Rupanya ada tempat menarik di Salak Perdana ni !

by - Sabtu, September 11, 2021

Seperti biasa, hujung minggu.. aku akan brisk walk kat kawasan taman perumahan aku. Tiba-tiba aku ternampak ada sorang perempuan melintas jalan. Berpakaian sukan. Beg hiking di tangannya. Dia ke arah satu tempat yang aku rasakan itu jalan mati ! 

Dia terus berjalan masuk ke dalam ! Eh.. ini kali ke 3 aku nampak orang masuk sini. Dan kelihatan ada banyak kereta di letakkan di sisi jalan ! Aik ??? Aku tau tu bukan kereta penduduk taman situ. Mana berani dia nak parking situ. Haish.. Pelik ni ! 

Aku biarkan dulu. Aku teruskan perjalanan. Nanti sewaktu aku balik, aku jejaki jalan mati tu. Hurmm..



Aku berjalan masuk. Ada kawasan milik AIR SELANGOR dan menariknya.. ada beberapa buah motosikal juga diletakkan di situ. Orangnya takda. Ke mana mereka ? 





Eh... ada denai ! Biar betul ? Takkan kawasan ni ada tempat hiking kot ? Tak silap aku belakang ni, taman perumahan yang mana kes Covid 19 ni kaw kaw punya. Hahaha.. Ramai pekerja asing duduk situ. 

Aku buka Google Maps. Dan tengok apa yang ada di lokasi aku berdiri ni. Dan.. tadaaaa ! Oooowh... betullah.. bukit ni tempat hiking rupanya ! Selama ni aku perasan dah cuma tak tau kat mana jalan masuk dia untuk ke lokasi ni. Rupa rupanya, sebelah taman perumahan aku jer pun ! Caittt..

Sewaktu aku nak keluar dari situ, ada seorang lelaki masuk. Aku angkat tangan pada dia dan bertanya untuk mendapatkan maklumat. Dan hasil risikan aku tu, beberapa makluat aku berjaya perolehi. 
  • Memang tempat hiking.
  • Denai atau laluan tu baru dibuat oleh mereka yang yang berkelayakan. 
  • Trek mungkin dalam 5km 
  • Baru dibuat jer. Masa PKP ni.



Apa yang pasti.. bukit tu kalau pagi pagi hari , memang berkabus la ! Huhu.. Sejuk woii...Kicauan burung pun memang padu kat area tu. Tiap kali aku lalu situ, memang mendamaikan. Cuma persoalan aku sekarang ialah... dengan sapa aku nak masuk ke tempat tu ? Huhuh..



 

 

You May Also Like

2 comments

  1. hahaha...wow!! hiking..kegemaran Etuza tu..rugi tak pergi..elak ja bersentuhan..salam dan duduk jarak dekat..Tetap ya gunaka SOP..langkah berjaga2. Sebelum keluar baca doa keluar rumah, baca juga doa jauhi wabak ya Ben..

    BalasPadam
  2. Ni kawasan greenwood kan? Ramai ke perkerja asing area salak perdana? Saya tengah survey2 rumah area situ

    BalasPadam