Semalam , selepas aku hantar wife ke klinik untuk check up mingguan di Putrajaya .. terus ke Cheras untuk keje aku lak iaitu service kereta ! Heee..
Aku service kat Tan Chong Motor nun di Chan Sow Lin. Setelah diberitahu mungkin siap agak lewat , aku buat keputusan balik ke rumah orang tua aku jer dulu. Leh update blog dan jaga Qhaliff jap..
Tahan teksi.. Seorang lelaki yang lebih tua dari aku , pemandunya. Peramah juga orangnya. Berbual pasal kerjaya memasing. Seronok.. Masa bergerak pantas. Tau tau sampai dah rumah. Tambang tertera , tak sampai pun RM8. Aku hulurkan RM10. Baki , aku tak amik.. Memang niat aku , tiap kali naik teksi jikalau pemandunya jenis tak berkira , aku akan bagi lebih..
Terpamer riak gembira di mukanya.. Alhamdulillah .. Seronok aku bila tengok orang gembira .. Sebab aku tahu camana rasanya .. Hee..
Tengahari , dalam pukul 12 .. aku dapat sms yang bagitau kereta dah siap ! Adeh , awal pulak … Aku bagitau orang tua aku dan terus keluar dari rumah.
Naik teksi ke sana pusat servis kereta .. Teksi yang tunggu masa nak ‘pencen’ ! Pemandunya , seorang lelaki yang aku rasa tak de la tua mana pun tapi dah bertahun jadi pemandu teksi.
Seronok berbual dengannya. Dia pon cerita macam macam gak kat aku.. Aku terhibur sementara tunggu nak sampai tu .. Sampai je , aku tengok meter .. RM6.70. Aku hulurkan RM10. Baki , aku tak ambil..
Kemudian aku check handphone . Wife antar whatsapp . Katanya dia dah sampai ke pejabat.. Naik teksi dari klinik .. Hee.. Sama la pulak eh ? Tapi pengalaman berbeza ..
" tambang teksi di meter rm6.40,tp driver teksi mtk 7 ,wpon keta dia panas gler xder ekon..grrr ".
Hehehe .. Aku mmg pesan kat dia , kalau naik teksi .. jangan kedekut kasi lebih kalau pemandu tu seorang yang berhemah , bersopan dan peramah .. Tapi rasanya , wife naik teksi yang pemandunya.. heheheh .. Kalau tak , dia kata nak kasi RM10 … huhuhu.. Bukan rezeki pemandu tu ..