Seronok beriadah di Putrajaya tapi menakutkan woi !

by - Ahad, September 19, 2021

Aku tengok cuaca. Cantik pagi ni. Nak keluar brisk walk ? Hurm.. semalam ada janji nak bawak budak budak ni lepak Putrajaya. Bersenam di malam hari. Tapi hujan lak. Tu yang aku nak ganti dengan pagi ni.  Huhuh.. Esok lak dah mula kembali ke sekolah... sian aku nak stress berPDPR ! Hahahaa...  

Siapkan diorang. Pastu terus gerak ke Putrajaya. Meriah woii ! Hahaha.. Yang berbasikal. Yang berlari. Yang berjalan. Fuh... yang menariknya , yang pakai face mask ketika berada di tempat ramai orang gitu , tak ramai. Berani sungguh la hai.. macam takda apa apa yang berlaku je kat Malaysia ni !

Bersukan tak perlu pakai face mask ? Yer.. tapi jika berada di satu tempat yang mana ada ramai orang, maka lebih baik berhati hati, kan ? Jangan kita lupa yang mana Covid 19 ni boleh menjangkiti melalui sporadik. 

Maka aku amik pendekatan berhati hati dan dalam pada masa yang sama, nak didik anak anak aku untuk senantiasa menjaga SOP walaupun di mana mereka berada. Antaranya ialah, pakai face mask  walaupun di tempat terbuka , jangan sentuh permukaan yang tak sepatutnya disentuh, bersihkan tangan dengan sabun dan jauhi dari orang ramai. 








Berjalan sekejap jer. Zahra mengadu kelaparan. Huhuhu.. Yelah , malam tadi pun diorang tak makan sangat. Kenyang dek kerana tengahari dah makan banyak.  Ternampak bangunan MOF. Teringat pengalaman aku bekerja dalam tu. Bangunan kerajaan pertama yang aku pernah jejak. Tercapai cita cita aku nak merasai bekerja di Putrajaya. Sewaktu awal pembinaan Putrajaya ni, aku pernah simpan angan angan yang mana aku nak merasai pengalaman bekerja di situ. Alhamdulillah.. tercapai juga. 

Seronok memang seronok tapi.. tu la. Orang kata jadi penjawat awam ni bagus. Masa depan cerah. Dari segi kelangsungan hidup tu , memang la best. Tapi dari satu sudut lagi.. hurm... Hanya mereka saja mengetahuinya. Huhuh..

Siap jalan jalan. Bersihkan diri. Tangan kaki bagai.. Masuk dalam kereta. Ke McDonalds. Tapau sarapan pagi dan kembali ke tempat parking tadi. Ada port untuk makan. Hehehe.. Tong sampah pon ada kat situ untuk memudahkan urusan pembuangan sampah. 

Yer.. Putrajaya ni memang seronok sesekali pergi bersama keluarga. Tapi berhati hatilah juga yer. Kes Covid 19 dalam negara masih tinggi. Begitu juga dengan kes kematian. Jaga diri yer..


You May Also Like

0 comments