Bagaimana nak turunkan berat badan dengan cepat dan mudah ?

by - Jumaat, September 24, 2021

Aku suka makan nasi kandar. Maggie ! Kalau makan, tak ingat dunia dah ! Bak pepatah yang aku pegang dulu.. hidup untuk makan ! Hahahaha.. Kesan dari tu, badan aku naik macam belon. Baju melayu yang aku baru beli , dah tak boleh pakai. Berjalan naik tangga, dah mengah.  Walhal dulu, aku rajin je bersukan. Main bola, badminton, sepak takraw dan berjogging. 

Kesan dari tu juga, aku dapat penyakit tekanan darah tinggi. Ditambah lagi dengan stress bekerja ! Di usia muda ! 20 an !! Dah ada hypertension !! Ko rasa ?? Muda muda lagi dah ada penyakit merbahaya. Sekarang ni kita dah boleh nampak betapa bahayanya penyakit penyakit yang berpunca dari diet makanan yang tidak betul. 

Apa yang aku buat ? Bersenam , bersenam dan bersenam. Namun masih gagal. Apa yang tak betul ?? Hurm... bila dah berumur gini , baru la nak sedar. Ditambah lagi dengan ilmu dari geng geng gym... barulah nak betulkan. Tak terlambat lagi. Dan aku pun boleh kongsikan pada kawan kawan.. 

Dan sekarang , walaupun berat badan aku sama macam dulu yakni 90+kg , tapi bentuk badan jauh beza dari sebelum ni ! Yang lebih ketara nampak ialah badan lebih lean dari sebelum ni. Nampak lebih kemas gitu. Bukanlah nak jadi model ke apa.. tapi lebih pada nak jaga badan jer. Bila pakai baju tu nampak la kemas skit. Bini pun senang hati tengok ! Takda la nak puji pelakon Korea bagai. Kan kan ? Hahaha.. 

Apa yang aku buat ? 
  • Jaga makan. Elakkan malam lewat malam. Banyak makan makanan berprotein tinggi. Sayuran dan juga buah buahan. Yang buah ni aku suka buat jus gitu. 
  • Senaman. 2 kali sehari. Pagi hari dan petang mahupun malam. Camana pun aku cuba nak dapatkan 1000 kalori sehari ! Baru badan terasa segar keesokkan harinya. 
  • Tapi untuk pastikan badan dapat recovery yang baik, aku amik MMX Whey Protein dan juga tingkatkan metabolisma bagi membantu pembakaran lemak lebih pantas dengan  mengambil MMX Amino Shred. Dua ni boleh korang dapati di Nutrionpro.My. Dulu aku ada amik juga fat burner, tapi kepala aku sakit dan tekanan darah naik. Tak sesuai sangat. Amino Shred ni sesuai sangat sebab dia menggunakan L-Carnitine. Tekanan darah pun stabil jer. Boleh baca kat artikal SINI .
Mudah je kan ? Bukan susah pun. Nak dibandingkan dengan dok makan.. makan.. makan ! Penat wehh.. Pastu korang kena tau.. badan sihat ni, antibodi pun kuat untuk melawan Covid 19 ! Kombinasi makanan dan senaman sangatlah penting. 








Dalam umur 45 tahun ni, kita wajar jaga kesihatan. Walaupun dah kena ingat mati tapi bukanlah bererti kena tolak tepi kesihatan. Badan kita ni amanah Allah. Kena pastikan dalam keadaan baik baik. Ikut pada kemampuan kita. Jangan dok isi dengan makanan memanjang jer. Makan tu boleh tapi berpada pada. 

Tukar gaya hidup kita. Jangan sampai satu saat nanti, kita tak mampu bergerak lagi.. ketika tu barulah teringin nak berjogging.. nak skipping.. nak brisk walk pagi pagi tanpa sebarang sakit sana sini ! 
 

You May Also Like

1 comments