Badan Aariz tiba tiba diserang merah merah dan gatal.Muka aku pun begitu juga !

by - September 20, 2021


Hilang dah merah dia. Ceritanya begini. Sedang dia bersiap sedia nak masuk dalam kolam mandi, tiba tiba dia mengaru garu belakang badan dia. Kemudian dia datang pada aku. Mintak tolong garukan. Aku selak baju dia. Takda apa apa pun. Tapi aku garu je la. Dia mintak garu atas skit. Aku garu je la. Gatal dia makin menjadi. Iskh.. Aku tak nampak apa apa pun ! 

Aku suruh dia buka baju. Dan barulah nampak ! Bintik bintik merah macam baru kena gigit nyamuk yang banyak ! Aku tau menatang ni ! Kalau kita garu, makin menjadi jadi ! Aku tak tau nama dia. Tapi ada la beberapa kali aku kena. Kesannya ? Berparut woii ! Dek kerana garu tu sedap sangat. Huhuh.. 

Bila aku tengok merah makin banyak.. aku kaget ! Er.. aku hilang pedoman jap. Hahaha.. Tak tau nak letak ubat apa. Tiba tiba teringat pada gel mandian Azyma Care  yang senantiasa ada di luar rumah aku. Aku letak situ untuk basuh tangan tiap kali aku amik barang kurier. 

Terus aku sapu seluruh badan dia. Depan dan belakang. Kaki dan tangan. Leher. Kemudian aku biarkan sekejap. Pastu aku bilas dengan air. Aku tanya Aariz samada gatal lagi ke tak ? Dia kata tak dah. Dia nak sambung mandi ! 

Huih... biar betul ??? Aku tengok badan dia betul betul. Memang merah merah tadi dah hilang ! Alhamdulillah.. tak sangka secepat tu hilangnya. Zahra sebelum ni pun bila kena gigit nyamuk terus dia guna Azyma untuk hilangkan gatal tu. Memang tu tujuan aku simpan stok Azyma di rumah. Bukan untuk mandi tapi untuk kes kes kecemasan ni. Heeee.. 



Pencuci muka Azyma ni lak ada cerita dia. Semalam aku bersihkan bawah katil bilik atas yang jarang digunakan. Berdebu haaa.. Sapu dan vacum. Pastu mop lantai. Aku ni ada alergik skit dengan habuk. Muka akan jadi gatal gatal dengan pantasnya ! Terasa miang semacam. Apa yang aku buat ?

Aku cuci muka aku dengan pencuci muka Azyma ni ! Gatal terus hilang. Alhadulillah.. Lega rasa. Risau gak la bila bab muka ni. Kang tak leh buat video Tik Tok dah. Hahahaha.. gurau gurau.. Tapi benar.. dua dua produk Azyma Care ni memang banyak berjasa pada aku. Bab bab gatal kulit , memang aku serah pada dia. 

Layari www.azymacare.com untuk mengetahui sendiri mengapa produk ni bagus ! Mereka yang dah guna , pastinya jadi pengguna setia. 

 

You May Also Like

1 comments

  1. Syukur alhamdulillah, kena bersyyukur di kabulkan Allah kesembuhan ya..

    BalasPadam