Selepas Aariz Iman, nak letak nama apa ?

by - Rabu, September 08, 2021



Setiap anak tu , bawa rezeki pada ahli keluarganya. Aku teringat lagi Qhaliff dan Zahra. Mereka lahir , pakaian, stroller dan peralatan baby memang ditaja terutama oleh Mothercare.Memang bersyukur sangat la aku pada Allah. Tak sangka la gitu. Bukan murah murah barang dia terutama stroller. Harga beribu ribu haaa... Huhuh.. 

Kemudian Aariz.. dia punya rezeki , sejak dari dalam perut lagi. Dia baby Klinik Azalea Putrajaya. Dr. Azie yang uruskan semua hal dia. Alhamdulillah.. Memang terbaik pengurusan mereka. Kemas dan profesional. Hinggalah ke lahirnya Aariz di Prince Court Hospital. Ni ada cerita tersendiri ni. Huhu.. Semoga Allah murahkan rezeki Dr.Azie dan Klinik Azalea. 

Cari doktor peribadi yang baik baik. Mulut manis. Kerana apa yang dia kata tu, adalah doa buat anak kita/ Macam kes Aariz ni la.. ketika buat scan 4D gitu, dia nampak dah baby boy. Pastu dia kata hensem baby ni.. Aku cam pelik jer ! Camana dia tau hensem ??? Tapi aku tak hairan la orang perempuan ni. Memang naluri diorang power ! Hahaha.. 

Alhamdulillah.. 7hb September, 5 tahun lalu.. Aariz selamat dilahirkan. Ada peristiwa gak la berlaku ketika di bilik persalinan. Tapi bersyukurlah dapat bilik persendirian. Huhu.. Rezeki Aariz sungguh. Tak sangka sangat. 



2 tahun sambut hari lahir secara bersederhana. Saja je aku buat sederhana. Yang penting , ahli keluarga tercinta tu ada. Nak didik bersederhana. Cenggitewww ! Kang dah sedap bermewahan, letih lak tiap tahun gitu. Biar ada kakak, abang dan ibu bapanya. Cukup. Kan kan ?

Aariz... manja dan banyak akal. Dapat dari abang dan kakak dia. Memerhati je setiap tindak tanduk 'orang atasan' dan ikut. Bahaya tul dak ni. Bila buat salah, cepat cepat dia tunjuk sign LOVE ! Kalau kena marah gak, dia menangis pastu cakap la..

" Aariz baru je sayang daddy... " Adoilah.. ayat pun.. 

Kalau tanya nak hadiah apa ? Dia jawab... Bugatti.. dia pengumpul kereta Bugatti.. Huhu..




 Alhamdulillah.. Tahun depan dia masuk sekolah sama dengan abang dan kakak dia. Jimat dah pra sekolah. Huhuh.. Boleh simpan duit untuk masa depan dia. Dah boleh membaca skit skit. Tapi dia ni lebih pada menghafal. Ok la.. dari tak leh langsung kan ?  Bukan nak gi Oxford dah pun.. Huhu..

Selepas Aariz ? Hurm.. Kalau takda Covid 19 ni.. memang pelan nak nombor 4 sebelum 'tutup kilang'. Hahahaha... Zahra nak adik perempuan. Katanya takda kawan. Aariz tak nak adik. Nanti dia bukan 'adik' dah. Hahahaa.. Abang dia ? Tak kisah pun.. 

Kalau ada.. nak letak nama apa ? Kalau lelaki.. Ben Jr ? Perempuan... Zahra nak Aisya... Huhu.. Tak kisah la.. Yang penting, mereka menjadi manusia yang beriman dan taat pada Allah. Berjaya dalam kehidupan. Berguna pada negara dan tidak menyusahkan orang lain. 

You May Also Like

1 comments

  1. Sekejap je dah besar semua. Dari Qhaliff kecil sampai dah besar. Dagu semua memang sepesen.. :)

    BalasPadam