Yang aku kenal dlm cerekarama ni , Dato Rahim Razali dan Nora Danish. Yang lain , kenal muka jer .. Heheh .. Tak penting pon kan ? Sbb tak masuk ujian .. Tapi yang penting , cerekarama ni memberi impak pada penonton terutama yang patah semangat dalam kehidupan mereka .. Yup, peluang kedua ..
Dikatakan cerekarama ni meniru idea dari filem Indonesia , Mihrab Cinta , namun aku tak kisah sbb apa yang dipaparkan dlm cerekarama ni mengandungi pengajaran dan tidak pun ‘berniat’ nak kaut keuntungan. Lagi pun cerekarama Maafkan Aku ni dibuat agar lebih sesuai dengan citarasa penonton Malaysia . Simple tapi berbaloi ..
Aku tak perlu bandingkan dengan filem Indonesia kerana pastinya tidak adil kerana Maafkan aku cumalah sebuah dram berbanding Mihrab Cinta , sebuah filem .. Kalau tak silap aku la.. Kalau silap , maaf la yer .. Tak penting pon kan ? Yang penting , kandungan yang disampaikan pada penonton.
Kalaulah dicilok untuk bikin drama atau filem untuk keuntungan tapi cerita entah hapa hapa yang mana pengajarannya 5 minit terakhir , yang tu mmg patut kena booo .. Bukan tak sokong tapi nak menipu penonton jer ..
Apa pon , sekali lagi .. tahniah buat semua yang telibat dalam drama ni dan juga TV3 ..