HI PRO bagus buat mereka yang ingin kekal aktif !

by - Selasa, September 21, 2021

Siap 10 ribu langkah lagi hari ni. Dulu payah gak la nak buat 10 ribu langkah bawah 2 jam ni. Aku ialah spesis yang tak suka berlari. Aku lebih suka berjalan menikmati hari berbanding lari. Hahaha.. Dulu masa main bolasepak pun gitu gak. Sebab tu aku tak terpilih main negara..gitu ! Hahaha.. Ok ok.. 

Selepas bersukan, terasa kehilangan tenaga yang amat sangat. Tapi tidaklah sampai tahap merangkak balik rumah. Heee.. masih bertenaga cuma penat tu , terasa la. Lebih lebih lagi dengan usia sekarang ni.. Fuh ! Apa yang aku buat ialah lepas workout, aku minum air isotonik yang ada dijual di kompleks sukan tu. Pergh.. memang padu laaa ! Hilang terus dahaga dan keletihan. Tenaga pulih seperti sediakala walaupun tak sampai la 100% ! Tapi ada kesan sampingan buat aku.. Buat aku yer. Orang lain tu aku tak tau la.. Apakah itu ??? Berat badan aku naik ! Kenapa ??? Kandungan GULA yang tinggi ! Boleh baca di artikal Adakah Minuman Tenanga Sebenarnya Membantu Anda atau Hanya Memberikan Anda Kegemukan ?


Begitu juga bila aku memandu pulang balik kampung. Aku 'dibekalkan' air isotonoik warna emas tu.. Tin katik tu laa ! Hahaaha.. memang manissss woiii ! Hilangkan ngantuk ? Neehhh.. sekejap jer ceria pastu ngantuk balik ! Hahahha..

Sejujurnya memang payah nak jumpa air yang benar benar dalam mengembalikan kecergasan dalam masa singkat ! Tanpa kesan sampingan !! Nak yang beri manfaat pada tubuh badan gitu. Bukan apa.. aku yang dah terbiasa suka minuman yang ada kandungan herba herba ni. Malah aku sendiri selalu buat air jus dari sayuran dan buah buahan. Jadikan amalan. Bukan untuk hidup lama tapi untuk hidup sihat. Tu je niat aku.

Nah... sekarang ni ada minuman herba yang aku dah cuba minum untuk seminggu lamanya. HI PRO nama diberi. Kandungan HI PRO terdiri dari Kunyit Hitam yang mana mampu melembutkan saluran darah sekali gus akan  melancarkan aliran darah. Kemudian Jiaogulan pula , berperanan membantu mengurangkan kolestrol dan menurunkan kandungan gula dalam darah. Madu , mampu mengurangkan risiko penyakit jantung serta membekalkan tenaga semulajadi.

Kelebihan HI PRO berbanding minuman seangkatan dengannya ? Heee.. HI PRO ni bukan minuman isotonik tapi ianya berperanan membekalkan tenaga anda yang sekali gus juga mampu memberikan khasiat pada tubuh badan ! Gitu... tak nak la minum minuman yang memudaratkan tubuh badan kita yaaa... 

Bawa ke mana mana saja HI PRO ! Ke gym... ke pejabat.. ketika beriadah bersama keluarga atau sebelum tidur ! Dikatakan juga HI PRO mampu mengawal tekanan darah dan paling penting , menjaga kesihatan jantung kita tu ! 








Jika korang kaki bersukan atau sejenis yang cukup aktif setiap hari , cubalah amalkan HI PRO ni. Pasti akan terasa kelebihannya. Bagi orang lelaki, haaa... mampu meningkatkan keinginan seksual. Begitu juga untuk orang perempuan. Kunyit hitam mampu melancarkan haid. Eh, banyak la kelebihan kunyit hitam ni sebenarnya. Cuba la Google kalau tak percaya ! 

Hi-Pro mendapat kelulusan dan pengiktirafan Pentadbiran Makanan dan Dadah (FDA).


Ayuh ! Dapatkan HI PRO sekarang di : https://blackghipro.com/ 

 

You May Also Like

4 comments

  1. Aku lebih suka berjalan kaki dari berlari atau berjogging...kalau ada masalah aku berjalan kaki...jauh nye memang jauh gila. Sambil menapak sambil fikir macam mana nak settle masalah, macam mana nak cari duit lebih...nanti idea datang time aku berjalan atau sedang aku berehat....

    BalasPadam
  2. Bila baca oh rupanya untuk kesihatan seksual wanita pun boleh ya. Ingat untuk lelaki je. Bagus ben hidup gaya aktif. Terbaik!

    BalasPadam
  3. Nasib baik singgah sini tadi.
    Sedang mencari minuman untuk semua masalah tu dah cuba macam tapi samo yo.
    Nak cuba ni pulaklah sebab ada kunyit hitam

    BalasPadam
  4. Jaga kesihatan...syukur dapat pergerakan

    BalasPadam