Alhamdulillah.. Akhirnya ! Sebuah syarikat produk kesihatan dan kecantikan yang terkenal berminat nak menjadi penaja rasmi KELAB BLOGGER BEN ASHARI ini !
Nak dijadikan cerita , semalam .. lepas photoshoot tu , aku terus ke Concorde Hotel di Shah Alam untuk berjumpa big boss .. Puan. XXXXXX ni.. Sebelum tu ada la staff dia mesej bagitau Puan nak ajak lunch. Tak sangka jugak aku sebenarnya.
Puan ni pada pertama kali aku jumpa nampak gaya gaya mak datin VVVIP gitu. Aku jadi segan la.. Tapi bila jumpa semalam , untuk kali kedua .. rupa rupanya sangatlah peramah dan bagus sekali orangnya ! Huhuh..
Sambil makan , perbincangan dilakukan dan .. termeterailah perjanjian !!! Beliau bersetuju untuk menjadi penaja rasmi KELAB BLOGGER BEN ASHAARI ! Serrrrrr !!! Terharu guee ! Ternyata perjuangan aku selama ini , berbaloi … Huhuhuh…
Berkat bawak isteri dan anak gi meeting..
InshaAllah , #kelabbloggerbenashaari akan lebih maju pada tahun mendatang. Segala perancangan ada di dalam kepala otak disamping bantuan rakan rakan seperjuangan yang tidak putus putus membantu dan sama sama menaikkan nama kelab ini
Jutaan terima kasih atas kepercayaan korang semua ! Nanti aku umumkan sapa penaja rasmi tu yer .. Heee
Alhamdulillah..Syukur pada Allah.