Wah... satu penghargaan kepada blog aku....
" Kami dari pihak SimplySiti Sdn Bhd berminat untuk menggunakan blog anda sebagai medium "online advertising' yang mampu memberi faedah kepada kami dari segi "create awareness" kepada jenama kami dan juga memberi maklumat tepat dan berkesan kepada pengguna.
Pihak kami amat berbesar hati sekiranaya kami dapat bekerjasama dengan benashaari.com. ...... "
Email yang baru aku terima dan membuatkan aku membacanya berkali kali ! Yelah , aku kan blogger lelaki .. SimplySiti lak produk perempuan.. Agaknya sbb blog aku ni ramai pembaca perempuan kot.. hehehe..
Tak kisah la.. janji apa yang aku usahakan selama ini berjaya membuka mata banyak pihak ... Samada dapat atau tidak , tu belakang kira .. Yang aku kira , aku dah sampai ke situ !
Apa pun , jutaan terima kasih buat semua rakan rakan pembaca dan juga blogger di blog ini yang mana tidak putus putus memberi sokongan..
Satu penghargaan dan hadiah buat blog aku yang mana hari ni genap 2 tahun aku bergelar blogger ! Terima kasih .. Syukur Alhamdulillah.. Rezeki baby... semua aku simpan untuk dia.. Nak beli lens pon pk jutaan kali tau !