Tekanan darah tinggi ? Amalkan gaya hidup sihat.

by - Isnin, September 27, 2021

Alhamdulillah... Ok bacaan sejak aku tukar gaya hidup ni. Dulu, aku kerap sakit kepala. Kerap urut dahi. Kerap sakit leher. Anak anak mangsa kemarahan ! Silap sikit jer, kena marah. Panadol, memang kerap ambil bila sakit kepala. 

Kenalan aku yang punya penyakit sama dengan aku, Hypertension.. ada yang dah meninggal dunia. Sebelum meninggal dunia, koma ! Mereka muda lagi. Aktif bersukan. Fizikal pun ok. Tapi kenapa ada masalah Hypertension ni ? 

Tekanan perasaan ? Tu nombor satu ! Selain tu ? Pemakanan !! Tahukan yang mana pemakanan ni amatlah penting sekali. Jika pemakanan tak dijaga, memang mengundanglah pelbagai penyakit. Kemudian , kena rajin bersenam. Bersenam ni tak perlu la lama lama. Paling mudah pun , buatlah awal pagi selepas subuh. Berjalan kaki setengah jam pun dah ok. Pastu pergilah kerja. Pandai pandai atur jadual. Yang penting , waktu tidur tu kena jaga. Tidur awal. Elakkan la tonton drama sampai lewat malam. Hujung minggu ok la.. sesekali. 

Bila kita atur masa dengan betul, kita akan dapati masa tu cantik je untuk kita. Siap ada lebih lagi.  Tidur kita pun tak semestinya kena sampai 6 jam. Yang penting tidur awal. Nanti badan kita sendiri akan kasi tau kita dah cukup tidur. Jika tidur lama pun, badan akan letih. Bukan makin sihat pun. 




Cari makanan atau minuman dari sumber sumber yang sihat. Elakkan makan makanan yang berproses. Faham kan ? Terutamanya makanan segera. Lebih baik, masak sendiri. Kalau tak mampu nak masak sendiri, cuba cari makanan yang kurang garam atau bahan bahan pengawet yang tinggi. Haaa... 




Macam aku.. bangun seawal pagi. Selesaikan yang wajib. Jika wife tak ke pejabat , aku akan brisk walk atau ke gym. Balik, tunaikan kerja kerja rumah. Buat kerja kerja aku lak pastu. Anak anak, buat kerja mereka. Bila begini aktiviti dan jadual kita, InshaAllah takkan stress. 

Nah... korang ada pilihan. Jangan kata takda. Jangan sampai satu masa nanti, korang akan kata.. MENYESAL AKU TAK UBAH GAYA HIDUP AKU ! Ingat.. kesihatan itu mahal harganya. Mahal sangat. 

 

You May Also Like

2 comments

  1. Betul, kesihatan itu rezeki yang berharga.

    BalasPadam
  2. Selamat maju jaya dalam kejar kesihatan fizikal rohani dan jasmani

    BalasPadam