Kalau tengok ramai orang di situ... teruslah guna otak sekejap !

by - September 14, 2021



Hurm... Semalam wife bagitau aku dia teringin nak makan satay Katanya lagi, lepas kerja nak singgah kat restoran sedap di Kota Warisan untuk tapau.. Jam ketika tu dah menunjukkan hampir 6 petang. Aku minta tahan hajat tu dulu. Aku ajak hari ni untuk pergi. 

Kenapa ? 

Hari sebelum tu, kami ada ke area sana. Memang ramai la orang dine in kat situ. Bagi aku tak sesuai la untuk menapau time time gitu. Aku ajak dia pergi lebih awal hari ni memandangkan hari ni dia BDR jer. Lebih selamat dan selesa. Itu pun tapau jer. Takda kepentingan lagi untuk makan di situ. 

Hari minggu yang lepas, ada la plan nak gi mandi sungai , di area Hulu Langat. Tapi niat tu dibatalkan sebab tau akan berlaku kesesakan punya ! Tak berani nak berada di tempat ramai orang. Serius tak berani. Dengan kes positif Covid 19 macam skang ni ? Dengan kadar kematian yang mencecah beratus orang setiap hari ? Dengan kawan yang berada di ICU cerita pesakit di sebelah dia hari hari meninggal dunia ! Kau rasa selamat nak berada di tempat awam yang mana orang kat situ pastinya akan buka pelitup muka bagai ??? Pergh.. tidaklah ! 



Buat masa ni, aku sekeluarga berani ke tempat tempat jauh dari manusia lain. Keluar tu memang akan keluar tapi carilah tempat riadah yang lebih selamat dan selesa untuk anak anak. Biarlah orang nak kata apa sekali pun. Lebih baik aku begini dari menyesal di kemudian hari ! 

Melancong ? Andai dibenarkan merentas negeri sekali pun , tidaklah buat masa ini. Biarlah keadaan benar benar tenang dan kembali pulih. Paling ok bila dah ada solusi bagaimana nak kesan orang tu sihat atau tidak dalam masa singkat ! 


Sehingga sekarang aku masih belum dapat hadam bagaimana mereka tu gi jumpa kawan kawan lalu bersantai bersama.. lepak sungai, hiking dan sebagainya...sedangkan mereka bukan teman serumah. Berani betul amik risiko ! Aku respek tul korang. 

Aku ? 

Aku ada 3 orang anak yang masih kecil, di rumah. Biarlah dulu. Takut tu, ada kalanya bagus. 

 

You May Also Like

3 comments

  1. Dalam situasi sekarang takut itu perlu.

    BalasPadam
  2. suasana dalam tiktok tu seram juga. dah la termasuk budak sekali. risau tengok. semua tempat memang ada risiko tp bila dah sampai macam tu, emm

    BalasPadam
  3. kalau rasa tempat tu dah penuh & ramai orang. better cari tempat lain jelah.

    BalasPadam