Orang kata aku popular , aku nafikan .. Orang kata aku antara top blogger , aku tak berminat .. Apa yang aku minat ialah apa yang aku nak buktikan pada mereka .. Tu jer.. Buktikan bahawa aku bukan sekadar bermain dalam dunia blog ni walaupun entri aku ni dikatakan merepek .. Mungkin benar kot entri aku merepek .. Dalam 100 entri aku dia baca 1 jer.. terus kata merepek .. Hehehe ..
Ada sesetengah blogger , yang cuma aktif di FACEBOOK tapi di blog , '0' ... dah cukup perasan menganggap diri dia tu blogger popular.. Siap boleh berlagak ngan blogger blogger lain ! Haishh.. kebudak-budakan sungguh ... Tak baik gitu ..
Best part , siap boleh 'tembak' orang lain ! Tapi bagus gak kan ? Kita boleh tau sapa yang simpan sama perasan dengan mereka tu .. Dari situ , kita boleh waspada dengan mereka mereka yang senantiasa tidak senang dengan kejayaan orang lain .. Sedangkan mereka patut berusaha untuk berjaya tetapi semakin menjatuhkan diri sendiri ..
Bab blogger popular ni , ianya cuma satu gelaran yang sangat menyusahkan hidup .. Kalau yang kuat 'perasan' , maka terbawak bawak la dalam kehidupan realiti mahupun maya .. Seolah olah berjalan atas carpet merah ! Padahal yang kenal tu kawan kawan dia yang ada dalam FB dia tu jer .. Tu pon boleh dibilang ..
Aku bukan nak kata aku popular ! MAAF ! Aku sedar diri ! Aku tak popular langsung ! Cuma nak pesan kat rakan rakan blogger yang punya niat menjadikan blog ini satu medan penulisan , biarlah popular kerana penulisan kita dan bukannya popular disebabkan bikin huru hara di dunia maya !