Jangan tanya kenapa aku tak senyum .. Nak tau gak ??? Huh.. Klik SINI ..
Ok .. 2 jam duduk berborak tanpa gangguan nyamuk mahupun lalat , membuatkan aku rasa aku hampir kenali sapa si gadis ayu ni .. Comel dan amat pemurah dengan senyuman membuatkan aku amat selesa berborak dan berkongsi pengalaman aku dalam dunia blog ini.
Lyssa Faizureen , bagi aku punya masa depan yang cerah dalam dunia blog ini. Bayangkan baru beberapa bulan punya blog dan zasssss… Malatops kauuu !
Apakah rahsianya ?? Mudah saja … Keunikkan blognya dan kemurahan hatinya berkongsi pengetahuan mengenai … tetttsss… tu korang kena tengok sendiri..
Orangnya , amat merendah diri. Jangan harap la nak tengok dia berlagak walaupun nak diikutkan antara aku dengan dia , dia punya pembaca blog jauh tinggi dari aku . ;)
Kesimpulan .. gadis ini amat sempoi , cute dan sebijik macamana korang nampak di dalam blog ! Tiada palsu … Segalanya asli .. Dan sangat best kalau bertukar cerita dengannya..
Tak sangka dia sudi menyusahkan dirinya memandu hanya untuk berjumpa aku tadi.. huhu.. Terharu sebenarnya aku.. Terima kasih Lyssa…
Semoga terus sukses dan capai segala apa yang diidamkan .Yang penting , jangan lupa yang tuuuuuut.. hehehe.. utamakan yang patut diutamakan.. Semoga tercapai cita-cita..
Nanti jumpa , Ben belanja eh.. hehe…
Ak ney yg bernama manusia.. kalo nak nama betol, pnjg cagat.. jady kengkawan ak pngl ernie jerk...tmpt tnggl ak x la jauh sgt tp d kangar,perlis.bezday ak lak 15 ogos 1990. koleksi pribadi ksyangan ak ney gmbar2 knangan ngan kwan2 n famly..bgitu jua ngan adiah pmrian dri owg2 tsyang...ak ney x la kuat cgat majok..mdah nangis..n ak pling takot akan binatang.. meowww..meowww...!!... ak ney ska tdo,men msj,gayut tp bkan mcm mnyet na..bca bku novel..ak ney plg x ska istilah mat rempit..!!ak ney sowang yg hepy go lucky..n gmar mlkukan aktviti lasak..yg plg bez ak nk uat adlh..jeng3..mstilah masok utan kwan ngan pacat2..absellig..flying fox...hehe.. ak ney can't sing..cant' dance.. that's 4 word. cute but shy..shy but avaiable.. oh, avaiable in Malaysia!
RASIDAH BT ABU HASHIM, 29 DEC 1993, KANGAR,PERLIS, STUDENT...has a fiancee who cares ... love him very much
http://alexandraszalexa.blogspot.com/
saya seorang yang simple
born on 12 June 1993,in a relation ship,studying at UiTM Arau in Diploma Applied Sciences
“Just remember, the same as a spectacular Vogue magazine, remember that no matter how close you follow the jumps: Continued on page whatever. No matter how careful you are, there's going to be the sense you missed something, the collapsed feeling under your skin that you didn't experience it all. There's that fallen heart feeling that you rushed right through the moments where you should've been paying attention. Well, get used to that feeling. That's how your whole life will feel some day. This is all practice. None of this matters. We're just warming up.”
Perghh…. sambung dari entri Cerita di sebalik ‘dating’ bersama LYSSA SECRET ni.. Heheh ..
Haaa… Alasan tu , aku bagitau yang betul la.. Nak temberang wat pe kan .. Tapi yang jadi masalah tu , camana aku nak turunkan ego aku untuk bagitau yang kat aku cuma ada RM1 ! Kalau ada kedai gadai hp , lama dah aku g gadai ! Takde la pulak…
Hurm.. aku berputar kat level bawah tu untuk mencari idea.. Camana nak cakap.. Camana , camana , camana … Maunya dia ingat aku tipu ke .. aku nak pekena dia , tak ke malu aku ???
Ok Ben.. think positive ! Selamba … Hidup ni satu perjudian ! Tak cuba tak tau kan ? Grrr…
Lyssa depan aku ni.. Kawan dia pon .. Adeh .. ayat Ben ayat ! Muka cam kulat basi dah aku !! Kalau ambik gambar bersama masa tu , sah sah macam baru nampak mayat hidup rupa aku waktu tu !
“ Lyssa .. Kat Ben ada Rm1 je nih.. Baru plan nak belanja Lyssa ngan kwn Lyssa tu .. “
“ Tak pe la.. ATM kan ada “
“ Adeh… masalahnya duit ngan kad semua kat wife .. Semalam Ben bagi kad ATM kat dia untuk keluarkan duit. Tapi lupa pulak amik.”
Begitulah lebih kurang jawapan aku..
“ Tak pe la… Lyssa belanja .. “
“ Eh , tak pe tak pe… Ben dah makan kat hotel tadi. Lyssa je makan .. “
Maka bergeraklah turun ke food court yang terletak di level bawah.
Jumpa port .. lepak dan aku suruh dia g beli makan ..Hahaha.. Adoii.. Geram tul.. Kalau tak leh g pekena Kenny Rogers ke.. KFC ke .. Ni tak pasal pasal lepak situ je.. Takde la , niat nak belanja diorang.. Dah la dia sudi datang jumpa aku.. betul tak ?
“ Ben nak makan apa ? “
“ Eh.. tak nak makan.. tak nak minum.. Lyssa g beli je ngan kawan Lyssa ni.. “
“ Kalau Ben tak nak ,kitorang pn tak nak la.. “
Ah, sudah … Cam tu pulak ceritanya ..
“ OK ok.. Belikan Ben 100 plus je.. makan mmg tak nak ! Semalam punya makan pun tak habis hadam lagi ! Hahah”.
“ Ok.. “
Diorang pon g beli dan sambungan cerita tu leh baca kat LYSSA with BEN ASHAARI di Bukit Jambul , Penang !! ni .. huhu ..
Malu aiiiiii tawwww !!
Hurm.. Takut nak kawin ! Sebabnya ?? Takut cerai ! Loh… Awat gitu ? Dia kata ramai kawan kawan dia cerai berai jadi dia takut gak nak kawin ..
Loh .. tak cuba tak tau kan ? Kalu dah cerai , nak kata apa dah .. Mmg gitulah perjudian hidup ini .. Ada atas , ada bawah .. Ada bahagia dan ada derita .. Keseimbangan inilah yang mewarna-warnikan dunia kita ..
Bayangkan kalau semua orang bahagia.. Jadi perjalanan hidup kita ni seolah tiada rintangan.. Kita dpat je apa yang kita nak.. Macam orang paling kaya di dunia.. Dia mampu beli apa saja ! tapi dia seronokkah ? Yang tak mampu macam kita ni tertelan air liur ,maka kita punya impian tapi bila boleh terlaksana kita lak tamo .. Kenapa ? Biarlah hidup begini.. Lagi bahagia.
Sama seperti perkahwinan.. Kalau kawin , cucuk pastu dapat anak.. Besarkan anak kemudian mati. Apa yang menariknya ? Semua berjalan dengan lancar jeer … Allah tak duga langsung hambanya. Macamana nak tau hambanya tu seorang yang benar benar alim serta takwa ? Melalui dugaan itulah jawapannya.
Dugaan itu adalah tanda kasih Allah pada hamba-hambaNya. Ibarat exam di sekolah.. Kalau masuk kelas baca , tulis , main pastu balik.. Cukup 18 tahun , masuk U .. pastu keje .. kawin , mati.. Laaa.. Mana ujian kehidupan ini ??? Takde langsung ?
Perkahwinan , adalah satu perjalanan kehidupan yang paling mencabar. Kita bukan lagi menjaga satu hati tapi banyak hati nak kena jaga.. Bagaimana kita nak lakukan ? Dengan ujian itulah yang membuatkan kita semakin matang dan berani menghadapi kehidupan. Seterusnya bersyukur betapa kita sebenarnya senantiasa disamping Allah cuma kita saja tak menyedarinya .
Bercerai bukan satu penamat hidup sebaliknya permulaan hidup yang baru untuk lebih ke arah mengenali Allah . Bagaimana kita nak melakukannya ? Dekatkan diri dengan Allah.. Dan insyaAllah , akan dikurniakan kita jodoh lagi jika kita inginkannya.. Kalau tak nak ? Tepuk dada tanya selera.
Hidup hanya sekali. Nikmatilah sebelum mata tertutup buat selamanya. Sekadar pendapat .. Wallahualam.
Ramai kata kenapa muka aku ketat sewaktu bergambar dengan Lyssa Faizureen tadi ? Haa… Yang mana ? Tengok entri Bersama Lyssa Faizureen di Bukit Jambul ni ..
Ketat eh ? Nak tau kenapa ? Hurm.. Aku cerita dari mula la eh .. Ceritanya gini .. Tengahari tadi deal ngan Lyssa nak jumpa kat Kompleks Membeli Belah Bukit Jambul .. Wife aku lak , g meeting kat USM jadi tak leh la nak join.
Hotel aku ngan shopping complex ni dekat je .. Kira 5 minit jalan kaki sampai dah. Jadi, lepas solat Zohor kira kira kul 2 aku pon keluar la dari bilik dan ke sana.
Sebelum tu , aku check wallet aku. Yelah , nak belanja budak sekolah. Takkan nak suruh budak sekolah belanja aku lak kan… Hehe.. Budak sekolah ? Yelah , kecik je tu kan ? Hahahha.. Jangan marah eh Lyssa , Nina.. Guwau jer..
Bila aku tengok wallet aku , ada RM1 jer !!! Aku punya style , duit kecik semua simpan tabung.. Duit besar je ada dalam tu tapi aku terlupa ari tu dah guna belanja kengkawan masa main futsal ari tu..
Oh … aku teringat … Ada kat ATM dalam wallet.. ok la .. selamat… Hehehe.. Selamatkah ???? Grr… Bila aku dah siap nak keluar , cari kad ATM aku ..
Tepuk dahi aku sekali lagi !! Adoiii.. Kad ATM aku kat wife ! Aku bagi kat dia semalam untuk top up Tounch N Go untuk guna bayar tol ! Adoii… Jadi duit yg aku ada kat poket cuma RM1 ! Takkan nak buat loan kat manager hotel kot ? Adehh ..
Aku sms wife , dia kata lambat lagi abis.. Dalam kul 4 gitu .. Adeh.. camana nak belanja budak budak tu.. Hurm.. Takkan nak terus terang ??? Malu la woiii .. Mana nak taruk mukaaa.. Arghhh … Tidaaakkkk…
Ok sambung .. nanti cerita lagi eh … Hehehe..Bengang ??? Hahaha.. Yelah , aku sambung cerita ..
Aku pon g la jumpa Lyssa dengan muka yang penuh bengang tapi bila mengingatkan MAN UNITED kalah besar semalam , aku kembali ok.. Hehe.. Apa kaitan ? Tah ..
Diorang dah sampai.. Aku g cari.. Lyssa kata kawan dia nak keluar duit jap.. Aku pon pusing pusing la… Dalam dok pusing pusing tu , ada sorang budak perempuan berpakaian sekolah tegur aku ..
“ Abang .. Abang blogger ka ? “
Alamak… Aku terkantoikah ?
“ Er… aah.. “.
“ Ben Ashaari ka ? “.
Aku angguk dan senyum .
“ Tunggu sat naaaa .. “ . Terus dia berlari .. Loh , tak pasai pasai aku kena jadi guard depan kedai tu..
Aku keluarkan phone nak call Lyssa.. Tau tau depan aku .. Hehehe… Kecik je orangnya.. Ke aku yang besar sebenarnya ?? Hahaha..
Adik yang suruh aku tunggu jap , tak datang sbb kawan dia malu malu .. Sekali bila aku lalu depan diorang , jadi takut + malu gitu.. Loh , aku bukan Gambit ler .. Aku senyum dan terus berlalu.
Pastu , part paling mengerikan .. Camana aku nak bagitau kat Lyssa yang aku tak de duit ??? Ok .. part ni la aku sambung ! hahahaha… Hampehh kan ? Pedulik arrr.. hahaha ..
Muka aku yang tak puashati sbb tak dapat belanja diorang .. Grr..
Nanti aku cerita nape eh ..
Pembaca setia blog kita.. Camana nak tau ? Mudah je nak tau sapa pembaca setia …
Cuba satu hari korang update blog tanpa ping atau promote di mana mana laman sosial yang ada di muka bumi ini. Cuba tengok berapa ramai yang masuk dan komen … Yang itulah pembaca setia korang.. Asal update je , mereka masuk dan baca .. Tapi ada yang tak komen macam aku ni.. Kurang gemar komen kecuali isunya menarik dan aku berpengetahuan mengenainya.
Bagaimana nak dapatkan atau tingkatkan pembaca setia. Hurm.. mencabar sebenarnya .. Bukan senang .. Memerlukan kerja keras serta perancangan yang panjang. Bukan sekali buat terus melekat ..
Pembaca setia akan menilai dari 3 aspek ini biasanya.. Kualiti entri , template dan komunikasi antara blogger dan pembaca tersebut. Jika tiga-tiga itu dijaga , insyaAllah blog anda akan menjadi bualan pengguna internet.
Komunikasi antara blogger dengan pembaca biasanya dibuat melalui komen . Aku pula melakukannya dengan segmen.. Ada yang gunakan medium seperti FACEBOOK untuk berkomunikasi dengan pembaca setianya ..
Ada pelbagai cara … Blogger yang berminat untuk meningkatkan pembaca setia di blognya perlu berfikiran seperti seorang usahawan. Bagaimana nak memasarkan produknya dengan lebih meluas tanpa menggunakan kos yang tinggi..
Pergh.. Tahu membahankan member ? Hahaha.. Bila ada isu yang menarik contoh cam semalam bila Manchester United kalah besar dengan Manchester City (link) lalu dijadikan provokasi pada member yang juga fanatik MU. Hehehe.. Sewonok wooooo…
Bukan pe , MAN U ni punya fans berlagak banyak .. Team lain ? Tak sebelagak diorang.. Hahaha.. Panas ? Hahaha .. Rileks la.. Sekadar bolasepak je..
Berlagak ? Mmg patut berlagak la kan.. Juara Eropah tahun lepas.. Pasukan diorang pon bagus .. Jadi mmg patut berlagak .. Tapi disebabkan berlagak tu la ramai tunggu keputusan cam semalam !
Mmg best giler membahan woi.. hahahaha.. Member aku yang suka membahankan orang akhirnya dibahan abis abisan .. Tak tau mana lagi dah nak lari .. Kat mana mana kena bahan… Hahaha…
Aku pasti korang pon best membahankan geng geng korang kan .. hahahha.. Adoi.. lawak lawak… Man U oh Man U .. Alex oh Alex… 6 tuuuu… tempat sendiri lak tu.. hahahha…
Masalah penipuan di dunia maya sekarang ini tidak terkawal .. Pelbagai jenis penipuan ada kan ? Paling ketara yang menjadi mangsa adalah wanita .. Kenapa wanita sering ditipu dan tertipu ? Jangan tengok muka aku !! Sebab inilah segmen hari ni dibuat.
Untuk memberikan pendapat korang .. mudah saja.. Ada dua cara.. Satu terus menjawab di ruangan komen .. Kedua , buat dalam bentuk entri.. Secara tidak langsung , ada entri dah tengahari ni kan ?
OK , untuk menjawab dalam bentuk entri , sila ikuti langkah langkah ini.
- Letakkan header BEN ASHAARI BLOG
- Tajuk : BEN ASHAARI TANYA PENDAPAT AKU dan linkkan ke entri ini
- Sila jawab secara ringkas dan ceritakan pengalaman anda jika ada mengenai apa apa saja penipuan yang berlaku dlm dunia internet ini .
- Siap ? Tinggalkan url entri anda di ruangan komen.
- Tutup , kul 4 petang ini.
Terima kasih .