Rezeki bersama lagenda bina badan negara , Sazali Samad !

by - Rabu, September 29, 2021

Seperti blogging ni, aku turut minat dalam dunia jaga badan. Bukanlah aku minat sampai aku tahu semua nama peserta  jaga badan dunia ni ! Yang aku kenal dua tiga jer.. Malek Noor, Othman Yahya dan Sazali Samad. Hahaha.. Lain tak ingat. Heee.. jangan marah aaa.. Bukan apa... nak jaga badan ni, bukanlah mudah. Memerlukan kesungguhan, displin serta semangat yang tinggi. Bila kita ada 3 benda ni dalam diri, inshaAllah.. kita mampu mengawal diri. Dari sudut dunia dan akhirat. Gitulah.  Aku punya minat ni tidak la sampai nak masuk pertandingan atau nak tengok pertandingan gitu.

Aku mula masuk gym selepas badan aku naik mencanak canak. Membulat bagai ikan paus sekali makan untuk 6 bulan ! Ketika tu, umur baru 20an. Gara gara sibuk kerja dan tiada masa untuk bersukan. Dan mula dapat penyakit ! Nah... baru ada akal ! Maka aku mula ubah gaya hidup. 

Bila masuk gym ni, ramai la geng gym yang megidolakan seseorang. Ada target tersendiri. Aku ? Asal awek tengok suka dah la ! Hahaha.. masa tu bujang lagi. Asalkan sihat , syukur. Pakai baju nampak smart. Sebelum aku berisi dulu, aku kurus kering. Buruk aih.. Hahaha.. Awek tengok pun siap kata.." Tak pe la.. Saya ni tak sesuai untuk awak. Awak boleh cari yang lebih baik dari saya ".. cenggitu.. Hahaha.. 

20 tahun aku keluar masuk gym. Memang ada target terutamanya bila dah berjinak jinak dengan dunia media sosial ni. Alhamdulillah... akhirnya ! Akhirnyaaaa... aku terima tawaran lumayan ! Bukan dari sudut ganjaran tapi kepuasan.  Sapa sangka ? Haaaa... bila baca kontrak tu, aku cam.. wow ! Kerjanya memang bukan mudah.. banyak tugasan tapi pulangannya tu, memang TERBAIK ! 

Antara 'kelebihan' yang aku dapat ialah.. dapat buat video latihan bersama Sazali Samad ! Kau giler taknak ? Hahaha.. Memang la ramai je dah jumpa dia dan sebagainya. Tapi bila kau ditawarkan buat video training bersama di bawah jenama produk suppliment memang dah terkenal di Malaysia ni, lain wooo ! Ianya satu 'kemenangan' untuk aku ! Berjaya gak buktikan pada mereka yang mana dulu pandang aku punya minat ni lebih pada membuang masa jer ! Huhuh..

Buat mereka yang tak kenal sangat Mr.Sazali Samad , korang boleh google sendiri yer. Tengok pencapaian yang dia dah dapat. Bukan calang calang kejayaan dia dah rangkul ! Haaaa... banyak wooo ! Aku nak dapat Mr. Sepang pun payah ! 

Ok ok.. dan tiba hari yang ditunggu. Bila baca antara SOP yang bakal dibuat tu, aku cuma risau part kena swab test kendiri tu. Hahaha.. Risau laaa.. Aku kan seminggu ni ke gym bagai. Memang takda contact dengan orang tapi risau tu tetap ada. Kena swab buat pertama kali. Heeee... Berdebar la gak. Maklumlah, orang sihat pon boleh positif. Jadi pembawa gitu. Tak pasal pasal kena kuarantin 14 hari. Dan kesian pada mereka yang menjadi contact aku. 

Lokasi.. ABS FITNESS STUDIO, Bandar Baru Ampang. sejarah tercipta. Mula mula sampai, kena scan pastu swab test. Alhamdulillah... aku sihat adanya. Yang terlibat dalam projek ni pun sama gak kena swab. Gym luas, bersih dan terjaga. Barang barang dia memang padu ! Ni kalau dapat kat aku ni.. fuh, tak sado tak tak laa nak kata apa. Hahahaa..



Tak lama kemudian, Mr. Sazali Samad kita sampai. Orangnya mesra alam. Tak berlagak diva bagai. Senang nak kerja dengan. Takda la nak berlagak otai ke atau orang yang dah cukup power gitu. Masih merendah diri dan mudah menerima pendapat orang lain. Terbaik bang ! Respek !! 

Aku sebagai tetamu jemputan kali ni. Peluang ni aku amik secukup cukupnya. Aku tanya macam macam soalan yang mungkin nampak bodoh tapi bagi aku yang amatur dalam dunia jaga badan ni, ianya ilmu yang cukup berharga.. 




Alhamdulillah.. segalanya berjalan dengan lancar. SOP tetap dijaga. Pakai face mask walaupun ketika dalam latihan. Kita jaga kita. Boleh je nak buka tapi rasanya baik pakai je la memandangkan Lembah Klang masih lagi dalam MERAH. Kan kan ? 

Satu pengalaman berharga bila dapat belajar dari dua orang yang ahli dalam bidang mereka.. Sazali Samad dan Abee Low. Terima kasih NUTRION PRO ! Pembekal produk suppliment sukan bina badan yang terkenal di Malaysia ! 






 

You May Also Like

0 comments