Semakin banyak gym ditutup ?

by - Jumaat, September 03, 2021


Hurm.. Posting dari Dato Zaki Khan di Instagramnya. Sebelum tu aku nampak beberapa post di Facebook yang mana ada penjualan barang gym secara murah. Apakah tandanya itu ? Bukan yang baru punya yer.. Yang terpakai ! 

Bila gym boleh beroperasi agaknya ? Jika sebulan dua lagi masih belum ada kebenaran untuk beroperasi, aku rasa memang akan ada lagi yang gulung tikar ! Malah jika dibuka dalam masa terdekat pun, belum tentu dapat cover pelanggan seperti dulu. Ramai tak berani nak pergi gym.. melainkan jika ada SOP yang cukup  tegas dan selamat ! 

Setahu aku la.. gym belum mencetuskan lagi kluster setakat ni. Gym gym yang aku pernah pergi pun memang tegas bab SOP dan penjagaan kebersihan ni. Tapi itulah.. semakin hari , semakin kurang tegasnya ! Malah aku sendiri pernah menegur berkali kali. Jika tidak tegas , tak mustahillah gym boleh ditutup untuk lebih lama lagi ! 

Contoh SOP di gym yang lepas.. 
  • Pastikan pemakaian face mask sebelum dan selepas aktiviti.
  • Pastikan langkah-langkah kebersihan sebelum, semasa dan selepas menjalankan aktiviti dipatuhi.
  • Pastikan penjarakan sosial di dalam Gimnasium Rakyat -
    •      a) Aktiviti Statik: 1 – 3 m
    •      b) Aktiviti Dinamik: 3 - 5 m      
  • Aktiviti fizikal yang melibatkan sentuhan fizikal (anggota badan) dan berintensiti tinggi adalah DILARANG dilakukan di Gimnasium Rakyat KBS.
  • Pastikan peralatan yang dikongsi secara bersama dibersihkan, dinyahkuman dan disimpan semula dalam keadaan yang baik selepas setiap kali penggunaannya.
  • Mempraktikkan tidak bersalaman / bersentuhan.
  • Pastikan pengurangan interaksi sosial sebelum, semasa dan selepas melakukan aktiviti kecergasan di Gimnasium Rakyat dengan pengguna lain.
  • DILARANG berkongsi air minuman, makanan, pakaian, tuala muka yoga mat dan peralatan peribadi. Pengguna DIGALAKKAN membawa sendiri keperluan tersebut dari rumah.
  • Dilarang meludah sebarangan / merata-rata.
  • Pastikan aktiviti senaman yang sesuai dan sentiasa elakkan kecederaan.
  • Pastikan meninggalkan Gimnasium Rakyat secepat mungkin selepas selesai melakukan sebarang aktiviti latihan.
Aku nampak.. payah orang nak ikut SOP ni. Tunjuk bagus satu hal. Tak nak dengar cakap. Bila kena tegur, tengok kita macam nak ajal bergaduh. Yang ikut dan patuh SOP tu ramai je ada tapi golongan ini akan jadi 'mangsa' pada yang si bebal ni ! Abis semua bakal kena swab test dan kuarantin. Gym ? Sah sah kena tutup beberap hari ! Sapa susah ?

Apa yang aku harap sangat ialah bila gym dibuka nanti... pemilik dan kakitangan mestilah tegas setegasnya !  Patuh SOP dan undang undang ! Ni dalam gym pun ada yang hisap vape bagai.. bila tegur, muka tenuk dipamerkan ! 

Aku berharap sangat gym dapat dibuka dalam masa terdekat dengan SOP yang cukup tegas ! Kesian pada owner owner gym ni. Kalau banyak yang tutup , tak mustahil nanti gym pasni akan kembali dengan harga kayangan.. tak mampu dah aku nak masuk gym ! 


You May Also Like

0 comments