Israel bantah akhbar Mesir siar kartun gambarkannya Nazi
KAHERAH 29 Jun - Kedutaan Israel di sini mengemukakan aduan kepada akhbar parti pemerintah Mesir mengenai penyiaran sebuah kartun yang mengaitkan rejim Zionis itu dengan Nazi Jerman.
Aduan itu adalah langkah luar biasa kerana kedutaan tersebut lazimnya tidak mempedulikan kritikan daripada media Mesir.
Al-Watani al-Youm pada 15 Jun lalu menyiarkan kartun menunjukkan sebuah kapal bantuan kemanusiaan yang menuju ke Genting Gaza ditangkap oleh seekor sotong kurita yang membawa bendera Israel, tetapi lambang swastika Nazi dan bukan simbol Star of David tertera pada bendera itu.
Akhbar minggu itu ialah lidah rasmi Parti Demokratik Kebangsaan pimpinan Presiden Hosni Mubarak.
"Kedutaan Israel memilih untuk mengulas mengenai karikatur itu kerana Israel disamakan dengan fahaman Nazi.
seterusnya >> UTUSAN
BA : Dalam bijak ada gak ngeng dia yer..
Sebentar tadi dia adala berYM jap ngan aku.. bertanya khabar begitu begini.. Kemudian dia bertanyakan aku sesuatu .. tentang blog yang perlu didaftar tu ..
Dia cakap dia dah berkali kali tekan url yang diberikan oleh aku di dalam entri tu.. Hurm .. Pada mulanya aku fikirkan dia bergurau.. Maklumlah , dia ni ada satu jenis penyakit..cakap skit pastu gelak... hahaha...
Aku terus layan pertanyaan dia .. Sampailah aku suruh dia berikan aku url website tu.. Dia punya laa pergi cari sungguh sungguh !! Mmg betul betul budak ni terkena ngan aku .. Aku ingatkan dia ni tahap bijak ala ala Che Det tapi rupanya ala ala aku je.. hahaha.. kira aku tinggi skit la .. hahha..
Punya la dia paste url tu !! HTTP://WWW.AKUTIPUJER.GOV.MY ... Dia boleh tak perasan ? hahahhaa.. aku gelak guling guling kali ni.. biasa dia yang gelak ... hhahaha..
BA :AYIE OH AYIE.. hang p tidoq .. ni mesti kes tak cukup tidoq...
Satu petang , aku terima sms dari seorang rakan ...
Dia : Salam... hang punya pisau ada kat aku la ..semalam kan aku pinjam sat sbb nak potong tali tu.. Nanti aku pulangkan balik tau ..
Aku : Oooo.. patut laa aku cari pisau tu tak da kat umah aku ...Sian bini aku..tak pasal pasal siang ikan guna gergaji ...
Dia : Erk ...
Dah macam WWE lak eh.. segalanya kena bayar .. kita nak tengok bola pun bayar... Mereka yang bermain atas padang pun ibarat pelakon .. Kita jugak yang terjerit jerit ..
Perhatikan pasukan pasukan yang ternama yang kalah pelik pada pasukan kerdil .. Bila mereka bertaruh , sah sah akan amik pasukan besar.. Apa jadi bila kalah ?
England ... Perancis .. Itali ... kalau diikutkan , Liga bolasepak mereka tersangatlah sohor..
Kenapa FIFA tak gunakan keputusan melalui ulang tayang di skrin tv ?
Dan banyak lagi... hehehe... segalanya $$ ... mana ada hiburan percuma skang ni.. dan mana ada lagi dah prinsip berkorban untuk negara ..
BA : Sekadar pendapat aku ..
Aku pasti ramai yang tengok perlawanan semalam diantara Jepun menentang Paraguay .. Seperti yang aku duga perlawanan akan berlarutan sehingga ke penentuan sepakan penalti kerana aku pasti Jepun akan bermain bermati matian dan juga bertahan sehabisan cuma mereka tidak bernasib baik .. Kedua dua pasukan ini bagi aku jika layak sekali pun pasti akan terkandas ke suku akhir .. Sekadar ramalan aku saja ..
Perlawanan diantara Sepanyol dan Portugal dijangka menarik namun jika dilihat pada jumlah jaringan , pasti tidak berbaloi untuk berjaga malam .. Nasib baik aku tidur... hehehe..
Dengan menonton perlawanan Piala Dunia semalam bererti aku tidur dirumah orang tua aku .. Bermakna aku akan pergi kerja hanya menggunakan LRT saja...
Awal aku keluar tadi.. dalam pukul 7 pagi.. Biasanya dalam pukul 7 pagi tu , aku berada di stsn ERL Putrajaya.. Aku dah menjimatkan hampir setengah jam dan sejumlah $$ ..hehee..
Di stsn LRT tadi , ermmm.. cukuplah membuatkan aku tensen sejenak .. sejenak yer , bukan SEDENAK ( hehe) ..Mana tidaknya , bila LRT sampai , punyaaaaa laaaa lembab nak bergerak masuk ke dalam LRT tu.. bercatwalk la pulakkkk ... dah tau ramai ada kat belakang..pantas la sedikit.. kalau aku tolak , kata tak gentleman..
Kesudahannya , tali beg aku tersangkut kat pintu automatik LRT tu.. arghhh... dah terpaksa berdiri disamping pintu.. Geram betul aku kat anak anak dara tu.. Lembab giler... ARghh.... Dah la..malas nak bebel pagi ni.. Huh...
BA : Pagi bermakna slow n steadykah ?