney+. Masa episod awalan, aku cam.. wow ! Terus terimbas memori aku bersama rakan rakan Blogger KBBA9 berkhemah di sini. Di perkampungan orang asli, Taman Negara. Memang antara kenangan paling best sejak bergelar blogger. Macam macam cerita ada sepanjang perkhemahan itu. Tempat dia memang best. Terus menambat hati aku untuk menonton drama ni, dari satu episod ke satu episod. 

Drama ni mengisahkan tentang Sena, Tok Batin keturunan orang asli yang tinggal di pedalaman hutan. Sebagai ketua kampung, selain mempelajari ilmu hutan, Sena mahukan keturunannya bersekolah dan berpendidikan. Impiannya untuk melihat anak orang asli berjaya dan dia cuba membuktikannya melalui anaknya Wadi. Setiap hari Sena akan memandu bot membawa anaknya dan sejumlah murid-murid dari kampungnya meredah sungai Hulu Tembeling ke sekolah. Selesai waktu persekolahan, Sena akan membawa Wadi masuk ke hutan untuk memburu binatang dan mencari makanan, tumbuhan, akar kayu, rotan dan belajar ilmu hutan. Bagi Sena, anak-anaknya dan anak anak orang asli di bawah jagaannya perlu mendapat ‘ilmu hutan’ dan ‘ilmu sekolah’.

Cikgu Amir merupakan guru baharu di sekolah tempat Wadi bersekolah. Cikgu Amir rasa tercabar dengan sikap Wadi yang sambil lewa dan tidak berminat dalam pelajaran. Namun minat dan bakat Wadi terhadap bola sepak berjaya mengubahnya. Namun, selepas berlakunya insiden salah faham dengan Cikgu Amir, Wadi tidak mahu pergi ke sekolah lagi. Setelah dipaksa oleh Sena, Wadi berpura-pura pergi ke sekolah sehinggalah terjadinya insiden yang mengakibatkan dia bertindak melarikan diri dari rumah. Kehilangannya merisaukan Sena dan ibunya Kiambang sehinggalah Sena nekad untuk mencarinya. 

Ulasan drama tu aku petik dari Wikipedia je. Malas nak ulang balik ulasan dia tapi yang menarik bagi aku ialah drama ni tak meleret. Contoh babak anak Sena yang kawin tanpa mendapat restu dari ayahnya akhirnya terperangkap dengan suaminya yang pengedar dadah ! Ha, pastu tindakan segera diambil oleh isterinya. Takda berjela jela pun. Kemudian babak Cikgu Amir dengan tunang dia. Putus tunang gitu. Disegerakan je babak tu. Haa.. tak payah berepisod episod untuk babak gini pastu sibuk nak plot twist bagai ! Huhh.. bosan. 

Dan para pelakon pun jenis tak harap rupa je. Bagi aku , lakonan dah ok dah. Cuma Ben Amir tu, keras skit la.. Kena lebih rileks lagi gitu.. Apa pun ok la bagi aku. Boleh layan drama ni ! Satu sisi menarik dan punya pengajaran. Cam untuk aku sendiri.. bab anak anak ni jangan tegas dan keras sangat..Ajar tu boleh , tapi jangan keras sangat.. Gitu ! Budak sekarang ni mudah sentap. Hahahaha.. Bukan salah vaksin yer.

Ternanti nanti episod baru...Tahniah buat pengarah dan juga penerbit ! 

You May Also Like

1 comments