Bagaimana nak turunkan tekanan darah tinggi ?

by - Sabtu, September 04, 2021

Hari tu tekanan darah naik sedikit. Tak tinggi pun tapi aku tetap kena berjaga jaga lebih lebih lagi dalam situasi pandemik begini. Dengan usia dah pun menjangkau remaja ni, aku memang perlu berhati hati. Tekanan darah , kolestrol dan juga gula dalam badan. 

Apa yang aku buat selepas dapat tau tekanan darah naik ? Aku check kembali rutin kehidupan aku dalam 2 minggu kebelakangan tu. Pertama sekali, banyak beli makanan luar ! Kedua, tidur lewat tapi bangun awal ! Sudah la tidur lewat bangun awal pastu bersenam. Badan tidak cukup rehat. Tidak bagus juga. Bila kita bersenam, rehat perlulah cukup. 

Penjagaan makanan amatlah penting ! Korang perlu tahu apa yang boleh dimakan dan apa yang tidak. Bersederhana jer. Sesekali lebih baik. Nak makan tu boleh jer. Amik lebih pada nak lepaskan apa yang dihajati. Bukan menurut nafsu ! 

Bahaya tau bila ada penyakit darah tinggi ni ! Lebih lebih lagi bila dah level Hypertension atau Hypertensi ni. Tekanan darah yang tinggi akan mengakibatkan bebanan kepada organ-organ dalam badan dan boleh menyebabkan kerosakan. Di antara komplikasi/kesan akibat penyakit Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi adalah seperti:
  • Otak
  • Serangan Stroke/Angin Ahmar atau Stroke ringan dan sementara (Transient Ischaemic Attack)
  • Penyakit jantung seperti :
    • Coronary Heart Disease
    • Congestive Heart Failure
    • Left Ventricular Hypertrophy
  • Komplikasi pada mata
    • Perdarahan dan kerosakan kepada kawasan yang sensitif dalam mata
    • Keadaan yang dikenali sebagai Hypertensive Retinopathy
  • Komplikasi pada buah pinggang
    • Kegagalan fungsi buah pinggang (paras serum kreatinin tinggi, Microalbuminuria, Proteinuria).
  • Peripheral vascular disease seperti
    • Aneurysm
    • Kehilangan satu atau lebih denyut nadi
Apa petua yang aku amalkan tanpa sebarang ubatan ? Hypertensi atau Tekanan Darah Tinggi  boleh dirawat tanpa menggunakan ubatan melalui : 
  • Perlu mengubah amalan cara hidup anda
  • Amalkan permakanan sihat
  • Kurangkan pengambilan garam dan kolesterol
  • Melakukan senaman berkala
  • Kurangkan berat badan jika berlebihan
  • Atasi tekanan secara berkesan
  • Berhenti merokok
Macam aku yang tinggal di Selangor ni.. keadaan masih PKP Fasa 1. Maka bersenam di luar sesekali setiap pagi. Memadai je brisk walk naik turun bukit. Biarkan Heart Rate tu atas 90 . Selain membantu membakar lemak, ianya turut menguatkan jantung. Kemudian, dengan kedamaian alam sekitar , udara yang segar.. memang bagus untuk tubuh badan kita. Selain itu , dapat mengurangkan stress ketika mengajar anak anak PdPR  ! Hahaha.. 


Kalau takda alatan bersenam, cuba cara body weight. Di Instagram atau Facebook ada je yang rajin ajar.

Bersantai dengan keluarga.. Rileks rileks je gitu.

Jika korang jenis angkat beban atau kuat bersenam, pengambilan Whey Protein turut membantu mengawal tekanan darah. Baca di SINI yer..

Amalkan petua orang dulu dulu.. Cam aku, amik secawan air asam keping dua tiga kali seminggu. Bagus juga untuk mengurangkan berat badan dan juga sistem pencernaan. Ada banyak je lagi cara orang dulu dulu untuk turunkan tekanan darah tinggi.

Amalkan.. bukan sehari dua yer. Kena berdisiplin. Jangan ada off day atau cheat day bagai. Jadikan ritu amalan harian dalam bab ni. Terutama bab makan, tidur dan paling utama , jangan stress stress ! Cuba rileks dan bertenang. InshaAllah.. Aku sendiri pun memang kekadang stress tapi tu la.. kena cepat cepat kawal dan bertenang. 



Semoga Berjaya. Ingat yer.. kesihatan di zaman ni , mahal harganya ! 

 

You May Also Like

1 comments

  1. Relex kan minda, amalkan minum teh, lemon tea, apapun cantik dah bacaan tekanan darah ok bagus..

    BalasPadam