Tu diaaaa ! Siap buku khas kooo !! Sebuah buku ni dijual RM20 .. Wife beli dua .. katanya ..
“ Untuk abang jugaaaa .. “.
Pandai jual nama aku .. Adeh..
Terus terang , sejak ada periuk Noxxa ni , aku dah tak payah nak tanya nak makan apa ari ni .. Semua dah ada dalam kepala dia ! Haaa.. Aku pulak jadi risau .. Risau buncit kooooo ..
Semalam , dia wat masak kambing ni haaa .. Memang , abis aku jilat kuah kuah dia ! Hahahah .. Adeh.. maaf la yer.. Dah sedap ! Gitu laa..
Periuk Noxxa ni ramai dah orang guna tapi sayangnya , ada yang tak tau camana nak menggunakan dengan sebetulnya.. Maksud aku tu , kira guna abis abisan laaa ! Dah beli mahal mahal , takkan simpan wat tukun tiruan kan ? Haaa..
Hurmm… Ok , serius ! Kalau aku yang guna .. confirm aku simpan dalam kotak ! Hahahaha… Banyak sangat butang nak kena tekan haaa.. Mcm time bomb lak ..
Tapi , kalau ada buku resepi ni.. aku rasa … hilang segala masalah !
Hurm.. mana beli ? Aku pun tak pasti la wife aku beli mana .. Lupa lak nak tanya.. Tokey dia pon tak suruh aku promote .. tapi memandangkan dah ada yang tanya , sila la google tajuk buku tu.. InshaAllah akan jumpa pemiliknya ..