Ramai orang di Pantai Bagan Lalang , Sepang tapi...

by - September 18, 2021

Pantai Bagan Lalang ni tak jauh dari rumah aku. Dalam 40 minit perjalanan jer. Tu pun ikut jalan lama. Takda tol. Jimat. Heeee... Alhamdulillah. Ada juga tempat riadah dekat dengan rumah. Boleh la sesekali pergi dengan keluarga. Rasanya ni kali 4 kot sepanjang aku bergelar warga Sepang ni. Heee.. 

Ok.. Kerajaan dah kasi kelonggaran untuk penduduk Lembah Klang. Dan pastinya, Bagan Lalang ni diserbu pada hujung minggu ! Nak tak nak, aku pakat ngan wife.. Dia kena amik cuti sehari. Bawak anak anak ke sini. Tengok langit biru sambil main pasir. Nak main air laut , nun jauuhhhhhh di sana. Landai sangat pantai sini. Ok la.. Terasa selamat sikit. Huhu.. 

Jam 8 pagi, kami sekeluarga bertolak dari rumah. Dalam jam 9 sampai situ. Berhenti beli makanan dulu. Nasi kerabu power di Salak Lama.  Sedap woii ! Nak makan mengadap laut nanti. Dah 4 bulan asyik makan mengadap pagar rumah jer. Hahahaa... 



Tempat yang ada dan selamat , ada di belakang tempat letak kereta aku. Situ ada tempat teduh. Berumput. Beralaskan dengan poncho khemah warna biru, kami sekeluarga duduk sarapan pagi di situ. Fuh, pertama kali selepas hampir 5 bulan terkurung di rumah. Terasa seronok sangat. Alhamdulillah. Masih sekeluarga kami di sini. 

Siap makan.. terus ke tepi pantai. Zahra nak main pasir. Aariz pun. Abang dia, sebenarnya nak ke sungai. Tapi port yang aku nak bawak tu, tak dibuka untuk orang awam lagi. Huhuh.. Nak tak nak, lepak sini je la. 

Kemudian berjalan jalan tepi pantai. Ada yang pasang khemah. Seronok aih. Siap masak masak gitu. Best best ! Ramai yang stress duduk rumah kan ? Ni la masanya. Yang bagusnya.. masing masing jaga SOP. Ada penjarakan antaras satu sama lain. Aku sekeluarga, masih kenakan pelitup muka walaupun berada di tepi pantai. Tak nak amik risiko. 








 
Sisa makanan kami tadi, aku bawa pulang ke rumah selepas melihat tong sampah penuh dah dengan sampah sarap. Kelihatan kemas dan tersusun. Sayangnya di tepi pantai tadi , masih ada botol botol minuman yang dibuang begitu saja tanpa ada rasa sesalan. Bengap tak sudah orang yang membuangnya tu ! Kelihatan masih baru lagi. Haihhh.. 

Ketika aku sampai tadi pun dah kelihatan pekerja Majlis Pembandaran membersihkan kawasan ni. Dan tak lama kemudian, datang lori sampah dan mengutip semua sampah sarap yan dikumpulkan tu. Terbaik ! Kelihatan bersih dan cantik.  Tandas pun kelihatan ada penjaganya. 





Kami kat sini, sejam jer. Aku tak nak lama lama. Matahari semakin meninggi. Wife pun dah lama tak main matahari. Katanya sakit kepala dah. Terus balik pastu. Anak anak, gembira tak terkata. Nak ke sungai pulak kata mereka. Heheee.. Aku suruh wife amik cuti minggu depan. Kena jeling dah aku ! Hahahaa.. Dah tu ??? 

You May Also Like

5 comments

  1. Wah seronoknya dapat lepak2 tepi pantai. BTW,selamat beriadah Ben.

    BalasPadam
  2. Boleh saya tahu nama kedai nasi kerabu Sedap tu

    Kak salinan kl

    BalasPadam
  3. Beriadah tapi masih patuh SOP ok sangat. Alhamdulillah.

    BalasPadam
  4. Ok la tu masing2 ikut SOP. Minggu lepas kinah ke Pantai Morib, yes ramai yang ikut SOP di sana, tapi botol air, mask yang dah guna merata tempat. Hmm tak tau nak kata apa dah

    BalasPadam