Bukan aku ajar yerrr.. Aku bawak jenjalan.. saja berposing..tau tau dia wat gitu haaaaaaaa.. Yang ni bukan salah bapak yer ..
Published with Blogger-droid v2.0.10
Bukan aku ajar yerrr.. Aku bawak jenjalan.. saja berposing..tau tau dia wat gitu haaaaaaaa.. Yang ni bukan salah bapak yer ..
Aku perasan , dulu dia suka minum air guna straw tapi bila dok tengok aku minum air tin tanpa straw , dia mula ikut gitu gak ! Hurmm ..
Tak leh , tak leehhh .. aku kena tunjuk teladan kat dia sbb dia akan ikut apa yang aku buat ! Memang dia akan ikut sbb dia rapat lagi dengan aku berbanding mak dia ..
Dikala saudara seagama kita dibunuh dengan kejam , kita terkinja kinja dengan hibuan .
Dikala saudara kita dibunuh tanpa belas , kita masih sokong negara negara tali barut musuh Allah !
Malu aku pada Allah .. Apakah cukup dengan doa ? Apakah cukup dengan derma ? Sedangkan mereka disana bertempur hanya untuk tegakkan agama tercinta !
Benar, ianya berlaku di negara mereka tapi dasar perjuangan mereka adalah kerana ALLAH ! Kerana ISLAM ! Jika mereka tumbang , tidak mustahil kita pula jadi sasaran ..
Tak perlu perang ..kita awal awal lagi dah tewas .. mereka cuma perlu bagi kita hiburan dan kita gembira menerimanya ..
Kadang kadang kita terlupa , kenapa kita berada di muka bumi ini ? Kalau kata tak salah berhibur itu , kita tanya balik diri kita .. apa yang kita lakukan untuk untuk Allah ? Untuk agama kita ? Cukupkah apa yang kita buat berbanding utk berhibur ?
Aku akui aku pun jenis leka dan lalai .. Sebab tu aku ingatkan diri aku dan juga rakan rakan yang ingin diingatkan ..
“Sampai bila kita nak begini dan andai kata kita ada 1 minit saja untuk bernafas lagi , apakah kita nak berhibur lagi atau tingkatkan amalan ? Cukup ke 1 minit tu berbanding kekalnya akhirat ? “
Menakutkan ? Menyedihkan sebenarnya .. ‘Mereka’ melalaikan kita supaya ‘mereka’ ada kawan di ‘ sana ‘ nanti walhal Allah dah bagi kita peluang untuk memilih jalan sebenarnya namun kita nak juga ikut ‘ mereka ’ .
Mesir ..
Syria ..
Malaysia …
Nilaikan la sendiri .. Apa yang kita buat untuk saudara saudara kita itu ? Bayangkan jika tiba-tiba negara kita seperti itu . Tak mustahil kan ? Sedangkan Lahad Datu mampu diceroboh …
Nak bagi tv yang atas ni ke ? Eh , tak laaaa .. Kalau kasi pon , diorang bukan reti tengok ..
Aku nak kasi tv LED SONY BRAVIA yang aku baru gak beli tahun ni .. Baru ok !! Jangan ingat kasi tv lama punya ! Ikutkan , diorang pun tak nak tv ni sbb tv bontot besar tu boleh layan lagi walaupun cover untuk manual adjustment tu tah mana hilangnya .. Remote pon tak tau mana gi nya .. ahahah ..
Setelah tanya mak aku , diorang ok je.. Yang akan layan nanti pon , anak buah jer .. Bapak aku , layan WWE jer .. Kekadang drama bersiri pon dia layan walhal dulu tak suka !
Manakala tv baru tunggu masa untuk digeledah dek Qhaliff ! Memandangkan smart tv ni lebih berbaloi dgn adanya internet , rasanya macam nak je langgan nanti .. Amik Maxis home punya .. hehehhe.. Tamo UNIFI !
Qhaliff , akan ada jadual tonton tv .. Bukanlah selalu pon layan tv ni .. Aku lebih lebih bukan nak tengok lagi .. Dah tua tua gini , tv sekadar perhiasan jer …
Benarkah kedua dua kenyataan ini ???
“ Aku nak datang beraya rumah ko neh .. boleh tak ? “
“ Eh , tunggulah aku buat open house sekali .. Senang sekali jalan jer ! “
Teringat kembali zaman aku kecik kecik dulu … Tiap kali menjelang Aidilfitri , mmg meriah walaupun beraya di bandar ! Berjalan dari tingkat satu hingga ke tingkat atas sekali ! Abis satu flat pusing ikut mak bapak aku ..
Tapi zaman ni ? Berlainan sekali dah .. Nak terasa meriah , tunggu open house .. Tujuan Aidilfitri adalah untuk mengeratkan lagi persaudaraan ..
Terus terang , aku sebenarnya malas nak gi open house ni.. Dah la nak makan berebut . Nak cari tempat duduk satu hal lagi . Nak berbual dengan tuan rumah pon susah .. Datang semata mata untuk menjamu selera je ?
Aku sendiri pon tak berjalan ke rumah jiran lagi .. Memasing bizi .. Hurmm .. Malam , nampak kereta jer .. hahaha .. Apa nak buat .. Zaman berubah walaupun adat beraya sebulan tu masih dipegang .. hehehe ..
Alhamdulillah .. sapa kata tak berbaloi buat blog kan ? Kena rajin la skit .. hehehe … Tq Advertlets dan LG ! Terima kasih buat semua rakan rakan yang menyokong BEN ASHAARI.COM selama ini ..
Entri yang telah buat aku dapat hadiah best ni ! .. Gabungan sempurna audio visual di rumah anda !
Gambar bawah , hasil kerja ‘takde kerja’ blogger Ejam Othman !
Bukan hilang selera makan tapi …
Dah tau menikmati makanan !! Skang ni ,apa yang daddy makan … dia nak tu gakkk sbb dia tau yang tu sedapppp !
Pasni daddy kena makan apa yang Qhaliff makan je la gamaknya .. Perghhh .. tawar lerrr…
Tengah sedap bersahur , dia bangkit dan terhoyong hayang dia berjalan ke arah mak pak dia ..
Sambil gosokkan matanya .. dia merengek .. Aku sua cebisan telur goreng.. Nganga aja dia ! Hahahaha ..
Wife check lampin dia .. dan .. hehehe .. Lepas tukar lampin , dia masih tak nak tidur .. dok main sorang sorang .. pastu merengek .. Check lagi .. dan … hurmmm ..
Selepas tu , barulaahhhh dia lenaaaa .. Aku lak tak lena sbb .. hehehe .. banyak benor makannya semalam ! hahahaha ..
Alhamdulillah .. perkenalan dengan Sue Josuhua , blogger masakan yang mmg dah terkenal dikalangan geng geng masakan , membawa ke persahabatan dua buah keluarga dan juga persahabatan dengan rakan rakan blogger yang lain ..
Aku , hingga sekarang masih terhutang budi dengan keluarga ini dan keluarga ini sangatlah best ! Bermula dari Denmark , hinggalah ke Nilai kami masih bersahabat .. Segalanya kerana blog !
Semalam , aku bawa keluarga aku gi beraya ke rumah mereka di Nilai. Suaminya yang baru bertukar kerja di sini ( sebelum ni Johor ) .. Kesempatan untuk beraya depan mata , tak dibiarkan begitu saja .. Hehehehe..
Dari rumah aku ke rumahnya , tak sampai 10km pon.. Dekat sangat okeh ! Tak sempat kentut , sampai dahhhh ! Bila dah sampai tu , pastinya disambut meriah oleh suami dan anak anak mereka .. Dan rumahnya sangatlah mengagumkan aku ! Susun aturnya serta citarasa ala English tu mmg buat mulut aku asyik memuji jer .. huhu .. Jauh beza dengan rumah aku ! Hahaha ..
Suami dan anak anaknya yang sangat peramah dan sopan , mmg buat aku dan wife rasa selesa sangat kat rumah tu .. Qhaliff ? Dia dah buat serupa ini rumah dia yang punya !!
Seorang lagi kenalan blogger yang aku kenal hanya dari dalam blog , FB kemudian berjumpa kali pertama di PWTC , 5 tahun dulu … pon turut menyemakkan diri di sini ! hahahaa ..
Aku dengan perangai tak sudah aku yakni suka tengok jam tangan orang terutamanya yang berjenis chronograph .. hehehehe ..
Terima kasih Sue dan Joshua , Riko , Rika dan Riya … Makan semua best ! Nak tambah lagi , segan .. hahahaha ..
Destinasi seterusnya .. umah Mat Gebu lak .. huhu ..
Gambar – Sue Joshua
Dalam perjalanan nak gi jemput wife petang tadi. Cuaca sangatlah panas dan aku terlalu mengantuk ! Tak tau la kenapa leh sampai gitu tapi rasanya aku mmg tak leh memandu dalam keadaan cuaca panas .. Silau dan mata cepat penat !
Berkali kali aku tampar muka aku untuk kasi ilang mengantuk. Bukak tingkap pon dah .. Nak berenti tepi , tak leh.. bahaya. Bukan kawasan untuk berhentikan kereta !
Nasib baik laaa tak jauh dah .. Alhamdulillah , selamat sampai ke destinasi .. Terus wife ajak gi makan untuk hilangkan ngantuk !
Pekena air saleri tawar , terus cerah bijik mata ! Rasa kelat giler !! Hahahaa …
Pastu terus balik rumah. Sampai rumah , tidur jap .. Sedar sedar je , kat whatsapp ada berita pasal nahas ngeri kat Genting Highland ! MasyaAllah .. Ramainya mati…
“ Nahas bas di Genting Highlands: 33 lagi penumpang dipercayai sudah mati, kini dikeluarkan anggota penyelamat manakala 16 lagi cedera. “
Sedikit saja kecuaian , maka … hurmmm …
“ Saya takde tv , so saya tak boleh pakai alasan tv , balik rumah suap anak anak makan , bagi mandi , buat homework sekali , torak torak sampai lena semua ..
Test bacaan dalam solat , ulang iqra , dah tidoq . Daddy seterika baju , mummy basuh baju .. kol 1 am .. pengsan. Kul 5 pagi buat sarapan , solat sekali kat surau rumah. Sapa lambat mandi , daddy jirus atas katel terus ! “ – Whatsapp dari group aku ..
Pergh.. terkedu jap aku ! Ini kali kedua aku mendengarnya dari mulut orang yang berjaya membimbing keluarga mereka ! Mereka juga orang yang berjaya dan berjaya melahirkan anak anak yang berjaya !
Tiada tv dirumah mereka ! Ada yang mungkin kata , berkemungkinan besar anak mereka akan mengalami kejutan budaya tapi alhamdulillah .. dari apa yang aku nampak , cara bimbingan mereka , mmg berjaya membentuk keperibadian yang baik sekali !
Qhaliff , daddy nak jual smart tv tu nanti ! Dan semua gadget daddy ! Sapa jua 3310 ? ke 3210 ? Aku nak guna tu jer.. Kalau Qhaliff nak main game , main game ular tu jer ..
Apa pendapat rakan rakan FB ?
Dialog ni rekaan aku jer.. Diorang buat kerja , mmg perfect ! Aku takde apa nak komplen ! Segalanya ok bagi aku ..
Cumaaaa.. budak sorang ni bikin aku tak senang duduk ! Asyik nak pi kacau diorang jer ! Nasib baik tak kaco barang barang diorang .. Kecuali tangga tu je dia suka main .. hahaha ..
Haihh .. Keje sendiri yang .. hurmm .. Dah banyak dah kena keluar sekarang ni .. Semuanya kerana nak mencari rezeki untuk keluarga.. Kang tak cari , ada yang kata suami makan hasil titik peluh isteri lak ! Yang kata tu pulak , orang luar .. Orang dalam tak kata apa apa .. Hehehe.. Stendek , melayu la kan ! Hahaha .. Hakikat ye !
Kali ni aku tinggalkan dia kejap kat mak aku .. Aku ada meeting di Matic , Jalan Ampang .. Nak dapatkan projek yang dah lama aku idamkan iaitu Tourism. Memang lama dah aku nak ‘kembali’ ke Tourism .. Dan menjadi kenyataan ..
Ikutkan , hujung minggu ni pon ada projek gak kat luar tapi .. tak pe la.. Tamo la tinggal dak bambam ni lagi .. Nanti besar skit , boleh ikut daddy gi sana sini eh ..
Masa tu , confirm aku berpeluh ketiak ..