SOP ketat bila berjumpa keluarga !

by - September 12, 2021

Hari pembebasan rakyat Lembah Klang yang dinantikan telah muncul ! Alhamdulillah. Mula mula , aku nak gi lawat mak aku di Cheras nun. Kemudian , nak berjumpa keluarga adik wife. Cuma yang jadi persoalan, bagaimana ? Berani ke nak jumpa ? Di rumah atau di tempat terbuka ? 

Ke rumah mak.. aku hanya mampu ajak jumpa di tempat letak kereta depan rumah jer. Anak anak aku tak kasi turun. Masing masing perlu pakai face mask. Aku pun. Aku minta juga ahli keluarga adik aku serta mak aku pakai juga. TERPAKSA ! Walaupun mereka kata mereka ok tapi aku tak pasti sebelah aku. Wife aku gi kerja pada hari tu. Aku tak nak amik risiko. Aku nak elakkan dari kedua dua keluarga dari 'bermasalah'. Selagi termampu. 

Hanya dapat borak sekejap jer. Dalam 5-10 minit dengan jarak yang selamat. Pastu aku minta diri. Jika dalam masa seminggu dua ni keadaan kes semakin terkawal, barulah aku berani nak masuk rumah. Sedih tu memang sedih. Tapi aku tak nak amik risiko. Aku tak nak satu hari nanti aku menyesal dengan tindakan aku tu. 

Esok harinya.. petang. Tiba tiba wife ajak aku ke Putrajaya. Katanya adik dia sekeluarga ada kat sana. Meronda ronda petang. Tak tau nak pergi mana. Wife nak jumpa dia. Yelah, sejak PKPD hari tu , tak jumpa. huhuh.. 

Aku ok jer. Tapi pastinya SOP sangat ketat bakal terlaksana. Hahaha.. Suaminya golongan berisiko. Walaupu dah lengkap vaksin, risiko tak berani nak diambil. Aku lagi senang begitu sebab aku pun bukan berani lagi nak jumpa dan lepak dengan orang luar. Mungkin sebab dah trauma. Hahahaa.. Perlu masa untuk mengembalikan keyakinan. 



Anak anak nasib baik dah faham. Diorang pun buat hal sendiri jer. Walaupun rindu nak bermain bersama tapi diorang tau bahayanya COVID 19 tu. Hurm.. sian tengok memasing. Borak jap dalam 10 minit gitu.. masing masing beransur. Yang penting , face mask tak ditanggal. 

Menariknya.. sebelum naik kereta.. masing masing basuh tangan. Walaupun takda sentuhan sama sekali. Hahahaa... Keselamatan diutamakan. 


Aku respek betul keberanian mereka yang jumpa kawan kawan yang dah lama tak jumpa pastu lepak bersama. Gi beriadah bersama. Bersukan bersama. Lepak mamak minum minum. Aduh laaa... tabik hormat weh ! Aku tak berani lagi. Entah la.. bila nak berani pun aku tak tau lagi. Gi jogging pun sorang sorang. Cari tempat takda orang. Hahaha.. 

You May Also Like

0 comments