Fikir panjang nak masuk gym !

by - Khamis, September 23, 2021

Hampir 5 bulan kan kita berPKP terutama di Selangor ni ? Kespositif Covid 19 sekitar 1km taman perumahan aku tinggal ni pun dah naik ke 100+ yang mana sebelum tu dalam 2 digit jer. Menakutkan ! Tapi nak tak nak, kehidupan perlu diteruskan. 

Sejujurnya dalam masa PKP tu, aku dah hampir diserang panic attack ! Rasa takut yang amat sangat serta cuak tak tentu pasal ! Bayangkan nak pergi ke kedai runcit depan rumah pun gementar dia macam nak gi jumpa pengetua selepas terkantoi ponteng sekolah ! Haaa.. 

Bila wife dikehendaki kembali ke pejabat , aku punya takut tuu.. Fuh ! Mengigil je kat rumah. Berdoa wife di pejabat dilindungi. Dan bila  dapat tau ada 1-2 kes positif melibatkan staff bahagian lain.. aduh! takut woi ! 

Aku kembalikan keyakinan diri dengan brisk walk dan jogging di kawasan taman. Takut tu memang ada. Tapi aku yakin jika aku jaga SOP dan ada penjarakan fizikal dengan orang lain.. inshaAllah selamat. Dan jangan sentuh tempat tempat yang tak perlu disentuh. Jika sentuh , pastikan tangan itu dibershkan dengan sebaiknya. Guna sabun ! 


Alhamdulillah.. aku keluar pagi hari untuk brisk walk selama 2 jam bila wife aku BDR dan juga hujung minggu. Buat untuk kekalkan stamina dan kecergasan. Dan bersenam bagus untuk menguatkan sistem imunisasi badan kita. 

Pengumuman PPN terbaru... Lembah Klang ke Fasa 2. Bermakna banyak sektor dibuka. Begitu juga dengan pusat gym yang dah lama bersawang. Kesian juga pusat gym ada yang terpaksa gulung tikar.  Pengumuman ni lama dah dinantikan ! Huhuh.. 

Persoalannya... berani ke tak nak pergi gym ???

Kawan kawan sealiran di Facebook , dah mula post gambar mereka di gym. Alhamdulillah... SOP diikuti dengan baik. Aku, masih menanti. Tunggu kes di kawasan aku benar benar turun dan sesuai untuk pergi ke gym. 

Akhirnya, hari ni aku beranikan diri kembali ke gym ! Hahahaha.. Dengan SOP penuh. Pastikan dalam gym benar benar selesa, ikut SOP dan tak ramai orang. Lagi pun , port aku workout di atas. Takkan ada yang berani nak naik atas melainkan dia tau apa ada kat atas tu ! Hahahahahhahahaa... 




Sistem aliran , ok. Guna kipas. Tingkap dibuka. Walaupun ada yang buka face mask , aku tetap gunakan face mask aku. Nasib baik aku dah sediakan face mask khas untuk bersukan Jenama Under Armour yang memang selesa ketika bernafas laju. 



Hand sanitizer disimpan dalam beg. Walaupun gym dah sediakan tapi aku tetap gunakan aku punya gak terutama selepas pegang dumbell atau besi dalam tu. Tuala untuk lap peluh, sila bawa sendiri dari rumah. Bila selesai. sebelum keluar dari gym.. gi bersihkan diri dulu. Sabun tangan tu betul betul. Dan sebelum masuk rumah.. bersihkan diri dulu. 

Nak tak nak... aku kena beranikan diri ! Jika tidak , aku akan ketakutan dan tak mustahil boleh diserang panic attack ! Sampai bila nak hidup dalam ketakutan gini ? Nak tak nak.. kita kena teruskan kehidupan! Yang penting... kita ikut SOP seperti yang disarankan. InshaAllah.  Selebihnya, kita tawakal dan berserah pada Allah. 








You May Also Like

4 comments

  1. Dalam keadaan sekarang ni takut + tawakal = reda

    BalasPadam
  2. Salam ziarah..
    semoga sentiasa sihat ya..
    Bila nak pergi keluar rumah. pasti ada doa..hanya padaNya kita bermohon. yakin dan pasti kita dijalan yang benar maka kita dirahmatinya ya. InshaAllah

    BalasPadam
  3. interactive-flat-panel
    Adopt full aluminium alloy panel structure, anodized surface process, ultra-narrow frame, rounded corner design, fashion and beautiful appearance
    4mm tempered glass with anti glare 3.Advanced IR 20 touching technology.
    The OPS host module adopts plug structure design, internal Inter standard 80pin interface, without any external power line and signal line, which is convenient for inspection, maintenance and upgrade, and achieves the aesthetic effect of the machine
    Front side interface: Public USB*3,Touch-USB*1,HDMI*1
    Front 8 buttons: POWER ,Input ,Menu, V+, V-, ECO, Home, PC-POWER(Power button for OPS PC only)
    Front side speakers, Prevents noise distortion due to embedding
    Adopt a high-performance infrared touch technology with anti-blocking and anti-stain functions, and the touch reception will not affect normal writing after blocking at single or multiple infrared transmitting points;

    BalasPadam