Gambar : Yahoo
Dilaporkan kerugian berbillion dollar akibat bencana Taufan Irene ini .. Pengangkutan awam turut tergendala termasuk juga pengangkutan udara ..
Gambar : Yahoo
Dilaporkan kerugian berbillion dollar akibat bencana Taufan Irene ini .. Pengangkutan awam turut tergendala termasuk juga pengangkutan udara ..
Rasulullah menjelaskan, tatkala ditanya oleh seorang sahabat,
"Wahai Rasulullah, apakah itu ghibah?"
Lalu jawab Baginda, " Menyebut sesuatu yang tidak disukai oleh saudaramu di belakangnya!"
Kemudian Baginda ditanya lagi, "Bagaimana sekiranya apa yang disebutkan ltu benar?"
Jawab Baginda, "Kalau sekiranya apa yang disebutkan itu benar, maka itulah ghibah, tetapi jika sekiranya perkara itu tidak benar, maka engkau telah melakukan buhtan (pembohongan besar)."
(Hadis riwayat Muslim, Abu Daud dan At-Tarmizi).
Firman Allah swt:
"Dan janganlah kamu mengumpat sesama kamu, adakah seseorang dikalangan kamu suka makan daging mayat saudaranya ; tentulah kamu bencinya." 12 : al-Hujjurat .
Sama-sama kita fikirkan ..
Berhati-hati di jalan raya .. Selamat Menyambut Aidilfitri.
Terkejut dengan berita kemalangan jalanraya yang menimpanya semalam , ramai kawan membuat kutipan derma kilat untuk membantu blogger IFFAH AFFIFAH ..
Aku kenali blogger ini melalui segmen segmen yang dia sertai selama ini .. Kalau tak , aku tak rasa pon kenal dia .. Hurm... Dan alhamdulillah , ramai teman blogger telah sudi menghulur bantuan dengan membuat entri kebajikan ..
Untuk cerita lanjut , sila ke blog SUNAH SAKURA. Semoga cepat sembuh IFFAH .. Dia ni suka benar panggil aku Papa Ben... huhu... Syukur alhamdulillah... Pasni ni kita bersegmen lagi yer Iffah .. Kerana segmenlah ramai blogger menjadi rapat ..
" Ah.. lampu merah .. hurm.. sempat approved satu dua komen ni .. " . Bisik hati aku ..
Tengok FB sat.. Huih.. ada awek bagi private message .. Huhuh.. Nasib baik kawin dah .. kalau tak ? I folllowww ...
"Ler.. lambat la pulak lampu nih.. ". Aku tengok jam.. dah 6 lebih.. Tak lama lagi nak berbuka dah nih ... Membebel sorang sorang ..
Eh.. aiseyman.. Patut laaa diorang pandang aku ! Nasib baik takde kereta kat belakang .. Kalau tak ? Sia sia kena maki dan kena hon.. Bikin malu jer..
Kenapa ? Terlepas lampu hijau.. hahaha.. Adoiii... aparaa... Kot ya pon , kang kat kedai mamak , belek la hp tu Ben oiiiii.. Ni la dia !! Punca punca kemalangan jiwa !
Berikut adalah kenderaan yang diharamkan digunakan di lebuhraya di sekitar Malaysia.. tapi jalan kampung , ok jer .. :) hehhe.. memandai aku eh ..
" Garfield "
" Evergreen "
Ini kereta dipanggil " Tiada hala tuju "
" Ahmad Albab yang punya "
" No komen "
Yang ni , dikuatiri menyebabkan ramai terbabas sbb asyik memandangnya..
" Green Peace "
Jenuh nak kena samak jalanraya tu .. huhu ..
Hanya kereta saja dibenarkan.. Kasut tak leh ..
Hellow ?????
Yang ni sbb tak lepas Puspakom punya !
"Kembar siam "
Yang ni tak tau nak kasi kategori apa.. Motor ke kereta ?
" Kereta sangkut "
Kesian... tu je yang aku boleh kata... Haish.. Apa la nak jadi dengan orang sekarang ni ?? Bila polis wat keje dia .. orang kata gila kuasa .. Bila diberi kuasa pada orang awam .. Ni la pulak halnya ..
Di Pulau Pinang , dua pemuda di dalam gambar di atas , dibelasah tanpa belas kasihan oleh sekumpulan lelaki yang mendakwa sebagai Skim Rondaan Sukarela ..
Kononnya mereka kata budak ni nak pecah rumah .. Bukti ada ker ?? Skang tengok.. sapa wat repot... Kot ya pon , berhati perut la skit .. Main taruk jer .. Tang mana akal fikiran ?
Apa yang aku boleh kata .. ni sikap manusia di zaman fitnah ni .. Gemar membuta tuli wat keje .. Bila dah tersalah ? Jauh sekali nak minta ampun maaf.. Haih.. Bila kena kat batang hidung sendiri , tau pulak nak jerit mengamuk ..
Baca je kat artikal Dipukul tanpa sebab di BHARIAN .. Bab bab ni , manusia spesis ni mmg hero ..
Teringat kali pertama aku masuk gym .. Ada satu otai tu borak ngan aku ..
" Budak tu .. kalau gi gym &^$#%& , sah sah kena maki punya .. Baru angkat satu dua set besi , dah tengok besi... Dah la tu .. pakai singlet ! "
" Kenapa bang ? "
" Diorg yang main dah lama pon , baru berani nak tengok cermin.. Kalau takat sekeping , segan la kat abang abang yang dah 'berketul' tu .. "
Aku mampu tersenyum .. Kebenaran dia mmg terserlah .. Tau kenapa ? Biasanya mereka yang nak g gym ni , nak dapatkan badan yang cantik.. berketul .. tapi semangat ?? Sehari dua boleh la.. pastu ? Ke laut !
Kenapa ke laut ? Sebab kecewa tak dapat macamana yang dihajati ..Semua nak segera .. Padahal yang otai tu , perghhh... takat cedera otot tu , jgn cerita laa.. Ni baru pegang dumbell , nak jadi vin Diesel ?
Apatah lagi nak bersinglet ??? Aku sendiri pon dah 9 tahun ulang alik ke gym.. Skang ni je dah slow abis .. Bukan pe , kena jaga wife..Yelah , kat rumah ni dia sorang jer ... bahaya la kalau tinggalkan selalu ..
Nasihat .. Nak besar atau nak maju dalam satu satu bidang , perlulah disusuli dengan usaha .. Takat niat saja tak guna .. Mmg bagus tapi niat perlulah disertai dengan tindakan .. Tindakan pula hendaklah bersungguh-sungguh .. Tetapi bila tercapai , jangan riak atau memadang rendah orang lain .. okeh ?
Arghh.. terkejut aku .. Insaf seketika tadi ..
" Kau tak tau ke yang ayah aku dah kena potong kaki akibat kencing manis ? "
Astagfirullah al a'zim .. Ayah dia tu , aku mmg rapat.. Dari kecik lagi aku dok melepak kat rumah dia .. Kawan aku ni mmg kawan baik aku dari sekolah menengah .. Gaduh camana pon , esok lusa baik balik ..
" Haish.. bila ?? " . Aku terkejut ..
" Lama dah ... " . Dia jawab..
Ayah kawan aku ni , mmg smart gila .. Haa.. ada kena mengena ngan Salleh Yakob menurut kawan aku . Dia kata SY tu pakcik dia .. Mmg jenis mulut maniss .. Member aku ni pon sama la.. Kira awek cair la kalau borak ngan dia .. hahaha..
Jadi aku set ngan dia , raya kedua nanti aku nak ke rumah dia .. Nak ziarah ayah dia dan beraya sekali .. hurm... sian pulak aku dengar .. Tak sangka betul ..
Itulah .. dalam diam tak diam.. macam macam perkara boleh berlaku pada kita .. Bayangkan hidup kita ni penuh dengan dengki khianat ? Nasib baik la kawan ayah aku tu kaki masjid .. Jauh sekali nak umpat mengumpat.. Kaki baca Al-Quran .. tu pasal muka jernih jer.. Cuma tu je la.. dah nasibnya begitu..
Kita lak camana ? Aku terang terang dah ada darah tinggi .. Hehe.. Kau ?
Pasti ramai terpusing kepala bila nampak 'kucing' berada di atas jalan raya nanti ! Ni semua punca kemalangan ..kan kan ?
Terjebak ! Member aku datang rumah.. Member sekolah dulu dulu tu haa.. Lama tak jumpa dia .. Saja datang borak borak .. Pastu aku ternampak cincin dia pakai.. Memang bapak gila la di punya cincin .. Kalau tengok pon , mmg geleng pala punya .. Yelah , dia design dan buat sendiri .. Mmg khas untuk jual la..
Yang dia pakai tu , ada orang nak dah.. RM2 ribu. Batu nilam dan delima .. Ada 4 batu sekali gus atas permukaan tu.. Mmg cantik la .. Cuma orang yang berani pakai je la sbb nampak gengster.. Kalau aku pakai , sah wife suh tidur luar ..
Aku tanya dia .. Ada bawak stok cincin lagi tak ? Pastinya ada .. Dia bawak dalam bekas.. Memula tu aku berkenan satu cincin batu merah tu ... dalam dia ada 'star'... antara nampak tak nampak .. mmg cantik la.. Tapi design cincin tu , aku da dah..
Ternampak adik aku dok pakai cincin dalam gambar tu.. Terus aku mintak.. Aku tanya dia .. Nak tak ? Kalau tak nak .. aku nak ni ! Hahahhaha.. Berkenan gila aku yang ni.. Sbb lama dah aku dok perati design macam ni kat butik cincin di Alamanda ..
Tanya berapa harga ? Ok la.. mampu aku beli.. hahaha.. Harga kawan kawan .. Sapuuuuuuuuuuuuuuu.. Tanya wife.. dia kata oke jer.. Baik aku kan ? Nak beli , tanya wife dulu .. Malas nak bermasam muka.. Apa saja , kena ada permuafakatan .. kan kan ?
Akhirnya ... ni la cincin raya yang akan aku pakai di pagi raya nanti .. hehehhe ...
Sapa sangka kan ? Ada juga yang sudi memberi hadiah pada aku sempena Ramadan ni ... Hehe.. Mula mula aku dapat kad raya dari rakan lama di FB yang akhirnya jadi blogger akibat terpengaruh dengan aku .. hehehe ..
Pastu dapat lagi kad raya .. Wah... terharu aku .. Huhu.. Yelah , biasanya yang bagi kad raya ni , kawan kawan rapat .. Tapi tak sangka lak baru kenal pon sudi pos kad raya.. POS okeh ! Tapi yang tagged kat FB ramai... Makasihhhh.. makasih sbb ingat kat aku ..
Dan .. aku dapat hadiah dari Sarawak .... Huhuh.. Sapa bagi ? Biarlah dia saja yang tahu... kan kan ? Kang bagitau , susah lak dia.. Ada yang terasa kenapa diorg tak dapat lak kan ? :) .. Hadiah apa ? Aku dapat kek lapis dan ikan terubuk ..
Satu lagi.. baruuuuuuuuuuuuuuuu je tadi aku jumpa blogger comel loteh nih.. Heheh.. Jumpa kat tepi jalan jer.. Lama dah deal nak jumpa dia .. Dia kata nak bagi biskut raya untuk rasa rasa keluarga .. Alhamdulillah.. Tu bukan takat rasa dah .. leh jamu tetamu gak tu ...
Terima kasih kepada mereka yang sudi ingat aku .. Dan juga buat mereka yang dah beli baju KELAB BLOGGER tu haa... Rasanya dekat 100 helai gak terjual... Tak sangka.. Huhu.. Dan pasni akan keluar satu lagi design dengan logo baru.. okeh ?
oleh : Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin
Maaf , sbb copy paste ..Original ..
Minggu lepas saya dan beberapa orang sahabat pergi menemui salah seorang dari 12 individu yang dikaitkan dengan isu murtad baru-baru ini. Dia seorang janda yang mempunyai tiga orang anak. Usianya masih muda. Latar pendidikannya saya rasa ‘amat sederhana’. Saya tidak pergi untuk mempersalahkannya kerana pergi ke gereja dan terjebak dalam usaha kristiansasi. Saya pergi untuk membolehkan dia merasakan bahawa masih ramai yang ingin mengambil berat tentangnya. Lebih penting lagi, saya pergi untuk mengetahui apakah yang membawa dia sehingga terpaksa meminta simpati dan bantuan hidup dari pihak gereja.
Sedih
Saya sedih mendengar ceritanya. Menurutnya, dirinya seorang janda yang ditinggalkan suami. Terpaksa menanggung hidup tiga orang anak. Dalam kesempitan hidup yang amat, diminta keluar dari rumah sewa dan tenat mencari sesuap nasi untuk diri dan anak-anak dia pergi merintih di pejabat zakat. Dia tidak dilayan. Bahkan pegawai bertugas dengan tegas memberitahunya peruntukan sudah habis. Rayuannya tidak diendahkan. Dia keluar berusaha lagi. Dia berjaya mendapatkan surat sokongan ahli politik. Kembali ke pejabat zakat membawa surat tersebut, terus sahaja dia mendapat peruntukan zakat. Peruntukan yang kononnya sudah habis sebelum itu, kembali ada untuknya. Dengan berbekalkan wang zakat itu dia berusaha survive. Dia juga pergi ke bahagian kebajikan masyarakat, juga tidak dilayan. Dia bekerja untuk meneruskan hidupnya yang sempit.
Di tempat kerja, melihatkan keadaannya yang susah dan miskin maka ada rakan sekerja yang beragama kristian mencadangkan untuk dia pergi ke suatu tempat yang mudah dan mesra dalam memberikan bantuan. Di situlah bermula hubungan dia dengan pihak gereja. Apa tidaknya, dia susah, kehidupan terhimpit dan anak-anak yang masih kecil memerlukan makanan dan perlindungan. Pihak gereja membantu keperluan hidupnya. Diberikan wang serta menziarahi keluarganya. Mereka tidak menjadikan dia peminta sedekah, tetapi mereka menggunakan pendekatan ‘mesra dan sayang’. Hatinya terpaut dengan kehalusan budi. Walaupun saki baki akidahnya membantah untuk dia menukar agama, tetapi dia tidak dapat menafikan perasaan sayang dan terhutang budi kepada pihak gereja yang berjasa menyelamatkannya.
Bagaimana mungkin untuk dia merasai kehebatan Islam di saat penganut yang seagama dengannya tidak memperdulikannya. Bahkan enggan membantunya. Bagaimana pula dia dapat melihat kesilapan pihak gereja secara lahiriahnya sedangkan ternyata merekalah menolongnya? Orang mungkin berfalsafah dan berceramah secara retorik, namun jiwa insani terpengaruhi dengan apa yang dia rasai. Sakit demam anak-anaknya pihak gereja yang mengambil berat. Makan-minum mereka, pihak gereja yang membiayai. Bahkan keperluan rumah juga diberikan satu persatu.
Tangkap
Menurutnya, dia tidak menukar akidahnya, tetapi dia terus ke gereja membawa anak-anaknya. Anak-anaknya diterapkan ajaran Kristian oleh pihak gereja. Diajar nyanyian keagamaan dan nilai-nilai budi tertentu. Baginya, dilakukan semua itu untuk hidup. Rupanya ramai lagi yang senasib dengannya berada di bawah bantuan pihak gereja. Sebahagian mereka memang menukar agama kerana kecewa dengan sikap masyarakat Islam dan terpengaruh dengan budi pihak gereja. Menurutnya juga, tiada paksaan dari pihak gereja. Cumanya, pendekatan mereka amat mempengaruhi.
Akhirnya, apabila pihak berkuasa agama mengetahui dia ke gereja, dia ditangkap untuk kali pertama dan beritanya disiarkan dalam akhbar. Menurutnya, sebaik sahaja ditangkap dan beritanya tersiar di media barulah pejabat zakat tergesa-gesa datang ke rumahnya. Begitu juga pihak kebajikan masyarakat. Dia memberitahu kepada pihak zakat bahawa dia ingin membuka taska. Mereka menyuruh dia mendapatkan rumah yang sesuai dan mereka akan bantu. Dia pun mendapatkan sebuah rumah yang mereka setujui yang agak besar dan sudah pasti sewanya agak tinggi.
Malangnya, selepas dia menyewa rumah tersebut, selama tujuh bulan pihak zakat tidak menghulurkan bantuan kepadanya. Terkapai-kapai ketika itu. Pihak gereja jugalah yang datang dan melangsaikan kesempitannya untuk menjelaskan sewa rumah tersebut. Sehinggalah apabila timbul isu, pegawai zakat menghubungi dan meminta agar dia memaklumkan kepada pihak yang bertanya bahawa pegawai zakat memang ada datang. Ya, selepas itu memanglah pihak zakat memberikan satu jumlah bantuan yang agak besar kepadanya dengan ‘tukaran’ yang tidak dapat saya maklumkan di sini. Semasa pihak berkuasa agama membuat penyiasatan ke atas gereja berkenaan, dia berada dalam gereja berkenaan bersama dengan sejumlah orang Islam yang lain yang senasib dengannya. Walaupun, kali kedua media menyiarkan dia termasuk dalam senarai murtad dalam peristiwa itu, hakikatnya dia tidak murtad, cumanya ada di situ bersama dengan mereka yang senasib dengannya. Namun, menurutnya memang ada yang murtad.
Alhamdulillah dia masih kekal dengan keislamannya. Semuanya itu kerana desakan hidup. Terus-terang dia sebut ‘semua untuk wang kerana saya ingin membesarkan anak-anak saya’.
Semasa saya menziarahinya –tanpa notis awal- dia baru sahaja selesai menunaikan solat terawih. Menurut dia memang ramai lagi yang terpengaruh dengan usaha kristianisasi yang dilakukan. Mereka yang banyak terlibat terdiri dari kalangan ibu tunggal yang miskin, saudara baru muslim yang tidak dipedulikan, wanita yang mengandung tanpa suami, pesakit aids dan juga muslim dari Sabah dan Sarawak yang dalam kesusahan. Apa yang hendak dipelikkan, begitulah tabiat agama yang merasakan mereka berkhidmat untuk Tuhan. Apa yang hendak pelik jika gereja mengajar ajaran Kristian kerana itu memang kerja gereja. Tak mungkin gereja hendak berdakwah kepada Islam. Namun yang pelik apabila ada negeri yang puluhan individu yang mempunyai Ph.D dan masters dalam pengajian Islam yang disahkan oleh kerajaan tetapi tidak dibenarkan mengajar Islam di masjid dan menyampaikan Islam kepada orang Islam.
Salah Siapa?
Jika kita ingin melepaskan diri, mudah sahaja, kita letakkan kesalahan ini kesemua di pihak gereja. Kita tuduh merekalah punca segalanya. Kemudian kita buat demonstrasi, kita bakar semangat orang awam untuk bangun menentang gereja yang melakukan aktiviti bantuan dan ‘dakwah’. Adapun kita yang tidak membantu dan berdakwah ini, tidak perlulah disalahkan. Begitukah kita? Supaya orang dapat melupakan kesilapan kita, kita letakkan segala dosa ke atas orang lain semata.
Cubalah bayangkan jika ada sebuah rumah yang didiami oleh satu keluarga yang besar dan kaya tiba-tiba salah seorang ahli rumah itu lari ke rumah jiran atas atasan tidak diberikan perhatian dan mendapat perlindungan serta makanan. Sementara si jiran sebelah pula menghulurkan bantuan dengan pelbagai tawaran. Apakah suatu penyelesaian yang tuntas dengan hanya kita mencadangkan agar dibakar rumah jiran, atau ditangkap si jiran atau dihukum si jiran kerana mempengaruhi ahli keluarga kita. Dalam masa yang sama kita, kita tidak persoalkan tanggungjawab kekeluargaan yang kita abaikan selama ini.
Zakat
Saya tidak menafikan usaha-usaha baik pengurusan zakat yang telah pun berjaya dilakukan. Kita tahu, zakat kita banyak. Jika dihimpun seluruh negara, mungkin mencecah lebih satu billion. Itu setiap tahun. Bangunan-bangunan zakat cantik dan indah. Iklan-iklan mengutip zakat juga canggih dan mahal. Gaji-gaji yang terlibat mengurusnya jangan ditanya lagi. Cara membayar zakat juga dipermudahkan dengan pelbagai kaedah dan teknologi. Tiba-tiba si miskin kita terpaksa merintih simpati dari gereja?
Sesetengah pegawai zakat bersifat begitu meterialistik. Berwajah manis jika hadir di depannya pembayar zakat, tapi berwajah suram jika yang hadir itu pemohon zakat. Tiada semangat dakwah dan ukhuwwah Islamiyyah. Pemohonan menjadi sulit dan sukar. Apatahlagi jika mak cik tua yang uzur disuruh mengisi borang. Maka, pemohon zakat bagaikan peminta sedekah. Sebab itu barangkali ramai fakir yang tidak sanggup ke pejabat zakat.
Jika program ‘Bersamamu’ boleh menemui si fakir saban minggu, kenapa pula pihak zakat gagal mengesan mereka. Jika usaha mengutip zakat begitu hebat, alangkah baik dihebatkan juga usaha mencari mereka yang layak menerima zakat. Mencari orang miskin itu penting, bukan menunggu mereka datang. Bukan semua yang miskin sanggup atau dapat datang kepada pihak zakat. Menurut al-Quran, yang miskin tidak meminta itu lebih patut diutamakan. Firman Allah (maksudnya):
“(Pemberian sedekah itu) adalah untuk golongan fakir miskin yang telah menentukan dirinya (dengan menjalankan khidmat atau berjuang) pada jalan Allah (membela Islam), yang tidak berupaya mengembara di muka bumi (untuk berniaga dan sebagainya); orang yang jahil menyangka mereka kaya, kerana mereka menahan diri daripada meminta-minta. Engkau kenal mereka dengan (melihat) tanda-tanda mereka, mereka tidak meminta daripada orang ramai secara mendesak-desak, dan (ketahuilah), apa jua yang kamu belanjakan dari harta yang baik maka sesungguhnya Allah sentiasa mengetahuinya”.( Surah al-Baqarah ayat 273)
Berilah zakat kepada mereka, kerana itu memang hak mereka. Jangan jadikan mereka pengemis di pejabat zakat. Berilah dengan kasih dan perancangan agar mereka keluar dari daerah kemiskinan. Kata Saidina ‘Umar r.a.:
“Apabila engkau memberi zakat, kayakanlah mereka”. Kata Ibn Hazm (meninggal 456H): “Apa yang kami tahu tiada sahabah yang berbeza dalam hal ini” (Ibn Hazm, Al-Muhalla 4/280, Beirut: Dar al-Kutub al-‘ilmiyyah).
Bahkan zakat boleh diberikan kepada bukan muslim yang miskin atas peruntukan fakir dan untuk dakwah atas peruntukan muallaf. Lihatlah perbahasan fekah yang lebih luas. Jika zakat berfungsi, bukan muslim akan tertarik dengan Islam. Jika ia tidak berfungsi, yang sudah Islam pun ingin keluar dari Islam!
Kali pertama aku bertentang mata dengan dia , sewaktu menemani bos aku bermesyuarat dengan PM serta menteri dan juga pegawai kanan kerajaan yang lain di pejabat PM , di Putrajaya ..
Sewaktu itu , aku sempat update lagi entri dalam Pejabat PM tu selepas bertentang mata dengan mereka yang bertanggungjawab dalam merancang dan menaikkan ekonomi negara ( baca SINI )
Kenapa aku keluarkan cerita pasal gabenor Bank Negara ini ? Akhbar hari ni mengeluarkan satu berita mengenai beliau ..
"Gabenor Bank Negara terima gred A"
GABENOR Bank Negara Malaysia, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz (atas) sekali lagi disenaraikan sebagai Ketua Bank Pusat Terbaik Dunia 2011 dalam kaji selidik dijalankan majalah kewangan Global Finance.
Zeti menerima penarafan gred A oleh majalah kewangan itu bersama-sama Amando Tetangco dari Filipina, Fai-Nan Perng (Taiwan), Glenn Stevens (Australia), Riad Salameh (Lebanon) dan Stanley Fischer (Israel).
Beliau juga menerima penarafan itu pada tahun lalu dan 2009. Kecuali pada 2008, Zeti menerima gred A secara berturut-turut sebelum ini sejak 2003.
Sementara itu, Pengerusi Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (AS) Ben S. Bernanke menerima gred ‘C’ dalam penilaian tahunan dijalankan Global Finance sejak 1994 itu. - BHARIAN
Siapakah beliau ? Mari kita baca serba sedikit mengenai TAN SRI DR ZETI AKHTAR AZIZ ini yang aku petik dari wikipedia.
Y.M. Tan Sri Dato' Ungku Dr. Zeti Akhtar binti Ungku Abdul Aziz (Lahir 27 Ogos 1947) yang merupakan anak kepada Profesor Diraja Ungku Aziz dan Sharifah Azah Aziz, adalah wanita yang pertama dilantik sebagai Gabenor Bank Negara Malaysia. Beliau juga dilihat sebagai salah seorang wanita yang begitu berkuasa di Malaysia.
YM. Professor Diraja Ungku Abdul Aziz bin Ungku Abdul Hamid
(Merupakan seorang tokoh yang paling disegani terutamanya dalam bidang pendidikan dan seorang ahli ekonomi yang banyak menyumbang idea kepada agama, bangsa dan negara. Ia juga memenangi Hadiah Budaya Asia Fukuoka IV 1993. )
Pada 13 September 2010, Zeti terpilih sebagai antara Ketua Bank Pusat Terbaik Dunia oleh majalah Global Finance.
Beliau dilahirkan di Johor Bahru, Johor dan mendapat pendidikan awal di Sekolah Menengah Assunta, Petaling Jaya pada 1958. Pada tahun 1970, beliau menerima Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dalam bidang Ekonomi Analitikal dan kemudiannya melanjutkan pengajian beliau ke peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah dalam bidang kewangan dan ekonomi antarabangsa pada 1978.
Beliau memulakan kerjaya sebagai Penyelidik ekonomi di Pusat Penyelidikan dan Pembelajaran Bank Pusat Asia Tenggara (South-East Asia Central Bank Training & Research Centre) pada tahun 1979 hingga 1984. Kemudian beliau dilantik sebagai Penolong Pengurus Jabatan Ekonomi di Bank Negara Malaysia.
Pada tahun 1994, beliau telah dilantik sebagai Ketua Jabatan Ekonomi Bank Negara Malaysia. Pada 1 September 1998, beliau dilantik sebagai Pemangku Gabenor Bank Negara Malaysia selepas Datuk Ahmad Mohd Don mengundurkan diri. Kemudian pada 1 Mei 2000, beliau dilantik sebagai Gabenor Bank Negara Malaysia ketujuh dan wanita pertama dilantik dalam jawatan tersebut.
Beliau juga pernah dilantik sebagai Pengarah Pengurusan Danaharta Nasional Bhd dari tahun 1998 - 2000. Beliau juga merupakan Ahli Lembaga Pengarah Khazanah Nasional Bhd sejak tahun 2004.
Pada 20 April 2011, beliau telah dilantik semula sebagai Gebenor Bank Negara Malaysia (BNM) bagi tempoh lima tahun berkuat kuasa 1 Mei 2011.
Beliau berkahwin dengan Dr Taufik Ayman dan dikurniakan 2 orang anak.
Pada 13 September 2010, Dr Zeti terpilih sebagai antara Ketua Bank Pusat Terbaik Dunia oleh majalah Global Finance. Ia berdasarkan faktor kawalan inflasi, sasaran pertumbuhan ekonomi, kestabilan mata wang dan pengurusan kadar faedah. Turut menerima anugerah ialah Ketua Bank Pusat Australia Glenn Stevens, Stanley Fischer (Israel), Lee Seong-tae (Korea Selatan), Fai-Nan Perng (Taiwan), Durmus Yilmaz (Turki) dan Trichet (Kesatuan Eropah).
Sumber - wikipedia ..
BEN - Inilah baru dikatakan antara contoh wanita yang berjaya ... Tabik !
Selamat Hari Wanita ...
Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu mencetuskan kontroversi baru apabila menganggap pengganas dalam Kompeni Pasukan Ke-4 Parti Komunis Malaya (PKM) yang menyerang dan membunuh anggota keselamatan dan keluarga mereka dalam tragedi Bukit Kepong sebagai hero sebenar.
Menurutnya, Muhammad Indera, lelaki Melayu yang bersekongkol dengan Goh Peng Tun dan 200 anggota komunis adalah hero sebenar, bukannya 25 anggota polis dan keluarga mereka yang mempertahankan diri dalam serangan di balai polis itu.
Dalam ceramahnya di Tasek Gelugor, Pulau Pinang 21 Ogos lalu, Mohamad turut mendakwa Dato’ Onn Jaafar dan Tunku Abdul Rahman tidak layak dianggap sebagai pejuang kemerdekaan kerana tokoh tersebut adalah pegawai British. - UTUSAN
Macam macam ada ... Jom tengok apa kata wikipedia lak .. Tertanya lak .. Kalau Mat Sabu kata sebaliknya , dia ada bukti atau nak terbitkan filem atas kepercayaan dia ? Huhu.. Bikin pening orang jer ..
Jom baca apa kata Arkib Negara..
Parti Komunis Malaya (b. Inggeris: Malayan Communist Party) atau singkatannya PKM ialah sebuah pertubuhan yang diasaskan di Tanah Melayu (sekarang Malaysia) pada tahun 1930. Pertubuhan ini menentang penjajahan British yang ketika itu itu sedang memerintah Tanah Melayu. Ketika kedatangan Jepun, PKM membentuk Malayan People's Anti-Japanese Army (MPAJA) untuk berperang dengan mereka.
Jepun mula menakluki Tanah Melayu pada 15 Februari 1942 sehingga 12 September 1945. Kezaliman sewaktu memerintah adalah pahit. Jepun berjaya menakluki Tanah Melayu telah mendapat sokongan daripada anak negeri yang terperangkap dengan janji-janji kemerdekaan yang telah dijanjikan. Jepun juga turut menghampakan harapan mereka yang terperangkap dengan janji-janji Jepun untuk memberikan kemerdekaan dengan Propaganda jepun iaitu "Asia untuk Orang Asia" dan "Semangat Asia". Kekerasan berlaku. Mereka yang disyaki menentang Jepun akan dibunuh. Akibat kezaliman Jepun itu, semangat cinta akan tanah air telah dipupuk.
Pada Zaman Pendudukan Jepun rakyat hidup dalam sengsaraan. Kezaliman dan kekejaman yang dilakukan oleh Kempetai amat ditakutkan. Kempetai merupakan unit polis yang menangkap sesiapa yang disyaki menentang Jepun. Banyak masalah sosial juga ditimbulkan. Ekonomi merosot, ramai yang mati kebuluran, hasil pertanian dirampas, bilangan pengangguran semakin meningkat, ubat-ubatan tidak cukup menyebabkan ramai yang mati kerana penyakit. Orang Cina yang menghantar bantuan kepada negara China apabila [Perang Jepun dengan China ditangkap dan dibunuh dengan penuh kezaliman. Memaksa rakyat membina Keretapi Maut di negara Thai. Dasar penjepunan diperkenalkan, sekolah-sekolah diganti dengan sekolah Jepun, bahasa Nippon-go digunakan, Kimigayo iaitu lagu kebangsaan Jepun dinyanyikan, tulisan Jepun ditulis. Perbuatan tersebut menyebabkan kelahiran MPAJA iaitu Tentera Anti Jepun Tanah Melayu, Force 136, Gerila Kinabalu dan lain-lain gerakan yang menentang Jepun. Akhirnya, Jepun menyerah kalah tanpa syarat setelah Hiroshima dan Nagasaki dibomkan. Walaupun Jepun telah menyerah kalah kepada tentera Berikat, tetapi banyak kesan-kesan positif malah negetif diwujudkan. Antaranya, Zaman Pendudukan Jepun itu telah membangkitkan semangat patriotik di kalangan rakyat tetapi masalah perpaduan telah diwujudkan serta masyarakat menjadi kucar-kacir. Ramai yang mati akibat kelaparan dan dijangkiti penyakit.
Setelah Jepun menyerah kalah, MPAJA yang juga dikenali sebagai Parti Komunis Malaya ditubuhkan pada 20 April 1930. Yang pada awalnya bekerjasama dengan pihak British untuk menentang pendudukan Jepun berdasarkan perjanjian yang dibuat pada 8 Disember 1940, mengambil peluang untuk membalas dendam terhadap sesiapa yang dianggap bersubahat dengan Jepun.
Menerusi MPAJA, bantuan senjata, latihan, kewangan, bekalan lojistik dan perubatan telah diperolehi dari British. Dalam tempoh 3 tahun kekuatan tentera MPAJA dianggarkan sebanyak 7,000 anggota dan tidak hairanlah apabila darurat berlaku pihak British dan anggota pasukan keselamatan terpaksa berhadapan dengan kesukaran menghapuskan sekumpulan tentera yang telah dilatih untuk berperang. Manakala dari segi penglibatan negara luar pula, Parti Kuomintang dari China memainkan peranan yang penting untuk menyebarkan perfahaman komunis ke Tanah Melayu. Cawangan Kuomintang di Tanah Melayu diharamkan oleh British. Walau bagaimanapun, golongan komunis di Tanah Melayu menubuhkan Parti Komunis Nanyang tetapi diharamkan pada tahun 1930 kemudian menubuhkan pula Parti Komunis Malaya.
Tujuan penubuhan PKM adalah untuk menghalau British keluar dari Tanah Melayu dan menubuhkan Republik Komunis. Semasa pemerintahan Jepun PKM menubuhkan MPAJA untuk menentang Jepun. MPAJA mendapat sokongan daripada orang Cina.
Selepas Jepun menyerah kalah, Parti Komunis Malaya telah mengambil kesempatan untuk berkuasa menerusi gerila-gerila MPAJA dan melalui beberapa pertubuhan seperti Min Yuen, MRL dan sebagainya. Beberapa siri keganasan dan rusuhan serta pergaduhan antara kaum telah berlaku di Tanah Melayu, terutamanya di bahagian selatan Tanah Melayu. Akibatnya, orang-orang Melayu mulai bertindak-balas terhadap kekejaman anggota komunis Bintang Tiga, seperti pasukan yang diketuai oleh Panglima Salleh Selempang Merah. Kembalinya British dengan pentadbiran tenteranya (BMA) dalam tempoh yang singkat menyebabkan komunis Bintang Tiga tidak berjaya mengembangkan pengaruh mereka. Akibat kegagalan komunis Bintang Tiga merampas Tanah Melayu dengan gerakan bersenjata, telah membawa kepada persetujuan pembubaran tentera MPAJA dan perletakan senjata api disamping pembayaran saguhati kepada gerila-gerila terbabit.
Bagi meraih simpati, mengindoktrinasi fahaman komunis dan mendapatkan sokongan orang-orang Melayu, pihak Parti Komunis Malaya telah mengasaskan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang diasaskan oleh Ahmad Boestamam berfahaman kebangsaan dan Mokhtaruddin Lasso (MPAJA) berfahaman komunis pada 17 Oktober 1945. Parti Komunis Malaya telah menguasai Parti Kebangsaan Melayu Malaya melalui tokoh-tokoh jawatankuasanya yang terdiri daripada Mokhtaruddin Lasso (Presiden), Arshad Ashaari (bendahari), Rashid Maidin, Abdullah C.D. Parti Kebangsaan Melayu Malaya lebih cenderung bagi Tanah Melayu menyertai Indonesia bagi mendapat kemerdekaan pada 1949.
Terbentuknya Persekutuan Tanah Melayu pada 1 Februari 1948 merupakan kekalahan kepada Parti Komunis Malaya kerana golongan ini telah diketepikan oleh British. Parti Komunis Malaya telah menukar strategi dan mula mencetuskan kegagasan melalui mogok dan rusuhan. Pihak British bertindak balas dengan mengharamkan pemimpin politik daripada mengetuai kesatuan pekerja, dengan itu melemahkan kedudukan komunis Bintang Tiga.
Pihak komunis Bintang Tiga kemudiannya mulai mengangkat senjata dan beberapa siri serangan dan serangan telah berlaku. Bagaimana pun, insiden pada 16 Jun 1948 iaitu pembunuhan tiga orang pengurus estet berbangsa Eropah di Sungai Siput, Perak telah membawa kepada pengistiharan darurat oleh Sir Edward Gent. Apabila keadaan bertambah teruk, pada 12 Julai 1948, darurat diistiharkan ke seluruh negara. Parti Komunis Malaya telah diharamkan pada 23 Julai 1948. Seluruh angkatan bersenjata telah digerakkan termasuk Senoi Praaq bagi menentang komunis.
Akibat kesukaran dan kekurangan sokongan dari masyarakat, pemimpin Parti Komunis Malaya, Chin Peng telah meminta perundingan diadakan pada tahun 1955. Rundingan Baling ini yang diadakan pada 28-29 Disember 1955 tidak membawa apa-apa keputusan drastik. Ini disebabkan kerajaan menawarkan pengampunan dengan syarat Parti Komunis Malaya dibubarkan, tetapi Chin Peng pula meminta Parti Komunis Malaya dibenarkan untuk bergerak sebagai sebuah parti politik. Pihak kerajaan yang telahpun mencapai kemajuan dalam membasmikan Parti Komunis Malaya, dan menimbangkan kekejaman Parti Komunis Malaya terhadap rakyat sebelumnya, menolak usul membenarkan Parti Komunis Malaya dibenarkan bergerak sebagai sebuah parti politik. Tunku kemudiannya menegaskan kepada rakyat bahawa Parti Komunis Malaya bertindak menentang kerajaan sah yang telah dipilih rakyat dan merdeka daripada penjajahan British.
Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 ketika darurat masih lagi berkuatkuasa. Pada 31 Julai 1960, darurat ditamatkan setelah ancaman komunis semakin berkurangan dan pengunduran mereka ke sempadan Tanah Melayu dan Thailand. Penempatan baru komunis di sempadan telah membolehkan mereka mengumpul dan memulihkan kekuatannya.
Selepas sekian lama dan atas kesedaran pucuk pimpinan Parti Komunis Malaya, maka pada 2 Disember 1989, Perjanjian Damai (Perjanjian Haadyai) telah ditandatangani di antara Parti Komunis Malaya dengan Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Thailand. Perjanjian bersejarah itu telah menamatkan perjuangan bersenjata Parti Komunis Malaya selama 41 tahun dan mengembalikan taat setianya kepada Yang di-Pertuan Agong dan patuh kepada Perlembagaan dan undang-undang negara.
Sumber: http://arkib.gov.my/bm/programkhas/kisahsejarah1.htm
Aku pelik .. serius pelik.. Macam macam orang dah pesan.. Dari no 1 hinggalah auntie kemas pejabat tu..
" Bawak kereta elok elok .. Biar sampai rumah .. jangan sampai kubur .. "
Tapi ?? Tak mahu gak paham... Apa punya manusia betul laa.. Nak bawak laju laju tu nak g mana ? Kalau nak bawak ala ala F1 tu , kasi tukar la itu kereta .. Ni takat kancil cabuk.. Myvi cabuk .. pastu nak bawak konon cam .. kereta bawah ni ..
tolong kasi kaya dulu.. Ni baru kena saman RM300 , dah mintak rayuan .. Apa kes !!
Encik polis , kasi saman je mana mana pemandu yang tak nak dengar cakap ! Bila dah eksiden , baru nak garu kepala.. Bila ada yang mati , baru nak teriak tak hingat .. menyesal la sangat tu !! Caitt..
Setiap manusia pasti akan melakukan kesilapan. Kesilapan yang dilakukan berkemungkinan dari ketiadaan ilmu tentang apa yang dilakukan itu atau juga terlalu mengikut nafsu.
Sebuah hadis kudsi,
Allah berfirman: Wahai anak-anak Adam, selagi mana engkau memohon dan mengharapkan dari-Ku, Aku ampunkan engkau walau apapun dosamu, Aku tidak peduli. Wahai anak-anak Adam, jika dosamu sampai ke puncak langit, lalu engkau pohon keampunan dari-Ku, Aku ampunkan engkau, aku tidak peduli. Wahai anak-anak Adam, engkau jika datang kepada-Ku dengan dosa yang hampir memenuhi bumi, namun engkau menemui-Ku tanpa mensyirikkan Daku dengan sesuatu, nescaya aku datang kepadamu dengan penuh keampunan. (Riwayat al-Tirmizi, dinilai hasan oleh al-Albani - www.drmaza.com)
Kadang-kadang aku pelik , kenapa sukar sangat kita nak memaafkan seseorang ? Apakah kelebihan kita yang lebih dari dia ? Adakah kita lebih mulia atau lebih tinggi darjat berbanding orang lain ?
Maafkanlah ..dengan memaafkan seseorang itu belum tentukan merendahkan martabat kita..malah lebih mulia disisi Allah
Firman Allah (maksudnya) Hari yang padanya harta benda dan anak-pinak tidak dapat memberikan manfaat sesuatu apapun. Kecuali orang yang datang menghadap Allah dengan hati yang sejahtera. Dan (pada hari itu) didekatkan syurga bagi orang- orang yang bertakwa. Dan diperlihatkan neraka jelas nyata kepada orang-orang yang sesat. (surah al-Syu’ara 88-91) - www.drmaza.com
Dari menyimpan dendam yang tak berkesudahan..benci yang tak berterusan ada baiknya maafkan je la...hati akan lebih tenteram dan damai bila kita jadi seorang pemaaf...seorang pemaaf juga menunjukkan betapa dia seorang yang matang..
Tak kira la apa sekali pun dosanya..kita tak layak menghukumnya.. Sapa kita ? Tak kira la sapa orang itu... kekasih.. bekas kekasih.. kawan .. kawan office... suami .. isteri... apatah lagi ada yg tidak mahu maafkan ahli keluarganya...kalau kita beriman pada Allah , nescaya kita akan jadi seorang pemaaf...seorang pemaaf adalah seorang yang kuat jiwanya... dia mampu terima apa saja dugaan yang datang padanya... kerana dia percaya..dia hanya hamba Allah ! sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun...
Akhir kata...cuba tanya diri sendiri....baguskah aku untuk tidak memaafkan orang lain ?
Rumah ni dimiliki oleh Ronaldinho terletak di Barcelona.. huhuh
Cukup gile aku dengan design rumah begini ...
Pelik ? Hehehe ..