SQUID GAME best ke tak ?

by - Isnin, September 20, 2021

Nampak macam best ! Tapi bila nampak dia dalam kategori 18+ , aku cam... Hurm ! Bahaya kalau tengok dengan anak anak ni. Sekali aku pasang, Qhaliff baring sebelah aku. Terus aku tukar citer lain. Hahaha.. Pastu aku layan dua episod kat telefon pintar aku dulu. Bagi pastikan cerita ni tak merbahaya jika dipasang di skrin besar yakni tv. Hahahaha.. Berhati hati gitu. 

Dan akhirnya , aku terpikat ! Hahahaha.. Pastu check berapa episod keseluruhan drama kali ni. 9 jer ! Haaa ! Ok ok.. boleh layan ! 

Ceritanya simple jer. Ada satu orang ni kerjanya merekrut orang orang yang 'bermasalah' dengan duit. Maklumlah, manusia bila bermasalah dengan duit ni sanggup buat apa saja ! Maka dapat la dikumpulkan sejumlah manusia bermasalah. Dan manusia manusia ni dibawa ke satu pulau. Di sana mereka kena join satu pertandingan. Si juara akan dapat wang yang akan mewah sepanjang kehidupan dia. Gituuuu... 

Cerita dia macam cerita Hollywood gitu la. Boleh tau dah. Ala ala Escape Room gitu la. Sapa kalah , mati ! Tapi disedapkan lagi ! Gituuu.. Fuh ! Bagusnya ialah.. diorang tak berpusing pusing ! Cerita ni terus ke point dia...Tak da nak dipanjangkan dengan babak babak buang masa gitu. 





Ada 5 pusingan dalam pertandingan ni.Hanya seorang saja yang layak jadi juara. Bayangkan mereka terpaksa mengorbankan kenalan mereka.. pasangan mereka dan juga orang yang mereka baru kenal. Fuh, best best ! Dia punya twist tu korang dah boleh agak cuma... haa ! 

Seperti biasa... cerita Korea kalau takda plot twist tak sah la kan ! Hahaha... Dia punya twist tu bukan sekali dua.. berkali kali tapi tak merosakkan cerita la. Memang gempak la citer ni. Puashati tengok. Aku kasi 5 bintang gitu. Babak dewasa ada dua kali jer. Penggunaan bahasa kesat tu , banyak kali la. Maka pandai pandai la yer.. 

Aku tengok kat Netflix.

You May Also Like

0 comments