Jika anda seorang yang layak menerima zakat dan mempunyai bermasalah sosial ? Perlukan bantuan serta sokongan ?

by - Jumaat, September 17, 2021

Mereka yang layak menerima zakat ni , dipanggil asnaf. Asnaf ni pulak ada macam macam kategori. Di Selangor , ada satu golongan asnaf yang  mempunyai masalah sosial di mana mereka ini memerlukan bantuan khusus bagi memulihkan keadaan mereka. Mereka dipanggil Al-Riqab !

Untuk pengetahuan rakan rakan, Majlis Agama Islam Selangor ( MAIS ) yang bertanggungjawab jawab menguruskan Al-Riqab ini. Mereka mempunyai satu bahagian khas yang dipanggil Bahagian Pemulihan Al-Riqab. Wang zakat digunakan bagi membantu golongan ini. 

Ar-riqab adalah salah satu golongan yang berhak menerima zakat. Di dalam ayat 60 surah at-Taubah yang bermaksud,“Sesungguhnya sedekah-sedekah (zakat) itu hanyalah untuk orang-orang fakir, dan orang-orang miskin, dan amil-amil yang mengurusnya, dan orang-orang muallaf yang dijinakkan hatinya, dan untuk hamba-hamba yang hendak memerdekakan dirinya (ar-riqab), dan orang-orang yang berhutang, dan untuk (dibelanjakan pada) jalan Allah, dan orang-orang musafir (yang keputusan) dalam perjalanan. (Ketetapan hukum yang demikian itu ialah) sebagai satu ketetapan (yang datangnya) dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.”


APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN Al-RIQAB ?

Riqab adalah seorang yang terbelenggu di bawah satu kuasa yang menghalang kebebasan dirinya. Belenggu yang dimaksudkan adalah satu kuasa luaran atau keadaan yang merampas dan menjatuhkan maruah dan kebebasan seorang muslim. Mereka ini terdiri daripada : 
  • terbelenggu dengan masalah dadah ;
  • terbelenggu dengan masalah jenayah syariah ;
  • terbelenggu dengan amalan salah Islam ;
  • terbelenggu dengan gaya hidup songsang ; 
  • terbelenggu dengan kes juvana ; 
  • terbelenggu dengan penyakit kronik ( HIV/AIDS ) ;
  • terbelenggu dengan amalan syirik / khurafat ;
  • akidah terpesong ;









Asnaf Al-Riqab ini dibantu MAIS melalui beberapa pendekatan ;
  1. Pemulihan melalui program I'laj & Rehan secara berkala dengan kerjasama;
    • Jabatan Kesihatan Negeri Selangor
    • Agensi Anti Dadah Kebangsaan dan 
    • Pertubuhan Islam Bukan Kerajaan 
  2. Ziarah ke rumah asnaf Al - Riqab.
  3. Bimbingan agama secara berjadual setiap minggu kepada asnaf Al - Riqab yang berada di luar pusat.
  4. Sokongan dan kesedaran kepada keluarga yang mempunyai waris yang terlibat dengan penyalahgunaan dadah.
  5. Bimbingan kepada keluarga asnaf  Al - Riqab supaya redha dan prihatin kepada ahli keluarga yang tergolong sebagai asnaf Al - Riqab.
  6. Bantuan rawatan spiritual islam dan rawatan klinikal melalui pusat - pusat rawatan yang di iktiraf. 


Pelbagai program-program yang dijalankan oleh pihak MAIS untuk asnaf Al - Riqab. Antara program - program yang dijalankan menggunakan tiga modul iaitu Modul Istitabah, 

Modul Transformasi Insan dan Modul Pemulihan Komuniti DiSayangi (LGBT) adalah ;
  1. Program kaunter pameran dan penerangan bahagian pemulihan Al - Riqab MAIS.
  2. Program temuseru asnaf riqab (mak nyah).
  3. Program Mukhaiyyam asnaf riqab (mak nyah).
  4. Program temusahur asnaf Al - Riqab.
  5. Kelas bimbingan agama.
  6. Rawatan spiritual Islam.
  7. Program tautan mahabbah.
  8. Ziarah ke rumah.
  9. Program penghayatan Islam.
  10. Agihan bantuan sempena menyambut Syawal.
  11. Kelas bimbingan fardu ain.
Usaha yang dilakukan oleh MAIS ini wajar kita sama sama turut ambil bahagian. Jika kita ada kenalan , kawan-kawan , saudara mara yang memerlukan bantuan, tak kira la dari negeri mana sekali pun.. hubungi segera MAIS. InshaAllah, mereka akan membantu dengan sebaik mungkin. Jangan biarlah mereka hanyut dengan lebih jauh. Mereka perlukan bantuan kita. Mainkan peranan kita dalam membantu mereka. 


Bahagian Pemulihan Al - Riqab
Sektor Pembangunan Sosial
Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)
Kompleks MAIS Klang
Tingkat 2, 3 Dan 6 Kompleks MAIS
Lot 336 Jalan Meru Off Jalan Kapar
41050 Klang, Selangor.
No Tel : 03-33614000 / 03-33614080


You May Also Like

0 comments