Follow Kasara Attire ! Cara pujuk hati sang isteri dengan cepat dan mudah.

by - September 01, 2021

Belikan emas kat Kedai Emas Hajjah Halijah  ? Ok la.. tu memang confirm hati si isteri tu cair ! Tapi takkan tiap kali merajuk , nak kasi emas ??? Boleh gonjeng kepala sang suami gini. Melainkan la suami dia tu harta menimbun. Tapi kalau harta menimbun pun , si isteri tak nak emas dah. Boring. Banyak sangat. Mesti dia nak benda lain lak ! Kereta Bugatti Divo ke.. baru padu kan ? Hahahha..

Ok ok.. tu cerita orang orang berduit la. Orang macam aku ni, kais pagi makan esok.. kais malam, belum tentu dapat makan ni.. lain lak ceritanya kan ? Haaaa.. Nak pujuk setahun sekali hadiahkan barang, ok la.. Tapi nak kasi apa ? Hurm.. makan ? Adeh.. Boring ! Sejak PKPD ni , asyik makan.. makan.. makan. Tak mewah pun makan tapi dah belajar makan untuk hidup je. Nak makan sodap sodap tu, hurm... tekak pun dah tak kisah. Tapi kalau ada, ok jeee.. kan kan ? 

Teringat baru baru ni.. semasa aku join talk Ngopi Bersama Uncle Alam yang mana 'artis' undangannya ialah Puan Nik Amella yang mana beliau adalah seorang peniaga online. Antara produk jualannya , memang membuatkan aku jatuh cinta ! Hahahaha.. Aku minat sebenarnya tengok corak flora n fauna pada pakaian perempuan ni. Nampak 'semulajadi' kecantikannya. Bagi aku la.. Kalau corak abstrak pun lawa tapi tak menaikkan kejelitaan. Cenggitu ! Hahahaha...

Kalau pakaian gi kerja tu, aku payah nak pilih sebab bukan aku yang nak tengok dia di pejabat. Asalkan tutup aurat dengan elok , dah la. Tapi kalau kat rumah ni haa.. aku suka tengok dia pakai baju kelawar ! Hahaha.. Seksi gitu.. Auchhh... Hahahaha.. 

Cuma masalahnya... ada banyak corak dan warna. Mana yang sesuai ? Kalau tanya aku.. aku suka warna cerah dan bunga besar besar. Hahahaa.. Maklumlah rabun aku ni. Kang halus halus bunyanya, tak nampak lak mekarnya. Ececece...

Ok.. di Telegram Kasara Attire ni ada banyak pilihan. Harga pun ikut gitu gak. Cuma bab kualiti ni , aku tak pasti lagi. Maklumlah , baru nak cari dan beli. Tu pun tengah pening nak pilih mana. Wife aku ni memanjang suka hijau jer ! Warna gelap. Kalau kalau kasi warna cerah, dia kata.. 

" Abang ni nak kasi saya ke atau nak kasi kat sapa sebenarnya ??? "

Aduh.. tak pasal pasal kena beli dua pasang , semata mata nak pujuk ! Duh, perempuan perempuan. 


KAFTAN BATIK -  100% BATIK Lukisan Tangan. Kain sejuk jer. Material Cotton Viscose tebal.  Handmade yer, Follow Telegram : Kasara Attire


You May Also Like

2 comments